CERPEN: PEREMPUAN BIDADARI SYURGA
“AKU
terima nikahnya Zulaikha Nur Dania binti Muhammad dengan mas kahwin seribu ringgit
tunai.”
Pengantin
perempuan langsung tidak menunjukkan sebarang riak. Gembirakah dia? Sedihkah
dia? Seraut wajahnya langsung tidak menggambarkan apa-apa perasaan apabila Tok
Kadi mengesahkan akad nikah tersebut.
Puan
Aminah menitiskan air matanya. Tubuh anak perempuannya itu diraih ke dalam
pelukannya. Akhirnya satu-satunya anak perempuan yang dia ada telah sah menjadi
isteri orang. Diciumnya anak perempuannya itu dengan penuh rasa kasih dan
sayang. Umi akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Dania. “Dah jadi isteri orang
anak umi ni. Tahniah, sayang. Semoga puteri kesayangan umi ini akan bahagia di
dunia dan di akhirat.”
“Terima
kasih, umi.” Sungguh, dia ingin menangis semahunya di bahu ibunya itu. Oh,
hati… kuatlah! Sabarlah! Sesungguhnya Allah ada bersama hambaNya yang sabar.
Ditahan air matanya daripada menitis jatuh ke pipi.
Dania
mengukirkan senyuman hambar. Itu ucapan umi sewaktu majlis akad nikahnya. Umi…
abah… Dania akan sentiasa mendoakan semoga roh umi dan abah tenang di alam
sana. Air mata yang menitis ke pipi disapunya perlahan. Seminggu selepas
perkahwinannya umi dan abah meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Kini… tinggalah
dia terkapai-kapai keseorangan di dunia yang nyata ini.
Bibirnya
diketap geram sebaik sahaja terpandangkan sekujur tubuh yang sedang termenung
di kerusi batu di luar rumah agam itu. Oh, duduk rehat ya? Senang betul hati
kau, kan? Apa kau ingat kau duduk sini free
ke? Cepat kakinya dilangkahkan ke arah perempuan itu.
“Weh,
perempuan!” Telinga di sebalik tudung itu dipiatnya.
“Ewah-ewah…
best kan duduk sini? Boleh goyang kaki! Apa kau ingat kau tu mem’ besar kat rumah ni?” Makin kuat
cubitan pada telinga gadis itu kerana sakit hatinya.
“Ma…
jangan buat macam ni ma… Sakit.” Tudungnya yang hampir tertanggal akibat
ditarik itu dipegangnya kuat. Janganlah tudung ini tertanggal kat sini. Aku tak
nak tanggung dosa lagi!
“Oh,
tahu pulak sakit! Yang hati aku sakit tengok kau duduk goyang kaki tu kau tak
tahu pulak, kan?” Telinga Dania ditariknya lagi. “Dan satu lagi! Berapa kali
aku nak cakap pada kau? Jangan panggil aku mama! Aku bukan mama kau pun! Umi
kau tu dah lama mampus dalam tanah! Jadi kau dah tak ada mama! Faham!”
Jerkahnya kuat!
Menitis
air matanya dengan kata-kata hinaan daripada seulas bibir ibu mertuanya itu. “Nia
minta maaf Puan…” Tersedu-sedu dia memohon maaf.
“Maaf!
Maaf! Maaf! Itu aje yang kau tahu, kan? Aku dah naik jemu dengan perkataan maaf
kau tu! Sekarang kau pergi masak! Aku dah lapar ni! Jap lagi anak-anak aku
balik nak makan! Takkanlah itu pun aku nak kena ajar lagi? Tak reti bahasa lagi
ke?”
“Ya…
Nia tahu…”
“Dah
kalau kau tahu, tak reti-reti lagi? Sakit betul hati aku dengan perangai kau
ni!” Jerkahnya sambil menolak tubuh itu.
Terdampar
tubuh kecilnya di atas tanah. Inikah balasan untuk semuanya? Dosa apakah yang
telah aku lakukan sehingga aku dihukum sebegini? Jika dari awal lagi aku tahu…
aku tak akan pernah bersetuju dengan perkahwinan ini! Sumpah aku tak berkahwin
dengan lelaki itu!
Dalam
kesakitan, dia bangun! Dia sendiri tak faham… kenapa ibu mertuanya ini terlalu
bencikan dia. Amsyar pun… Kenapa?
**********
DATO’ Aizril
memandang pelik ke arah menantunya itu. Setiap kali makan malam… sekalipun dia
tak pernah makan semeja dengan mereka semua. “Nia?”
Dania
mengangkat muka memandang bapa mertuanya itu. Senyuman cuba dihulurkan. Cuma
lelaki ini sahaja yang melayannya dengan baik. Sungguh, dia segan untuk
bermasam muka dengan lelaki ini. “Ada apa papa?” Perlahan suaranya. Bimbang
jika ibu mertuanya mendengra dia memanggil lelaki itu dengan panggilan papa.
“Kenapa
duduk tercegat kat situ? Mari sini! Duduk makan sekali.” Ajaknya lembut.
Bergenang
kolam matanya dengan kebaikan bapa mertuanya itu. Sungguh, hatinya benar-benar
tersentuh. Bapa mertuanya ini mengingatkan dia kepada arwah bapanya. Dia
terlalu rindukan kasih sayang itu. “Papa makanlah. Nia dah makan tadi.”
“Alah,
abang… Abang ni tak tahu lagi ke? Puteri kesayangan abang tu bukannya suka
makan malam. Diet sangat!” Puan Salina menahan sabar di dalam hatinya. Kalau
diikutkan hatinya yang sakit ini memang dah kena hentam budak sorang ni! Nasib
baik suami aku ada! Kalau tak memang aku dah kerjakan kau cukup-cukup!
Pandangan amaran dihadiahkan kepada Dania.
“Dania
ke dapur dulu.” Dia tidak berani untuk berlama-lama di meja makan. Dia tidak
mahu merosakkan makan malam itu. Biarlah! Dia sanggup berlapar daripada dimarah
dan dimaki hamun.
Sedang
dia membasuh pinggan, telinganya menangkap derap langkah kaki seseorang
menghampirinya. Dania berpaling ke belakang. Amsyar… Pandangan dihalakan ke
arah suaminya itu. “Abang nak apa-apa ke?”
“Buatkan
aku milo ais. Bawak naik atas.” Tanpa menunggu jawapan Dania, dia terus
membasuh tangan dan melangkah meninggalkan wanita itu. Sedikit pun dia tidak
memandang isterinya itu.
Dania
mengangguk perlahan. Sabarlah Dania… Bukannya kau tak biasa pun! Teruk daripada
itu pun kau pernah kena, kan? Dia cuba memujuk diri sendiri. Sekejap sahaja dia
sudah menyediakan minuman sepertimana yang diminta oleh suaminya tadi. Kaki
dilangkahkan ke anak tangga pertama.
“Eh,
kau nak gi mana ni?”
Dania
berpaling ke arah suara itu. Kedengaran perlahan… namun cukup keras menampar
telinganya. “Nak bawakkan air ke atas.”
“Untuk
siapa?”
“Abang
Amsyar.”
Puan
Salina menghampiri Dania. Anak matanya jatuh pada gelas yang dipegang oleh
Dania. “Air apa ni?”
“Milo
ais.”
“Bak
sini!” Dia terus merampas gelas di tangan Dania. Sedikit air tertumpah ke
lantai. “Kau ni… tak ikhlas, kan? Sampai tumpah kat lantai! Nasib baik tak kena
baju aku!”
“Maaf,
Nia tak sengaja.” Dia meminta maaf untuk kesalahan yang bukan bermula
daripadanya. Ya, itulah yang selalu dilakukannya.
“Dah!
Pergi buat air lain untuk Am. Menyampah pulak aku tengok muka kau ni!”
“Sal?
Kenapa ni bising-bising ni?” Muncul Dato’ Aizril bersama mereka.
Lambat-lambat
Puan Salina berpaling ke belakang. Jangan-jangan… suaminya dengar ke? Dia
nampak ke? Dia meneguk liur perlahan. “Tak ada apa, bang. Ni Dania ni… Jalan
tak pandang kiri kanan. Tak pasal-pasal terlanggar Sal kat sini. Tumpah air
milo yang Sal pegang.”
Dania
diam tidak terkata. Perlukah dia berterus terang? Tak perlu kot! Biarlah…
biarlah nampak salahnya. Asalkan jangan mama mengamuk lagi. Dia tak sanggup
kena pukul lagi. “Nia minta maaf, papa.”
“Hmm…
tak apalah. Nia naiklah. Nanti papa minta tolong Mak Som bersihkan.”
“Eh,
takpe papa. Nia boleh buat sendiri.” Cepat-cepat dia membantah tanpa memandang
sedikit pun ke arah mamanya. Takut sekiranya mama marahkan dia.
“Hah,
kalau macam tu bersihkan cepat-cepat. Nanti ada pulak yang terjatuh kalau
terpijak.”
“Baik
papa.” Kakinya dilangkahkan meninggalkan papa dan mamanya di situ.
**********
SELEPAS menunaikan
solat Subuh dua rakaat dia mencapai surah Yaasin. Alunan ayat suci Al-Quran itu
menceriakan subuhnya. Tenang sungguh hati ini bila dapat menyebut
kalimah-kalimah suci Al-Quran.
Sabda
Rasulullah s.a.w juga yang membawa maksud: “Barangsiapa
membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu
kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam
Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”
(Riwayat al-Tirmidzi).
Dari
Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan
ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah
dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”. Hadis Riwayat Muslim
(dengan riwayat yang sahih).
Sayup-sayup
kedengaran suara seorang perempuan mengalunkan baacan Al-Quran. Ada debaran halus
bermain di dalam dadanya. Meremang bulu roma tatkala mendengar ayat suci itu
dialunkan dengan penuh syahdu.
Siapa?
Takkanlah mama? Bukan ke mama tak pandai mengaji? Semakin berdebar jantungnya
apabila suara itu kedengaran merdu sekali di hening subuh itu. Tanpa sedar
kakinya dilangkahkan ke arah suara itu. Bilik Amsyar? Isteri Amsyar rupanya.
