CERPEN: KAU YANG BERNAMA SERI
MUKANYA
diangkat apabila mendengar derap kaki seseorang yang berjalan ke arah pintu
pejabat bosnya. Cepat-cepat dia berlari anak dan menghalang langkah lelaki itu.
Kalut sungguh dibuatnya apabila Encik Zaim datang dan terus melangkah ke
pejabat bosnya tanpa bertanya sepatah pun. Ya, lelaki ini memang begini. Lelaki
ini memang sesuka hatinya! Lelaki ini memang suka bertindak melulu. Lelaki ini
memang suka marah-marah tanpa sebab yang munasabah.
“Encik
Zaim! Encik tak boleh masuk.” Pantas dia berdiri di hadapan lelaki itu lalu
menghalang laluannya. Senyuman cuba diukirkan apabila lelaki itu menghentikan
langkah dan melemparkan pandangan tajam ke arahnya. Ya Allah, berdebarnya! Jangan
dia marah aku depan-depan orang ramai sudahlah!
“Assalamualaikum,
Encik Zaim. Maaf, Encik Zaim tak boleh masuk. Encik Zaf ada tetamu.” Dia cuba
bersuara selembut yang mungkin dengan harapan hati lelaki itu akan menjadi
lembut juga.
Pandangan
tajam dihalakan pada seraut wajah wanita bertudung itu. Asal aku datang sini
je, mesti dia halang! Dia ni apa hal, eh? “Kau apa hal? Bilik abang aku kot?
Suka hati akulah nak ke mana pun! Syarikat ni ayah aku yang punya. Kau tu cuma
makan gaji aje kat sini!”
Seri
senyum sambil menganggukkan kepalanya. “Saya tahu... sebab tu saya cuba
melakukan kerja saya dengan sebaik yang mungkin. Tak salah, kan, kalau Encik
Zaim hormatkan tetamu Encik Zaf?”
“Huh,
rimas betul aku dengan kau ni! Macam manalah Abang Zaf tu boleh ambik PA macam
kau ni? Dahlah! Jap lagi kalau diorang tu dah selesai, kau inform kat aku! Payah betul berurusan dengan bendul macam kau ni!”
Seri
masih senyum dan menganggukkan kepalanya. “Terima kasih Encik Zaim, sebab
faham. InsyaAllah saya akan informkan
kepada Encik Zaim.”
Tanpa
bersuara lagi, kakinya terus dilangkah meninggalkan meja PA abangnya itu.
Sambil berjalan, dia tersenyum perlahan. Untung Abang Zaf dapat PA macam Seri.
Si Seri tu cantik sangat. Sesiapa pun… mana-mana lelaki sekali pun, pasti akan
goyah apabila memandang seraut wajah yang penuh dengan kelembutan seperti itu.
Iman aku sendiri pun akan goyah setiap kali memandang senyuman yang terukir
indah pada seraut wajah itu. Muka menggelabah dia tu… buat aku termimpi-mimpi!
Apesal aku suka cari gaduh dengan dia sangat, eh? Tapi serius… aku jealous sangat dengan Abang Zaf sebab
dapat PA macam Seri tu!
Punggungnya
dilabuhkan duduk di atas kerusinya. Otak kecil masih memikirkan gadis manis
itu. Ya, memang pun! Dalam fikirannya hanya ada Seri, Seri dan Seri! Deringan
telefon di atas mejanya memeranjat dirinya. Pantas sahaja ganggang telefon itu
dicapainya. “Hello!” Suara menjawab acuh tidak acuh sahaja!
“Assalamualaikum,
Encik Zaim. Saya Seri daripada Pejabat Eksekutif.”
“Eleh,
macamlah aku tak cam suara kau tu! Nak kenalkan diri bagai konon! Apa kes?”
Dia
sudah tergelak kecil dihujung talian. “Oh, Encik Zaim boleh cam eh suara saya? Bangganya
saya. Sebelum tu saya nak tanya Encik Zaim satu soalan. Encik Zaim dah jawab
salam saya ke belum?”
“Eh,
yang kau nak menyebok sangat ni kenapa? Kau nak apa ni? Kalau kau call aku semata-mata nak bagi ceramah
macam ni, baik tak payah! Aku tak ada masa nak dengar ceramah kau tu!”
“Er…
maaf, Encik Zaim. Saya ni lebih-lebih pulak, kan? Saya cuma nak bagitahu yang…”
Belum sempat dia menghabiskan baris ayatnya, lelaki itu terlebih dahulu menyampuk
dengan jerkahan kuat.
“Nak
bagitahu apa?” Jerkahnya kuat. Sebenarnya dia memang sengaja menjerkah gadis
itu. Padahal di dalam hatinya sudah ketawa mengekek. Saat ini dia sudah dapat
membayangkan seraut wajah menggelabah Seri.
“Er…
saya nak cakaplah ni. Encik Zaim tu yang menyampuk tiba-tiba. Nasib baik tak
tercabut jantung saya ni sebab terkejut.” Eee... geram pulak aku dengan singa
hidung belang ni!
“Kau
melawan aku, eh?” Dia masih mahu menghemburkan amarahnya kepada gadis itu.
Seri
mengetap bibir geram. Aku tak faham betullah dengan mamat ni! Asal dengan aku
aje, mesti dia nak cari gaduh! Benda kecik aje pun! Yang dia nak menjerit
sampai putus urat kentut tu kenapa? “Encik Zaim… saya cuma nak cakap yang…”
“Kau
nak ca…”
“Encik
Zaim!” Pantas dia menghalang kata-kata lelaki itu. Makin dibiarkan makin lelaki
itu akan mencari kesalahannya. Makin lelaki itu akan memintas ayatnya. Lebih
baik dia terlebih dahulu menghabiskan baris ayatnya! Kalau dia nak marah-marah
pun, tunggu aku habis cakap dulu! Huh!
“Dengar
saya nak cakap apa dulu. Lepas tu, kalau Encik Zaim nak marah ke, apa ke, saya
dah tak kisah dah! Encik Zaf nak jumpa Encik Zaim. Tetamu dia yang tadi tu dah
balik. And then, kalau Encik Zaim nak
jumpa Encik Zaf, Encik Zaim boleh datang ofis ni sekarang.” Laju ucapannya
dalam satu nafas sahaja. Fuh, lega! Kan dah terkeluar semuanya! Dia tersenyum
kelegaan. Sebenarnya dia bimbang Encik Zaim akan memintas ayatnya sekali lagi.
Lebih baik dia cakap panjang-panjang macam kereta api biar terdiam terus suara
kasar yang suka marah-marah tu! Haha!
Zaim
terdiam sekejap. Dah macam bertih jagung! Boleh dia main pintas ayat aku macam
gitu aje, kan? Minah ni memang nak kena dengan aku agaknya! “Yang awak ni be…”
“Kalau
Encik Zaim dah tak ada apa yang nak dicakapkan, saya nak letak telefon. Bye.
Assalamualaikum.” Pantas sahaja ganggang telefon ditangannya dihempaskan. Haha!
Rasakannya! Macam gitulah perasaan aku, bila kau asyik menyampuk aje!
Zaim... |
Dadanya
diurut perlahan. Kalau aku tak pintas ayat yang dia nak cakap tu tadi, mesti
dah berbakul-bakul sumpah seranah yang masuk dalam corong telinga aku ni!
Liurnya ditelan perlahan. Huhu… ingat aku tak takut ke buat macam tu? Tapi
memang terpaksa buat jugak kalau tak nak bernanah telinga. Dia tu kalau
menengking, memang dua hari akan berdesing dalam telinga siapa yang mendengar
tengkingannya itu. Takutnya… mesti dia datang sini nanti, berasaplah telinga kau
kena marah dengan dia, Seri!
Selang
lima minit, telinganya mendengar derap kasut yang menghampiri mejanya. Dadanya
sudah berdetak tidak menentu. Sungguh, dia sudah dapat agak siapa yang berdiri
secara senyap itu. Perlahan mukanya diangkat memandang seraut wajah itu.
Alamak! Mamat singa cekeding ni dah datang la! Yang dia datang kat meja aku ni
apahal? Encik Zaf yang nak jumpa dia, bukan aku! Bukan biasanya mamat ni asal
aci redah aje?
Seri
menumpukan sepenuh perhatiannya kepada seraut wajah itu. Sepasang anak mata
garang milik lelaki itu sedang menikam tajam sepasang anak matanya. Sekali lagi
dia meneguk liur sendiri. Singa keding macam nak makan aku aje? Marah lagi
pasal aku menjawab dengan dia tadi?
Seri
mengukirkan senyuman manis. Harap-harap dia akan lembut hati bila nampak aku
senyum macam ni. “Assalamualaikum, Encik Zaim.”
“Weh,
kau tahu tak yang aku baru je turun bawah? Tak sampai seminit pun aku duduk,
kau dah panggil aku naik atas semula. Apesal tadi kau tak suruh aje aku tunggu
kat sini? Kau ni kan memang…”
Mendengar
daun pintu bilik Zafril terbuka, kedua-dua mereka mengalihkan pandangan. Seri
mengukirkan senyuman sambil melepaskan nafas kelegaan. Zaim turut tersenyum
apabila memandang seraut wajah itu.
“Along…
ada apa nak jumpa Zaim?”
Seri
mencebik sambil tersenyum. Haih, mamat singa cekeding ni boleh pulak tersenyum?
Tadi bukan main garang lagi. Sikit lagi nak jadi singa jadian! Sekarang bila
nampak muka abang dia, tahu pulak takutnya? Bukan main lembut lagi bercakap!
Zaim
menjeling sekilas ke arah PA abangnya. Dia nampak dengan jelas senyuman yang
Seri ukirkan. Pantas sahaja anak matanya dikecilkan ke arah gadis itu
memberikan silent warning! Takpe!
Hari ni hari kau! Tunggulah! Aku dah tak sabar-sabar nak jerkah kau lagi, tahu
tak?!
Cepat
sahaja Seri mematikan senyumannya. Dia terdiam sekejap sebaik sahaja
terpandangkan pandangan yang cukup tajam itu. Mengalahkan mata burung helang!
“Kenapa
Zaim tak datang tadi lagi? Lama dah along tunggu Zaim.”
“What?” Pantas anak matanya singgah pada
seraut wajah Seri. Anak matanya dikecilkan ke arah wanita itu. Kalau bukan
kerana perempuan ini yang menghalangnya tadi, mungkin persoalan seperti ini
tidak akan muncul daripada seulas bibir abangnya. “Along… ni, PA along ni! Dia
yang tak kasi Zaim masuk. Kau ni kan…”
“Tapi
Encik Zaf yang cakap…” Cepat sahaja dia memintas sebelum lelaki itu terus
menyalahkan dirinya. Namun, ayatnya pula dipintas oleh bosnya.
“Oh,
sorry Seri. Saya lupa nak bagitahu
awak tadi. Sorry, Zaim… Along yang
tak bagitahu Seri awal-awal. Lupa pulak.” Gelakan kecil tercetus daripada
seulas bibirnya. Entah bagaimanalah reaksi Zaim sewaktu Seri menghalangnya
tadi. Bukannya dia tak tahu perangai dua beradik di hadapannya ini. Sehari
kalau tak bergaduh, memang tak sah! Macam anjing bertemu dengan kucing! “So… Zaim dah datang sinilah tadi?” Dia
berpura-pura menyoal.
“Ha’ah…
Dah datang. Tapi kena halau. Zaim turunlah balik. Baru aje nak letak punggung
kat kerusi empuk tu, PA along yang terlebih cute ni call Zaim suruh naik balik. Huh, berasap betul hati Zaim ni!” Dia
berterus terang sambil melemparkan jelingan maut kepada wanita yang bergelar PA
abangnya itu.
“Sorry, Zaim… Salah abang. Dahlah, Jom!
Dah dekat pukul empat ni. Karang lambat pulak kita balik. Seri… nanti kalau
saya lambat habis perbincangan ni, awak tunggu dulu ya?”
“Hah?
Tapi saya kena…”
“Bos
dah bagi arahan tu, kau ikut ajelah! Kau nak makan gaji buta ke apa?” Sinis
senyuman dihulurkan kepada gadis itu. Padan muka! Tadi kau kenakan aku, kan? Jap
lagi aku pulak yang akan kenakan kau! Biar kau balik lambat! “Dia ni memang
selalu macam ni ke, Long? Malang betul Along dapat PA macam dia ni.”
