“LYNA,
buat apa tu?”
Lyna
menoleh ke sisinya. Seraut wajah itu menyapa anak matanya. Sekejap sahaja dia
sudah mengeluh perlahan. Satu jelingan dihadiahkan kepada lelaki itu. “Suka
hati akulah. Yang kau nak menyebok kenapa?”
Azam
mencebik sambil tersenyum. “Orang tanya aje pun! Yang kau nak marah-marah tu,
kenapa? Kau datang bulan ke apa?”
Kali
ini giliran Lyna yang mencebik. “Siapa yang marah-marah? Kau tu yang menyebok
tak pasal-pasal!”
Azam
bersahaja sambil mengambil tempat duduk bersebelahan dengan gadis itu. Dah
lebih dua tahun pun! Dia sudah kalis dengan kemarahan kecil gadis itu. “Lyna,
ajar aku Business Math?” Malas mahu melanjutkan perbalahan, dia menyuarakan
hasratnya.
“Eh,
Zam! Aku boleh ajar kau.”
Serentak
Azam dan Lyna menoleh ke arah suara yang mencelah di antara mereka itu. Sekejap
sahaja mereka saling berpandangan. Lyna sudah mengukirkan senyuman. Azam pula
membawa bersama riak kurang selesa.
“Er...
kau ada masa ke? Kau kan selalu sebok
main basketball?”
Gadis
itu mengukirkan senyuman manis. Sepasang anak mata di hadapannya itu dipandang
bersama perasaan cinta. Punggungnya turut dilabuhkan di kerusi bersebelahan dengan
lelaki itu. “Untuk kau aku akan selalu ada masa, Zam.”
Azam
melarikan pandangannya ke arah Lyna, mengharapkan bantuan. Lyna mencebikkan
wajah dan membuat muka seperti mahu termuntah dengan sebaris ayat yang baru
sahaja meniti di bibir Syika itu. Ada saje ayat yang buat aku geli geleman!
“Er...
tapi aku dah janji dengan Lyna.” Dia mencipta alasan.
Pantas
Lyna berpaling ke arah Azam sambil menjungkitkan kening. Bila masa pulak dia
dah janji dengan aku? Azam terus mengenyitkan matanya sambil membuat muka kesian.
Lyna yang faham dengan riak muka itu sekadar mengangguk perlahan. Senyuman
kelihatan jelas mekar di bibir Azam dengan persetujuan Lyna itu.
“Lyna...
boleh tak kau bagi masa untuk aku dan Zam? Kau selalu ada banyak masa dengan
dia. Minggu ni boleh aku luangkan masa dengan Zam?” Syika menyoal Lyna.
Wah,
macam boleh main pass aje, kan? Lyna
mengerutkan dahinya. Apa kes pulak mintak-mintak
izin dengan aku? Mintak la izin dengan tuan punya badan! Si Azam ni pun satu!
Yang nak kaitkan aku dengan masalah dia tu, kenapa? Senyuman hambar dihulurkan.
“Aku tak ada hal. Kau tanyalah tuan punya badan.”
Azam
terkulat-kulat sendiri. Nampaknya Lyna tak nak tolong aku! Sepasang anak mata
itu dipandang, mengharapkan pengertian. Lyna, kau tahu kan yang aku hanya
sayangkan kau seorang aje? Aku cuma cintakan kau sorang aje, Lyna!
Lyna
menelan liur perlahan. Dia faham maksud di sebalik pandangan mata lelaki itu. Sorry, Zam... Aku memang tak boleh nak
tolong kau kalau dia dah merayu macam tu. Lyna sekadar menjungkitkan kedua
belah bahunya.
“Boleh,
Zam?” Sekali lagi Syika bertanya.
Apa
pilihan yang dia ada? Takkanlah aku nak cakap tak boleh pulak? Azam sekadar
tersenyum hambar sambil mengangguk lambat.
“ZAM, kau free petang ni?”
Azam |
Lyna
mengetap bibir perlahan. Azam masih merajuk dengan aku ke? “Zam... kau masih
marahkan aku?” soalnya perlahan.
Azam
melepaskan keluhan sinis. “Buat apa aku nak marah kat kau? Kau ada buat salah
kat aku ke? Cuba kau cakap apa salah yang kau dah buat pada aku sampai aku
marahkan kau. Aku bukan siapa-siapa pun pada kau, kan?”
Perlahan
liurnya ditelan. Ya, Azam masih marahkan dia. Daripada riak wajah... cara
percakapan... jelas menunjukkan yang Azam masih marahkan dia. “Aku minta maaf,
Zam. Aku...”
“Untuk
apa?” Pantas Azam memintas. “Huh, sudahlah Lyna! Aku tengah sibuk ni. So, faham-faham sendiri la.” Azam
menyibukkan diri sendiri dengan membelek buku Statistik. Padahal tak ada
satu ilmu pun yang masuk ke kepalanya.
Lyna
diam. Sungguh, dia terasa hati apabila Azam buat-buat tak tahu di saat dia
memerlukan Azam. Namun dipendamkan sahaja apa yang ada di hatinya. Bimbang
rajuk Azam akan terus berpanjangan.
PUAS
berjalan ke kiri, dia berpusing semula ke kanan. Saat ini fikirannya terasa
sangat berserabut. Azam masih belum menegurnya sejak peristiwa dua minggu yang
lepas. Minggu depan akan diadakan Annual
Dinner untuk fakulti. Setiap pelajar dikendaki memilih pasangan masing-masing
untuk digandingkan pada hari tersebut. Seperti kebiasaannya, King dan Queen Of The
Year akan dipilih dikalangan pelajar pada hari tersebut.
“Zam...
jadi patner aku?” Dia sudah tiada
pilihan. Mahu atau tidak, dia perlu bertanya juga. Selalunya, setiap tahun Azam
yang terlebih dahulu bertanya kepadanya.
Azam
tersenyum sinis. “Sorry, aku dah ada patner.”
“Hai,
Lyna! Sorry, kau lambat! Zam patner aku.” Tiba-tiba sahaja seraut
wajah Syika muncul diantara mereka.
Lyna
tersentak. Pantas dia berpaling ke arah Zam dan mengharapkan penjelasan lelaki
itu. Namun, Azam diam tanpa sepatah kata. Sekeping hati wanitanya tersentuh.
Bukankah pada awalnya Azam yang beria-ria dan berjanji untuk menjadi patnernya?
Kenapa, Zam? Takkanlah pasal perkara tu jugak?
“Lyna?
Kenapa?”
Satu
teguran di belakangnya membuatkan Lyna menoleh. Senyuman hambar dihulurkan kepada
lelaki yang menegurnya itu. “Tak ada patner.”
Ringkas jawapannya.
Dia
mengerutkan dahi. Anak matanya saling berganti memandang dua sahabatnya itu.
