BAB 16
Kita hanya mampu merancang,
tetapi Allah yang akan menentukan segalanya…
SERAUT
wajah lena isterinya ditatap lama. Sesekali muncul senyuman kecil di bibirnya.
Melihat wajah polos yang sedang terlena itu, hatinya diserang bunga-bunga
bahagia. Betapa selama ini aku tak pernah memerhatikan dia seperti hari ini.
Betapa selama ini aku tidak menyedari yang dia
adalah secantik-cantik wanita yang pernah aku temui. Dan dia adalah isteriku
yang paling terbaik.
“Ain… Abang minta maaf. Sebelum ni abang suka tuduh
Ain yang bukan-bukan, kan? Sampai abang sanggup suruh Ain gugurkan kandungan
Ain. Abang ni jahat kan, Ain? Jahat sangat. Abang butakan mata untuk melihat
berlian yang terselit di antara ribuan kaca yang tidak bernilai.”
Sedaya upaya Ain cuba menahan sebak yang tiba-tiba
menjengah ke tangkai hati apabila patah kata suaminya menyinggah ke telinganya.
Sebenarnya dia sudah lama terjaga dari lenanya. Dia sedar suaminya masih berada
di sisi. Sejak dia terjaga tadi dan sehinggalah sekarang. Namun dia cuba
pejamkan kelopak mata. Berpura-pura tidur dan tidak menyedari kewujudan
suaminya di sisi.
Abang… hati Ain sakit sangat. Ain benar-benar
terluka dengan apa yang Ain dengar. Sampai hati Abang Rish buat Ain macam ni.
Abang pun sama. Ain sedar, abang dan Abang Rish sebenarnya tidak pernah sukakan
kehadiran Ain dalam keluarga ini. Ain sedar diri Ain ni siapa, abang.
Baru sahaja dia ingin melayan hatinya yang terluka,
terasa tangan kanannya diraih lalu digengam erat oleh sepasang tangan kasar.
Tangan siapa lagi kalau bukan tangan suaminya. Selang beberapa saat, terasa
sesuatu yang sejuk singgah ke jemari halusnya. Ain cuba mencuri intai. Ya,
benar telahannya. Suaminya sedang menggengam erat tanganya lalu dibawa ke
bibir. Menciumnya dengan penuh kasih sayang.
Abang… Jujur, Ain memang sayangkan abang
sangat-sangat. Sejak awal perkahwinan kita lagi. Tapi sayang Ain ni cuma
bertepuk di sebelah tangan sahaja. Sakit sangat perasaan tu, abang. Hanya Tuhan
sahaja yang tahu bagaimana sakitnya.
“Ain… bangunlah. Abang ada benda yang nak
dibincangkan dengan Ain. Abang ada benda yang nak diberitahu kepada Ain. Kalau
Ain masih tak bangun, abang nak cakap macam mana? Bangunlah, Ain.” Dia cuba
memujuk walaupun dia tahu isterinya tidak akan mendengar pujukannya itu.
Ain tak nak bangun. Kalau Ain bangun, abang akan
sakitkan hati dan perasaan Ain lagi. Cukuplah, abang! Sampai bila abang nak
sakitkan hati Ain? Sampai bila? Masih tak puas hatikah dengan apa yang dah
terjadi kepada Ain?
Abang jahat! Abang Rish pun sama!
Deringan telefon bimbitnya, mematikan segala lamunan
dan angan-angan yang tercipta indah. Nama yang tertera membuatkan dia
melepaskan keluhan kecil. Di sana menanti, di sini menunggu. Apa pilihan yang
aku ada? Haruskah aku memilih kedua-duanya?
Dia membiarkan deringan itu mati begitu sahaja.
Namun, selang beberapa minit sekali lagi deringan nada dering nyanyian Hafiz
dan Dato’ Rossa sekali lagi menjerit nyaring. Akhirnya, keputusannya adalah
menjawab panggilan.
“Assalamualaikum, Dhiya.”