Zafril
tersenyum. Anak matanya silih berganti pada dua raut wajah itu. Wajah keruh
Zaim… Muka cuak Seri… “Along untung sebenarnya… Seri ni baik sangat. Rajin
pulak tu. Dahlah, jom masuk. Seri… jangan lupa buatkan air untuk saya dan Zaim.”
Seri
hampir sahaja terngadah sendiri. Apa kenalah dengan bos dua beradik ni? Macam
pelik aje aku tengok! Lambat-lambat dia mengangguk.
Zafril
terus melangkah meninggalkan meja PAnya itu. Zaim masih tegak di situ. Sempat
dia menjeling pada Seri. “Weh, dengar sini baik-baik… Kau ada hutang dengan
aku! Suatu hari nanti aku akan tuntut balik hutang tu! Ingat tu!” Selesai
mengucapkan kata-kata amaran, dia terus melangkahkan meninggalkan Seri yang
terkebil-kebil sendiri itu.
“Tapi
saya tak…” Belum habis dia menjawab, lelaki itu sudah pergi meninggalkan dia
seperti tadi juga.
Sempat
Zaim berpaling ke belakang sambil mengenyitkan matanya kepada wanita yang masih
memandangnya itu.
Seri
mencebik. Nak muntah pulak aku tengok perangai mamat sengal ni! Punggungnya
kembali dilabuhkan ke kerusi. Baik buat kerja daripada melayan kerenah lelaki
yang langsung tak mendatangkan faedah tu! Sekejap sahaja, dia teringatkan
sesuatu. Eh, bukan bos aku suruh buat air ke tadi? Keluhan kecil dilepaskan.
Punggung diangkat semula dan kaki dilangkahkan ke pantry.
Pintu
bilik diketuk perlahan. “Assalamualaikum, Encik Zaf.”
“Waalaikumussalam.
Masuklah, Seri.” Senyuman diukirkan. Dah kenal benar dengan suara yang memberi
salam itu. Siapa lagi kalau bukan PA nya yang cantik itu.
Seri
melangkah masuk sambil mendulang dua cawan air. Berhati-hati dia meletakkan
cawan di atas meja. Senyuman dihulurkan kepada bosnya itu. Kemudian, satu lagi
cawan diletakkan penuh cermat di hadapan adik bosnya itu. Senyumannya automatik
mati. Langsung anak matanya tidak memandang lelaki itu. Huh, tak kuasa!
Zaim
mencebik. Ek, eleh… sombonglah sangat!
“Thanks, Seri.”
“Sama-sama.”
Seri menghulurkan senyuman sambil meminta diri.
Zaim
mengetap bibir perlahan. Anak matanya tidak lepas daripada memandang seraut
wajah Seri yang masih tidak memandangnya itu. Sungguh, ada kalanya terdetik
perasaan cemburu dengan layanan Seri kepada abangnya itu. Bila dengannya, Seri
macam endah tidak endah sahaja. Kenapa, Seri?
**********
SERI
tidak senang duduk. Sudah dekat seratus kali anak matanya memandang jam di
tangan dan juga di atas meja kerjanya. Bila diorang nak habis meeting ni? Aku tak nak balik lambat
sangat. Aku ni bukannya berani drive
sorang-sorang malam buta macam ni!
Puas
duduk di hadapan komputer, dia mengemaskan fail di belakangnya. Puas
mengemaskan fail, dia mengemaskan meja sendiri yang sudah sedia kemas itu. Nak
buat kerja, memang dah tak boleh nak tumpukan perhatian. Buat bodoh sudahlah!
“Seri…
buat apa?”
“Oh,
mak kau!” Teguran itu memeranjatkan dirinya. Jatuh tergolek fail yang sedang
dipegangnya. Pantas dia berpaling ke arah suara itu. Senyuman menyeringai cuba
dihulurkan. Malu jugak… tiba-tiba boleh melatah macam tu. Terkejut sebenarnya! “Encik
Zaf… Terkejut saya.”
Cepat-cepat
dia menunduk mengutip fail yang terjatuh berdekatan dengan kaki Encik Zaim.
Anak matanya singgah sebentar ke seraut wajah itu. Serba salah untuk mengutip
fail yang sangat dekat dengan lelaki itu. Karang kalau dia sepak aku macam
mana? Kenapa pulak dia nak sepak aku? Manalah tahu… kot-kot dia tu memang benci
sangat dengan aku. Tak mustahil kalau dia betul-betul sepak aku jap lagi. Seri duduk
mengutip fail itu.
Seri... |
Belum
sempat tangannya singgah pada fail itu, satu tangan sasa terlebih dahulu
singgah pada fail itu. Elok sahaja tangannya mendarat di atas tangan lelaki
itu. Pantas Seri mengalihkan semula tangannya. Seri mendongakkan wajah. Uih,
dia? Ingatkan Encik Zaf tadi!
Satu
senyuman sinis dihadiahkan kepada wanita yang menunjukkan wajah terkejut itu.
Apa dia ingat Along ke yang nak tolong kutip fail kat kaki aku ni? “Kau ni ada
hati dengan abang aku ke?” Pandangannya tajam menikam seraut wajah itu.
Bulat
mata Seri memandang seraut wajah itu. Suara perlahan itu cukup untuk menusuk
masuk ke corong telinganya. Ingin sahaja dia menjawab kasar soalan itu. Namun
bila memikirkan bosnya juga berada dalam situasi itu, cepat sahaja dia bangun
setelah merampas fail itu dari tangan Encik Zaim. Pantas anak matanya memandang
seraut wajah bosnya. Liurnya ditelan perlahan. Jangan Encik Zafril dengar
sudah!
Zafril
menghulurkan senyuman untuk PA nya itu. Untung aku dapat PA macam Seri. Tak
banyak songeh. Apa yang aku suruh semuanya dia buat. Tengok sekarang… tadi aku
suruh tunggu, tunggulah dia. Padahal bukan ada benda penting pun yang aku nak
suruh dia buat. “Seri… jom keluar minum dengan kita orang?” Ajaknya perlahan.
“Hah?
Er… tak boleh! Dah lewat sangat. Saya nak balik.” Tergagap-gagap dia mahu
menjawab. Serba salah untuk menolak. Namun dia memang harus menolak.
“Ala…
boleh, lah? Kejap aje. Just minum.
Tak makan pun.” Dia masih ingin memujuk wanita itu. Alang-alang Seri dah tunggu
sampai lewat macam ni, tak salah dia ajak Seri keluar sebagai tanda ucapan
terima kasih.
“Er…
sebenarnya…”
“Tak
baik tolak perlawaan orang.” Zaim terlebih dahulu memintas sinis apabila
melihat bibir comel itu seolah-olah ingin membantah lagi.
Anak
matanya singgah pula pada seraut wajah Encik Zaim. Aku… Aku takut nak drive sorang-sorang lewat malam macam
ni! Perlahan liurnya diteguk. Anak matanya singgah pula pada seraut wajah
bosnya. Lelaki itu seperti terlalu berharap. Hendak tak hendak, akhirnya dia
mengangguk perlahan. Tak baik buat orang kecewa.
**********
DIORANG
ni mimum ke bersembang? Kalau macam ni sampai pukul dua belas pun tak habis air
dalam gelas tu! Anak matanya beralih memandang jam di pergelangan tangan. Aduh…
dah lewat sangat ni! Macam mana aku nak balik nanti?
Zafril
memandang sekilas ke arah PA nya itu. Comelnya dia! Muka menggelabah macam
nilah yang selalu buat aku tak tidur malam! Seri… Seri… “Seri…? Kenapa diam
aje?”
“Hah?
Er… Tak ada apa yang nak dicakapkan.” Makin menggelabah dirinya apabila ditegur
sebegitu oleh bosnya itu.
“Eh,
tak boleh ke kau bercakap tak sebut perkataan ‘hah’ dan ‘er’ tu? Rimas pulak
aku mendengarnya!” Pantas Zaim menempelak apabila mendengar patah bicara yang
meniti bibir gadis itu.
Seri
mencebik. Penyebok! Suka hati akulah! “Siapa suruh Encik Zaim dengar?” Perlahan
sahaja dia bersuara. Bimbang juga kalau dimarahi lelaki itu lagi.
“Yang
kau nak marah ni, kenapa? Tak betul ke apa yang aku cakap tu?” Kali ini
suaranya kedengaran sedikit keras. Sakit hati dengan jawapan selamba wanita
itu. Ingat aku tak dengar ke?
Aik,
dia dengar ke? Menggelabah Seri sekejap. Namun pantas anak matanya menikam
tajam seraut wajah itu. Dia ni kan... sehari tak kenakan aku memang tak sah,
kan? “Encik Zaim… awak…”
“Dahlah…
Korang berdua ni, asal jumpa aje nak gaduh. Entah apa yang tak kena saya pun
tak tahu.” Leternya sambil menggelengkan kepala perlahan.
Seri
mula serba salah. Bukan aku yang tak kena. Mamat tu yang selalu tak kena. “Er… sorry Encik Zaf.”
Zafril
melemparkan senyuman manis kepada wanita itu. Betul jugak apa yang Zaim cakap
tu… Seri memang suka bercakap menggunakan perkataan ‘hah’ dan ‘er’. “Bukan salah
awak Seri. Ni… adik saya ni.”
“Ai,
kita pulak yang kena?” Soal Zaim tidak berpuas hati.
“Tak
habis lagi?” Soalnya kepada adik lelakinya itu.
Zaim
diam. Kalau dah memang hati tu kat minah tu, memanglah along selalu nak backup dia! Bebelnya di dalam hati.
“Seri…
saya hantar awak ke pejabat? Kereta awak kat sana, kan?”
“Hah,
kan betul saya cakap tadi. Sepatutnya saya bawak kereta siap-siap ke sini. Tak
adalah nak menyusahkan Encik Zaf kena hantar saya ke pejabat semula.”
Zafril
tersenyum manis. “Takpe. Tak ada yang susah pun.”
“Along…
Zaim nak ikut along balik ofis. Zaim ada tertinggal barang tadi.” Sekilas, dia
menjeling ke arah Seri. Huh, nak biarkan dua orang ni ke pejabat berdua aje?
Malam-malam macam ni? Bahaya! Bukan tak percayakan budak berdua ni… tapi memang
bahaya! Aku memang tak sanggup!
Seri
mengetap bibir perlahan. Berkerut dahinya memandang lelaki yang masih
memandangnya itu. Mamat ni apa hal, eh? Macam tak puas hati dengan aku aje
lagaknya?
“Pulak
dah? Kalau macam tu, jomlah! Kesian pulak Seri kena balik lambat. Seri ni
penakut orangnya!” Sempat dia mengusik Seri sambil ketawa kuat.
“Mana
aci kutuk saya?” Seri memuncungkan wajah.
Zaim
turut tersenyum apabila melihat seraut wajah Seri yang serba tak kena bila
diusik begitu oleh abangnya.
**********
“SERI…
aku hantar kau!”
Berkerut
dahinya memandang lelaki yang tetiba muncul di hadapannya itu. Jatuh dari
langit ke? “Apahal pulak? Kan saya bawak kereta sendiri?”
Zaim
melangkah menghampiri gadis itu. Comel sungguh dia ni! Marah pun tak nampak
macam marah! “Dah malam sangat ni. Tak elok perempuan bawak kereta
sorang-sorang malam-malam macam ni. Bahaya.” Entah kenapa, suaranya sekadar
bersahaja. Penuh dengan nada kasih sayang.
Hah,
kalau cakap baik-baik macam ni kan bagus! Sejuk jugak hati yang mendengarnya.
Ini tidak... tiap-tiap hari bercakap macam singa lapar! Seri menyimpan senyum
di dalam hati.
Sekejap
sahaja, dia sudah menjeling lelaki itu. Tahu pulak bahaya? Yang awak bersembang
dengan abang awak sampai tak ingat tu kenapa? Dari pejabat… sampai kedai makan…
Memang tak habis-habis perbincangannya. Macamlah dah tak ada hari esok nak
berbincang. Akhirnya aku pun terpaksa ikut tersangkut sama! “Saya dah biasalah.”