“Bukan Lyna dengan Zam ke?” Lambat-lambat dia bertanya.. Dia dapat meneka ada
sesuatu yang tak kena dengan dua sahabatnya itu.
Lyna
dan Zam masing-masing saling memandang antara satu sama lain. Ya, memang itu
yang semua orang tahu. Tapi dia hari-hari terakhir lain pula jadinya. Syika
pula sudah melemparkan jelingan tajam.
“Zam
dengan Syika.”
Zul
Azmi tersenyum sendiri. “So... be my
patner?” soalnya.
Apa
pilihan yang aku ada saat ini? Lyna sekadar senyum dan mengangguk perlahan.
Kali ini dia tidak lagi menoleh ke arah Azam. Zam... jika ini yang kau mahu...
Ayatnya terhenti di situ.
SEKEJAP
kepalanya di toleh ke kiri, sekejap di toleh pula ke kanan. Satu keluhan kecil
dilepaskannya. Mana Azam? Kenapa aku tak nampak dia pun sepanjang hari ni?
Sepanjang hampir tiga tahun perkenalan mereka, inilah kali pertama Azam merajuk
panjang dengannya. Zam… aku tak reti nak pujuk kau.
Amir
mengerutkan dahinya. “Ai, Zam tak cari kau ke? Selalunya kau orang pertama yang
akan dia cari. Tambahan pula pada majlis yang macam ni. Korang berdua ni,
kenapa?”
Lyna
senyum. “Tak ada apa-apalah. Kalau macam tu aku pergi dulu.”
“Yelah.
Kalau aku nampak Azam aku bagitahu dia kau cari dia.”
“Hmm.
Thanks, Mir.”
Langkahnya
diatur lagi mencari kelibat Azam. Sungguh, hatinya tak tenang selagi tak nampak
muka Azam. Zam... kau tahu tak aku rindu kau? Dah berapa minggu kau tak usik
aku? Dah berapa minggu kau tak tegur aku? Aku rindu kau sangat-sangat, Zam!
“Lyna...
kenapa?”
Lyna
berpaling ke arah suara yang menegurnya. Senyuman dihulurkan. “Zul... kau ada
nampak Azam?”
“Ada
tadi. Dia tengah bergambar dengan Syika.”
Tersentak!
Itulah yang dirasakannya saat ini. Azam... kenapa kau langsung dah tak
pedulikan aku? Di saat aku mula belajar mencintaimu. Di saat aku mula mengerti
apa perasaan rindu!
“Lyna...
jom ke depan. Kita dapat title King
and Queen Of The Year.”
“What? Betul ke?” Suaranya sudah mula
ceria. Namun ada kehambaran dalam senyuman itu. Jika tahun lepas dia dan Azam,
tahun ini bukan milik mereka lagi. Takpelah... Maybe tahun depan.
Dia
sudah tidak senang duduk. Sungguh... saat ini cemburunya bermaharajalela.
Kenapa bukan aku? Dan kenapa si Zul tu? Tengok tu! Jelingan tajam dilemparkan
ke arah pasangan King dan Queen itu. Bergambar tak ingat! Lyna, kau curang
dengan aku!!
SUDAH
seminggu dia memikirkan perkara yang sama. Kenapa Azam masih merajuk dengan aku?
Kenapa Azam masih belum mahu menegur aku? Bila di kelas, Azam duduk di kerusi
yang sangat jauh daripadanya. Kadang-kadang Azam ponteng kelas. Azam... kenapa
sampai macam ni? Jangan buat aku rasa bersalah, Zam...
“Hai,
Lyna!”
Dia
melemparkan jelingan ke arah suara itu. “Kita ni orang Islam, kan? Bagilah
salam, Assalamualaikum.”
Lelaki
itu tergelak besar. “Waalaikumussalam. Dah macam cerita Salam Cintalah pulak.”
Dia
mengetap bibir, geram! Cepat sahaja dia mengemas buku-bukunya dan terus
mengatur langkah meninggalkan lelaki itu.
“Lyna...
saya suka awak!”
Pantas
Lyna berpaling kepada lelaki itu. Dia ni dah gila ke apa? Tengah-tengah orang
ramai macam ni dia boleh cakap yang dia suka aku? Kuat pulak tu! Tak malu ke?
“Lagu
ini saya tujukan khas buat seorang perempuan yang saya cintai. Terimalah,
Azlyna.”
♪ Andainya dirimu sudi menerimaku
Kan ku mahkotakanmu ratu di hatiku
Kan ku mahkotakanmu ratu di hatiku
Biarpun berjuta rintangan yang
melanda
Rela kukorbankannya untuk memilikimu ♪
Rela kukorbankannya untuk memilikimu ♪
♪ Kau Azlyna setinggi gunung
harapan
Bukalah pintu hatimu untuk cinta ini
Biar berkurun lama dikau kunantikan
Semoga impian ini kan menjadi nyata
Bersamamu Azlyna ♪
Bukalah pintu hatimu untuk cinta ini
Biar berkurun lama dikau kunantikan
Semoga impian ini kan menjadi nyata
Bersamamu Azlyna ♪
Bulat
anak matanya memandang lelaki yang sedang tersenyum sambil menyanyikan lagu
Jesnita daripada Kumpulan Exsist yang telah ditukarkan nama Jesnita kenapa
Azlyna. Waktu itu... dia adalah orang yang paling bahagia. Kerana ada dia yang
sudi mencintai dirinya.
Keluhan
kecil dihelakan. Kenangan pada semester empat. Semua itu sudah tinggal
kenangan. Zam... kenapa kau masih nak merajuk dengan aku? Apa salah aku? Jam
dipergelangan tangan dipandang sekilas. Dah lewat! Langkah kakinya diatur ke
kelas. Kelas ganti.
Dia
tercari-cari seraut wajah. Kali ini dia hampa lagi. Kenapa Zam ponteng kelas
lagi? Bukan sekali ni aje. Tapi dah banyak kali. Selesai sahaja kelas, dia
mencari kelibat Amir. “Mir... Zam mana? Dah seminggu dia ponteng kelas ganti.
Kau ada nampak dia?”
Amir
tersenyum sinis. “Untuk apa kau cari Zam lagi? Sudah-sudahlah sakitkan hati
dia!”
Lyna
mengerutkan dahinya. Terpinga-pinga sendiri dengan kata-kata yang Amir utarakan
kepadanya. “Mir... kenapa kau cakap macam tu?”
Pandangannya
ditalakan pada seraut wajah putih bersih itu. Betul kata orang, don’t judge the book by its cover. “Zam
merajuk dengan kau, Lyna. Kau mungkir janji. Kenapa kau patner dengan Zul? Kau
tahu tak yang Zam cemburu macam nak mati?”
“Tapi
Zam yang reject aku. Dia yang pilih
Syika.”
“Kau
tahu kan yang dia sukakan kau sangat-sangat?”