Sepatah nama yang baru menyapa corong telinganya
membuatkan hati Ain sekali lagi terguris. Dhiya, Dhiya, dan Dhiya. Abang… Abang
harus memilih. Kalau abang dah pilih Dhiya sebagai permaisuri hati abang,
tolong lepaskan Ain. Jangan sakiti hati Ain lagi. Cukuplah! Tak perlu ajari Ain
untuk mencintai abang lagi. Tak perlu!
“Waalaikumussalam, abang. Abang sihat? Suara abang
dengar macam lemah aje?”
Suara Dhiya yang penuh prihatin membuatkan dia
terdiam sejenak. Seraut wajah Ain dipandang lagi. Ain, abang sayangkan Ain.
Tapi abang juga perlukan Dhiya. Dan sekarang abang dah buat pilihan. Pilihan
yang terbaik untuk kita bertiga.
Kaki dilangkahkan menjauhi katil Ain. Kalau boleh,
dia tidak mahu Ain terjaga apabila mendengar suaranya berbual di telefon. “Abang
sihat. Abang nak jumpa Dhiya boleh?”
Ain dapat mendengar dengan jelas butir bicaKolam
matanya terasa panas. Terasa mutiara jernih sudah mula ingin mencemari ruang
mata. Hati, bersabarlah. Jangan biarkan Iqram melihat titisan air mata ini.
“Boleh. Apa sahaja untuk abang, semuanya boleh.”
“Kalau macam tu, kita jumpa kat tempat biasa.
Setengah jam dari sekarang.”
“Okey. Dhiya bersiap sekejap. Jumpa abang kat sana
nanti. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Selepas mematikan talian, Iqram
menoleh sepintas llau ke arah Ain yang masih kelihatan seperti nyenyak dibuai
mimpi. Tidak menunggu lama, tangannya terus mencapai dompet dan kunci kereta.
Sempat bibirnya singgah pada dahi Ain sebelum kakinya melangkah meninggalkan
bilik yang dihuni Ain.
Di anak tangga terakhir, dia sempat bertembung
dengan mama. Apa lagi, memang berleterlah Puan Aryana. “Ram? Nak ke mana ni?”
“Mama… Ram nak Dhiya sekejap.”
Puan Aryana melepaskan keluhan panjang. Naik pening
kepalanya dengan perangai Iqram. Dalam keadaan Ain yang masih tak sihat, dia
boleh pergi jumpa dengan kekasih hatinya lagi? “Dah malam ni, Ram. Kalau jumpa
esok tak boleh ke?”
“Mama… Ram janji. Sekejap sahaja.”
“Ram… Ain tu tak sihat lagi. Dia lebih memerlukan
Ram di sisi dia dalam keadaan dia macam tu. Tak boleh ke Ram bertolak ansur
sikit dengan Ain. Tak boleh ke Ram kesiankan Ain?”
“Ram minta maaf, ma. Tapi Ram perlu jumpa Dhiya. Ada
perkara yang ingin dibincangkan.”
“Suka hati Ramlah. Mama dah malas nak memujuk rayu.
Lepas ni, kalau jadi apa-apa pada Ain, Ram tak payah masuk campur lagi. Ain ni
anak mama. Bukan isteri Ram, kan?” Patah kata Puan Aryana seperti sudah
merajuk. Penat sangat melayan kerenah Iqram.
“Mama… Jangan cakap yang bukan-bukan. Ram janji.
Sekejap saja.”
“Pergilah.” Sepatah jawapannya. Tidak menunggu lama,
menonong sahaja langkahnya meninggalkan Iqram yang sudah melepaskan keluhan
berat.
“DHIYA…
Abang minta maaf. Abang… Abang tak boleh kahwin dengan Dhiya.” Iqram memilih
untuk berterus-terang. Dia sudah berjanji dengan mama yang dia hanya akan jumpa
Dhiya sekejap sahaja.
Terdiam. Baris kata itu benar-benar membuatkan Dhiya
terdiam kelu. Lambat-lambat, anak matanya mencari sepasang anak mata lelaki
yang dicintainya separuh mati itu. “Apa maksud abang? Kenapa tiba-tiba macam ni?”
“Sebab… Ain.”
