Tuesday, December 2, 2014

CERPEN: Wanita Yang Aku Cinta




CERPEN: WANITA YANG AKU CINTA


DI Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu, anak matanya tercari-cari beberapa wajah yang mungkin sedang menanti kepulangannya ke tanah air. Baru sepuluh minit tadi MAS Airline mendarat di tanah air ini. Dan ini adalah yang dinantinya sejak enam tahun yang lalu.
Sesekali nafasnya ditarik dalam dan menghirup udara tanah air yang dirinduinya ini. Bibirnya menguntumkan senyuman. Mungkin sahaja Malaysia sudah banyak berubah. Jika dilihat KLIA ini juga sudah banyak berubah. Enam tahun lepas cuma satu-satunya KLIA yang ada. Sekarang dah ada KLIA 2.
“Wan…”
Suara yang menyapa membuatkan dia menoleh. Seraut wajah menyapa ruang matanya. Umi… Lama dia memerhatikan seraut wajah uminya. Umi tak banyak berubah. Masih nampak muda macam enam tahun yang lepas.
Senyuman dihulurkan sebelum sepasang kakinya melangkah ke arah wanita itu. Rindunya kepada umi hanya Tuhan sahaja yang tahu. “Assalamualaikum, umi.” Tangan dihulurkan lalu kepalanya ditunduk mencium tangan tua itu.
“Waalaikumussalam, Wan. Umi rindu Wan sangat-sangat.” Tubuh anak bongsunya ditarik ke pelukan lalu dipeluk erat. Bergenang kelopak matanya kerana kerinduan yang teramat. Enam tahun Hazwan Shah meninggalkan keluarga mereka kerana kecewa dengan cintanya. Langsung tidak pulang ke tanah air. Dan sekarang… anak bongsunya sudah kembali ke tanah air.
“Wan pun rindukan umi sangat-sangat. Umi sihat.”
“Hmm… Umi sihat.”
Diya kelihatan kepelikan. Tangan atuknya ditarik perlahan. “Atuk… Siapa uncle ni?”
Arman tersenyum kecil. Lupa pulak! Diya tak pernah kenal dengan satu-satunya bapa saudara yang dia ada.
Hazwan Shah


“Inilah Ayah Su yang Atuk dengan nenek selalu cerita tu.”
Berkerut dahinya sekejap. Anak matanya memandang seraut wajah yang mirip dengan wajah papanya. Papa… Sejak ternampak kelibat lelaki ini tadi, hati kecilnya selalu menyeru nama papanya. Ayah Su… Dia bukan papa. Tapi dia adalah adik papa yang nenek selalu cerita tu, kan?
Selepas melepaskan kerinduannya kepada umi, Hazwan menoleh ke arah abahnya. Bibirnya mengukirkan senyuman sebelum anak matanya singgah kepada seorang perempuan dan seorang kanak-kanak di sisi abah. Siapa mereka? Isteri dan anak Hazman? Anak mata budak perempuan tu… macam anak mata Hazman. Cantik!
Tumpuan kembali dihalakan ke arah abah. Salam dihulurkan kepada dan seperti tadi juga dia memeluk sekujur tubuh itu. Tangan abah sudah mula dipenuhi dengan urat-urat tua. Wajah abah juga nampak sedikit cengkung berdanding dulu. Kenapa? Apa yang abah risaukan sangat?

Sungguh, sewaktu berada di Negara orang dia langsung tidak mahu ambil tahu perihal tanah air. Perihal keluarganya juga diabaikan hampir tiga tahun. Cuma… selepas menyambung pelajaran di peringkat ijazah, dia bertemu dengan seorang wanita yang banyak memberi nasihat dan sokongan kepadanya. Sejak itu, dia kembali menghubungi keluarganya.
“Abah sihat?”
Segaris senyuman terbit di wajah abahnya. “Abah sihat. Kamu macam mana, Wan? Sihat ke?”
“Hmm… Wan selalu sihat. Apatah lagi sejak nak balik ke Malaysia. Wan akan sentiasa sihat.”
“Alhamdulillah… Abah nampak kamu dah banyak berubah.”
Dia mengukirkan senyuman. Anak matanya kembali beralih ke arah dua perempuan di sisi abahnya. Dahinya kembali berkerut. Jangan cakap yang… dua perempuan kat sebelah ni isteri dan anak abah!
Encik Arman dan Puan Fatihah saling berpandangan sekejap sebelum masing-masing mengukirkan senyuman. “Apa yang Wan fikir? Wan ingat Diya dan Alia ni isteri dan anak abah ke?” Arman terus menembak anak lelakinya.
Alia

Alia memandang Puan Fatihah sambil menahan ketawa. Puan Fatihah pula sudah ketawa kecil. “Itulah Wan… Dah banyak kali umi suruh Wan balik. Tapi Wan tak nak balik. Sekarang ni dah macam anak kera masuk hutan. Tak tahu apa-apa. Diya… salam dengan Ayah Su.”
Tanpa banyak songeh, Diya terus menghulurkan salam. Hazwan menyambut huluran tangan kecil itu. Ayah Su? Jadi… Diya anak Hazman? Oh, patutlah anak mata dia serupa dengan anak mata Hazman. “Hai Diya! Nice to meet you.”
Diya senyum sambil mengangguk. “Nice too meet you too, Ayah Su.”
Hazwan tergelak kecil. Wah, boleh tahan jugak anak Hazman ni! Bijak! Anak matanya beralih pula ke sebelah Diya. Jadi… Alia ni isteri Hazman? Tapi… Diya ikut muka siapa? Hazman… memang taklah! Cuma anak matanya aje yang sama dengan anak mata Hazman. Alia? Tak ada pun iras muka Alia?
“Ayah Su…” Diya menyeru panggilan itu.

Tumpuan Hazwan kembali beralih ke arah Diya. Senyuman dihulurkan sambil keningnya dijungkitkan. “Yup? Ada apa Diya?”
Diya memandang atuknya sekejap. Kemudian anak matanya kembali terarah kepada bapa saudaranya. “Muka Ayah Su sama macam muka papa.”
Sebaris ayat itu membuat Encik Arman dan Puan Fatihah saling berpandangan antara satu sama lain. Nampaknya… Diya memang perasan tentang perkara itu. Memang wajah Hazwan Shah langsung tak berubah walaupun selepas enam tahun.
Of courselah. Ayah Su kan adik papa Diya. Mestilah mirip, kan?”
Diya tersenyum hambar. Jujur, jauh di lubuk hatinya yang paling dalam, dia mula merindui papanya apabila terpandangkan wajah Ayah Su.
“Er… Wan. Jomlah kita balik. Mesti Wan dah penat duduk dalam flight lama-lama, kan? Umi dah masak makanan kegemaran Wan tadi.” Cepat-cepat Puan Fatihah mengalihkan topik perbualan. Hazwan Shah tak tahu apa-apa tentang mama dan papa Diya. Dan dia tidak mahu Hazwan terkejut mendengar berita sedih itu di sini. Biarkan cerita itu bsampai ke telinga Hazwan sewaktu mereka sudah tiba di rumah.
Hazwan tergelak kecil. “Ikan patin masak tempoyak ke?”
“Iyalah. Ke Wan dah tak suka ikan patin? Maklumlah… dah lama sangat duk makan makanan barat.”
“Isy, mana ada! Wan masih suka lagilah!”
“Kalau macam tu, jomlah kita balik.” Kali ini Encik Arman pula yang mengajak. Pandangan mata isterinya sudah menggambarkan kesedihan. Sebenarnya, dia bimbang jika isterinya tidak dapat menahan kesedihan di hadapan Hazwan.

********

TERUJA betul apabila melihat keadaan rumah yang sudah banyak berubah. Keadaan biliknya juga sudah banyak berubah. Warna biru laut. Siapa yang pilih warna ni? Cantik sangat. Lembut… Tenang hati yang memandangnya.
Tubuh direbahkan ke atas katil. Anak matanya memandang kipas yang berputar. Seraut wajah gadis kecil tadi menggamit ruang matanya sekali lagi. Senyuman tergambar di bibirnya. Cantik betullah anak Hazman tu. Tapi… kenapa Hazman tak datang menyambut kepulangan aku? Masih marahkah dia kepada aku?
Kenangan lapan tahun lepas kembali menggamit memorinya. Dia dan Hazman cuma dua beradik. Jarak umur yang hanya berbeza dua tahun itu membuatkan mereka rapat. Di mana ada Hazman Syah, di situlah ada Hazwan Shah. Apa yang Hazman Syah dapat, itu juga yang Hazwan Shah dapat.
Sejak kecil sehinggalah mereka di sekolah menengah, mereka berdua memang rapat. Tetapi… segala-galanya berubah sewaktu mereka menyambung pengajian Diploma di universiti yang sama. Meraka berkelahi hanya kerana seorang perempuan. Aina Natassya.
Dua lelaki yang berbeza… tetapi masing-masing menyukai perempuan yang sama. Kenapa mesti Hazman juga menyukai Aina? Tatkala mengetahui Hazman menyukai Aina, mereka berkelahi sehingga menyebabkan adegan bertumbuk. Tidak cukup dengan itu, mereka digantung belajar seminggu.
Tetapi… ada perkara yang lebih menyakitkan dia sehingga dia membawa diri jauh ke negara orang. Aina Natassya tekad untuk bersemuka dengan dia dan Hazman untuk menyelesaikan persengketaan antara mereka berdua. Sangat menyakitkan apabila seulas bibir Aina sendiri menyatakan bahawa dia sukakan Hazman Syah. Bukan Hazwan Shah.


Selepas peristiwa itu, Hazwan tekad untuk berhenti belajar. Kerana paksaan kedua-dua orang tuanya supaya dia menyambung belajar, dia membuat kata putus. Sama ada abah dan uminya membiarkan diri melarikan diri, ataupun abah dan uminya membiarkan dia menyambung pengajian di negara lain. Akhirnya, kata sepakat memutuskan supaya Hazwan menyambung pengajian di Ireland.
Tiga tahun… sepanjang pengajian Diploma, dia langsung tidak berhubung dengan keluarganya. Selepas menghabiskan Diploma, dia terus menyambung pengajian di peringkat Ijazah di Ireland. Takdir Allah menemukan dia dan Rhea.
Rhea… Dia adalah orang yang banyak membantunya. Rhea adalah orang yang bertanggungjawab menyedarkan dia. Kerana Rhea juga, dia memberanikan diri untuk menghubungi keluarganya.

Sejak itu juga dia mendapat tahu yang Hazman Syah sudah berkahwin dengan Aina Natassya.
Tapi… siapa pula Alia yang menjemputnya tadi?

