CERPEN: KASIHMU KU TERIMA
LAMA
dia berdiri di hadapan pintu pagar rumah yang tersergam indah itu. Wah,
cantiknya rumah dia? Besar pulak tu! Aku tak tahu pulak yang dia tu anak orang
kaya. Arwah Asyraf tak pernah cerita pulak yang tunang kawan dia tu anak orang
kaya!
Dengan
lafaz bismillah, kakinya diatur perlahan ke dalam rumah itu. Kelihatan para
tetamu memenuhi ruang rumah itu. Mana aku nak cari dia ni? Dapat tunjuk muka
pun jadilah. Jangan dia cakap aku tak datang sudah!
Kepalanya
tertoleh-toleh mencari seraut wajah lelaki itu. Lelaki yang menjemputnya ke
majlis pertunangannya. Kalau bukan disebabkan janjinya kepada arwah Asyraf, tak
mungkin dia akan menjejakkan kakinya ke sini.
Terpana
sekejap apabila terpandangkan pelamin pertunangan yang sangat indah itu. Iris
meneguk liur perlahan. Fuyoo… majlis pertunangan je kot? Tidak berkelip kelopak
matanya melihat pelamin pertunangan yang sangat mewah itu! Macam pelamin
kahwin! Aku dulu bertunang simple
aje! Tak perlu kot nak menunjuk-nunjuk. Kalau kahwin bolehlah kata nak buat
mewah macam ni!
Bibirnya
menguntumkan senyuman. Melihat calon perempuan yang sudah berhias cantik itu
membuatkan dia terkenangkan hari pertunangannya. Cantiknya Arisya. Selalunya memang
dia cantik pun. Tapi… bila pakai gaun bertunang macam tu, dia nampak lagi
cantik!
Terpana!
Itulah yang dirasakannya sebaik sahaja terpandangkan seorang gadis yang baru
melangkah masuk ke pintu utama. Tidak lepas anak matanya memandang seraut wajah
yang putih bersih itu.
Siapakah
perempuan itu? Sanak saudara Johan? Atau… sanak saudara Arisya? Tak pun kawan Arisya
atau kawan Johan! Kenapa sebelum ni aku tak pernah kenal dia pun?
Senyuman
terbit di bibirnya sebaik sahaja terpandangkan riak tersenyum perempuan itu.
Cantiknya dia bila tersenyum manis macam ni. Sejuk jiwa ini, berdebar jantung
ini.
“Weh,
aku tanya kau ni!”
Tumbukan
perlahan pada bahunya memeranjatkan lamunannya. “Apa?” Soalnya sepatah. Anak
matanya masih belum lepas memandang ke arah wanita yang mencuri perhatiannya
itu.
“Aku
tanya kau, bila majlis kau pulak?”
“Tanya
ke perli?” Macamlah aku tak tahu yang dia tengah perli aku! Aku tahulah aku ni
tak ada calon lagi walaupun umur dah masuk 27 tahun. Lagi mahu tanya ke!
“Mana
ada perli! Aku tanya betul-betul, kan?” Johan menahan gelak di dalam hatinya.
Ya, sebenarnya soalan dia tadi sememangnya untuk memerli sahabatnya itu. Susah
sangat nak rapat dengan perempuan! Nak jadikan special girlfriend?
Lagilah payah! Kenapalah si Zul ni payah sangat? Agak-agak... siapakah
perempuan itu?
“Soalan
kau tadi tu memang macam perli pun.”
“Yelah!
Yelah! Kau menang! So… kau tak nak
jawab ke soalan aku tu?” Usiknya lagi.
“Belum
ada rezeki. Puas hati?” Gelas yang dipegangnya diletakkan di atas meja. Kakinya
dilangkahkan untuk meninggalkan lelaki yang bermulut pedas itu! Sehari kalau
tak menyakitkan hati aku, memang tak boleh agaknya?
“Eh,
kau nak pergi mana tu?”
“Nak
pergi cari calon isteri!” Jawabnya sedikit kuat. Padan muka! Ingat aku ni tak
laku ke?
Johan
ketawa kuat sambil menggelengkan kepalanya. “Kalau dah jumpa nanti jangan lupa
bagitahu!”
“Iya!
Iya!” Zul terus mengatur langkah mencari kelibat wanita bertudung belit-belit
yang dilihatnya tadi. Johan punya pasallah ni! Hilang pulak perempuan idaman
aku tadi!
Ya,
sekali pandang dia sudah dapat mengagak. Wanita itu memiliki ciri-ciri wanita
idamannya. Ada sesuatu di wajah itu yang sangat terkesan di dalam hatinya!
**********
“JOHAN…
siapa dia?”
Kepalanya
ditoleh ke arah suara yang menyapa. Aik, tadi cakap nak pergi cari calon
isteri? “Dari mana?” Perlinya kerana sedikit terkejut dengan sapaan secara
tiba-tiba itu.
Zul
mencebik. Mentang-mentanglah hari ini hari dia, alih-alih aku aje yang terkena!
“Jatuh dari langit. Jawab soalan aku tadi. Siapa dia?”
Johan
mengerutkan dahinya perlahan. Si Zul ni dah tersangkut dengan siapa? Beria
nampak? “Siapa, siapa?”
“Tadi
tu… yang berbual dengan kau tadi. Saudara kau ke? Ke sanak saudara Arisya?”
Soalan
itu mencetuskan ketawa di bibirnya. “Ramai kot yang berbual dengan aku tadi!
Yang mana satu?” Masih berpura-pura tak faham.
“Tu!
Yang berdiri kat tiang tu.”
“Which one?”
“Yang
pakai tudung belit-belit tu.”
Johan
tersenyum sambil mengangguk perlahan. “Oh, yang tu ke? Kenapa? Falling in love at the first sight? Itu ke calonnya?”
“Orang
tanya aje!”
Oh,
tanya? Tak nak mengaku lagi? Macamlah aku tak nampak muka beria-ia dia tu! “Bukan
saudara aku. Juga bukan saudara Arisya.”
“Habis
tu… siapa dia? Muka dia macam… macam pernah aku tengoklah.”
Haha!
Johan tergelak kuat. Sekejap sahaja dia sudah menggelengkan kepala perlahan. “Kau
ni Zul… semua perempuan kau cakap macam pernah tengok. Tapi seorang pun kau tak
tersangkut! Jangan memilih sangat! Karang yang dikejar tak dapat, yang
dikendong berciciran pulak!”
Berkerut
dahinya sekejap. Betullah! Aku rasa macam pernah jumpa dia! Kali ini otaknya
ligat mencari data yang tepat! “Tak… kali ni aku serius. Aku rasa aku pernah
jumpa dia. Tapi aku tak ingat bila. Kau kenal dia?”
“Kenal.
Dia tu tunang arwah Asyraf.”
Tunang
arwah Asyraf? Yang tak jadi kahwin tu
ke? Anak matanya masih singgah pada seraut wajah itu. Jadi… inilah orangnya?
Orang yang aku nak kenal sangat selepas dengar cerita Johan tentang arwah
Asyraf. “Asyraf kawan arwah along kau tu ke?”
Johan
mengangguk perlahan. “Hmm… yang excident sekali
dengan along tu. Kalau kau ingat, arwah Asyraf tu meninggal bulan lepas. Arwah
Asyraf dengan arwah along bff.
Walaupun arwah along tua dua tahun daripada arwah Asyraf, tapi diorang dah
macam adik beradik kandung. Sejak study
kat Jepun lagi. Satu bilik… satu kuliah… satu katil… makan nasi sepinggan…”
Zul
mengangguk perlahan. Ya, dia pernah dengar cerita-cerita ni daripada mulut Johan.
“Maksudnya… perempuan ni tunang arwah yang sepatutnya kahwin awal bulan depan
tu?”
“Betullah
tu. Kau ingat, eh?”
“Sebenarnya
ingat-ingat lupa. Tapi… kenapa dia datang jugak majlis kau ni?” Perasaan ingin
tahu menyebabkan dia terus bertanya dan bertanya.
“Dia
dengan arwah Asyraf pernah janji dengan along. Sebab tu dia datang jugak.”
Zul
menjadi pemerhati. Entah kenapa, seraut wajah perempuan itu menggamit dirinya
untuk terus memandang seraut wajahnya yang nampak sangat ketara kesedihannya
itu. Namun wanita itu masih cuba tersenyum dalam riak kesedihannya yang masih
tergambar jelas.
“Bukan
ke dia ni…” Zul mengerutkan dahi sambil otak kecilnya bekerja keras mencari
data di mana pertemuannya dengan wanita itu. Dia… perempuan yang aku jumpa kat
kedai buku minggu lepas? Ha’ah, lah… memang dia!
**********
BIBIRNYA mengukirkan
senyuman. Melihat seraut wajah itu, hatinya terasa tenang. Dan saat ini, dia
sudah dapat tahu di mana dia pernah terserempak dengan wanita itu.
Sedang
dia tercari-cari buku rujukan untuk tugasannya, dia terlanggar seseorang. “Sorry… tak perasan tadi.”
“Takpe.
Saya yang patut minta maaf sebab cuai.”
Suara
yang sangat lembut itu menyentuh tangkai hatinya membuatkan dia terasa ingin
melihat seraut wajah itu. Wajah putih bersih yang membuat hatinya berdebar
kuat. Sepasang anak mata yang berkaca menggambarkan sebuah kesedihan yang
sedang disembunyikan itu menarik perhatiannya. Lesung pipit di kedua belah
pipinya cukup untuk menggetarkan hatinya. Ya Allah, aku rasa macam sedang jatuh
cinta pada pandangan pertama. rasa macam nak pecah dada ini menahan debaran.
Cantik... manis...
“Buku
awak.”
Dia
mengukirkan senyuman sambil menyambut dua buah buku yang dihulurkan gadis itu
kepadanya. Namun, sekejap sahaja senyumannya termati sendiri sebaik sahaja
terpandangankan sebentuk cincin pada jari kiri gadis itu. Sudah berkahwinkah
dia?
“Awak
okey?”
Anak
matanya memandang lama sepasang anak mata itu. Jelas menunjukkan kerisauannya.
Sekali lagi dia cuba tersenyum. Namun kali ini senyumannya kelihatan hambar. “Saya
tak apa-apa. Awak?”
“Saya
pun. Sekali lagi saya minta maaf, ya? Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”
Dia
yakin, itu adalah pertemuan pertamanya dengan perempuan itu. Tanpa sedar
langkah kakinya telah pun diatur menghampiri wanita itu.
Terkejut
Iris dibuatnya! Hampir-hampir sahaja dia terlanggar seorang lelaki. Nasib baik sempat
brek! Kalau tidak… entah apa yang akan diciumnya! Langkah kakinya diundurkan
setapak. Perlahan kepalanya didongakkan ke arah lelaki itu. Apa
pandang-pandang? Cucuk mata tu karang!
Mata
bertentang mata. Terasa nafasnya seakan-akan terhenti di situ. Terasa seperti waktu
turut terhenti di situ. Indahnya perasaan ini, sangat sukar untuk digambarkan.
Berdebarnya jantung ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dan hati ini… sudah
menyatakan bahawa aku sudah jatuh cinta pada perempuan ini! Walaupun langsung
tidak mengenali dia… walaupun langsung tak pernah berbual dengan dia… Namun
pandangan matanya mampu membuatkan hati ini jatuh cinta kepadanya. Siapakah
dia? Siapakah gadis misteri ini?