Lyna
mengangguk perlahan. Masakan aku tak tahu? Dia selalu cuba usik aku. Dia selalu
cuba dekat dengan aku. Dia selalu suruh aku ajar Business Math dia sedangkan
dia ‘pro’ dalam subjek tu. Dia yang buat aku faham apa perasaan C.I.N.T.A.
“Dah
tu? Kenapa kau buat dia tertanya-tanya sampai macam tu sekali?”
Amir |
Amir
tergelak perlahan. “Kau cemburukan Syika?” Daripada percakapan Lyna... daripada
riak wajah Lyna... Jelas menggambarkan yang dia cemburukan Syika.
“Entahlah,
Mir!”
“Entahlah
tu maksudnya, ya!”
Lyna
mengangguk perlahan. Cuba menyuarakan apa yang ada dalam hatinya.
Amir
terut mengangguk perlahan. Akhirnya dia mengaku jugak, kan? “Lyna... kau
cakaplah denggan dia elok-elok. Kalau sudi cakap sudi. Kalau tak cakap tak.
Berbincanglah. InsyaAllah semuanya baik-baik aje.”
“Thanks, Mir.”
LYNA termenung
panjang. Saat ini fikirannya benar-benar berserabut. Otak kecilnya asyik
memikirkan tentang seorang lelaki. Siapa lagi kalau bukan Azam? Perlu ke aku call dia? Tapi... kalau aku call dia mesti rajuk dia akan jadi lebih
panjang. Macam mana dengan kelas? Takkanlah selamanya dia nak ponteng kelas?
Aduh... sakit sungguh kepala ini memikirkannya!
Mahu
atau tidak, dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Azam.
Berdebar sungguh jantungnya menunggu panggilan bersambut!
Talian
bersambut. Namun tiada suara yang menjawab di hujung talian. Lyna meneguk liur
perlahan. Nafasnya ditarik sebelum memulakan bicara. “Hello Zam…”
“Nak
apa?”
Soalan
dingin itu membuatkan lidahnya kelu untuk seketika. “Er… Zam… Aku ada benda nak
cakap dengan kau.”
“Cakap
apa?” Soalnya seperti hendak tidak hendak sahaja.
“Emm…
tapi… aku rasa kekoklah nak cakap dalam telefon. Kita jumpa?”
“Tak
nak! Aku tak ada masa!”
“Zam…
jangan macam tu… Kau buat aku rasa bersalah sangat.”
Huh,
tahu pulak nak rasa bersalah? Hati aku sakit Lyna! Sakit dengan sikap endah tak
endah kau tu! “Cakap sekarang aje!” Dia masih berkeras.
“Zam…”
Sepatah nama itu disebutnya. Liurnya ditelan perlahan. Sungguh sukar rasanya
untuk melalui kerongkong sendiri. Nafasnya ditarik perlahan. “Kenapa kau selalu
ponteng kuliah ganti? Aku tak suka kau macam tu, Zam. Sebelum ni kau…” Tidak
jadi meneruskan kata-katanya apabila telinganya menangkap gelakan sinis di
hujung talian.
“Itu
aje yang ku nak cakap, kan? Aku tak nak jawab. Bye!”
“Eh,
Zam! Tunggu dulu, Zam!” Cepat-cepat dia menghalang lelaki itu daripada
mematikan taliannya.
“Kau
nak apa lagi?” Soalnya sedikit lantang.
Hampir
luruh jantungnya terkejut dengan suara lantang itu. Mana pernah Zam bersuara
lantang macam ni pada dia? Dia mengetap bibir perlahan. Takutnya nak berterus
terang! “Er… Zam… aku…” Gagapnya makin menjadi-jadi! Perlukah aku berterus
terang?
“Kau
nak apa ni? Kalau kau tak nak cakap, aku matikan telefon!” Ugutnya pula.
“Zam,
jangan! Tunggu kejap. Aku memang ada benda yang nak dicakapkan pada kau.” Dia
menarik nafas panjang. Takut sungguh dengan sikap Azam yang berkeras begini
dengannya. Dadanya dipegang sebentar. Ya Allah… lajunya degupan jantung aku!
Macam tengah berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati aje!
“Zam…
sebenarnya aku… Er… aku…”
“Sebenarnya
kau apa?” Jerkahnya sekali lagi. “Kau jangan nak main-main macam ni, Lyna! Aku
tak suka! Kalau kau tak nak cakap…”
“Sebenarnya
aku sukakan kau, Zam! Aku sukakan kau!” Pantas dia mencantas ayat Zam sebelum
lelaki itu mengambil keputusan untuk mematikan talian. Ya, dia perlu berterus
terang tentang perasaannya!
Azam
terdiam sendiri. Hatinya tersenyum perlahan mendengar ungkapan daripada seulas
bibir itu. Menusuk sampai ke lubuk hati yang paling dalam. Tapi… apa maksud dia
yang sebenarnya? “Kau merepek apa ni?” Soalnya bersama suara yang garang juga.
“Tak,
Zam! Aku tak merepek. Aku sukakan kau. Suka melebihi suka seorang kawan. Aku…
aku cintakan kau Zam.”
Beberapa
minit berlalu, masing-masing tetap mendiamkan diri. Azam masih terkejut beruk
dengan kenyataan yang lahir daripada seulas bibir itu. Maksudnya, dia tidak
bertepuk sebelah tangan! Lyna meneguk liur perlahan. Macam tak percaya yang dia
akhirnya berjaya meluahkannya pada lelaki itu. Akhirnya… semua yang dipendamkan
diluahkan juga.
Betulkah?
Betulkah dia cintakan aku? “Kalau macam tu, kahwin dengan aku.”
Hampir
terngadah duduknya apabila sebaris ayat itu menusuk masuk ke corong telinganya.
“Hah? Kahwin? Tak naklah!” Spontan patah kata itu keluar daripada mulutnya.
“Kalau
macam tu tak payah berkawan lebih daripada seorang kawan.” Dia menokhtahkan
kata. Sungguh, dia tidak mahu dipermainkan. Dan dia juga tidak tahu bahawa
kata-kata itu benar-benar ikhlas ataupun sekadar untuk memujuknya sahaja.
Lyna
meneguk liur perlahan. “Zam… aku mintak maaf kalau aku ada sakitkan hati kau.
Tapi… aku tak boleh kahwin dengan kau buat masa sekarang. Kita masih belajar,
Zam. Kita…”
“So? Kita stop sini! Aku tak nak terhegeh-hegeh pada yang tak sudi.” Sekali
lagi dia mencantas penjelasan yang cuba disampaikan oleh perempuan itu.
Menggelabah
sekejap dirinya apabila Azam membuat keputusan seperti itu.“Zam… masa depan
kita masih panjang. Bulan depan kita final
exam. Lepas tu, kita akan sambung Degree,
kan? Masa tu… mungkin kita akan dapat U yang berbeza. Zam… masa tu mungkin Zam
akan jumpa gadis yang lebih baik daripada Lyna.”
