Satu
PANDANGAN dilemparkan
ke luar jendela. Sepoi-sepoi angin malam berhembus lembut menyapa pipi dan
sesekali menerbangkan anak-anak rambut yang berjuntaian di dahi. Ermm..
Segarnya udara di malam ini. Cuaca pun nampak elok aje.
Kepala didongakkan ke dada langit. Banyak
bintang-bintang yang bersinar-sinar seolah-olah sedang asyik mengayakan
keindahannya pada malam ini. Ah, alangkah elok seandainya bintang-bintang ini
terus bergemerlapan setiap hari tanpa dilindungi awan-awan hitam yang hanya
merosakkan keindahan ciptaan Yang Maha Esa.
Anak bulan sabit yang baru muncul sangat
cantik, seolah-olah turut melemparkan senyuman di malam yang indah ini. Bibirnya
mengukirkan senyuman. Untuk siapa..? Entahlah... dia pun tidak pasti! Sesekali
ingatan mula merawang-rawang terbang mengingati insan tersayang yang selalu
bertakhta di hati wanitanya. Umpama pungguk rindukan rembulan... ha.. ha..
Gile! Ada pulak macam tu?!
Agaknya Kamarul tengah buat apa? Tak call pun hari ni… Takkan dah tidur kot?
Lagipun esok kan cuti! Dia tak rindu aku ke? Kalau rindu, kata rindu... tidak
aku ternanti-nanti... Alamak! Macam lagu la pulak!
Ah, bosannya! Hana mendepakan tangannya ke
depan dan menggeliat kecil. Bye bulan... Bye bintang... Esok kita jumpa lagi!
Saya masuk dulu. Kaki dilangkahkan semula ke dalam bilik. Nak tidur, tak
mengantuk lagi! Agaknya Kay Tee dah tidur ke belum? Tak tidur lagi agaknya.
Opss…lupa! Esok kan cuti… Bukannya nak tidur awal pun minah ni kalau
malam-malam cuti macam ni. Ala, apa aku nak kisahkan dia! Tak payah kisah!
Tapi, kena kisah jugak.
Kakinya dilangkahkan menuruni anak tangga.
Tengok tv rupanya! Punggung dilabuhkan di kerusi sofa. Pandangan di arahkan ke kaca
televisyen. Cerita apa pulak ni? “Tengok cerita sorang-sorang ye? Tak ajak
orang sekali. Cerita apa ni?”
Kay Tee menjeling! Aduh, terperanjat girl-girl! Nasib baik tak lemah jantung!
Tapi tak adalah terperanjat mana pun. Saje
buat-buat terperanjat. Dah dengar derap langkah dia tadi! “Eleh, kalau ajak kau
pun belum tentu kau nak tengok punye…! Cerita Hindustan!” kata-kata Kay Tee
berbaur perlian. Anak matanya masih tidak berganjak daripada memandang
televisyen.
Hana mencebik sambil menggelengkan
kepalanya. Tahu benar bahawa roomatenya yang sorang ini hantu cerita
Hindustan. “Tak ada cerita lain ke?” Remote control di atas meja
dicapai. Belum pun sempat ditekan,
Kay-Tee terlebih dahulu merampas remote control itu daripada tangan
Hana.
“Tak payah nak menyibukkan diri, alihkan
siaran! Aku tengah
syok-syok tengok ni! Siap ada feel nak nangis lagi nie. Kalau kau tak
nak join, pergi masuk tidur! Dah! Dah! Gi main jauh-jauh! Syuh! Syuh!”
Dihalaunya Hana daripada menghampirinya.
Hana mencebikkan mulutnya. “Eleh,
tengok cerita macam nie pun nak nangis! Tangkap lentok habis!”
“Amboi, cik kak! Sedapnya mengata orang!
Awak pun dua kali lima aje… Serupa! Kau lagi teruk! Kalau tengok cerita Korea
tu, sampai pagi esok pun belum tentu dah habis nangis!”
Hana sekadar tersengih. Betullah tu. Lebih
kurang aje! “Kay Tee, kau nak air tak? Kalau nak, aku boleh tolong buatkan!”
“Emm… Boleh jugak! Milo panas tau!”