“Awak…”
Iris melambaikan tangannya perlahan di hadapan muka lelaki itu. Takkanlah dah
pengsan sebab terkejut kot? Tapi… kalau pengsan mesti dah jatuh gedebuk macam
nangka busuk! Masih elok berdiri ni?
“Awak…
saya minta maaf kalau saya dah buat awak terkejut. Tapi saya memang tak perasan
langsung awak ada kat sini.”
Diam!
Masih diam dan masih terpana melihat kecantikan seraut wajah itu. Walaupun
langsung tak mengenakan make up,
namun keaslian wajahnya itu sudah menyerlahkan kecantikannya!
Iris
mengerut dahi perlahan. Huhu… naik seram pulak aku dengan mamat ni! Kenapa dia
pandang aku tak berkelip? Dia nampak aku ni macam hantu ke? Dia marah ke sebab
aku tetiba nak terlanggar dia? Perlahan liurnya diteguk. Jangan-jangan… dia ni tak
betul?
Perlahan
dia menjungkitkan kaki mengundur setapak lagi ke belakang. Anak matanya masih
memandang ke arah lelaki itu. Mengambil langkah berjaga-jaga. Bimbang juga
kalau tiba-tiba lelaki ini menyerangnya kat tengah-tengah majlis orang ni.
Apabila tiada respond dari lelaki
itu, dia pantas berpaling lalu melangkah laju meninggalkan lelaki itu. Jangan
dia kejar aku sudah! Aku dah naik takut ni!
Senyum
terukir di bibirnya. Ya Allah…. Iris… Iris… kenapalah perangai kau pelik sangat
ni! Tak ada pun dia kejar kau! Yang kau fikir macam-macam pasal mamat pelik
tadi tu, kenapa! Kepalanya digeleng perlahan.
Iris
melangkahkan kaki keluar daripada rumah besar itu. Kakinya diatur ke arah kolam
renang. Air kolam yang tenang itu direnungnya lama. Sekujur bayang tubuhnya di
dalam air kolam itu dipandangnya lama.
Iris…
dah lama tak tersenyum macam ni, kan?
Keluhan
kecil dilepaskan. Setelah kematian tunangnya, dia banyak menangis. Setiap masa,
setiap hari… hanya termenung kerjanya. Makan pun kurang. Sampai satu tahap, dia
jatuh pengsan. Dua minggu ditahan di wad. Dia terpaksa menangguh pengajian
kerana masalah kesihatannya.
Sehinggalah
suatu hari dia didatangi mimpi pelik. Seraut wajah arwah Asyraf muncul dan
menasihati supaya dia menerima ketentuan Allah dengan hati yang ikhlas. Dan
selepas hari itu, dia memulakan kehidupan seperti biasa. Namun dia berubah
menjadi pendiam. Senyuman langsung tak terbit di bibirnya walaupun sedang
menonton Maharaja Lawak Mega.
Hari
ini… dia kembali tersenyum setelah sebulan pemergian Asyraf ke rahmatullah. Hanya
kerana lelaki itu. Siapa dia? Tapi… macam pernah jumpa aje?
“Iris?”
Kepalanya
ditoleh apabila mendengar seseorang menyebut namanya. “Arisya? Er… kenapa
datang sini? Ini kan majlis awak.” Serba salah dibuatnya apabila Arisya mencari
dia di luar rumah.
“Saya
cari Iris tadi. Johan cakap Iris dah balik. Tapi Zul cakap dia nampak Iris
keluar kat sini.”
Iris
mengerutkan dahinya. Siapa pulak Zul? Aku tak kenal pun? Tapi… dia kenal aku! “Siapa
Zul?”
“Kawan
satu universiti saya dan Johan. Jom masuk? Kita orang nak bergambar. Kalau Iris
sudi, kita bergambar sekali?”
“Hah?
Er… tapi…”
Dah
tahu dah! Mesti dia nak menolak! Iris yang dia kenal susah betul nak bergambar!
Entah apa yang ditakutkan, dia tidak tahu! “Please…
sekali aje. Majlis ni pun sekali aje. Hadiah untuk Arisya dan Johan. Boleh,
kan?”
Iris
memandang seraut wajah itu. Walaupun teragak-agak, dia tetap mengangguk
perlahan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengecewakan mereka berdua. Kalau boleh
juga, dia nak lakukan yang terbaik untuk mereka berdua. Kerana itu juga janji
arwah Asyraf kepada arwah Abang Johan, bakal suami Arisya.
“Thanks, Iris. Jom!”
**********
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
AIR
matanya menitis satu persatu. Kali ini suara yang mengalunkan bacaan surah
Yaasin itu sudah bernada serak. Namun dicekalkan hatinya untuk menghabiskan
bacaan ayat suci Al-Quran itu. Kalau boleh ingin sahaja dia membacanya dari
pagi ke petang. Dihadiahkan untuk si mati.
Hari
ini, merupakan tarikh perkahwinan mereka. Jika Asyraf tidak kemalangan,
pastinya hari ini adalah hari bahagia mereka. Sungguh, dia benar-benar rindukan
lelaki itu.
Iris...
sabarlah! Redha dengan ketentuan Allah. Ini adalah Qadaq dan Qadar Allah. Dan
bila Allah kata, Kun Faa Yakun, jadilah! Maka jadilah sesuatu itu. Mungkin di
sebalik apa yang berlaku ini, ada hikmah yang besar akan menanti!
Dia
menyandarkan tubuhnya ke pokok besar itu. Sayu hatinya mendengar suara yang
serak itu. Namun dia tidak mampu untuk membantu. Apatah lagi untuk keluar
daripada persembunyiannya itu. Kali ini dia benar-benar tahu perasaan sebenar
gadis itu. Iris benar-benar sayangkan arwah tunangnya!
Batu
nisan itu dipegangnya lama. “Asy… hari ni sepatutnya kita berkahwin, kan? Asy
bahagia? Ris bahagia sangat. Walaupun Asy tak ada dengan Ris.” Perlahan air
mata yang menitis ke pipi disapunya. Bibirnya cuba menguntumkan senyuman.
“Asy…
hari ni kat rumah Ris buat kenduri doa selamat dan tahlil untuk menggantikan
majlis yang tak jadi tu. Ris akan sentiasa doakan Asy tenang dan dicucuri
rahmat Allah di alam sana.”
Menitis
air matanya mendengar luahan daripada suara yang sangat perlahan itu. Iris…
kalaulah saya mampu, ingin sahaja saya menyuakan bahu saya untuk awak
bersandar. Kalaulah saya mampu, ingin sahaja saya menjadi penganti arwah untuk
majlis yang berlangsung itu. Tapi saya tak mampu, Iris. Dan saya tahu… pastinya
awak masih belum bersedia untuk menerima sesiapa di hati awak, kan?
Lama!
Hampir setengah jam berlalu, Iris masih berteleku di situ. Zul tidak senang
duduk. Sudah naik lenguh kakinya berdiri terlalu lama di belakang pokok besar
itu.
“Kali
ni… apa nak jadi pun, jadilah! Apa yang pasti, aku perlu sedarkan dia daripada
lamunan yang sangat panjang itu. Dan sebelum aku jatuh pengsan kerana berdiri
terlalu lama, lebih baik kau buat keputusan untuk duduk!”
Kakinya
dilangkahkan ke arah kubur arwah Asyraf. Iris masih di situ dan masih belum
menyedari kehadirannya. Zul duduk bersila di sebelah Iris lalu memulakan bacaan
Yaasin. Mujur sahaja dia pernah menghafal surah tersebut. Jadi, dengan mudahnya
dia dapat mengalunkan bacaannya dengan tajwid yang betul dan terang.
Iris
terdiam sendiri. Terkebil-kebil kelopak matanya memandang lelaki yang sedang
duduk bersebelahan dengannya itu. Siapa dia? Dan kenapa dia di sini? Membacakan
surah Yaasin kepada arwah Asyraf. Sebelum ni aku tak pernah nampak lelaki ni
kat sini pun?
Beberapa
minit berlalu, anak matanya masih melekat pada seraut wajah itu. Dia kenal
arwah? Dia kenal aku? Tapi… aku macam pernah nampak dia! Bukan ke dia yang…
yang aku jumpa masa majlis pertunangan Arisya dan Johan? Betulkah? Tapi… kenapa
dia…
“Tadah
tangan tu! Nak baca doa ni!” Ucapnya langsung tidak memandang gadis itu. Dari
ekor matanya, dia nampak gadis itu merenungnya sejak tadi. Seawal bacaan surah
Yaasin sehinggalah tamat! Dan saat ini pun! Masih tidak perasankah dia siapa aku?
Tersentak
segala lamunannya di saat mendengar suara lelaki itu mengarahnya menadah
tangan. Lambat-lambat dia mengangkat tangan, menadah doa.
Zul
tersenyum di dalam hatinya. Melihat gadis itu sudah menadahkan tangan, dia
memulakan bacaan doanya. Iris mengaminkan dengan perlahan.
“Jom.”
Ajaknya selepas selesai mengaminkan doa dan menyiram air mawar yang masih
bersisa di dalam jag yang dibawa oleh Iris.
“Tapi…
saya…” Iris ingin membantah. Namun dia tidak tahu apa yang hendak dibantahnya!
“Jomlah.
Dah lewat ni. Karang terlepas solat Asar pulak.”
“Saya
dah solat Asar tadi.” Siapa dia ni? Kenapa dia tetiba muncul kat sini? Tanpa
salam, terus baca surah Yaasin. Lepas tu, tak minta izin terus ambil air mawar
dalam jag lalu disiramkan sampai habis di atas pusara. Kenapa dia seolah-olah
sangat mengenali aku.
“Tapi
saya belum solat. Please…”
Lambat-lambat
dia mengangguk perlahan.
Zul
tersenyum lebar. Lega hatinya! Buatnya Iris masih nak duduk sini? Cepat sahaja
dia melipat tikar setelah Iris bangun daripada duduknya. Jag diambil lalu semuanya
dimasukkan ke dalam beg yang dibawa oleh gadis itu. Dia tahu Iris pelik dengan
tingkah lakunya. Tapi… dia ingin benar berbaik dengan gadis itu.
“Awak…”
“Dah
tak payah tanya lagi. Jom, saya hantar awak balik.” Ya Allah… bahagianya hati
ini! Sekurang-kurangnya Iris ingin juga bersuara kepadanya. Walaupun hanya
sepatah perkataan, sudah mampu membuatkan hatinya berbunga riang!
“Awak
tahu ke kat mana rumah saya?”
Zul
menoleh ke arah suara itu. Senyuman dihulurkan seikhlasnya. Nampaknya dia masih
ragu-ragu. Tak apa, Zul… perlahan-lahan. Dengan izin Allah, semuanya akan
baik-baik sahaja. “Saya tak akan tahu kalau awak tak bagitahu. Jom.”
“Awak…”
Zul
memandang seraut wajah itu. Iris masih belum mahu bergerak. Risau sungguh
hatinya saat ini. Cuma ada dua jawapan. Menolak… atau menerima! “Hm?” Soalnya
sepatah.
“Terima
kasih.”
Zul
menyimpan tawa. Lah, ingatkan dia nak cakap apa tadi! Bukan main lagi aku
risau! Alih-alih nak cakap terima kasih aje pun. “Kasihmu ku terima.”
Iris
mengerutkan dahi. Tidak faham dengan jawapan yang didengarinya itu.
“Kalau
tak faham, abaikan saja. Dahlah, jom! Dah lewat sangat ni.”
