Wednesday, December 26, 2012

Ku Rela Menanti Pasti 1



Satu

PANDANGAN dilemparkan ke luar jendela. Sepoi-sepoi angin malam berhembus lembut menyapa pipi dan sesekali menerbangkan anak-anak rambut yang berjuntaian di dahi. Ermm.. Segarnya udara di malam ini. Cuaca pun nampak elok aje.
Kepala didongakkan ke dada langit. Banyak bintang-bintang yang bersinar-sinar seolah-olah sedang asyik mengayakan keindahannya pada malam ini. Ah, alangkah elok seandainya bintang-bintang ini terus bergemerlapan setiap hari tanpa dilindungi awan-awan hitam yang hanya merosakkan keindahan ciptaan Yang Maha Esa.
Anak bulan sabit yang baru muncul sangat cantik, seolah-olah turut melemparkan senyuman di malam yang indah ini. Bibirnya mengukirkan senyuman. Untuk siapa..? Entahlah... dia pun tidak pasti! Sesekali ingatan mula merawang-rawang terbang mengingati insan tersayang yang selalu bertakhta di hati wanitanya. Umpama pungguk rindukan rembulan... ha.. ha.. Gile! Ada pulak macam tu?!
Agaknya Kamarul tengah buat apa? Tak call pun hari ni… Takkan dah tidur kot? Lagipun esok kan cuti! Dia tak rindu aku ke? Kalau rindu, kata rindu... tidak aku ternanti-nanti... Alamak! Macam lagu la pulak!
Ah, bosannya! Hana mendepakan tangannya ke depan dan menggeliat kecil. Bye bulan... Bye bintang... Esok kita jumpa lagi! Saya masuk dulu. Kaki dilangkahkan semula ke dalam bilik. Nak tidur, tak mengantuk lagi! Agaknya Kay Tee dah tidur ke belum? Tak tidur lagi agaknya. Opss…lupa! Esok kan cuti… Bukannya nak tidur awal pun minah ni kalau malam-malam cuti macam ni. Ala, apa aku nak kisahkan dia! Tak payah kisah! Tapi, kena kisah jugak.
Kakinya dilangkahkan menuruni anak tangga. Tengok tv rupanya! Punggung dilabuhkan di kerusi sofa. Pandangan di arahkan ke kaca televisyen. Cerita apa pulak ni? “Tengok cerita sorang-sorang ye? Tak ajak orang sekali. Cerita apa ni?”
Kay Tee menjeling! Aduh, terperanjat girl-girl! Nasib baik tak lemah jantung! Tapi tak adalah terperanjat  mana pun. Saje buat-buat terperanjat. Dah dengar derap langkah dia tadi! “Eleh, kalau ajak kau pun belum tentu kau nak tengok punye…! Cerita Hindustan!” kata-kata Kay Tee berbaur perlian. Anak matanya masih tidak berganjak daripada memandang televisyen.
Hana mencebik sambil menggelengkan kepalanya. Tahu benar bahawa roomatenya yang sorang ini hantu cerita Hindustan. “Tak ada cerita lain ke?” Remote control di atas meja dicapai. Belum pun sempat ditekan, Kay-Tee terlebih dahulu merampas remote control itu daripada tangan Hana.
“Tak payah nak menyibukkan diri, alihkan siaran! Aku tengah syok-syok tengok ni! Siap ada feel nak nangis lagi nie. Kalau kau tak nak join, pergi masuk tidur! Dah! Dah! Gi main jauh-jauh! Syuh! Syuh!” Dihalaunya Hana daripada menghampirinya.
Hana mencebikkan mulutnya. “Eleh, tengok cerita macam nie pun nak nangis! Tangkap lentok habis!”
“Amboi, cik kak! Sedapnya mengata orang! Awak pun dua kali lima aje… Serupa! Kau lagi teruk! Kalau tengok cerita Korea tu, sampai pagi esok pun belum tentu dah habis nangis!”
Hana sekadar tersengih. Betullah tu. Lebih kurang aje! “Kay Tee, kau nak air tak? Kalau nak, aku boleh tolong buatkan!”
“Emm… Boleh jugak! Milo panas tau!”
”Ewah... Ewah... Siap order lagi! Ingat restoran ke apa?”
”Dah kau tanya, aku order ajelah!” Dengan selambanya dia membuat muka seposen.
Hana sekadar menggelengkan kepalanya dan terus mengorak langkah ke dapur.