“Jangan
nak bercakap besar sangat, eh? Benda kalau nak jadi, pejam mata sekejap pun
boleh jadi.” Kali ini suaranya kembali tegas apabila gadis itu berkeras. Degil!
Ya, minah ni memang degil pun!
Bulat
matanya memandang lelaki itu. Bibirnya diketap geram. Kenapalah dia boleh
muncul kat sini! Menyusahkan betullah! Elok-elok aku tak takut, tiba-tiba jadi
seram sejuk! “Awak jangan nak menakut-nakutkan saya pulak!”
“Ya,
memang aku sengaja pun! Aku sengaja takut-takutkan kau bersebab! Aku risaukan
keselamatan kau! Aku hantar kau.” Tegasnya sekali lagi.
Ek,
eleh… macamlah kalau dia hantar tak bahaya. Dia pun lelaki jugak. Apa sahaja
boleh jadi. Lagipun dia bukannya suka dengan aku ni! Pejam mata sekejap pun
boleh jadi! “Tak nak!” Seri tetap membantah.
“Tak
kisahlah. Tapi aku tetap nak hantar kau jugak.”
“Tak
nak.”
“Jangan
sampai aku paksa kau pulak!”
Terkejut
jantungnya dengan suara lantang itu. Dia ni nak suruh aku mati terkejut ke? “Awak
ni dah kenapa, eh?” Dia ikut meninggikan suara. Geram betullah!
Keluhan
kecil dilepaskan. Kenapalah perampuan ni tak faham-faham? Aku risaukan kaulah!
Tak faham lagi ke? “Aku risaukan kau! Kau tak faham ke? Kau tu mana pernah
balik lewat-lewat malam macam ni.” Dia memilih untuk berterus terang.
Wah,
nampaknya... si Zaim ni ambil berat pasal akulah! Hihi... sukaranya! Sempat
Seri syok sendiri. Bila nampak pandangan tajam Encik Zaim, dia memasamkan
wajah. Terkebil-kebil dia memandang lelaki itu. Eh, macam mana dia tahu? “Er… mana
awak tahu?”
“Suka
hati akulah macam mana pun!”
**********
DI
dalam kereta masing-masing mendiamkan diri. Melayani fikiran masing-masing.
Hati
Zaim berbunga senang. Tak pernah dia keluar berdua-duaan dengan Seri. Ini kali
pertama. Dan perasaan itu sangat indah! Walaupun Seri hanya mendiamkan diri
sahaja sejak tadi, tetapi dia tetap merasakan kebahagiaan itu.
Seri
menjeling sekilas. Tersengih-sengih! Apa hal? Binggung kepalanya dengan
perangai si Zaim ini. Pelik! Tapi benar! Lelaki hati batu… Singa lapar… Harimau
terlepas ke kota… Tiba-tiba menjadi seekor hamster yang kecil lagi jinak!
Kelakar kan? Tetapi itulah realitinya pada hari ini. Zaim yang baik… Zaim yang
penuh dengan kasih sayang… Zaim yang gentleman!
Seri melepaskan keluhan kecil. Tak sangka sungguh!
“Kenapa
mengeluh?” Lembut suara itu menegur, penuh prihatin!
Seri
mengukirkan senyuman. Tengok! Betulkan apa yang hati aku cakap tadi? Tak pernah
pun Encik Zaim bercakap lembut dengan dia. Tapi hari ni… nada suara dia banyak
yang perlahan. Banyak yang lembut dan mendamaikan. Kenapa? Entahlah!
“Encik
Zaim…”
“Hm?”
“Kenapa
awak suka cari pasal dengan saya?” Dia memilih untuk berterus terang. Sungguh,
hatinya benar-benar tertanya-tanya dan ingin tahu.
Zaim
terdiam sekejap. Aku suka cari pasal dengan kau, Seri. Sebab... muka
menggelabah kau... muka marah kau... buat aku rasa bahagia. “Jangan nak
menuduh, eh? Siapa yang cari pasal dengan siapa dulu? Kau tu yang suka sakitkan
hati aku. Tengok sekarang! Aku baru nak berbaik dengan kau! Tiba-tiba kau tanya
pulak soalan macam ni!”
“Saya
pulak yang kena?” Soalnya tidak berpuas hati. Nampaknya Singa dah tunjuk belang
dialah! Eh, bukan Singa! Tapi Harimau hidung belang!
“Tak
nak mengaku lagi?”
“Bukan
tak nak mengaku! Tapi itu memang realiti. Realiti yang Encik Zaim selalu cari
pasal dengan saya.” Adoi… Menyesal aku tanya dia tadi! Kan dah gaduh balik!
“Realiti
apa? Realiti yang sebenarnya kau sukakan aku, kan?”
Heh,
aku sukakan dia? Hampir tersedak Seri dibuatnya! “What? Apa yang Encik Zaim merepek ni?” Menyesal pulak aku setuju
dia hantar aku balik. Kalau aku tahu macam nilah jadinya, memang aku tak ikut
dialah! Itulah, Seri… Menyesal dahulu pendapatan, sesal kemudian dah tak ada
gunanya!
Zaim
tersenyum perlahan. “Cuma ada dua benda aje, Seri. Antara kau suka aku, ataupun
kau suka Zaf. Zaf tu… aku nampak dia ambil berat sangat pasal kau. Apa kau
buat, kat mana kau, dengan siapa kau… semua dia akan tanya, kan? Agaknya… dia
pun ada hati dengan kau kot?”
Seri
menelan liur perlahan. Kenapa? Betul ke? Kenapa Encik Zaim mengarut sangat ni?
Berdebar jantung ni tau?! Kenapa pulak Encik Zaf nak ada hati dengan aku? Aku
sedar diri aku siapa! Aku dengan Encik Zaf tu macam langit dan bumi
perbezaannya! Dia tu seorang lelaki berpangkat… profesional… kacak… bergaya!
Mana mungkin dia sukakan aku yang entah siapa-siapa aje ni. Personal Assistant aje pun!
**********
“SERI…”
Seri
mendongakkan wajahnya. Senyuman cuba dihulurkan kepada bosnya itu. Sedikit
sebanyak, kata-kata Encik Zaim semalam terkesan juga di hatinya. Jadi segan
jugak ni!
Seri…
jangan nak perasan sangat boleh tak? Semua tu tak mungkinlah! Cuba kembali
semula kea lam realiti. Dan terimalah kenyataannya, Seri! Dia mengingatkan diri
sendiri. “Ya, Encik Zaf?”
Zaf
senyum. Sepasang anak matanya menatap lama seraut wajah itu. Cantik Seri hari
ni. Pink plus hijau! Sama dengan
hijau baju kemejanya. Serasi, kan? “Awak tolong buatkan air, ya? Ada tetamu nak
datang.”
“Baik,
Encik Zaf. Saya buat sekarang.” Menonong dia melangkahkan kaki ke pantry.
Sekejap sahaja dia sudah menepuk dahi sendiri. Lah, lupa nak tanya siapa tetamu
dia! Kenapa tak ada pun dalam buku catatan aku? Tak apalah. Jap lagilah tanya.
Senyuman terukir di bibirnya.
“Buat
apa?”
Hampir
terpelanting sudu di tangannya kerana terkejut dengan sapaan yang terlalu dekat
dengan telinganya itu. Pantas dia berpaling ke belakang. Terkejut apabila
terpandangkan seraut wajah. Bibirnya sudah diketap geram. “Awak ni dah kenapa?
Terperanjat saya!”
“Tolong
buatkan air untuk aku sekali?”
Seri
mencebik. Baiknya? Ada apa-apa ke? Meluat pulak aku tengok! Selepas peristiwa
selama, dia jadi berdebar untuk berhadapan dengan lelaki itu. Encik Zaim dah
buat dia jadi hilang punca! Jadi rasa kekok bila berhadapan dengan Encik Zaf!
Seri… dahlah! Jangan asyik berangan aje! Buat kerja! “Ehem, sorry!
Saya ni PA Encik Zafril. Bukan PA awak. So…
excuse me! Buat sendiri.”
Bulat
mata Zaim mendengar ucapan itu. Ai, berani betul budak kecik ni naikkan darah
aku! “What? Ulang balik apa yang kau
cakap tadi?”
“Saya
cakap… suruh awak buat sendiri. Awakkan ada tangan dan kaki sendiri. Boleh buat
sendiri.” Dia terus melangkah meninggalkan pantry sambil mendulang air di
tangan.
Panas
sungguh hatinya dengan jawapan Seri tadi. Oh, sekarang dah berani melawan kan?
Takpe! Kakinya dilangkahkan ke meja Seri. Senyuman terukir di bibirnya sebelum
melabuhkan duduk di atas kerusi Seri. Dia duduk membuang masa sementara
menunggu Seri keluar daripada bilik abangnya.
Seri
mengerutkan dahi sendiri. Apa hal dengan mamat ni? Anak matanya memandang
sekilas ke arah rakan pejabatnya. Nasib baik rakan-rakan pejabatnya dah kalis
benar dengan perangai si Zaim ni. Kalau tak, memang akan timbul gossip yang bukan-bukan. Perlahan
kakinya dilangkahkan menghampiri meja sendiri.
Tok!
Tok! Tok!
Seri
mengetuk meja itu tiga kali sebelum berdehem perlahan. “Encik Zaim nak apa
sebenarnya?”
“Nak
suruh kau buatkan air.” Selamba sahaja jawapannya tanpa memandang Seri.
What?
Terlopong sekejap Seri dibuatnya. “Hah? Awak sanggup tunggu kat sini
semata-mata nak suruh saya buatkan air untuk awak? Awak ni dah kenapa?”
Zaim
senyum sambil menjungkitkan bahunya. “Yup, memang pun! And then, selagi kau tak
buatkan air untuk aku, selagi tulah aku dengan senang hatinya akan goyang kaki
kat sini.”
Seri
mencebik. Eleh, mentang-mentanglah bangunan pejabat ni milik ayah dia, dengan
senang hatinya dia boleh mengular? Anak bos konon! Menyampah aku tengok! “Encik
Zaim… saya banyak kerja lagi untuk dibuat selain melayan kerenah Encik Zaim
yang entah apa-apa tu!”
“Tak
kisahlah!”
“Awak…
tak elok orang pandang.” Dia bersuara perlahan ke arah lelaki itu. Aduh… macam
manalah nak pujuk dia ni?! Aku mana tahu nak pujuk memujuk orang!
Zaim
buat-buat tak tahu sambil memusing-musingkan kerusi yang didudukinya itu.
“Awak…
Dahlah. Meh ikut saya gi pantry. Saya buatkan air untuk awak.” Akhirnya Seri
mengalah. Zaim… Zaim… kenapalah awak selalu macam ni? Awak tahu tak yang awak
suka snagat penuhkan otak kecil saya ni dengan nama awak tu?! Tepu otak saya
ni!
Cepat
sahaja Zaim tersengih sambil mengangguk laju. Kakinya ikut melangkah mengekori
langkah Seri. Seri melangkah ke sinki, dia melangkah ke sinki. Seri melangkah
ke almari, dia ikut melangkah ke almari. Sengaja mahu menyakitkan hati Seri.
Seri
buat tak tahu. Dipekakkan telinga, dibutakan matanya. Anggap sahaja yang Zaim
tak ada kat situ. Jap lagi apa pulak yang orang cakap! Perangai dia ni kan…
huh, menyakitkan hati betullah!
“Ai,
Encik Zaim… Dapat PA extra ke?” Usik
Sofea, PA Zaim yang juga berada di pantry.
Zaim
menjeling tajam ke arah suara yang menyapanya. Sebok betullah! “Yang awak nak
menyebok ni kenapa? Kalau dah tak ada kerja sangat, pergi turun bawah. Buatkan
air untuk semua orang dekat pejabat bawah tu.” Arahnya selamba.
Hampir
tersedak dia dibuatnya! Bos aku ni jangan dibuat main! Apa yang dia cakap,
memang kena buat! Tapi… takkanlah… “What?
Encik Zaim jangan nak main-main.”
“Ada
awak nampak saya tengah main? Tak ada, kan? Just
go!”
Sofea
mengerutkan dahi sendiri. Apa kena dengan bos aku ni? Serius semacam aje? Dah
gila gamaknya? Staf kat bawah tu lebih dua puluh orang kot? Takkanlah aku kena
buatkan air untuk semua orang?