********

DI tanah perkuburan Islam itu, dia mengalunkan Surah Yaasin untuk disedekahkan kepada arwah. Sejak awal pagi tadi, air matanya masih tidak henti-henti mengalir. Sudah beberapa kali dia cuba menenangkan hatinya. Namun kenangan lama bersama arwah tetap kembali menyapa ruang fikirannya.
Selepas solat Subuh pagi tadi, dia terus melangkahkan kaki ke dapur. Niat di hati untuk mengintai uminya memasak. Tiba di anak tangga terakhir, dia mendengar suara seorang budak perempuan. Siapa? Diya ke? Tapi… awalnya Hazman datang ke sini?
Kedua-dua belah matanya ditenyeh sekejap. Jam pada dinding dipandang lagi. Hmm… memang baru pukul 6.25 pagi. Hazman datang ke sini malam tadi? Kepalanya dijengahkan ke ruang dapur. Memang Diya pun!
Serentak Diya dan Puan Fatihah menoleh ke belakang apabila mendengar derap langkah seseorang. Puan Fatihah menggelengkan kepala sekejap. Budak bertuah ni, kan! Boleh pulak dia datang senyap-senyap macam ni. Bukannya nak bagi salam ke apa?
Diya mengukirkan senyuman lalu menghampiri bapa saudaranya. “Assalamualaikum, Ayah Su. Selamat pagi.” Tangannya dihulurkan untuk bersalam dengan bapa saudaranya. Selepas mencium sepasang tangan itu dia memerhatikan seraut wajah bapa saudaranya. Selamat pagi, papa. Detik hati kecilnya.
“Waalaikumussalam. Selamat pagi, Diya. Awalnya anak Ayah Su ni bangun?”
Puan Fatihah mula perasankan sesuatu. Diya memandang Hazwan dengan pandangan lain. Apakah betul apa yang diperkatakan oleh suaminya malam tadi?
“Umi… Abah rasa Diya pandang Wan lain macamlah.”
“Lain macam? Lain yang macam mana?”
“Hmm… Abah rasa… Diya pandang Wan macam pandang papa dia. Umi perasan tak?”
Anak matanya memerhatikan seraut wajah Diya. Ya, kata-kata suaminya itu ada betulnya. Diya memandang Hazwan macam dia pandang papa dia. Apakah sebab muka Hazwan seiras dengan muka arwah papanya?
“Umi… Abang Man ada datang sini bila?”
Puan Fatihah mengerutkan dahi sekejap. Melihat riak wajah kepelikan Hazwan barulah dia menyedari sesuatu. Hazwan masih tak tahu perkara sebenar. “Wan… tolong umi goreng mee ni sekejap. Umi nak ikat rambut Diya sekejap.” Seperti semalam, sekali lagi dia mengelak.
Saat itu Hazwan sudah kepelikan. Umi seolah-olah mahu mengelak daripada menjawab soalannya. Namun dibiarkan sahaja.
Selepas bersarapan abah memanggil dia ke ruang tamu. Di ruang tamu, umi sudah sedia menanti. Dan… perempuan yang bernama Alia itu muncul sekali lagi. Siapa dia? Betul ke dia isteri Hazman?
Dia benar-benar terkesima apabila abah menceritakan duduk perkara yang sebenarnya. Beberapa bulan yang lepas, Hazwan Syah dan Aina Natassya meninggal dalam satu kemalangan. Dan sebenarnya… Diya memang tinggal bersama abah dan umi.
“Wan… Abah tak ada niat pun nak sembunyikan perkara ni daripada pengetahuan Wan. Cuma… Abah risaukan pelajaran Wan. Lagipun masa tu Wan dah semester akhir. Dan Wan ada telefon minta restu abah dan umi untuk peperiksaan Wan beberapa minggu lagi. Jadi… abah dan umi mendiamkan diri.”
Diam lagi. Jujur, dia benar-benar tidak mampu bersuara sepatah pun! Dia cuma mampu menunduk dan menahan air mata yang ingin menitis.
“Wan… sebelum Man menghembuskan nafas terakhirnya, Man ada bagitahu abah supaya abah minta maaf pada Wan bagi pihak dia. Abah harap, Wan boleh maafkan Man.”
“Wan dah lama maafkan Hazman, abah. Dah beberapa tahun dulu. Sejak Wan mula berhubung dengan Abah, sejak itulah Wan dah maafkan Hazman. Cuma… Wan malu nak bersemuka dengan dia dan Aina. Lagipun Abah pernah cakap yang Hazman dah kahwin dengan Aina lepas Wan ke Ireland. Sebab tu Wan sanggup tak call dia.” Menitis juga air mata yang ditahannya sejak tadi. Menyesal? Dah tak ada gunanya lagi.
Puan Fatihah sudah teresak-esak di sisi suaminya. Sebab itulah dia lebih rela menyuruh suaminya memberitahu Hazwan perkara yang sebenarnya. Sungguh, dia tidak kuat apabila bercerita tentang dua anak lelakinya itu.
Encik Arman melepaskan keluhan kecil. Jujur, hatinya benar-benar lega apabila mendengar ungkapan maaf itu. Bermakna sebelum arwah Hazman meninggal lagi, Hazman dah maafkan Hazman. “Terima kasih, Wan. Abah tahu Wan bukanlah jenis yang keras hati.”
Alia sekali sekali menjeling pandang ke arah tiga beranak yang sedang berbual di ruang tamu. Sebentar tadi, Encik Arman sudah membuat isyarat mata supaya dia membawa Diya ke halaman rumah. Sesekali dia memasang telinga dan mencuri dengar perbualan tiga beranak itu. Anak matanya juga terpandangkan air mata yang menitis deras di pipi Puan Fatihah. Juga… air mata yang menitis di sebalik raut wajah yang menunduk milik Hazwan Shah.
Setelah keadaan kembali tenang, Hazwan mengambil keputusan untuk menziarahi pusara arwah. Abah meminta Alia menunjukkan pusara arwah kepada Hazwan.
Seraut wajah di sisinya dipandang lama. Siapa Alia? Kenapa dia selalu ada dengan keluarga ini?
Namun soalan itu cuma bersuara di hatinya. Setelah tiba di pusara arwah, dia meminta Alia pulang. Dia mahu bersendirian di pusara itu. Dia mahu melepaskan kerinduannya di pusara itu.
Hampir dua jam dia berteleku, barulah kepala lututnya terasa kebas. Setelah mentari mula terik, barulah dia menyedari yang dia masih di situ. Lambat-lambat, kaki dilangkahkan juga meninggalkan pusara arwah Hazman Syah yang bersebelahan dengan pusara Aina Natassya.

********

PEJAM celik, pejam celik, sudah hampir tiga bulan dia berada di Malaysia. Alhamdulillah… Semakin hari, dia semakin boleh menerima hakikat bahawa Hazman Syah sudah dijemput Yang Maha Esa.
Seperti hari-hari sebelumnya, dia menjalani rutin hariannya. Butang baju di lengan dikemaskan. Tali leher yang elok terletak juga dikemaskan. Rambut yang tersisir rapi diulus perlahan dengan menggunakan tapak tangannya.
Sekali lagi dia memerhatikan diri sendiri di dalam cermin besar itu. Dah kemas pun! Kacak dan bergaya lagi. Handsome? Of courselah aku handsome! Bibirnya tersenyum lagi.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan pada muka pintu biliknya membuatkan dia menoleh. Siapa lagi yang suka mengetuk pintu pagi-pagi macam ni kalau bukan Diya? “Ehem! Masuklah!”
“Hai, assalamualaikum! Good morning handsome boy!” Diya sudah melangkah masuk lalu mencapai tangan lelaki itu lalu diciumnya.
“Waalaikumussalam. Good morning my pretty girl. Wah, cantiknya dia hari ni! Nak pergi sekolah ke nak ke mana ni cik adik?”
Diya tersengih lebar apabila dipuji begitu. “Nak pergi sekolahlah cik abang. Habis tu, papa pun sama! Nak pergi kerja ke nak pergi mengurat pakai smart macam ni? Hmm?”
Hazwan tergelak kuat. Ada-ada ajelah anak dara seorang ni!
“Wan… Diya ada kat…” Belum sempat Puan Fatihah bertanya, anak matanya sudah menangkap kelibat Diya yang bersembunyi di belakang Hazwan. Dia menggeleng perlahan. “Bertuah betullah budak ni! Penat nenek dia tercari ke hulu ke hilir!”
Perlahan dia keluar dari belakang papanya. Tersengih memandang neneknya yang sudah mencekik pinggang. Wah, nenek kebayan dah sampailah! “Ala, nenek ni! Nak merayap sekejap pun tak boleh.”
“Bukan tak boleh. Tapi sekarang ni dah pukul tujuh. Karang lambat pulak pergi sekolah!”
Tengok! Nenek kebayan dah mula nak berleter. “Nenek… Biarlah papa yang hantar Diya hari ni. Bosanlah asyik pergi dengan Atuk.”
“Umi… Biarlah Diya pergi dengan Wan. Kesian pulak tengok anak dara ni.”
“Hah, memang elok sangatlah kamu berdua ni. Satu bulu, satu kepala! Hari-hari dua beranak ni buat pening kepala Atuk dengan Nenek dia. Kamu tu, Wan! Tempat kerja kamu tu jauh. Ke kanan pulak tu. Sekolah Diya ni sebelah kiri. Laluan bertentangan. Nanti kamu pulak yang lambat pergi kerja.”
Hazwan mengangguk perlahan. Panjangnya leteran umi. Marah betul nampaknya! “Please… Sekali ini aje.”
“Ha’ah, sekali ini aje nenek. Bolehlah, ya?” Cepat-cepat Diya menambah.
“Suka hati kamulah. Ni… nenek dah buatkan sarapan. Turun makan dulu baru ke sekolah dan ke tempat kerja.”
“Baik, bos!” Serentak Hazwan dan Diya membuat tabik hormat kepada Puan Fatihah.

********

DI lapangan terbang KLIA itu sekali lagi mereka berdiri. Kali ini menghantar pemergian umi dan abahnya ke Mekah untuk menunaikan haji. Risau sungguh hati Hazwan. Entah bagaimanalah dia akan menjaga Diya berseorangan.
“Diya… Lepas ni jangan nakal-nakal ya?”
Hazwan menjulingkan mata ke atas apabila mendengar pesan umi kepada Diya. Bukannya boleh harap pun anak dara seorang tu. Lagi dipesan jangan nakal, lagilah terlebih nakalnya. Huhu... Rasa macam nak gugur aje rambut ni bila fikir kena jaga Diya sorang-sorang. Karang umur tak sampai tiga puluh dah pun kepala macam abah.
“Diya tahu.”

“Lia… Kalau Lia ada masa tolonglah Hazwan tengok-tengokkan Diya ya? Hazwan tu bukannya pandai jaga budak sangat.”
“Baiklah Puan. Kalau susah sangat, biarkan Diya tinggal dengan saya untuk sementara waktu ni pun boleh.”
“Umi tak nak menyusahkan Lia pulak. Karang kalau…”
“Tak boleh! Wan nak jaga Diya.” Belum sempat Puan Fatihah menghabiskan bicaranya, Hazwan terus menyampuk. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Alia. Pandai-pandai dia aje. Diya tu anak aku. Bukan anak dia.
Diya tersengih lebar sambil mengangkat ibu jari kanan ke arah papanya. Yes! Papa memang bestlah! Dia tahu apa yang Diya nak.
Alia memandang dua beranak itu silik berganti. Ek eleh… Berlagak pulak bos aku ni!
“Umi cuma tak nak menyusahkan Wan. Tapi kalau dah Wan kata nak jaga Diya, umi tak kisah. Cuma umi nak Lia tengok-tengokkan apa yang perlu kat rumah tu.”
“Baiklah Puan. Saya akan tolong tengok-tengokkan Diya.”
Puan Fatihah tersenyum lebar dengan persetujuan Alia. Tubuhnya dirapatkan sedikit ke arah Diya lalu membisikkan sesuatu. “Kalau boleh tolong tengok-tengokkan Wan sekali. Walaupun Wan tu dah besar, umi tetap risaukan dia. Karang dia lari balik Ireland pulak, susah umi.”
Alia ketawa kecil. Puan Fatihah ni pandai jugak buat lawak, ya? “Insya-Allah, umi.”

********

ARE you serious?”
“Yup, I’m in Malaysia now.”
Berkerut seribu dahinya. Kenapa aku langsung tak tahu? Tak ada pun dia bagitahu sepatah? “Tapi… Kenapa tak bagitahu I awal-awal?”
“Saja. Nak buat surprise. So… Boleh ke I nak jumpa you petang ni?”
Bibirnya menguntum senyuman lebar. Memang terkejut pun. Ingatkan dah tak nak balik Malaysia langsung. Suka sangat tinggal kat negara orang, kan? “Of courselah! Kita jumpa petang ni.”
“You datang ambil I ya?”
Okay. No Problem.”
Thanks. Tak sabar nak jumpa you tau!”
“I pun.”
So… Jumpa petang nanti. Bye.”
Selepas mematikan talian, dia terus mengorak langkah ke bawah. Tak sabar nak bagitahu kepada Diya. Umi dengan abah? Oh, yang tu memang tak boleh bagitahu. Banyak pulak soalan dan tekaan yang sampai ke telinganya nanti. Seraut wajah kesayangannya dicari. Mana dia? Takkanlah keluar dengan atuk dia tengah hari macam ni?
“Umi… Mana Diya?” Dia menyapa umi yang sedang sibuk memasak di dapur.
“Tu! Dengan abah kamu.”
Laju kepalanya ditoleh ke belakang. Seraut wajah Diya sudah tersenyum memandang kelibatnya. Tanpa menunggu lama, dia terus melangkahkan kaki ke arah Diya. “Anak papa buat apa dengan atuk ni?”
“Baca surat khabar.” Selamba jawapan Diya membuatkan Encik Arman dan Hazwan serentak ketawa.
“Oh, dah pandai perli papa sekarang ya?”
“Diya gurau ajelah papa. Habis tu papa dah nampak Diya tengok atuk bagi burung makan, kan? Lagi mahu tanya ke?”
Dia menggelengkan kepala perlahan. Diya… Diya! Kalau bab menjawab, makin mahir sekarang ya? Teringatkan kepada tujuan asal, dia terus menghampiri anak gadisnya. “Diya… Petang nanti papa nak bawa Diya jumpa seseorang.” Bisiknya perlahan. Kalau boleh tak nak abah dengar. Nanti banyak pulak soalan abah.
“Siapa?” Diya yang bijak juga menyoal dengan nada berbisik.
“Adalah. Rahsia.”
“Ala… Cakaplah.” Di dalam otak kecilnya dia mula meneka wajah-wajah yang dia kenal. Auntie Lia ke? Wah, bestnya kalau papa ajak jalan-jalan dengan Auntie Lia.
“Tak boleh sekarang. Atuk ada.”
Diya memandang sekilas ke arah atuknya yang masih kusyuk memberi burung makan. Kepala diangguk perlahan. “Baik. Jangan cakap sekarang. Kejap lagi papa bagitahu ya?”
Hazwan tersengih sambil menganggukkan kepala.