Azam
tergelak sinis. “Jadi… kau nak cakap yang kau pun kan jumpa lelaki yang lebih
baik daripada aku, kan? Kau tak ikhlas, Lyna! Kau tak ikhlas cakap yang kau
cintakan aku! Aku benci kau Lyna! Aku benci kau!” Gangang telefon terus
diletaknya. Sakit di hati sangat terasa dengan penjelasan daripada seulas bibir
itu!
CEPAT
sahaja dia mengatur langkah keluar daripada dewan peperiksaan. Hari ini
merupakan peperiksaan yang terakhir untuk semester ini. Dan juga semester
terakhir Diplomanya. Lyna tercari-cari seraut wajah. Ya, dia perlu mencri Azam.
Selepas hari ini mungkin mereka akan susah untuk bertemu lagi. Dia perlu
menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku di anatara mereka.
Terpandangkan
seraut wajah, cepat-cepat dia berlari anak menghampiri lelaki itu. Bibirnya
cuba tersenyum. Susah sungguh rasanya untuk mengukirkan senyuman! “Zam… boleh
kita berbual sekejap?” Baru lelai itu disentuhnya perlahan.
Azam
berpaling sekilas ke arah suara yang menegurnya. Siapa lagi kalau bukan Lyna.
Dia kenal pemilik suara itu. Pantas dia berpaling semula ke hadapan. Langkah
kakinya diteruskan. “Aku tak ada masa!” Jawabnya tanpa berpaling ke arah Lyna
yang mula mengatur langkah menyainginya.
“Zam…
Please… Sekejap aje!”
Langkahnya
terhenti mengejut. Seraut wajah itu dipandangnya tajam. “Kan aku dah cakap tak
ada masa! Kau tak faham Bahasa Melayu ke? Aku ada benda lain yang lebih penting
daripada berbual benda yang tidak berfaedah dengan kau!”
Sungguh!
Kata-kata lelaki itu benar-benar merobekkan hatinya! Benar-benar menguji
kesabarannya! Namun dia tahu… dia harus bertahan dengan kerenah Azam. Hari
terakhir! Sungguh, dia bimbang tidak akan bertemu lagi dengan lelaki itu
selepas hari ini. “Zam…”
“Zam,
jom!”
Serentak
Lyna dan Azam menoleh ke arah suara yang baru sahaja muncul diantara mereka.
Syika?
Pantas
sahaja Lyna mengalihkan pandangannya ke arah seraut wajah Zam. Dia cuba mencari
sesuatu pada seraut wajah itu. Jelas kelihatan senyuman Zam! Saat ini… terasa
nafasnya seolah-olah terhenti. Langkahnya terhenti dengan sendirinya.
“Jom.”
Suara
Azam yang ceria itu menusuk masuk ke corong telinganya. Lyna terkedu sendiri.
Anak matanya hanya mampu melihat drama sebabak itu. Oh, jadi… benda yang lebih
penting tu Syika, lah? Aku? Tak ada kepentingan dalam hidup dia? Jadi… aku ni
orang yang kat tengah-tengah? Perampas mungkin? Tanpa menunggu patah kata
seterusnya, Lyna terus berpaling ke belakang dan mengatur langkah satu persatu.
Zam…
panggil aku, Zam! Dalam diam, dia masih mengharapkan Azam berpaling ke arahnya
dan memanggilnya namanya semula. Namun, semua harapannya hampa! Sedikitpun Azam
tidak menoleh ke arahnya. Menitis air matanya satu persatu dengan sikap Azam
yang bersahaja itu. Inikah ucapan cinta yang pernah dilafazkan oleh lelaki ini
kepadanya? Zam… mudah benar cinta kau beralih arah, kan? Kau sanggup
belakangkan aku kerana Syika? Jika ini pilihan kau, aku pasrah Zam! Aku tak
akan ganggu hidup kau lagi! Selamat tinggal, Azam!
4 TAHUN SELEPASNYA...
“Lyna?”
Dia
mengerutkan dahi sendiri? Siapa pulak yang panggil aku dengan nama Lyna ni?
Setahu aku masa kat sambung Diploma dulu aje yang orang panggil aku dengan
panggilan Lyna. Berdebar sekejap jantungnya. Perlahan dia berpaling ke arah
suara yang memanggil namanya.
Terkedu
sekejap dirinya apabila terpandangkan seraut wajah. Syika? Senyuman cuba
diukirkan walaupun terasa sangat payah. Anak matanya beralih ke arah perut yang
memboyot itu. Mungkin sudah menunggu masa untuk bersalin.
Syika
dah kahwin ke? Dengan Azam? Kenapa aku tak tahu apa-apa pun? Tak ada seorang
pun kawan-kawan yang menjemput aku? Dia cuba tersenyum lagi walaupun urat
sarafnya seperti tidak mahu bergerak. Payah sungguh rasa hatinya untuk menutur
bicara! Zam… tahukah kau yang aku masih menanti kau? Tahniah, Zam!
“Syika?”
Dia melangkah menghampiri ibu muda itu. Senyuman diukirkan manis.
“Hah,
betul pun Lyna! Tadi takut jugak tersalah orang!” Syika menghulurkan salam.
“Dah
berapa bulan? Comelnya muka tembam kau ni!” Dia memeluk tubuh sahabatnya itu.
Terasa hatinya seperti dirobek-robek. Namun dia pasrah! Dia redha dengan Qadaq
dan Qadar yang sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.
“Tunggu
hari aje ni. Jangkanya minggu depan. Lama tak jumpa kau Lyna. Kau dah kahwin?”
Syika bertanyakan khabar sahabatnya itu. Ya, suatu ketika dulu memang dia tidak
rapat dengan Lyna. Tapi bila dah lama tak jumpa, rasa rind utu tetap datang
menjengah. Lagi pulak, dia masih rasa bersalah kepada Lyna. Sebab peristiwa
empat tahun yang lalu. Sehingga Lyna membawa diri ke Sedney, menyambung
pelajaran di sana. Kesian, Lyna.
“Er…
belum.” Teragak-agak mahu menjawabnya. Kenapa itu soalan pertama yang disoalkan
kepadanya?
“Okeylah,
Lyna. Aku dah kena pergi. Husband aku
tunggu kat kereta. Lain kali kita jumpa lagi. Kau masih pakai nombor telefon
lama, kan?”
Lyna
mengangguk perlahan sambil tersenyum. “Okey. Kirim salam pada husband kau. Cakap pada dia yang Lyna wish congratulation to you all.”
Lama
anak matanya memandang langkah yang sedang meninggalkannya itu. Entah bila
langkah itu menghilang daripada pandangannya, dia pun tak tahu! Yang pasti akal
fikirannya berebut-rebut menjengah ke masa lalu. Empat tahun yang lepas…
sewaktu pengajiannya pada peringkat Diploma.