“Tak
dengar lagi ke? Nak saya ulang sekali lagi?”
“Eh,
dah! Dah dengar! Saya turun dulu.” Kelam kabut dia membasuh cawannya. Bimbang
akan ada arahan yang lebih merepek selepas ini kalau masih tak ikut arahan lelaki
itu. Macam manalah si Seri ni boleh tahan dengan perangai bos aku ni?
Seri
menggelengkan kepalanya perlahan. Fuh, nasib baiklah Encik Zamarul dulu
pindahkan aku ke pejabat atas ni. Masa tu baru dua hari aku bekerja kat sini.
Dan aku beruntung sangat dapat bos yang baik hati macam Encik Zaf. Bukan macam
Encik Zaim yang menyakitkan hati tu! Hehe… nasiblah Sofea oi!
**********
“SERI…
masuk bilik saya kejap?”
“Baik
Encik Zaf.” Ganggang telefon diletakkannya. Kaki dilangkahkan ke bilik bosnya.
“Ada apa Encik Zaf?”
“Boleh
tak awak tolong ambilkan fail nombor lima dekat belakang tu?”
Apa
ke pelik? Fail tu situ je kot? Panggil aku masuk sini semata-mata nak suruhkan
ambil fail yang dekat situ aje? Biasanya bukan dia ambil sendiri aje ke? Tanpa
banyak soal, dia terus mencari fail sepertimana yang diarahkan oleh bosnya itu.
“Ada
apa-apa lagi yang boleh saya tolong?”
“Duduk
depan tu.” Selamba sahaja arahannya. Ya, dia memang suka pandang muka Seri.
Apatah lagi masa tak sihat macam ni. Pandang aje muka Seri, pasti tubuhnya
terasa sedikit segar. Seri… Seri… begitu besar penanganmu! Penyejuk di mata,
penawar di hati!
Lama
Seri duduk. Satu pun tak ada arahan yang dikeluarkan oleh lelaki itu. Cuma
sesekali lelaki itu melemparkan pandangan ke arahnya tanpa sedikitpun bersuara.
Kenapa dengan Encik Zafril ni? Lain macam aje aku tengok? “Encik Zaf… boleh
saya tanya satu soalan?”
“Hmm.
Tanyalah.”
Seraut
wajah itu dipandangnya sekejap. Muka dia nampak lain macam aje? Merah, macam
demam! Dia demam ke? “Encik Zaf, kenapa? Tak sihat ke?”
“Entahlah!
Rasa tak sedap badan. Awak ada panadol?”
“Sekejap
ya, saya ambilkan.” Seri keluar dan mencari panadol di dalam lacinya. Kemudian
kakinya dilangkahkan ke pantry lalu mengambil segelas air kosong. Sekejap
sahaja dia sudah muncul semula di dalam bilik bosnya.
“Encik
Zaf… saya bawakan panadol dan air.” Tidak sampai hati bila melihat tangan yang
terketar-ketar menyambut huluran gelasnya itu, Seri menyuakan gelas itu ke
mulut bosnya.
Zafril
yang sedang menyandarkan tubuh di kerusi sambil memejamkan mata, membuka
perlahan kelopak matanya. Seraut wajah Seri dipandangnya lama. Dia… baik
sangat. Dia… buatkan aku rasa bahagia. Dia… menimbulkan rasa cinta dalam hati
ini. Dialah perempuan yang aku cari untuk menemani aku sepanjang hidup ini!
Seri
yang tidak mengesyaki apa-apa sekadar tersenyum walaupun ada rasa serba salah.
“Minumlah.”
Air
di dalam gelas itu diteguknya. Namun pandangannya masih pada seraut wajah itu.
Kenapa?
Ada yang tak kena ke? Kenapa Encik Zafril pandang aku macam tu? Aku dah terover ke? Tapi… aku cuma nak menolong
dia. Takut air tu tertumpah atas kertas kerja dia. “Ada apa-apa lagi yang Encik
Zaf perlukan?”
Zafril
menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Kalau
macam tu, saya keluar dulu. Kalau Encik Zaf perlukan apa-apa intercom saya, ya?”
Kali
ini dia sekadar mengangguk. Sungguh, di dalam hatinya dia terlalu ingin
berbicara lagi dengan gadis itu. Namun kepalanya berdenyut-denyut. Dan dia
tidak mampu berfikir lagi. Dia cuma perlukan rehat.
Seri
melangkahkan kaki keluar daripada bilik itu. Daun pintu ditutup rapat. Tidak
mahu mana-mana pekerja menganggu bosnya yang sedang berehat. Baru sahaja dia
ingin melangkah ke tempatnya, tiba-tiba lengannya ditarik seseorang. Tidak
boleh tidak, kakinya dilangkahkan juga mengikuti langkah lelaki itu. Encik
Zaim? Apa hal pulak ni? “Encik Zaim ni, kenapa? Sakitlah!”
Tubuh
Seri dihempaskan ke dinding batu itu. Sakit sungguh hatinya melihat riak tidak
bersalah gadis itu. Pandangan tajam dihalakan pada sepasang anak mata itu. “Kau
ni nak goda abang aku ke?”
Berkerut
dahinya menahan sakit dihempaskan begitu walaupun cuma perlahan sahaja. “Goda
apa pulak ni?” Aku tak faham betullah dengan dia ni! Sikit-sikit nak marah! Tak
boleh ke kalau satu hari ni, dia tak marah-marah macam ni?
“Tadi
tu! Yang kau berdiri rapat-rapat dengan dia, kenapa? Siap tolong suapkan air
bagai? Dia tak ada tangan ke nak suap sendiri?” Suaranya keras menampar
gegendang telinga wanita itu.
Terkebil-kebil
dia memandang lelaki itu. Berdebar jantungnya bila disergah begitu. Dia nampak
ke? “Apa yang Encik Zaim merepek ni? Saya cuma nak tolong dia.”
“Tolong
apa sampai rapat macam tu? Memang kau nak goda dia kan? Sebab kau memang ada
hati dengan dia!”
Seri
melepaskan keluhan kecil. “Encik Zaim… saya cuma nak tolong Encik Zaf aje. Dia
tak sihat. Demam. Yang rapat tadi tu, dia macam nak terjatuh. So, saya tolonglah. Pasal suap air tu…
tangan dia ketar. Saya takut tertumpah dekat kertas kerja dia. So, saya tolong suapkan. Itu aje. Kalau
Encik Zaim tak percaya, Encik Zaim tanyalah Encik Zaf sendiri.”
Sepasang
anak mata itu ditatapnya lama. Malu sebenarnya sebab dah tuduh melulu. Tapi…
sungguh di dalam hatinya sangat geram melihat situasi mereka berdua tadi. Itu
aku yang nampak. Kalau orang lain nampak macam mana? Tak ke mendatangkan
fitnah?
Berkerut
dahinya memandang lelaki itu. Apesal? Pandang aku macam nak telan aku je? Dah
jadi Singa jadian pulak ke? “Kenapa pandang saya macam tu? Boleh tak Encik Zaim
lepaskan tangan saya?”
Pantas
tangannya melepaskan tangan kecil yang masih dalam pegangannya itu. Langsung
dia tak perasan yang dia masih menggengam erat lengan gadis itu. “Suka hati
akulah nak pegang ke apa! Yang kau menyebok sangat, kenapa?”
Kenapa,
dia cakap? Tangan aku, woi! “Saya bukannya nak menyebok. Tapi tak elok kalau
orang tengok! Boleh mendatangkan fitnah! Lagi satu… berdosa!”
“Fitnah
konon! Yang tadi tu kau pegang-pegang tangan abang aku tu? Boleh mendatangkan
fitnah jugak, kan? Berdosa jugak, kan?”
“Itu
tak sengaja. Lagipun berlapik, kan? Dia pakai baju kemeja berlengan panjang!”
“Yang
ni pun bukannya aku sengaja.”
Seri
senyum. Eleh, nak cover malulah tu!
Macamlah aku tak tahu perangai dia. Comel aje dia ni, kan? “Tipulah! Sengajalah
tu! Tadi Encik Zaim dengan sedarnya menarik tangan saya sampai sini, kan?”
Zaim
mengetap bibir geram. Dia ni kan… ada sahaja ayat pedas dia tu! “Tersengih-sengih!
Mana kau tahu sengaja?”
Eh,
suka hatilah nak sengih ke apa?! “Sengaja tu ertinya berniat! Tadi tu memang
Encik Zaim berniat nak tarik tangan saya sampai ke sini. So, sengajalah tu namanya!”
Zaim
mengecilkan kelopak matanya ke arah gadis itu. Seraut wajah itu dipandangnya
lama. Mulut dia ni kan… pot pet! Pot pet! Ada yang yang kena cium jap lagi!
Seri
menikus sekejap. Takut sebenarnya. Tapi kalau dengan mamat ni, kena buat berani
jugak! Jangan sampai dia besar kepala! “Apa pandang-pandang?”
Zaim
menahan gelak. Macamlah aku tak tahu yang dia takut. Tapi konon macam berani.
Kelakarlah minah ni! “Perasannya? Macamlah aku pandang kau!”
“Habis
tu? Pandang mana?”
“Kalau
kau nak tahu, kat mata kau tu ada tahi mata! Tak malu!”
“Nak
malu buat apa? Tahi mata tu keluar sebab membersihkan mata. Bukannya najis pun.”
Cepat-cepat dia mengorek tahi matanya. Tak ada pun? Kali ini tangannya beralih
ke mata kiri pula. Tak ada jugak. Takkanlah tak keluar lagi? Kan aku dah korek
kuat sikit!
“Ada
lagi tak?”
Terasa
mahu tergelak sampai tergolek-golek mendengar pertanyaan itu. Percaya jugak
rupanya. Seri… Seri… ada sahaja perangai kau yang mencuit hati aku, kan? “Ada.”
Bohongnya sekali lagi.
“Kat
mana?”
“Sebelah
kanan.” Zaim tersenyum kecil. Dia ni kan… mudah sangat percayakan cakap orang.
Muka seposen pulak tu! Boleh dia korek tahi mata depan-depan aku? Kalau
perempuan lain, sah-sah dah cover
bagai.
“Ada
lagi?”
“Sebelah
kiri pun ada.”
Berkerut
dahinya. Dah puas aku korek ni! Takkanlah tak keluar-keluar lagi? Dia mengorek
lagi matanya. “Tak ada pun.”
“Ada.
Koreklah betul-betul!”
“Tak
ada.”
“Ha’ah…
memang tak ada pun.” Kali ini dengan muka selambanya dia berterus terang.
What?
Takkanlah dia tipu aku? Siap cakap sebelah kanan lagi. Tajam pandangan matanya
menikam seraut wajah itu. Bibirnya diketap geram.“Awak tipu saya?”
“Memang
pun.” Selamba jawapannya sambil melangkah masuk semula ke dalam ruang pejabat.
“Awak
ni kan…” Dia masih ingin menghemburkan amarahnya. Namun lelaki itu lebih pantas
meninggalkannya sebelum dia sempat berceramah lebih panjang.
Seri
mengetap gigi geram. Dia ni kan… memang menyakitkan hati! Cepat sahaja dia
berlari anak ke arah Zaim lalu melesetkan tangannya pada baju Zaim. “Nah, ambik
ni! Rasakan! Tipu sangat!”
Bulat
mata Zaim memandang tingkah laku Seri yang langsung tak terjangkanya. “Berani
kau buat macam tu? Kau ingat, kau sorang
aje ke ada?” Kali ini giliran dia pula yang mengorak matanya dan dengan pantas
mengesatnya pada baju Seri.
Melihat
riak wajah Seri yang menahan geram dan seolah-olah ingin membalas semula, dia
terus lari lintang pukang!
Seri
mencebik. Tak kuasa aku nak kejar dia! Macam budak-budak! Setelah kelibat Zaim
hilang daripada pandangannya, dia tersenyum sendiri. Kan dah kata… Si Singa
hidung belang ni dah hilang taringnya!
***********
BERKERUT
dahinya memandang telefon bimbitnya yang sedang berdering. Encik Zaf? Apasal call pulak? Tak pernah-pernah call malam-malam macam ni? Slide
telefon bimbitnya ditolak ke kanan.
“Assalamualaikum,
Seri.”
Seri
tersenyum. Belum sempat dia memberi salam, bosnua itu sudah menghulurkan salam.