”Ewah... Ewah... Siap order lagi! Ingat restoran ke apa?”
”Dah kau tanya, aku order ajelah!” Dengan selambanya dia membuat muka seposen.
Hana sekadar menggelengkan kepalanya dan
terus mengorak langkah ke dapur.
DENGAN secawan milo panas Hana melangkah semula
ke biliknya selepas menghantar secawan milo yang diminta oleh Kay Tee. Tak
kuasa mahu melayan cerita Hindustan itu! Entah ape-ape ntah! Laptop di atas
meja dicapai dan dionkan. Lupa pulak nak check email! Agak-agak
Peterpan tengah buat apa?
Peterpan adalah satu-satunya teman internet
yang rapat dengannya. Juga merupakan salah seorang teman yang banyak memberikan
sokongan serta nasihat kepadanya. Sejak empat bulan lepas mereka berbual
bersama-sama di internet. Namun sepanjang perkenalan mereka, langsung mereka
tidak pernah menyentuh soal peribadi masing-masing, kecuali salah seorang
dengan rela hati mahu menceritakannya.
Yang pasti, Hana tahu Peterpan adalah
seorang lelaki! Sedangkan Peterpan tidak pernah tahu siapa HR, perempuan atau
lelaki! Hana sekadar menggunakan singkatan namanya HR, untuk Hana Rasyid!
Bukan tidak pernah Peterpan bertanyakan bahawa
HR adalah lelaki ataupun perempuan, malah berkali-kali persoalan itu diajukan
kepadanya. Hana sekadar menjawab ‘biarlah rahsia’. Ala-ala lagu Siti Nurhaliza
gitu! Bukankah kata orang, persahabatan tidak
semestinya perlu memilih paras rupa atau siapa mereka. Yang penting, keikhlasan
dan kejujuran.
Tapi sejak akhir-akhir ini, Peterpan
seolah-olah sudah dapat mengagak siapa HR! Betul kata orang, ‘semakin kerap
kita berbual dengan seseorang, semakin kita dapat mengenali siapa orang itu’.
Serupa jugak dengan pepatah pepatung, tak kenal maka tak cinta. Betulkah macam
tu? Betullah kot. Kalau tidak, masakan peterpan boleh mengagak bahawa HR adalah
seorang perempuan.
Walaupun Hana sukakan Peterpan, namun di
hatinya hanya ada Kamarul seorang sahaja! Cinta pertama dan terakhir! Peterpan
hanyalah sekadar teman berbualnya di masa lapang! Perasaan sukanya juga tidak
lebih daripada seorang kawan. Awal-awal lagi sudah dikhabarkan perkara ini
kepada Peterpan. Tidak mahu berlakunya salah faham dalam perhubungan yang
tercipta.
Skrin laptop diteliti satu persatu. Ada
dua email daripada Peterpan. Jam 6 petang tadi dan 12.00 a.m. Aik? Macam baru
lagi ni… Jam di meja ditoleh. 12.10 pagi! Baru sepuluh minit lepas. Senyuman
terukir dibibir apabila membaca mesej yang di hantar.
‘HR, awak tengah
buat apa? Saya susah hati… Petang tadi… HR tak
balas email saya! HR tak sihat ke? Atau… HR keluar bersama
pacarnya…. =)’
Hana tersenyum sendiri dan kemudian laju
sahaja tangannya menekan keyboard komputer untuk kembali membalas email itu.
‘Peterpan….
Awak rindu kite eh..?? Kite sibuklah…! Kenapa tak tidur lagi?’
Selepas menekan ikon send, terdengar
bunyi mesej pada telefon bimbitnya. Kamarul rupanya… Ingatkan dah tidur! Hana
membaca mesej tersebut.
‘Sorry
x call. Penat la… Mata dh ngantuk nie..’
Hana mengeluh perlahan. Patutlah tak call,
dah mengantuk rupanya. Ingatkan dah lupa pada aku! Hana membalas mesej itu
semula.
‘X
pe… kalau penat tidur la… Selamat malam. Have a nice sleep.’
Tak sampai beberapa minit, mesej itu
berbalas semula.
‘Ok
syg... Selamat malam. Jgn lupa mimpi sy ya..’