Bibirnya menguntumkan senyuman. Untung Amsyar... dapat isteri pandai mengaji. Belum
pernah sekali pun dia melihat wajah isteri Amsyar. Sewaktu majlis perkahwinan
Amsyar dia sedang menduduki peperiksaan akhir pengajiannya di Sedney. pagi tadi
pun dia sampai di rumah ini jam empat pagi. Malas nak kejutkan semua orang,
kakinya terus dilangkahkan ke bilik.
Selepas
selesai solat Subuh dan mengaji Al-Quran, Dania cepat-cepat melangkahkan kaki ke
dapur. Ya Allah... janganlah mama marah-marah lagi. Hari ini dia terlewat turun
ke bawah. Leka mengaji Al-Quran sehingga tidak sedar jarum jam sudah melebihi
enam pagi.
Anak
matanya memandang sekilas ke arah suaminya yang masih terbongkang di atas
katil. Lama matanya menatap seraut wajah yang masih enak dibuai mimpi itu.
Bergenang kolam matanya untuk seketika waktu. Amsyar... bila awak nak sedar?
Kenapa awak masih tak nak solat? Peristiwa dia dimarahi oleh Amsyar kerana
mengejutkan suaminya itu untuk solat Subuh kembali terlayar di ruang matanya.
“Kau ni tak reti bahasa
kan? Berapa kali aku nak cakap pada kau? Kalau kau nak solat, kau solatlah! Tak
payah nak menyebok kejutkan aku pagi-pagi buta! Kita mati kubur lain-lain,
okey! Itu masalah aku dengan Allah. Jadi kau tak payah nak menyebok! Perempuan
Bidadari Syurga konon! Kau ingat dengan solat, pakai tudung macam ni kau boleh
masuk Syurgalah? Takdenya kau nak berbau Syurga kalau tak dapat restu suami!”
Menitis
air matanya ke pipi bila teringatkan peristiwa itu. Sekurang-kurangnya saya tak
langgar perintah Allah, Amsyar. Namun, dia tak pernah serik! Sebagai hamba Allah,
dia sedaya upaya akan cuba membantu suaminya ke jalan yang benar.
“Abang...
bangun solat Subuh.” Perlahan tangannya menyentuh lembut bahu suaminya. Seribu
doa dan harapan semoga suaminya itu akan bangun untuk solat Subuh.
Amsyar
memekakkan telinganya. Bantal di sisinya dicapai dan dilekapkan ke telinganya.
Dania
tersenyum perlahan. “Saya tahu awak dengar... Saya harap awak akan bangun untuk
solat Subuh. Saya keluar dulu.”
Amsyar |
Amsyar
merengus kuat. Minah ni kan... tak pernah nak serik! Konon macam Perempuan
Bidadari Syurga! Ee... sakit betul hati aku! Dia mencebik sambil merebahkan
semula tubuhnya. Bantal peluk sudah kemas di dalam pelukannya. Akhirnya dia
menyambung tidur semula. Si syaitan sudah tergelak besar. Sekali lagi seorang
anak Adam yang sama berjaya dipengaruhinya.
Langkah
kaki diaturkan ke luar bilik. Bibirnya cuba mengukirkan senyuman walaupun
terasa pahit. Sesungguhnya sabar itu adalah suatu kenikmatan.
Perkahwinan
yang tercipta itu adalah kerana rasa terhutang budi. Dato’ Aizril merupakan
rakan kongsi abah. Kerana ingin membalas budi abah yang pernah membantu
membangunkan semula syarikat miliknya, Dato Aizril mencadangkan perkahwinan
ini. Selain itu, abah pernah juga cakap yang Dato’ Aizril memang berkenan
sangat dengan Dania.
Dania
pula bukannya jenis memilih. Itu kata abahnya, itulah kata dia. Bila abah
memberitahunya tentang risikan Dato’ Aizril, dia terus bersetuju walaupun tidak
mengenali lelaki yang bernama Amsyar itu.
Dua hari selepas perkahwinan di antara dia dan Amsyar, umi dan abah meninggal dalam satu kemalangan. Sebaik sahaja selesai pengebumian umi dan abah, sikap ibu mertua dan suaminya berubah seratus peratus. Ketika itulah dia sedar yang perkahwinan yang tercipta itu tidak mendapat restu ibu mertuanya. Dan suaminya pula bersetuju kerana harta semata-mata.
Dua hari selepas perkahwinan di antara dia dan Amsyar, umi dan abah meninggal dalam satu kemalangan. Sebaik sahaja selesai pengebumian umi dan abah, sikap ibu mertua dan suaminya berubah seratus peratus. Ketika itulah dia sedar yang perkahwinan yang tercipta itu tidak mendapat restu ibu mertuanya. Dan suaminya pula bersetuju kerana harta semata-mata.
Abah
awal-awal lagi sudah mewasiatkan harta kepada Dania. Selagi umurnya tidak
mencapai 30 tahun, selagi itulah harta itu tidak boleh dipindah milik. Jika
tidak semua harta itu akan diserahkan seratus peratus kepada badan-badan
pertubuhan anak yatim. Disebabkan hal itu jugalah Amsyar masih belum
menceraikan dia sehingga ke hari ini.
Kalau
diikutkan hatinya, Dania nak aje pindah milik semua harta itu kepada anak-anak
yatim. Tapi... bagaimana pula dengan dia? Merempat? Kerana memikirkan itu,
Dania cuba bertahan sehingga hari ini.
**********
LANGKAH kaki diaturkan menuruni anak tangga itu. Sekilas anak matanya memandang ke tingkat atas, ke pintu biliknya. Amsyar… saya harap awak akan bangun solat Subuh. Dia masih mengharap. Sekejap sahaja dia sudah memasuki ruang dapur. Terkejut beruk dia apabila melihat sekujur tubuh yang sedang duduk di meja makan di dalam gelap. Siapa? Pencuri ke? Orang jahat ke? Dia sudah berdebar kencang. Apa yang aku nak buat ni? Ambil batang penyapu ke? Anak matanya melilau mencari penyapu. Mana pulak penyapu ni? Dia melangkah perlahan. Terhendap-hendap dia mencari penyapu di tepi peti ais. Ada pun! Batang penyapu itu dicapai. Namun baru sahaja dia ingin menoleh, tiba-tiba sahaja ada suara yang menyapanya.
“Buat apa?”
Arsyad |
Terpelanting
batang penyapu yang dipegangnya kerana terkejut. “Aaa…” Baru sahaja dia ingin
menjerit mulutnya sudah ditutup oleh sepasang tangan itu. Dania memejamkan
kelopak matanya. Takut untuk berhadapan dengan kemungkinan dia akan dibunuh
oleh penjahat itu. Di dalam hatinya dia sudah mengucap panjang.
Perlahan
kelopak matanya dibuka apabila tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh lelaki
itu. Seraut wajah itu dipandangnya. Siapa ni? Aku tak kenal dia! Mesti orang
jahat! Tapi muka dia… tak nampak macam jahat pun? Kakinya cuba memijak kaki
lelaki itu. Namun lelaki itu lebih pantas mengelak. Cuba digigitnya tangan
lelaki itu. Juga tidak berjaya.
“Siapa
awak ni?”
Berkerut
dahinya apabila lelaki itu menyoalnya dengan soalan sebegitu. Aik… apa ke
pelik? Sepatutnya aku yang tanya dia siapa, kan? Sebab aku langsung tak kenal
dia! Dia cuba untuk bersuara, namun tangan lelaki itu masih terletak elok pada
mulutnya.
“Awak
ni… ” Dia cuba meneka sesuatu. Senyuman dihulurkan kepada wanita itu. Sekejap
sahaja tangannya sudah tidak melekat lagi pada mulut wanita itu. Teringat pula
pada alunan bacaan Al-Quran yang didengarinya seawal pagi tadi. “Awak ni isteri
Amsyar?”
Makin
pelik Dania dibuatnya. Dia kenal aku? Siapa dia? Tubuhnya cuba dijarakkan
daripada lelaki itu. Cepat-cepat dia bergerak ke arah suis lampu. Dapur yang
tadinya gelap sudah terang berderang. Kali ini dia sudah dapat melihat dengan
jelas seraut wajah itu. Eh, ada iras dengan… Jangan-jangan adik dia tak? “Awak
ni…”
Arsyad
tergelak kecil. “Saya Arsyad. Adik Amsyar. Baru sampai pukul empat pagi tadi. Selamat
berkenalan, kakak ipar.”
Dania
masih diam tidak berkutik. Anak matanya masih tidak berkelip memandang lelaki
itu. Apakah lelaki ini juga seperti Amsyar? Apakah lelaki ini juga akan
membencinya seperti Amsyar? Seperti mama Amsyar?
Arsyad
kepelikan dengan riak kurang senang gadis itu. Kenapa dengan dia? Ada yang tak
kena ke dengan muka aku? “Awak tak nak kenalkan diri awak? Isteri Amsyar, kan?”
Dia menyoal lagi inginkan kepastian. Sekejap sahaja anak matanya singgah pada
kesan lebam pada dahi gadis bertudung itu. Ada yang tak kena ke? Dia cuba
menduga.
Dania
mengangguk perlahan. Mengiyakan soalan lelaki itu. “Dania.” Hanya sepatah
sahaja jawapannya.
Dia
sudah tersenyum lebar. Akhirnya… nak jugak dia bercakap dengan aku. “Awalnya
turun? Kenapa tak sambung tidur balik?”
Liurnya
diteguk perlahan. Kenapa dia masih nak menyoal aku? Sekejap lagi, pasti dia
juga akan berlagak seperti Amsyar. Seperti mamanya. “Maaf, saya minta diri
dulu.” Kakinya dilangkahkan ke sinki.
Kenapa
dia ni macam pelik aje? Dia gaduh dengan Amsyar ke? Takkanlah… Bukan ke mereka
baru kahwin awal bulan lepas? Melihat riak kurang senang gadis itu, Arsyad
terus melangkah keluar. Kakinya mendaki anak tangga. Fikirannya masih
teringatkan kakak iparnya itu. Mindanya penuh dengan tanda tanya. Sekejap
sahaja dia sudah menjungkitkan kedua belah bahunya sendiri. Entahlah! Ini yang
buat aku rasa takut nak kahwin ni! Macam-macam boleh jadi lepas kahwin!