“Waalaikumussalam. Encik Zaf? Kenapa call?”
“Saya
tak boleh call awak?”
Kepalanya
digaru perlahan. Alamak... aku dah tersalah cakap ke? Apesal dia tanya soalan
macam tu pulak? “Hah? Er… bukan! Bukan macam tu! Tapi… Er… saya peliklah!
Sebelum ni mana ada Encik Zaf call
saya hujung minggu macam ni.”
“Esok
saya nak jumpa awak, boleh tak Seri?”
Amboi-amboi...
cerianya suara? Ada apa-apa ke? Eh, tapi... nak jumpa? Buat apa? “Hah? Jumpa
saya? Buat apa?”
“Kat
taman Putrajaya, ya.”
“Er…
tapi kenapa? Esokkan hari Ahad? Tak boleh tunggu hari Isnin ke?” Lain yang
orang tanya, lain yang dia jawab! Nak, ambik!
Kan dah banyak soalan ni!
“Saya
ada benda penting yang nak dicakapkan pada awak.”
“Cakap
sekarang tak boleh?” Takut-takut dia bertanya. Huhu... malas sungguh nak keluar
esok! Sudahlah hari Sabtu!
“Kenapa
Seri? Awak tak sudi ke? Atau pun… awak dah janji dengan siapa-siapa?”
“Hah?
Er… bukan. Okeylah. Pukul berapa?” Adoi... bos aku ni dah kenapa? Tiba-tiba
pulak buat suara merajuk! Betul ke merajuk?
“Sepuluh
pagi?”
“Hmm...
Baiklah.”
**********
RASA
kekok! Sangat kekok untuk berhadapan dengan lelaki yang bergelar bosnya itu.
Sejak peristiwa semalam, dia benar-benar terasa kekok. Macam mana ni? Aku dah
rasa macam nak menyorok kat belakang pokok ni aje?!
Seraut
wajah Seri dipandangnya lama. Tiba-tiba sahaja bibirnya sudah menguntumkan
senyuman. Ya Allah… comelnya dia ni! Baju pink cair… tudung pink cair… dan
seluar slek putih… Makin menambahkan seri wajahnya! Seri… awak tahu tak yang
awak dah buat saya gilakan awak?
Seri
menjeling sekilas. Pandang… pandang… cucuk mata tu karang! “Kenapa Encik Zaf
pandang saya macam tu?”
Zaf
senyum. Perasan rupanya! Ingatkan tak perasan. “Saje.”
Seri
mencebik di dalam hati. Jawapan apa macam tu? Kalau jawab macam tu, budak
darjah satu pun boleh!
“Boyfriend awak tak marah ke awak keluar
dengan saya?”
“Sebenarnya
marah. Tapi dia dah izinkan.” Sengaja Seri menciptakan satu watak. Harapannya
semoga bosnya itu tidak cakap perkara yang bukan-bukan dan tidak bersembang
lebih lama. Sebenarnya… dia dah naik segan bila bosnya itu kerap mencuri
pandang seraut wajahnya. Entah kenapa, dia tidak pasti. Sungguh, dia dah rasa
lain macam!
“Orang
mana?”
Berkerut
dahi Seri dengan soalan itu. Apa yang orang mana? “Siapa?”
“Boyfriend awak.”
Seri
menyimpan gelak. Oh, percaya rupanya! Erm, best jugak main-mainkan dia! Tak
adalah nak serius sangat! Tak rasa kekok sangat! “Orang sini jugak.”
Anak
matanya menatap lama seraut wajah itu. Jadi… memang betullah dia dah ada boyfriend? Tapi… aku tak akan mengalah
dengan cepat, Seri! “Kalau diberi pilihan antara saya dan dia, mana satu yang
awak akan pilih?”
Terpinga-pinga
dia sekejap. Apa benda pulak yang Encik Zaf merepek ni? Dia ingat aku cakap
betul-betul ke? Orang main-main ajelah! Tapi… bunyi macam serius tu! So… aku kenalah buat serius jugak! Tak
mahu bagi dia harapan pulak. “Mestilah dia.”
“Kenapa?”
Seri
senyum. “Sebab… dia baik. Sangat baik! Seorang yang penyayang, hormat orang
tua, cintai saya sepenuh hatinya, hormatkan saya sebagai seorang perempuan,
jaga maruah saya dan keluarga dan…”
“Saya
ni tak boleh jadi macam dia ke?” Tiba-tiba sahaja dia pantas menyoal.
Adoi…
nampaknya dia memang seriuslah! Sedaya upaya dia cuba mengawal riak mukanya.
Senyuman masih belum lekang daripada seulas bibirnya, menunjukkan yang dia
benar-benar yakin dengan jawapannya itu.
“Tak boleh. Sebab… awak berdua berbeza sangat.”
“Apa
yang bezanya? Saya juga lelaki. Saya jugak seorang yang penyayang, hormat orang
tua, hormatkan awak sebagai seorang perempuan. Saya juga mampu mencintai awak
sepenuh hati saya, Seri. Dan saya juga akan menjaga maruah awak dan keluarga
awak. Tak ada bezanya, kan?”
Seri
mengerutkan dahi sendiri. Sebenarnya dah nak buat muka menggelabah. Tapi tak
jadi sebab terkejut dan rasa lain macam aje! Kenapa ni? Macam betul-betul serius
aje bunyinya? Dia serius ke? Sudah! Parah ni!
Perlahan
nafasnya ditarik sebelum bersuara. “Encik Zaf… Cinta itu adalah sesuatu yang
sangat unik. Tak boleh dipaksa, tak boleh disuruh. Datangnya suatu cinta itu
dengan sendirinya. Walau berkali-kali pun kita menolak, jika sudah ditakdirkan
cinta kita untuk dia, dia tetap untuk kita. Walau berkali-kali kita mahukan
cinta itu, jika dia bukan milik kita, dia tetap takkan jadi milik kita. Dan
bagi seorang perempuan pula… cinta dia hanya satu. Hanya untuk seorang lelaki.”
**********
“SERI…
masuk bilik saya kejap.”
Keluhan
kecil dilepaskan. Sejak peristiwa di hadapan Tasik Perdana semalam, dia
betul-betul jadi kekok untuk berhadapan dengan bosnya itu. Takkanlah Encik zaf
ni boleh sukakan aku pulak? Macam mana boleh jadi macam ni? Tak faham betullah!
“Baik, Encik Zaf.”
Tok!
Tok! Tok!
“Assalamualaikum,
Encik Zaf. Ada apa Encik Zaf?” Seperti kebiasaannya, dia akan menyoal soalan
yang sama.
Salam
hanya dijawabnya di dalam hati. Seraut wajah itu dipandangnya lama.
Kenapa
ni? Kenapa dia pandang aku macam tu? Takkanlah tak habis lagi pasal semalam?
Tapi… ini kan pejabat? Takkanlah nak bicarakan soal perasaan kat pejabat pulak?
“Betul
ke awak sukakan dia lebih daripada saya?”
Alamak!
Adoi… kenapa dia terbawa-bawa sampai ke pejabat ni? “Apa ni Encik Zaf? Sekarang
kat pejabat. Tak sesuai nak bercakap soal peribadi kat sini.”
“Saya
hanya perlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tak’ sahaja.” Sungguh, dia benar-benar risau.
Sampai satu kerja pun tak mampu disiapkan. Setiap saat, kata-kata Seri semalam
berlegar di ruang fikirannya. Hatinya sakit! Hatinya terluka! Seri… kenapa ada
orang lain dalam hati dia? Kenapa bukan aku yang ada dalam hati dia?
Pandangan
matanya lama memandang lelaki itu. Nampaknya, dia perlu jelaskan dengan baik.
Supaya tidak menimbulkan syak was sangka lelaki itu. Supaya tidak mengguriskan
hati lelaki itu. Namun… harus bagaimana untuk aku menjelaskan kepada lelaki
ini?
“Ya,
saya memang lebih sukakan dia berbanding Encik Zaf. Dia baik. Dan sangat baik!
Dia cintakan saya, dan saya pun cintakan dia sangat-sangat. Semalam pun saya
dah cakap benda ni pada Encik Zaf, kan? So,
apa lagi yang Encik Zaf nak tanya pasal saya dan dia?”
Dia
mengeluh panjang. Susah betul nak dapatkan cinta Seri! Kenapa Seri pilih orang
lain? Dia tak nampakkah yang selama ini aku cintakan dia? “Kenapa awak tak
boleh cintakan saya, Seri? Saya cintakan awak. Terlalu cintakan awak.”
Zaim
terkedu sekejap. Pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu menyebabkan dia
mendengar satu persatu patah kata yang dituturkan oleh seulas bibir abangnya
itu.
Seri
menarik nafas dalam. Ya Allah Ya Tuhanku…. Sungguh, aku benar-benar tidak tahu
tentang perasaannya itu. Sungguh aku benar-benar tidak tahu apa yang dah aku
buat sampai dia boleh cintakan aku. “Maaf, Encik Zaf. Saya tak boleh nak tolong
awak. Saya tak cintakan awak.”
“Siapa
dia? Siapa yang ada dalam hati awak tu?” Dia terus menerus memaksa. Dia ingin
tahu kalau Seri sengaja menipunya kerana ingin mengelak!
“Seorang
lelaki.”
“Siapa?”
“Hamba
Allah. Saya rasa Encik Zaf tak perlu tahu. Dan tak ada kepentingannya pun sama
ada Encik Zaf tahu ataupun tidak tahu.”
“Awak
tipu, kan? Awak sengaja provoke, kan?”
“Tak.”
“Iya!”
“Tak.”
“Dia
tak wujud, kan?”
“Dia
wujud. Dan dia ada dekat dengan kita.” Seri ikut bertegas apabila bosnya itu
bertegas. Bukan nak melawan, tetapi tak nak keadaan jadi lebih parah. Sorry, bos...
“Siapa?”
Kali ini Zafril sudah tidak dapat mengawal perasaan marahnya. Suaranya sudah
sedikit meninggi.
Seri
yang terkejut terundur ke belakang selangkah. Tak pernah-pernah Encik Zaf macam
ni. Tak penah-pernah Encik Zaf meninggikan suaranya pada aku? Kenapa? Marah
benarkah dia?
Zaim
terus melangkah masuk ke dalam bilik abangnya apabila mendengar nada suara yang
tinggi itu. Bimbang jika abangnya akan memarahi Seri. Bimbang jika abangnya itu
bertindak diluar kawalan. Dan itu… memang dia tak sanggup untuk mendengarnya. Sesungguhnya
dia tidak mahu Seri terasa hati dengan sikap abangnya itu.
“Along…
Seri…”
Makin
terkejut jadinya bila kelibat Zaim muncul diantara mereka berdua. Seri memandang
dua beradik itu silih berganti. Jangan-jangan… Zaim dah dengar semuanya? Sebab
tu dia meluru masuk ke sini? Nafas kelegaan dilepaskan.
“Sebenarnya...
dia… Encik Zaim.” Entah bagaimana sepatah nama itu muncul di bibirnya, dia
tidak pasti. Apa yang pasti, dia perlu menyelesaikan kekusutan yang melanda
diri bosnya itu.
Zafril
dan Zaim masing-masing saling terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja
didengarinya daripada seulas bibir Seri itu. Apa sebenarnya yang berlaku ni?
Kenapa sampai jadi macam ni? Dan Seri… kenapa dia perlu menipu sampai macam tu
sekali?
Seri
mengangguk perlahan. “Ya… saya cuma cintakan seorang lelaki. Dan lelaki itu
adalah Encik Zaim.”
Zaim
mengerutkan dahinya. Kenapa dengan Seri ni? Nak melepaskan diri daripada along
dan sebut nama aku? Macam tu? Cepat sahaja dia menarik tangan Seri dan dibawa
keluar daripada bilik itu sebelum situasi menjadi lebih teruk.
Tiba
di tepi tangga, tangan kecil itu dilepaskan kasar. “Apa yang kau merepek ni?”
“Maafkan
saya, Encik Zaim. Saya… saya terpaksa. Dan kebetulan yang sama, awak masuk ke
bilik tu. Maaf, saya terpaksa gunakan awak.” Terketar-ketar suaranya. Takut
dengan riak kemarahan yang jelas tergambar pada seraut wajah itu.
“Kau
tipu, kan?”