                                               
DENGAN secawan milo panas Hana melangkah semula ke biliknya selepas menghantar secawan milo yang diminta oleh Kay Tee. Tak kuasa mahu melayan cerita Hindustan itu! Entah ape-ape ntah! Laptop di atas meja dicapai dan dionkan. Lupa pulak nak check email! Agak-agak Peterpan tengah buat apa?
Peterpan adalah satu-satunya teman internet yang rapat dengannya. Juga merupakan salah seorang teman yang banyak memberikan sokongan serta nasihat kepadanya. Sejak empat bulan lepas mereka berbual bersama-sama di internet. Namun sepanjang perkenalan mereka, langsung mereka tidak pernah menyentuh soal peribadi masing-masing, kecuali salah seorang dengan rela hati mahu menceritakannya.
Yang pasti, Hana tahu Peterpan adalah seorang lelaki! Sedangkan Peterpan tidak pernah tahu siapa HR, perempuan atau lelaki! Hana sekadar menggunakan singkatan namanya HR, untuk Hana Rasyid!
 Bukan tidak pernah Peterpan bertanyakan bahawa HR adalah lelaki ataupun perempuan, malah berkali-kali persoalan itu diajukan kepadanya. Hana sekadar menjawab ‘biarlah rahsia’. Ala-ala lagu Siti Nurhaliza gitu! Bukankah kata orang, persahabatan  tidak semestinya perlu memilih paras rupa atau siapa mereka. Yang penting, keikhlasan dan kejujuran.
Tapi sejak akhir-akhir ini, Peterpan seolah-olah sudah dapat mengagak siapa HR! Betul kata orang, ‘semakin kerap kita berbual dengan seseorang, semakin kita dapat mengenali siapa orang itu’. Serupa jugak dengan pepatah pepatung, tak kenal maka tak cinta. Betulkah macam tu? Betullah kot. Kalau tidak, masakan peterpan boleh mengagak bahawa HR adalah seorang perempuan.
Walaupun Hana sukakan Peterpan, namun di hatinya hanya ada Kamarul seorang sahaja! Cinta pertama dan terakhir! Peterpan hanyalah sekadar teman berbualnya di masa lapang! Perasaan sukanya juga tidak lebih daripada seorang kawan. Awal-awal lagi sudah dikhabarkan perkara ini kepada Peterpan. Tidak mahu berlakunya salah faham dalam perhubungan yang tercipta.
Skrin laptop diteliti satu persatu. Ada dua email daripada Peterpan. Jam 6 petang tadi dan 12.00 a.m. Aik? Macam baru lagi ni… Jam di meja ditoleh. 12.10 pagi! Baru sepuluh minit lepas. Senyuman terukir dibibir apabila membaca mesej yang di hantar.

‘HR, awak tengah buat apa? Saya susah hati… Petang tadi… HR tak balas email saya! HR tak sihat ke? Atau… HR keluar bersama pacarnya…. =)’

Hana tersenyum sendiri dan kemudian laju sahaja tangannya menekan keyboard komputer untuk kembali membalas email itu.

‘Peterpan…. Awak rindu kite eh..?? Kite sibuklah…! Kenapa tak tidur lagi?’

Selepas menekan ikon send, terdengar bunyi mesej pada telefon bimbitnya. Kamarul rupanya… Ingatkan dah tidur! Hana membaca mesej tersebut.

‘Sorry x call. Penat la… Mata dh ngantuk nie..’

Hana mengeluh perlahan. Patutlah tak call, dah mengantuk rupanya. Ingatkan dah lupa pada aku! Hana membalas mesej itu semula.

‘X pe… kalau penat tidur la… Selamat malam. Have a nice sleep.’

Tak sampai beberapa minit, mesej itu berbalas semula.

‘Ok syg... Selamat malam. Jgn lupa mimpi sy ya..’