Selepas membalas perkataan OK, Hana
kembali menumpukan anak matanya ke arah laptopnya yang ditinggalkan sekejap
tadi. Ada balasan mesej daripada Peterpan.
‘Memang
la rindu... tak boleh tidur la... mata tak nak lelap.. HR pun sama..?’
Hana membaca mesej itu kemudian mulutnya
menguap kecil. Dah mengantuk ni! Balas email dulu la..! Nanti kecik hati
pulak...!
‘Tadi
tak ngantuk, tapi sekarang dah menguap... Katil macam sedang panggil-panggil
aje...=)’
Hana membetulkan bantal di atas katilnya.
Sebenarnya, banyak sangat yang ingin dia tahu mengenai peterpan. Peterpan
seorang yang perahsia! Susah nak korek rahsianya! Lagipun, dah tak tertanya!
Kita tanya sepatah, ditanyanya kita berpatah-patah! Sampai jari kita pun dah
hampir patah menulis patah kata untuk menjawab soalannya! He he... Tak adalah!
Tipu aje. Takkanlah sampai nakpatah jari menaip keyboard komputer ni.
Tapi, kadang-kadang bercerita dengan orang
yang kita tidak kenal, sangat seronok. Boleh bercerita apa sahaja.
Kadang-kadang boleh berkongsi suka duka juga. Apa lagi orang seperti peterpan. Seorang
pendengar dan penasihat yang baik. Paling untung, dapat kaunselor free tak perlu bayar! Ha ha! Dia memang
sangat memahami walaupun saling tidak mengenali.
Hana tersenyum sendiri. Sekilas, laptopnya
dipandang semula. Email berbalas.
‘Cik adik sayang, cakaplah dah nak tidur.. Jangan cakap katil yang
panggil... Okeylah, saya tak nak ganggu. Tidurlah secukupnya. Moga mimpi indah!
Jangan lupa, saya pun nak masuk dalam mimpi awak juga tau... =) ’
Hana tergelak kecil! Macam mana kau nak
masuk dalam mimpi aku wahai peterpanku sayang? Wajah kau pun aku tak pernah
kenal!Eh, tapi xpe... Aku akan memayangkan peterpan ini adalah sehandsome peterpan dalam cerita kartun
tu. Kacak bergaya! Ehee hee... Suatu masa dahulu, pernah juga peterpan meminta
gambar Hana, sekadar untuk mengenali siapa Hana. Tetapi Hana hanya menghantar
sekeping gambar anak kucing yang comel bersertakan pesananan ringkas.
‘Wajah tidak menggambarkan diri seseorang.
Cukuplah sekadar mengenali pada nama dan hati budi..’
Sejak itu, tidak pernah sekalipun peterpan
meminta gambarnya lagi. Ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya di tangan Tuhan. InsyaAllah,
andai di izinkan Tuhan, kita akan bertemu. Andai tidak di izinkan, maka kita
tidak mungkin akan bertemu.
Hana membalas mesej peterpan.
‘Awak pun, tidurlah awal... tak elok tidur lewat... Selamat
malam. Have a nice sleep..’
Sekali lagi mulutnya menguap! Terus sahaja
laptopnya ditutup dan disimpan. Matanya tidak akan mampu bertahan kalau
mengantuk macam ni. Terus sahaja badannya dibaringkan di atas katil. Mata tertutup
rapat. Maka jalanilah mimpi-mimpi yang indah. Zzzzzz....
BARU sahaja dia ingin bermimpi membina
mahligai indah di awan biru, tiba-tiba pintu bilik diketuk seseorang. Matanya
dibuka semula! Terdengar suara Kay Tee memanggil namanya di luar pintu bilik.
“Hana…
Kau belum tidur…?”
Aduh... Tak sempat bermimpi indah!
Awal-awal lagi sudah diganggu. Menyampahnya! Dengan seribu perasaan malas, Hana
melangkahkan kakinya ke arah pintu bilik. Oh, mak kau terkejut! Bulat matanya
memandang seraut wajah dihadapannya itu. Habis hilang saki baki perasaan
mengantuknya sekejap ladi. Alangkah terperanjat jantungnya apabila terpandang
seraut wajah Kay Tee yang memutih itu! Penuh dengan bedak sejuk! “Kau ni Kay
Tee... Buat aku terkejut aje! Kau nak apa?”