“Tak.
Saya tak tipu.”
“Sebenarnya
kau sukakan Abang Zaf ke tak?”
“Tak.”
“Cakap
betul-betul sebelum aku paksa kau!”
“Sekarang
ni bukan dah paksa ke?” Takut… Tetapi dia perlu memberanikan dirinya. Dan dia
akan mempertahankan apa yang dirasakan betul!
“Kau
jangan main-main, Seri! Aku tak suka.”
“Mana
ada saya main-main? Memang tak.”
“Kenapa
hari tu aku nampak kau keluar dating
dengan Abang Zaf?”
Seri
terdiam sekejap. Bila masa pulak aku keluar dating
dengan Encik Zaf? Takkanlah yang semalam tu? Baru satu hari tu je pun! Itupun
bukan namanya dating sebab mula-mula
aku ingat urusan kerja! “Dating?
Bila?”
Zaim
senyum sinis. Terang lagi bersuluh! Dia
masih nak menafikan lagi ke? Sudah-sudahlah, Seri! “Huh, jangan nak buat-buat tak tahu Seri. Aku
tak suka! Dan aku sangat benci dengan orang yang suka menipu.”
“Memang
saya tak tipu.”
“Kau
memang sukakan Zaf!” Gertaknya lagi! Seri perlu dipaksa! Jika tidak, dia tidak
akan berterus terang! Hanya dengan cara ini sahaja Seri mungkin akan berterus
terang!
“Tak.”
“Iya.”
“Tak!”
“Memang
iya!”
“Memang
tak!”
“Kau
sukakan Zaf, kan?”
“Tak!”
“Kau
sukakan aku, kan?”
“Iya.”
“Kau
sukakan aku, kan?” Sekali lagi dia menyoal untuk mendapatkan kepastian. Dan
jawapan seri tadi…
“Ya.”
Zaim
senyum. Aku tak salah dengar, kan? Seraut wajah itu dipandangnya lama. Dia
sedar ke apa yang dia cakap? Atau… dia main jawab aje? “Betul Seri?” Soalnya
mahukan kepastian.
Seri
terpinga-pinga sekejap. Yang aku jawab ya tu kenapa? Aku ni pun dah ikut jadi
gila macam dua beradik tu agaknya? “Er… sebenarnya…”
“Kau
memang sukakan aku, kan?”
Seri
terdiam sendiri. Kelopak matanya terkebil-kebil memandang seraut wajah itu.
Bibirnya diketap perlahan. Alamak! Macam mana ni? Aku dah terlepas cakaplah
tadi! Depan-depan dia pulak tu!
“Cakap,
Seri! Cakap terus terang!” Paksanya lagi.
“Er…
kalau saya cakap… awak jangan marah, ya?” Takut-takut dia mahu bertanya. Terasa
saat ini seraut wajahnya sudah berubah pucat. Takut kalau kena telan dengan
Singa lapar di hadapannya itu. Juga… takut untuk berterus terang!
Angguk.
Itu sahaja yang mampu dilakukannya.
“Er…
sebenarnya… saya memang sukakan awak, Encik Zaim. Suka yang melebihi…”
Tidak
sempat Seri menghabiskan ayatnya, pantas Zaim menarik Seri ke dalam pelukannya.
Tak perlu cakap, Seri. Aku dah tahu jawapan seterusnya! “Thanks, Seri. Aku pun sukakan kau sangat-sangat. Suka yang melebihi
seorang kawan. Suka yang melebihi suka bos kepada PA nya.” Cepat sahaja dia
menyambung ayat Seri yang tergantung tadi. Bibirnya sudah tersenyum lebar.
Sungguh, dia benar-benar rasa lega!
Pantas
pelukan itu dileraikannya. Tak baik! Berdosa buat macam ni! Kalau dah kahwin
takpe! Terkebil-kebil Seri memandang seraut wajah itu. Aku tak salah dengar,
kan? “Ulang balik apa yang awak cakap tadi?”
Zaim
senyum sambil menatap sepasang anak mata di hadapannya itu. Mesti kau tak
percaya, kan? Aku akan jelaskan semuanya, Seri! Aku sanggup ulangnya sekali
lagi! “Aku pun. Aku pun sukakan kau, Seri. Aku sukakan kau sangat-sangat!
Sebenarnya… sejak kali pertama aku pandang kau lagi. Hari pertama kau masuk
kerja.”
Terlopong
mulutnya mendengar pengakuan daripada seulas bibir itu. Sejak hari pertama aku
masuk kerja lagi? Uih, dah lama tu!
Zaim
tersenyum lebar. “Tutup mulut tu, Seri. Masuk lalat nanti.”
“Tapi
saya…”
“Aku…
aku dah lama sukakan kau Seri. Sebab tu aku asyik cari pasal dengan kau aje.
Kau perasan kan semua tu?”
Diam.
“Tak
percaya? Tapi aku memang benar-benar dah jatuh cinta dengan kau, Seri. Aku
cintakan kau! Zaim cintakan Seri!” Kuat laungannya.
Seri
senyum. Malu… tetapi dia benar-benar rasa dihargai. Dia benar-benar rasa
gembira dengan pengakuan ikhlas itu. Thanks,
Zaim!
**********
HARI
ini, majlis pertunangan Seri dan Zaim selamat dijalankan. Alhamdulillah…
semuanya berjalan lancar. Tak buat majlis besar pun. Kecil-kecilan dan hanya
menjemput saudara mara terdekat sahaja. Nasib baik juga Zaim tu jenis yang tak
kisah. Asalkan majlis dapat disempurnakan pun sudah memadai baginya.
“Awak…”
“Hmm?”
Soalnya sepatah sambil menoleh ke arah tunangnya itu. Sungguh, hari ini adalah
hari yang paling gembira buatnya.
“Macam
mana dengan Encik Zaf?”
Seraut
wajah itu dipandnagnya lama. Iya… dalam kita bergembira, jangan lupa pada yang
sedang berduka! “Maksud awak?”
“Saya
risaulah. Bimbang kalau Encik Zaf tak boleh terima saya sebagai adik ipar dia.”
“Jangan
risaulah. Along tu baik sangat sebenarnya. Kalau nak bandingkan saya dengan
dia… Dia jauh lebih baik daripada saya, Seri.” Sedaya upaya dia cuba
menghilangkan kerisauan di hati tunangnya itu.
“Hmm…
saya tahu.”
Bulat
matanya memandang Seri. Tahu? Apa maksud dia? Jadi… dia nak cakap yang Along tu
memang jauh lebih baik daripada aku? “What?
I beg your pardon, Seri?”
Seri
tersenyum perlahan. Cemburu nampak? “Ala awak ni… saya puji dia sikit pun awak
nak jealous.”
“Yup,
of course saya jealous. Yang awak puji tu lelaki yang cintakan awak. Then, awak bandingkan saya dengan dia
pulak.”
“No… bukan saya yang bandingkan. Awak
yang mulakan ayat tu. Saya just
setuju.”
“So… saya ni tak baik bagi awak?”
Seri
tergelak sambil menggelengkan kepalanya perlahan. “Risau saya tengok awak ni
tau?”
Makin
berkerut dahinya! “Kenapa pulak?”
“Ini
belum kahwin lagi. Nanti bila dah kahwin, saya buat baik dekat abang ipar saya
pun awak nak cemburu, kan?”
Zaim
mencebik sambil menjungkitkan kedua-dua belah bahunya. Memanglah! Kalau
siapa-siapa pun berada di tempat aku, memanglah cemburu! “Memanglah.”
“Sebenarnya
saya nak cakap macam ni tadi…”
“Macam
mana?” Pantas Zaim menyoal. Sungguh, dia benar-benar tak sabar nak tahu! Jangan
si Seri ni puji Along lagi sudah!
“Dengarlah
dulu.”
Zaim
mengangguk perlahan.
“Encik
Zaf jauh lebih baik daripada awak. Tapi… awak jauh lebih baik berbanding dia
dalam hati saya. Saya sayang awak lebuh banyak daripada saya sayang dia. Dan
yang paling penting… saya cintakan awak. Dan dia tak dapat cinta saya.”
“Thanks, Seri… Awak betul-betul buatkan
saya jadi seorang lelaki yang sangat bertuah dalam dunia ni. Awak dah serapkan
segunung kasih sayang dalam diri saya. Awak dah banyak ubah hidup saya, Seri.”
“Tak…
saya tak mengubah apa-apa. Awak yang dengan sendirinya mahu berubah. Sebab tu
saya sayangkan awak.”
“Seri…”
“Hmm?”
“Kita
kahwin sekarang?”
Seri
tergelak perlahan. “Tak sabar betul tunang saya ni, kan? Janganlah risau… saya
kan dah jadi tunang awak. Apa yang penting sekarang, kita kena carikan calon
untuk Encik Zaf secepat mungkin. Cepat dia dapat calon, cepatlah kita kahwin.
Itu yang mama awak mahu, kan?”
“Hmm…
kenapalah mama boleh fikir macam tu, ya? Kalau tak… mesti kita dah kahwin,
kan?”
“Awak…
Sabar! Sabar tu sebahagian daripada iman. Iman tu membentuk jiwa.”
“Saya
tahu.”
**********
♪ Sejujurnya masih ada
rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku
bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan
mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia ♪
DI
bawah pohon rendang itu, dia termenung lesu. Angin petang menyapa lembut ke
pipinya. Kepalanya disandarkan pada batang pokok sambil memejamkan kelopak
matanya. Sedikit sebanyak, lagu yang sedang berkumandang di earphonenya membuatkan air matanya
menitis. Tersentuh sungguh jiwanya.
Seri...
saya rindukan awak! Awak bahagia? Awak bahagia dengan Abang Zaf? Semua tu hanya
alasan saya untuk awak bahagia. Alasan saya untuk tengok along saya bahagia.
Dan perasaan cinta saya... tak akan berubah untuk awak, Seri...
“Tak boleh, Seri! Saya
cuma mahukan awak! Saya tak nak orang lain!” Kali ini kuat gengaman tangannya
pada lengan gadis itu.
Tersentap setangkai hatinya mendengar luahan
hati abang sulungnya itu. Perlahan tangan kanannya hinggap pada dada sendiri.
Sakit… Itulah yang dirasakannya saat ini. Kuat benar perasaan cinta along pada
Seri.
“Encik Zaf… saya tahu awak seorang lelaki yang
baik. Dan sangat baik sebenarnya. Saya tak boleh terima awak lebih daripada
seorang abang ipar, Encik Zaf. Dan saya harap awak pun mampu sayangkan saya
sebai seorang adik ipar. Terimalah takdir Allah dengan hati yang terbuka.
Jodoh… pertemuan… ajal… maut… Semuanya ditangan Allah. Mungkin di sebalik
kesusahan yang Encik Zaf lalui ini ada kebaikan yang menanti.” Seri menahan
rasa takutnya. Debaran di dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu.
“Saya tak boleh, Seri…
Dalam hati saya cuma ada awak. Cuma cintakan awak! Hanya awak!”
Tidak sanggup lagi
mendengar patah kata yang seterusnya, kakinya terus dilangkahkan menjauhi bilik
itu. Mampukah aku terus bahagia dengan kelukaan hati along? Seri… apa yang
bakal jadi pada kita? Saya cintakan awak, Seri… Tapi cinta saya ini mampu
melukakan hati abang saya. Tegarkah saya dengan semua ini, Seri?
Perlahan air mata disapu. Kelopak mata dibuka.
Pandangan mata dihalakan semula ke arah lautan yang luas membiru di hadapannya.
Bibir mengukirkan senyuman apabila melihat seorang gadis yang termenung di tepi
pantai itu. Sekali lagi akal fikirannya teringatkan seseorang.
Maafkan
saya, Seri…
Esok!
Semuanya akan berubah! Seri akan jadi isteri kepada along. Benarkah? Ya, memang
itu yang diberitahu kepadanya.
Menitis
air matanya apabila mengingatkan patah perkataan itu. Tegarkah untuk aku
bahagia di atas penderitaan orang lain? Badannya disandarkan pada pokok besar
itu. Satu persatu air matanya jatuh ke pipi. Sanggupkah aku?
Cuma
ada dua pilihan, Zaim! Melukakan hati aku dan Seri demi kebahagiaan along atau…
melukakan hati along demi kebahagiaan aku dan Seri. Dan aku telah memilih untuk
melukakan hati aku dan Seri.