Selepas membalas perkataan OK, Hana kembali menumpukan anak matanya ke arah laptopnya yang ditinggalkan sekejap tadi. Ada balasan mesej daripada Peterpan.

‘Memang la rindu... tak boleh tidur la... mata tak nak lelap.. HR pun sama..?’

Hana membaca mesej itu kemudian mulutnya menguap kecil. Dah mengantuk ni! Balas email dulu la..! Nanti kecik hati pulak...!

‘Tadi tak ngantuk, tapi sekarang dah menguap... Katil macam sedang panggil-panggil aje...=)’

Hana membetulkan bantal di atas katilnya. Sebenarnya, banyak sangat yang ingin dia tahu mengenai peterpan. Peterpan seorang yang perahsia! Susah nak korek rahsianya! Lagipun, dah tak tertanya! Kita tanya sepatah, ditanyanya kita berpatah-patah! Sampai jari kita pun dah hampir patah menulis patah kata untuk menjawab soalannya! He he... Tak adalah! Tipu aje. Takkanlah sampai nakpatah jari menaip keyboard komputer ni.
Tapi, kadang-kadang bercerita dengan orang yang kita tidak kenal, sangat seronok. Boleh bercerita apa sahaja. Kadang-kadang boleh berkongsi suka duka juga. Apa lagi orang seperti peterpan. Seorang pendengar dan penasihat yang baik. Paling untung, dapat kaunselor free tak perlu bayar! Ha ha! Dia memang sangat memahami walaupun saling tidak mengenali.
Hana tersenyum sendiri. Sekilas, laptopnya dipandang semula. Email berbalas.

‘Cik adik sayang, cakaplah dah nak tidur.. Jangan cakap katil yang panggil... Okeylah, saya tak nak ganggu. Tidurlah secukupnya. Moga mimpi indah! Jangan lupa, saya pun nak masuk dalam mimpi awak juga tau... =) ’

Hana tergelak kecil! Macam mana kau nak masuk dalam mimpi aku wahai peterpanku sayang? Wajah kau pun aku tak pernah kenal!Eh, tapi xpe... Aku akan memayangkan peterpan ini adalah sehandsome peterpan dalam cerita kartun tu. Kacak bergaya! Ehee hee... Suatu masa dahulu, pernah juga peterpan meminta gambar Hana, sekadar untuk mengenali siapa Hana. Tetapi Hana hanya menghantar sekeping gambar anak kucing yang comel bersertakan pesananan ringkas.
‘Wajah tidak menggambarkan diri seseorang. Cukuplah sekadar mengenali pada nama dan hati budi..’
Sejak itu, tidak pernah sekalipun peterpan meminta gambarnya lagi. Ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya di tangan Tuhan. InsyaAllah, andai di izinkan Tuhan, kita akan bertemu. Andai tidak di izinkan, maka kita tidak mungkin akan bertemu.
Hana membalas mesej peterpan.

‘Awak pun, tidurlah awal... tak elok tidur lewat... Selamat malam. Have a nice sleep..’

Sekali lagi mulutnya menguap! Terus sahaja laptopnya ditutup dan disimpan. Matanya tidak akan mampu bertahan kalau mengantuk macam ni. Terus sahaja badannya dibaringkan di atas katil. Mata tertutup rapat. Maka jalanilah mimpi-mimpi yang indah. Zzzzzz....