********

DIA melabuhkan duduk di atas kerusi empuk itu. Suatu ketika dahulu, bilik pejabat ini adalah bilik pejabat Hazman Syah. Dan sekarang, abah menyerahkan bilik pejabat itu kepada Hazwan Shah. Alhamdulillah… Mujurlah bidang pengajian mereka sama. Jadi, tidaklah susah untuk Hazwan menyesuaikan diri dengan kerja barunya.
Frem gambar di atas mejanya dibetulkan sedikit. Satu persatu raut wajah di dalam frem itu diperhatikan. Gambar kenangan sewaktu semester pertama di UiTM. Kenangan itu adalah detik perkenalan pertama antara Hazwan Shah, Hazman Syah dan juga Aina Natassya. Frem gambar ini diletakkan oleh arwah Hazman sewaktu dia bekerja di bilik itu. Kali ini, giliran Hazwan pula yang mengekalkan gambar itu di tempat asal. Dan gambar ini akan tetap bersemadi di dalam jiwanya.
Tok! Tok! Tok!
“Assalamualaikum, Encik Hazwan.”
“Waalaikumussalam. Masuklah.” Seraut wajah perempuan di hadapannya dipandang sekejap. Dia membetulkan duduk lalu mengisyaratkan supaya PAnya duduk.
Satu persatu jadual kerja untuk hari ini disebut. Hazwan pula hanya mengangguk.
“Setakat ini, itu sahaja Encik Hazwan.” Seraut wajah bosnya dipandang sekilas. Berkerut dahinya sekejap. Eh, apesal dia pakai necktie warna tu? Tak sesuailah dengan baju yang dia pakai. Jangan-jangan… dia tak perasan?
“Apesal awak pandang saya macam tu?”
“Er… saya rasa macam… Encik Hazwan salah pakai tali leher.”
Pantas sahaja dia memandang diri sendiri. Hah? Eh, bukan ke aku dah siap-siap ambil tali leher warna yang sama dengan jaket ni? Otak kecilnya mula teringatkan sesuatu. Diya!! Ini mesti kerja dia!
Alia sudah tersenyum apabila melihat reaksi bosnya itu. Dia menahan ketawa. Entah mengapa, sejak kebelakangan ini Diya nakal semacam aje. Ada sahaja perkara dia buat untuk mengenakan bosnya. Padahal dulu, Diya sangat rapat dengan Encik Hazwan. Pelik betullah!
“Apesal awak gelak?!”
Senyumannya terus mati. Kali ini dia beriak biasa dan cuba menahan ketawa. “Ini nasib baik saya tegur Encik Hazwan. Kalau tak… Hmm… Saya tak tahulah macam mana kalau Encik Hazwan dah keluar ke mana-mana.”
Anak matanya dikecilkan ke arah gadis yang masih cuba menahan tawa itu. Ingat aku tak tahu ke yang dia sebenarnya masih nak ketawakan aku? “Awak ni…”
“Sekejap! Saya ambilkan tali leher lain. Tapi… yang tu sebenarnya milik Encik Hazman. Kalau Encik Hazwan tak kisah, Encik Hazwan bolehlah pakai tali leher tu.”
Dia terdiam sekejap. “Tak kisahlah! Asalkan saya tak pakai tali leher yang berbunga-bunga ni!” Huh, patutlah staf kat depan tadi pandang lain macam. Macam manalah aku boleh tak perasan!
Keluhan kecil dilepaskan. Bukannya dia tidak perasan, Diya semakin nakal mengenakan dia sejak dia mengajak Diya berjumpa dengan Rhea dua minggu lepas. Entah apa yang Diya tidak berpuas hati, dia tidak tahu.
Kadang-kadang dia tak sedar bajunya sudah dikotorkan oleh Diya. Kadang-kadang dokumen penting dalam briefcase sengaja dikeluarkan Diya. Bersusah payah dia balik smeula ke rumah untuk mencari dokumen itu. Kadang-kadang Diya sengaja sepahkan biliknya sendiri. Padahal sebelum ni Diya tak pernah buat perangai macam tu depan atuk dan nenek dia. Diya macam sengaja cari pasal dengannya. Jujur, dia memang geram dengan perangai Diya. Tetapi dia cuba bertahan untuk tidak meninggikan suara kepada anak gadis yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
Takkanlah Diya protes semata-mata sebab dia ajak Diya jumpa Rhea hari tu? Tak nampak pun apa kekurangan Rhea sampai Diya nak tunjuk protes pada dia. Padahal masa jumpa hari tu, Rhea layan Diya dengan baik sangat.
“Alia, petang nanti awak tolong ambil Diya ya? Saya nak jumpa kawan.” Tangannya lincah membetulkan tali leher yang baru disarungkan itu.
Seraut wajah bosnya dipandang sekejap. Masuk kali ini sudah tiga kali. Bukannya dia tak sudi nak ambilkan Diya. Tetapi dia perasan perubahan wajah Diya setiap kali dia yang menjemput Diya dari sekolah. Bermacam alasan sudah diberikan. Diya budak pandai. Dia tahu itu cuma alasan. Hari ni alasan apa pulak yang aku nak bagi? Meeting lagi?
“Kenapa awak diam?”
“Tak ada apa-apalah.”
“Boleh tak?”
“Boleh. Saya akan ambil Diya petang ni.” Bersetuju lagi. Dah tak tahu macam mana caranya untuk menolak. Lagipun dia sendiri sudah menganggap Diya macam anak sendiri. Sejak Diya dilahirkan lagi. Melihat bosnya yang terkial-kial membetulkan tali leher sendiri, Alia menghampiri bosnya. Tangan terus diangkat dan membetulkan tali leher itu supaya kelihatan kemas. Segak! Sama macam arwah Encik Hazman. Sempat dia memuji di dalam hati.
“Awak sukakan Hazman Syah, kan? Sebab tu awak akur dengan semua arahan dia. Termasuk perihal Diya dan keluarga saya.”
Soalan tiba-tiba membuatkan Alia terkejut. Laju anak matanya singgah ke anak mata bosnya. Namun sekejap sahaja dia sudah melarikan anak matanya. Tangan dijatuhkan dan berkira-kira untuk melangkah setapak ke belakang.
Kedua-dua belah pergelangan tangan kecil itu dicapai lalu digengam kemas menghentikan langkah gadis di hadapannya. “Betul, kan?”
Alia mengetap bibir sekejap. Anak matanya kembali menatap sepasang anak mata itu. “Ya, saya memang suka dia. Sebab dia bos saya. Saya akur dengan semua tu sebab saya dah berjanji dengan dia.”
“Bukan sebab awak cintakan dia?”
“Gila! Dia dah kahwin masa saya mula-mula kerja kat sini. Kenapa saya nak cintakan dia pulak?”
“Baguslah kalau awak tak cintakan dia. Cuma... hati saya ni kuat mengatakan awak cintakan dia.”
Nonsense!”
Thanks untuk necktie ni.”
“Sama-sama.” Tanpa menunggu lama dia terus mengorak langkah dan keluar daripada bilik pejabat itu. Makin lama kat sini makin panas jadinya. Tak boleh nak mengeluh. Dia bos dan aku cuma kuli. Jujur, aku perasan sangat, perangai dua beradik itu memang jauh bezanya. Hazwan Shah… dan Hazman Syah. Tapi nak hairan apa, kan? Diya bukan anak kandung Encik Hazwan. Mungkin sebab tu Encik Hazwan tak ambil berat sangat pasal Diya. Tapi… yang menjadi kepelikannya, dulu Encik Hazwan tak macam ni. Baru beberapa minggu ni Encik Hazwan pelik macam tu.

********

BERKERUT seribu dahinya apabila memandang seraut wajah Auntie Lia yang sudah berdiri di hadapannya. “Mana papa? Kenapa Auntie Lia yang ambil Diya?”
Senyuman dihulurkan. Kesian Diya. Dia nampak riak kecewa pada seraut wajah itu. Tetapi… dia tidak mampu untuk membantu anak gadis itu. “Hari ni Auntie Lia jemput Diya. Papa Diya jumpa kawan dia. Takut terlewat jemput Diya.”

Diya melepaskan keluhan kecil. “Itu bukan kawan papa Auntie Lia. Itu kekasih papa. Diya tak suka dia. Diya menyampah dengan dia yang suka buat baik depan papa. Di belakang papa, dia marah Diya. Diya benci dia!” Amarah yang sekian lama dipendamkan akhirnya diluahkan juga kepada Auntie Lia.
Keluhan kecil dilepaskan. Bukan sekali ini Diya menyuarakan perkara yang sama. Dah tiga kali Diya mengadu pasal ‘kawan’ Encik Hazwan. “Diya… Tak baik cakap orang macam tu.”
“Habis tu… Kenapa papa suka sangat jumpa Mak Cik Rhea tu? Papa tak sayangkan Diya agaknya.”
Alia tersenyum apabila mendengar Diya menyebut perkataan Mak Cik Rhea. Kelakarlah Diya ni. Dan dia tahu, Diya memang sengaja menyebut seperti itu. “Isy, apa pulak macam tu! Sebab papa sayangkan Diyalah papa Diya suruh Auntie Lia jemput Diya. Jom. Kita pergi makan dulu sebelum balik.”
“Terima kasih Auntie Lia. Auntie Lia baik sangat dengan Diya. Diya suka Auntie Lia. Sejak papa Diya ada lagi, Auntie Lia memang baik. Dengan Atuk pun Auntie Lia baik. Tak macam Mak Cik Rhea tu!”
“Sudah-sudahlah tu puji Auntie Lia. Nanti kembang tak muat pulak kereta tu.”
Diya ketawa mengekek apabila membayangkan Auntie Lia kembang sehingga tak muat kereta. Diya sayangkan Auntie Lia. Sangat-sangat!

********

“DIYA… Papa nak pergi jumpa Auntie Rhea. Diya nak ikut ke tidak?”

“Tak nak!” Anak matanya langsung tidak berklai daripada memandang cerita kartun di hadapannya. Buat apa nak ikut kalau nanti kena marah lagi! Kalau tak Auntie Rhea, pasti papa yang akan marah-marah.
“Okey, kalau tak nak tak apa. Cuma… papa nak pesan lagi! Tolonglah jangan sepahkan rumah lagi. Papa penat, Diya. Sudahlah kat pejabat banyak kerja. Diya pulak nak sepahkan rumah dan nak tambahkan beban papa. So… bila papa balik nanti, papa nak rumah ni tak bersepah.”
“Okey.” Sepatah jawapannya.
“Jangan okey saja, Diya. Papa nak tengok Diya kotakan kata-kata Diya ni.” Bukan sekali ini sahaja dia melemparkan amaran kepada anak gadisnya itu. Dah banyak kali. Tetapi Diya tetap sama. Bila balik, rumahnya sudah macam tokang pecah. Dia betul-betul tak faham kenapa Diya perlu protes sampai macam tu sekali! Padahal, dia cuma keluar sekejap untuk berjumpa Rhea.
“Dengar tak apa yang papa cakap ni?”
“Dengar!” Sepatah jawapannya sambil anak matanya masih memandang televisyen.
Malas mahu melayan kerenah Diya, Hazwan terus mencapai kunci kereta lalu melangkahkan kaki keluar daripada pintu rumah. Harap-harap malam ni Diya tak buat perangai. Dia betul-betul penat melayan kerenah Diya.