**********
PELUH
dingin pada dahinya dikesat perlahan. Ya Allah… matilah aku kali ni! Mesti mama
akan marah gila kejap lagi. Gara-gara terserempak dengan Arsyad pagi tadi, dia
terlewat menyiapkan rutin hariannya. Pagi ini dia cuma menyediakan nasi goreng,
telur mata kerbau dan roti sandwich untuk sarapan pagi. Sungguh, dia
benar-benar tak sempat.
Derap
langkah yang memasuki ruang dapur membuatkan dia berpaling. Senyumannya cuba
dihulurkan. Awal pulak dia hari ni? Jangan-jangan dia bangun solat Subuh pagi
tadi? “Assalamualaikum, abang.” Dia memberikan salam walaupun dia tahu salamnya
pasti tidak berjawab.
“Er…
hmm… ” Ya Allah… takutnya! Ini bukan mama lagi ni! Kalau mama… tak tahulah
macam mana! Mesti aku kena pukul lagi nanti. “Saya masak nasi goreng.”
Tajam
pandangannya singgah pada seraut wajah di hadapannya itu. “Itu aje yang kau
masak? Kau tahu tak hari ni ramai orang! Cukup ke kalau setakat nasi goreng?
Kau ni kan… takkanlah nak kena ajar semuanya? Dah berapa bulan kau kat sini,
hah?”
“Apa?
Masak nasi goreng aje?” Nyaring suara itu memenuhi ruang dapur.
Suara
itu cukup memeranjatkan dirinya. Terhenjut tubuhnya kerana terkejut. Kepalanya
ditoleh ke muka pintu dapur. Entah bila masanya mama muncul, dia sudah tidak
tahu. Kot ye pun nak marah, tak payahlah nak jerit sampai macam tu!
“Sini
kau!” Seperti biasa, dia akan menarik telinga Dania.
“Auch…
sakit! Nia minta maaf. Nia tak sempat tadi.”
“Tak
sempat kau cakap? Yang kau memekak mengaji pagi-pagi buta tadi sempat pulak,
kan? Kau dengar sini baik-baik, Nia! Hari ni kau tak payah makan nasi! Aku tak
izinkan! Balasan sebab kau tak dengar kata! Semalam lagi aku cakap, kan? Masak
banyak sikit pagi ni! Kau ni tak dengar ke pekak?” Laju tangannya membelasah
Dania dengan batang penyapu. Rasakan!
“Nia
minta maaf. Nia janji tak buat lagi.” Laju air matanya menitis jatuh ke pipi.
Sakit sungguh tubuhnya apabila dipiat tanpa perasaan seperti itu.
Amsyar
yang duduk senang lenang di meja hanya buat-buat tak nampak. Langsung tak ada
perasaan belas kasihan melihat isterinya dibelasah teruk oleh mamanya.
“Jangan
nak berjanji kalau tak boleh nak tepati! Berlagak sangat macam bidadari syurga!
Kalau kau ingkar lagi kali ni, siap kau! Tahulah apa aku nak buat! Dah! Pergi
sana! Basuh pinggan! Hah, jangan lupa pulak… Nanti tolong gosokkan baju Arsyad.
Dia akan datang kerja kat syarikat Dato’.”
Dania
mengangguk laju. Cepat-cepat dia menghampiri sinki dan membasuh saki baki
pinggan. Air mata yang masih mahu mengalir disapunya perlahan. Dayus sungguh
suami aku, kan? Buat tak tahu aje bila aku kena belasah macam tu. Tak adakah
sedikit perasaan belas ihsan di dalam hatinya? Tak ada sedikitkah perasaannya
untuk melindungi isterinya ini?
Kakinya
diatur ke arah sinki bersama ketawa perlahan. “Macam mana? Suka? Mestilah kau
suka, kan? Ini satu lagi balasan kau sebab memekak pagi tadi.” Saki baki nasi
goreng di dalam pinggannya ditumpahkan ke lantai dengan sengaja. Biar padan
muka dia! Biar dia penat sendiri!
Pantas
Dania berpaling memandang suaminya. Dia suami aku… Tapi lihatlah! Lihatlah
wahai dunia! Inilah kebaikan seorang suami kepada isterinya. Aku memekak pagi
tadi kerana Allah. Bukan kerana dunia semata-mata! Rintihnya di dalam hati.
“Jangan
lupa kemaskan, perempuan bidadari syurga!” Sinis ungkapannya sambil merempuh
tubuh kecil itu sebelum berlalu keluar daripada dapur.
Hampir
sahaja tubuhnya terjatuh kerana rempuhan kuat itu. Mujur dia sempat memegang
almari. Ya Allah… jika ini balasanMu untuk hambaMu yang lemah ini, aku redha.
Cuma satu doaku kepadaMu, Ya Allah… Bukakanlah pintu hati suamiku untuk melaksanakan
perintahMu Ya Allah. Sesungguhnya aku telah mencuba sedaya upayaku. Doanya
tidak pernah lekang. Sepanjang hari… setiap masa.
**********
PINTU bilik
itu diketuknya perlahan. Sekejap sahaja sudah terjengul seraut wajah. Dia
memandang seraut wajah yang sedang tersenyum ke arahnya itu. Kenapa mamat ni
suka senyum? Aku tak perlukan pun senyumannya itu!
“Mana
baju kerja awak? Biar saya tolong gosokkan.”
“Hah?
Er… tak payahlah. Saya boleh gosok sendiri.” Naik segan pula bila kakak iparnya
itu menawarkan diri untuk menggosok baju kerjanya.
“Tapi…
memang tugas saya.” Kali ini Dania sudah serba tidak kena. Karang mama akan
marah lagi kalau dia tak buat apa yang mama suruh. Mamat ni pulak… susah betul
nak ikut arahan aku. Aku nak tolong dia dah cukup baik tau!
“Saya
kena buat jugak. Bawak sini baju awak.” Dia turut berkeras.
Sepasang
anak mata itu dipandangnya lama. Mata dia macam… macam baru lepas menangis! Dia
menangis ke? Satu lagi kepelikan yang dapat dirasakannya.
“Kalau
awak tak bagi, saya akan masuk dalam bilik ni cari baju awak.” Dania… sejak
bila pulak kau pandai mengugut tuan rumah ni? Dia meneguk liur perlahan.
“Tak
boleh! Saya tak benarkan awak masuk.” Kedua-dua belah tangannya didepakan di
muka pintu biliknya, menghalang wanita itu daripada memasuki biliknya.
“Tolonglah
Encik Arsyad… bagi saya baju awak.”
“Tak
boleh.”
Dania
mengeluh perlahan. Dia ni memang suka ke kalau aku kena marah lagi? Tapi… bukan
ke dia tak pernah nampak apa yang terjadi? Macam papa. Kalaulah dia tahu apa
balasan yang akan aku terima… Seraut wajah lelaki itu dipandangnya mengharapkan
simpati. “Saya minta maaf. Tapi saya kena masuk jugak bilik ni.” Dia merempuh
tubuh lelaki itu untuk memasuki bilik lelaki itu.
Cepat
sahaja tangannya menyambar lengan wanita itu.
“Auch…”
Dia menyeringai kesakitan apabila Arsyad memegang pergelangan tangannya yang
baru sahaja kena pukul dengan batang penyapu sekejap tadi. Bergenang kolam
matanya. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu!
Terperanjat
Arsyad dibuatnya. Cepat-cepat dia menyelak lengan gadis itu. Dania yang
terkejut dengan perlakuan Arsyad cepat-cepat menarik tangannya walaupun terasa
sakit menjalar hingga ke tulang putih. Tubuh yang terlalu dekat dengannya itu
ditolak kuat. Langkahnya juga terundur setapak ke belakang.
Berkerut
dahinya memandang seraut wajah Dania. Dia sempat terpandangkan kesan lebam
kemerahan itu. Sepasang anak mata itu ditatapnya lama. “Kenapa dengan tangan
awak.”
“Tak
ada apa-apa. Tolonglah Encik Arsyad… saya merayu pada awak. Tolong bawak baju
awak kat sini. Biar saya gosokkan.” Tak kisahlah kalau terpaksa merayu sampai
macam ni pun. Asalkan aku tak kena pukul sekali lagi.
Tanpa
bertanya apa-apa lagi, Arsyad terus masuk ke dalam biliknya dan mengambil baju
yang ingin dipakainya. Baju itu dihulurkan kepada gadis itu. Sungguh, kemusykilan
bermaharajalela di dalam hatinya.
**********
MENCERLUNG
pandangannya memandang seraut wajah itu. Perempuan Bidadari Syurga ni kan…
semakin hari semakin menambahkan sakit hati aku! “Sini kau!” Dia menarik kuat
pergelangan tangan gadis itu.
“Abang…
sakit…”
Semakin
Dania merayu, semakin dia mengasari isterinya itu.“Kau ni kan… Tak pernah nak
serik kan? Kenapa kau berani tidur atas katil tu?”
“Saya
minta maaf. Saya tak sedar pun bila masa saya ada kat atas katil ni. Saya…” Macam
mana pulak aku boleh ada atas katil ni? Seingat aku… tadi bukan ke aku duduk
tepi peti ais? Sebab penat sangat, aku pejam mata kejap. Macam mana aku boleh
ada kat sini pulak? Dia meneguk liur perlahan. Jantungnya terasa terhenti
bernafas.
“Kau
jangan nak bagi alasan, eh? Mentang-mentanglah mama tak izinkan kau makan nasi
hari ni, kau senang lenang boleh baring kat sini? Macam tu?” Merah padam
mukanya menahan marah yang membuak-buak.
“Tak.
Saya tak ada niat macam tu pun.” Ya, sepanjang dua bulan usia perkahwinannya…
sekali pun dia tak pernah terniat untuk menyentuh katil itu sejak suaminya
mengharamkan dia menyentuh katil itu pada malam pertama mereka.
“Dahlah!
Malam ni kau tidur kat luar! Aku malas nak hadap muka kau! Sakit hati aku!”
Tubuh kecil itu ditolaknya kasar ke arah pintu bilik.
“Hah?
Tidur luar? Tapi saya…” Takkanlah aku nak tidur kat luar? Rumah ni dahlah bapak
punya besar. Ingat aku berani sangat ke? Tambahan pula ada lelaki lain yang
tinggal di sini juga. Arsyad… adik iparnya. Macam mana kalau terserempak dengan
Arsyad?