BARU sahaja dia ingin bermimpi membina mahligai indah di awan biru, tiba-tiba pintu bilik diketuk seseorang. Matanya dibuka semula! Terdengar suara Kay Tee memanggil namanya di luar pintu bilik.
            “Hana… Kau belum tidur…?”
Aduh... Tak sempat bermimpi indah! Awal-awal lagi sudah diganggu. Menyampahnya! Dengan seribu perasaan malas, Hana melangkahkan kakinya ke arah pintu bilik. Oh, mak kau terkejut! Bulat matanya memandang seraut wajah dihadapannya itu. Habis hilang saki baki perasaan mengantuknya sekejap ladi. Alangkah terperanjat jantungnya apabila terpandang seraut wajah Kay Tee yang memutih itu! Penuh dengan bedak sejuk! “Kau ni Kay Tee... Buat aku terkejut aje! Kau nak apa?”
“Hana… Malam ni, aku tidur bilik kau boleh tak?” Kay Tee tersengih-sengih melangkah ke arah Hana yang berdiri di sebelahnya dengan muka yang masih pucat akibat terkejut. Buruk sangat ke rupa aku sampai dia terkejut macam tu? Ada nampak macam muka beruk ke? Huh, aku ni 200 kali ganda lagi cantik daripada beruk tau!
“Kenapa dengan bilik kau…?” Berkerut dahinya memandang ke arah Kay Tee yang sudah siap sedia bersama bantal dan selimutnya! Lagi mahu tanya boleh ke tak? Kalau aku cakap tak boleh pun, kau redah jugak!
Kay Tee mengekor langkah Hana yang juga menuju ke arah katil.
“Kunci pintu tu..!” Hana melaung dahulu ke arah Kay Tee yang seenaknya mahu melangkah tanpa mengunci pintu biliknya.
Kay Tee berpatah semula mengunci pintu bilik sambil mulutnya membebel entah apa-apa. Aku tutup pintu tak ikhlas ni! Sekejap itu, kakinya dilangkahkan semula terkedek-kedek ke arah Hana.
 “Kenapa bilik kau?” Hana bertanya lagi.
“Tak... Tak ada apa-apa.. Cuma... aku teringatkan cerita tadi! Tiba-tiba aku rasa seram sejuk! Huhuu... Tak nak aku tidur sorang-sorang!” Kay Tee membuat muka ketakutan seolah-olah memayangkan dia sedang berada dalam cerita yang ditontonnya tadi. Bukan buat-buat takut tau! Memang betul-betul takut pun!
“Kau ni... Itulah, tengok lagi cerita pelik-pelik malam-malam macam ni! Lepas tu, mulalah takut, merayu-rayu nak tidur dengan aku.” Hana merebahkan badannya di atas katil. Matanya sudah betul-betul mengantuk.
“Ek eleh... Bila pulak aku merayu-rayu! Tapi... Hana, kau tak kisah kan?” Kay Tee buat-buat muka kesian. Padahal, dalam hatinya dia memang tidak sanggup tidur sorang-sorang di dalam biliknya!
“Iyalah…! Tak payah nak merapu! Aku mengantuk sangat dah ni. Tidur! Selamat malam!” Hana terus menarik selimut membaluti seluruh tubuhnya.
Kay Tee turut mereahkan badannya dan menarik selimut. “He hee… Aku tahu, kau memang kawan yang baik.”
“Tak payah nak puji-puji, aku dah tahu aku memang baik!”
“Uwek!!!” Key Tee buat-buat macam nak termuntah apabila Hana memuji dirinya sendiri. Pantang kena puji… Mulalah masuk bakul angkat sendiri!
“Laa…Kenapa pulak kau macam tu? Aku memang budak baik kan…?”
“Perasan!!” Kay Tee turut berbaring di sebelah Hana dan menarik selimutnya membaluti tubuh.
“Bukan ke kau yang cakap aku baik tadi?” Hana masih tidak mahu mengalah! Di dalam hatinya dia sudah terasa mahu tergelak besar! Sembunyi-sembunyi dia ketawa di sealik selimutnya itu. Ada-ada aje Kay Tee ni! Sebab tulah aku suka berkawan dengan dia. Sifat kelakar dan baik hatinya membuatkan aku berasa senang selalu. Sampai sekarang pun tak pernah nak bergaduh walaupun hari-hari menghadap muka dia aje.
“Dah! Dah! Dah! Sakit telinga aku dengar ada orang puji diri sendiri. Lebih baik aku tidur! Good nite!” Terus sahaja dia menarik selimutnya dan kemudian membungkus seluruh badannya! Sebenarnya, dia sendiri dah mengantuk! Takut punya pasal, dia bangun dan melangkahkan kaki ke bilik Hana. Akhirnya, di sini dia dapat tidur dengan nyenyaknya!
saya dan 'dia'