Wednesday, May 8, 2013

PROLOG III


PROLOG III

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta aku di dalam kesunyian
Tak rela kumengejar cinta yang hampir kelam
Sendiriku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu kumenahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak kumenduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesalmu berkali
Tiada erti hidup ini
Kuterima suratan takdir
Biarkan aku sendiri
Hidup dalam mati



USAI melakarkan lirik lagu itu, Sya terus menyimpan diari berwarna merah jambu itu di dalam laci meja.
Tuhan, hapuskanlah semua kenangan yang pernah tercipta di antara kami. Kuterima suratan takdir-Mu dengan hati yang ikhlas.
Semoga semuanya akan baik-baik sahaja. Aamiin.