********

LAMA dia berdiri di hadapan pintu rumah. Harapannya semoga Diya menepati janjinya. Dia cuma keluar dua jam. Itu pun dekat-dekat sini aje. Tak pergi jauh. Kalau Diya buat perangai jugak, tak tahulah dia nak buat apa lagi!
Dengan lafaz bismillah dia membuka daun pintu. Terjegil biji matanya melihat keadaan ruang tamu yang sudah macam toking pecah. Kusyen kerusi entah ke mana-mana. Ada susu yang sumah di lantai. Plastik jajan juga ada di mana-mana!
“Diya!!!” Kuat jeritannya meluahkan rasa geram dan amarah yang membuka. Bukan kali ini sahaja. Dah banyak kali benda macam ni berlaku! Walau beribu kemarahannya, Diya tetap memekakkan telinga!
Kali ini kemarahan sudah tidak terbendung lagi. Laju kakinya dilangkahkan ke anak tangga lalu menuju ke bilik Diya. “Diya!!” Panggilnya kuat. Apabila pintu dibuka, dia melihat Diya sudah tidur dan berselimut. Dia ingat aku tak tahu ke? Itu cuma taktik dialah!
“Diya! Bangun! Papa tahu dia buat-buat tidur! Bangun cepat!”
Langsung arahannya tidak diendahkan. Sakit betul hatinya1 Diya bukan budak kecil yang berumur setahun dua lagi. Diya dah besar panjang. Sepatutnya dia boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk!
“Diya!! Bangun!! Jangan pura-pura tidur lagi!” Kali ini dia sudah menghampiri katil itu lalu menarik selimut yang digunakan Diya.
Terkebil-kebil Diya membuka kelopak matanya. Kepala ditoleh ke arah suara bingit di sisinya.
“Jangan nak buat-buat baru terjaga. Turun bawah sekarang dan kemaskan semua yang Diya kotorkan tadi. Diya ni melampau, kan? Makin papa biarkan, makin Diya buat, kan?” Dia masih menghemburkan amarahnya.
“Budak macam tu, kita kena ajar Wan! Kalau tak, dia pijak kepala kita nanti!”
Suara Rhea bermain di mindanya. Ya, Diya memang perlu diajar! Jika tidak, Diya makin melampau nanti!
Diya meluruskan kaki ke lantai. Pening kepalanya akibat terjaga tiba-tiba macam tu. Dia bukan berpura-pura tidur. Tetapi dia memang sudah tertidur.
Hazwan memerhatikan langkah kaki anak gadisnya. Nampak mengantuk betul. Jangan-jangan… dia tipu lagi! Macam mana kalau dia memang betul-betul dah tidur? Rasa bersalah mencucuk jiwa. Tetapi dibiarkan sahaja. Diya perlu diajar untuk menghormati dan bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat.

********

“ALIA… Please… Petang ni awak kena tolong saya lagi. Tolong ambil Diya kat sekolah. Saya nak ambil Rhea kat pejabat dia.”
“Encik Hazwan… Saya bukan nak menolak. Tapi… sepanjang minggu ni, Encik Hazwan tak pernah pergi ambil Diya kat sekolah. Saya rasa, Diya selalu tunggu Encik Hazwan. Bukan saya.”
“Ala… Tolonglah. Kali ini saja. Saya perlu ke tempat kerja Rhea dulu. Nanti terlewat pulak nak ambil Diya. Merajuk pulak dia nanti. Tak laratlah nak pujuk perangai ngada-ngada dia tu.”
“Semalam pun Encik Hazwan cakap benda yang sama.”
“Kalau awak tak boleh tolong tak apalah. Ada pembantu pun bukan boleh harap.” Sempat dia merungut di hadapan Alia.
Alia mengetap bibirnya sekejap. Kalau aku ni tak boleh harap, dah lama aku bantah cakap dia tau! “Encik Hazwan… Saya cuma nak cakap yang seorang anak perempuan selalunya akan rapat dengan ayahnya. Seorang anak perempuan akan sentiasa nak berada di sisi ayahnya. Nakkan perhatian seorang ayah. Dia akan rasa selamat dan rasa dilindungi apabila dengan ayahnya. Apatah lagi jika anak perempuan itu tiada adik beradik lelaki. Itu yang saya pernah baca dalam buku dan majalah. Jadi… saya rasa Diya pun buat semua tu sebab dia perlukan Encik Hazwan di sisinya.”
“Takkanlah saya selalu nak kena berkepit dengan dia. Saya ni lelaki, Alia. Saya juga perlukan sesorang perempuan untuk menyayangi saya. Dan saya perlukan Rhea.”
“Saya tahu. Tapi bukan ke sepatutnya Encik Hazwan berlaku adil untuk anak Encik Hazwan?”
“Dia bukan anak saya, Alia! Dia cuma anak saudara saya.”
Sampai hati betul dia cakap macam tu. Kalau Diya dengar ni, memang anak gadis tu akan kecil hati. “Encik Hazwan… saya bukan nak menyibuk. Tapi… Encik Hazwan ingat tak yang Diya adalah amanah arwah Encik Hazman kepada Encik Hazwan? Kalau Encik Hazwan tak nak ingat, saya akan sentiasa mengingatkan Encik Hazwan sebab saya juga memikul amanah yang sama.”
“Kenapa saya, Alia? Kenapa saya yang perlu pikul tanggungjawab macam tu? Sedangkan selama ini, sebelum saya balik ke Malaysia, umi dan abah saya boleh jaga Diya.” Kali ini suaranya sudah mengendur. Terasa lemah seluruh urat sarafnya apabila mengingatkan amanah arwah Hazman. Rasa bersalah pada arwah. Juga rasa bersalah pada Diya.
“Mungkin sebab… Encik Hazwan adalah salah seorang yang terpilih untuk Diya.” Perlahan tangannya mencubit peha sendiri. Entah apa yang aku cakap pun tak tahu! Main bantai aje! Aku bukannya reti nak pujuk orang. Arwah Encik Hazman dulu tak adalah buat perangai entah apa-apa macam yang kat sebelah ni.
Seraut wajah itu dipandang lama. Otak kecilnya cuba mencerna kata-kata gadis bertudung hijau pucuk itu. “Maksud awak?”
Entahlah! Saya pun tak tahu apa yang saya cakap tadi. Tapi… takkanlah nak cakap tak tahu pulak. Ehem! Dia berdehem sekejap. “Saya rasa Encik Hazwan faham apa yang saya cuba sampaikan. Saya minta diri dulu. Nak pergi ambil Diya” Kakinya terus dilangkahkan meninggalkan bilik bosnya. Makin lama kat sini, makin berasaplah.
Geram betullah! Betul kata Diya. Encik Hazwan dah banyak berubah selepas Rhea balik ke Malaysia. Cemburu? Buat apa aku nak cemburukan dia. Bukannya aku ada hati dengan Encik Hazwan pun!

********

DIYA memandang seraut wajah di sisinya lama. Auntie Lia lagi! Kenapa papa macam tu sekarang? Dia dah lain dengan papa kandung Diya! Dia tak sama macam papa kandung Diya!
“Auntie Lia…”
“Hmm? Ada apa Diya?”
“Boleh tak kalau Diya nak jadi anak Auntie Lia.”
“Hah? Er… Apa… Apa maksud Diya ni?” Tergagap-gagap dia mahu bertanya. Soalan apakah itu? Susahnya nak jawab! Kenapa tiba-tiba Diya tanya soalan pelik macam tu?
“Diya minta maaf. Diya tahu… Diya bukanlah anak yang baik. Sebab tu papa tak suka Diya. Jadi, Diya tak nak jadi anak papa lagi. Diya nak jadi anak Auntie Lia. Auntie Lia…” Diya mengeluh panjang.
“Ya, Diya?”
“Diya bukan saja-saja nak melawan cakap papa. Diya bukan saja-saja nak sepahkan rumah. Diya bukan sengaja nak susahkan papa. Diya bukan sengaja tumpahkan air kat baju Mak Cik Rhea. Kenapa papa suka marah Diya?” Kali ini suara si kecil sudah kedengaran sebak.
“Diya… Apa cakap macam tu? Auntie Lia tahulah yang Diya bukan sengaja buat semua tu. Diya buat semua tu sebab nak raih perhatian papa Diya, kan?”
Kepalanya diangguk perlahan. “Cuma Auntie Lia seorang aje yang faham Diya. Auntie Lia baik sama macam mama Lia.”
Bibirnya menguntumkan senyuman hambar. Auntie Lia akan tengok-tengokkan Diya selagi Auntie Lia tak berkahwin. Selagi nenek dan atuk Diya tak ada di samping Diya. Itu janji Auntie Lia pada papa dan mama Diya. Sebab tu Auntie Diya masih berada di sini. Di sisi Diya, dan di sisi keluarga Diya.
Peristiwa sewaktu Encik Hazman menghembuskan nafas terakhir kembali terlayar di ruang matanya. Sewaktu kemalangan itu, dia ada di dalam kereta bersama Encik Hazman, Aina Natassya dan juga Diya.
Alhamdulillah, dia dan Diya terselamat. Alia cuma luka di dahi dan juga lengan. Namun Diya langsung tak terluka apa-apa. Rupa-rupanya, Aina Natassya memeluk erat sekujur tubuh anak gadisnya. Mungkin kerana itu Diya tidak cedera walaupun sedikit.
“Lia…” Tersekat-sekat nafasnya Hazman memanggil.
“Ada apa Encik Hazman?” Bersama air mata yang sudah basah di pipi, dia menghampiri bosnya.
“Boleh awak tolong saya?”
“Tolong apa Encik Hazman? Selagi termampu, saya akan tolong.” Risau sungguh hatinya tatkala melihat nafas yang tersekat-sekat itu.
“Janji dengan saya yang awak akan jaga anak saya sekiranya berlaku apa-apa kepada saya atau isteri saya.”
Bibirnya diketap kuat. Sungguh, dia benar-benar sedih melihat keadaan bosnya yang seperti nyawa-nyawa ikan itu. Darah sudah memenuhi ruang muka bosnya. Aina Natassya pula… dia sudah menghembuskan nafas terakhir. Mungkin ketika kemalangan itu berlaku.
“Saya… Saya janji Encik Hazman.”
“Hazwan Shah… juga abah dan umi saya. Tolong… Tolong anggap mereka macam ibu bapa awak, Lia. Janji… yang awak akan jaga mereka seperti menjaga keluarga awak sendiri. Saya percayakan awak, Alia.”
“Saya janji Encik Hazman.”
Kerana janjinya itu, dia selalu bersama keluarga itu. Lagipun, Encik Arman dan Puan Fatihah sendiri ada sewaktu dia mengucapkan janji itu sebelum arwah Hazman meninggal.
Jika bukan kerana itu, mungkin dia langsung tiada kaitan dengan keluarga ini. Dan sekarang, Encik Arman dan Puan Fatihah sendiri sudah menganggap dia seperti anak mereka. Cuma dia sahaja yang masih segan dan masih menggunakan panggilan Encik dan Puan.
Sekarang, dia masih berusaha menunaikan janjinya untuk menjaga orang-orang kesayangan arwah Hazman Syah. Insya-Allah, selagi termampu dia akan menghulurkan bantuan.