Kata
orang, cinta memerlukan pengorbanan. Aku dan Seri saling mencintai antara satu
sama lain. Dan kami terpaksa berkorban demi sekeping hati.
**********
GEMPAR!
Suasana saat ini benar-benar gempar! Sewaktu sibuk dengan persiapan perkahwinan
yang akan dilangsungkan lusa, keluarga Seri digemparkan dengan kehilangan calon
pengantin lelaki. Zaim hilang!
Gugur
satu persatu air matanya menjatuhi pipinya. Ke mana Zaim? Ke mana bakal
suaminya itu? Berkali-kali dia cuba menelefon lelaki itu. Namun tiada jawapan
yang diterimanya.
Selang
beberapa minit, dia digemparkan lagi dengan sepucuk surat yang lengkap dengan
tandatangan bakal suaminya.
To: Kesayanganku, Seri…
Assalamualaikum, kau
yang bernama Seri…
Saya tak mampu membina
mahligai bahagia
di atas penderitaan
abang saya.
Seri… jika esok saya
masih tidak hadir di sini,
sambutlah cinta Abang
Zaf…
Saya akan doakan
kebahagiaan awak dan along, Seri…
Selamat Pengantin Baru,
sayangku Seri…
Yang menyayangimu,
Zaim
Tiada
sendu yang berlagu. Saat ini cuma air matanya sahaja yang gugur satu persatu.
Zaim… sampai hati awak tinggalkan saya.
“Seri…
jangan macam ni, sayang. Jangan menangis lagi. Ingat Allah, sayang.” Pujuk
ibunya.
Dan Kami pasti akan
menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan
buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
“(Yaitu) orang-orang
yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna Lillahi wa inna ilaihi
rajiun” (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali).” Al-Baqarah
(155-156)
Seri
diam membisu. Zaim... sampai hati awak tinggalkan saya sorang-sorang. Awak...
saya cuma cintakan awak. Hanya awak... selamanya!
Encik
Zaf tak akan ada dalam hati saya. Saya cuma mampu menerima dia sebagai seorang
abang. Lalu... bagaimanakah ini, Zaim? Macam mana..? Kenapa..?
Kenapa
awak dengan mudahnya menyerahkan saya kepada orang yang saya tak cintai? Orang
yang saya anggap sebagai seorang abang.
Otak
kecilnya teringatkan perbualannya dengan orang yang sepatutnya menjadi abang
iparnya. Encik Zaf... Adakah kerana perbualan itu? Zaim dengar?
Zaim...
saya nak awak!! Hanya awak!!
Tanpa
menunggu lebih lama, kakinya terus dilangkahkan keluar daripada bilik
pengantin. Bukan sahaja melangkah keluar daripada bilik pengantin, tetapi
dengan tidak memakai kasut, dia terus berlari tanpa arah tujuan.
Tangisannya
dihemburkan semahunya. Sedar tak sedar, dia sudah berada di pantasi. Sedih
hatinya! Ya Allah... kenapa dugaan sebegini berat Engkau hadiahkan untukku?
Kuatkanlah hatiku untuk menerima dugaanMu ini. Sesungguhnya aku hanya hambaMu
yang lemah!
“Saya
cintakan awak, Zaim!! Hanya awak!!” Kuat jeritannya melawan suara ombak yang
menghempas ke pantai. Sudahnya dia terduduk di atas pasir pantai itu. Lelah
sungguh hatinya! Siksa sungguh jiwanya mennaggung rindu dendam pada seorang
lelaki. Hanya Zaim cintanya! Bukan Zaf!
Pantas
Zaim menoleh ke belakang. Terkejut apabila melihat seorang perempuan yang
berbaju pengantin sedang terduduk di atas pasir pantai.
Berdebar
jantungnya hanya Allah sahaja yang tahu. Seri!! Ya... dia tahu!! Itu memang
Seri! Dan Seri sedang melaungkan namanya! Seri… saya juga cintakan awak, Seri.
Hanya awak!
Kakinya
ingin melangkah dan mendakap tubuh gadis itu, tetapi kakinya tidak mahu
berganjak. Hatinya menghalang... Ya Allah... apakah yang mampu aku lakukan saat
ini?
Sudahnya
dia berpaling semula dan melabuhkan duduk semula di belakang pokok rendang itu.
Maafkan saya, Seri... Saya tak mampu untuk bahagia di atas penderitaan Abang
Zaf.
Lama
dia terduduk di belakang pokok besar itu. Menunggu Seri beredar sebelum dia
melangkah pulang.
Terkejut!
Pantas dia membuka kelopak matanya apabila terasa ada satu tangan yang
menyentuh bahunya. Siapa? Berdebar sungguh jantungnya saat ini. Lambat-lambat
dia berpaling ke belakang. Dia??
**********
MAJLIS
perkahwinan itu diadakan sungguh meriah. Anak matanya dihalakan ke arah bakal
pengantin perempuan. Seri… dia cantik sangat! Beruntung sangat siapa yang
memiliki dia. Dan dia… adalah anugerah yang terindah.
Zafril
melangkahkan kakinya ke arah bakal pengantin perempuan. “Assalamualaikum,
Seri.”
Seri
mendongakkan kepala. Senyuman dihulurkan. Anak matanya singgah pada pakaian
lelaki itu. Hmm… memang diakui, dia memang segak. Di pejabat pun dia adalah bos
yang paling segak. Dan di saat ini… berpakaian baju melayu pun dia kelihatan
segak. “Waalaikumussalam. Bila awak sampai?”
“Baru
aje. Sekali dengan keluarga saya. Awak okey?”
Seri
menganggukkan kepalanya perlahan. Pastinya saya okey. Kerana hari ini adalah
hari bahagia saya. Dan… bagaimana pula dengan awak? Seraut wajah itu
dipandangnya lama. “Awak…”
“Hmm?”
“Zaim
tak…” Ayatnya terhenti di situ. Tidak sampai hati untuk bertanyakan bait kata
yang seterusnya. Bimbang hati lelaki ini akan terusik. Bimbang hati lelaki ini
akan tersakiti.
Zafril
senyum. Dia tahu… Seri pastinya serba salah untuk menuturkan patah kata. Seraut
wajah Seri dipandangnya lama. “You look
so beautiful, Seri. Sesuai dengan nama awak.”
“Maksud
awak?”
“Seri…
Ya, muka awak berseri-seri sangat saat ini.”
Seri
senyum. Ya, memang ramai yang cakap macam tu. Bukan sahaja hari ini, tetapi
juga hari-hari sebelumnya. Benarkah? Seri mengangkat muka memandang seraut
wajah itu. Ada sesuatu yang ingin dipersoalkan kepada lelaki itu sebelum
majlisnya berlangsung. “Awak…”
Zafril
menoleh, memandang seraut wajah yang kelihatan berkaca-kaca pandangannya. Seri…
please… jangan sedih. Hati saya akan
bertambah sedih kalau tengok awak sedih. “Hm?” Soalnya sepatah bersama senyuman
di bibir.
Seraut
wajah itu dipandangnya lama. Saat ini, air matanya sudah jatuh ke pipi. Seraut
wajah tenang bersahaja itu, membuahkan perasaan bersalah di dalam hatinya.
Mampukah aku bahagia di atas penderitaan orang lain? Inikah yang dinamakan
bahagiamu deritaku? Ya Allah… kuatkanlah semangat aku. “Awak tak marah?”
“Untuk?”
“Untuk
perkahwinan ini?”
Senyuman
manis dihulurkan. “Saya gembira. Sangat gembira! Lagipun… tak ada apa yang
perlu dimarahkan. Jodoh… pertemuan… ajal… maut… semuanya di tangan Allah, kan?
Bila Allah kata ‘ku fayakun’,
jadilah! Maka jadilah sesuatu itu. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita tak
akan mampu menghalang, kan? Am I right?”
Seri
mengangguk perlahan. Sebak sungguh hatinya saat ini. Maafkan saya, Zaf… Saya tak
boleh mencintai awak. Hanya seorang lelaki yang saya cinta seumur hidup saya.
Dan lelaki itu… hanya dia seorang! Zaim… hanya dia!
“Seri…
please, jangan nangis. Saya akan sentiasa
mendoakan kebahagiaan awak. Dan saya harap… awak pun sama. Akan mendoakan
kebahagiaan saya. Boleh, kan?”
Dia
mengangguk lagi. Air matanya disapu perlahan. Senyuman cuba dihulurkan.
“Tok
kadi dah sampai. Saya pergi depan dulu.”
**********
TERPERANJAT
apabila terasa bahunya dicuit seseorang. Pantas Seri berpaling. Senyuman
dihulurkan kepada wanita yang sudah separuh abad itu. “Umi ni... terkejut
orang! Lain kali bagilah salam. Dapat jugak pahala free.”
Puan
Sarimah mencebik. “Umi dah panggil tadi. Kamu tu yang tak dengar. Kamu intai
siapa? Jangan buat perangai, Seri... Hari ni majlis kamu!”
“Umi
ni... orang tahulah. Orang bukannya intai orang lain. Intai pengantin lelaki.
Mana dia, Umi? Kenapa tak sampai-sampai?”
Bibirnya
menguntum senyuman. Anak dara aku ni... macam tak sabar-sabar aje! “Sabarlah
Seri, oi... Tak lari gunung dikejar!”
“Memanglah!
Itu gunung... tak ada kaki! Memanglah tak lari! Ini manusia... ada kaki! Boleh
lari jauh-jauh!” Rajuknya. Muka yang berseri-seri itu sudah macam mencuka.
Puan
Sarimah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Sebenarnya... bukan
Seri seorang aje yang risau! Dia pun... bimbang pisang berbuah dua kali.
“Umi...
orang risaulah...” Tubuh uminya dipeluk erat. Mengharapkan sedikit kekuatan.
Mengharapkan ketenangan hatinya. Setitis air matanya menitis jatuh ke pipi.
Sungguh, dia benar-benar risau!
Keluhan
kecil dilepaskan. Bahu anak perempuannya itu diusap perlahan. Seri ni… nampak
aje tabah. Tapi manjanya… Allah sahaja yang tahu. Sebiji macam perangai aku macam
zaman muda. “Nak risau apanya, Seri? Kejap lagi datanglah dia tu! Dahlah,
jangan nangis. Nanti habis rosak make up
kamu tu.”
“Dah
pukul berapa ni, Umi... Mana tak risaunya!” Kali ini esak tangisnya semakin
berlagu.
“Ai,
Seri... Dah nak kahwin pun masih bermanja dengan Umi kamu lagi?”
Pantas
Seri mengangkat kepalanya apabila mendengar suara yang dikenalinya. Air mata di
pipi disapu perlahan. “Mama? Mana pengantin lelaki, ma?” Cepat-cepat dia bangun
sambil tercari-cari seraut wajah itu.
Berubah
air mukanya apabila melihat bosnya menapak menghampirinya. Jangan-jangan... Tak
mungkin! Tak mungkin akan berulang sekali lagi!
“Kenapa?
Masam aje?”
“Encik
Zaf... er... Zaim...”
“Ops...
tunggu jap! No Encik Zaf anymore. Saya kan akan...”
“Zaim
mana?” Pantas dia memintas. Kali ini dia tak nak dengar apa-apa lagi. Dia cuma
nak tahu Zaim di mana. Di cuma nak tengok muka Zaim sahaja!
Zafril
tersenyum. Oh, patutlah masam aje! Tungga Zaim tak datang-datang rupanya.
Tengok muka menggelabah dia tu, rasa macam nak mengusik pulak! “Kalau Zaim tak
datang sekali lagi... awak tak sudi ke kahwin dengan saya.”
Seri
terdiam. Kali ini kolam matanya sudah digenangi dengan air mata. Betul? Betul
ke perkara itu akan berulang sekali lagi? “Saya akan tunggu sampai Zaim
datang.” Ringkas jawapannya bersama nada suara yang tenang.
The power
of love! Wah, hebat betul kuasa cinta
dia! Sebab tulah aku suka dia. Tapi... tak mengapa. Aku syukur sangat.
Sekurang-kurangnya dia akan berkahwin dengan Zaim. Bukan orang lain.
“Umi...”