**********
SERAUT
wajah itu dipandangnya lama. Iris meneguk liur perlahan. Siapa lelaki ini
sebenarnya? Sikapnya… tingkah lakunya… kerap membuatkan aku teringatkan arwah
Asyraf. Dia baik sangat… macam arwah. Tingkah laku dan perbuatannya… lembut dan
penuh kasih sayang. Membuatkan aku rindukan Asyraf.
Tangan
itu lembut membalut kakinya yang terseliuh. Sentuhannya juga penuh dengan kasih
sayang. Kolam matanya mula dipenuhi dengan air jernih. Lelaki ini benar-benar
membuatkan dia rindukan arwah Asyraf. Iris… sedarlah! Dia bukan Asyraf. Dia
cuma hadir untuk membantu!
Entah
macam mana, dia boleh termakan pujuk Suraya untuk menemaninya jogging di Taman Botani ini. Ya, dia
cuma menemankan dan tak berlari langsung. Dan entah macam mana pulak, sewaktu
dia melompat untuk menangkap seekor kupu-kupu yang terbang, dia terpijak satu
batu lalu terseliuh.
Entah
bagaimana pula, lelaki ini muncul di hadapannya dan membantu. Dan saat ini,
lelaki itu sedang membalut kakinya dengan penuh berhati-hati dan penuh dengan
kasih sayang.
Sewaktu
di pusara arwah Asyraf… suaranya begitu tenang mengalunkan bacaan surah Yaasin.
Satu persatu disebutnya dengan tepat bersama harakat yang betul walaupun tanpa
melihat baris ayat tersebut. Tahfiz? Tak! Dari segi gayanya dan cara
berpakaiannya langsung tidak menunjukkan bahawa dia adalah seorang tahfiz!
Sampai
sekarang… aku masih tak dapat jawapannya. Kenapa dia ada di situ pada hari
tersebut. Apa hubungan dia dengan arwah Asyraf? Dan kenapa pula aku dengan
mudahnya mengikut semua kata-katanya? Dengan mudah percayakan dia bulat-bulat? Soalan
itu masih tertanya-tanya tanpa jawapan. Saat ini, dia muncul lagi menambahkan
pelbagai soalan yang tiada jawapannya!
“Dah
siap!” Senyuman kelegaan tergambar di bibirnya. Kepalanya didongakkan untuk
memandang gadis itu.
Pantas
Iris mengalihkan pandangannya ke belakang. Saat ini, setitis air matanya sudah
pun jatuh ke pipinya. Sungguh, dia tidak mampu menahan perasaan sedihnya.
Lelaki ini benar-benar membuatkan dia merindui arwah tunangnya.
Tersentak
apabila melihat air matanya yang menitis itu. Walaupun gadis itu cuba berpaling
ke arah lain, dia sempat melihat air mata yang jatuh ke pipi itu. “Iris… kenapa
ni? Sakit sangat ke? Saya berkasar dengan awak ke? Atau… saya buat awak sakit
hati?”
Semakin
hatinya tersentuh dengan ucapan lelaki itu. Sikap ambil beratnya… benar-benar
menyentuh tangkai hatinya.
“Iris…”
Perlahan bahu itu disentuh lembut.
Iris
tidak berpaling. Bimbang bila melihat seraut wajah itu, dia akan menangis lebih
banyak.
“Saya
minta maaf kalau saya terkasar bahasa, tersilap laku pada awak, Iris. Saya cuma
membantu. Sekalipun orang lain yang ada depan saya saat ini, saya tetap akan membantu.”
Ya, dia seorang Doktor. Masakan dia mampu melihat sahaja orang yang sakit
memerlukan bantuannya?
Iris…
apa yang dah kau buat ni? Kau dah buat dia rasa bersalah! Air mata yang masih
mahu mengalir itu cuba ditahannya. Pantas kedua-dua tapak tangannya menyapu air
mata yang masih bersisa di pipinya. Nafas ditarik sedalamnya. Pandangan kembali
dihalakan ke arah lelaki itu. “Terima kasih sebab tolong saya.”
Akhirnya
dia tersenyum melihat perubahan seraut wajah itu. Iris… Iris… sungguh, awak dah
buat saya jatuh kasih… jatuh sayang… dan jatuh cinta dengan perwatakan awak
ini.
“Kasihmu
ku terima.” Ringkas jawapannya.
Iris
memandang seraut wajah itu. Jawapan yang masih sama seperti di pusara arwah.
Kenapa dia perlu menjawab seperti itu.
Kalau
tak faham, abaikan saja.
Itu
jawapan lelaki itu. Namun bagaimana harus dia mengabaikannya sedangkan hatinya
terus tertanya-tanya. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk bertanya,
muncul Suraya yang termengah-mengah menghampirinya.
“Iris…
kau… er… kenapa?” Terkejut bukan kepalang apabila melihat seorang lelaki duduk
di sebelah sahabatnya itu. Makin bertambah rasa terkejutnya apabila melihat
kotak kecemasan bersebelahan duduk lelaki itu. Dan rasa tak sedap hati makin
menjadi-jadi apabila melihat balutan pada kaki temannya itu.
“Terseliuh
tadi. Doktor Zul tolong.”
Zul
mengerutkan dahinya sambil memandang seraut wajah itu. Dia tahu nama aku? Dan
dia tahu pekerjaan aku?
Iris
mencebik melihat riak wajah kepelikkan itu. Eleh, dah tertera kad pekerja dia
terselit kat kotak kecemasan tu! Mana tak tahunya! Sekejap sahaja dia sudah
mengisyaratkan matanya ke arah kad kerja lelaki itu.
Zul
tergelak perlahan apabila terpandangkan kad kerjanya. “Ingatkan ada kuasa magik
tadi.”
“Mengarut!”
Jawabnya sepatah. “By the way, ini
Suraya. Kawan saya.”
“Zul.”
Sepatah namanya diberitahu kepada wanita bernama Suraya itu.
Suraya
sekadar mengangguk sambil memandang semula ke arah Iris. “Menyesal pulak aku
bawak kau datang sini. Aku tak tahulah pulak akan jadi macam ni. Nasib baik ada
doktor ni. Jomlah, aku papah kau ke kereta.” Suraya menghampiri Iris. Rasa
bersalah pulak menyebabkan Iris jadi macam ni.
“Thanks, sahabatku yang baik hati.”
Tangannya memaut bahu Suraya.
“Iyalah
sangat kau ni, kan? Risau aku tahu tak?”
“Tahu.”
Iris melemparkan pandangan ke arah lelaki yang masih berdiri berhampirannya
itu. “Doktor Zul… terima kasih, ya? Lain kali kalau saya sakit lagi, saya minta
tolong doktor lagi tau?”
Zul
sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Kakinya dilangkahkan ke
sebelah Suraya lalu berbisik perlahan. “Suraya… Thanks.”
Suraya
menoleh sekilas sambil mengerutkan dahinya. Pelik pulak aku dengan mamat ni!
Ucap terima kasih pada aku buat apa? Ada ke aku tolong dia tadi? Tak ada, kan?
Zul
tersenyum dengan pandangan pelik gadis itu. “Kalau bukan sebab awak bawak dia
datang ke sini, saya tak akan terjumpa dia. So…
thanks untuk awak.”
Kali
ini Suraya sudah mengangguk perlahan. Oh, jadi budak dua orang ni dah saling
kenal, ya? Hmm… si doktor handsome ni
pulak, macam ada hati dengan Iris aje? Alhamdulillah…
“Awak
cakap apa? Saya tak dengarlah. Tak baik berbisik macam tu!” Marah Iris kepada
lelaki itu.
Suraya
tergelak perlahan. “Dia cakap… suruh jaga kau elok-elok. Dan dia juga ucap
terima kasih pada aku. Itu pun nak jealous
ke?”
“Jealous? Nonsense!”
**********
BARU
sahaja dia ingin melintas jalan, anak matanya terpandangkan seseorang di
seberang jalan. Seseorang yang sangat dikenalinya. Gadis misteri yang sentiasa
mendebarkan hatinya. Bibirnya menguntumkan senyuman. Iris...
Selepas
menoleh ke kiri dan ke kanan, kakinya dilangkahkan melintas jalan raya menuju
ke seberang jalan. Langsung gadis itu tidak menyedari kehadirannya di sebelah.
Amboi... khusyuknya dia! Sampai tak perasan ada orang jalan sebelah dia.
Cantiknya Iris... Tudung hijau pucuk pisang ini sangat sesuai dengan mukanya.
Semakin menambahkan seri wajahnya yang sedia cantik itu.
Zul
tersenyum lagi.. Agak-agak... bila dia nak perasankan aku kat sebelah dia ni,
ya? Kakinya terus dilangkahkan seiringan dengan gadis itu. Apabila melihat ada
tiang lampu yang menghalang laluannya, dia mengalihkan langkah. Karang tak
pasal-pasal pengsan kat sini. Siapa nak angkat? Takkanlah Iris pulak! Hehe...
Baru
sesaat dia mengalihkan pandangan matanya, dia ternampak kelibat Iris yang
tiba-tiba sahaja melangkah ke tengah jalan. Terperanjat apabila melihat sebuah
kereta sedang meluncur laju ke arah gadis itu.
“Iris!!”
Kuat suaranya menjerit.
Pantas
Iris berpaling apabila mendengar suara menjeritkan namanya. Namun... tidak
sampai sesaat, terasa tubuhnya sudah melambung. Iris memejamkan kelopak matanya
sambil berdoa kepada Allah. Dia nampak kereta yang meluncur laju itu. Tetapi
dia tidak mampu berkata-kata.
Ya
Allah, Ya Tuhanku... Selamatkanlah aku. Janganlah Engkau mengambil nyawaku di
saat ini juga.
“Kenapa
pergi kat tengah jalan tu? Lain kali jalan pakai mata, jangan pakai hidung.”
Marahnya tiba-tiba. Mungkin kerana terkejut.
Terpinga-pinga
Iris sekejap. Siapa pulak yang membebel dekat dengan telinga aku ni? Eh, aku
belum mati ke? Tak rasa sakit pun...? Tak kena langgar, eh?
Perlahan
kelopak matanya dibuka. Terkejut apabila melihat sekujur tubuh lelaki yang
sangat dekat dengannya. Otak kecilnya cuba berfikir dengan baik. Ya Allah...
apa dah jadi? Sesaat kemudian, barulah dia perasan yang tubuh kecilnya sedang
berada di dalam pelukan seorang lelaki. Pantas kepalanya mendongak. Zul?
“Kenapa
lintas jalan tak pandang kiri dan kanan? Itu baru sesaat saya terleka. Kalau
saya terus terleka tadi... Ya Allah... tak tahulah saya apa yang akan jadi pada
awak, Iris.” kali ini suaranya kedengaran lebih rendah. Lebih berbaur
kerisauan.
Terkebil-kebil
dia memandang lelaki itu. Kenapa dia marah sangat ni? Aku ada buat silap pada
dia, ke?
“Iris...
awak okey tak?”
Kepalanya
diangguk perlahan. Masih lagi dengan riak dan perasaan terkejut.
Nafas
kelegaan dilepaskan. “Fuh, lega hati saya, Iris! Saya bimbang kalau jadi
apa-apa tadi. Kenapa awak pergi kat tengah jalan tu?” Sekali lagi soalan yang
sama dipersoalkan.
Saat
ini, barulah Iris teringatkan sesuatu. Ya Allah! Tubuh lelaki itu ditolak menjauhi
tubuhnya. “Er... cincin saya...” Anak matanya kembali ke arah jalan raya yang
semakin sibuk itu.