********

HAZWAN sudah berpeluh sendiri. Sungguh, dia tidak tahu bagaimana untuk menjaga seorang budak apabila demam. Dia tidak pernah mempunyai pengalaman begini. Sejak dia pulang ke Malaysia, ini adalah kali pertama Diya demam.
Dia mundar mandir sekejap. Berfikir dan gterus berfikir untuk melakukan apa. Sebenarnya, awal-awal tadi dia ingat Diya menipu. Tetapi apabila Diya hanya berkurung di dalam bilik, dia naik ke tingkat atas. Anak gadisnya itu sedang berselimut dan menggigil. Apabila tangannya diletakkan ke dahi Diya, memang terasa panas sangat.
“Diya, jom papa hantar Diya pergi klinik ya?”
“Tak nak! Diya nak Auntie Lia!”
“Diya… Jangan macam ni. Auntie Lia tak akan datang malam-malam macam ni. Lagipun tak elok kalau Auntie Lia datang sini malam-malam. Nanti manimbulkan fitnah.” Dia memujuk dan terus memujuk apabila Diya asyik menyeru nama Alia. Susahnya! Dia betul-betul buntu untuk berfikir.
“Nak jugak! Diya nak Auntie Lia jugak.”
“Hmm… Kalau macam tu, papa minta Auntie Rhea datang ke sini, ya?” akhirnya dia mengalah juga. Manalah tahu kalau Alia datang dia boleh pujuk Diya untuk ke klinik. Sekurang-kurangnya alia boleh menjaga Diya untuk sementara waktu.
Telefon bimbitnya dicapai lalu nombor telefon Alia didail. Tanpa ucapan salam, dia terus menuturkan patah bicara setelah mendengar suara dihujung talian.
“Alia… Boleh tak awak datang ke rumah saya sekejap?”
Berkerut seribu dahinya. Encik bos ni dah kenapa? Salam tak, sapaan tak ada, tiba-tiba suruh datang ke rumah dia? Dah buang tebiat ke apa? Eh, tapi… Jangan-jangan Diya buat hal lagi? Pantas dia bingkas bangun nak duduk bersila di atas katil. “Kenapa pulak Encik Hazwan? Dah lewat malam ni.”
“Diya… Dia demam. Risaulah saya. Dia asyik panggil nama awak aje.”
Demam? Ya Allah… Risaunya hati ni! Encik bos tu manalah tahu nak jaga budak demam! Isy, macam mana ni? “Hmm… Apa kata minta tolong dengan girlfriend Encik Hazwan tu?” Sempat lagi kau ni kan, Alia? Dah tu? Dia tu yang suka sangat lebih-lebihkan girlfriend dia berbanding Diya. Mintalah tolong girlfriend dia! Merajuk ke apa macam ni, Alia? Entahlah!
“Diya tak nak dia. Diya nak awak seorang aje.”


“Iyalah, saya datang kejap nanti. Tapi… kalau boleh Encik Hazwan keluar sekejap boleh tak? Tak elok kalau saya masuk rumah Encik Hazwan kalau Encik Hazwan ada sekali. Nanti tak pasal-pasal kena cekup dengan orang JAIS. Meranalah girlfriend Encik Hazwan nanti.”
Dia ni kan… Kalau tak perli aku tak boleh ke? Kalau tak disebabkan Diya demam, nak aje aku fire minah ni! Geram betullah. “Iyalah. Saya tunggu kat luar. Dalam kereta.” Mengalah lagi.
Sementara menunggu Alia datang, sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Rhea di skrin telefonnya. Bibirnya menguntum senyuman. Tetapi jelas kelihatan hambar. Memang padanlah kalau Alia suka sangat perli aku! “Hai, Rhea!”
“Hai! You kat mana? Dah setengah jam I tunggu ni?”
Apabila teringatkan temujanjinya dengan Rhea, Hazwan menepuk dahi. Langsung dia terlupa kerana terlalu risaukan Diya. “Er… Rhea, sebenarnya…”
“Jangan cakap yang you tak dapat datang sebab Diya lagi!” Tekanya tanpa ragu. Sejak kebelakangan ini, Hazwan kerap memberi alasan tidak keluar disebabkan anak saudaranya itu. Kadang-kadang naik menyampah juga dengan sikap mengada Diya. Dia ingat dia seorang aje yang nakkan kasih sayang Hazwan? Aku pun naklah!
Dia terdiam lama. Memang diakui sejak kebelakangan ini dia sudah mula lebihkan Diya dalam apa jua hal. Bukannya dia tidak kesiankan Rhea, tetapi dia lebih kesiankan anak saudara yang sudah dianggap seperti anak kandungnya itu.
Lambat-lambat keluhan berat dilepaskan. “I minta maaf Rhea. Tapi… Diya demam panas. Dan I tak akan tinggalkan dia seorang diri kat rumah.”
“You! I dah tunggu hampir setengah jam. Sikit pun you tak bagitahu. You tak kesiankan I ke?”
I’m really sorry, Rhea. I betul-betul tak boleh keluar hari ni.”
“Kalau macam tu… I datang rumah you? Boleh I jaga Diya.”
No! Tak payah. Dah lewat malam Rhea. Mungkin esok sahaja you datang ke sini?”
“You ni! Semuanya tak boleh. Iyalah. Esok I datang rumah you! Bye!”
Talian dimatikan begitu sahaja. Hazwan sekadar memandang telefon bimbitnya dan langsung tidak terniat untuk menelefon balik untuk memujuk buah hatinya itu. Suara seseorang memberi salam di luar rumah membuatkan dia terperanjat. Cepat-cepat dia melangkahkan kaki turun ke tingkat bawah.
“Assalamualaikum.” Salam dihulurkan sekali lagi apabila seraut wajah bosnya muncul di muka pintu. “Waalaikumussalam. Masuklah.”


Alia memandang seraut wajah itu sekejap. Bukan tadi dia cakap nak keluar ke? Tunggu apa lagi?
“Eh? Ops… Masuklah. Saya keluar. Bilik Diya tingkat dua. Pintu kedua dari anak tangga.”
Alia sekadar tersenyum kecil sambil mengangguk.
“Alia…”
Baru sahaja kaki kanannya melangkah masuk ke dalam rumah agam itu, namanya diseur perlahan. Alia kembali menoleh ke belakang.
“Kalau perlukan apa-apa, awak boleh call saya.”
Dia senyum lagi sambil mengangguk. Hihi… Tak rasa kelakar ke? Kat pejabat di abos dan aku PA dia. Kat rumah ni… Aku macam mem besarlah pulak. Bos kena tunggu kat luar. Haha! Berembunlah Encik Hazwan kat luar!

********

“ARGH!! Apa kau buat ni?!!” Kuat dia bertempik. Pantas dia menolak tubuh Diya yang masih lemah. Terpelanting Diya apabila ditolak kuat begitu. Nasib baik Alia cepat-cepat menyambut. Kalau tidak, sudah pasti kepala Diya sudah terkena bucu katil.
Hazwan juga terkejut dengan tindakan drastik itu. Bulat matanya memandang ke arah Diya dan Rhea silih berganti.
Diya sudah menangis ketakutan. Bukan kerana takutkan Mak Cik Rhea. Tetapi takutkan amarah papanya. Alia yang memangku tubuh Diya cepat-cepat memeluk tubuh kecil itu.
“You! Kenapa anak you macam tu? Tengok! Habis baju I! Dahlah baju ni limited edition. I beli kat Paris ni. Habislah… Mana nak cari baju macam ni lagi.”
“Rhea! Kenapa dengan awak ni? Awak hampir-hampir cederakan Diya!” Kali ini Alia bersuara. Sakit hatinya apabila Rhea berkasar begitu dengan Diya.
“Kau jangan seboklah perempuan! Kau sama aje! Kenapa dia muntah atas baju aku? Sepatutnya dia muntah atas baju kau! Kau tu kan PA Wan!”
Alia mengetap bibir geram. Apa kena mengena muntah dengan PA? Kalau aku bukan PA Encik Hazwan pun, aku tak akan buat Diya macam tu! Malas mahu bertengkar, Alia bersusah payah memapah Diya ke bilik air untuk membersihkan baju Diya yang terkena muntah.
Hazwan yang masih terperanjat cuma memerhati.
“You… tengok ni! Macam mana ni you. I nak balik macam mana dengan maju busuk ni. Eee… Uweek!!”
Pang!
Tiba-tiba satu tamparan singgah di pipi Rhea. Terkejut Rhea bukan main lagi. Bulat matanya memandang Hazwan. “You ni kenapa, Wan? Berani you tampar muka I? Sebab perempuan tu, kan?”
“Perempuan tu anak I!”
“Pembetulan ya! Bukan anak you! Tapi anak saudara you!” Dia masih tidak berpuas hati dan masih terus menerus menyimbah minyak ke dalam api yang marak.
“Walaupun dia bukan anak kandung I, dia tetap darah daging I!”
“Eleh, macamlah I tak tahu! Bukanlah sebab Diya sangat, sebab perempuan tadi tu, kan? Sebab PA you tu! Kenapa you nak bela dia sangat? Dia tu… buat baik dengan you sebab dia ada hati dengan you. Tahu tak?”
“I tampar you bukan sebab menyebelahi Alia. Tapi sebab you tolak anak I. Kepala dia hampir terkena bucu katil. Kalau tak disebabkan PA I, mungkin Diya dah kat hospital sekarang! Kenapa you tergamak buat macam tu, Rhea!”
“Sebab I benci dia! Dia menyusahkan I. Sebab dia wujud dalam hidup you, I tersisih. You selalu lebihkan dia. Bila I ajak jumpa, ada sahaja alasan you sebab dia! Semuanya sebab dia!”
Selepas keluar daripada bilik air, Alia mendengar perang mulut yang dah macam bertih jagung kena goreng. Bingit betullah telinganya. Sekilas dia menoleh ke sisi. Dahi Diya juga kelihatan berkerut. Mungkin tidak selesa dengan suasana bising seperti itu.
“Er… Ehem! Assalamualaikum. Tak jawab salam berdosa.”
Tegurannya itu membuatkan perang mulut itu terhenti seketika.
“Er… Kalau nak berperang sangat, boleh tak berperang kat luar? Tak nampak ke kat dalam bilik ni ada orang sakit?”
“You!!” Serentak Rhea dan Hazwan menjerkah ke arah Alia yang sesuka hati menghalau mereka.
Terkejut Alia bukan kepalang lagi. Liurnya ditelan perlahan apabila melihat dua pasang anak mata yang bersabung pandang ke arahnya. Sudah! Yang aku masuk campur urusan laki bini tu kenapa? Bibirnya tersenyum hendak tak hendak sahaja. “Er… Hmm… okey. Bolehlah sambung balik. Saya dengan Diya yang akan keluar.”
Baru sahaja kakinya ingin melangkah, Hazwan sudah bersuara. “Sekali lagi awak melangkah, saya sepak kaki awak tu!”
Ek? Aku pulak yang kena? Automatik kakinya menjadi kaku. Lengan yang menampung tubuh Diya juga sudah terasa kebas. Macam mana ni?
Nafas Rhea sudah turun naik menyaksikan sandiwara di hadapan mata. Sudahnya dia mencapai beg tangannya lalu melangkahkan kaki meninggalkan ruang bilik yang dirasakan semakin panas. Makin lama dia berdiri kat situ, makin panas jadinya!
Hazwan melangkah lalu menghampiri dua gadis itu. Alia membulatkan mata apabila Hazwan menghampiri tubuhnya. Sudah! Bahaya ni! Rhea dah tinggalkan aku sorang-sorang dalam rumah ni! Kalau JAIS datang macam mana?
Huhu… Nampaknya tersilap masuk kandanglah! Lari dari kandang harimau tapi masuk ke kandang buayalah! Bahaya ni! “Ehem!!” Dia berdehem kuat apabila dirasakan sejak tadi bosnya itu asyik memandang seraut wajahnya. “Encik Hazwan… Tangan dan kaki saya dah kebas.”
Hazwan tersenyum kecil apabila melihat riak serba tak kena itu. Entah mengapa dia tiba-tiba jadi kaku sebaik sahaja berdiri dekat dengan gadis itu sekejap tadi. Nasib baiklah Alia berdehem bagai nak pecah anak tekak tadi! Kalau tak… dah ke laut jawabnya!
“Tahu pulak? Yang awak berlagak kuat sangat tu kenapa?” Dia mendekatkan lagi tubuh ke arah Alia. Tetapi kali ini tangannya singgah di tubuh Diya lalu mencempung anak gadisnya itu. Apabila berjaya menyeimbangkan badan, dia menoleh sekilas ke sisinya. Kelihatan Alia sedang mengurut lengannya yang mungkin kebas. “Masamlah awak ni! Boleh tak awak pergi mandi sekarang?”
“Hah? Er…” Hidungnya mencium baju sendiri. “Memanglah masam. Kan tadi terkena muntah Diya. Girlfriend Encik Hazwan punya pasallah ni.”
“Pergilah mandi kat bilik sebelah. Baju saya ada kat situ.”
“Eh, tak boleh! Saya nak balik sekarang. Kalau JAIS datang nanti, naya saya!”
“Nak balik dengan baju kotor ni? Kita bukan tinggal berdua. Diya kan ada sekali. Lagipun dah pukul satu. Jap lagi Mak Yam kat sebelah ni akan datang hantar lauk.”
“Hah? Er…” Jawapan apa lagi yang dia ada?