Kerana
kecewa dengan sikap Azam, dia memohon universiti di Sedney untuk pengajian
Ijazahnya. Tak sangka pulak dapat! Diam Azam menyebab dia mengambil keputusan
untuk menerima universiti di sana walaupun dia juga terpilih untuk menyambung
penganjiannya di UiTM. Empat tahun… jarak memisahkan mereka. Dan Lyna… langsung
tidak mengambil tahu perihal rakan-rakannya di Malaysia. Tetapi cintanya…
takkan pernah berubah!
Bibirnya
menguntum senyuman hambar. Tak sangka… jodoh Azam dengan Syika kekal sampai
hari ni. Dah nak jadi ibu dan bapak orang dah! Dan aku… perlu menghentikan
penantian aku. Ya… selama empat tahun aku menunggu Azam menghubungi aku semula.
Selama empat tahun, aku fikir Azam masih menanti aku! Empat tahun cinta aku tak
pernah berubah. Aku alpa dengan arus masa yang bergerak! Aku alpa dalam diri
sendiri!
Baru
sahaja dia ingin berpusing semula ke belakang, tubuhnya terlanggar seseorang. “Auch!”
Aduh, sakitnya bahu aku! Macam nak patah pun ada jugak! Anak matanya
terpandangkan satu kasut lelaki. Kepalanya didongakkan mencari seraut wajah.
Terkejut beruk jugak apabila terpandangkan seraut wajah yang dikenalinya. “Zul?”
Terbit sepatah nama pada bibirnya.
Terpinga-pinga
dirinya untuk seketika. Aku kenal perempuan ni! “Lyna?”
“Betullah
Zul, kan?” Tersenyum lebar bibirnya apabila lelaki itu betul lelaki yang
dikenalinya. Zul dah lain. Sedikit berisi kalau nak dibandingkan empat tahun
yang lalu.
“Ha’ah,
memang aku pun. Kenapa kau kurus sangat ni, Lyna?” Pelik apabil melihat tubuh
yang agak kurus jika dibandingkan empat tahun yang lepas.
“Hah?
Er… kurus ke? Aku rasa macam dulu je pun. Lamanya tak jumpa kau Zul. Kau sihat?”
Berkaca sekejap kolam matanya apabila bertemu semula dengan sahabat lama.
Terasa seperti kenangan-kenangan lalu kembali menggamit diri. Cepat-cepat dia
mengawal emosinya.
“Hmm…
sihat. Kau macam mana?”
“Alhamdulillah,
sihat.” Tiba-tiba dia terpandangkan seraut wajah. Amir? Aik, macam berjanji
pulak yang Amir pun akan datang ke sini? Tapi… Zam? Kelibat Azam pula muncul di
belakang Amir. Er… diorang ni dah berpakat nak buat reunion ke apa?
Zul
menoleh ke arah pandangan pelik Lyna. “Mir? Zam?” Zul terlebih dahulu menegur.
Lyna
diam tak terkata. Macam mana mereka boleh bertemu secara serentak di tempat
yang sama? Tadi Syika… Dan sekarang mereka bertiga. Anak matanya tidak lepas
daripada memandang seraut wajah. Wajah siapa lagi kalau bukan Azam. Seraut
wajah yang sangat dirinduinya. Seraut wajah yang dinantikannya selama empat
tahun! Azam datang sekali dengan Syika ke?
Senyuman
dihulurkan kepada dua sahabatnya itu. Sekilas anak matanya singgah pada Azam di
sisinya. Masam betul muka dia? Kenapa? Sebab bertemu dengan Lyna dalam keadaan
macam ni? Sekejap sahaja dia memandang semula ke arah seraut wajah Lyna. Gadis
itu kelihatan tenang tanpa sebarang riak yang mencurigakan.
“We
all macam dah berjanji pulak nak buat reunion kat sini, kan? Dah ada empat
orang! Geng sekelas pulak tu! Korang sihat?” Amir memecahkan kesunyian antara
mereka.
“Aku
sihat aje. Tak sangka pulak boleh terjumpa korang kat sini.” Zul bersapa mesra.
Lyna
memilih untuk diam tanpa kata. Anak matanya sekadar memerhatikan manusia ynag
lalu lalang di situ. Hatinya kosong! Benar-benar kosong setelah bertemu
sahabat-sahabatnya itu.
Azam
juga. Diam setelah bertemu dengan Lyna setelah empat tahun masa memisahkan
mereka berdua. Dan hari ini, masa menemukan mereka semula. Apakah ini suratan
atau satu kebetulan?
“Eh,
Zam! Tadi aku terserempak dengan Syika. Dah tunggu masa bersalin dia, kan?
Bunting pelamin ke apa?” Soal Zul mahukan kepastian.
Azam
diam. Soalan itu dibiarkan tanpa jawapan.
Lyan
memandang seraut wajah itu. Dia juga mahukan jawapan yang sama. Zam… klau awak
nak tahu, empat tahun saya tunggu awak, Zam. Saya tunggu awak datang cari saya.
Macam dulu-dulu. Awak akan selalu cari saya bila saya tak ada depan mata awak.
Tapi… saya tak tahu pulak yang cinta awak akan berubah secepat ini. Saya akan
doakan kebahagiaan awak, Zam. Hatinya berbicara sendiri.
Azam
juga melakukan perkara yang sama. Seraut wajah itu dipandang sedalamnya. Lyna…
rupanya ini yang awak pernah cakap dulu, kan? Masa depan kita masih panjang.
Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang. Bimbang masing-masing
akan jumpa pasangan yang lebih baik bila sambung pelajaran lagi. Inikah lelaki
terbaik yang kau temui, Lyna? Atau… sejak pengajian Diploma dulu lagi, Lyna?
“Lama
betul kan, masing-masing menyepi. Apa kata kita minum-minum dulu?
Sembang-sembang dulu?” cadang Zul walaupun dia sudah dapt melihat situasi asing
di situ. Dia cuba menceriakan suasana.
“Maaf,
Zul. Aku ada hal.” Jawab Azam, mengelak.
Senyuman
hambar tergambar di dalam hatinya. Syika dah tunggu kan, Zam? Pergilah! Dia
tengah tunggu kau. Hatinya berkata-kata sayu.
“Oh,
yeke? Lain kali boleh tak kita berempat jumpa? Ajak Syika sekali.”
“InsyaAllah.
Jika diizinkan.” Kali ini Amir pula yang menjawab. Sungguh, dia risaukan
tentang dua hati itu. Hati Azam… dan hati Lyna. Masing-masing seperti ada
sesuatu yang dipersoalkan di dalam kepala masing-masing.
TELEFON
bimbitnya kedengaran menjerit nyaring. Lyna yang baru keluar daripada bilik
air, cepat-cepat mencapai telefon bimbitnya. Nombor siapa pulak ni? Slide hijau ditolaknya ke tepi. “Assalamualaikum.”