Kali
ini Zul melepaskan keluhan kecil. Rupa-rupanya... hanya disebabkan cincin
bertunang dia. “Awak tunggu kat sini. Biar saya yang ambilkan.”
Iris
yang masih terkejut semakin terpinga-pinga. Tangannya ingin menahan, namun
hatinya melarang. Dia mahukan cincin itu. Cincin pertunangannya dengan arwah
Asyraf.
Selepas
mendapatkan cincin itu, dia mengukirkan senyuman. Fuh, nasib baik tak calar!
kalau tidak... mahu menangis sehari suntuk si Iris tu! Sudah hampir sebulan dia
mengenali gadis itu. Sedikit sebanyak, dia boleh meneka sikap Iris.
Terpaku!
Kelu... apabila melihat lelaki itu sudah menemui cincinnya. Perlahan kepalanya
didongak memandang lelaki itu. Siapa dia? Kenapa setiap kali aku pandang muka
dia, hati aku akan berdebar?
“Nah,
cincin awak! Nasib baik tak rosak. Awak okey?” Soalnya sambil tersenyum.
Bergenang
kolam matanya. Sepasang anak matanya tepat singgah pada sepasang anak mata
lelaki itu. Zul... kenapa? Kenapa sikap awak sangat seiras dengan arwah? Saya
rasa terharu... Saya rasa sedih... Sebab awak, sayangkan saya macam dia
sayangkan saya. Selalu menghadirkan aku perasaan bahagia. Selalu mengambil
berat tentang aku.
Terpana
apabila melihat kolam mata gadis itu yang sudah digenangi air mata. Ya Allah...
apa yang dah aku buat ni? Aku buat dia menangis ke? “Er... Iris... saya minta
maaf sebab marahkan awak tadi. Sebenarnya... saya terkejut sangat bila nampak
kereta tu laju sangat. Saya takut kereta tu akan rempuh awak. Saya tak nak
kehilangan awak, Iris. Sebab... awak sangat berharga untuk saya.”
“Macam
mana awak boleh ada kat sini?”
Zul
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebanyak-banyak ayat yang aku tanya, hanya
itu jawapan dia? Itu bukan jawapan, tapi soalan! Adoi!! “Sebenarnya macam ni...
tadi saya memang nak melintas jalan. nak pergi kedai buku. Lepas tu... saya
nampak awak. Hmm...” Zul senyum. Seraut wajah itu dipandangnya lagi.
Iris
hanya terkebil-kebil memandang wajah itu.
“Dah
lama... dekat lima belas minit saya jalan sebelah awak. tapi... awak langsung
tak perasankan saya. Khusyuk sangat dengan sesuatu di tangan awak tu. Oh,
rupa-rupanya... cincin! Patutlah awak nampak khusyuk sangat. Lepas tu saya
nampak awak tiba-tiba ke tengah jalan. Bila saya jerit, awak tak dengar. Itu
yang saya main redah aje tu!” Seraut wajah itu dipandangnya lama. Kenapa dia
diam aje?
“Er…
Iris… Kenapa awak jalan tak…”
Belum
sempat lelaki itu menyambung ayatnya, Iris pantas memintas. “Sebenarnya… saya
pun tak tahu macam mana saya boleh pergi kat tengah jalan tu. Apa yang saya
tahu… ” Anak matanya singgah pada cincin di jari.
“…
cincin ni jatuh. Jadi… saya memang nak ambil cincin ni balik. Langsung tak
perasan dah kat tengah jalan.” Jari jemarinya bermain lagi dengan cincin itu.
Kalau cincin ni hilang… tak tahulah macam mana. Hanya ini satu-satunya kenangan
dengan arwah.
Keluhan
kecil dilepaskan. Saya tahu, Iris… Awak sanggup hilang nyawa demi cincin itu.
Dan cincin itu amat bermakna untuk awak, kan? Sepasang mata bundar itu
ditatapnya lama. “Lain kali awak hati-hati, ya? Risau betul saya tengok awak
macam tu tadi. Jujur saya cakap… saya risau dan takut kehilangan awak, Iris.”
Kali ini dia berterus terang.
Iris
mendongakkan kepalanya. Seraut wajah lelaki itu dipandangnya lama. Dia risaukan
aku? Dia takut kehilangan aku? Apa… maksud dia?
Serba
salah Zul dibuatnya. Pandangan mata Iris seolah-olah ada yang tak kena. Alamak!
Nampaknya aku salah cakap lagilah! Adoi… Iris, jangan pandang saya macam tu!
Hati saya ni… rasa macam nak pecah bila awak pandang saya macam tu. Berdebar!
Senyuman
dihulurkan kepada gadis itu. “Iris… jom, saya hantar awak balik?”
Iris
menganggukkan kepalanya. Sebagai tanda ucapan terima kasih, dia bersetuju untuk
dihantar pulang oleh lelaki itu. Sebenarnya… salah aku juga. Aku yang cuai.
Kalau tak… keadaan takkan jadi macam tu.
**********
MASING-MASING
mendiamkan diri. Yang kedengaran kini cumalah suara DJ di dalam radio. Iris
mengalihkan pandangannya. Seraut wajah tenang yang sedang memandu itu
diperhatikan lama. Wajah yang tenang… bersih… tak ada jerawat pun. Ada sedikit
janggut pada dagunya. Tak ada misai. Tak cerah sangat, tak gelap sangat.
Biasa-biasa aje!
Hmm… macam Awal Ashaari? Taklah! Dia
lagi manis! Erm… macam Kamal Adli? Tak jugak! Dia lagi cerah! Aiman Hakim? Juga
tak. Sebab dia rendah sikit. So…
macam siapa? Entahlah! Dia ni memang tak ada bandingannya! Kacak! Sejuk mata
memandang.
Keluhan
kecil dilepaskan. Siapa dia? Dan bagaimana tiba-tiba lelaki ini boleh muncul
dalam hidup aku? Zul… kenapa awak baik sangat dengan saya? Dan kenapa saya rasa
selesa sangat bila dengan awak?
Ya
Allah Ya Tuhanku…. Apa sebenarnya yang ada dalam hati aku ni? Dan apa
sebenarnya yang ada dalam hati lelaki ini? Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha
Mengetahuinya. Pandangan dialihkan semula ke hadapan. Kembali memandang jalan
raya.
“Dah
puas pandang muka saya?”
Terkejut
dengan soalan itu, dia berpaling semula ke sisi kanan. Lelaki itu kelihatan
masih tenang memandu. Sedikitpun tidak menoleh ke arahnya. Tapi… ada senyuman
yang terukir pada seraut wajahnya.
Iris
tergelak perlahan. “Perasannya mamat ni! Saya bukan pandang awak, eh! Saya
pandang bangunan KLCC tu.”
“Ha’ah,
iyalah sangat kan? Macamlah tak biasa pandang! Hari-hari lalu sini, kan?”
Tempelaknya! Sengaja dia mahu mengusik gadis itu. Biar hilang resah di hatinya.
Biar tenang hati dan jiwanya.
Iris
mencebik. “Suka hatilah! Penyebok!”
“Baik
awak cakap betul-betul! Awak pandang muka saya tadi, kan? Handsome tak?”
Weekk…
Iris membuat muka seperti nak termuntah! “Suka hati sayalah nak pandang siapa
pun. Ada masalah ke?”
“Masalahnya
awak pandang muka saya. So… yang
masalahnya adalah saya.”
Berkerut
dahinya memandang lelaki itu. Apa kena pulak dengan dia ni? “Apa pulak
masalahnya?”
“Masalahnya…
saya tak boleh memandu dengan tenang bila awak pandang muka saya lama-lama.”
Iris
menahan ketawa. Ya, mamat ni memang seorang lelaki yang perasan bagus! Ceh! “Kenapa?”
Zul
menoleh sekilas ke sebelahnya. Cepat-cepat Iris melarikan anak matanya apabila
perasankan lelaki itu menoleh ke arahnya.
“Awak
tahu tak…”
“Tak
tahu.” Jawabnya pantas sebelum lelaki itu menghabiskan patah perkataannya.
Zul
melepaskan ketawa perlahan. “Iya, memang tak tahu sebab saya belum cakap.”
“Tahu
apa?”
“Bak
sini tangan awak.”
Makin
berkerut dahinya dengan permintaan lelaki itu. Apa kena dengan dia ni?
Sebenarnya dia ni ikhlas ke tidak nak hantar aku balik? Aku setuju ni sebab dia
dah selamatkan cincin aku! Dia orang yang jumpa cincin tu. Dan dia orang yang
sanggup bersusah payah masuk dalam longkang besar tu semata-mata nak tolong
ambilkan cincin yang terselit di celah-celah daun. Nasib baik longkang tu
airnya cetek. Tak adalah dia terpaksa bermandikan air longkang semata-mata
untuk dapatkan cincin itu.
“Pinjam
kejap aje. Saya tak akan buat perkara yang awak tak sukalah!”
Lambat-lambat,
dia menghulurkan juga tangan kanannya ke arah lelaki itu.
Zul
tersenyum sendiri. Matanya masih menumpukan perhatian pada pemanduannya. Tangan
kanannya masih setia pada stereng kereta. Tangan kirinya mencapai tangan kanan
milik gadis di sebelahnya itu lalu diletakkan tepat di tengah-tengah dadanya.
Saat
ini… terasa nafasnya seakan-akan terhenti. Terasa seperti dunia berhenti
berputar. Terasa seperti detik waktu terhenti di situ. Lama tangannya melekat
pada dada bidang yang berlapik baju itu.
Anak
matanya memandang lama seraut wajah itu. Ya Allah… aku dapat merasakannya.
Detak jantung yang sangat ketara. Berirama tidak menentu. Debaran yang laju
berdegup tanpa sedikit pun terhenti. Apakah kerana aku?
“Dah
dapat jawapannya?” Zul menyoal tanpa menoleh ke sisinya. Dari ekor matanya dia
dapat melihat sepasang anak mata itu tepat singgah pada seraut wajahnya.
Perlahan tangan kanan milik gadis itu dilepaskannya. Namun, tangan kecil itu
masih elok melekat pada dada bidangnya.
Biarkan…
biarkan waktu teruslah berputar. Mencintaimu dengan penuh rasa sabar. Biarkan
dia merasai degup jantung ini. Biarkan dia tahu apa irama yang sedang berlagu
di dalam hatinya itu.
Mata ini indah
melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan
jiwamu
Jantung ini detakkan
jantungmu
Dan biarkan ku padamu
Menyimpan sejuta
harapan aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti sampai
nanti ku mati
Biarkan aku jatuh cinta
Persona ku pada
pandangan saat kita jumpa
Biarkan aku kan mencuba
Tak peduli kau berkata
tuk mahu atau tidak
Perlahan
tangannya dialihkan dari dada bidang itu setelah lagu yang dinyanyikan oleh
kumpulan ST12 di corong radio itu habis dimainkan. Kali ini dia mengalihkan
pandangan matanya. Ya Allah… mampukah aku untuk terus bertahan dengan dugaan
seperti ini? Atau… biarkan aku jatuh cinta…
**********
SUASANA
di kampung terasa nyaman dan damai. Seulas bibirnya menguntumkan senyuman. Dah
lama tak balik kampung.Suasana yang aman damai ini membuatkan hatinya terusik.
Jauh di sudut hatinya, ada satu nama sedang menari indah.
Zul...
Sepatah
nama itu tersebut di bibirnya. Ya Allah... baru dua hari aku kat sini. Tapi...
hati aku benar-benar rindukan seraut wajah itu.