********

SEKALI lagi dia tersengih-sengih sambil ketawa sorang-sorang. Entah apa yang melucukan sangat tak tahulah!
Alia mengetap bibir perlahan. Dia ni memang nak kena dengan aku agaknya! Memanglah dia bos! Tapi kat pejabat aje! Kat rumah ni memang taklah! Macamlah aku tak tahu dia gelak pasal apa?! Tak lain tak bukan, ni mesti pasal semalam! Sakan dia gelakkan aku sebab pakai baju dia yang besar gedabak tu! Sempat pulak dia tangkap gambar aku dengan menggunakan telefon bimbit dia!
“Mak Yam… Tengok Encik Hazwan ni!” Adunya kepada Mak Yam apabila Hazwan masih tidak berhenti gelakkan dia.
Mak Yam turut menyimpan tawa. Memang nak tergelak bila tengok baju yang longgar sana sini tu. Tetapi tak sampai hati nak gelakkan Alia. “Itulah… kenapa tak pergi mandi kat rumah sebelah aje. Baju Mak Yam kan banyak.”
“Mak Yam ni perli Lia ke apa? Baju Mak Yam lagilah besar kalau nak dibandingkan dengan baju Encik Hazwan.”
“Wan… Sudah-sudahlah tu gelakkan Lia. Apa kata Wan tolong pergi belikan baju untuk Lia. Kesian Mak Yam tengok Lia macam ni.”
Kih Kih Kih! Hazwan masih ketawa kuat-kuat. “Ha’ah, memang kesian sangat! Sini, nak ambik gambar. Boleh tunjukkan pada abah dan umi nanti.” Laju tangannya menekan ikon kamera di telefon bimbitnya.
Tak sempat Alia nak mengelak apabila lense kamera sudah terpancar di hadapannya.
“Encik Hazwan! Delete balik gambar tu!”
Sempat juga berlaku adegan kejar mengejar. Beberapa kali Alia terjatuh akibat baju yang besar itu. Sudahnya, Hazwan melangkahkan kaki keluar rumah dan membelikan sepasang baju untuk Alia.
“Diya… Auntie Lia dah nak balik ni. Esok Auntie Lia datang lagi ya?” Sudahnya Alia meminta diri. Penat nak hadap gelakan bosnya itu! Ee… sekali aku sekeh kepala dia, baru dia tahu! Geram betullah!
“Auntie Lia… Tidurlah kat sini.” Perlahan tangannya menepuk tilam di sebelahnya.
“Eh, tak boleh!” Cepat-cepat dia membantah lalu mengerling ke arah bosnya. Gila apa? Takkanlah aku nak tinggal serumah dengan bos yang senget tu!
“Tidur ajelah kat sini, Lia. Biar Wan tidur kat rumah Mak Yam. Senang sikir kalau Diya nak apa-apa.” Kali ini Mak Yam pulak yang mencadangkan idea itu. Kesian juga apabila melihat riak sedih Diya.
“Er… Tapi…” Sekali lagi dia menjeling bosnya.
“Boleh. Tidur ajelah.”
“Yea! Diya tahu papa memang baik. Kan, mama?” Soalnya kepada Alia.
Masing-masing saling berpandangan sekejap. Mama? Sejak bila pulak Diya panggil Alia dengan panggilan mama?
Takut-takut Alia menjeling ke arah bosnya. Hazwan memandang seraut wajah Alia lama. Rasa macam best aje panggil macam tu! Tapi…
Alia menggelengkan kepala mengisyaratkan bahawa bukan dia yang mengajar Diya memanggil begitu.
Diya yang perasankan keadaan kekok yang menerpa mula tersenyum. “Ops… sorry! Tersasul tadi. Auntie Lia…” Dia kembali membetulkan keadaan kekok yang tiba-tiba tadi. “Auntie Lia baik macam mama. Sebab tu Diya tersasul.” Sengih lagi. Sengihan yang mendalam maksudnya.

********

TERMENUNG! Sejak kebelakangan ini dia kerap termenung sendirian. Banyak perkara yang berlaku sepanjang ketiadaan umi dan abah di rumah. Dia, Diya, Rhea dan… Alia.
Keluhan panjang dilepaskan. Menyebut sepatah nama terakhir itu, jantungnya terasa diserang tiba-tiba. Bibirnya menguntum senyuman tanpa disangka. Alia... Sikap dia sangat jauh bezanya dengan Rhea.
Sering terbayang di ruang mata betapa kelam kabutnya Alia apabila Diya memanggilnya dengan panggilan mama. Jujur, waktu itu dia rasa bahagia. Dia rasa terusik. Dia rasa sesuatu yang tak pernah dirasa ketika bersama Rhea. Apa maksud perasaan itu?
Seminggu dia berfikir. Seminggu otak kecil tidak mampu melenyapkan bayang seraut wajah itu. Ada sesuatu dalam diri Alia yang tak ada pada diri Rhea. Alia... Dia baik. Penuh dengan kasih sayang. Bersifat keibuan. Dia sayangkan Diya seolah-olah Diya ada pertalian darah dengannya. Sentiasa melindungi Diya walau terpaksa membahayakan diri sendiri. Dan dia... terlalu mengambil berat tentang diri aku sepanjang umi dan abah ke Mekah. Subhanallah, aku ingin mencintai wanita seperti Alia. Bukan seperti Rhea.
Dan jantung ini… Kenapa jantung ini selalu berdetak tak menentu bila pandang Alia? Mata ini… Kenapa sepasang anak mata ini selalu tidak mahu berkalih apabila memandang seraut wajah itu? Apa yang tak kena dengan aku sebenarnya? Aku sukakan Alia? Mustahil! Dia cuma PA aku.

********

“NENEK… Atuk… Terima kasih.”
Berkerut dahi kedua-dua orang tua itu. Entah kenapa, cucunya tiba-tiba berterima kasih kepadanya dengan riak yang gembira dan sukar untuk ditafsirkan. “Sama-sama. Kenapa cucu nenek nampak happy sangat ni? Ada apa-apa yang nenek dengan atuk tak tahu ke?”
“Ada!! Banyak sangat!” Mulut pot petnya menceritakan semua yang berlaku sepanjang atuk dan neneknya tiada di rumah agam itu.
Bukan main ketawa lagi Encik Arman dan Puan Fatihah mendengar celoteh cucunya. Kebetulan yang sama, Mak Yam pun ada sekali di situ. Apa lagi, makinlah Mak Yam menambah perisa untuk menyedapkan rasa. Fuh, nampaknya memang cukup rencah betul!

********

“YOU... Wan, janganlah macam ni. I cintakan you. Cuma you seorang sahaja. I sanggup pulang ke Malaysia semata-mata untuk you, Wan.”
“Maaflah Rhea. Sekarang I dah sedar yang sebenarnya you bukanlah cinta yang I cari selama ini. Cuma… I banyak berhutang budi dengan you. Sebab tu I tak berani nak tolak bila you cakap I ni boyfriend you pada semua orang.”
“You… jangan cakap macam tu. Sedih hati I ni. You tak kesiankan I ke? I ikhlas bercinta dengan you. Tak ada sesiapa pun yang paksa I.”
“I minta maaf, Rhea. I tak ada cinta untuk you. Cinta I hanya untuk seorang perempuan. Seorang perempuan yang tahu menghargai I. Yang sanggup menjaga dan melindungi I dan Diya. Yang penuh dengan kasih sayang dan cinta. Cuma dia wanita yang I cinta.”
“Siapa? Baik you cakap dengan I. Biar I ajar perempuan tu cukup-cukup. Berani dia rampas boyfriend I!”
“Jangan nak berangan yang you boleh sentuh dia. Sekali sahaja kulit you sentuh kulit dia, I tak akan teragak-agak untuk hancurkan hidup you, Rhea.”
“Sampai macam tu sekali ke, Wan? Wan… tolonglah… I memang tak boleh hidup tanpa you.” Merayu lagi. Kali ini dengan nada meraih simpati. Mengharapkan Hazwan akan lembut dengan nada mendayunya itu.
Sorry? Tak boleh hidup tanpa I ataupun tak boleh hidup tanpa duit I?” Sinis soalannya. Dah lama dia bersabar dengan kerenah Rhea. Tapi kali ini, dia betul-betul sudah nampak sikap Rhea yang sebenar.
“Apa you cakap ni, Wan? Sampai hati you cakap macam tu.”
“Ya, memang I sampai hati pun. Sebab itu adalah hakikat yang sebenar. So... mulai sekarang, tolong jangan muncul depan I lagi.” Dia terus mengorak langkah meninggalkan Rhea yang berterusan memanggilnya. Buat sakit hati aje melayan orang macam tu.

********

“ASSALAMUALAIKUM, Auntie.”
“Waalaikumussalam. Rhea… masuklah.”
Tersengih-sengih dia melangkah masuk ke rumah agam itu. “Wan ada Auntie?”
“Hazwan kerja Rhea. Kejap lagi baliklah tu.”
Tidak sampai beberapa minit uminya menyebut, kelibat kereta Hazwan sudah muncul di pagar rumahnya. Riak wajah Rhea jelas menunjukkan keceriaan. Namun, keceriaan itu termati apabila melihat seorang perempuan yang turut keluar daripada perut kereta. Jangan cakap yang… perempuan ni yang dimaksudkan oleh Hazwan semalam?
“You buat apa kat sini, Rhea?”
“Wan… I nak minta maaf dengan you! Untuk kali ini I benar-benar minta maaf dengan you.” Dia cuba meraih tangan Hazwan namun pantas ditepis oleh tangan kasar itu.
“Wan… I tahu, you tipu dengan apa yang you cakap semalam, kan? You saja nak uji I, kan? Sebab tu you reka cerita pasal perempuan tu.”
Hazwan tersenyum sinis. “I tak tipu, Rhea. I tak mereka cerita. Wanita yang I cinta dan wanita yang I maksudkan itu adalah…” Hazwan terdiam sekejap dan kemudian anak matanya singgah pada seraut wajah Alia. Ya Allah, aku benar-benar mencintainya.
Alia mengerutkan dahi. Kenapa pandang aku? Kisah apa pulak yang dimaksudkan oleh Hazwan ni? Sudahnya, Encik Arman dan Puan Fatihah juga memandang ke arah Alia. Begitu juga dengan Diya dan Rhea.
Eh, apasal semua orang pandang aku? Aku ada buat salah apa-apa ke? Huhu… Apa salah aku ni? “Er… Apasal…”
“Alia. Nur Alia Maysara.”
Belum sempat dia menyoal, Hazwan sudah menyebut namanya.
“You?!!” Tiba-tiba sahaja mereka terdengar jeritan kuat daripada kotak suara seorang perempuan. Semua mata beralih memandang ke arah Rhea. Rhea melajukan langkahnya lalu melayangkan satu penampar ke muka Alia tanpa sempat ditahan oleh sesiapa.
“Rhea!!” Hazwan menjerkah kuat kerana terkejut.
Alia pula terpinga-pinga sendiri. Apasal ni? Apa salah aku? Kenapa Rhea tampar aku? Dan kenapa pulak Hazwan tiba-tiba naik angin? Sakitlah! Boleh tahan jugak penangan minah ni. Tangan dia keras macam batu.
“Tak guna! Jadi youlah penyebab Wan bencikan I! You rampas Wan dari I. You tak layak jadi kekasih Wan, Alia! You tu cuma PA dia aje!”
Aku? Kekasih Hazwan? Apa yang si Rhea ni cakap? Aku tak faham! Bersama tapak tangan yang masih menekup pipi yang terasa berdenyut, anak matanya singgah pada seraut wajah Hazwan mencari satu kepastian dan mencari satu jawapan kepada soalan yang tergantung.
Hazwan melangkah menghampiri Alia. “Saya minta maaf, Alia. Wanita yang saya cinta adalah awak. Bersaksikan umi, abah dan Diya, saya nak lamar awak jadi suri hidup saya. Dan saya nak… awak jadi mama Diya untuk selamanya.”
Makin bingung kepalanya. Tadi Rhea cakap aku kekasih Hazwan. Sekarang Hazwan cakap dia cintakan aku, nak lamar aku jadi suri hidup dia dan nak aku jadi mama Diya untuk selamanya. Dan aku pula… langsung tak tahu menahu pasal ni. Apa semua ni? Mengapa semua ini?