Salam dihulurkan.
“Waalaikumussalam.
Lyna… Amir ni.”
Jelas
tergambar raut ceria di wajahnya. Langsung tak menyangka yang Amir akan
menelefon dia. “Ya, Mir. Kenapa kau call?”
“Aku
tak boleh call kau? Ada orang marah
ke?”
“Eh,
tak adalah. Tapi pelik.”
“Tak
ada yang nak dipelikkan, Lyna. Kau dah kahwin Lyna?”
“Hah?”
Agak terperanjat dengan soalan yang didengarnya itu. Kenapa pulak tetiba sahaja
Amir bertanyakan soal perkahwinan. “Er… belum. Kau?” Soalnya semula.
Amir
menguntumkan senyuman dalam diam. “Hmm… baguslah. Aku nak jumpa kau boleh?”
Perlahan
liurnya diteguk. Soalan dan jawapan Amir kedengaran agak pelik
dipendengarannya. Er… tapi kenapa dia nak jumpa aku pulak? “Bila?” Lain
persoalan di hatinya, lain pula yang meniti di bibirnya.
“Sekarang
boleh?”
“Hah?”
Agak terkejut dengan soalan yang baru diutarakan kepadanya itu.
DI
hadapan menara KLCC itu, dia menanti dengan sabar. Persoalan demi persoalan
menerja ruang fikirnya.
“Assalamualaikum,
Lyna.”
Lyna
menoleh ke arah suara yang menegurnya dari arah belakang. Senyuman dihulurkan
ke arah lelaki itu. Santai betul pakaian dia. Seluar jean dengan baju t-shirt
putih. “Waalaikumussalam.”
Punggungnya
dilabuhkan di sebelah gadis itu. “Dah lama tunggu.”
“Baru
aje. Ada apa, Mir?”
Keluhan
kecil dilepaskan. Sebolehnya dia tidak mahu bertanya. Tetapi fikirannya tetap
terganggu sekirang dia terus menerus mendiamkan diri. “Betul ke apa yang aku
dan Zam nampak semalam?”
Berkerut
dahinya memandang seraut wajah itu. Semalam? Apa maksud Amir? Dia cuba meneka,
namun tiada jawapan yang meniti dimindanya. “Maksud kau?”
Sekilas
dia mengalihkan pandangan ke arah seraut wajah putih kemerahan itu. “Kau dengan
Zul?” Dia memilih untuk berterus terang.
Soalan
itu membuatkan dia tersenyum. Senyum yang penuh dengan kepura-puraan. “Kenapa
kau tanya? Apa yang kau nak tahu sebenarnya?”
Nafasnya
ditarik dalam. Kenapa begitu jawapan yang diterimanya? Sedangkan dia
mengharapkan jawapan yang lain. “Jadi betullah selama ni kau bercinta dengan
Zul? Atau mungkin sejak dulu lagi?”
Lyna
senyum lagi. “Kau pun sama macam Azam kan? Selalu mencurigai aku. Entah-entah
sejak dulu pun kau curigakan aku tak?” Duganya.
Amir
mengerutkan dahinya. Kenapa pulak minah ni cakap macam tu? “Kenapa kau cakap
macam tu?” Soalnya ingin tahu.
“Sebab
Zam dan kau sama-sama tak percayakan aku.”
Amir
tergelak perlahan. “Aku percayakan kau, Lyna.” Dia berterus terang. Tidak mahu
kekeliruan menghantui mereka lagi.
Pantas
Lyna menoleh ke sisinya. Senyuman tidak ikhlas kembali meniti bibirnya. “Kalau
kau percayakan aku, kau tak akan tanya soalan macam tu.”
“Aku
cakap apa yang aku nampak, Lyna.” Ya, apa yang dia nampak semalam. Lyna dan
Zul. Malah bukan dia seorang yang melihatnya. Azam juga!
“Tapi
kau bercakap tak ada bukti. Main redah aje.”
“So, apa jawapan kau?”
Lyna
tergelak sinis. Apa yang dia cuba cungkil sebenarnya? Jawapan apa yang Amir nak
tahu sebenarnya? Dia menyoal hatinya sendiri. “Apa yang kau nak tahu
sebenarnya?”
“Kau
dan Zul.”
“Aku
dan Zul?” Lyna ketawa perlahan. Cuba menelan maksud di sebalik kata-kata itu.
“Kau
tak setia, Lyna. Kau bercinta dengan Zul, kan?” Direct to the point lebih senang daripada bercakap belit-belit!
“Zam
pun.” Jawab Lyna pantas. Amir seolah-olah mahu meletakkan kesalahan di bahunya
seorang. Bagaimana pula dengan Azam yang sudah berkahwin dengan Syika? Itu
setia ke namanya?
“Kau
dah salah faham, Lyna.’
Aku
salah faham? Aku sorang yang salah faham? Habis tu yang diorang berdua salah
faham tu apa bendanya? “Ya, aku sorang yang salah faham! Kau dan Zam tak akan
pernah percayakan aku, kan?”
“Ya,
sebab apa yang aku nampak semalam.”
“Apa
yang kau nampak, Amir?” Kali ini suaranya mendatar. Lelah sungguh mahu bertekak
dengan Amir soal dia dan Azam. Amir tidak mahu mengalah. Dia pun! Takkan dia
nak mengalah dengan apa yang bukan salahnya?
“Kau
dengan Zul! Takkanlah selepas empat tahun?”
“Macam
kau dan Zam. Setelah empat tahun aku meninggalkan bumi Malaysia, semalam kali
pertama aku terserempak dengan Syika. Kali pertama juga aku terserempak dengan
Zul setelah empat tahun. Dan kali pertama juga aku terserempak dengan kau dan
Zam. Semuanya secara kebetulan dalam masa yang sama.”
“Aku
tak percaya.”
“Ya,
kau memang tak pernah percayakan aku. Macam Azam jugak! Sekalipun aku cakap
cinta aku pada Azam tak pernah berubah dalam masa empat tahun itu, kau dan Zam
tak akan pernah percaya kata-kata aku.”
“Lyna…
aku cuma nak cakap yang Zam…”
“Dahlah,
Mir. Aku dah malas nak ungkitkan perkara yang dah berlalu. Semua tu dah terkubur
sebagai suatu kenangan. Empat tahun aku tunggu dia kembali pada aku. Dan
jawapannya Zam sendiri dah berkahwin, kan?”
Amir
mengerutkan dahi sendiri. Empat tahun Lyna menanti Zam? Biar betul? Zam pun!
Zam dah berkahwin? Apa pulak maksud Lyna? “Aku rasa kau dah salah faham, Lyna.”
“Ya,
ku memang selalu salah faham. Aku memang selalu yang tak setia. Dahlah, Mir.