“Diam!
Aku tak nak dengar sepatah pun suara kau! Dah! Berambus!!” Kali ini dia menolak
kuat isterinya sekali lagi. Daun pintu dihempaskan kuat setelah isterinya itu
terkeluar daripada pintu bilik. Puas hati aku!
Anak
matanya memerhatikan ruang tamu itu. Macam mana ni… takkanlah aku nak tidur
sini malam ni? Macam mana kalau mama atau sesiapa nampak? Lagi teruk aku kena
marah jap lagi! Papa… mama tak benarkan papa tahu. Habis tu… aku nak tidur
mana?
**********
MALAM
ini dia terasa sangat haus. Tidurnya terganggu. Jam di atas meja dipandang
sekilas. Baru pukul sebelas malam. Kaki dilangkahkan ke dapur. Niatnya untuk
mencari seteguk air. Terkejut bukan kepalang apabila melihat satu lembaga
sedang termengguk di atas kerusi. Siapa? Dania ke?
Perlahan
kakinya dilangkahkan menghampiri gadis itu. Seraut wajah itu diperhatikannya
lama. Sungguh, dia sangat kasihan melihat gadis ini. Walaupun dia masih belum
tahu perkara yang sebenarnya, namun dia sudah mula mengagak sesuatu. Kenapa
dengan Dania sebenarnya? Apa yang berlaku sebenarnya?
Petang
tadi sewaktu balik daripada kerja, dia ternampak Dania terlentok di tepi peti
ais dengan wajah pucat. Dia mengambil keputusan untuk mencempung Dania ke
biliknya. Langsung Dania tak terjaga. Penat sangat agaknya. Sebaik sahaja meletakkan
Dania di atas katil, anak matanya ternampak betis Dania yang terselak kainnya.
Ada kesan lebam yang banyak di situ. Kemudian dia teringatkan kesan lebam di pergelangan
tangan Dania seawal pagi tadi. Diselaknya sedikit lengan baju Dania. Ya, memang
kesan lebam. Kenapa dengan dia? Kenapa badannya dipenuhi dengan lebam-lebam? Siapa
punya angkara? Dan Dania… macam takut sangat dengan semua orang dalam rumah ni.
Termasuklah suaminya sendiri.
Dan
malam ini… sekali lagi dia melihat Dania keseorangan meringkuk tidur di atas
kerusi dapur. Apa sebenarnya yang terjadi? Apa sebenarnya yang dia tidak tahu?
Pernah juga dia bertanya kepada mamanya, namun amarah mama yang diterimanya.
Papa? Papa sikit pun tak tahu apa-apa.
Terkejut
sangat-sangat apabila mendengar suara menyebut namanya. Makin terkejut apabila
terpandangkan tubuh di hadapannya. Jangan-jangan… Amsyar datang nak marah aku
lagi sebab tidur kat sini? Eh, tapi… bukan Amsyar yang dilihat berdiri di
hadapannya itu. Tapi Arsyad! Kenapa lelaki ini boleh ada kat sini?
“Awak
nak apa?”
Keluhan
kecil dilepaskan. Suara itu kedengaran sangat tidak berpuas hati dengan
kewujudannya di sini. “Saya nak awak ceritakan semua yang terjadi. Apa sebenarnya?
Dan kenapa dengan awak, Dania?”
Dania
meneguk liur perlahan. Jangan-jangan… dia dah tahu ke? Bukan ke mama pernah
cakap yang Arsyad tak patut tahu? Sama macam papa! “Apa awak cakap ni? Saya tak
fahamlah.”
Seraut
wajah itu dipandangnya lama. Ya, Dania seperti sedang menyembunyikan sesuatu! “Tak
payah nak berselindung lagi Dania. Pagi tadi saya nampak kesan lebam kat tangan
awak. Petang tadi masa saya angkat awak ke atas, saya nampak kesan lebam kat
kaki awak. Dan malam ni… awak tidur kat sini. Apa semua ni Dania?”
Bulat
matanya memandang seraut wajah itu. Kenapa dia nak baik sangat dengan aku?
Kenapa dia nak risaukan aku sangat? Aku tak suka! Aku tak suka dengan semua ni!
“Jadi… awak yang angkat saya atas katil petang tadi?” Kali ini dia sudah
mengeluh berat. Lelaki bukan muhrimnya telah menyentuh tubuhnya walaupun
berlapik. Lelaki bukan muhrimnya telah melihat rambutnya. Jadi… bagaimana lagi
untuk aku menjadi perempuan bidadari syurga seperti yang diperkatakan oleh
Amsyar?
“Saya
tak faham… Saya betul-betul tak faham dengan apa yang dah berlaku dalam rumah
ni! Dan Amsyar… saya nampak dia langsung tak hiraukan awak. Awak seolah-olah
orang gaji dalam rumah ni.” Dia meluahkan apa yang dirasanya.
Ya
Arsyad. Saya memang orang gaji dalam rumah ni. Saya memang isteri yang tak pernah
dianggap. Saya bukan siapa-siapa pun dalam rumah ni.
“Dania…
saya…”
“Dania!!”
Suara
kuat itu benar-benar memeranjatkan dirinya. Suara siapa lagi kalau bukan suara suaminya.
Melaung dari tingkat atas. Nak apa agaknya menjerit malam-malam macam ni? Tadi
bukan main dia halau aku? Sekilas anak matanya singgah pada seraut wajah
Arsyad. “Er… saya naik dulu.” Kakinya terus melangkah tanpa berpaling ke
belakang lagi.
Arsyad
mengerutkan dahinya. Kenapa Dania macam takut sangat dengan suaminya sendiri?
Apa sebenarnya yang mama sembunyikan? Dan Amsyar… Kenapa dia macam berkasar
sangat dengan isterinya itu? Aku betul-betul tak faham dengan semua ni!
**********
SEPASANG
tangannya lincah menyediakan sarapan pagi. Roti sardin dah siap. Nasi
lemak pun dah siap. Cuma mee goreng
masih dalam kuali dan telur mata kerbau baru nak dibuat. Tengok! Banyak betul
sarapan pagi yang kena sediakan. Tapi yang nak makan… cuma enam orang. Tak habis
pun! Membazir betul, kan? Tapi nak buat macam mana. Satu arahan! Kenalah ikut
kalau tak nak kena pukul. Namun dia ikhlas dengan semua itu. Walau sesukar mana
pun hatinya tetap ikhlas menyediakan makan minum keluarganya. Dania tersenyum
di dalam hati. Syukurlah… aku masih mampu bertahan hingga ke saat ini.
Derap
langkah kaki seseorang memasuki ruang dapur membuatkan Dania berpaling ke arah
pintu dapur. Senyuman dihulurkan. “Assalamualaikum, abang. Awal abang hari ni?”
Dia sekadar bertanya walaupun dia tahu kemungkinan besar soalannya akan dibiarkan
sepi tanpa jawapan. Namun, dia tak akan pernah berputus asa.
Ya,
salam tidak dijawabnya. Langkah kaki diaturkan menghampiri Dania yang masih
menggoreng mee goreng. “Masak apa?” Soalan tanpa perasaan meniti bibirnya.
Dania
mengukirkan senyuman. Walaupun dia tahu soalan itu tidak ikhlas, dia tetap
tersenyum untuk suaminya itu. “Mee goreng. Dah nak masak ni. Abang duduklah
dulu. Nanti Nia hidangkan.” Api di dapur dimatikan.
“Aku
tak suka kau rapat sangat dengan Syad.”
Dania
menoleh ke arah suara itu. Lelaki di sisinya itu langsung tidak memandangnya.
Dahinya dikerutkan sekejap. Apa pulak kena mengena dengan Arsyad? “Hah? Tapi
saya tak…”
“Tak
apanya? Aku nampak Arsyad tu macam sukakan kau aje? Tak habis-habis nak back up
kau! Kau pun sukakan Syad ke? Kau kena ingat Dania… Kau tu isteri aku! Aku
berhak haramkan kau berbual dengan Arsyad tu!” Laju dia mencantas ayat yang
baru dituturkan oleh Dania itu. Satu pandangan tajam dihalakan ke arah
isterinya itu.
Haramkan?
Sampai macam tu sekali? “Tapi… takkanlah sampai macam tu sekali. Dia cuma
seorang adik bagi saya.”
Huh!
Dia mencebik sinis. “Yelah sangat, kan? Kau tu bukannya boleh dipercayakan pun!
Silap-silap hari bulan kau sendiri yang masuk bilik Arsyad tu! Serah diri
sendiri!”
Terasa
seperti nafasnya putus apabila tuduhan sebegitu menghempap dirinya. Daripada
seulas bibir suaminya! Senyuman hambar dihulurkan. “Saya tak akan buat perkara
macam tu!”
Suara
mendatar itu membuatkan dia tergelak sinis. “Ha’ah… terlupa pulakkan? Kau kan Perempuan
Bidadari Syurga. So, tak adalah kau
nak buat benda-benda macam tu kan?” Dia ketawa besar setelah memerli perempuan
itu.
Dania
terdiam sekejap. Amin… saya akan mengaminkan setiap doa dan kata-kata awak itu,
Amsyar. Semoga saya betul-betul mampu menjadi salah seorang perempuan bidadari
syurga kelak.
“Nia?
Abang Am? Buat apa tu?” Suara Arsyad muncul di muka pintu dapur.
Dania
menelan liur. Jangan-jangan… Arsyad dengar ke perbualan mereka? Amsyar
menjeling sekilas ke arah isterinya. Menghantar amaran tanpa suara. Tengok! Kat
mana ada isteri aku, kat situlah Arsyad akan datang! Memang boleh menimbulkan
syak was sangka, kan?
“Tolong
Nia masak.” Amsyar menjeling sekilas ke arah isterinya.
Arsyad
tersenyum sambil mengorak langkah menghampiri pasangan suami isteri itu. “Nia
masak apa? Bau macam best aje?”
“Hah?
Er… mee goreng.” Tergagap-gagap suaranya apabila melihat jelingan tajam
suaminya. Sungguh, dia sudah serba salah sendiri! Ya Allah… bantulah hambaMu
ini. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi seorang isteri yang derhaka pada suaminya.