********

MATA bertentang mata apabila Hazwan tiba-tiba berdiri tegak di hadapan meja Alia. Dua hari… Sepanjang dua hari hujung minggu itu, dia tidak dapat menghubungi Alia. Ingatkan Alia tak datang kerja hari ini sebab masih mahu mengelak daripada berjumpa dengannya.
Bibirnya menguntumkan senyuman apabila melihat seraut wajah yang masam mencuka di hadapannya. “Alia…” Tak sempat berbicara apa-apa, Alia sudah memintas.
“Selamat pagi, Encik Hazwan. Jadual hari ni cuma satu. Mesyuarat dengan klien pukul dua setengah petang. Saya dah letak minitnya kat atas meja Encik Hazwan.” Selepas berkata-kata dia terus melangkahkan kaki dan berkira-kira untuk meninggalkan bosnya.
“Alia… Tolonglah jangan mengelak macam ni. Saya perlukan jawapan awak. Umi dan abah juga sedang tunggu jawapan awak.”
Keluhan berat dilepaskan. Nafas ditarik panjang sebelum menoleh ke belakang. “Encik Hazwan… Tolonglah bagi saya masa untuk berfikir. Sekarang waktu pejabat. Bagilah saya berfikir tentang urusan pejabat. Saya tak akan mengelak daripada Encik Hazwan sebab Encik Hazwan adalah bos saya. Nak tak nak, saya akan jumpa Encik Hazwan juga.”

********

JARUM jam di atas mejanya dipandang dan detik waktu dihitung lagi. 55... 56... 57... 58... 59... 5!! Laju tangannya mencapai briefcase yang sejak setengah jam tadi lagi diletakkan di atas meja. Samsung S4 dicapai lalu kakinya pantas dilangkahkan keluar daripada bilik pejabat.
Anak matanya mencari seraut wajah PAnya. Berkerut seribu dahinya sambil kepalanya digaru perlahan. Kali ini anak matanya berkalih pandang ke arah Shima. “Mana Alia?”
“Er... Rasanya dah balik. Baru kejap tadi saya nampak dia dah bawa bersama beg tangan dan beg galas dia tu.”
“Cepatnya?!” Pandai pulak dia nak mengelak dari aku, kan? Laju kakinya diatur menuju ke lif. Isy, lambat pulak pintu lif ni nak terbukak. Kerana bimbang Alia terus menghilang, kakinya diatur menuju ke anak tangga.
Di anak tangga terakhir, nafasnya ditarik dalam. Rasa semput sangat. Dah lama aku tak main berlari kat anak tangga bangunan ni. Bukan setingkat dua, tapi enam tingkat. Alia mengurut dadanya perlahan. Sempat anak matanya dikerlingkan ke anak tangga. Bimbang juga kalau-kalau Encik Hazwan pun menggunakan tangga untuk turun ke bawah.
Sekejap kemudian, bibirnya menguntumkan senyuman sambil menggeleng perlahan. Aku ni dah gila agaknya? Buat apa aku nak lari daripada dia? Takut dia tanya lagi pasal jawapan aku? Entahlah! Tapi yang penting, aku tak nak terserempak dengan dia.
Baru beberapa langkah kakinya diatur, telinganya menangkap suara seseorang melaungkan namanya.
“Alia!!”
Bulat matanya sekejap. Oh, no! Nampaknya, dia memang menggunakan anak tangga untuk turun ke bawah! Tanpa berpaling ke belakang, dia terus mengatur langkah seribu lalu meninggalkan bosnya. Tak boleh jadi ni! Mesti dia nakkan jawapan tu. Kalau tak, tak mungkin dia balik awal macam ni!
Sempat Alia menyorok di belakang salah satu bangunan yang berhampiran dengan bangunan pejabatnya. Nafas ditarik panjang bagi menghilangkan rasa sesak akibat marathon tadi.
Hazwan mengetap bibir geram. Antara kaki aku dengan kaki dia, kaki siapa lagi panjang? Mestilah kaki aku! Apa dia ingat aku tak nampak ke dia sembunyi kat belakang tu? Dengan langkah yang paling perlahan, dia menapak menghampiri bangunan itu. Dia yakin, Alia masih lagi bersembunyi di situ.
“Hah!!”
“Oh, mak cik tikus jatuh tergolek!” Terkejut Alia bukan main lagi. Habis terbang fail yang berada dalam dakapannya tadi.
Kah! Kah! Kah! Tawa kuat dilepaskan. “Saya tak tahulah pulak yang awak ni melatah! Punyalah comel latah awak tu!”
Alia mengetap bibir geram. Aku ni bukan main terperanjat lagi. Dia pulak? Bukan main enak lagi gelakkan aku. “Terkejut, tahu tak? Nak apa?” Soalnya sedikit garang.
“Wah, kali pertama saya nampak awak marah-marah macam ni. Tapi... takpe! Awak nampak makin cantik bila marah-marah macam ni.”
“Mengarut! Awak nak apa?”
“Nak awak! Tapi... itulah! Awak ni sombong sangat, kan? So... buat masa sekarang saya nak jawapan awak ajelah.”
Sepasang anak matanya memandang lama sepasang anak mata di hadapannya. Jawapan apa yang saya ada, awak?
Hazwan turut memandang sepasang anak mata itu. Apa-apa sahaja jawapan yang awak ada. Kalau boleh, bukan jawapan yang mengecewakan saya. “Jangan pandang saya macam tu kalau awak tak nak saya cakap yang saya nak awak sekali lagi.”
Alia mencebik sekejap sebelum menunduk mencapai fail tebal yang terjatuh tadi. Main ugut aje! Ingat aku takut ke? Hmm?
“Dengar tak saya cakap apa?” Kakinya dilangkah sepatak berdiri hampir dengan gadis yang sudah mula bertakhta di hatinya itu.
Terkejut Alia apabila mengangkat wajah, tubuh lelaki itu dekat dengan tubuhnya. Setapak langkahnya diundur sebelum melemparkan jelingan tajam. Dia ingat aku pekak ke? Namun soalan itu cuma di dalam hati.
“Dengar ke tidak?” Kali ini Hazwan Shah maju setapak lagi ke hadapan.
Belum apa-apa lagi, Alia terus mengangkat fail tebal itu lalu dilayangkan ke belakang badan Hazwan Shah. “Ingat orang pekak ke, hah?” Dah habis waktu kerja. Jadi... bolehlah dia buli bos!
“Adoi!! Ganasnya bakal isteri saya ni?!”
Tidak mempedulikan kata-kata bosnya, dia terus melangkahkan kaki meninggalkan bosnya tanpa memberikan apa-apa jawapan.
“Eh, Alia! Jawapannya apa?”
Laju dia berlari anak meninggalkan lelaki itu. Jujur, dia masih bingung dengan jawapan yang bakal dijawabnya. Dia masih keliru. Dan sebenarnya... dia sangat takut untuk menyatakan jawapannya! Biarlah menjadi tanda tanya untuk sedetik waktu lagi. Bila dia sudah benar-benar bersedia, barulah dia akan menyatakan jawapannya.

********

“PAPA… Macam mana? Apa jawapan Auntie Lia?”
Sergahan secara tiba-tiba itu memeranjat dia yang sedang asyik mengelamun di meja kerjanya. Kepala ditoleh sekilas ke arah Diya. Menyesal pulak aku bawa budak kecik ni ke pejabat! “Terperanjat papa! Bagilah salam ke, apa ke!”
Diya sudah mencekik pinggang lalu mengetap bibir. “Papa ni… Diya dah banyak kali panggil papa. Papa tu yang asyik mengelamun, lepas tu asyik pandang Auntie Lia.”
“Isy, mana ada! Pandai aje dia ni! Diya tanya apa tadi?”
“Diya tanya… Apa jawapan Auntie Lia?”
Keluhan kecil dilepaskan. Huhu… tak tahu nak jawab apa! “Entahlah Diya. Macam tak ada apa-apa respond aje.”
“Papa ni… Cubalah pikat Auntie Lia. Kalau tak macam mana Auntie Lia nak jatuh cinta pada papa.”
Hazwan ketawa kecil. Bercakap macam orang tua! Ni mesti kerja atuk dia. Mesti abah yang ajar Diya cakap macam ni, kan? “sebelum tu papa nak tanya. Siapa yang…”
Belum sempat Hazwan menghabiskan ayat, Diya sudah menyampuk. “Atuk yang ajar. Lepas tu nenek cakap, suruh papa bagi surat cinta pada Auntie Lia.”
Kali ini ketawanya pecah. Haih, umi dengan abah dah meracuni fikiran anak akulah! Bertuah betullah! “Papa tak pandai nak mengayat dengan bahasa berbunga-bunga. Takut lain yang ditulis, lain pulak yang Auntie Lia faham.”
“Hah, lagi satu! Atuk memang cakap yang papa tak reti nak karang ayat. Atuk kata, suruh papa tulis lagu. Sebab dalam lagu pun ada perasaan. Betul ke papa?”
“Entah! Manalah papa tahu.” Dia berfikir sejenak. Ada betulnya jugak cakap abah tu. Apa salahnya aku luahkan perasaan melalui lirik lagu.
“Diya…”
“Hmm?”
“Betul ke Diya nak tolong papa?” Kali ini otak kecilnya sudah didatangi idea yang baik punya! Hehe… Harap-harap menjadilah kali ni!
“Maksud papa… Pasal Auntie Hanis?”
“Hmm… Sekejap ya, papa nak tulis sikit.” Stick note di atas meja dicapai lalu dituliskan bait lagu yang dia ingat. Pesan cinta! Hihi… Lawak tak? Karang kalau Alia gelakkan aku macam mana? Ah, lantaklah! Belum cuba, mana nak tahu!
Jari jemarinya mula menari di atas stick note yang berwarna kuning itu. Selesai menulis, dia melipat kertas itu seperti bentuk kapal kecil.
“Nah, tolong papa bagi ni pada Auntie Lia.”

“Surat cinta?” Soal Diya ingin tahu.
Hazwan sekadar tersenyum sambil mengangguk kecil. Surat cintalah sangat! Padahal cuma serangkap lirik lagu. Entah betul ke tidak. Bukannya ingat sangat lagu tu!
“Hai, Auntie Lia. Nah, papa bagi surat cinta.”
Berkerut dahi Alia apabila melihat kapat kecil di atas tapak tangan Diya. Surat cinta ke kapal cinta? Mengarut betullah Encik Hazwan tu! Dia mencapai kapal itu lalu dibukanya. Daripada siapa lagi, kalau bukan Hazwan. Lelaki itu sedang berusaha keras untuk memujuknya.



Merah pipi ini saat ku lihat dirimu
Apakah ini yang dinamakan cinta
Malu hati ini saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Tapi ku malu tuk mengatakan pada dirinya
~ Hazwan S. ~

Bibirnya menguntumkan senyuman sebaik sahaja membaca baris lirik lagu yang tertulis di situ. Eleh, ingatkan romantiklah sangat! Rupa-rupanya tiru lagu Afgan! Ingat orang tak tahu ke lagu tu?
Hazwan mengetuk meja beberapa kali. Tak ada respond pun? Tak boleh jadi ni! Stick note berwarna pink pula diambil lalu menyambung rangkap seterusnya lirik lagu yang sama.
Sekali lagi Diya menjadi orang tengah menghulurkan sekeping surat cinta. “Posto! Posto! Cik adik, ada surat cinta lagi.”
Alia ketawa perlahan melihat telatah Diya. Kali ini surat cinta itu berwarna pink dan berbentuk kapal terbang kertas. Haih, perangai Encik Hazwan Shah dah macam budak-budak sekolah yang baru nak bercintalah! Sekali lagi anak matanya meniti baris ayat yang tertera. Sambungan lirik lagu Pesan Cinta.