Ya
Allah... aku memerlukan petunjukMu untuk membuat pilihan. Dia... ataupun
tidak... Jika benar dia diciptakan untukku sejak di Loh Mamfuz lagi, satukan
hatiku dengan hatinya. Jika bukan dia yang diciptakan untuk menjadi imamku, aku
redha dan aku pasrah.
Awal
pagi itu, dia menadah tangan selepas menunaikan solat dua rakaat. Solat sunat
istikarah untuk malam ketiga.
“Ya Allah, aku memohon
petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik
dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan
aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang
jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika ‘dia’
dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada
kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku
kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam pengetahuanMu
‘dia’ akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam
kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia
daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada
yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
Doa
itu diulangnya sebanyak tiga kali. Kemudian diaminkan. Selesai solat sunat
istikarah yang ketiga, dia kembali melelapkan kelopak matanya. Semoga Allah
menunjukkan apa yang gelap, semoga Allah menunjukkan apa yang tak nampak di
mata.
Dan
hanya kepada Allah aku berserah kehidupanku di dunia dan akhirat.
**********
SEKEJAP dia
berdiri, sekejap pula dia bangun dan berjalan ke hulu dan ke hilir. Saat ini
hatinya resah gelisah. Ke mana dia menghilang? Apakah kerana luahan hati aku
kepadanya minggu lepas? Iris... kalaulah awak tahu... Saya rindukan awak
sangat-sangat!
Johan
mengerutkan dahinya. Aku hairan betullah dengan mamat ni! Kenapa dengan dia ni?
“Kau ni dah kenapa? Dah macam orang mati bini aku tengok!”
Zul
melepaskan keluhan kecil. “Johan … kau ingat lagi tak pada Iris?”
“Iris?
Maksud kau… tunang arwah Asyraf?”
Kepalanya
diangguk perlahan. Ada lagi ke orang nama Iris yang dia kenal? Lagi mahu tanya
ke? “Ya, Iris tu.”
“So… apa kena dengan Iris?”
Dia
terdiam sekejap. Perlu ke aku berterus terang dengan dia? “Aku… aku jatuh cinta
pada dia, Johan.” Zul memilih untuk berterus terang.
“What?” Dengan muka yang macam terkejut
sangat-sangat, Johan menyoal. Rasa macam nak tergelak sampai tergolek-golek pun
iya jugak! Tak percaya... tapi ia nyata!
Zul
mengerutkan dahi sambil menjeling tajam sahabatnya itu. “Kau tak payah nak buat
muka terkejut sangat boleh tak?”
“Weh,
aku betul terkejutlah!”
“Bukan
Arisya dah tahu ke?” Ya, sepatutnya Arisya, isteri mamat ni dah tahu. Diorang
dua tu kan kawan baik.
“Dari
mana pulak dia tahu? Kenapa dia tak bagitahu aku pulak?”
Keluhan
kecil dilepaskan. Jangan kedua-dua suami isteri itu salah faham pulak sudah! “Kau
jangan marah dia dulu. Mungkin dia ada sebab untuk rahsiakan daripada
pengetahuan kau.”
“Mana
ada aku marah dia! So… Iris macam
mana? Dia tahu kau cintakan dia?”
Zul
mengeluh perlahan. Kalaulah dia tahu... “Entahlah. Tapi… aku rasa dia tahu
sangat.”
Johan
mencebik. Rasa... rasa! Apa dia ingat dia nujum pak belang ke boleh main
rasa-rasa! “Kau pernah luahkan.”
“Pernah.
Sekali. Tapi… bukan dengan perkataan.”
Ape
ke pelik? Pernah luahkan? Tapi bukan dengan perkataan? “Aku sedikit peliklah.
Tapi… Hmm.. tak apalah. So… apa
jawapan Iris?”
“I don’t know.”
Ayo..
yo... Payahnya mamat ni! “How can?”
Soalnya penuh dengan kemusykilan! Macam mana pulak dia boleh tak tahu?
“Ya,
aku pun tak tahu! Daripada pandangan mata dia… aku tahu dia pun sukakan aku.
Tapi… aku betul-betul tak tahu suka dia tu yang macam mana. Suka sebagai
seorang kawan, ataupun suka melebihi suka seorang kawan.”
“Kan
lebih senang kalau kau tanya dia sendiri.”
“Ya,
tapi masalahnya sekarang… aku tak tahu dia kat mana.”
“What? Apa dah jadi sebenarnya? Cuba kau
cakap terus terang.”
“Hari
tu… aku memang luahkan isi hati aku pada dia. Aku letakkan tangan dia dekat
dada aku. Dan aku harap dia rasakan apa yang ada dalam hati aku. Lepas tu… dah
seminggu aku tak terserempak dengan dia. Aku cuba cari dia kat rumah sewa kawan
dia. Suraya pun tak tahu dia kat mana.”
Johan
tersenyum lebar. Tak sangka pulak, ya? Romantik jugak kawan aku sorang ni!
Punyalah payah nak bercinta! Tapi sekali dapat… memang bersungguh benar
nampaknya! “Siapa pulak Suraya tu?”
“Aku,
Iris dan Suraya pernah terserempak sekali. Suraya tu housemate Iris. Kawan baik Iris. Then masa tu, aku tahu yang Suraya tahu apa yang aku maksudkan pada
dia.”
Johan
mengangguk perlahan tanda faham. “So…
sekarang ni kita kena cari Iris dulu.”
“Hmm...
memang aku nak cari dia sangat-sangat. Tapi... aku tak tahu dia kat mana.”
“Arisya!
Mungkin dia tahu?” Cadang Johan.
“Johan
… please… kau kena tolong aku, Johan.
Aku dah rasa macam nak jadi gila ni! Please…
tanya Arisya sampai dapat?” Kali ini dia sudah merayu dengan muka yang paling
kesian. Penuh dengan harapan semoga isteri Johan dapat membantunya.
Johan
menggelengkan kepalanya perlahan. Kesian kat kawan aku ni! Mabuk cinta sampai
macam ni sekali! Nasib baik aku dulu tak macam dia ni! “Hmm… aku akan cuba
tanya dia dulu. Tapi… kau jangan nak berharap sangat. Kot Arisya pun tak tahu,
memang aku tak boleh nak tolong dah.”
“Iya,
aku tahu. Dan aku nak cuba tunggu kalau-kalau dia ada melawat kubur arwah
Asyraf.”
“Gila!
Kau nak tunggu kat situ? Habis tu… kerja kau macam mana?”
Nafas
dihelakan berat. Harus bagaimana lagi? Mungkin salah satu cara penyelesaiannya.
“Entahlah, Johan. Kadang-kadang aku memang rasa yang aku ni dah gila! Tapi… aku
betul-betul rindukan dia Johan. Aku memang cintakan dia sangat-sangat.”
Johan
memandang sahabatnya lama. Nampaknya Zul terlalu berharap. Tapi... bagaimana
pula jika sebenarnya Iris tak cintakan Zul? Parah! Boleh jadi gila kawan aku
ni! “Zul… kalau ditakdirkan kita jumpa dia dan tahu dia kat mana. Tapi lepas
tu… kita dapat tahu yang hati dia sebenarnya bukan untuk kau. Macam mana? Kau
boleh terimanya?” Dia menyuarakan kemusykilannya.
Zul
terdiam sekejap. Ya Allah… kenapa aku langsung tak fikirkan pasal tu? Iris…
saya betul-betul cintakan awak. Tapi… saya tak tahu hati awak macam mana.
Sanggup ke saya hadapi kenyataan jika jawapan awak adalah di sebaliknya?
“Zul…
macam mana?”
Dia
mengeluh lagi. “Entahlah, Johan. Kalau betullah dia memang tak ada perasaan
langsung untuk aku, aku redha. Aku akan cuba ikhlaskan hati aku untuk terima dia
hanya sebagai seorang kawan.”
“Betul
ni?”
Zul
sekadar mengangguk. Harus bagaimana lagi? Apa lagi pilihan yang dia ada? Hanya
perlu redha dengan ketentuan Allah. Dan mungkin bukan jodoh aku dengan dia!
**********
SENYUMAN
menghiasi bibirnya. Tenang pemanduannya yang sudah sejam berlalu itu. Kali ini
hatinya sedikit tenang. Arisya ada sebut pasal Terengganu. Dan kemungkinan
besar Iris ada di Terengganu, rumah neneknya. Dan akhirnya… dia sampai di
Terengganu!
Kereta
dihentikan tidak jauh daripada rumah kampung yang berwarna hijau itu. Berkerut
dahinya melihat rumah yang dipenuhi tetamu itu. Kenapa? Ada majlis ke kat sini?
Perlahan kakinya dilangkah turun daripada kereta. Perlahan liurnya diteguk. Ya
Allah… janganlah ada apa-apa yang tak elok.
“Assalamualaikum.
Anak ni cari siapa?”
Zul
berpaling ke belakang. Senyuman dihulurkan kepada lelaki separuh abad yang
menyapanya tadi. “Waalaikumussalam. Pak Cik… saya nak tanya, rumah Tok Esah kat
sini ke?”
“Betullah.
Oh, anak ni datang untuk kenduri cucu Tok Esah ke?”
“Hah?
Er…” Kenduri? Mana aku nak tahu yang sekarang ni ada majlis kenduri. Kenduri
siapa pulak ni? Kalau tahu awal-awal, memang aku tak akan datang time ni. Malu siot! Tak dijemput, tapi tetiba hadir!
“Pak
Cik… boleh saya tahu majlis kenduri siapa?”
“Lah,
tak tahu ke? Bukan ke kamu ni datang untuk majlis ni? Majlis perkahwinan cucu
Tok Esah.”
Cucu?
Rasanya Arisya pernah cakap yang Iris adalah satu-satunya cucu perempuan dalam
keluarga itu. Takkanlah kenduri si Iris pulak? Ya Allah... kenapa hati aku rasa
berdebar sangat ni? “Pak Cik… kalau tak keberatan, boleh tak saya tanya lagi?”
“Tanyalah.
Kalau Pak Cik boleh jawab, Pak Cik akan cuba jawab.”
Sekali
lagi pandangannya dihalakan ke arah rumah yang agak dipenuhi tetamu itu. “Sebenarnya
berapa orang cucu Tok Esah ni?”
“Oh,
kalau tak silap Pak Cik lima orang. Anak dia yang bongsu tu tak kahwin lagi.
Jadi memang betul kot lima orang. Empat lelaki. Seorang aje cucu perempuan.
Yang perempuan tulah yang nak kahwin esok.”
Tiba-tiba
terasa tangkai hatinya seperti tersentap. Seorang sahaja cucu perempuan. Dan
yang seorang itulah yang nak kahwin esok. Takkanlah Iris? Iris larikan diri
daripada aku sebab dia dah nak kahwin? Tapi… bukan ke baru minggu dua minggu
lepas sepatutnya majlis perkahwinan dia dan arwah Asyraf. Takkanlah secepat itu
Iris menerima pinangan orang lain dan terus bersetuju untuk berkahwin?
“Pak
Cik… er… Pak Cik tahu tak nama cucu perempuan Tok Esah yang akan kahwin esok
tu?”
“Pak
Cik tak ingatlah. Pak Cik ni dah tua. Nyanyuk pun ada jugak. Susah sikit nak
ingat nama orang. Lagi pulak nama budak-budak muda macam sekarang ni. Kalau tak
silap Pak Cik nama dia… Ina ke Is… ke Iris… Entahlah! Betullah Pak Cik tak
ingat. ”
Iris?