Tubuh uminya dipeluk erat. Setitis air mata jatuh lagi ke pipi. Sedih...
risau... bimbang... takut Zaim tidak akan datang untuk majlis ini sekali lagi.
Zafril
muncul dengan riak muka bersalah. Er... tadi nampak tenang aje. Sekarang ni...
kenapa dia nangis pulak? Ya Allah... apa kau dah buat ni Zaf? Sungguh, dia cuma
berniat untuk mengusik sahaja!
“Seri...
kenapa ni?” Tegur Puan Zaharah. Risau pula apabila melihat Seri menangis.
Bimbang perkara lama akan berulang lagi. Tak mungkinlah! Bukankah Zaim dah
berjanji? Tak mungkin dia akan ingkari sekali lagi. Dia kenal Zaim macam mana
orangnya!
“Er...
sebenarnya mama... Umi... Zaf yang...”
Belum
sempat Zafril berterus terang, satu suara muncul. “Abang Zaf... Seri mana?”
Keempat-empat
pasang mata itu pantas menoleh. Puan Sarimah dan Puan Zaharah melepaskan nafas
kelegaan. Ada rupanya... Ingatkan hilang sekali lagi! Zaim... Zaim...
“Seri...
Encik pengantin dah sampai.” Pujuk Puan Sarimah ke telinga anaknya.
Seri
menoleh. Pantas dia meluru ke arah Zaim sambil memeluk tubuh itu erat. “Awak...
kenapa awak datang lambat? Awak buat saya saya risau sangat! Saya takut...”
Laju tangannya menumbuk dada bidang lelaki itu. Makin laju pula tangisannyya.
Terpinga-pinga
Zaim sekejap. Apakah? Kenapakah? Dia hanya menerima pukulan itu.
“Zaim...
kamu ni... buat semua orang risau ajelah! Ni kenapa sampai berpeluh-peluh ni?
Kamu pergi terjun dalam telaga peluh ke?” Tegur Puan Zaharah.
“Er...
sorry, ma. Tadi kereta Zaim buat
hal.”
“Itulah...
abang suruh datang dengan abang, tak nak! Kan dah bermandi peluh!”
Puan
Sarimah ketawa kecil. Sekejap sahaja dia sudah menggelengkan kepalanya. “Hah,
memang elok sangatlah! Yang Puan pengantinnya bermandi air mata sebab risau.
Yang Encik pengantinnya pula... bermandikan peluh. Memang padan sangatlah!”
**********
Lengan
lelaki itu dicuitnya.
Zaf
berpaling ke sisinya. “Apa cuit-cuit?”
“Marah
ke?”
“Taklah.
Sayang.”
“Saya
pun.”
“Apa
yang saya pun?”
“Sayang
awak jugak.”
Tubuh
isterinya itu dipeluknya erat. Rupa-rupanya, dalam kesulitan itu Allah telah
mengurniakan nikmat yang amat besar. Seorang isteri yang amat menyayangiku…
Penyejuk di mata, penawar di hati…
Pada
hari majlis perkahwinan Zaim dan Seri, dia ditemukan dengan seorang gadis yang
cantik dan sangat manis. Diperkenalkan oleh Seri. Oh, rupa-rupanya mereka
berdua dah berpakat nak kenakan aku!
Tapi…
it’s okey. Mungkin memang ini jodohku! Dan Alhamdulillah… dan tiga bulan
kami berkahwin. Dan kami bahagia sangat-sangat. Semoga Seri dan Zaim juga
bahagia hingga hujung nyawa.
Senyuman
jelas tergambar pada seulas bibirnya. Sungguh, dia benar-benar bahagia melihat
kebahagiaan bosnya itu. Alhamdulillah… Dhiya mampu membahagiakan Abang zaf. Tak
sia-sia aku perkenalkan Dhiya dengan Abang Zaf. Rupa-rupanya… memang jodoh
mereka berdua.
Seri
berpaling sekilas sambil mencuit bahu suaminya yang sedang khusyuk membaca buku
di sebelahnya. “Abang… sini kejap.”
Zaim
mengerutkan dahi sambil membuat riak muka bertanya.
“Sinilah!”
“Tak
nak! Seri nak abang ke… abang yang nak Seri?” Usiknya.
Seri
menoleh sambil mencebik. Main-main pulak! “Seri nak abang ke… abang nak Seri.”
Ejeknya. “Memanglah Seri nak abang. Abang tak nak Seri ke?”
Zaim
senyum. Ece…ce… merajuk nampak? Perlahan kakinya menapak ke arah isterinya.
Tubuh kecil itu dirangkulnya dari belakang. “Mestilah abang nak Seri. I love you… Always love you… Forever
love you… Only you… Kau yang bernama Seri.”
Lebar
senyumannya mendengar bait kata yang meniti bibir suaminya. Tangannya
diletakkan di atas tangan suaminya. “Seri pun.”
“Apa
yang Seri pun?”
“Love you…
always… forever… Only you… Kau yang bernama Zaim.”
Kali
ini Zaim pula yang tersenyum lebar. Satu ciuman kasih sayang singgah pada pipi
kanan isterinya. “Thanks, my sweetheart.”
“Thanks to you to.” Anak matanya
beralih semula ke arah satu pasangan suami isteri bahagia yang berada tidak
jauh daripada mereka berdua. Alhamdulillah… Abang Zaf pun bahagia.
“Sayang…
tengok tu…” Muncungnya dihalakan ke arah abang dan kakak iparnya. Bahagia
apabila melihat kebahagiaan pasangan suami isteri itu.
Seri
senyum. Dari tadi lagi Seri nampak diorang, abang. “Itulah yang Seri panggil
abang tadi. Sebenarnya… nak tunjukkan yang tulah.”
“Oh,
isteri abang ni mengintip suami orang ke?”
Seri
tergelak perlahan. Ada sahaja yang nak diusiknya! “Nonsense! Abang…” Serunya perlahan.
Sejuk
hatinya mendengar suara gemersik itu. Indahnya suara Seri, sama indah dengan
seraut wajahnya. Sama indah dengan hatinya. “Nak apa sayang…?” Lembut ucapannya
ke telinga Seri. Kali ini dahunya dilabuhkan di atas bahu isterinya.
Seri
senyum. Nampak berlagak, tapi sebenarnya… dalam hati ada taman. “Seri bahagia
tengok Abang Zaf bahagia.”
Angguk.
“Thanks to Seri… Sebab temukan diorang berdua. Abang pun tak sangka yang
itu sebenarnya memang jodoh mereka.”
“Itulah,
abang… Kenapa abang lari masa majlis kita tu?”
Zaim
senyum. Hmm… memang menyesal! Kalau tak, pastinya mereka dah ada dua orang anak
sekarang ni! “Sebab… abang dengar lagu Hafiz. Bahagiamu deritaku.”
“Jadi?”
“Jadi…
abang takut abang akan bahagia atas penderitaan orang lain. Atas penderitaan
Abang Zaf.”
“Abang
ni… merepek betullah!”
Zaim
mengangguk. Kalau fikir balik, memang mengarut! Menyesal sangat-sangat! Tapi
takpe… saat ini Seri dah jadi milik aku. Untuk selama-lamanya…
“Habis
tu…. Kenapa abang intai Seri di belakang pokok tu?”
Oh,
dia ingat lagi pasal tu ke?! “Sebab… kat mana-mana pun abang nampak sayang.
Setiap perempuan yang abang pandang, semuanya muka Seri. Sampai abnag rasa tak
percaya sayang depan mata abang.”
Bibirnya
diketap geram. “Oh, jadi… abang memang pandang perempuan lainlah, ya? Abang ni
kan… sampai hati! Seri tunggu abang. Abang pulak pandang perempuan lain!”
Ai,
cemburu nampak?! Seri… Seri… Ini yang buat abang sayang Seri snagat-sangat,
tau! Zaim tergelak kuat.
Seri
yang terkejut, pantas menekup mulut itu dengan tangannya. “Jangan gelak
kuat-kuat. Aleesya tengah tidur tu.” Teringat pula kepada anak kecilnya yang
sedang tidur di dalam bilik.
“Sayang
yang buat abang tergelak kuat.” Tidak jelas kata-katanya apabila terpaksa
bercakap dengan tangan Seri yang masih berada di mulutnya.
Seri
senyum. Tapak tangan yang berada di mulut suaminya dialihkan lalu dikesatkan ke
baju suami. “Tak senonoh! Cakaplah elok-elok.”
“What? Sayang kesat kat baju abang.”
“Hah,
memanglah! Siapa suruh abang gelak kuat-kuat.”
Dia
mengecilkan kelopak matanya. “Sayang abang ni memang nak kena, kan?” pantas dia
menghampiri isterinya itu lalu mencempung tubuh itu erat.
Seri
yang terkejut terus memaut leher suaminya. Seraut wajah yang dekat dengan
mukanya itu dipandang lama. Penuh kasih sayang. Penuh cinta yang mendalam.
“Handsome tak muka abang?”
Angguk.
Bibirnya menguntumkan senyuman. “Handsome…
baik hati… comel sangat!”
Zaim
tersenyum lebar. Mukanya didekatkan dengan muka isterinya. Satu kucupan singgah
lembut di bibir merah itu. Seribu kasih sayang diluahkan. Sejuta cinta
diserahkan. Hanya untuk dia… kau yang bernama Seri.
“Sayang
abang pun… baik hati sangat. Cute! Sebab tu abang boleh jatuh cinta pada dia.”
Kali
ini Seri mengucup perlahan pipi suaminya. “Terima kasih, abang. Sebab tulah
Seri sayang abang. Walaupun dulu abang garang dengan Seri, tapi Seri nampak
kasih sayang kat mata abang. Sebab tu Seri jatuh cinta pada abang.”
“Sayang…
“Hmm?”
“Cuba
letak tapak tangan sayang kat dada abang.”
Berkerut
dahinya sekejap. Namun dia tetap tersenyum sambil meletakkan tapak tangannya
pada dada bidang suaminya. Dup dap! Dup dap! Ada degupan pantas sedang berirama
di dalamnya. Anak matanya memandang tepat pada sepasang anak mata suaminya.
“Dalam
setiap nafas abang, ada nama sayang.”
“Dalam
setiap nafas Seri, juga ada nama abang.” Seri menyambung ayat suaminya.
“Dalam
setiap udara yang abang hirup… ada cinta sayang… ada kasih sayang, sayang.”
“Dalam
setiap udara yang Seri hirup… ada cinta abang… ada kasih sayang abang.”
Zaim
senyum. Nakal sungguh isteri aku ni, kan? Tetapi itulah namanya sayang… Itulah
kebahagiaan kami. “Cinta abang… hanya untuk sayang. Sampai hujung nyawa abang. Semoga
cinta kita berkekalan di dunia dan di akhirat kelak.”
Seri
senyum. “Cinta Seri… hanya untuk abang. Sampai hujung nyawa Seri. Semoga cinta
kita berkekalan di dunia dan di akhirat kelak.”
Mata
bertentang mata. Senyuman berbalas senyum.
Terima
kasih, cinta… Terima kasih, Ya Allah… Semoga cinta kami berkekalan hingga
hujung nyawa. Semoga cinta kami berkekalan di dunia dan di akhirat kelak.
Ya
Allah Ya Tuhanku… Anugerahmu begitu indah. Sesungguhnya aku amat bersyukur
dengan kurniaan dan rahmatMu ini.
Kau
yang bernama Seri…
Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati
Biarpun hanya seketika
Biarpun bukan selama-lama
Sekali sudi kau menerima
Sejuta kali ku kan setia
Biarpun bukan selama-lama
Sekali sudi kau menerima
Sejuta kali ku kan setia
Sekali bumi beredar
Mentari terbit di ufuk dunia
Bintang di angkasa
Masih bernafas di dada
Selagi itu kau kucinta
Mentari terbit di ufuk dunia
Bintang di angkasa
Masih bernafas di dada
Selagi itu kau kucinta
Inilah janjiku
Insan yang mengenal erti
Sepi yang tiada sepi, sepi lagi
Tinggal kau harapan
Satu-satunya sandaran
Jalan ku pulang ke jalan yang terang
Seri.. aku merayu
Pada kau yang bernama Seri
Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati
Darimu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati
Darimu Seri
Hanya kau kekasihku
Yang bernama Seri
Seri…
Yang bernama Seri
Seri…
~ TAMAT ~