Dhiya melepaskan ketawa kecil. Ketawa yang sengaja
dibuat-buatnya. Dulu cakap benci sangat. Sekarang? Dah jatuh cinta? Ataupun…
sebenarnya dia memang dah usik Ain? “Jadi, abang nak cakap yang abang dah jatuh
cinta pada Ain? Macam tu?”
“Tak, Dhiya. Bukan sebab cinta. Tapi abang kesiankan
Ain.” Bukan sebab cinta? Betul ke? Sikit-sikit, hati ini sudah mula jatuh
sayang kepada seorang Nurul Ain Insyirah. Cintakah begitu?
“Habis tu… abang tak kesiankan Dhiya ke?”
Diam. Apa jawapan yang dia ada? Jujur, dia kesiankan
Dhiya. Tapi jika dia terus kesiankan Dhiya, hati isterinya akan terus terluka.
Dan sejujurnya, dia tidak mahu melukakan hati Ain lagi. Dia sudah bnar-benar
menyesal dengan kekhilafan diri sendiri. Cukuplah dengan apa yang pernah
dilakukan kepada Ain dulu. Cukuplah!
“Maaf, Dhiya. Abang terpaksa memungkiri janji-janji
abang kepada Dhiya. Abang terpaksa lepaskan Dhiya kerana Ain. Maaf.” Usai
berkata-kata Iqram terus mengorak langkah meninggalkan Dhiya yang mungkin
sedang kecewa dengan patah katanya. Melangkah dengan seribu perasaan bersalah.
Melangkah dengan hati yang serba salah. Maafkan abang, Dhiya. Abang dah bagi
Dhiya harapan. Dan abang juga yang memusnahkan semuanya. Maafkan abang.
LAMA
Iqram termenung di dalam keretanya. Satu persatu perbualan antara dia dan Dhiya
terulang tayang di benak fikiran.
“Bukan sebab
cinta. Tapi abang kesian Ain.”
Ya Allah… Betul ke sebab kesian? Tapi jauh di sudut
hati aku cakap yang aku juga sudah mula sukakan Ain. Suka bukan yang
biasa-biasa sahaja. Tetapi sebenarnya… aku dah jatuh cinta ada Ain.
“Jadi, abang nak
cakap yang abang dah jatuh cinta pada Ain?”
Ya, Dhiya. Abang dah jatuh cinta pada Ain. Tapi
abang tak sanggup nak mengaku depan Dhiya. Bimbang hati Dhiya terluka. Bimbang
hati Dhiya terguris.
Perlahan kakinya menapak turun dari kereta. Menonong
sahaja langkahnya diatur ke bilik yang dihuni Ain. Tubuh yang yang masih
terbaring itu dipeluknya erat. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja ada mutiara
jernih yang menitis jatuh ke pipinya.
“Maafkan abang, Ain. Maafkan segala dosa yang pernah
abang lakukan kepada Ain. Ain… Abang…” abang sayangkan Ain. Jika Ain sedang
mendengar kata hati abang ini, pasti Ain akan gelakkan abang, kan? Dulu abang
beria bencikan Ain. Macam-macam tuduhan abang lemparkan kepada Ain. Abang
mengaku… semua itu adalah silap abang. Berpunca daripada cemburu buta. Berpunca
daripada kekhilafan abang.
Ain terjaga apabila terasa sesuatu yang berat
menghempap tubuhnya. Tangannya yang lemah cuba untuk menolak sesuatu yang berat
itu, tetapi tenaganya tidak cukup kuat. Sudahnya, Ain mencelikkan kelopak mata.
Terkejut! Dia benar-benar terkejut apabila
terpandangkan seraut wajah yang dekat dengan mukanya. “A… awak…” Dia bersuara
perlahan. Apa kena dengan dia ni? Dia ingat aku Dhiya ke? Tadi pergi jumpa
Dhiya. Sekarang peluk aku pula? Kenapa perangai awak macam ni, Iqram? Saya tak
suka! Tak suka!
MALAM
itu, tepat jam satu pagi, Ain melangkahkan kaki meninggalkan rumah besar itu. Jujur,
dia tidak sanggup untuk mendengar ungkapan ‘cerai’ dari bibir suaminya.