Aku nak balik. Lepas ni aku dah tak nak jumpa kau lagi, Amir! Azam juga! Aku
dah tak nak jumpa Azam lagi! Selamat tinggal.” Kakinya terus dilangkahkan
meninggalkan Amir yang masih terpinga-pinga itu.
ANAK
matanya masih memerhatikan permandanga Tasik Perdana yang sangat cantik itu.
Saat ini hatinya kosong. Langsung tidak setenang air di dalam tasik itu.
“Hai,
Lyna.”
Siapa
pulak? Kepalanya ditoleh ke sisinya apabila seorang lelaki melabuhkan duduk di
sebelahnya. Tersentak apabila melihat serut wajah yang cukup dikenalinya.
Seraut wajah yang sangat dirinduinya dalam diam. Lama anak matanya singgah pada
seraut wajah yang kelihatan tenang itu. Kenapa kau boleh setenang ni, Zam?
Aku?? Berhari-hari dilanda kesedihan yang menggunung kerana sikap kau! Kerana
cinta yang ada untuk kau!
“Kau
sihat, Lyna?”
Soalan
itu mematikan segala lamunanya. Segala kenangan yang menjengah raung fikirnya.
Tanpa sedar kepalanya diangguk perlahan. “Syika sihat?” Entah bagaimana
bibirnya menuturkan sepatah nama itu. Seawal pagi tadi, dia sudah mendapat
berita mengenai kelahiran anak Syika yang sulong melalui seorang sahabatnya.
Pastinya dia akan bertanyakan tentang Syika.
“Hmm…
dia sihat.”
“Baby
sihat?”
Azm
mengangguk perlahan. “Hmm… baby Syika pun sihat.”
Seraut
wajah itu dipandangnya sekejap. “Zam sihat?” Kali ini barulah dia bertanyakan
soal lelaki itu.
Azam
mengangguk lagi. “Sihat. Cuma terlalu rindukan kau, Lyna.”
Lyna
mengerutkan dahinya. Ya, Zam… aku pun! Terlalu tindukan kau. “Kenapa kau datang
sini, Zam? Macam mana kau tahu aku kat sini?” Lirih suaranya seperti menahan
sebak di dada. Ya, dia terlalu terkesan dengan setiap bait kata yang keluar
dari mulut lelaki itu.
“Sebab
aku rindukan kau. Sejak minggu lepas lagi… aku cari rumah sewa kau. Dan aku dah
temui rumah sewa kau semalam. Dah malam pun. Jadi aku tunggu kau kat bawah dan
nak jumpa kau hari ni. Awal-awal pagi lagi aku dah nampak kau keluar. So, aku follow kereta kau sampai sini.”
“Kenapa
kau cari aku, Zam?” Kali ini air matanya sudah menitis jatuh ke pipi. Sungguh
sebak hatinya dengan pengakuan lelaki itu.
Azam
melemparkan senyuman hambar. Terkesan sungguh hatinya melihat air mata yang
mengalir di pipi wanita itu. “Lyna… cinta aku untuk kau tak pernah berubah. Aku
masih cintakan kau, Lyna.”
“Jangan
cakap macam tu, Zam. Kau tak kesiankan Syika? Dia baru lepas bersalin anak kau.”
Lyna cuba memujuk sahabatnya itu.
“Kau
salah faham, Lyna. Aku tak pernah berkahwin pun. Apatah lagi dengan Syika.
Kenapa kau boleh fikir yang aku berkahwin dengan Syika?” Sungguh, dia mahukan
kepastian.
“Tapi…
aku jumpa Syika. Sebelum aku terjumpa Zul dan sebelum aku terjumpa kau dan
Amir.”
“Kau
dah tanya dia betul-betul ke? Syika dah kahwin. Tapi bukan dengan aku, Lyna.
Dia kahwin dengan calon pilihan dia sendiri.”
Lyna
berfikir sejenak. Ya, aku tak pernah tanya dia. Dan dia ada cakap yang suaminya
menunggu di kereta. Lantas, bagaimana pula Azam boleh muncul di situ setelah
Syika pergi? Aku yang salah faham? Tapi… kenapa Azam tak tegur aku langsung time tu?
“Kenapa
kau tak berterus terang dengan aku masa tu?”
Azam
tersenyum ceria. Raut wajah gadis di hadapannya ini tidak lagi mneggambarkan
kesayuannya. “Mana aku nak tahu yang kau dah fikirkan aku dengan Syika. Time tu aku hanya fikirkan pasal cemburu
aku pada kau dan Zul.”
Lyna
tergelak perlahan. “Macam mana kau boleh fikir yang aku dengan Zul bercinta?”
“Macam
man aku tak fikir bukan-bukan. Last year
masa Diploma dulu, kau dengan dia yang dinobatkan King dan Queen of The Year.
Masa tu, aku cemburu macam nak mati. Rasa macam nak cekik leher Zul
hidup-hidup.”
Bibirnya
mencebik perlahan. “Habis tu, siapa yang reject
aku? Aku punyalah beria nak jadi couple
kau masa tu. Alih-alih kau dah cop Syika. Sakitnya hati aku masa tu Tuhan
sahaja yang tahu. Satu lagi!” nak matanya memandang tepat pada seraut wajah
itu. Dia perlu rungkaikan segalanya.
Azam
menjungkitkan keningnya bertanya.
“Time last exam final semester akhir… Kau
buat aku frust giler, Zam! Aku ajak
kau berbual dengan aku. Tapi kau cakap ada benda yang lebih penting. Dan yang
lebih penting tu adalah Syika. Time
tu aku dah putus harapan, Zam!”
“So, sebab tu kau bawa diri ke Sedney.”
“Ya,
memang sebab tu pun. Nasib baik result aku
sem akhir tak down. Kalau down, of course aku akan salahkan kau!
Kau buat aku tertanya-tanya sorang-sorang.”
“Habis
tu, yang kau duk jual mahal sangat tu kenapa? Susah betul aku nak mengayat kau
kan? Dah macam-macam cara aku buat nak dekat dengan kau. Alih-alih kau buat tak
layan aje. Ynag paling buat aku sakit hati, time
kau call aku tu… ”
Lyna
mengerutkan dahinya. “Yang pasal kau ajak aku kahwin tu?”
“Ha,
ingat pulak kau kan? Time kau cakap
yang kita mungkin akan jumpa pasangan yang lebih baik masa sambung Degree nanti. Yang tu memang aku sakit
hati giler! Nampak sangat kau memang nak cari orang lain! Nampak sangat yang
cuma aku sorang aje terhegeh-hegeh kat kau!”
Tercetus
gelak ketawa mereka. Kalau dingatkan semua perkara yang berlaku antara mereka,
pastinya akan pecah perut ketawa sorang-sorang. Macam-macam!
“ASSALAMUALAIKUM,
sayang.”
Pantas
kepalanya berpaling ke arah suaminya yang segak berpakaian Baju Melayu. Wah,
handsome betul suami aku ni kan? Senyuman manis diukirkan buat suaminya. “Waalaikumussalam,
abang. Dah siap?”