Tapi… aku juga tak mahu Arsyad mengesyaki apa-apa. Demi aib aku dan suami aku!
“Waa…
sedapnya.”
Amsyar
panas telinga! Juga panas hati! Kakinya terus dilangkahkan meninggalkan Arsyad
dan Dania.
“Eh,
abang Am! Nak gi mana? Jomlah makan sekali. Alang-alang abang Am dah awal hari
ni. Bolehlah makan sekali. Dania pun… Jomlah makan sekali.” Ajaknya walaupun
terasa sedikit kejanggalan. Pasangan suami isteri ni memang pelik!
“Hah?
Er… Nia dah makan tadi. Syad makan dengan abang aje.” Cepat-cepat Dania
mengelak. Ya Allah Ya Tuhanku… ampunilah segala dosa-dosa aku. Sesungguhnya aku
cuba untuk menipu sunat. Menipu demi suamiku…
“Kau
makanlah sendiri! Aku dah kenyang.” Kakinya terus dilangkahkan meninggalkan
Arsyad dan Dania yang masih terpinga-pinga sendiri itu.
**********
ANAK
matanya mencerlung memandang seraut wajah tanpa riak itu. “Kau ada buat apa-apa
yang tak elok ke dengan Arsyad tu? Kau ni kan… memang tak tahu diuntung
langsung! Sanggup kau buat maksiat di belakang suami kau?”
Hah?
Maksiat? Siapa? Aku ke? Tapi aku tak… “Tak abang! Sumpah, Nia tak buat!”
“Iya,
Am! Mama nampak dia masuk bilik Arsyad semalam. Bukan sekejap, lama! Lepas tu
mama dengar suara bukan-bukan. Macam tengah ‘ehem-ehem’ aje!” Anak matanya
menjeling tajam ke arah Dania yang membuat muka tidak bersalah itu.
Berkerut
dahinya memandang ibu mertuanya itu. Kenapa mama sanggup fitnah dia sampai
macam tu sekali? Dengan Arsyad pulak tu! Anak kandungnya sendiri! “Mama… Nia
tak buat pun.” Dia cuba menafikan. Dia cuba membela dirinya.
Amsyar
memandang tajam seraut wajah isterinya itu. Boleh lagi dia menafikannya? Ini ke
Perempuan Bidadari Syurga yang selalu aku sebut-sebut tu? “Habis tu? Kenapa kau
boleh masuk dalam bilik Arsyad? Kau buat apa Dania?” Lantang suaranya memenuhi
ruang rumah agam itu.
Terasa
jantungnya seperti ingin keluar daripada badan kerana terkejut dengan suara
lantang itu. “Masa Nia masuk… Nia tak tahu pun Arsyad ada kat bilik. Nia cuma
nak…” Belum sempat dia menerangkan duduk perkara sebenar, ibu mertuanya sudah
menyampuk.
“Am…
jangan percayakan Nia. Pintu bilik tertutup rapat. Mama ketuk pintu bilik tu.
Bila pintu terbuka, mama nampak Arsyad pakai tuala aje. Dania ada atas katil
dia! Tak pakai tudung pulak tu! So,
memang patut mama curiga, kan?” Dia menokok tambah cerita. Padan muka kau
Dania! Aku harap Amsyar akan ceraikan kau hari ni jugak!
Hah?
Atas katil? Tak pakai tudung? Bila masa pulak aku duduk atas katil Arsyad? Dan
Arsyad… Ya, dia memang baru sudah mandi masa tu. Tapi… bukan hanya memakai sehelai
tuala. Dan siap berpakaian pun masa tu!
Pang!
Satu tamparan mengenai pipinya. Terpelanting Dania ke tepi meja. Mujur sahaja
dia sempat memegang meja itu. Kalau tidak, pastinya kepalanya yang akan jadi
mangsa. “Abang… Nia…” Dia masih ingin bersuara walaupun kepalanya pening
sangat! Pedih sungguh pipinya ditambar sebegitu rupa.
“Aku
akan ceraikan kau, Dania! Aku akan ceraikan kau! Tapi sebelum tu… aku nak bagitahu
sesuatu pada kau! Perempuan jalang macam kau ni tak akan pernah dapat title perempuan bidadari syurga! Faham! Meh
sini kau!” Pergelangan tangan Dania ditarik mengikuti langkahnya ke bilik.
“Abang…
abang nak buat apa ni?” Terkedu dirinya apabila Amsyar mengucapkan kata-kata
seperti itu.
Puan
Salina sudah melemparkan senyuman kemenangan. Akhirnya… Akhirnya Amsyar akan
menceraikan Dania! Ya, memang itu yang ditunggunya sejak dulu.
**********
DANIA
mengalirkan air mata untuk sekian kalinya. Untuk apa lagi ditangisi perkara
yang dah berlalu, Dania? Entahlah! Dia sendiri tidak tahu! Namun apabila
melihat seraut wajah yang sedang lena di sebelahnya ini, hatinya seperti
diguris pilu. Walaupun dia telah redhakan hatinya dengan ketentuan Yang Maha
Esa, namun… dia masih lemah! Lemah untuk diduga sekuat ini. Kerana dia tahu…
dia cuma seorang perempuan yang lemah. Setiap kali memandang wajah itu juga,
setiap kali itulah kenangan duka itu kembali ke fikirannya.
Tangisannya
berlagu pilu. Sampai hati Amsyar… Sampai hati Amsyar buat dia macam ni? Macam
sampah! Lepas dia dapat apa yang dia nak, dia campak aje aku kat sini. Lepas
tu, dengan senang hatinya dia melafazkan talak. Sungguh, hatinya benar-benar
terluka. Benar-benar tersiat dengan kekejaman lelaki itu!
“Berilah berita gembira kepada orang-orang
yang sabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah, mereka berkata:
Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali.
Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka
itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.” (Al-Baqarah: 156-157)
“Kau
curang dengan aku Dania! Aku benci kau! Mulai saat ini… bersaksikan mama aku…
aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ini, aku haramkan kau pijak
rumah ni! Berambus!!” Lantang suara itu bergema di dalam rumah agam itu.
“Abang
jan…” Belum sempat dia bersuara, Amsyar telah melafazkannya. Dia terdiam
sendiri. Terkebil-kebil anak matanya memandang lelaki di hadapannya itu.
Sekejap sahaja dia sudah tersenyum hambar. Akhirnya…
“Abang
betul-betul lafazkannya…” Ayat itu meniti tanpa sendu. Senyuman sinis menyapa
seulas bibirnya. Anak matanya menatap lama seraut wajah itu. Untuk terakhir
kalinya… “Abang betul-betul bencikan Dania, kan?”
Mengangguk
tidak, menggeleng pun tidak. Apa sebenarnya yang dah berlaku? Kenapa aku sampai
sanggup cakap macam tu kepada Dania? Dia… isteri aku! Dia… perempuan bidadari
syurga itu! Seraut wajah itu dipandangnya tanpa berkelip.
“Terima
kasih, abang… Sebab lepaskan Dania daripada dunia keseksaan ciptaan abang ini.
Halalkan segala makan minum Dania sepanjang Dania di sini. Maafkan semua
kesalahan Dania.” Sepasang tangannya cuba mencapai tangan suaminya itu. Eh
bukan… bekas suaminya. Kerana lafaz talak telah dilafazkan ke atasnya.
“Aku
takkan pernah maafkan kau, Dania!”
Dania
senyum lagi. Senyuman yang cukup memilukan setiap mata yang memandang. Sekejap
sahaja dia sudah menghampiri bekas ibu mertuanya itu. “Mama… terima kasih.
Sebab buat Dania sampai macam ni sekali. Terima kasih kerana melepaskan Dania
daripada siksaan dunia kekejaman ini.” Tangan tua itu dicapainya dan dicium
lembut.
“Eh,
dahlah! Kau tak payah nak berlagak sangat! Perempuan bidadari syurga konon!”
Dia menyentap kuat tangannya yang dipegang perempuan itu.
Kakinya
dilangkahkan ke dalam bilik. Pakaiannya dimasukkan ke dalam beg besar itu.
Dengan hati yang lega, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah agam itu.
Akhirnya dia bebas. Akhirnya dia terlepas daripada dunia kekejaman ini.
“Nia?
Kenapa ni? Nia nak pergi mana?” Tiba-tiba sahaja Arsyad muncul di hadapan pintu
rumah. Seraut wajah Dania yang basah itu diperhatikannya lama. Beg besar itu
dipandang dengan seribu kepelikan!
Dania
menghulurkan senyuman kepada lelaki itu. “Dia dah lepaskan Dania. Dania dah
bebas daripada dunia siksaan dia.” Dia berterus terang walaupun sangat payah
untuk mengeluarkan suaranya.
Bulat
anak matanya memandang abangnya yang masih berdiri membelakangi pintu rumah. “What?” Kakinya dilangkahkan menghadap
wajah Amsyar. “Kau dah gila ke Am? Kenapa kau buat macam ni pada perempuan
sebaik Dania? Besar sangat ke salah dia pada kau?”
“Ya!
Dia perempuan kotor! Dia perempuan hina! Kau pun! Aku benci kau! Kalau kau nak,
kau pun boleh berambus daripada rumah ni! Pergi mampus dengan perempuan kotor
ni!” Kakinya terus dilangkahkan untuk meninggalkan ruang tamu itu.
Terkebil-kebil
Arsyad memandang abangnya itu. Sekejap sahaja anak matanya beralih pula kepada
mamanya. Puan Salina buat tak nampak dan alihkan pandangan ke arah lain.
Sekejap
sahaja Arsyad sudah tergelak kuat. Gelak yang tersangat sinis.
Gelakan
itu mematikan langkah Amsyar.
“Kau
ni buta sangat kan… Sayang betul! Allah anugerahkan mata untuk kau memandang
dan melihat! Tapi kau tak nampak permata depan mata kan? Kesian sungguh aku
tengok kau ni! Sanggup mempersiakan seorang isteri sebaik Dania.”
“Eh,
kalau kau nak sangat perempuan kotor tu kau ambiklah! Aku dah ceraikan dia pun!
Tapi kau kena ingat satu benda! Dia tu dah tak suci! Dia tu bekas aku! Faham!”