Jadi… betul ke majlis perkahwinan Iris? Bila dia bertunang? Kenapa aku tak tahu
langsung pasal ni? Johan dan Arisya pun! Takkanlah Arisya tak tahu langsung
yang Iris akan kahwin?
“Anak…
anak okey ke ni?”
“Er…
hmm… saya okey. Terima kasih ya, Pak Cik. Kalau macam tu saya gerak dulu ya?”
“Eh,
kejap! Tadi bukan anak ni ada tanya pasal rumah Tok Esah? Tok Esah ke... Tok
Ehsan tadi? Terlupa pulak! Habis tu… tak singgah? Kenapa dah nak balik?”
“Hah?
Er…” Adey… tadi Pak Cik ni cakap dia
dah tua. Nyanyuk pun ada jugak. Tapi… macam mana pulak dia boleh ingat pasal
apa yang aku tanya dia tadi. Bnayak pulak tu soalan dia. Mana stau nak dijawab
dulu ni?
“Sebelum
Pak Cik lupa… nama anak ni siapa? Anak kenal dengan Tok Esah?”
Zul
tersenyum sekejap. Nampak gayanya… Pak Cik ni bukan calang-calang orang jugak
ni. Golongan bijak pandai jugak ni! “Saya Zul. Zul Azry. Saya datang dari Kuala
lumpur. Sebenarnya saya datang ke sini sebab… nak jumpa cucu Tok Esah. Iris.
Tapi… memandangkan ada majlis kat sini, mungkin dia sibuk. Jadi… saya tak nak
ganggu dia. Esok ajelah saya datang majlis dia.”
“Oh,
iya ke? Kalau macam tu jangan lupa datang kenduri esok ya? Kalau orang lain tak
jemput, Pak Cik yang jemput Zul tau?”
“Terima
kasih Pak Cik. Saya pergi dulu ya.”
“Eh,
nanti dulu…. Tadi… Zul ada cakap datang dari Kuala Lumpur ya? Malam nanti nak
tidur dekat mana?”
“Er…
hotel kot.”
**********
ANGIN
pantai sepoi-sepoi meniup lembut menyapa pipinya. Rambutnya yang sedikit
panjang mencecah dahi itu berterbangan dan sesekali menutupi ruang matanya.
Iris… sekali lagi sepatah nama itu tersebut di dalam hatinya.
Saya
tak tahu nak cakap apa lagi Iris. Dua minggu saya cari awak. Saya gembira
sangat bila Arisya bagitahu saya ke mana awak sebenarnya. Kerana terlalu
rindukan awak, saya mintak cuti seminggu untuk ke Terengganu. Bila jumpa rumah
Tok Esah, saya rasa nak menjerit satu kampung. Nak cakap yang saya happy sangat-sangat sebab dah dapat cari
awak kat mana. Tapi… sebenarnya saya tak dapat apa yang saya cari. Awak… bakal
jadi milik orang, Iris.
Keluhan
kecil dilepaskan. Tangannya menguis-nguis perlahan pasir pantai dengan
menggunakan satu ranting pokok. Damai… Ya, pantai di sini sangat cantik. Dan
sangat mendamaikan hati. Namun… mampukah semua ini mendamaikan hati yang penuh
dengan kekecewaan dan kehampaan ini?
Saat
ini, satu persatu kenangan bersama gadis impiannya menerjah fikirannya. Satu
persatu menari indah di ruang matanya. Iris… mampukah saya melupakan awak?
Sebab awak adalah wanita idaman yang saya cari-cari sejak dulu lagi. Bila dah
ditemui, akhirnya awak menghilang dan bakal jadi milik orang. Mampukah saya
menerima semua itu dengan hati yang ikhlas?
“Awak…”
Panggilnya sepatah. Saat ini dadanya sarat dengan persoalan demi persoalan.
Namun dia benar-benar takut untuk meluahkannya. Dia benar-benar takut untuk
mendengar jawapan daripada seulas bibir merah itu.
“Hm?”
“Kenapa
kita selalu terserempak ya?”
Ya,
memang aku juga selalu tertanya-tanya tentang soalan itu. Cuma dia berani untuk
menyuarakannya. Bimbang juga sekiranya menimbulkan salah faham. “Sebab dah takdir
Allah.”
“Mungkin
juga sebab ada jodoh antara kita.”
Diam.
Terdiam sekejap dengan ucapan yang disuarakan oleh lelaki itu. Seraut wajah itu
ditatapnya lama. Apakah akan ada cinta lain dalam hati ini setelah dia pergi
meninggalkan aku untuk selama-lamanya? Apakah benar lelaki ini adalah pengganti
dia yang pergi itu? Jika benar… mampukah aku menerima lelaki ini?
“Kenapa
awak diam?”
“Tak
ada apa yang nak dicakapkan.”
Lama
masing-masing mendiamkan diri sambil memerhatikan keindahan malam di
perkarangan KLCC itu.
“Awak
tak rasa yang kita memang berjodoh?” Dia masih ingin mengutarakan soalan yang
sama. Dan dia mahukan jawapan yang tepat.
“Tak.”
“Sebab?”
Kali
ini Iris mengeluh kecil. “Entahlah. Dulu… sewaktu bercinta dengan arwah Asyraf,
saya pun rasakan macam tu. Allah dah tetapkan jodoh saya dengan dia. Bila majlis
pertunangan selesai, saya bertambah yakin yang jodoh saya adalah dia. Namun…
semua yang berlaku itu menunjukkan bahawa dia bukan jodoh saya yang sebenarnya.”
“Awak
masih cintakan arwah?”
“Hmm…
dan saya tak mungkin akan lupakan dia. Dua tahun. Mungkin bagi orang lain
tempoh dua tahun itu sekejap sahaja. Tapi bagi saya… dalam tempoh dua tahun
itu, terlalu banyak kenangan antara saya dan arwah. Kenangan yang tak mungkin
saya lupakan sampai bila-bila.”
“Nampaknya…
awak bersungguh-sungguh sayangkan dia.”
“Ya,
memang bersungguh-sungguh. Kalau tidak, saya tak pulak setuju dengan
perkahwinan tu.”
“Awak…”
Panggilnya sepatah. Tetapi dia kembali terdiam. Sungguh, berat hatinya untuk
meluahkan apa yang dirasakan dalam hatinya. Namun, dia mahu gadis itu tahu.
Supaya dadanya tidak dibebani kebimbangan lagi. Apakah dia akan sudi menerima
aku?
“Ada
apa?”
“Kalau
saya cakap saya sukakan awak?”
Iris
ketawa kecil. “Terima kasih. Sebenarnya saya pun sukakan awak.”
Sepasang
anak mata itu ditatapnya lama. Lambat-lambat, dia tersenyum perlahan. “Kasihmu
ku terima. Tapi… saya sukakan awak lebih daripada seorang kawan. Maksud saya…
saya cintakan awak, Iris.” Dia tahu… sebenarnya Iris dah lama tahu. Sejak dia
meletakkan tangan Iris pada dadanya dulu.
“Saya
tahu.” Lambat-lambat dia menjawabnya. Dia tahu… dah lama dia tahu… namun dia
tetap buat-buat tak tahu. Dan hari ini… dia benari menyatakan yang dia tahu
tentang itu.
“Jadi…
awak ada jawapannya?” Soalnya sedikit teruja. Memang sangat teruja. Saat ini,
Iris mengaku yang sebenarnya dia tahu tentang perasaan aku kepadanya. Dan aku…
terlalu ingin mengetahui jawapannya!
“Awak…”
“Hm?”
“Bagi
saya masa… Awak tahu kan, tunang saya baru meninggal. Sekeping hati saya ni,
sangat susah nak lupakan dia. Sebab dia adalah yang terbaik pernah saya jumpa.
Hati saya ni… masih tak mampu untuk menerima orang lain untuk menghuninya.”
“Saya
faham, Iris. Saya juga dapat rasa apa yang awak sedang alami saat ini. Ambillah
sebanyak mana sekalipun masa yang awak perlukan. Saya sanggup menunggunya. Dan
saya nak awak tahu… saya akan jadi yang paling baik untuk awak, Iris.”
“Terima
kasih, Zul. Saya tahu, awak memang seorang yang baik.”
“Kasihmu
ku terima, Iris.” Selama-lamanya akan ku terima.
Iris
mengerutkan dahi. Ini satu lagi benda yang sangat pelik. Kenapa dia suka jawab
macam tu? Dah lama aku nak tanya soalan ni! Dan hari ni kau perlu tanya jugak!
“Kenapa awak selalu jawab macam tu?”
“Sebab
saya nak awak tahu… saya akan sentiasa menerima kasih yang awak hulurkan untuk
saya.”
Keluhan
kecil dilepaskan. Itu adalah pertemuan terakhir antara dia dan Iris. Iris tahu
apa yang ada dalam hatinya. Dan Iris dapat rasa cinta yang dihulurkannya. Tapi…
kenapa Iris menghilang selepas hari itu? Dua minggu dia mencari Iris. Tetap tak
jumpa. Banyak klai dia menelefon Iris, namun semuanya tak berjawab. Apa yang
dah berlaku sebenarnya? Apakah iris ada terasa hati dengannya? Apakah itu
sebenarnya jawapan Iris?
Dan
hari ini… dia ke sini mencari cintanya. Namun sebenarnya…. cinta itu bukan
milik dia. Cinta itu milik lelaki lain. Dan cinta itu akan milik orang lain
untuk selamanya.
**********
“IRIS? Nak ke mana?”
Terhenti
langkahnya apabila mendengar suara tua itu. Kepalanya ditoleh semula ke
belakang. “Eh, atuk? Atuk dari mana?”
Lelaki
itu menghampiri anak gadis itu. Cantik orangnya! Padanlah memang ramai yang
berkenan. “Dari rumah. Datang ke sini nak menolong-nolong Tok Esah kamu. Kamu
nak ke mana ni?”
“Nak
pergi jalan-jalan kat pantai.”
“Bertuah
punya budak! Esok dah hari kenduri tau? Ada ke sempat lagi nak pergi makan
angin kat pantai tu?”
Iris
tergelak kuat mendengar leteran Atuk saudaranya itu. “Atuk ni…. Suka sangat
berleter. Iris nak pergi sekejap aje. Lagi dua hari kan Iris dah nak balik
Kuala Lumpur semula.”
“Eh,
cakap pasal Kuala lumpur ni atuk teringat satu benda pulak.” Dia menggaru
kepalanya yang sudah tidak berambut itu. Macam mana boleh terlupa nak bagitahu
dekat Iris? Padahal budak KL tu menumpang rumah aku je pun!
“Apa
dia atuk? Atuk nak datang jalan-jalan kat Kuala Lumpur ke? Boleh. Iris akan
bawak atuk ke Kuala Lumpur.”
“Eh,
ke situ pulak dia ni! Pagi tadi… ada seorang budak lelaki sebaya kamu. Datang
dari Kuala Lumpur katanya. Cari rumah Tok Esah. Tapi katanya tak mahu
mengganggu majlis.”
Terkebil-kebil
dia memandang lelaki yang sudah berumur itu. Lelaki datang dari Kuala Lumpur?
Terasa ada debaran halus yang bermain di dalam hatinya. Ah, tak mungkinlah dia
datang cari aku sampai sini! Dia tak tahu pun yang kampung aku kat sini!
“Siapa
atuk? Dah tu… mana dia? Kenapa tak ajak dia datang kenduri esok?”
“Iya,
memang atuk nak ajak dia datang sekali pun. Tapi lepas atuk balik dari masjid
tengah hari tadi, kereta dia dah tak ada. Tak tahulah kalau-kalau dia dah balik
Kuala Lumpur ke apa. Tak ada pulak dia bagitahu apa-apa pada atuk.”