“Hana… Malam ni, aku tidur bilik kau boleh
tak?” Kay Tee tersengih-sengih melangkah ke arah Hana yang berdiri di
sebelahnya dengan muka yang masih pucat akibat terkejut. Buruk sangat ke rupa
aku sampai dia terkejut macam tu? Ada nampak macam muka beruk ke? Huh, aku ni
200 kali ganda lagi cantik daripada beruk tau!
“Kenapa dengan bilik kau…?” Berkerut
dahinya memandang ke arah Kay Tee yang sudah siap sedia bersama bantal dan
selimutnya! Lagi mahu tanya boleh ke tak? Kalau aku cakap tak boleh pun, kau
redah jugak!
Kay Tee mengekor langkah Hana yang juga
menuju ke arah katil.
“Kunci pintu tu..!” Hana melaung dahulu ke
arah Kay Tee yang seenaknya mahu melangkah tanpa mengunci pintu biliknya.
Kay Tee berpatah semula mengunci pintu
bilik sambil mulutnya membebel entah apa-apa. Aku tutup pintu tak ikhlas ni! Sekejap
itu, kakinya dilangkahkan semula terkedek-kedek ke arah Hana.
“Kenapa bilik kau?” Hana bertanya lagi.
“Tak... Tak ada apa-apa.. Cuma... aku
teringatkan cerita tadi! Tiba-tiba aku rasa seram sejuk! Huhuu... Tak nak aku
tidur sorang-sorang!” Kay Tee membuat muka ketakutan seolah-olah memayangkan
dia sedang berada dalam cerita yang ditontonnya tadi. Bukan buat-buat takut
tau! Memang betul-betul takut pun!
“Kau ni... Itulah, tengok lagi cerita
pelik-pelik malam-malam macam ni! Lepas tu, mulalah takut, merayu-rayu nak
tidur dengan aku.” Hana merebahkan badannya di atas katil. Matanya sudah
betul-betul mengantuk.
“Ek eleh... Bila pulak aku merayu-rayu!
Tapi... Hana, kau tak kisah kan?” Kay Tee buat-buat muka kesian.
Padahal, dalam hatinya dia memang tidak sanggup tidur sorang-sorang di dalam
biliknya!
“Iyalah…!
Tak payah nak merapu! Aku mengantuk
sangat dah ni. Tidur! Selamat malam!” Hana terus menarik selimut membaluti seluruh
tubuhnya.
Kay Tee turut mereahkan badannya dan menarik
selimut. “He hee… Aku tahu, kau memang kawan yang baik.”
“Tak payah nak puji-puji, aku dah tahu aku
memang baik!”
“Uwek!!!”
Key Tee buat-buat macam nak termuntah apabila Hana memuji dirinya sendiri.
Pantang kena puji… Mulalah masuk bakul angkat sendiri!
“Laa…Kenapa
pulak kau macam tu? Aku
memang budak baik kan…?”
“Perasan!!” Kay Tee turut berbaring di
sebelah Hana dan menarik selimutnya membaluti tubuh.
“Bukan ke kau yang cakap aku baik tadi?”
Hana masih tidak mahu mengalah! Di dalam hatinya dia sudah terasa mahu tergelak
besar! Sembunyi-sembunyi dia ketawa di sealik selimutnya itu. Ada-ada aje Kay
Tee ni! Sebab tulah aku suka berkawan dengan dia. Sifat kelakar dan baik
hatinya membuatkan aku berasa senang selalu. Sampai sekarang pun tak pernah nak
bergaduh walaupun hari-hari menghadap muka dia aje.
“Dah! Dah! Dah! Sakit telinga aku dengar
ada orang puji diri sendiri. Lebih baik aku tidur! Good nite!” Terus sahaja dia menarik selimutnya dan kemudian
membungkus seluruh badannya! Sebenarnya, dia sendiri dah mengantuk! Takut punya
pasal, dia bangun dan melangkahkan kaki ke bilik Hana. Akhirnya, di sini dia
dapat tidur dengan nyenyaknya!
saya dan 'dia'