Bergema lantang suara itu menghina bekas isterinya.
Buk!
Satu tumbukan singgah pada wajah abangnya. Gila betul lelaki ni kan? Sampai
macam tu sekali dia hina bekas isterinya? Padahal bekas isterinya itu adalah
sebaik-baik manusia! Memang sesuai sangat dengan panggilan yang diberikan oleh
Amsyar itu. Perempuan bidadari syurga! Ya, dia memang layak untuk menjadi
bidadari syurga!
Dua
tahun masa berlalu… Namun sedikit pun kenangan itu tidak pernah pudar daripada
ingatannya. Setiap patah kata… setiap perbuatan Amsyar masih terasa di hati dan
ditubuhnya. Juga mama… setiap pukulan mama… setiap hinaan mama… Tak pernah
sedikitpun luput dimamah waktu! Semuanya masih segar seolah-olah baru semalam
semuanya berlaku. Dan aku… tak akan pernah terdetik di dalam hati untuk
melupakan semua itu!
**********
“DANIA?”
Dia
mengerutkan dahi perlahan. Dania? Siapa yang panggil aku dengan panggilan macam
tu? Setahu aku… kat sini orang panggil aku dengan panggilan Zulaikha! Dania
berpaling ke arah suara yang menegurnya. Dia terpana sebaik sahaja
terpandangkan seraut wajah. Cepat-cepat dia berpaling semula ke depan. Dapat
dirasakan mukanya sudah pucat tidak berdarah. Kenapa? Kenapa aku harus
terserempak kembali dengan kenangan silam? Kenangan yang mengguris hati?
Cepat-cepat dia berlari anak meninggalkan lelaki itu.
“Dania!
Tunggu!” Dia cuba mengejar gadis itu. Namun sekejap sahaja Dania sudah
menghilang. Puas dia mencari, namun tidak ditemui juga.
Sungguh,
dia menyesal dengan apa yang pernah berlaku dua tahun yang lepas. Semuanya
gara-gara fitnah yang ditaburkan oleh mama.
“Mama minta maaf, Syad.
Semuanya salah mama. Mama yang fitnah Dania! Mama yang cakap pada Am yang Dania
pernah curi-curi masuk bilik Syad. Buat maksiat dengan Syad! Maafkan mama,
Syad.”
“Mama tak perlu minta maaf
pada Syad! Mama kena minta maaf pada Dania! Mama sangat-sangat bersalah pada
Dania!”
“Ya, Syad! Mama
bersalah! Mama selalu pukul dia walaupun dia tak salah! Mama burukkan dia pada
Amsyar.”
Dia
mengeluh perlahan. Itu kata-kata mama sebelum mama menghembuskan nafasnya. Kalau
bukan disebabkan dia terlantar sebegitu, mama tak akan pernah berterus terang
walaupun sudah hampir setahun Dania meninggalkan rumah ini. Begitu juga dengan
Amsyar. Sekali pun dia tak pernah berterus terang dengan apa yang berlaku. Sungguh,
dia sangat-sangat kesal bila mengingatkan apa yang terjadi kepada perempuan
sebaik Dania itu!
Dua
tahun dia mencari Dania. Kerana cintanya… kerana perasaan bersalahnya… dan
kerana sebuah kemaafan.
Di
sebalik dinding batu itu dia sudah terduduk sendiri. Tangisan dihemburkan
semahunya. Kenapa? Kenapa aku harus bertemu semula dengan dia? Kenapa aku harus
dipalit semula kenangan silam yang sangat mengguris jiwa itu?
“Dania… papa minta
maaf, sayang. Papa bersalah sangat pada Dania.”
Dania diam membisu. Hanya
sendu yang berlagu pilu.
“Papa… papa minta maaf
sebab tak pernah nak ambil tahu pasal Dania. Tak pernah nampak apa yang berlaku
antara Dania dan Amsyar. Dan juga antara Dania dan mama. Papa bersalah sangat
pada Dania.”
“Papa bersalah pada
arwah umi dan abah Dania sebab tak jaga Dania betul-betul. Sampai Dania
ditaburi fitnah oleh isteri papa sendiri!”
Setengah
jam dia terduduk di tanah itu. Setelah memastikan keadaan selamat dan setelah
memastikan lelaki yang ditemuinya tadi tiada lagi di situ, dia mengangkat
tubuhnya. Cepat-cepat dia berlari ke apartmentnya.
“Zulaikha?
Kenapa ni?”
Pandangannya
dihalakan ke arah seraut wajah. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Cepat sahaja
dia meluru dan memeluk tubuh gempal itu. “Ikha… Ikha jumpa Syad.” Tersedu-sedu
dia menjelaskan duduk perkara sebenarnya.
“Astagfirullahalazim…
kat mana Zulaikha jumpa dia? Zulaikha tak apa-apa, kan?”
Dania
mengangguk perlahan. Kakak angkatnya yang sangat banyak membantu dirinya
sepanjang dia berada di daerah asing ini. “Ikha tak apa-apa, kakak.”
“Dahlah…
pergilah berehat. Kakak nampak Zulaikha macam penat sangat. Luangkan banyak
masa bersama Allah, Zulaikha. Banyakkan berzikir dan mengaji Al-Quran.
InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja.”
“Terima
kasih, kakak. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kakak pada Ikha.”
**********
SEKEJAP
kepalanya ditolah ke kiri, sekejap pula kepalanya ditoleh ke kanan. Sejak
peristiwa dia terserempak dengan Arsyad seminggu yang lepas, dia jadi penakut.
Terasa seperti gerak gerinya diekori seseorang. Terasa seperti dirinya sedang
diperhatikan seseorang. Terasa seperti Amsyar sedang memerhatikan gerak
gerinya. Sungguh, dia sangat takut untuk berjalan bersendirian di kawasan itu
walaupun sudah dua tahun dia menetap di sini.
Jangan-jangan…
Amsyar datang mencari aku di sini kerana mahu merampas anak kecil ini? Sungguh
dia sangat takut perkara itu berlaku. Seminggu dia cuba untuk tidak membawa Asyraf
Damsyar ke mana-mana selepas terserempak dengan Arsyad. Tetapi hari ini… dia
perlu membeli barang keperluan Asyraf Damsyar. Anak lelakinya itu dibawa keluar
juga.
Langkah
kaki dipercepatkan. Kepalanya tidak berani untuk menoleh ke belakang. Pelukannya
pada bayi yang dipegangnya itu semakin kemas. Dia yakin… ada derap langkah yang
sedang mengekori langkahnya. Air mata menitis jatuh ke pipi. Dia takut! Sangat
takut sekiranya Amsyar akan mengapa-apakan dia! Mengapa-apakan anaknya ini!
Kalau seminggu yang lepas dia boleh menyorok di belakang tong kerana dia
berseorangan. Kali ini mungkin dia tidak dapat menyorok seperti minggu lepas
kerana dia bersama Asyraf Damsyar.
Ada
suara yang melaung namanya. Dania membuka langkah seribu dan melarikan diri
sekuat hati. Asyraf Damsyar dipelukannya dipegang kemas. Kali ini Asyraf
Damsyar sudah merengek perlahan. Mungkin terkejut… atau mungkin ketakutan.
Tiba
di suatu lorong kecil, Dania menyorok di sebalik dinding rumah seseorang.
Nafasnya yang tercungap-cungap itu cuba ditahannya. Asyraf Damsyar… Anak
kecilnya itu masih merengek perlahan. Dania mengusap perlahan kepala anaknya.
“Asyraf kena tolong mama… Asyraf kena diam sayang…” Dia bersuara perlahan ke
arah bayi yang masih tidak tahu apa-apa itu. Sekejap sahaja anaknya itu sudah
tersengih-sengih dan berhenti merengek. Seolah-olah faham dengan apa yang
dituturkan oleh bibir ibunya ini. Dania melepaskan nafas kelegaan.
“Dania…
saya tahu awak ada kat kawasan ni. Please
Dania… jangan terus melarikan diri macam ni. Saya perlu bercakap dengan awak.
Sekejap pun jadilah, Dania.” Dia bersuara sambil mencari-cari seraut wajah yang
tidak ditemuinya. Cepat betul dia melarikan diri! Kenapa dia tak nak bersemuka
dengan aku?
“Dania…
please… Saya perlu minta maaf dengan
awak. Dan saya… saya nak jelaskan sesuatu pada awak.”
Arsyad?
Ya, dia kenal perbezaan suara Amsyar dan Arsyad. Apa yang didengarinya ini
adalah suara Arsyad! Dia menekup mulutnya dengan tangan. Seboleh-bolehnya dia
tidak mahu lelaki itu perasankan dia yang bersembunyi di sebalik kotak besar di
belakang dinding rumah itu. Tangisannya cuba dikawal supaya tidak kedengaran.
“Saya
tahu awak ada kat sini, Dania. Tolonglah… saya nak bercakap dengan awak sekejap
sahaja.” Dia masih merayu. Fikirannya teringatkan sesuatu. Anak siapa yang
Dania pegang tadi? Anak Dania, kah? Dania dah berkahwin lain? Atau…
Bunyi
tangisan bayi yang sedang merengek perlahan membuatkan Arsyad tersentak. Dania?
Dania masih ada di sini? Dia cuba menjejak bunyi tangisan bayi yang perlahan
itu.
Dania
panik! Ya, awal-awal lagi dia dah tahu… Asyraf Damsyar akan merengek lagi. Mungkin
penat… atau mungkin lapar! Dia memang tak sempat nak susukan anaknya tadi. Dia
bangun daripada duduknya. Kakinya cepat-cepat berlari meninggalkan tempat itu.
Kelibat
Dania yang berlari itu dapat dilihatnya. Cepat-cepat Arsyad berlari mengejar
wanita itu. “Dania! Tunggu kejap!”
Sekuat
mana dia boleh berlari dengan bayi yang didukungnya itu. Usia Asyraf Damsyar
sudah menginjak dua tahun. Dan beratnya boleh tahan jugak! Dia tahu… dia tak
akan dapat lari jauh. Langkahnya mula perlahan. Kali ini aku pasrah! Apa pun
yang bakal terjadi… aku redha!
“Dania!”
Kali ini dia sudah berdiri di hadapan perempuan itu. Tercungap-cungap nafasnya.
Anak matanya memandang tepat seraut wajah itu. “Dania… Saya perlu bercakap
dengan awak.”
“Maaflah,
saya tak ada masa.” Dia cuba mengatur langkah kembali, namun langkahnya
dihalang. Anak matanya singgah pada seraut wajah itu. Tangisan Asyraf Damsyar
semakin menjadi-jadi. Mungkin kerana terkejut apabila dia berlari seperti tadi.
Ditepuknya belakang tubuh anaknya itu. “Syhh… jangan nangis sayang… Sorry, mama tak sengaja tadi.”
Menitis
air matanya melihat kasih sayang Dania terhadap anak kecil itu. Betapa
beruntungnya siapa yang dapat menjadikan Dania sebagai isterinya. Perempuan
bidadari syurga yang sangat cantik… yang sangat penyayang… yang sangat baik… Sangat
perfect!
“Awak
nak cakap apa? Saya tak ada masa. Saya bagi awak masa seminit.”
Arsyad
tersenyum sekejap. Air mata di pipinya disapu perlahan. Dania sekarang sangat
jauh berbeza dengan Dania yang dikenalinya dua tahun yang lalu. Dania yang di
hadapannya ini sangat keras hatinya! Garang pun iya jugak! “Jom… duduk dulu.
Saya tahu awak penat.”
“Kan
saya dah cakap tadi! Saya tak ada masa! Saya kena susukan anak saya.”
“Berapa
umur dia?”
Apesal
dengan mamat ni? Yang dia duk tanya umur Asyraf tu kenapa? “Setahun lapan
bulan.”
Maksudnya…
masa Amsyar ceraikan dia, dia dah mengandung? “Anak Amsyar jugak, kan?” Dia
sekadar menduga.
“Kalau
awak tak ada apa nak cakap, saya nak balik.”
“Saya
ikut.”
“Tak
boleh!” Cepat sahaja dia membantah. “Awak… dengan saya… bukan muhrim! Awak tak
boleh ikut saya!” Tegasnya!
Arsyad
tersenyum perlahan. Dania… sangat-sangat berbeza! Tegas! Keras hati orangnya!
Sangat berbeza dengan Dania yang pernah dikenalinya dahulu.
“Awak
dah banyak berubah, kan?” Senyuman masih tidak lekang daripada seulas bibirnya.
“Ya,
saya memang dah banyak berubah! Pengalaman yang buat saya berubah sampai macam
ni!”
**********
ALUNAN
bacaan surah Yasin itu kedengaran merdu menghiasi tanah perkuburan itu. Depan
kubur bekas suaminya… di sebelah kubur ibu mertuanya. Anak matanya memandang
sekilas ke arah suaminya yang sedang mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran itu
bersamanya. Senyuman berbalas senyuman.
Selepas
menghabiskan bacaan surah Yasin, dia menadahkan kedua belah tangan. Mengaminkan
doa yang sedang dibaca oleh suaminya itu. Bibirnya tersenyum lagi. Sejuk hatinya
melihat suaminya yang boleh menyebut dan membaca Al-Quran dengan lancar itu.
Inilah suami yang aku impi-impikan… Inilah suami yang aku perlukan… Seorang
suami yang menjadi pembimbing hidup di dunia dan di akhirat.
Anak
matanya masih tepat memandang seraut wajah itu. Abang… Nia sayang abang
sangat-sangat. Ya Allah… sesungguhnya aku benar-benar bersyukur di atas segala nikmat
dan kurniaMu. Abang… terima kasih.
“Sayang…
Jom!” Tangannya dihulurkan kepada isterinya yang seolah-olah susah untuk
berdiri itu. Senyuman manis dihulurkan.
“Terima
kasih. Sayang abang sangat-sangat!” Tangan kanannya menyambut huluran tangan
suaminya itu.
“Abang
pun. Sayang Sayang sangat-sangat!”
“Hmm…
doakan kebahagiaan mereka di sana juga.” Dia mengingatkan suaminya.
Kepalanya
diangguk perlahan. Isterinya ini tak pernah berhenti menyuruhnya mendoakan
mereka yang telah kembali ke rahmatullah. “Hmm… pastinya.”
**********
PANDANGANNYA
dihalakan ke arah lautan yang meluas itu. Agungnya ciptaan Allah Yang Maha Esa
lagi Maha Berkuasa.
Begitu
cepat masa berlalu. Sudah lebih setahun arwah Amsyar kembali ke rahmatullah.
Dan sudah hampir setahun juga dia mendirikan rumah tangga. Rumah tangga yang
disinari dengan cahaya kebahagiaan. Yang disinari dengan cahaya keimanan.
Terima kasih, Ya Allah… untuk segala kenikmatan yang telah Engkau kurniakan.
Kata
orang, di sebalik kesempitan itu akan terbentang satu keindahan. Di sebalik
kesusahan itu ada hikmah yang menanti. Dan inilah hikmahnya… Inilah
keindahannya…
“Dua
tahun saya berusaha cari awak, Dania.”
“Kenapa
awak perlu berusaha susah payah untuk cari saya? Saya ni cuma seorang yang tak
penting langsung dalam hidup awak. Hanya seorang yang menyusahkan!”
“Awak
silap Dania. Awak adalah orang yang paling penting dalam hidup saya.”
“Penting?
Saya tak rasa macam tu!”
“Saya
cintakan awak, Dania…”
Dania
terdiam sendiri. Kelu lidahnya dengan kata-kata lelaki itu. Benarkah? Betulkah?
Dia menyoal diri sendiri.
“Saya
dah jatuh cinta pada awak, Dania. Saya dah jatuh cinta pada awak sejak saya
ternampak wajah polos awak sewaktu awak tertidur kat tepi peti ais hari tu.
Sebab tak sampai hati, saya angkat awak ke katil awak.”
“Sebab
tu juga saya kena marah teruk dengan lelaki tu.”
“Ya,
saya tahu… Sebab tu juga awak kena halau tidur kat luar, kan?”
Dania
mengerutkan dahi. Macam mana dia boleh tahu pulak? Dia dengar ke?
“Macam
mana saya boleh tahu?” Dia menyoal apabila melihat raut wajah berkerut itu.
Pasti persoalan itu yang ada di dalam mindanya. “Abang Amsyar ceritakan pada
saya. Bukan sewaktu dua tahun yang lepas. Tetapi selepas dia kemalangan.”
Kemalangan?
Amsyar kemalangan? “Macam mana keadaan dia?”
“Sebab
tu saya cari awak, Dania. Abang Amsyar hutang kemaafan dengan awak. Sekarang
dia terlantar di hospital bertarung nyawa. Dan… hanya menunggu masa untuk pergi
meninggalkan kita.”
Menitis
air mata Dania mendengar berita itu. Amsyar… Asyraf belum dapat kenal papanya
lagi. Tapi… awak dah nak pergi tinggalkan dia. Saya minta maaf Amsyar… Sebab
rahsiakan tentang kelahiran Asyraf Damsyar.
“Dania…
saya harap sangat awak dapat datang jumpa dia. Sekurang-kurangnya awak maafkan
dia. Mungkin dia boleh pergi dengan hati yang tenang?”
“Tapi…
mama macam mana? Mama akan marahkan saya macam dulu! Saya dah tak sanggup
Arsyad! Saya dah tak sanggup dihina… dimaki macam dulu! Apatah lagi depan anak
saya! Saya tak nak anak saya merasai apa yang saya rasa. Cukuplah hanya saya
seorang yang merasakannya!”
Arsyad
melepaskan keluhan berat. Bibirnya menguntumkan senyuman hambar. “Mama dah
meninggal, Dania.”
Bulat
matanya memandang seraut wajah itu. Antara percaya atau tidak… dia masih
ragu-ragu dengan kenyataan itu.
“Ya,
Dania. Beberapa bulan selepas awak pergi tinggalkan rumah tu, mama jatuh
tangga. Lepas tu mama kena stork. Separuh daripada badannya lumpuh. Dua bulan
selepas tu mama meninggal. Genap setahun mama meninggal, Amsyar pula yang
kemalangan. Dan saya rasa… Amsyar mahukan kemaafan awak, Dania.”
“Tapi
saya tak rasa macam tu. Dia bencikan saya sangat-sangat. Sampai dia sanggup
tuduh saya curang dengan awak, Arsyad.”
“Ya,
saya tahu… Tapi sebenarnya mama yang reka cerita tu. Mama cakap dia nampak awak
masuk dalam bilik saya dan buat benda tak elok dengan saya.”
“Ya…
sebab tu Amsyar marahkan saya sungguh-sungguh. Sampai sanggup menyakiti tubuh
saya. Saya langsung tak sempat nak jelaskan semuanya. Tiba-tiba tuduhan demi
tuduhan menimpa saya. Saya sedih sangat bila dia hina saya. Sampai ke hari ni…
luka dan parut itu masih terkesan dalam diri saya.”
“Dia
dah betul-betul menyesal dengan apa yang pernah dia lakukan pada awak.”
Terungkap
sebuah kebenaran. Ya, aku difitnah! Dan orang yang menaburi fitnah itu adalah
mama, ibu mertuaku… Ibu kepada suamiku…
“Maafkan…
memaafkan seseorang itu adalah sesuatu yang paling indah, Dania. Keindahan yang
akan kita bawa seumur hidup kita. Di dunia… dan juga akhirat kelak.”
Hmm…
kemaafan adalah suatu anugerah yang terindah. Dua tahun… aku memendam segala
kemaafan. Aku memendam segala kebencian dan kemarahan. Aku memendam sebuah
dendam yang mendalam.
Dan
diakhirnya… segala dendam itu sudah terlerai. Segala kemaafan itu sudah
diluahkan. Segala kebencian dan kemarah itu sudah dihapuskan. Ya… kemaafan
adalah dendam yang paling indah.
Di
dalam lautan yang terbentang luas itu, dia melihat senyuman suaminya. Terima
kasih segalanya, suamiku… Kerana menerima dengan seadanya. Kerana memberi
dengan seikhlasnya. Kerana menyayangi isteri dan anakmu dengan sepenuh hati…
Hanya dia… Arsyad bin Aizril.
Senyuman
terukir indah di bibirnya. Melihat isterinya yang sedang termenung itu, ada
sahaja ideanya untuk mengusik. Perlahan derap langkahnya diatur mendekati
isterinya. Oh, ralit betul duk pandang laut tu kan? Entah apa yang ada dalam
laut tu?
“Sayang…
buat apa?” Pinggang isterinya diraih dari belakang.
Pantas
Dania menoleh ke belakangnya. “Abang!! Terkejut Nia!”
Dia
sudah tergelak besar. “Itulah… termenung sangat! Hmm… kat laut tu ada gambar
muka abang ke? Abang tengok Sayang macam syok gila pandang laut tu!”
Dania
tergelak besar. Ya, abang… Ada gambar abang yang sedang senyum dengan
seikhlasnya… “Eee… perasannya mamat ni?”
“Jom
duduk situ?” Dia mengajak isterinya duduk di atas sebuah bangku yang menghadap
laut. Indah sungguh permandangan ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa ini! Sangat
mendamaikan! Sangat menenangkan!
“Abang
nak cakap apa?” Dia bersuara sebelum suaminya memulakan baris ayatnya. Seraut
wajah itu menggambarkan bahawa suaminya itu seperti ingin meluahkan sesuatu
kepadanya. Dania emnghulurkan senyuman.
Dia
tergelak kecil. “Ai… macam tahu aje?”
Dania
mencebik sambil menjungkitkan kedua belah bahunya. Main agak aje sebenarnya.
Padangan kembali dihalakan ke arah lautan yang membiru itu.
“Masa
arwah abang cakap yang dia dah ceraikan Sayang tu, abang rasa menyesal sangat
Sayang.” Dia meluahkan kekesalannya. Ya, dia sangat menyesal dengan apa yang
dah berlaku kepada isterinya itu.
Dania
mengerutkan dahi sambil memandang suaminya. Dia yang menyesal? “Kenapa pulak
abang yang menyesal?”
Lelaki
itu menganggukkan kepalanya perlahan. “Sebab abang rasa rugi sangat…
Sangat-sangat rugi bila melepaskan seorang perempuan bidadari syurga seperti
sayang.”
Dania
tergelak perlahan. Dah lama dia tak dengan panggilan macam tu. Dulu… hanya
arwah Amsyar yang memanggilnya dengan panggilan itu. “Kenapa abang masih nak
panggil Nia dengan panggilan tu?”
“Sebab
abang rasa… Sayang memang layak untuk mendapat gelaran tu. Sebab Sayang adalah
sebaik-baik perempuan yang pernah abang temui. Sayang tahu..?” Soalnya sambil
memandang isterinya.
“Tahu
apa?”
Senyuman
dihulurkannya. “Sayang ingat tak hari pertama abang balik dari Sedney tu?”
Dania
menganggukkan kepala. “Hmm… kenapa dengan hari tu?”
“Abang
sampai rumah mama dalam pukul empat pagi. Lepas tu abang rasa lapar sangat.
Abang turun dapur, makan. Dah sudah makan tu abang panjat tangga nak balik ke
bilik Di anak tangga terakhir abang dengar suara seorang perempuan mengalunkan
bacaan suci Al-Quran. Mula-mula abang pelik sangat!”
Berkerut
dahinya memandang suaminya. Tak pelik pun? Ucapnya di dalam hati. “Apa yang
pelik?”
“Setahu
abang… kat rumah tu tak ada orang perempuan lain selain mama. Dan mama tak
pandai baca Al-Quran. Bila abang dengar betul-betul, suara Sayang merdu sangat
sampai terkesan dalam lubuk hati yang paling dalam. Bacaan yang sangat lancar.
Abang cari dari arah mana suara itu. Bila abang pandang bilik Abang Amsyar,
masa tu barulah abang ingat yang Abang Amsyar dah kahwin. Rupa-rupanya isteri
Abang Amsyar yang baca Al-Quran di subuh hari.” Bila tersenyum lagi bila
mengingatkan tentang peristiwa itu.
“Masa
tu… hati abang tenang sangat. Sekurang-kurangnya ada penghuni dalam rumah tu
yang menyerikan lagi rumah itu dengan alunan bacaan Al-Quran yang dah lama
menyepi. Itulah Sayang!”
Dania
mengangguk perlahan. “Abang tahu tak?”
“Tak.”
Pantas dia menjawab.
Dania
mengetap bibir geram! Orang tak habis cakap lagi! Cepat aje dia menyampuk! “Yelah…
Nia nak ceritalah ni!”
Arsyad
tergelak perlahan. Seronok sangat dapat mengusik isterinya ini. “Okey, sambung
balik cerita tu!”
“Masa
tu… Mama marah Nia.”
Kali
ini giliran dia yang menganggukkan kepalanya. “Abang tahu… ”
Berkerut
dahi Dania memandang suaminya. “Macam mana abang tahu?”
“Papa
yang cerita.”
“Jadi…
papa tahu yang Nia selalu kena marah?”
Kepalanya
diangguk lagi. “Hmm… Mak Som yang bagitahu papa.”
Mak
Som? Tapi… Mak Som tak ada pulak cakap apa-apa bila mama marah-marah aku? Bila
mama pukul-pukul aku? Mak Som tu pendiam sangat orangnya. Rupa-rupanya… Mak Som
tu baik orangnya! “Tapi… kenapa papa tak…”
Arsyad
memandang seraut wajah isterinya. “Papa tak boleh nak kata apa-apa Sayang.
Sebab papa sendiri pun menumpang kat rumah mama. Kan mama selalu mengungkit
pasal perkara tu.”
“Hmm…
kesian papa. Tapi… tak apalah. Papa dah ada Mak Som. Dan papa juga dah rasai
kebahagiaan macam Nia rasa.” Bibirnya menguntumkan senyuman.
Tak
sangka kan? Papa dan Mak Som berkahwin sebulan selepas perkahwinan Dania dan
Arsyad. Jarak beza umur papa dan mak Som yang hanya tiga tahun itu langsung
tidak membuatkan papa rasa rendah diri. Dan Mak Som pula… sangat-sangat
menghormati papa sebagai suaminya walaupun umurnya lebih tua tiga tahun
daripada papa. Semoga bahagia milik mereka selamanya…
Arsyad
mengangguk perlahan. Alhamdulillah… papa dan bahagia dengan mak Som. “Sayang
tahu tak?”
“Tak
tahu!” Dania pantas menjawab. Sengaja dia ingin mengenakan suaminya itu. Padan
muka!
“Yelah!
Kan abang belum cerita lagi!”
Dania
tergelak kecil. Hah, tadi buat kat orang macam tu! Rasakan balik! “Okey,
sambung cerita.”
“Masa
abang terjumpa Sayang dekat dapur tu kan… Jantung abang tak nak berhenti berdegup.
Rasa macam nak putus nafas aje bila seorang perempuan cantik macam bidadari
muncul depan mata.”
Dania
mengangguk perlahan. “Terima kasih, abang… Sebab sudi menerima Nia sebagai
isteri abang seadanya. Sebab sudi menelan baik buruk Nia seadanya. Dan sudi
menerima Asyraf Damsyar sebagai anak.”
“Hmm…
thanks to you too, Sayang. Sebab sudi
terima abang sebagai suami Sayang yang sah. Abang sayangkan Asyraf Damsyar sama
macam abang sayang Dania. Jangan risau. I
love you so much.”
“I love you too.”
Pantas
sahaja dia menarik isterinya ke dalam pelukan apabila isterinya mengucapkan
sebaris ayat itu. Nia… Nia… Bukan senang nak dengar dia cakap I love you, tau! Pipi mulus itu
diciumnya penuh syahdu. “Sayang… dan abang… Akan sentiasa bersama untuk selamanya.
Tak akan ada seorang pun yang boleh memisahkan kita berdua! Kecuali Allah
s.w.t. Abang akan mencintai Sayang seumur hidup abang. Dan abang doakan kita
akan bertemu dan bercinta semula di akhirat kelak.”
Menitis
air mata Dania mendengar ucapan ikhlas suaminya itu. Ya… dia tahu Arsyad
ikhlas. Sepasang mata suaminya itu jelas menggambarkan keikhlasannya. “Nia pun…
Nia akan mendoakan perkara yang sama.” Dipeluk erat sekujur tubuh itu. Semoga
bahagia milik kita selamanya.
“Dahlah…
jangan nangis lagi. Jom solat sama-sama.”
Dania
mengangguk perlahan. Sesungguhnya dia sangat-sangat bersyukur kepada Allah Yang
Satu kerana mengurniakan dia seorang lelaki yang mampu membimbing kehidupannya
di dunia dan akhirat. Arsyad… dia tak pernah mempersendakan ibadat yang dilakukan
sepertimana Amsyar. Dia… adalah Imam aku. Dan dia… adalah pembimbing aku. Hanya
dia… Arsyad bin Aizril.
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap
bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku
dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah
daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.”
“Wahai Tuhan ku,
aku tak layak untuk kesyurgamu. Namun tak pula aku
sanggup ke Nerakamu. Kamilah
hamba yang mengharap belas kasihan darimu. Ya
Allah jadikanlah kami hamba-hamba
Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa-dosa kami... dosa kedua ibubapa kami, dosa
sekalian muslimin dan muslimat yang
masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.”
Amin
Ya Rabbalalamin...
Selepas
mengaminkan doa, Arsyad menarik lembut tangan isterinya. Dania mencium tangan
suaminya penuh syahdu. Terima kasih Ya Allah… kerana mengurniakan aku seorang
perempuan bidadari syurga. Penyejuk di mata, penawar di hati. Di dunia, dialah
penyeri… Di syurga menanti, dialah bidadariku… Hanya Zulaikha Nur Dania binti
Muhammad!
Dunia
ciptaan Yang Maha Berkuasa ini sangat indah. Diciptanya kesusahan sebelum
kesenangan. Diciptanya kekecewaan sebelum kegembiraaan. Diciptakan penderitaan
sebelum kebahagiaan. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah yang
tersembunyi. Cuma yang membezakannya hanya cepat atau lambat. Dan setiap
hambaNya yang bersabar itu, pasti ada hikmah yang hebat.
“Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu
orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami
adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Mereka itulah yang
mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang
yang memperoleh petunjuk.” (Al-Baqarah: 156-157)
~ TAMAT ~
Sumber: