Monday, March 31, 2014

Cerpen: Kasihmu Ku Terima






CERPEN: KASIHMU KU TERIMA

LAMA dia berdiri di hadapan pintu pagar rumah yang tersergam indah itu. Wah, cantiknya rumah dia? Besar pulak tu! Aku tak tahu pulak yang dia tu anak orang kaya. Arwah Asyraf tak pernah cerita pulak yang tunang kawan dia tu anak orang kaya!
Dengan lafaz bismillah, kakinya diatur perlahan ke dalam rumah itu. Kelihatan para tetamu memenuhi ruang rumah itu. Mana aku nak cari dia ni? Dapat tunjuk muka pun jadilah. Jangan dia cakap aku tak datang sudah!
Kepalanya tertoleh-toleh mencari seraut wajah lelaki itu. Lelaki yang menjemputnya ke majlis pertunangannya. Kalau bukan disebabkan janjinya kepada arwah Asyraf, tak mungkin dia akan menjejakkan kakinya ke sini.
Terpana sekejap apabila terpandangkan pelamin pertunangan yang sangat indah itu. Iris meneguk liur perlahan. Fuyoo… majlis pertunangan je kot? Tidak berkelip kelopak matanya melihat pelamin pertunangan yang sangat mewah itu! Macam pelamin kahwin! Aku dulu bertunang simple aje! Tak perlu kot nak menunjuk-nunjuk. Kalau kahwin bolehlah kata nak buat mewah macam ni!
Bibirnya menguntumkan senyuman. Melihat calon perempuan yang sudah berhias cantik itu membuatkan dia terkenangkan hari pertunangannya. Cantiknya Arisya. Selalunya memang dia cantik pun. Tapi… bila pakai gaun bertunang macam tu, dia nampak lagi cantik!
Terpana! Itulah yang dirasakannya sebaik sahaja terpandangkan seorang gadis yang baru melangkah masuk ke pintu utama. Tidak lepas anak matanya memandang seraut wajah yang putih bersih itu.
Siapakah perempuan itu? Sanak saudara Johan? Atau… sanak saudara Arisya? Tak pun kawan Arisya atau kawan Johan! Kenapa sebelum ni aku tak pernah kenal dia pun?
Senyuman terbit di bibirnya sebaik sahaja terpandangkan riak tersenyum perempuan itu. Cantiknya dia bila tersenyum manis macam ni. Sejuk jiwa ini, berdebar jantung ini.
“Weh, aku tanya kau ni!”
Tumbukan perlahan pada bahunya memeranjatkan lamunannya. “Apa?” Soalnya sepatah. Anak matanya masih belum lepas memandang ke arah wanita yang mencuri perhatiannya itu.
“Aku tanya kau, bila majlis kau pulak?”
“Tanya ke perli?” Macamlah aku tak tahu yang dia tengah perli aku! Aku tahulah aku ni tak ada calon lagi walaupun umur dah masuk 27 tahun. Lagi mahu tanya ke!
“Mana ada perli! Aku tanya betul-betul, kan?” Johan menahan gelak di dalam hatinya. Ya, sebenarnya soalan dia tadi sememangnya untuk memerli sahabatnya itu. Susah sangat nak rapat dengan perempuan! Nak jadikan special girlfriend? Lagilah payah! Kenapalah si Zul ni payah sangat? Agak-agak... siapakah perempuan itu?
“Soalan kau tadi tu memang macam perli pun.”
“Yelah! Yelah! Kau menang! So… kau tak nak jawab ke soalan aku tu?” Usiknya lagi.
“Belum ada rezeki. Puas hati?” Gelas yang dipegangnya diletakkan di atas meja. Kakinya dilangkahkan untuk meninggalkan lelaki yang bermulut pedas itu! Sehari kalau tak menyakitkan hati aku, memang tak boleh agaknya?
“Eh, kau nak pergi mana tu?”
“Nak pergi cari calon isteri!” Jawabnya sedikit kuat. Padan muka! Ingat aku ni tak laku ke?
Johan ketawa kuat sambil menggelengkan kepalanya. “Kalau dah jumpa nanti jangan lupa bagitahu!”
“Iya! Iya!” Zul terus mengatur langkah mencari kelibat wanita bertudung belit-belit yang dilihatnya tadi. Johan punya pasallah ni! Hilang pulak perempuan idaman aku tadi!
Ya, sekali pandang dia sudah dapat mengagak. Wanita itu memiliki ciri-ciri wanita idamannya. Ada sesuatu di wajah itu yang sangat terkesan di dalam hatinya!

**********

“JOHAN… siapa dia?”
Kepalanya ditoleh ke arah suara yang menyapa. Aik, tadi cakap nak pergi cari calon isteri? “Dari mana?” Perlinya kerana sedikit terkejut dengan sapaan secara tiba-tiba itu.
Zul mencebik. Mentang-mentanglah hari ini hari dia, alih-alih aku aje yang terkena! “Jatuh dari langit. Jawab soalan aku tadi. Siapa dia?”
Johan mengerutkan dahinya perlahan. Si Zul ni dah tersangkut dengan siapa? Beria nampak? “Siapa, siapa?”
“Tadi tu… yang berbual dengan kau tadi. Saudara kau ke? Ke sanak saudara Arisya?”
Soalan itu mencetuskan ketawa di bibirnya. “Ramai kot yang berbual dengan aku tadi! Yang mana satu?” Masih berpura-pura tak faham.
“Tu! Yang berdiri kat tiang tu.”
Which one?
“Yang pakai tudung belit-belit tu.”
Johan tersenyum sambil mengangguk perlahan. “Oh, yang tu ke? Kenapa? Falling in love at the first sight? Itu ke calonnya?”
“Orang tanya aje!”
Oh, tanya? Tak nak mengaku lagi? Macamlah aku tak nampak muka beria-ia dia tu! “Bukan saudara aku. Juga bukan saudara Arisya.”
“Habis tu… siapa dia? Muka dia macam… macam pernah aku tengoklah.”
Haha! Johan tergelak kuat. Sekejap sahaja dia sudah menggelengkan kepala perlahan. “Kau ni Zul… semua perempuan kau cakap macam pernah tengok. Tapi seorang pun kau tak tersangkut! Jangan memilih sangat! Karang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pulak!”
Berkerut dahinya sekejap. Betullah! Aku rasa macam pernah jumpa dia! Kali ini otaknya ligat mencari data yang tepat! “Tak… kali ni aku serius. Aku rasa aku pernah jumpa dia. Tapi aku tak ingat bila. Kau kenal dia?”
“Kenal. Dia tu tunang arwah Asyraf.”
Tunang arwah Asyraf?  Yang tak jadi kahwin tu ke? Anak matanya masih singgah pada seraut wajah itu. Jadi… inilah orangnya? Orang yang aku nak kenal sangat selepas dengar cerita Johan tentang arwah Asyraf. “Asyraf kawan arwah along kau tu ke?”
Johan mengangguk perlahan. “Hmm… yang excident sekali dengan along tu. Kalau kau ingat, arwah Asyraf tu meninggal bulan lepas. Arwah Asyraf dengan arwah along bff. Walaupun arwah along tua dua tahun daripada arwah Asyraf, tapi diorang dah macam adik beradik kandung. Sejak study kat Jepun lagi. Satu bilik… satu kuliah… satu katil… makan nasi sepinggan…”
Zul mengangguk perlahan. Ya, dia pernah dengar cerita-cerita ni daripada mulut Johan. “Maksudnya… perempuan ni tunang arwah yang sepatutnya kahwin awal bulan depan tu?”
“Betullah tu. Kau ingat, eh?”
“Sebenarnya ingat-ingat lupa. Tapi… kenapa dia datang jugak majlis kau ni?” Perasaan ingin tahu menyebabkan dia terus bertanya dan bertanya.
“Dia dengan arwah Asyraf pernah janji dengan along. Sebab tu dia datang jugak.”
Zul menjadi pemerhati. Entah kenapa, seraut wajah perempuan itu menggamit dirinya untuk terus memandang seraut wajahnya yang nampak sangat ketara kesedihannya itu. Namun wanita itu masih cuba tersenyum dalam riak kesedihannya yang masih tergambar jelas.
“Bukan ke dia ni…” Zul mengerutkan dahi sambil otak kecilnya bekerja keras mencari data di mana pertemuannya dengan wanita itu. Dia… perempuan yang aku jumpa kat kedai buku minggu lepas? Ha’ah, lah… memang dia!

**********

BIBIRNYA mengukirkan senyuman. Melihat seraut wajah itu, hatinya terasa tenang. Dan saat ini, dia sudah dapat tahu di mana dia pernah terserempak dengan wanita itu.
Sedang dia tercari-cari buku rujukan untuk tugasannya, dia terlanggar seseorang. “Sorry… tak perasan tadi.”
“Takpe. Saya yang patut minta maaf sebab cuai.”
Suara yang sangat lembut itu menyentuh tangkai hatinya membuatkan dia terasa ingin melihat seraut wajah itu. Wajah putih bersih yang membuat hatinya berdebar kuat. Sepasang anak mata yang berkaca menggambarkan sebuah kesedihan yang sedang disembunyikan itu menarik perhatiannya. Lesung pipit di kedua belah pipinya cukup untuk menggetarkan hatinya. Ya Allah, aku rasa macam sedang jatuh cinta pada pandangan pertama. rasa macam nak pecah dada ini menahan debaran. Cantik... manis...
“Buku awak.”
Dia mengukirkan senyuman sambil menyambut dua buah buku yang dihulurkan gadis itu kepadanya. Namun, sekejap sahaja senyumannya termati sendiri sebaik sahaja terpandangankan sebentuk cincin pada jari kiri gadis itu. Sudah berkahwinkah dia?
“Awak okey?”
Anak matanya memandang lama sepasang anak mata itu. Jelas menunjukkan kerisauannya. Sekali lagi dia cuba tersenyum. Namun kali ini senyumannya kelihatan hambar. “Saya tak apa-apa. Awak?”
“Saya pun. Sekali lagi saya minta maaf, ya? Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”
Dia yakin, itu adalah pertemuan pertamanya dengan perempuan itu. Tanpa sedar langkah kakinya telah pun diatur menghampiri wanita itu.
Terkejut Iris dibuatnya! Hampir-hampir sahaja dia terlanggar seorang lelaki. Nasib baik sempat brek! Kalau tidak… entah apa yang akan diciumnya! Langkah kakinya diundurkan setapak. Perlahan kepalanya didongakkan ke arah lelaki itu. Apa pandang-pandang? Cucuk mata tu karang!
Mata bertentang mata. Terasa nafasnya seakan-akan terhenti di situ. Terasa seperti waktu turut terhenti di situ. Indahnya perasaan ini, sangat sukar untuk digambarkan. Berdebarnya jantung ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dan hati ini… sudah menyatakan bahawa aku sudah jatuh cinta pada perempuan ini! Walaupun langsung tidak mengenali dia… walaupun langsung tak pernah berbual dengan dia… Namun pandangan matanya mampu membuatkan hati ini jatuh cinta kepadanya. Siapakah dia? Siapakah gadis misteri ini?
“Awak…” Iris melambaikan tangannya perlahan di hadapan muka lelaki itu. Takkanlah dah pengsan sebab terkejut kot? Tapi… kalau pengsan mesti dah jatuh gedebuk macam nangka busuk! Masih elok berdiri ni?
“Awak… saya minta maaf kalau saya dah buat awak terkejut. Tapi saya memang tak perasan langsung awak ada kat sini.”
Diam! Masih diam dan masih terpana melihat kecantikan seraut wajah itu. Walaupun langsung tak mengenakan make up, namun keaslian wajahnya itu sudah menyerlahkan kecantikannya!
Iris mengerut dahi perlahan. Huhu… naik seram pulak aku dengan mamat ni! Kenapa dia pandang aku tak berkelip? Dia nampak aku ni macam hantu ke? Dia marah ke sebab aku tetiba nak terlanggar dia? Perlahan liurnya diteguk. Jangan-jangan… dia ni tak betul?
Perlahan dia menjungkitkan kaki mengundur setapak lagi ke belakang. Anak matanya masih memandang ke arah lelaki itu. Mengambil langkah berjaga-jaga. Bimbang juga kalau tiba-tiba lelaki ini menyerangnya kat tengah-tengah majlis orang ni. Apabila tiada respond dari lelaki itu, dia pantas berpaling lalu melangkah laju meninggalkan lelaki itu. Jangan dia kejar aku sudah! Aku dah naik takut ni!
Senyum terukir di bibirnya. Ya Allah…. Iris… Iris… kenapalah perangai kau pelik sangat ni! Tak ada pun dia kejar kau! Yang kau fikir macam-macam pasal mamat pelik tadi tu, kenapa! Kepalanya digeleng perlahan.
Iris melangkahkan kaki keluar daripada rumah besar itu. Kakinya diatur ke arah kolam renang. Air kolam yang tenang itu direnungnya lama. Sekujur bayang tubuhnya di dalam air kolam itu dipandangnya lama.
Iris… dah lama tak tersenyum macam ni, kan?
Keluhan kecil dilepaskan. Setelah kematian tunangnya, dia banyak menangis. Setiap masa, setiap hari… hanya termenung kerjanya. Makan pun kurang. Sampai satu tahap, dia jatuh pengsan. Dua minggu ditahan di wad. Dia terpaksa menangguh pengajian kerana masalah kesihatannya.
Sehinggalah suatu hari dia didatangi mimpi pelik. Seraut wajah arwah Asyraf muncul dan menasihati supaya dia menerima ketentuan Allah dengan hati yang ikhlas. Dan selepas hari itu, dia memulakan kehidupan seperti biasa. Namun dia berubah menjadi pendiam. Senyuman langsung tak terbit di bibirnya walaupun sedang menonton Maharaja Lawak Mega.
Hari ini… dia kembali tersenyum setelah sebulan pemergian Asyraf ke rahmatullah. Hanya kerana lelaki itu. Siapa dia? Tapi… macam pernah jumpa aje?
“Iris?”
Kepalanya ditoleh apabila mendengar seseorang menyebut namanya. “Arisya? Er… kenapa datang sini? Ini kan majlis awak.” Serba salah dibuatnya apabila Arisya mencari dia di luar rumah.
“Saya cari Iris tadi. Johan cakap Iris dah balik. Tapi Zul cakap dia nampak Iris keluar kat sini.”
Iris mengerutkan dahinya. Siapa pulak Zul? Aku tak kenal pun? Tapi… dia kenal aku! “Siapa Zul?”
“Kawan satu universiti saya dan Johan. Jom masuk? Kita orang nak bergambar. Kalau Iris sudi, kita bergambar sekali?”
“Hah? Er… tapi…”
Dah tahu dah! Mesti dia nak menolak! Iris yang dia kenal susah betul nak bergambar! Entah apa yang ditakutkan, dia tidak tahu! “Please… sekali aje. Majlis ni pun sekali aje. Hadiah untuk Arisya dan Johan. Boleh, kan?”
Iris memandang seraut wajah itu. Walaupun teragak-agak, dia tetap mengangguk perlahan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengecewakan mereka berdua. Kalau boleh juga, dia nak lakukan yang terbaik untuk mereka berdua. Kerana itu juga janji arwah Asyraf kepada arwah Abang Johan, bakal suami Arisya.
Thanks, Iris. Jom!”

**********

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

AIR matanya menitis satu persatu. Kali ini suara yang mengalunkan bacaan surah Yaasin itu sudah bernada serak. Namun dicekalkan hatinya untuk menghabiskan bacaan ayat suci Al-Quran itu. Kalau boleh ingin sahaja dia membacanya dari pagi ke petang. Dihadiahkan untuk si mati.
Hari ini, merupakan tarikh perkahwinan mereka. Jika Asyraf tidak kemalangan, pastinya hari ini adalah hari bahagia mereka. Sungguh, dia benar-benar rindukan lelaki itu.
Iris... sabarlah! Redha dengan ketentuan Allah. Ini adalah Qadaq dan Qadar Allah. Dan bila Allah kata, Kun Faa Yakun, jadilah! Maka jadilah sesuatu itu. Mungkin di sebalik apa yang berlaku ini, ada hikmah yang besar akan menanti!
Dia menyandarkan tubuhnya ke pokok besar itu. Sayu hatinya mendengar suara yang serak itu. Namun dia tidak mampu untuk membantu. Apatah lagi untuk keluar daripada persembunyiannya itu. Kali ini dia benar-benar tahu perasaan sebenar gadis itu. Iris benar-benar sayangkan arwah tunangnya!
Batu nisan itu dipegangnya lama. “Asy… hari ni sepatutnya kita berkahwin, kan? Asy bahagia? Ris bahagia sangat. Walaupun Asy tak ada dengan Ris.” Perlahan air mata yang menitis ke pipi disapunya. Bibirnya cuba menguntumkan senyuman.
“Asy… hari ni kat rumah Ris buat kenduri doa selamat dan tahlil untuk menggantikan majlis yang tak jadi tu. Ris akan sentiasa doakan Asy tenang dan dicucuri rahmat Allah di alam sana.”
Menitis air matanya mendengar luahan daripada suara yang sangat perlahan itu. Iris… kalaulah saya mampu, ingin sahaja saya menyuakan bahu saya untuk awak bersandar. Kalaulah saya mampu, ingin sahaja saya menjadi penganti arwah untuk majlis yang berlangsung itu. Tapi saya tak mampu, Iris. Dan saya tahu… pastinya awak masih belum bersedia untuk menerima sesiapa di hati awak, kan?
Lama! Hampir setengah jam berlalu, Iris masih berteleku di situ. Zul tidak senang duduk. Sudah naik lenguh kakinya berdiri terlalu lama di belakang pokok besar itu.
“Kali ni… apa nak jadi pun, jadilah! Apa yang pasti, aku perlu sedarkan dia daripada lamunan yang sangat panjang itu. Dan sebelum aku jatuh pengsan kerana berdiri terlalu lama, lebih baik kau buat keputusan untuk duduk!”
Kakinya dilangkahkan ke arah kubur arwah Asyraf. Iris masih di situ dan masih belum menyedari kehadirannya. Zul duduk bersila di sebelah Iris lalu memulakan bacaan Yaasin. Mujur sahaja dia pernah menghafal surah tersebut. Jadi, dengan mudahnya dia dapat mengalunkan bacaannya dengan tajwid yang betul dan terang.
Iris terdiam sendiri. Terkebil-kebil kelopak matanya memandang lelaki yang sedang duduk bersebelahan dengannya itu. Siapa dia? Dan kenapa dia di sini? Membacakan surah Yaasin kepada arwah Asyraf. Sebelum ni aku tak pernah nampak lelaki ni kat sini pun?
Beberapa minit berlalu, anak matanya masih melekat pada seraut wajah itu. Dia kenal arwah? Dia kenal aku? Tapi… aku macam pernah nampak dia! Bukan ke dia yang… yang aku jumpa masa majlis pertunangan Arisya dan Johan? Betulkah? Tapi… kenapa dia…
“Tadah tangan tu! Nak baca doa ni!” Ucapnya langsung tidak memandang gadis itu. Dari ekor matanya, dia nampak gadis itu merenungnya sejak tadi. Seawal bacaan surah Yaasin sehinggalah tamat! Dan saat ini pun!  Masih tidak perasankah dia siapa aku?
Tersentak segala lamunannya di saat mendengar suara lelaki itu mengarahnya menadah tangan. Lambat-lambat dia mengangkat tangan, menadah doa.
Zul tersenyum di dalam hatinya. Melihat gadis itu sudah menadahkan tangan, dia memulakan bacaan doanya. Iris mengaminkan dengan perlahan.
“Jom.” Ajaknya selepas selesai mengaminkan doa dan menyiram air mawar yang masih bersisa di dalam jag yang dibawa oleh Iris.
“Tapi… saya…” Iris ingin membantah. Namun dia tidak tahu apa yang hendak dibantahnya!
“Jomlah. Dah lewat ni. Karang terlepas solat Asar pulak.”
“Saya dah solat Asar tadi.” Siapa dia ni? Kenapa dia tetiba muncul kat sini? Tanpa salam, terus baca surah Yaasin. Lepas tu, tak minta izin terus ambil air mawar dalam jag lalu disiramkan sampai habis di atas pusara. Kenapa dia seolah-olah sangat mengenali aku.
“Tapi saya belum solat. Please…”
Lambat-lambat dia mengangguk perlahan.
Zul tersenyum lebar. Lega hatinya! Buatnya Iris masih nak duduk sini? Cepat sahaja dia melipat tikar setelah Iris bangun daripada duduknya. Jag diambil lalu semuanya dimasukkan ke dalam beg yang dibawa oleh gadis itu. Dia tahu Iris pelik dengan tingkah lakunya. Tapi… dia ingin benar berbaik dengan gadis itu.
“Awak…”
“Dah tak payah tanya lagi. Jom, saya hantar awak balik.” Ya Allah… bahagianya hati ini! Sekurang-kurangnya Iris ingin juga bersuara kepadanya. Walaupun hanya sepatah perkataan, sudah mampu membuatkan hatinya berbunga riang!
“Awak tahu ke kat mana rumah saya?”
Zul menoleh ke arah suara itu. Senyuman dihulurkan seikhlasnya. Nampaknya dia masih ragu-ragu. Tak apa, Zul… perlahan-lahan. Dengan izin Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. “Saya tak akan tahu kalau awak tak bagitahu. Jom.”
“Awak…”
Zul memandang seraut wajah itu. Iris masih belum mahu bergerak. Risau sungguh hatinya saat ini. Cuma ada dua jawapan. Menolak… atau menerima! “Hm?” Soalnya sepatah.
“Terima kasih.”
Zul menyimpan tawa. Lah, ingatkan dia nak cakap apa tadi! Bukan main lagi aku risau! Alih-alih nak cakap terima kasih aje pun. “Kasihmu ku terima.”
Iris mengerutkan dahi. Tidak faham dengan jawapan yang didengarinya itu.
“Kalau tak faham, abaikan saja. Dahlah, jom! Dah lewat sangat ni.”

**********

SERAUT wajah itu dipandangnya lama. Iris meneguk liur perlahan. Siapa lelaki ini sebenarnya? Sikapnya… tingkah lakunya… kerap membuatkan aku teringatkan arwah Asyraf. Dia baik sangat… macam arwah. Tingkah laku dan perbuatannya… lembut dan penuh kasih sayang. Membuatkan aku rindukan Asyraf.
Tangan itu lembut membalut kakinya yang terseliuh. Sentuhannya juga penuh dengan kasih sayang. Kolam matanya mula dipenuhi dengan air jernih. Lelaki ini benar-benar membuatkan dia rindukan arwah Asyraf. Iris… sedarlah! Dia bukan Asyraf. Dia cuma hadir untuk membantu!
Entah macam mana, dia boleh termakan pujuk Suraya untuk menemaninya jogging di Taman Botani ini. Ya, dia cuma menemankan dan tak berlari langsung. Dan entah macam mana pulak, sewaktu dia melompat untuk menangkap seekor kupu-kupu yang terbang, dia terpijak satu batu lalu terseliuh.
Entah bagaimana pula, lelaki ini muncul di hadapannya dan membantu. Dan saat ini, lelaki itu sedang membalut kakinya dengan penuh berhati-hati dan penuh dengan kasih sayang.
Sewaktu di pusara arwah Asyraf… suaranya begitu tenang mengalunkan bacaan surah Yaasin. Satu persatu disebutnya dengan tepat bersama harakat yang betul walaupun tanpa melihat baris ayat tersebut. Tahfiz? Tak! Dari segi gayanya dan cara berpakaiannya langsung tidak menunjukkan bahawa dia adalah seorang tahfiz!
Sampai sekarang… aku masih tak dapat jawapannya. Kenapa dia ada di situ pada hari tersebut. Apa hubungan dia dengan arwah Asyraf? Dan kenapa pula aku dengan mudahnya mengikut semua kata-katanya? Dengan mudah percayakan dia bulat-bulat? Soalan itu masih tertanya-tanya tanpa jawapan. Saat ini, dia muncul lagi menambahkan pelbagai soalan yang tiada jawapannya!
“Dah siap!” Senyuman kelegaan tergambar di bibirnya. Kepalanya didongakkan untuk memandang gadis itu.
Pantas Iris mengalihkan pandangannya ke belakang. Saat ini, setitis air matanya sudah pun jatuh ke pipinya. Sungguh, dia tidak mampu menahan perasaan sedihnya. Lelaki ini benar-benar membuatkan dia merindui arwah tunangnya.
Tersentak apabila melihat air matanya yang menitis itu. Walaupun gadis itu cuba berpaling ke arah lain, dia sempat melihat air mata yang jatuh ke pipi itu. “Iris… kenapa ni? Sakit sangat ke? Saya berkasar dengan awak ke? Atau… saya buat awak sakit hati?”
Semakin hatinya tersentuh dengan ucapan lelaki itu. Sikap ambil beratnya… benar-benar menyentuh tangkai hatinya.
“Iris…” Perlahan bahu itu disentuh lembut.
Iris tidak berpaling. Bimbang bila melihat seraut wajah itu, dia akan menangis lebih banyak.
“Saya minta maaf kalau saya terkasar bahasa, tersilap laku pada awak, Iris. Saya cuma membantu. Sekalipun orang lain yang ada depan saya saat ini, saya tetap akan membantu.” Ya, dia seorang Doktor. Masakan dia mampu melihat sahaja orang yang sakit memerlukan bantuannya?
Iris… apa yang dah kau buat ni? Kau dah buat dia rasa bersalah! Air mata yang masih mahu mengalir itu cuba ditahannya. Pantas kedua-dua tapak tangannya menyapu air mata yang masih bersisa di pipinya. Nafas ditarik sedalamnya. Pandangan kembali dihalakan ke arah lelaki itu. “Terima kasih sebab tolong saya.”
Akhirnya dia tersenyum melihat perubahan seraut wajah itu. Iris… Iris… sungguh, awak dah buat saya jatuh kasih… jatuh sayang… dan jatuh cinta dengan perwatakan awak ini.
“Kasihmu ku terima.” Ringkas jawapannya.
Iris memandang seraut wajah itu. Jawapan yang masih sama seperti di pusara arwah. Kenapa dia perlu menjawab seperti itu.
Kalau tak faham, abaikan saja.
Itu jawapan lelaki itu. Namun bagaimana harus dia mengabaikannya sedangkan hatinya terus tertanya-tanya. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk bertanya, muncul Suraya yang termengah-mengah menghampirinya.
“Iris… kau… er… kenapa?” Terkejut bukan kepalang apabila melihat seorang lelaki duduk di sebelah sahabatnya itu. Makin bertambah rasa terkejutnya apabila melihat kotak kecemasan bersebelahan duduk lelaki itu. Dan rasa tak sedap hati makin menjadi-jadi apabila melihat balutan pada kaki temannya itu.
“Terseliuh tadi. Doktor Zul tolong.”
Zul mengerutkan dahinya sambil memandang seraut wajah itu. Dia tahu nama aku? Dan dia tahu pekerjaan aku?
Iris mencebik melihat riak wajah kepelikkan itu. Eleh, dah tertera kad pekerja dia terselit kat kotak kecemasan tu! Mana tak tahunya! Sekejap sahaja dia sudah mengisyaratkan matanya ke arah kad kerja lelaki itu.
Zul tergelak perlahan apabila terpandangkan kad kerjanya. “Ingatkan ada kuasa magik tadi.”
“Mengarut!” Jawabnya sepatah. “By the way, ini Suraya. Kawan saya.”
“Zul.” Sepatah namanya diberitahu kepada wanita bernama Suraya itu.
Suraya sekadar mengangguk sambil memandang semula ke arah Iris. “Menyesal pulak aku bawak kau datang sini. Aku tak tahulah pulak akan jadi macam ni. Nasib baik ada doktor ni. Jomlah, aku papah kau ke kereta.” Suraya menghampiri Iris. Rasa bersalah pulak menyebabkan Iris jadi macam ni.
Thanks, sahabatku yang baik hati.” Tangannya memaut bahu Suraya.
“Iyalah sangat kau ni, kan? Risau aku tahu tak?”
“Tahu.” Iris melemparkan pandangan ke arah lelaki yang masih berdiri berhampirannya itu. “Doktor Zul… terima kasih, ya? Lain kali kalau saya sakit lagi, saya minta tolong doktor lagi tau?”
Zul sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Kakinya dilangkahkan ke sebelah Suraya lalu berbisik perlahan. “Suraya… Thanks.”
Suraya menoleh sekilas sambil mengerutkan dahinya. Pelik pulak aku dengan mamat ni! Ucap terima kasih pada aku buat apa? Ada ke aku tolong dia tadi? Tak ada, kan?
Zul tersenyum dengan pandangan pelik gadis itu. “Kalau bukan sebab awak bawak dia datang ke sini, saya tak akan terjumpa dia. Sothanks untuk awak.”
Kali ini Suraya sudah mengangguk perlahan. Oh, jadi budak dua orang ni dah saling kenal, ya? Hmm… si doktor handsome ni pulak, macam ada hati dengan Iris aje? Alhamdulillah…
“Awak cakap apa? Saya tak dengarlah. Tak baik berbisik macam tu!” Marah Iris kepada lelaki itu.
Suraya tergelak perlahan. “Dia cakap… suruh jaga kau elok-elok. Dan dia juga ucap terima kasih pada aku. Itu pun nak jealous ke?”
Jealous? Nonsense!”

**********

BARU sahaja dia ingin melintas jalan, anak matanya terpandangkan seseorang di seberang jalan. Seseorang yang sangat dikenalinya. Gadis misteri yang sentiasa mendebarkan hatinya. Bibirnya menguntumkan senyuman. Iris...
Selepas menoleh ke kiri dan ke kanan, kakinya dilangkahkan melintas jalan raya menuju ke seberang jalan. Langsung gadis itu tidak menyedari kehadirannya di sebelah. Amboi... khusyuknya dia! Sampai tak perasan ada orang jalan sebelah dia. Cantiknya Iris... Tudung hijau pucuk pisang ini sangat sesuai dengan mukanya. Semakin menambahkan seri wajahnya yang sedia cantik itu.
Zul tersenyum lagi.. Agak-agak... bila dia nak perasankan aku kat sebelah dia ni, ya? Kakinya terus dilangkahkan seiringan dengan gadis itu. Apabila melihat ada tiang lampu yang menghalang laluannya, dia mengalihkan langkah. Karang tak pasal-pasal pengsan kat sini. Siapa nak angkat? Takkanlah Iris pulak! Hehe...
Baru sesaat dia mengalihkan pandangan matanya, dia ternampak kelibat Iris yang tiba-tiba sahaja melangkah ke tengah jalan. Terperanjat apabila melihat sebuah kereta sedang meluncur laju ke arah gadis itu.
“Iris!!” Kuat suaranya menjerit.
Pantas Iris berpaling apabila mendengar suara menjeritkan namanya. Namun... tidak sampai sesaat, terasa tubuhnya sudah melambung. Iris memejamkan kelopak matanya sambil berdoa kepada Allah. Dia nampak kereta yang meluncur laju itu. Tetapi dia tidak mampu berkata-kata.
Ya Allah, Ya Tuhanku... Selamatkanlah aku. Janganlah Engkau mengambil nyawaku di saat ini juga.
“Kenapa pergi kat tengah jalan tu? Lain kali jalan pakai mata, jangan pakai hidung.” Marahnya tiba-tiba. Mungkin kerana terkejut.
Terpinga-pinga Iris sekejap. Siapa pulak yang membebel dekat dengan telinga aku ni? Eh, aku belum mati ke? Tak rasa sakit pun...? Tak kena langgar, eh?
Perlahan kelopak matanya dibuka. Terkejut apabila melihat sekujur tubuh lelaki yang sangat dekat dengannya. Otak kecilnya cuba berfikir dengan baik. Ya Allah... apa dah jadi? Sesaat kemudian, barulah dia perasan yang tubuh kecilnya sedang berada di dalam pelukan seorang lelaki. Pantas kepalanya mendongak. Zul?
“Kenapa lintas jalan tak pandang kiri dan kanan? Itu baru sesaat saya terleka. Kalau saya terus terleka tadi... Ya Allah... tak tahulah saya apa yang akan jadi pada awak, Iris.” kali ini suaranya kedengaran lebih rendah. Lebih berbaur kerisauan.
Terkebil-kebil dia memandang lelaki itu. Kenapa dia marah sangat ni? Aku ada buat silap pada dia, ke?
“Iris... awak okey tak?”
Kepalanya diangguk perlahan. Masih lagi dengan riak dan perasaan terkejut.
Nafas kelegaan dilepaskan. “Fuh, lega hati saya, Iris! Saya bimbang kalau jadi apa-apa tadi. Kenapa awak pergi kat tengah jalan tu?” Sekali lagi soalan yang sama dipersoalkan.
Saat ini, barulah Iris teringatkan sesuatu. Ya Allah! Tubuh lelaki itu ditolak menjauhi tubuhnya. “Er... cincin saya...” Anak matanya kembali ke arah jalan raya yang semakin sibuk itu.
Kali ini Zul melepaskan keluhan kecil. Rupa-rupanya... hanya disebabkan cincin bertunang dia. “Awak tunggu kat sini. Biar saya yang ambilkan.”
Iris yang masih terkejut semakin terpinga-pinga. Tangannya ingin menahan, namun hatinya melarang. Dia mahukan cincin itu. Cincin pertunangannya dengan arwah Asyraf.
Selepas mendapatkan cincin itu, dia mengukirkan senyuman. Fuh, nasib baik tak calar! kalau tidak... mahu menangis sehari suntuk si Iris tu! Sudah hampir sebulan dia mengenali gadis itu. Sedikit sebanyak, dia boleh meneka sikap Iris.
Terpaku! Kelu... apabila melihat lelaki itu sudah menemui cincinnya. Perlahan kepalanya didongak memandang lelaki itu. Siapa dia? Kenapa setiap kali aku pandang muka dia, hati aku akan berdebar?
“Nah, cincin awak! Nasib baik tak rosak. Awak okey?” Soalnya sambil tersenyum.
Bergenang kolam matanya. Sepasang anak matanya tepat singgah pada sepasang anak mata lelaki itu. Zul... kenapa? Kenapa sikap awak sangat seiras dengan arwah? Saya rasa terharu... Saya rasa sedih... Sebab awak, sayangkan saya macam dia sayangkan saya. Selalu menghadirkan aku perasaan bahagia. Selalu mengambil berat tentang aku.
Terpana apabila melihat kolam mata gadis itu yang sudah digenangi air mata. Ya Allah... apa yang dah aku buat ni? Aku buat dia menangis ke? “Er... Iris... saya minta maaf sebab marahkan awak tadi. Sebenarnya... saya terkejut sangat bila nampak kereta tu laju sangat. Saya takut kereta tu akan rempuh awak. Saya tak nak kehilangan awak, Iris. Sebab... awak sangat berharga untuk saya.”
“Macam mana awak boleh ada kat sini?”
Zul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebanyak-banyak ayat yang aku tanya, hanya itu jawapan dia? Itu bukan jawapan, tapi soalan! Adoi!! “Sebenarnya macam ni... tadi saya memang nak melintas jalan. nak pergi kedai buku. Lepas tu... saya nampak awak. Hmm...” Zul senyum. Seraut wajah itu dipandangnya lagi.
Iris hanya terkebil-kebil memandang wajah itu.
“Dah lama... dekat lima belas minit saya jalan sebelah awak. tapi... awak langsung tak perasankan saya. Khusyuk sangat dengan sesuatu di tangan awak tu. Oh, rupa-rupanya... cincin! Patutlah awak nampak khusyuk sangat. Lepas tu saya nampak awak tiba-tiba ke tengah jalan. Bila saya jerit, awak tak dengar. Itu yang saya main redah aje tu!” Seraut wajah itu dipandangnya lama. Kenapa dia diam aje?
“Er… Iris… Kenapa awak jalan tak…”
Belum sempat lelaki itu menyambung ayatnya, Iris pantas memintas. “Sebenarnya… saya pun tak tahu macam mana saya boleh pergi kat tengah jalan tu. Apa yang saya tahu… ” Anak matanya singgah pada cincin di jari.
“… cincin ni jatuh. Jadi… saya memang nak ambil cincin ni balik. Langsung tak perasan dah kat tengah jalan.” Jari jemarinya bermain lagi dengan cincin itu. Kalau cincin ni hilang… tak tahulah macam mana. Hanya ini satu-satunya kenangan dengan arwah.
Keluhan kecil dilepaskan. Saya tahu, Iris… Awak sanggup hilang nyawa demi cincin itu. Dan cincin itu amat bermakna untuk awak, kan? Sepasang mata bundar itu ditatapnya lama. “Lain kali awak hati-hati, ya? Risau betul saya tengok awak macam tu tadi. Jujur saya cakap… saya risau dan takut kehilangan awak, Iris.” Kali ini dia berterus terang.
Iris mendongakkan kepalanya. Seraut wajah lelaki itu dipandangnya lama. Dia risaukan aku? Dia takut kehilangan aku? Apa… maksud dia?
Serba salah Zul dibuatnya. Pandangan mata Iris seolah-olah ada yang tak kena. Alamak! Nampaknya aku salah cakap lagilah! Adoi… Iris, jangan pandang saya macam tu! Hati saya ni… rasa macam nak pecah bila awak pandang saya macam tu. Berdebar!
Senyuman dihulurkan kepada gadis itu. “Iris… jom, saya hantar awak balik?”
Iris menganggukkan kepalanya. Sebagai tanda ucapan terima kasih, dia bersetuju untuk dihantar pulang oleh lelaki itu. Sebenarnya… salah aku juga. Aku yang cuai. Kalau tak… keadaan takkan jadi macam tu.

**********

MASING-MASING mendiamkan diri. Yang kedengaran kini cumalah suara DJ di dalam radio. Iris mengalihkan pandangannya. Seraut wajah tenang yang sedang memandu itu diperhatikan lama. Wajah yang tenang… bersih… tak ada jerawat pun. Ada sedikit janggut pada dagunya. Tak ada misai. Tak cerah sangat, tak gelap sangat. Biasa-biasa aje!
            Hmm… macam Awal Ashaari? Taklah! Dia lagi manis! Erm… macam Kamal Adli? Tak jugak! Dia lagi cerah! Aiman Hakim? Juga tak. Sebab dia rendah sikit. So… macam siapa? Entahlah! Dia ni memang tak ada bandingannya! Kacak! Sejuk mata memandang.
Keluhan kecil dilepaskan. Siapa dia? Dan bagaimana tiba-tiba lelaki ini boleh muncul dalam hidup aku? Zul… kenapa awak baik sangat dengan saya? Dan kenapa saya rasa selesa sangat bila dengan awak?
Ya Allah Ya Tuhanku…. Apa sebenarnya yang ada dalam hati aku ni? Dan apa sebenarnya yang ada dalam hati lelaki ini? Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahuinya. Pandangan dialihkan semula ke hadapan. Kembali memandang jalan raya.
“Dah puas pandang muka saya?”
Terkejut dengan soalan itu, dia berpaling semula ke sisi kanan. Lelaki itu kelihatan masih tenang memandu. Sedikitpun tidak menoleh ke arahnya. Tapi… ada senyuman yang terukir pada seraut wajahnya.
Iris tergelak perlahan. “Perasannya mamat ni! Saya bukan pandang awak, eh! Saya pandang bangunan KLCC tu.”
“Ha’ah, iyalah sangat kan? Macamlah tak biasa pandang! Hari-hari lalu sini, kan?” Tempelaknya! Sengaja dia mahu mengusik gadis itu. Biar hilang resah di hatinya. Biar tenang hati dan jiwanya.
Iris mencebik. “Suka hatilah! Penyebok!”
“Baik awak cakap betul-betul! Awak pandang muka saya tadi, kan? Handsome tak?”
Weekk… Iris membuat muka seperti nak termuntah! “Suka hati sayalah nak pandang siapa pun. Ada masalah ke?”
“Masalahnya awak pandang muka saya. So… yang masalahnya adalah saya.”
Berkerut dahinya memandang lelaki itu. Apa kena pulak dengan dia ni? “Apa pulak masalahnya?”
“Masalahnya… saya tak boleh memandu dengan tenang bila awak pandang muka saya lama-lama.”
Iris menahan ketawa. Ya, mamat ni memang seorang lelaki yang perasan bagus! Ceh! “Kenapa?”
Zul menoleh sekilas ke sebelahnya. Cepat-cepat Iris melarikan anak matanya apabila perasankan lelaki itu menoleh ke arahnya.
“Awak tahu tak…”
“Tak tahu.” Jawabnya pantas sebelum lelaki itu menghabiskan patah perkataannya.
Zul melepaskan ketawa perlahan. “Iya, memang tak tahu sebab saya belum cakap.”
“Tahu apa?”
“Bak sini tangan awak.”
Makin berkerut dahinya dengan permintaan lelaki itu. Apa kena dengan dia ni? Sebenarnya dia ni ikhlas ke tidak nak hantar aku balik? Aku setuju ni sebab dia dah selamatkan cincin aku! Dia orang yang jumpa cincin tu. Dan dia orang yang sanggup bersusah payah masuk dalam longkang besar tu semata-mata nak tolong ambilkan cincin yang terselit di celah-celah daun. Nasib baik longkang tu airnya cetek. Tak adalah dia terpaksa bermandikan air longkang semata-mata untuk dapatkan cincin itu.
“Pinjam kejap aje. Saya tak akan buat perkara yang awak tak sukalah!”
Lambat-lambat, dia menghulurkan juga tangan kanannya ke arah lelaki itu.
Zul tersenyum sendiri. Matanya masih menumpukan perhatian pada pemanduannya. Tangan kanannya masih setia pada stereng kereta. Tangan kirinya mencapai tangan kanan milik gadis di sebelahnya itu lalu diletakkan tepat di tengah-tengah dadanya.
Saat ini… terasa nafasnya seakan-akan terhenti. Terasa seperti dunia berhenti berputar. Terasa seperti detik waktu terhenti di situ. Lama tangannya melekat pada dada bidang yang berlapik baju itu.
Anak matanya memandang lama seraut wajah itu. Ya Allah… aku dapat merasakannya. Detak jantung yang sangat ketara. Berirama tidak menentu. Debaran yang laju berdegup tanpa sedikit pun terhenti. Apakah kerana aku?
“Dah dapat jawapannya?” Zul menyoal tanpa menoleh ke sisinya. Dari ekor matanya dia dapat melihat sepasang anak mata itu tepat singgah pada seraut wajahnya. Perlahan tangan kanan milik gadis itu dilepaskannya. Namun, tangan kecil itu masih elok melekat pada dada bidangnya.
Biarkan… biarkan waktu teruslah berputar. Mencintaimu dengan penuh rasa sabar. Biarkan dia merasai degup jantung ini. Biarkan dia tahu apa irama yang sedang berlagu di dalam hatinya itu.

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu
Dan biarkan ku padamu
Menyimpan sejuta harapan aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti sampai nanti ku mati
Biarkan aku jatuh cinta
Persona ku pada pandangan saat kita jumpa
Biarkan aku kan mencuba
Tak peduli kau berkata tuk mahu atau tidak

Perlahan tangannya dialihkan dari dada bidang itu setelah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ST12 di corong radio itu habis dimainkan. Kali ini dia mengalihkan pandangan matanya. Ya Allah… mampukah aku untuk terus bertahan dengan dugaan seperti ini? Atau… biarkan aku jatuh cinta…

**********

SUASANA di kampung terasa nyaman dan damai. Seulas bibirnya menguntumkan senyuman. Dah lama tak balik kampung.Suasana yang aman damai ini membuatkan hatinya terusik. Jauh di sudut hatinya, ada satu nama sedang menari indah.
Zul...
Sepatah nama itu tersebut di bibirnya. Ya Allah... baru dua hari aku kat sini. Tapi... hati aku benar-benar rindukan seraut wajah itu.
Ya Allah... aku memerlukan petunjukMu untuk membuat pilihan. Dia... ataupun tidak... Jika benar dia diciptakan untukku sejak di Loh Mamfuz lagi, satukan hatiku dengan hatinya. Jika bukan dia yang diciptakan untuk menjadi imamku, aku redha dan aku pasrah.
Awal pagi itu, dia menadah tangan selepas menunaikan solat dua rakaat. Solat sunat istikarah untuk malam ketiga.

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika ‘dia’ dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam pengetahuanMu ‘dia’ akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Doa itu diulangnya sebanyak tiga kali. Kemudian diaminkan. Selesai solat sunat istikarah yang ketiga, dia kembali melelapkan kelopak matanya. Semoga Allah menunjukkan apa yang gelap, semoga Allah menunjukkan apa yang tak nampak di mata.
Dan hanya kepada Allah aku berserah kehidupanku di dunia dan akhirat.

**********

SEKEJAP dia berdiri, sekejap pula dia bangun dan berjalan ke hulu dan ke hilir. Saat ini hatinya resah gelisah. Ke mana dia menghilang? Apakah kerana luahan hati aku kepadanya minggu lepas? Iris... kalaulah awak tahu... Saya rindukan awak sangat-sangat!
Johan mengerutkan dahinya. Aku hairan betullah dengan mamat ni! Kenapa dengan dia ni? “Kau ni dah kenapa? Dah macam orang mati bini aku tengok!”
Zul melepaskan keluhan kecil. “Johan … kau ingat lagi tak pada Iris?”
“Iris? Maksud kau… tunang arwah Asyraf?”
Kepalanya diangguk perlahan. Ada lagi ke orang nama Iris yang dia kenal? Lagi mahu tanya ke? “Ya, Iris tu.”
So… apa kena dengan Iris?”
Dia terdiam sekejap. Perlu ke aku berterus terang dengan dia? “Aku… aku jatuh cinta pada dia, Johan.” Zul memilih untuk berterus terang.
What?” Dengan muka yang macam terkejut sangat-sangat, Johan menyoal. Rasa macam nak tergelak sampai tergolek-golek pun iya jugak! Tak percaya... tapi ia nyata!
Zul mengerutkan dahi sambil menjeling tajam sahabatnya itu. “Kau tak payah nak buat muka terkejut sangat boleh tak?”
“Weh, aku betul terkejutlah!”
“Bukan Arisya dah tahu ke?” Ya, sepatutnya Arisya, isteri mamat ni dah tahu. Diorang dua tu kan kawan baik.
“Dari mana pulak dia tahu? Kenapa dia tak bagitahu aku pulak?”
Keluhan kecil dilepaskan. Jangan kedua-dua suami isteri itu salah faham pulak sudah! “Kau jangan marah dia dulu. Mungkin dia ada sebab untuk rahsiakan daripada pengetahuan kau.”
“Mana ada aku marah dia! So… Iris macam mana? Dia tahu kau cintakan dia?”
Zul mengeluh perlahan. Kalaulah dia tahu... “Entahlah. Tapi… aku rasa dia tahu sangat.”
Johan mencebik. Rasa... rasa! Apa dia ingat dia nujum pak belang ke boleh main rasa-rasa! “Kau pernah luahkan.”
“Pernah. Sekali. Tapi… bukan dengan perkataan.”
Ape ke pelik? Pernah luahkan? Tapi bukan dengan perkataan? “Aku sedikit peliklah. Tapi… Hmm.. tak apalah. So… apa jawapan Iris?”
I don’t know.”
Ayo.. yo... Payahnya mamat ni! “How can?” Soalnya penuh dengan kemusykilan! Macam mana pulak dia boleh tak tahu?
“Ya, aku pun tak tahu! Daripada pandangan mata dia… aku tahu dia pun sukakan aku. Tapi… aku betul-betul tak tahu suka dia tu yang macam mana. Suka sebagai seorang kawan, ataupun suka melebihi suka seorang kawan.”
“Kan lebih senang kalau kau tanya dia sendiri.”
“Ya, tapi masalahnya sekarang… aku tak tahu dia kat mana.”
What? Apa dah jadi sebenarnya? Cuba kau cakap terus terang.”
“Hari tu… aku memang luahkan isi hati aku pada dia. Aku letakkan tangan dia dekat dada aku. Dan aku harap dia rasakan apa yang ada dalam hati aku. Lepas tu… dah seminggu aku tak terserempak dengan dia. Aku cuba cari dia kat rumah sewa kawan dia. Suraya pun tak tahu dia kat mana.”
Johan tersenyum lebar. Tak sangka pulak, ya? Romantik jugak kawan aku sorang ni! Punyalah payah nak bercinta! Tapi sekali dapat… memang bersungguh benar nampaknya! “Siapa pulak Suraya tu?”
“Aku, Iris dan Suraya pernah terserempak sekali. Suraya tu housemate Iris. Kawan baik Iris. Then masa tu, aku tahu yang Suraya tahu apa yang aku maksudkan pada dia.”
Johan mengangguk perlahan tanda faham. “So… sekarang ni kita kena cari Iris dulu.”
“Hmm... memang aku nak cari dia sangat-sangat. Tapi... aku tak tahu dia kat mana.”
“Arisya! Mungkin dia tahu?” Cadang Johan.
“Johan … please… kau kena tolong aku, Johan. Aku dah rasa macam nak jadi gila ni! Please… tanya Arisya sampai dapat?” Kali ini dia sudah merayu dengan muka yang paling kesian. Penuh dengan harapan semoga isteri Johan dapat membantunya.
Johan menggelengkan kepalanya perlahan. Kesian kat kawan aku ni! Mabuk cinta sampai macam ni sekali! Nasib baik aku dulu tak macam dia ni! “Hmm… aku akan cuba tanya dia dulu. Tapi… kau jangan nak berharap sangat. Kot Arisya pun tak tahu, memang aku tak boleh nak tolong dah.”
“Iya, aku tahu. Dan aku nak cuba tunggu kalau-kalau dia ada melawat kubur arwah Asyraf.”
“Gila! Kau nak tunggu kat situ? Habis tu… kerja kau macam mana?”
Nafas dihelakan berat. Harus bagaimana lagi? Mungkin salah satu cara penyelesaiannya. “Entahlah, Johan. Kadang-kadang aku memang rasa yang aku ni dah gila! Tapi… aku betul-betul rindukan dia Johan. Aku memang cintakan dia sangat-sangat.”
Johan memandang sahabatnya lama. Nampaknya Zul terlalu berharap. Tapi... bagaimana pula jika sebenarnya Iris tak cintakan Zul? Parah! Boleh jadi gila kawan aku ni! “Zul… kalau ditakdirkan kita jumpa dia dan tahu dia kat mana. Tapi lepas tu… kita dapat tahu yang hati dia sebenarnya bukan untuk kau. Macam mana? Kau boleh terimanya?” Dia menyuarakan kemusykilannya.
Zul terdiam sekejap. Ya Allah… kenapa aku langsung tak fikirkan pasal tu? Iris… saya betul-betul cintakan awak. Tapi… saya tak tahu hati awak macam mana. Sanggup ke saya hadapi kenyataan jika jawapan awak adalah di sebaliknya?
“Zul… macam mana?”
Dia mengeluh lagi. “Entahlah, Johan. Kalau betullah dia memang tak ada perasaan langsung untuk aku, aku redha. Aku akan cuba ikhlaskan hati aku untuk terima dia hanya sebagai seorang kawan.”
“Betul ni?”
Zul sekadar mengangguk. Harus bagaimana lagi? Apa lagi pilihan yang dia ada? Hanya perlu redha dengan ketentuan Allah. Dan mungkin bukan jodoh aku dengan dia!

**********

SENYUMAN menghiasi bibirnya. Tenang pemanduannya yang sudah sejam berlalu itu. Kali ini hatinya sedikit tenang. Arisya ada sebut pasal Terengganu. Dan kemungkinan besar Iris ada di Terengganu, rumah neneknya. Dan akhirnya… dia sampai di Terengganu!
Kereta dihentikan tidak jauh daripada rumah kampung yang berwarna hijau itu. Berkerut dahinya melihat rumah yang dipenuhi tetamu itu. Kenapa? Ada majlis ke kat sini? Perlahan kakinya dilangkah turun daripada kereta. Perlahan liurnya diteguk. Ya Allah… janganlah ada apa-apa yang tak elok.
“Assalamualaikum. Anak ni cari siapa?”
Zul berpaling ke belakang. Senyuman dihulurkan kepada lelaki separuh abad yang menyapanya tadi. “Waalaikumussalam. Pak Cik… saya nak tanya, rumah Tok Esah kat sini ke?”
“Betullah. Oh, anak ni datang untuk kenduri cucu Tok Esah ke?”
“Hah? Er…” Kenduri? Mana aku nak tahu yang sekarang ni ada majlis kenduri. Kenduri siapa pulak ni? Kalau tahu awal-awal, memang aku tak akan datang time ni. Malu siot! Tak dijemput, tapi tetiba hadir!
“Pak Cik… boleh saya tahu majlis kenduri siapa?”
“Lah, tak tahu ke? Bukan ke kamu ni datang untuk majlis ni? Majlis perkahwinan cucu Tok Esah.”
Cucu? Rasanya Arisya pernah cakap yang Iris adalah satu-satunya cucu perempuan dalam keluarga itu. Takkanlah kenduri si Iris pulak? Ya Allah... kenapa hati aku rasa berdebar sangat ni? “Pak Cik… kalau tak keberatan, boleh tak saya tanya lagi?”
“Tanyalah. Kalau Pak Cik boleh jawab, Pak Cik akan cuba jawab.”
Sekali lagi pandangannya dihalakan ke arah rumah yang agak dipenuhi tetamu itu. “Sebenarnya berapa orang cucu Tok Esah ni?”
“Oh, kalau tak silap Pak Cik lima orang. Anak dia yang bongsu tu tak kahwin lagi. Jadi memang betul kot lima orang. Empat lelaki. Seorang aje cucu perempuan. Yang perempuan tulah yang nak kahwin esok.”
Tiba-tiba terasa tangkai hatinya seperti tersentap. Seorang sahaja cucu perempuan. Dan yang seorang itulah yang nak kahwin esok. Takkanlah Iris? Iris larikan diri daripada aku sebab dia dah nak kahwin? Tapi… bukan ke baru minggu dua minggu lepas sepatutnya majlis perkahwinan dia dan arwah Asyraf. Takkanlah secepat itu Iris menerima pinangan orang lain dan terus bersetuju untuk berkahwin?
“Pak Cik… er… Pak Cik tahu tak nama cucu perempuan Tok Esah yang akan kahwin esok tu?”
“Pak Cik tak ingatlah. Pak Cik ni dah tua. Nyanyuk pun ada jugak. Susah sikit nak ingat nama orang. Lagi pulak nama budak-budak muda macam sekarang ni. Kalau tak silap Pak Cik nama dia… Ina ke Is… ke Iris… Entahlah! Betullah Pak Cik tak ingat. ”
Iris? Jadi… betul ke majlis perkahwinan Iris? Bila dia bertunang? Kenapa aku tak tahu langsung pasal ni? Johan dan Arisya pun! Takkanlah Arisya tak tahu langsung yang Iris akan kahwin?
“Anak… anak okey ke ni?”
“Er… hmm… saya okey. Terima kasih ya, Pak Cik. Kalau macam tu saya gerak dulu ya?”
“Eh, kejap! Tadi bukan anak ni ada tanya pasal rumah Tok Esah? Tok Esah ke... Tok Ehsan tadi? Terlupa pulak! Habis tu… tak singgah? Kenapa dah nak balik?”
“Hah? Er…” Adey… tadi Pak Cik ni cakap dia dah tua. Nyanyuk pun ada jugak. Tapi… macam mana pulak dia boleh ingat pasal apa yang aku tanya dia tadi. Bnayak pulak tu soalan dia. Mana stau nak dijawab dulu ni?
“Sebelum Pak Cik lupa… nama anak ni siapa? Anak kenal dengan Tok Esah?”
Zul tersenyum sekejap. Nampak gayanya… Pak Cik ni bukan calang-calang orang jugak ni. Golongan bijak pandai jugak ni! “Saya Zul. Zul Azry. Saya datang dari Kuala lumpur. Sebenarnya saya datang ke sini sebab… nak jumpa cucu Tok Esah. Iris. Tapi… memandangkan ada majlis kat sini, mungkin dia sibuk. Jadi… saya tak nak ganggu dia. Esok ajelah saya datang majlis dia.”
“Oh, iya ke? Kalau macam tu jangan lupa datang kenduri esok ya? Kalau orang lain tak jemput, Pak Cik yang jemput Zul tau?”
“Terima kasih Pak Cik. Saya pergi dulu ya.”
“Eh, nanti dulu…. Tadi… Zul ada cakap datang dari Kuala Lumpur ya? Malam nanti nak tidur dekat mana?”
“Er… hotel kot.”

**********

ANGIN pantai sepoi-sepoi meniup lembut menyapa pipinya. Rambutnya yang sedikit panjang mencecah dahi itu berterbangan dan sesekali menutupi ruang matanya. Iris… sekali lagi sepatah nama itu tersebut di dalam hatinya.
Saya tak tahu nak cakap apa lagi Iris. Dua minggu saya cari awak. Saya gembira sangat bila Arisya bagitahu saya ke mana awak sebenarnya. Kerana terlalu rindukan awak, saya mintak cuti seminggu untuk ke Terengganu. Bila jumpa rumah Tok Esah, saya rasa nak menjerit satu kampung. Nak cakap yang saya happy sangat-sangat sebab dah dapat cari awak kat mana. Tapi… sebenarnya saya tak dapat apa yang saya cari. Awak… bakal jadi milik orang, Iris.
Keluhan kecil dilepaskan. Tangannya menguis-nguis perlahan pasir pantai dengan menggunakan satu ranting pokok. Damai… Ya, pantai di sini sangat cantik. Dan sangat mendamaikan hati. Namun… mampukah semua ini mendamaikan hati yang penuh dengan kekecewaan dan kehampaan ini?
Saat ini, satu persatu kenangan bersama gadis impiannya menerjah fikirannya. Satu persatu menari indah di ruang matanya. Iris… mampukah saya melupakan awak? Sebab awak adalah wanita idaman yang saya cari-cari sejak dulu lagi. Bila dah ditemui, akhirnya awak menghilang dan bakal jadi milik orang. Mampukah saya menerima semua itu dengan hati yang ikhlas?
“Awak…” Panggilnya sepatah. Saat ini dadanya sarat dengan persoalan demi persoalan. Namun dia benar-benar takut untuk meluahkannya. Dia benar-benar takut untuk mendengar jawapan daripada seulas bibir merah itu.
“Hm?”
“Kenapa kita selalu terserempak ya?”
Ya, memang aku juga selalu tertanya-tanya tentang soalan itu. Cuma dia berani untuk menyuarakannya. Bimbang juga sekiranya menimbulkan salah faham. “Sebab dah takdir Allah.”
“Mungkin juga sebab ada jodoh antara kita.”
Diam. Terdiam sekejap dengan ucapan yang disuarakan oleh lelaki itu. Seraut wajah itu ditatapnya lama. Apakah akan ada cinta lain dalam hati ini setelah dia pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya? Apakah benar lelaki ini adalah pengganti dia yang pergi itu? Jika benar… mampukah aku menerima lelaki ini?
“Kenapa awak diam?”
“Tak ada apa yang nak dicakapkan.”
Lama masing-masing mendiamkan diri sambil memerhatikan keindahan malam di perkarangan KLCC itu.
“Awak tak rasa yang kita memang berjodoh?” Dia masih ingin mengutarakan soalan yang sama. Dan dia mahukan jawapan yang tepat.
“Tak.”
“Sebab?”
Kali ini Iris mengeluh kecil. “Entahlah. Dulu… sewaktu bercinta dengan arwah Asyraf, saya pun rasakan macam tu. Allah dah tetapkan jodoh saya dengan dia. Bila majlis pertunangan selesai, saya bertambah yakin yang jodoh saya adalah dia. Namun… semua yang berlaku itu menunjukkan bahawa dia bukan jodoh saya yang sebenarnya.”
“Awak masih cintakan arwah?”
“Hmm… dan saya tak mungkin akan lupakan dia. Dua tahun. Mungkin bagi orang lain tempoh dua tahun itu sekejap sahaja. Tapi bagi saya… dalam tempoh dua tahun itu, terlalu banyak kenangan antara saya dan arwah. Kenangan yang tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila.”
“Nampaknya… awak bersungguh-sungguh sayangkan dia.”
“Ya, memang bersungguh-sungguh. Kalau tidak, saya tak pulak setuju dengan perkahwinan tu.”
“Awak…” Panggilnya sepatah. Tetapi dia kembali terdiam. Sungguh, berat hatinya untuk meluahkan apa yang dirasakan dalam hatinya. Namun, dia mahu gadis itu tahu. Supaya dadanya tidak dibebani kebimbangan lagi. Apakah dia akan sudi menerima aku?
“Ada apa?”
“Kalau saya cakap saya sukakan awak?”
Iris ketawa kecil. “Terima kasih. Sebenarnya saya pun sukakan awak.”
Sepasang anak mata itu ditatapnya lama. Lambat-lambat, dia tersenyum perlahan. “Kasihmu ku terima. Tapi… saya sukakan awak lebih daripada seorang kawan. Maksud saya… saya cintakan awak, Iris.” Dia tahu… sebenarnya Iris dah lama tahu. Sejak dia meletakkan tangan Iris pada dadanya dulu.
“Saya tahu.” Lambat-lambat dia menjawabnya. Dia tahu… dah lama dia tahu… namun dia tetap buat-buat tak tahu. Dan hari ini… dia benari menyatakan yang dia tahu tentang itu.
“Jadi… awak ada jawapannya?” Soalnya sedikit teruja. Memang sangat teruja. Saat ini, Iris mengaku yang sebenarnya dia tahu tentang perasaan aku kepadanya. Dan aku… terlalu ingin mengetahui jawapannya!
“Awak…”
“Hm?”
“Bagi saya masa… Awak tahu kan, tunang saya baru meninggal. Sekeping hati saya ni, sangat susah nak lupakan dia. Sebab dia adalah yang terbaik pernah saya jumpa. Hati saya ni… masih tak mampu untuk menerima orang lain untuk menghuninya.”
“Saya faham, Iris. Saya juga dapat rasa apa yang awak sedang alami saat ini. Ambillah sebanyak mana sekalipun masa yang awak perlukan. Saya sanggup menunggunya. Dan saya nak awak tahu… saya akan jadi yang paling baik untuk awak, Iris.”
“Terima kasih, Zul. Saya tahu, awak memang seorang yang baik.”
“Kasihmu ku terima, Iris.” Selama-lamanya akan ku terima.
Iris mengerutkan dahi. Ini satu lagi benda yang sangat pelik. Kenapa dia suka jawab macam tu? Dah lama aku nak tanya soalan ni! Dan hari ni kau perlu tanya jugak! “Kenapa awak selalu jawab macam tu?”
“Sebab saya nak awak tahu… saya akan sentiasa menerima kasih yang awak hulurkan untuk saya.”

Keluhan kecil dilepaskan. Itu adalah pertemuan terakhir antara dia dan Iris. Iris tahu apa yang ada dalam hatinya. Dan Iris dapat rasa cinta yang dihulurkannya. Tapi… kenapa Iris menghilang selepas hari itu? Dua minggu dia mencari Iris. Tetap tak jumpa. Banyak klai dia menelefon Iris, namun semuanya tak berjawab. Apa yang dah berlaku sebenarnya? Apakah iris ada terasa hati dengannya? Apakah itu sebenarnya jawapan Iris?
Dan hari ini… dia ke sini mencari cintanya. Namun sebenarnya…. cinta itu bukan milik dia. Cinta itu milik lelaki lain. Dan cinta itu akan milik orang lain untuk selamanya.

**********

IRIS? Nak ke mana?”
Terhenti langkahnya apabila mendengar suara tua itu. Kepalanya ditoleh semula ke belakang. “Eh, atuk? Atuk dari mana?”
Lelaki itu menghampiri anak gadis itu. Cantik orangnya! Padanlah memang ramai yang berkenan. “Dari rumah. Datang ke sini nak menolong-nolong Tok Esah kamu. Kamu nak ke mana ni?”
“Nak pergi jalan-jalan kat pantai.”
“Bertuah punya budak! Esok dah hari kenduri tau? Ada ke sempat lagi nak pergi makan angin kat pantai tu?”
Iris tergelak kuat mendengar leteran Atuk saudaranya itu. “Atuk ni…. Suka sangat berleter. Iris nak pergi sekejap aje. Lagi dua hari kan Iris dah nak balik Kuala Lumpur semula.”
“Eh, cakap pasal Kuala lumpur ni atuk teringat satu benda pulak.” Dia menggaru kepalanya yang sudah tidak berambut itu. Macam mana boleh terlupa nak bagitahu dekat Iris? Padahal budak KL tu menumpang rumah aku je pun!
“Apa dia atuk? Atuk nak datang jalan-jalan kat Kuala Lumpur ke? Boleh. Iris akan bawak atuk ke Kuala Lumpur.”
“Eh, ke situ pulak dia ni! Pagi tadi… ada seorang budak lelaki sebaya kamu. Datang dari Kuala Lumpur katanya. Cari rumah Tok Esah. Tapi katanya tak mahu mengganggu majlis.”
Terkebil-kebil dia memandang lelaki yang sudah berumur itu. Lelaki datang dari Kuala Lumpur? Terasa ada debaran halus yang bermain di dalam hatinya. Ah, tak mungkinlah dia datang cari aku sampai sini! Dia tak tahu pun yang kampung aku kat sini!
“Siapa atuk? Dah tu… mana dia? Kenapa tak ajak dia datang kenduri esok?”
“Iya, memang atuk nak ajak dia datang sekali pun. Tapi lepas atuk balik dari masjid tengah hari tadi, kereta dia dah tak ada. Tak tahulah kalau-kalau dia dah balik Kuala Lumpur ke apa. Tak ada pulak dia bagitahu apa-apa pada atuk.”
Dia terdiam sekejap. “Dia tinggal kat rumah atuk?”
“Hm… pagi tadi masa dia sampai tu, dia kata nak cari rumah Tok Esah. Lepas tu atuk cakaplah yang rumah ni ada kenduri cucu perempuan Tok Esah. Apa nama anak perempuan Tok Esah kamu tu? Ina? Iris? Is? Atuk lupalah nama dia.”
Iris tergelak perlahan. Hm… Atuk Ehsan ni memang macam ni. Selalu lupa nama orang yang dia jumpa. Nama anak cucu dia sendiri pun dia boleh lupa. “Inalah atuk… Iris kat sini!”
“Oh, inilah Iris…”
“Iya, atuk! Ini Iris. Atuk… siapa nama budak KL yang datang ke sini tu? Atuk ada tanya nama dia tak?” Sekejap sahaja dia sudah menepuk dahi. Bukan ke atuk ni payah nak ingat nama orang? Yang aku tanya soalan cepu emas tu, kenapa?
“Atuk tak ingatlah…”
Hah, kan betul dia tak ingat!
“Kalau tak silap atuk… Zul? Joe? Hmm….” Dia berfikir sejenak. “Awal? Akhir? Ayie? Ke Azie?” Dah macam-macam nama menjengah otak kecilnya.
Iris tergelak perlahan. Hah, kita tengok ya, berapa banyak nama yang atuk nak sebut. Mahunya sampai pagi esok baru dia ingat! “Zul Azrylah, atuk!” Tetiba sahaja dia tersebut nama lelaki itu. Ya Allah, rindu sangat ke aku pada dia? Sampai tersebut nama dia pulak! Betul ke dia sanggup datang cari aku sampai ke sini?
“Hah, yang tulah yang atuk nak cakap tadi. Zul apa tadi?”
Dia terdiam sendiri. Terkebil-kebil dia memandang lelaki tua itu. Aku tak salah dengar kan? Ramai ke orang yang namanya Zul Azry? Apakah dia orang yang sama? Orang yang aku nanti-nantikan? “Zul Azry.”
“Hah, betullah tu. Yang itulah tadi.”
“Atuk… betul ke?”

**********

PENAT! Itulah yang dirasakannya saat ini. Sejak tadi dia tercari-cari kelibat seseorang. Dan seseorang itu adalah lelaki yang dirinduinya. Kata atuk tadi, lelaki itu pakai kereta warna putih. Sama macam Zul. Jenis apa, atuk memang tak tahu!
Cepat sahaja dia berlari anak ke rumah atuk Ehsan. Kata atuk Zul menumpang di rumah dia. Namun, hampa hatinya apabila kelibat kereta yang dicarinya tidak ditemui. Kakinya dilangkahkan memasuki rumah atuk Ehsan. Namun tiada sesiapa yang ditemuinya.
Keluhan kecil dilepaskan. Mungkin orang yang dimaksudkan oleh atuk itu bukan orang yang sama yang ingin aku temui. Ya Allah, Iris… kenapa boleh jadi angau sampai macam ni sekali? Istighfarlah banyak-banyak! Dia mengingatkan diri sendiri.
Puas mencari, akhirnya kakinya dilangkahkan ke pantai. Dah petang. Namun dia langsung tak terjumpa dengan mana-mana lelaki seperti yang dicarinya. Tak apalah. Mungkin juga bukan jodoh aku dengan dia.
Perlahan kakinya dilangkahkan menyusuri pantai. Kali ini dia mahu balik lewat sedikit. Biarlah! Biarlah kalau Tok Esah nak berleter banyak-banyak pun! Dia rela menadah telinga. Apa yang pastinya, saat ini hatinya terasa kosong. Mungkin kerana apa yang dicarinya tidak ditemui.
Zul… saya rindu awak! Saya rasa… saya dah mula cintakan awak. Setiap malam… saya mimpi awak, Zul. Setiap hari… hanya nama awak yang ada dalam kotak fikiran saya! Setiap masa… saya rindukan awak! Dalam setiap Istiqarah saya pun... saya hanya nampak awak, Zul! Hanya awak!

**********

DIA mengerutkan dahi perlahan. Kelopak matanya ditenyeh perlahan. Kenapa dengan aku ni? Setiap perempuan yang lalu depan aku, semuanya dah macam Iris! Aku ni dah gila gamaknya? Entah Iris ingat aku ke tidak?!
Anak matanya mengekori langkah wanita yang sebijik macam Iris. Sama rendah, sama kecil. Alis mata yang sangat cantik. Muka yang sedikit kemerahan. Lesung pipit pada kedua belah pipi yang sangat terserlah jika dia menggerakkan pipinya.
Iris… saya rindukan awak sangat-sangat! Kenapa awak tak jawab panggilan telefon saya? Awak bencikan saya ke? Ataupun… awak takut kalau melihat saya seperti arwah tunang awak? Tak boleh ke awak sukakan saya sebagai Zul Azry. Bukan sebagai arwah Asyraf? Saya cintakan awak, Iris! Saya cintakan awak!
Langkah gadis yang lalu di hadapan matanya diperhatikan lagi. Betul ke dia ni orang lain? Tapi… memang sebijik macam Iris! Bibirnya ingin memanggil, namun tiba-tiba sahaja terkaku. Cuma detak jantungnya yang sudah berirama laju. Ya Allah… betul ke dia Iris? Aku tak mimpi, kan?
Pantas dia mengangkat punggung lalu berlari anak ke arah gadis bertudung putih itu. “Iris…” Panggilnya perlahan. Takut jugak kalau tersalah orang!
“Nak apa?” Jawabnya malas. Langsung tidak berpaling ke belakang. Kenapa saat ini, ada jugak yang mengganggunya! Ni tak lain tak bukan, mesti Abang Izham yang nak panggil balik! Orang tahu jalan baliklah! Bukannya dah malam pun! Tapi suara dia… macam suara Zul! Beranganlah kau, Iris! Mana ada Zul! Dia dah balik KL, kan?
“Iris…” Panggilnya sekali lagi. Kali ini lebih kuat berbanding tadi. Sungguh, dia benar-benar mahukan kepastian.
“Nak apa? Abang ni kan…” Soalnya garang lalu berpaling ke belakang sambil mencekik pinggang. Terhenti terus amarahnya yang ingin diucapkannya itu!
What? Hampir-hampir sahaja dia jatuh tergolek apabila terpandangkan seraut wajah. Kelopak matanya tidak berkelip memandang lelaki itu! Aku tak mimpi kan? Dia… betul dia tu Zul yang aku cinta, kan?
“Iris?” Sekali lagi dia menyoal. Namun kali ini bersama nada suara yang sudah ceria.
“A… awak?” Sungguh, dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya saat ini. Orang yang aku cari tadi rupanya depan mata? Betulkah?
“Ya, Iris… saya.”
“Macam mana awak… boleh ada kat sini?”
Sepasang anak mata itu ditatapnya lama. Dia ingin tersenyum, namun senyumannya tetap mati. Dia ingin menangis, namun air matanya tetap tidak mahu menitis. Dia ingin memeluk gadis itu, namun tubuhnya terkaku di situ. Semuanya serba tak kena! Apa yang pasti, dia terlalu rindukan gadis di hadapannya itu.
Iris… saya rindu sangat dekat awak. Tapi sayang… esok majlis awak, kan? Berkaca kolam matanya memandang gadis itu.
Tanpa dapat ditahan-tahan lagi, Iris terus menerpa ke arah lelaki itu lalu memeluknya erat. “Awak… saya rindukan awak sangat-sangat. Cakaplah… cakaplah yang awak pun rindukan saya macam saya rindukan awak jugak.”
Tersentak! Itulah yang dirasakannya saat ini. Betulkah apa yang aku dengar? Betul ke Iris pun rindukan aku? “Iris… er… saya…”
“Kenapa? Awak tak rindukan saya ke? Awak dah buang saya dari hati awak?” Suaranya sudah bersama sendu di hati. Namun dia masih belum mampu merungkaikan pelukan pada tubuh lelaki itu. Ya, dia benar-benar takut kehilangan. Dia benar-benar takut untuk kehilangan lelaki yang disayangi sekali lagi. Cukuplah sekali.
“Tak, Iris. Cinta saya tak akan pernah berubah untuk awak, Iris. Saya sayangkan awak. Saya pernah cakap yang saya cintakan awak, kan? Sampai saat ini pun, cinta saya hanya untuk awak, Iris. Hanya milik awak! Saya tetap cintakan awak walaupun awak akan jadi milik orang lain.”
“Apa yang awak cakap ni?” Perlahan pelukan itu dirungkaikan. Sepasang anak mata itu ditatapnya lama. Apa sebenarnya yang ada dalam hati lelaki ini? Dan dia perlu tahu semuanya.
“Esok… majlis pernikahan awak, kan? Tahniah! Saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak sampai akhir hayat.”
Lama sepasang anak mata di hadapannya itu ditatap. Saat ini, otak kecilnya sedang mencerna patah kata yang baru sahaja menyapa corong telinganya itu. Jadi… semuanya satu salah faham? “Merepek! Siapa pulak yang bagitahu awak saya akan kahwin esok ni? Oh, jadi… sebab tu awak tak cari saya?”
Zul cuba tersenyum. Namun sangat hambar. “Kalau saya tak cari awak… saya tak akan sampai sini, Iris.”
Iris diam. Terharu. Namun dia masih ingin mendengar luahan hati lelaki itu. Luahkanlah… semoga semua persoalan yang bermain di dalam hati dijawab sejujurnya.
“Kenapa awak elakkan diri daripada saya, Iris? Saya rindukan awak setengah mati. Bukan mudah untuk saya jatuh cinta. Tapi sekali cinta… saya akan tetap cinta untuk selama-lamanya. Kenapa, Iris? Kenapa bila saya call awak, langsung awak tak jawab.”
“Saya minta maaf. Saya…”
“Saya tak maafkan.”
Iris terdiam sekejap apabila lelaki itu pantas menjawab. Kali ini dia tersenyum sendiri. Marahnya dia? Tak pernah sekali pun aku tengok dia marah sampai macam ni sekali. Tapi muka dia tetap cool. Masih kelihatan tenang. Zul Azry yang aku kenal… seorang yang suka tersenyum. Seorang yang suka ketawa. Seorang yang sangat mengambil berat tentang seorang perempuan bernama Iris.
Zul mengerutkan dahi. Aku tak faham betullah dengan dia ni! Aku bukan main risau, dia boleh senyum pulak? Ini melibatkan masa depan saya, Iris. Kalau awak dah kahwin… macam mana hati saya mampu melupakan awak? Sekali saya cinta, selamanya cinta saya milik dia. Hanya milik awak, Iris! “Saya tak fahamlah! Macam mana awak boleh senyum?”
“Sebab saya gembira.” Dia menjawab bersama riak gembira. Kalau boleh, dia ingin memeluk lelaki itu sekali lagi.
Sepasang anak mata yang bercahaya gembira itu ditatapnya lama. Keluhan kecil dilepaskan. Apakah dia gembira kerana majlis esok? Beruntungnya bakal suami Iris. Sekurang-kurangnya mampu melihat kegembiraan seraut wajah itu. “Oh, sebab majlis esok?”
“Tak. Sebab awak dah depan mata saya.”
Tak faham! Ya, memang itu yang dirasakannya! Iris… jangan buat saya tertanya-tanya! Luahkanlah apa yang ada dalam hati awak. “Jadi?”
“Awak tahu…”
“Tak tahu.” Kepalanya digeleng perlahan.
“Ya, memang tak akan tahu kalau saya tak cakap.” Ucapnya sedikit geram.
“Awak nak cakap apa?”
Iris menarik nafas dalam. Berdebarnya! Rasa macam nak tercabut aje jantung ni! Iris… tenanglah! Berterus terang itu lebih baik daripada memendamkannya, jika memendamkannya hanya mampu menimbulkan curiga dan salah sangka. “Okey, macam ni… saya nak awak diam dulu. Then, saya akan jelaskan semuanya.”
“Okey.”
“Sebenarnya… majlis esok tu bukan majlis saya. Majlis Ina.”
What? Hampir terngadah dia dengan patah kata yang baru didengarinya itu. Tak mungkin! “Tapi… bukan ke awak satu-satunya cucu perempuan Tok Esah?”
Iris mengangguk sambil tersenyum. Jadi… betullah yang dia dah salah sangka? “Ya, tapi… Ina pun cucu Tok Esah. Cucu angkat. Anak angkat Mak Teh Aisyah.”
“Jadi… sebenarnya….”
Pantas jari telunjuknya diletakkan pada bibir lelaki itu. Terdiam Zul dibuatnya. Iya, jika tidak dihalang makin banyak pula prasangkanya. “Diam sekejap. Dengar apa yang saya nak cakap ni.”

**********

RESAH hatinya mencari kelibat isterinya. Mana dia? Di ruang tamu tiada, di dapur pun tak ada. Pantas kakinya dilangkahkan ke tingkat atas. Pintu bilik dikuaknya. Anak matanya mencari di segenap sudut. Dia ke mana? Tak pernah pulak dia tak bagitahu kalau nak ke mana-mana. Ke kubur arwah?
Baru sahaja dia ingin berpaling, dia mendengar suara seseorang di balkoni biliknya. Nafas kelegaan dihelakan. Senyuman sudah jelas tergambar di bibirnya. Dia ni kan… suka sangat buat orang takut!
Perlahan dia menghampiri pintu slide itu. Kepalanya dijengukkan, mengintai di sebalik langsir. Hmm… memang dia! Bercakap sorang-sorang? Telinganya sempat mendengar isterinya berleter. Siapa lagi yang dileterinya kalau bukan suaminya ini.
“Assalamualaikum, sayang. Sayang abang ni berleter apa? Sampai kat masjid abang boleh dengar.” Sepasang tangannya terus dilingkarkan ke tubuh isterinya.
Iris membulatkan mata sambil menoleh. Tipu! Perlahan macam tu takkanlah boleh dengar sampai kat masjid? “Abang... kenapa balik lambat?”
“Dah jawab salam abang, sayang?” Kucupan kasih sayang singgah pada pipi kanan isterinya.
“Dah... Ris jawab dalam hati.”
Kali ini kucupannya singgah pula di pipi kiri isterinya. “Abang terjumpa Tok Ehsan kat masjid tadi. Bila dia dah cam abang, banyak pulak soalan yang dia tanya. Abang sembang dengan dialah tadi.”
Iris tergelak perlahan. “Tok Ehsan ingat abang?”
Zul ikut tersenyum. Isteri abang ni... nakal ya? “Ingat. Tapi dia kata, Joe suami Ris.”
Kali ini gelak Iris sedikit kuat. Tok Ehsan ni... macam-macam nama yang dia bagi. “Hah, dah okey sikit. Dulu abang tahu tak dia cakap nama abang apa?”
Berkerut dahinya sekejap. “Apa?”
“Izzue Islam, suami Ris.” Haha! Dia gelak lagi.
“Gelakkan abang, eh?” Tubuh isterinya dipusingkan menghadap tubuhnya. Sekali lagi tangannya melingkar di pinggang Iris. Bahagianya perasaan ini, hanya Allah sahaja yang tahu.
“Kelakar betul Ris dengar. Suami Ris ni, tak macam Izzue Islam langsung. Tapi yang peliknya... Tok Ehsan tu ingat pulak nama Izzue Islam.”
“Itu tak apa lagi, sayang. Sayang ingat tak masa majlis kahwin kita tu dia panggil abang apa?”
Ketawa Iris makin rancak. Mana tak ingatnya? Sampai sekarang pun masih ingat, tau! “Joe Jambul!”
Zul ikut ketawa kuat. Memang sampai sekarang sepatah nama itu kekal di dalam ingatannya. Tok Ehsan ni... Cerita Joe Jambul tu dah berzaman lamanya! Ingat lagi dia tu!
“Abang... cincin Ris.” Pantas dia merungkaikan pelukan suaminya. Cincin itu jatuh lagi.
Zul melepaskan pelukannya. Asyik nak terjatuh aje cincin tu. sekejap sahaja dia sudah membongkokkan tubuhnya. Cincin itu jatuh dekat dengan kakinya.
Selepas mengambil cincin itu, dia tersenyum sambil menayangkan cincin itu di hadapan Iris. “Kenapa cincin ni selalu jatuh?”
Iris menyambut sambil tersenyum. Cincin itu disarungkan semula ke jari tengahnya. Sebelah cincin perkahwinan dia dan Zul. “Sebab cincin tu longgar dengan tangan Ris. Eh, kejap! Macam mana abang tahu saiz jari Ris?”
Kedua-dua belah bahunya dijungkitkan. “Entah. Abang main agak aje. Muat-muat dengan jari kelingking abang. Ketat sikit je kot. Tak sangka pulak muat dengan tangan Ris. Hebat tak, abang?”
Iris mencebik. “Tak baik riak. Berdosa!” Tubuhnya kembali dipusingkan menghadap permandang malam yang kian sunyi itu.
“Orang main-main jelah.” Tubuhnya ikut dipusingkan dan berdiri di sebelah isterinya. Sama-sama melihat keindahan malam yang sangat cantik. membuahkan perasaan bahagia di dalam hati mereka berdua.
“Abang…” Seru Iris perlahan sahaja.
“Hm?”
“Terima kasih.”
Zul menoleh bersama kerutan pada dahi. Seraut wajah itu dipandnag lama sebelum menyoal kembali. “Untuk?”
Iris turut menoleh memandnag suaminya. Sebuah senyuman manis dihadiahkan. Comel aje suami Iris ni, kan? Pakai baju melayu... dengan songkok di kepala. Mata redup dia pun... penuh dengan perasaan sayang dan cinta. Bertuah Iris, kan? “Sebab abang bagi Ris simpan cincin kenangan arwah. Terima kasih.”
“Hmm… kasihmu ku terima.”
“Abang tak cemburu?”
Soalan itu membuatkan dia melepaskan tawa kuat. Oh, jadi… dia masih fikir aku cemburukan arwah? “Tak. Untuk apa cemburukan orang yang dah tak ada.”
Iris senyum lagi. Dia tahu... dan dia dah lama tahu. Suaminya ini sangat pemurah dengan arwah. Terima kasih encik suami. “Abang tak marah?”
“Kenapa abang perlu marah?” Soalan isterinya dijawab dengan soalan juga.
“Sebab… Ris masih ingat pada dia.”
“Betul ke Ris masih ingatkan dia?”
Kepalanya diangguk perlahan. Berterus terang lebih baik daripada berbohong. Lagipun… sebagai suami, dia perlu tahu semuanya. “Sikitlah. Seorang perempuan… bukan mudah nak melupakan seseorang yang pernah dia sayang.”
“Abang?”
Berkerut dahinya dengan sepatah soalan itu. “Apa yang abang?”
“Ris ingat tak?”
Iris tersenyum lebar. Itu rupanya maksud dia. “Oh, kalau abang… hari-hari Ris akan ingat. Setiap masa... setiap saat.”
“Sebab?”
“Sebab abang adalah suami Ris.”
“Lagi?”
“Sebab abang sayangkan Ris sungguh-sungguh.”
“Lagi?”
“Sebab abang cintakan Ris sepenuh hati abang.”
“Lagi?”
“Sebab abang adalah hadiah berharga untuk Ris.”
“Lagi?”
Berkerut dahinya memandang suaminya itu. Tak habis lagi ke? “Kenapa abang tamak sangat ni?”
Haha! Zul melepaskan ketawa kuat. Soalan itu buatkan dia geli hati. “Mana ada abang tamak. Abang cuma nak tahu dan nak tahu. Kalau boleh, sampai esok dan esok pun abang nak tanya lagi.”
“Terima kasih, abang.” Tubuh suaminya itu dipeluk erat.
“Sama-sama kasih.”
Iris mengerutkan dahi sambil mendongak memandang sepasang anak mata suaminya. “Kenapa jawapannya dah lain? Kenapa tak cakap kasihmu ku terima?”
“Dah banyak sangat kasih yang abang terima daripada isteri abang ni. Abang nak sayang pulak. Boleh tak lain kali Ris cakap, terima kasih sayang?”
Haha! Kali ini ketawa tercetus kuat di bibir Iris. “Abang ni kelakarlah!”
Zul mencebik tidak berpuas hati dengan jawapan isterinya itu. “Mana ada abang buat lawak pun. So… Ris nak cakap ke tidak?”
“Tak nak!”
Bulat matanya memandang isterinya. Boleh dia cakap tak nak?! “Cakap jugak!”
“Tak nak!”
“Nak!”
“Tak nak!”
“Nak!”
“Nak apa sayang?” Soalnya dengan suara yang sedikit manja. Kesian encik suami… selalu mengalah dengan puan isteri. Kali ni biarlah puan isteri yang mengalah dengan encik suami.
Sayang? Dia meneguk liur perlahan. Kali pertama dia mendengar isterinya itu menyebut perkataan itu untuk dirinya. “I beg your pardon?”
Eleh! Buat-buat tak dengarlah tu! “Nak apa, sayang? Kalau nak kasih sayang, seribu tahun pun sayang sanggup curahkan demi abang sayang ni. Kalau nak cinta, seluas lautan biru... setinggi langit pun sayang sanggup serahkan. Boleh ke?”
“Boleh, sayang. Abang sayang sangat sayang abang ni. Doakan kebahagiaan kita berdua, sayang. Di dunia... dan juga di akhirat kelak.”
Kepalanya diangguk perlahan. “Hm… doakan kesejahteraan juga kepada dia yang sudah kembali ke rahmatullah.”
Dan sesungguhnya bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Kerana sesungguhnya nikmat Allah itu maha besar.
Wallahualam.

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar kamu mentauhidkan-Nya.” (Surah al-Baqarah : 172)
“Dan apa jua nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah ia datang, dan apabila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.” (Surah an-Nahl : 53)

Kasihmu Amanahku

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

~ TAMAT  ~

No comments:

Post a Comment