Oh Tuhan, tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan, bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku tlah jatuh cinta
~ Hazwan S. ~

Tanpa menunggu respond Alia, Hazwan menyambung lagi lirik lagu itu di atas stick note berwarna biru lalu dilipat menjadi bentuk baju.

Tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta
~ Hazwan S. ~

“Papa… ada lagi ke?”
“Jap! Jap! Ada!” Hazwan sudah tergelak kecil. Aku ni… dah macam kanak-kanak ribena! Ah, lantaklah! Asalkan dapat luah perasaan melalui lirik lagu ni. Haha! Kali ini dia menulis dua kertas sekali gus. Kesian pulak pada Diya yang menjadi mangsa keadaan.

Ku telah jatuh cinta
Ku jatuh cinta pada dirinya
Ku jatuh cinta pada dirinya
~ Hazwan S. ~

Alia menggelengkan kepala apabila menerima dua surat cinta sekali gus. Satu berwarna biru dan berbentuk baju dan satu lagi berwarna hijau berbentuk bintang.

Akhirnya Alia mencatatkan sesuatu ke atas sekeping kertas kecil sebagai balasan. Kertas kecil itu dilipat menjadi bentuk love lalu diserahkan kepada Diya sebagai posmen antara mereka berdua. “Nah, cakap pada papa ini yang pertama dan terakhir daripada Auntie Lia.”
“Yes! Akhirnya Auntie Lia balas juga.” Diya adalah orang pertama yang paling gembira. “Lamanya Auntie Lia tulis? Lepas tu siap lipat kecil lagi. Mesti tak nak bagi Diya baca, kan?”
Alia tergelak kecil. “Pandai-pandai ajelah dia ni. Dah, Auntie Lia dah nak balik ni. Kirimkan salam Auntie Lia pada papa Diya. Bye. Assalamualaikum.”
“Bye! Bye! Auntie Lia… Diya sayang Auntie Lia lebih tau?”
Alia sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepala. Langkah kakinya diteruskan. Jujur, dia malu untuk meluahkan kata-kata berbunga dan bermadah pujangga. Insya-Allah… Jika itu ketentuan Allah, sudah pasti Nur Alia Maysara dan Hazwan Shah akan bersatu juga.
“Nah, papa!”

“Apa?”
“Dari Auntie Lia. Auntie Lia kirim salam pada papa.”
Hazwan memandang kertas kecil itu dengan pandangan penuh curiga. Jangan-jnagan… budak ni sengaja buat surat palsu.
“Kenapa papa pandang Diya macam tu? Betul… yang ni memang Auntie Lia yang bagi. Kalau tak nak, Diya nak buang.”
“Eh, mestilah nak!” Kertas kecil itu terus diambil. Bibirnya tersenyum kecil. Wah, bentuk lovelah. Warna merah pulak tu! Ada berita gembira ke? Cepat-cepat dia membukanya lalu membaca patah kata yang tertera.

Nur Alia Maysara dengan seikhlas hati
menyambut pesan cinta dari Hazwan Shah.
Terima kasih Hazwan Shah.
Izinkan cinta Nur Alia Maysara
sampai ke hati Hazwan Shah.
Dan sebenarnya awak adalah lelaki yang saya cinta. ☺

“Yes!! Akhirnya Auntie Lia terima jugak! Jom, kita pergi jumpa Auntie Lia sekarang!”
“Er… but sorry, papa. Auntie Lia dah balik. Esok ajelah kita jumpa dia. Yang penting sekarang, kita bagitahu atuk dan nenek berita gembira ni.”
“Wah, bijak betullah anak papa ni! Sejak berkawan dengan atuk dan nenek bertambah-tambah bijaknya!” Sempat lagi dia memerli anak gadisnya.
“Ehem! Jangan perli Diya, papa. Kalau bukan sebab Diya, papa tak akan terima surat cinta daripada Auntie Lia, tau?”
“Iyalah. Thank you so much, sayang.”

********

“MAMA… Papa…” Diya berlari anak ke arah mama dan papanya.

“Jom, sayang. Hari ni kita nak melawat pusara arwah mama dan papa sebelum kita ke rumah atuk dan nenek.”
“Yea! Hari ni Diya nak bagitahu arwah mama dan papa yang Diya dah besar. Tak lama lagi Diya akan dapat adik yang comel. Betul tak mama? Betul tak papa?”
“Betul, sayang…” Serentak kedua-dua mereka bersuara. Kemudian mereka saling berpandangan dan tersenyum gembira.
Alhamdulillah… Semuanya baik-baik sahaja. Bulan depan, kandungannya sudah berusia Sembilan bulan. Lepas tu bolehlah hitung hari untuk menanti kelahiran pertama. Ekspres tak? Bulan dua belas tahun lepas berkahwin, bulan dua belas tahun ni dijangka bersalin. Hihi…
Yang paling seronok adalah Diya. Tak sabar betul nak dapat adik. Apa kurang dengan papa Diya! Sejak Alia mengandung, perangai papa Diya sebijik macam Diya.
Umi dan abah pula… Yang ini lagilah pelik! Setiap hari, ada sahaja barang-barang bayi yang dibawanya ke rumah mereka. Sampai penuh bilik baby dibuatnya! Alia pula? Mestilah gembira. Takut pun ada jugak. Maklumlah, pengalaman pertama.
Rhea? Rhea dah balik ke Ireland selepas menghadiri majlis perkahwinan mereka. Mungkin ingin mengubat luka di hatinya. Biarlah. Kami bertiga di sini akan mendoakan kebahagiaan Rhea di sana.
Terima kasih untuk Hazman Syah dan juga Aina Natassya. Kerana mereka berdua Alia dan Hazwan Shah bersatu begini. Kerana anak gadisnya juga, Hazwan Shah dan Alia jatuh cinta. Dan janjinya kepada arwah akan terus berkekalan kerana dia sudah menjadi mama kepada Diya. Dia dan Hazwan akan menjaga Diya, abah dan umi selagi hayat dikandung badan. Insya-Allah.

********

SERAUT wajah suaminya di sisi dipandang lama. Akhirnya, kebahagiaan itu milik mereka. Hazwan Shah selalu mengharapkan happy ending dalam hidupnya selepas dia kecewa dengan cinta pertamanya. Nur Ali Mysara juga mengharapkan happy ending dalam hidup seorang Hazwan Shah dan Diya. Seperti janjinya kepada arwah Hazman Syah.
Hari ini, di sisi Nur Alia Mysara ada Hazwan Shah dan ada Diya yang akan sentiasa menemani mimpinya. Yang akan sentiasa menemani kehidupannya. Semoga hari-hari Diya akan ditemani mimpi indah ya, sayang. Semoga hari-hari abang juga akan ditemani mimpi-mimpi indah. Mimpi indah Lia? Setiap hari Lia mimpikan yang indah. Setiap hari... bila bangun dari tidur, mimpi indah Lia ada depan mata. Hazwan Shah dan juga Diya.
“Lia... sejak bila Lia mula jatuh cinta pada abang?”
Itu pertanyaan Hazwan Shah kepadanya sewaktu hari akad nikahnya. Mula-mula rasa takut sangat nak menjawab. Tapi sebenarnya dia memang sudah lama ingin menyatakan perkara sebenar.
“Sejak Lia nampak abang menangis.”
Seraut wajah Hazwan jelas menunjukkan riak terkejut dan terpana. “Menangis? Bila?”
Eleh, tak nak mengakulah tu! Bibirnya menguntumkan senyuman indah. “Masa kali kedua kita jumpa.”
“Maksud Lia...” Otak kecilnya mula teringatkan sesuatu.
Kepalanya diangguk perlahan. Dia tahu, suaminya tahu tentang itu. “Ya, masa hari abah dan umi bagitahu awak pasal arwah Hazman Syah dah meninggal. Masa tu Lia nampak abang menangis teruk. Sampai Lia rasa dia nak pujuk abang macam Lia pujuk Diya. Sampai Lia rasa, Lia nak raih bahu abang dan sabarkan abang.”


“Jadi... kenapa Lia tak bagitahu abang? Maksud abang... Tak ada reaksi apa-apa yang Lia tunjukkan.”
“Sebab waktu tu Lia tak berani. Lia tak kenal abang. Dan umi pernah cakap yang abang jauh berbeza dengan arwah Hazman.”
“Jadi sekarang Lia dah kenal abang?”
“Hmm... sangat kenal.”
Bibirnya menguntumkan senyuman lebar. Dia bahagia. Dan dia sangat bahagia sekarang. Tak percaya kan, abang? Dulu, abang selalu cari pasal dengan Lia sebab abang ingat Lia ada hati dengan arwah Hazman. Sekarang Lia dah jadi milik abang. Dah jadi isteri abang.
“Sayang…” Seru Hazwan perlahan. Kedua-dua belah tangannya sudah melingkar elok ke pinggang isterinya.
Alia menoleh ke sisinya apabila mendengar suara yang dekat dengan telinganya. Eh, bila pulak dia muncul kat sini? Bukan tadi dia dengan Diya ke? Belum sempat apa-apa, satu ciuman sudah hinggap di pipi kanannya. Terkejut! Tetapi bibirnya menguntumkan senyuman. “Nakalnya papa Diya ni kan, baby?”
“Papa Diya nakal dengan mama Diya aje. Tak boleh nakal-nakal dengan orang lain.” Kali ini satu ciuman pantas dihadiahkan di pipi kiri isterinya pula.
“Papa ni kan…” Bersama seraut wajah yang merah, dia mencubit lengan suaminya. Ni kalau Diya bangun, habislah kena bakar dengan anak dara yang sorang tu.
“Auw… Sakitnya!”
Dia ketawa sambil memandang lama seraut wajah suaminya. Wajah yang sering membuatkan jantungnya tak keruan. Wajah yang menghadirkan mimpi indah dalam hidupnya. Wajah yang sentiasa menyayanginya dan melindunginya setiap waktu. Kali ini dia berpusing menghadap tubuh suaminya. Kedua-dua belah tangan memegang lembut kedua-dua pipi suaminya. “Sakit ke?”
“Sakitlah!” Sengaja merajuk manja dengan isterinya. Kena merajuk. Sebab kalau merajuk selalu ada yang pujuk. Akan dapat hadiah. So... perlu selalu merajuk.
“Nak ubat ke?”
“Mestilah nak!”
“Meh sini.” Satu ciuman singgah pada lengan yang sudah berbirat warna merah itu. Kemudian dia menjongkit kaki sedikit lalu menghadiahkan satu ciuman di pipi suaminya. “Dah sembuh dah?” Soalnya mengusik.
Hazwan Shah mengukirkan senyuman manis. “Belum. Tak cukup.”
Berkerut dahi Alia sekejap. Apa yang tak cukupnya? Belum sempat dia bertanya, satu ciuman sudah hinggap pada bibir merahnya.
Selepas melepaskan ciumannya, Hazwan tersenyum lagi. “Kali ni dah sembuh. Terima kasih, sayang.”
Makin merona wajahnya diusik begitu. Isy, dia ni kan… Tak nampak ke abah dengan umi tengok! Dalam marahnya, bibirnya tetap menguntumkan senyuman bahagia. “Sama-sama kasih, abang.”
I love you so much, sayang.” Pinggang isterinya ditarik rapat ke tubuhnya. Supaya isterinya rasa lebih selesa dan selamat. Selagi hayat ini masih ada, dia akan sentiasa berada di samping isterinya. Menjaga dan sentiasa melindungi wanita kesayangannya itu.
“Lia pun cintakan abang banyak-banyak.” Terima kasih, abang.
Encik Arman dan Puan Fatihah mengukirkan senyuman bahagia. Subhanallah, semoga cinta anak menantu kami akan berkekalan hingga ke Syurga-Mu. Insya-Allah.


Pesan Cinta - Afgan

Merah pipi ini saat ku lihat dirimu
Apakah ini yang dinamakan cinta
Malu hati ini saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta

Tapi ku malu tuk mengatakan pada dirinya
Oh Tuhan, tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan, bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku tlah jatuh cinta

(Rasa cinta, saat ini ku hanya)
(Tapi ku malu pada dirinya)

Tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta

Ku telah jatuh cinta (ku jatuh cinta pada dirinya)
Yeeaah (ku jatuh cinta pada dirinya)
  
~ TAMAT  ~