Awak… Saya dah penat dengan semua ni. Saya cintakan
awak. Terlalu cintakan awak. Tapi saya sedar, saya cuma bertepuk sebelah tangan.
Tak akan berbunyi kan, awak? Cinta yang bertepuk di sebelah tangan benar-benar
menyakitkan, awak.
Hati saya sakit.
Jiwa saya resah.
Apa yang perlu saya buat, awak? Cuma ini sahaja
jalan yang mampu saya lakukan. Saya tahu… awak tak akan halalkan setiap langkah
saya. Tapi, saya perlu pergi. Saya tak nak awak sedih sebab saya lagi. Saya tak
nak awak menderita lagi.
“Pergi naik
atas! Mulai saat ini, aku haramkan kau keluar ke mana-mana. Aku tak izinkan
selangkah pun kaki kau melangkah keluar dari bilik.”
Lagipun, awak pernah cakap, saya ni cuma seorang
yang menyusahkan hidup awak. Awak… saya minta maaf kerana sudah banyak
menyusahkan awak.
“Dia bukan anak
mama! Dia cuma anak angkat! Anak pungut yang selalu menyusahkan keluarga kita!”
“Tak perlu kau
nak minta maaf dengan aku! Aku tak akan maafkan segala dosa kau dengan aku.
Isteri jenis apa kau ni? Hidup kau hanya menyusahkan aku semata-mata! Kau
penghancur kebahagiaan aku! Kau pengkhianat! Sanggup kau menduakan suami kau,
kan? Perempuan jahanam!”
Awak juga pernah cakap yang saya ni perampas
kebahagiaan awak dengan bakal tunang awak. Kali ini saya tak nak menjadi
penghalang cinta awak dan Dhiya lagi, Iqram. Saya lepaskan awak untuk orang
yang awak sayang. Orang yang mencintai awak. Saya lepaskan awak kepada Dhiya.
“Sebelum Ram
buat keputusan setuju berkahwin dengan Ain, Ram dah janji dengan Dhiya. Dhiya
masih tunggu Ram, mama. Ram tak sanggup sia-siakan penantian Dhiya. Dhiya
terlalu baik untuk dilukai. Dhiya terlalu telus untuk disakiti.”
“Ram ada impian
Ram sendiri. Impian untuk hidup bahagia dengan seorang wanita yang bergelar
isteri. Impian untuk memiliki khalifah kecil yang soleh dan solehah. Apa yang
pasti, wanita yang Ram impikan itu bukan Ain, mama. Tapi Dhiya. Dhiya impian
Ram. Dhiya masa depan Ram. Dhiya segala-galanya buat Ram. Ram minta maaf,
mama.”
Perbualan antara Iqram dan mamanya terulang tayang
lagi di minda. Cukup untuk membuatkan air matanya menitis jatuh lagi. Bukan
saya kan? Tapi Dhiya!
“Ain tak
mengandung. Saya boleh kahwin dengan awak, Dhiya. Lepas ni saya akan lepaskan
Ain. Kita kahwin ya, Dhiya?”
“Kali ini abang
tekad, Dhiya! Mama setuju atau tak, Ain setuju atau tak, abang akan serahkan
Ain kepada Farish semula. Cukup-cukuplah. Lagipun, antara abang dan Ain
perasaan cinta tu tak wujud. Kami tak pernah bersama macam pasangan suami
isteri yang lain. Jadi untuk apa perkahwinan ni? Perkahwinan ini cuma satu
beban, kan?”
Bibirnya menguntumkan senyuman kecil. Senyuman yang
penuh dengan kehampaan. Lepas ni, saya tak akan membebankan awak lagi. Saya
akan lepaskan awak. Saya izinkan awak bahagia bersama orang yang awak sayang.
Bersama Dhiya!
Sempat bibirnya mencium tangan suaminya dengan penuh
berhati-hati sebelum melangkah meninggalkan rumah agam itu.
Selamat tinggal, awak. Semoga awak akan bahagia dengan
bahagia yang awak cari.
# Ajari Aku Untuk Mencintaimu
# Ajari Aku Untuk Mencintaimu