Dia
terdiam sekejap. “Dia tinggal kat rumah atuk?”
“Hm…
pagi tadi masa dia sampai tu, dia kata nak cari rumah Tok Esah. Lepas tu atuk
cakaplah yang rumah ni ada kenduri cucu perempuan Tok Esah. Apa nama anak
perempuan Tok Esah kamu tu? Ina? Iris? Is? Atuk lupalah nama dia.”
Iris
tergelak perlahan. Hm… Atuk Ehsan ni memang macam ni. Selalu lupa nama orang
yang dia jumpa. Nama anak cucu dia sendiri pun dia boleh lupa. “Inalah atuk…
Iris kat sini!”
“Oh,
inilah Iris…”
“Iya,
atuk! Ini Iris. Atuk… siapa nama budak KL yang datang ke sini tu? Atuk ada
tanya nama dia tak?” Sekejap sahaja dia sudah menepuk dahi. Bukan ke atuk ni payah
nak ingat nama orang? Yang aku tanya soalan cepu emas tu, kenapa?
“Atuk
tak ingatlah…”
Hah,
kan betul dia tak ingat!
“Kalau
tak silap atuk… Zul? Joe? Hmm….” Dia berfikir sejenak. “Awal? Akhir? Ayie? Ke
Azie?” Dah macam-macam nama menjengah otak kecilnya.
Iris
tergelak perlahan. Hah, kita tengok ya, berapa banyak nama yang atuk nak sebut.
Mahunya sampai pagi esok baru dia ingat! “Zul Azrylah, atuk!” Tetiba sahaja dia
tersebut nama lelaki itu. Ya Allah, rindu sangat ke aku pada dia? Sampai
tersebut nama dia pulak! Betul ke dia sanggup datang cari aku sampai ke sini?
“Hah,
yang tulah yang atuk nak cakap tadi. Zul apa tadi?”
Dia
terdiam sendiri. Terkebil-kebil dia memandang lelaki tua itu. Aku tak salah
dengar kan? Ramai ke orang yang namanya Zul Azry? Apakah dia orang yang sama?
Orang yang aku nanti-nantikan? “Zul Azry.”
“Hah,
betullah tu. Yang itulah tadi.”
“Atuk…
betul ke?”
**********
PENAT!
Itulah yang dirasakannya saat ini. Sejak tadi dia tercari-cari kelibat
seseorang. Dan seseorang itu adalah lelaki yang dirinduinya. Kata atuk tadi,
lelaki itu pakai kereta warna putih. Sama macam Zul. Jenis apa, atuk memang tak
tahu!
Cepat
sahaja dia berlari anak ke rumah atuk Ehsan. Kata atuk Zul menumpang di rumah
dia. Namun, hampa hatinya apabila kelibat kereta yang dicarinya tidak ditemui.
Kakinya dilangkahkan memasuki rumah atuk Ehsan. Namun tiada sesiapa yang
ditemuinya.
Keluhan
kecil dilepaskan. Mungkin orang yang dimaksudkan oleh atuk itu bukan orang yang
sama yang ingin aku temui. Ya Allah, Iris… kenapa boleh jadi angau sampai macam
ni sekali? Istighfarlah banyak-banyak! Dia mengingatkan diri sendiri.
Puas
mencari, akhirnya kakinya dilangkahkan ke pantai. Dah petang. Namun dia
langsung tak terjumpa dengan mana-mana lelaki seperti yang dicarinya. Tak
apalah. Mungkin juga bukan jodoh aku dengan dia.
Perlahan
kakinya dilangkahkan menyusuri pantai. Kali ini dia mahu balik lewat sedikit.
Biarlah! Biarlah kalau Tok Esah nak berleter banyak-banyak pun! Dia rela
menadah telinga. Apa yang pastinya, saat ini hatinya terasa kosong. Mungkin
kerana apa yang dicarinya tidak ditemui.
Zul…
saya rindu awak! Saya rasa… saya dah mula cintakan awak. Setiap malam… saya mimpi
awak, Zul. Setiap hari… hanya nama awak yang ada dalam kotak fikiran saya!
Setiap masa… saya rindukan awak! Dalam setiap Istiqarah saya pun... saya hanya
nampak awak, Zul! Hanya awak!
**********
DIA
mengerutkan dahi perlahan. Kelopak matanya ditenyeh perlahan. Kenapa dengan aku
ni? Setiap perempuan yang lalu depan aku, semuanya dah macam Iris! Aku ni dah
gila gamaknya? Entah Iris ingat aku ke tidak?!
Anak
matanya mengekori langkah wanita yang sebijik macam Iris. Sama rendah, sama
kecil. Alis mata yang sangat cantik. Muka yang sedikit kemerahan. Lesung pipit
pada kedua belah pipi yang sangat terserlah jika dia menggerakkan pipinya.
Iris…
saya rindukan awak sangat-sangat! Kenapa awak tak jawab panggilan telefon saya?
Awak bencikan saya ke? Ataupun… awak takut kalau melihat saya seperti arwah
tunang awak? Tak boleh ke awak sukakan saya sebagai Zul Azry. Bukan sebagai
arwah Asyraf? Saya cintakan awak, Iris! Saya cintakan awak!
Langkah
gadis yang lalu di hadapan matanya diperhatikan lagi. Betul ke dia ni orang
lain? Tapi… memang sebijik macam Iris! Bibirnya ingin memanggil, namun
tiba-tiba sahaja terkaku. Cuma detak jantungnya yang sudah berirama laju. Ya
Allah… betul ke dia Iris? Aku tak mimpi, kan?
Pantas
dia mengangkat punggung lalu berlari anak ke arah gadis bertudung putih itu. “Iris…”
Panggilnya perlahan. Takut jugak kalau tersalah orang!
“Nak
apa?” Jawabnya malas. Langsung tidak berpaling ke belakang. Kenapa saat ini,
ada jugak yang mengganggunya! Ni tak lain tak bukan, mesti Abang Izham yang nak
panggil balik! Orang tahu jalan baliklah! Bukannya dah malam pun! Tapi suara
dia… macam suara Zul! Beranganlah kau, Iris! Mana ada Zul! Dia dah balik KL,
kan?
“Iris…”
Panggilnya sekali lagi. Kali ini lebih kuat berbanding tadi. Sungguh, dia
benar-benar mahukan kepastian.
“Nak
apa? Abang ni kan…” Soalnya garang lalu berpaling ke belakang sambil mencekik
pinggang. Terhenti terus amarahnya yang ingin diucapkannya itu!
What?
Hampir-hampir sahaja dia jatuh tergolek apabila terpandangkan seraut wajah.
Kelopak matanya tidak berkelip memandang lelaki itu! Aku tak mimpi kan? Dia…
betul dia tu Zul yang aku cinta, kan?
“Iris?”
Sekali lagi dia menyoal. Namun kali ini bersama nada suara yang sudah ceria.
“A…
awak?” Sungguh, dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya saat ini. Orang
yang aku cari tadi rupanya depan mata? Betulkah?
“Ya,
Iris… saya.”
“Macam
mana awak… boleh ada kat sini?”
Sepasang
anak mata itu ditatapnya lama. Dia ingin tersenyum, namun senyumannya tetap
mati. Dia ingin menangis, namun air matanya tetap tidak mahu menitis. Dia ingin
memeluk gadis itu, namun tubuhnya terkaku di situ. Semuanya serba tak kena! Apa
yang pasti, dia terlalu rindukan gadis di hadapannya itu.
Iris…
saya rindu sangat dekat awak. Tapi sayang… esok majlis awak, kan? Berkaca kolam
matanya memandang gadis itu.
Tanpa
dapat ditahan-tahan lagi, Iris terus menerpa ke arah lelaki itu lalu memeluknya
erat. “Awak… saya rindukan awak sangat-sangat. Cakaplah… cakaplah yang awak pun
rindukan saya macam saya rindukan awak jugak.”
Tersentak!
Itulah yang dirasakannya saat ini. Betulkah apa yang aku dengar? Betul ke Iris
pun rindukan aku? “Iris… er… saya…”
“Kenapa?
Awak tak rindukan saya ke? Awak dah buang saya dari hati awak?” Suaranya sudah
bersama sendu di hati. Namun dia masih belum mampu merungkaikan pelukan pada
tubuh lelaki itu. Ya, dia benar-benar takut kehilangan. Dia benar-benar takut
untuk kehilangan lelaki yang disayangi sekali lagi. Cukuplah sekali.
“Tak,
Iris. Cinta saya tak akan pernah berubah untuk awak, Iris. Saya sayangkan awak.
Saya pernah cakap yang saya cintakan awak, kan? Sampai saat ini pun, cinta saya
hanya untuk awak, Iris. Hanya milik awak! Saya tetap cintakan awak walaupun
awak akan jadi milik orang lain.”
“Apa
yang awak cakap ni?” Perlahan pelukan itu dirungkaikan. Sepasang anak mata itu
ditatapnya lama. Apa sebenarnya yang ada dalam hati lelaki ini? Dan dia perlu
tahu semuanya.
“Esok…
majlis pernikahan awak, kan? Tahniah! Saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan
awak sampai akhir hayat.”
Lama
sepasang anak mata di hadapannya itu ditatap. Saat ini, otak kecilnya sedang
mencerna patah kata yang baru sahaja menyapa corong telinganya itu. Jadi…
semuanya satu salah faham? “Merepek! Siapa pulak yang bagitahu awak saya akan
kahwin esok ni? Oh, jadi… sebab tu awak tak cari saya?”
Zul
cuba tersenyum. Namun sangat hambar. “Kalau saya tak cari awak… saya tak akan
sampai sini, Iris.”
Iris
diam. Terharu. Namun dia masih ingin mendengar luahan hati lelaki itu.
Luahkanlah… semoga semua persoalan yang bermain di dalam hati dijawab
sejujurnya.
“Kenapa
awak elakkan diri daripada saya, Iris? Saya rindukan awak setengah mati. Bukan
mudah untuk saya jatuh cinta. Tapi sekali cinta… saya akan tetap cinta untuk
selama-lamanya. Kenapa, Iris? Kenapa bila saya call awak, langsung awak tak jawab.”
“Saya
minta maaf. Saya…”
“Saya
tak maafkan.”
Iris
terdiam sekejap apabila lelaki itu pantas menjawab. Kali ini dia tersenyum
sendiri. Marahnya dia? Tak pernah sekali pun aku tengok dia marah sampai macam
ni sekali. Tapi muka dia tetap cool.
Masih kelihatan tenang. Zul Azry yang aku kenal… seorang yang suka tersenyum.
Seorang yang suka ketawa. Seorang yang sangat mengambil berat tentang seorang
perempuan bernama Iris.
Zul
mengerutkan dahi. Aku tak faham betullah dengan dia ni! Aku bukan main risau,
dia boleh senyum pulak? Ini melibatkan masa depan saya, Iris. Kalau awak dah
kahwin… macam mana hati saya mampu melupakan awak? Sekali saya cinta, selamanya
cinta saya milik dia. Hanya milik awak, Iris! “Saya tak fahamlah! Macam mana
awak boleh senyum?”
“Sebab
saya gembira.” Dia menjawab bersama riak gembira. Kalau boleh, dia ingin
memeluk lelaki itu sekali lagi.
Sepasang
anak mata yang bercahaya gembira itu ditatapnya lama. Keluhan kecil dilepaskan.
Apakah dia gembira kerana majlis esok? Beruntungnya bakal suami Iris.