“Ha’ah.
Dah siap. Cuma tengah tunggu bidadari syurga yang belum nak siap-siap lagi.”
Usiknya sambil menghampiri isterinya itu.
“Wow,
siapa bidadari syurga tu? Boleh saya tahu?”
“Ni!
Yang kat sebelah abang nilah. Dah siap ke belum ni?” Tangannya terus merayap
melingkar ke pinggang isterinya itu. Pipi isterinya dikucup penuh syahdu. Tak
sangka, bertemu kembali cinta pertamanya dan akhirnya ke jinjang pelamin.
Masjid terbina dan warna warni menghiasi rumah tangga mereka. Syukur kepadaNya
Yang Satu!
“Dah.
Cuma tengah betulkan tudung aje tadi.” Di dalam cermin di hadapannya dia dapat
melihat dengan jelas sepasang anak mata suaminya sedang memandangnya dari dalam
cermin itu. Dia sudah menggelabah sendiri. Walaupun sudah tiga bulan mendirikan
rumah tangga, dia masih malu-malu lagi. Cepat-cepat anak matanya dialihkan dan
tangannya konon-konon membetulkan letak kerongsang di bahunya.
Azam
sudah ketawa perlahan. “Abang sayang Lyna sangat-sangat.”
Lyan
kembali memandang cermin di hadapannya apabila suara romatis suaminya singgah
dekat dengan cuping telinganya. Senyuman diukirkan tatkala anak mata mereka
bersatu di dalam cermin itu. “Lyan pun. Lyna sayangkan abang sangat-sangat. Dan
cinta Lyna tak akan pernah berubah sampai bila-bila pun.”
“Cinta
abang pun tak akan pernah berubah sampai ke Syurga Hakiki, Lyna.”
“Terima
kasih, abang. Sebab sudi terima Lyna sebagai permaisuri hidup abang. Peneman
hidup abang sampai akhir hayat.” Tubuhnya dipusingkan ke belakang. Satu ciuman
kasih sayang singgah pada pipi kanan suaminya. Sekejap sahaja, suaminya sudah
memandangnya bersama senyuman yang mekar di bibir. Sekali lagi ciumannya
dihadiahkan di pipi kiri suaminya. “I
love you so much, abang.”
Ucapan
syahdu isterinya itu benar-benar menyentuh tangkai hatinya. “Abang pun. I Love so much, sayang.” Kucupan penuh
syahdu singgah di dahi isterinya.
“Thanks
to Amir jugak. Sebab dia yang berusaha sunguh-sungguh menyelesaikan sengketa
antara kita.”
Azam
mengangguk perlahan, mengiyakan kata-kata isterinya itu. Kalau bukan kerana
Amir, belum pasti mereka berdua sampai ke tahap ini.
“Ehem.
Tak nak pergi ke?” Amir bersuara apabila namanya disebut oleh dua sahabatnya
itu.
Serentak
Azam dan Lyna berpaling ke arah pintu biliknya. Kedua-duanya serentak memandang
antara satu sama lain apabila terjengul seraut wajah Amir di muka pintu
biliknya.
Azam
sudah membuat muka. “Kau ni kan… tak reti nak ketuk pintu ke? Paling kurang
bagilah salam, Assalamualaikum!”
“Hello!
Eh, Waalaikumussalam!” Sempat dia menjawab salam Azam tadi sebelum menyambung
bicaranya. “Dah nak roboh pintu bilik ni aku ketuk! Sikit pun tak terjawab. Dah
pintu tak berkunci. Aku bukaklah. Lain kali kalu dah tahu nak
romantis-romantis, kuncilah pintu ni! Tak adalah orang yang nak mengganggu!”
Amir sudah ketawa terbahak-bahak.
“Choi!! Mulut kau kan… macam longkang
aje!” Marah betul dia pada adik iparnya itu. Magic, kan? Tetiba pulak si Amir ni jadi adik ipar aku! Kah kah
kah! Macam nak ketawa seribu tahun aje!
Lyna
sekadar menjungkitkan kedua belah bahunya melihat telatah abang dan adik ipar
itu. Memang tak sangka pun, kan? Sebulan selepas Lyna dan Zam melangsungkan
perkahwinan mereka, rombongan keluarga Amir datang meminang adik Azam. Entah
bila masanya mereka bercinta, Azam sendiri pun tak tahu. Baru dua minggu yang
lepas diorang mendirikan rumah tangga. Dan hari ni… mereka berempat akan
menghadiri majlis perkahwinan Zul Azmi pula.
Yang
si Zul pulak, lagilah tak sangka. Dia kahwin dengan sepupu dia. Katanya keluarga
yang aturkan. Sebenarnya sewaktu belajar Diploma lagi dia dah bertunang dengan
sepupunya. Cuma tengah cari waktu untuk suaikan diri masing-masing.
“Sayang…
Jom!” Tangan kanannya dihulurkan kepada isterinya.
Dengan
senyuman di bibir, Lyna menyambut huluran tangan tersebut.
Amir
yang memandang membuat muka meluat.
“Sudahlah,
kau! Kalau cemburu pergi masuk bilik sendiri!” Marah Azam apabila melihat muka
meluat Amir.
“Choi!! Buang karan aje aku nak
cemburukan kau. My wife dah cukup perfect bagi aku! Tunggu kat bawah tau!
Jangan lambat sangat! Mama dah bising-bising!”
“Mama
yang bising ke kau yang bising?” Sempat Azam mengusik adik iparnya.
“Tak
kuasa!” Amir terus berlalu meninggalkan pasangan isteri itu.
Lyna
dan Azam saling berpandangan antara satu sama lain sebelum masing-masing
menjungkitkan bahu sendiri. Mereka sama-sama melangkah meninggalkan bilik yang
penuh dengan kenangan manis itu.
“Sayang…”
Panggilnya lembut.
“Hmm…”
Lyna menjawab ringkas.
“Cinta
kita… Jangan pernah berubah, ya?”
“Hmm…
pastinya!” Gengaman tangan suaminya dibalas erat. Ya, dia terlalu cintakan
suaminya. Dan cinta dia tak akan pernah berubah sampai bila-bila. Begitu juga
dengan Azam… Cintanya tak akan pernah berubah!
Percayalah
bahawa jodoh sudah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Siapa dia… di mana
dia… Dah ditetapkan sejak kita dilahirkan. Cuma bezanya, cepat atau lambat! Ada
jodohnya sudah bertemu dengan cepatnya. Ada juga yang jodohnya bertemu sangat
lambat. Dan yang telah dijodohkan untuk kita itu adalah yang terbaik daripada yang
terbaik. Hargailah mereka yang mencintai kita. Sesungguhnya cinta itu amat
berharga dan tiada nilai bandingnya!
No comments:
Post a Comment