Sekurang-kurangnya mampu melihat kegembiraan seraut wajah itu. “Oh, sebab
majlis esok?”
“Tak.
Sebab awak dah depan mata saya.”
Tak
faham! Ya, memang itu yang dirasakannya! Iris… jangan buat saya tertanya-tanya!
Luahkanlah apa yang ada dalam hati awak. “Jadi?”
“Awak
tahu…”
“Tak
tahu.” Kepalanya digeleng perlahan.
“Ya,
memang tak akan tahu kalau saya tak cakap.” Ucapnya sedikit geram.
“Awak
nak cakap apa?”
Iris
menarik nafas dalam. Berdebarnya! Rasa macam nak tercabut aje jantung ni! Iris…
tenanglah! Berterus terang itu lebih baik daripada memendamkannya, jika
memendamkannya hanya mampu menimbulkan curiga dan salah sangka. “Okey, macam
ni… saya nak awak diam dulu. Then,
saya akan jelaskan semuanya.”
“Okey.”
“Sebenarnya…
majlis esok tu bukan majlis saya. Majlis Ina.”
What?
Hampir terngadah dia dengan patah kata yang baru didengarinya itu. Tak mungkin!
“Tapi… bukan ke awak satu-satunya cucu perempuan Tok Esah?”
Iris
mengangguk sambil tersenyum. Jadi… betullah yang dia dah salah sangka? “Ya,
tapi… Ina pun cucu Tok Esah. Cucu angkat. Anak angkat Mak Teh Aisyah.”
“Jadi…
sebenarnya….”
Pantas
jari telunjuknya diletakkan pada bibir lelaki itu. Terdiam Zul dibuatnya. Iya,
jika tidak dihalang makin banyak pula prasangkanya. “Diam sekejap. Dengar apa
yang saya nak cakap ni.”
**********
RESAH
hatinya mencari kelibat isterinya. Mana dia? Di ruang tamu tiada, di dapur pun
tak ada. Pantas kakinya dilangkahkan ke tingkat atas. Pintu bilik dikuaknya.
Anak matanya mencari di segenap sudut. Dia ke mana? Tak pernah pulak dia tak
bagitahu kalau nak ke mana-mana. Ke kubur arwah?
Baru
sahaja dia ingin berpaling, dia mendengar suara seseorang di balkoni biliknya.
Nafas kelegaan dihelakan. Senyuman sudah jelas tergambar di bibirnya. Dia ni
kan… suka sangat buat orang takut!
Perlahan
dia menghampiri pintu slide itu.
Kepalanya dijengukkan, mengintai di sebalik langsir. Hmm… memang dia! Bercakap
sorang-sorang? Telinganya sempat mendengar isterinya berleter. Siapa lagi yang
dileterinya kalau bukan suaminya ini.
“Assalamualaikum,
sayang. Sayang abang ni berleter apa? Sampai kat masjid abang boleh dengar.”
Sepasang tangannya terus dilingkarkan ke tubuh isterinya.
Iris
membulatkan mata sambil menoleh. Tipu! Perlahan macam tu takkanlah boleh dengar
sampai kat masjid? “Abang... kenapa balik lambat?”
“Dah
jawab salam abang, sayang?” Kucupan kasih sayang singgah pada pipi kanan
isterinya.
“Dah...
Ris jawab dalam hati.”
Kali
ini kucupannya singgah pula di pipi kiri isterinya. “Abang terjumpa Tok Ehsan
kat masjid tadi. Bila dia dah cam abang, banyak pulak soalan yang dia tanya.
Abang sembang dengan dialah tadi.”
Iris
tergelak perlahan. “Tok Ehsan ingat abang?”
Zul
ikut tersenyum. Isteri abang ni... nakal ya? “Ingat. Tapi dia kata, Joe suami
Ris.”
Kali
ini gelak Iris sedikit kuat. Tok Ehsan ni... macam-macam nama yang dia bagi. “Hah,
dah okey sikit. Dulu abang tahu tak dia cakap nama abang apa?”
Berkerut
dahinya sekejap. “Apa?”
“Izzue
Islam, suami Ris.” Haha! Dia gelak lagi.
“Gelakkan
abang, eh?” Tubuh isterinya dipusingkan menghadap tubuhnya. Sekali lagi
tangannya melingkar di pinggang Iris. Bahagianya perasaan ini, hanya Allah
sahaja yang tahu.
“Kelakar
betul Ris dengar. Suami Ris ni, tak macam Izzue Islam langsung. Tapi yang
peliknya... Tok Ehsan tu ingat pulak nama Izzue Islam.”
“Itu
tak apa lagi, sayang. Sayang ingat tak masa majlis kahwin kita tu dia panggil
abang apa?”
Ketawa
Iris makin rancak. Mana tak ingatnya? Sampai sekarang pun masih ingat, tau!
“Joe Jambul!”
Zul
ikut ketawa kuat. Memang sampai sekarang sepatah nama itu kekal di dalam
ingatannya. Tok Ehsan ni... Cerita Joe Jambul tu dah berzaman lamanya! Ingat
lagi dia tu!
“Abang...
cincin Ris.” Pantas dia merungkaikan pelukan suaminya. Cincin itu jatuh lagi.
Zul
melepaskan pelukannya. Asyik nak terjatuh aje cincin tu. sekejap sahaja dia
sudah membongkokkan tubuhnya. Cincin itu jatuh dekat dengan kakinya.
Selepas
mengambil cincin itu, dia tersenyum sambil menayangkan cincin itu di hadapan
Iris. “Kenapa cincin ni selalu jatuh?”
Iris
menyambut sambil tersenyum. Cincin itu disarungkan semula ke jari tengahnya.
Sebelah cincin perkahwinan dia dan Zul. “Sebab cincin tu longgar dengan tangan
Ris. Eh, kejap! Macam mana abang tahu saiz jari Ris?”
Kedua-dua
belah bahunya dijungkitkan. “Entah. Abang main agak aje. Muat-muat dengan jari
kelingking abang. Ketat sikit je kot. Tak sangka pulak muat dengan tangan Ris.
Hebat tak, abang?”
Iris
mencebik. “Tak baik riak. Berdosa!” Tubuhnya kembali dipusingkan menghadap
permandang malam yang kian sunyi itu.
“Orang
main-main jelah.” Tubuhnya ikut dipusingkan dan berdiri di sebelah isterinya.
Sama-sama melihat keindahan malam yang sangat cantik. membuahkan perasaan
bahagia di dalam hati mereka berdua.
“Abang…”
Seru Iris perlahan sahaja.
“Hm?”
“Terima
kasih.”
Zul
menoleh bersama kerutan pada dahi. Seraut wajah itu dipandnag lama sebelum
menyoal kembali. “Untuk?”
Iris
turut menoleh memandnag suaminya. Sebuah senyuman manis dihadiahkan. Comel aje
suami Iris ni, kan? Pakai baju melayu... dengan songkok di kepala. Mata redup
dia pun... penuh dengan perasaan sayang dan cinta. Bertuah Iris, kan? “Sebab abang
bagi Ris simpan cincin kenangan arwah. Terima kasih.”
“Hmm…
kasihmu ku terima.”
“Abang
tak cemburu?”
Soalan
itu membuatkan dia melepaskan tawa kuat. Oh, jadi… dia masih fikir aku
cemburukan arwah? “Tak. Untuk apa cemburukan orang yang dah tak ada.”
Iris
senyum lagi. Dia tahu... dan dia dah lama tahu. Suaminya ini sangat pemurah
dengan arwah. Terima kasih encik suami. “Abang tak marah?”
“Kenapa
abang perlu marah?” Soalan isterinya dijawab dengan soalan juga.
“Sebab…
Ris masih ingat pada dia.”
“Betul
ke Ris masih ingatkan dia?”
Kepalanya
diangguk perlahan. Berterus terang lebih baik daripada berbohong. Lagipun…
sebagai suami, dia perlu tahu semuanya. “Sikitlah. Seorang perempuan… bukan
mudah nak melupakan seseorang yang pernah dia sayang.”
“Abang?”
Berkerut
dahinya dengan sepatah soalan itu. “Apa yang abang?”
“Ris
ingat tak?”
Iris
tersenyum lebar. Itu rupanya maksud dia. “Oh, kalau abang… hari-hari Ris akan
ingat. Setiap masa... setiap saat.”
“Sebab?”
“Sebab
abang adalah suami Ris.”
“Lagi?”
“Sebab
abang sayangkan Ris sungguh-sungguh.”
“Lagi?”
“Sebab
abang cintakan Ris sepenuh hati abang.”
“Lagi?”
“Sebab
abang adalah hadiah berharga untuk Ris.”
“Lagi?”
Berkerut
dahinya memandang suaminya itu. Tak habis lagi ke? “Kenapa abang tamak sangat
ni?”
Haha!
Zul melepaskan ketawa kuat. Soalan itu buatkan dia geli hati. “Mana ada abang
tamak. Abang cuma nak tahu dan nak tahu. Kalau boleh, sampai esok dan esok pun
abang nak tanya lagi.”
“Terima
kasih, abang.” Tubuh suaminya itu dipeluk erat.
“Sama-sama
kasih.”
Iris
mengerutkan dahi sambil mendongak memandang sepasang anak mata suaminya. “Kenapa
jawapannya dah lain? Kenapa tak cakap kasihmu ku terima?”
“Dah
banyak sangat kasih yang abang terima daripada isteri abang ni. Abang nak
sayang pulak. Boleh tak lain kali Ris cakap, terima kasih sayang?”
Haha!
Kali ini ketawa tercetus kuat di bibir Iris. “Abang ni kelakarlah!”
Zul
mencebik tidak berpuas hati dengan jawapan isterinya itu. “Mana ada abang buat
lawak pun. So… Ris nak cakap ke
tidak?”
“Tak
nak!”
Bulat
matanya memandang isterinya. Boleh dia cakap tak nak?! “Cakap jugak!”
“Tak
nak!”
“Nak!”
“Tak
nak!”
“Nak!”
“Nak
apa sayang?” Soalnya dengan suara yang sedikit manja. Kesian encik suami…
selalu mengalah dengan puan isteri. Kali ni biarlah puan isteri yang mengalah dengan
encik suami.
Sayang?
Dia meneguk liur perlahan. Kali pertama dia mendengar isterinya itu menyebut
perkataan itu untuk dirinya. “I beg your
pardon?”
Eleh!
Buat-buat tak dengarlah tu! “Nak apa, sayang? Kalau nak kasih sayang, seribu
tahun pun sayang sanggup curahkan demi abang sayang ni. Kalau nak cinta, seluas
lautan biru... setinggi langit pun sayang sanggup serahkan. Boleh ke?”
“Boleh,
sayang. Abang sayang sangat sayang abang ni. Doakan kebahagiaan kita berdua,
sayang. Di dunia... dan juga di akhirat kelak.”
Kepalanya
diangguk perlahan. “Hm… doakan kesejahteraan juga kepada dia yang sudah kembali
ke rahmatullah.”
Dan
sesungguhnya bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Kerana sesungguhnya
nikmat Allah itu maha besar.
Wallahualam.
“Wahai orang-orang yang
beriman, makanlah dari rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan
bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar kamu mentauhidkan-Nya.” (Surah
al-Baqarah : 172)
“Dan apa jua nikmat
yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah ia datang, dan apabila kamu ditimpa
oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.” (Surah
an-Nahl : 53)
Kasihmu
Amanahku
Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang
bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera
indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti
sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat
Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan
tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab
bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya