Wednesday, April 9, 2014

Cerpen: Kau Yang Bernama Seri



 CERPEN: KAU YANG BERNAMA SERI



MUKANYA diangkat apabila mendengar derap kaki seseorang yang berjalan ke arah pintu pejabat bosnya. Cepat-cepat dia berlari anak dan menghalang langkah lelaki itu. Kalut sungguh dibuatnya apabila Encik Zaim datang dan terus melangkah ke pejabat bosnya tanpa bertanya sepatah pun. Ya, lelaki ini memang begini. Lelaki ini memang sesuka hatinya! Lelaki ini memang suka bertindak melulu. Lelaki ini memang suka marah-marah tanpa sebab yang munasabah.
“Encik Zaim! Encik tak boleh masuk.” Pantas dia berdiri di hadapan lelaki itu lalu menghalang laluannya. Senyuman cuba diukirkan apabila lelaki itu menghentikan langkah dan melemparkan pandangan tajam ke arahnya. Ya Allah, berdebarnya! Jangan dia marah aku depan-depan orang ramai sudahlah!
“Assalamualaikum, Encik Zaim. Maaf, Encik Zaim tak boleh masuk. Encik Zaf ada tetamu.” Dia cuba bersuara selembut yang mungkin dengan harapan hati lelaki itu akan menjadi lembut juga.
Pandangan tajam dihalakan pada seraut wajah wanita bertudung itu. Asal aku datang sini je, mesti dia halang! Dia ni apa hal, eh? “Kau apa hal? Bilik abang aku kot? Suka hati akulah nak ke mana pun! Syarikat ni ayah aku yang punya. Kau tu cuma makan gaji aje kat sini!”
Seri senyum sambil menganggukkan kepalanya. “Saya tahu... sebab tu saya cuba melakukan kerja saya dengan sebaik yang mungkin. Tak salah, kan, kalau Encik Zaim hormatkan tetamu Encik Zaf?”
“Huh, rimas betul aku dengan kau ni! Macam manalah Abang Zaf tu boleh ambik PA macam kau ni? Dahlah! Jap lagi kalau diorang tu dah selesai, kau inform kat aku! Payah betul berurusan dengan bendul macam kau ni!”
Seri masih senyum dan menganggukkan kepalanya. “Terima kasih Encik Zaim, sebab faham. InsyaAllah saya akan informkan kepada Encik Zaim.”
Tanpa bersuara lagi, kakinya terus dilangkah meninggalkan meja PA abangnya itu. Sambil berjalan, dia tersenyum perlahan. Untung Abang Zaf dapat PA macam Seri. Si Seri tu cantik sangat. Sesiapa pun… mana-mana lelaki sekali pun, pasti akan goyah apabila memandang seraut wajah yang penuh dengan kelembutan seperti itu. Iman aku sendiri pun akan goyah setiap kali memandang senyuman yang terukir indah pada seraut wajah itu. Muka menggelabah dia tu… buat aku termimpi-mimpi! Apesal aku suka cari gaduh dengan dia sangat, eh? Tapi serius… aku jealous sangat dengan Abang Zaf sebab dapat PA macam Seri tu!
Punggungnya dilabuhkan duduk di atas kerusinya. Otak kecil masih memikirkan gadis manis itu. Ya, memang pun! Dalam fikirannya hanya ada Seri, Seri dan Seri! Deringan telefon di atas mejanya memeranjat dirinya. Pantas sahaja ganggang telefon itu dicapainya. “Hello!” Suara menjawab acuh tidak acuh sahaja!
“Assalamualaikum, Encik Zaim. Saya Seri daripada Pejabat Eksekutif.”
“Eleh, macamlah aku tak cam suara kau tu! Nak kenalkan diri bagai konon! Apa kes?”
Dia sudah tergelak kecil dihujung talian. “Oh, Encik Zaim boleh cam eh suara saya? Bangganya saya. Sebelum tu saya nak tanya Encik Zaim satu soalan. Encik Zaim dah jawab salam saya ke belum?”
“Eh, yang kau nak menyebok sangat ni kenapa? Kau nak apa ni? Kalau kau call aku semata-mata nak bagi ceramah macam ni, baik tak payah! Aku tak ada masa nak dengar ceramah kau tu!”
“Er… maaf, Encik Zaim. Saya ni lebih-lebih pulak, kan? Saya cuma nak bagitahu yang…” Belum sempat dia menghabiskan baris ayatnya, lelaki itu terlebih dahulu menyampuk dengan jerkahan kuat.
“Nak bagitahu apa?” Jerkahnya kuat. Sebenarnya dia memang sengaja menjerkah gadis itu. Padahal di dalam hatinya sudah ketawa mengekek. Saat ini dia sudah dapat membayangkan seraut wajah menggelabah Seri.
“Er… saya nak cakaplah ni. Encik Zaim tu yang menyampuk tiba-tiba. Nasib baik tak tercabut jantung saya ni sebab terkejut.” Eee... geram pulak aku dengan singa hidung belang ni!
“Kau melawan aku, eh?” Dia masih mahu menghemburkan amarahnya kepada gadis itu.
Seri mengetap bibir geram. Aku tak faham betullah dengan mamat ni! Asal dengan aku aje, mesti dia nak cari gaduh! Benda kecik aje pun! Yang dia nak menjerit sampai putus urat kentut tu kenapa? “Encik Zaim… saya cuma nak cakap yang…”
“Kau nak ca…”
“Encik Zaim!” Pantas dia menghalang kata-kata lelaki itu. Makin dibiarkan makin lelaki itu akan mencari kesalahannya. Makin lelaki itu akan memintas ayatnya. Lebih baik dia terlebih dahulu menghabiskan baris ayatnya! Kalau dia nak marah-marah pun, tunggu aku habis cakap dulu! Huh!
“Dengar saya nak cakap apa dulu. Lepas tu, kalau Encik Zaim nak marah ke, apa ke, saya dah tak kisah dah! Encik Zaf nak jumpa Encik Zaim. Tetamu dia yang tadi tu dah balik. And then, kalau Encik Zaim nak jumpa Encik Zaf, Encik Zaim boleh datang ofis ni sekarang.” Laju ucapannya dalam satu nafas sahaja. Fuh, lega! Kan dah terkeluar semuanya! Dia tersenyum kelegaan. Sebenarnya dia bimbang Encik Zaim akan memintas ayatnya sekali lagi. Lebih baik dia cakap panjang-panjang macam kereta api biar terdiam terus suara kasar yang suka marah-marah tu! Haha!
Zaim terdiam sekejap. Dah macam bertih jagung! Boleh dia main pintas ayat aku macam gitu aje, kan? Minah ni memang nak kena dengan aku agaknya! “Yang awak ni be…”
“Kalau Encik Zaim dah tak ada apa yang nak dicakapkan, saya nak letak telefon. Bye. Assalamualaikum.” Pantas sahaja ganggang telefon ditangannya dihempaskan. Haha! Rasakannya! Macam gitulah perasaan aku, bila kau asyik menyampuk aje!
Zaim...
Dadanya diurut perlahan. Kalau aku tak pintas ayat yang dia nak cakap tu tadi, mesti dah berbakul-bakul sumpah seranah yang masuk dalam corong telinga aku ni! Liurnya ditelan perlahan. Huhu… ingat aku tak takut ke buat macam tu? Tapi memang terpaksa buat jugak kalau tak nak bernanah telinga. Dia tu kalau menengking, memang dua hari akan berdesing dalam telinga siapa yang mendengar tengkingannya itu. Takutnya… mesti dia datang sini nanti, berasaplah telinga kau kena marah dengan dia, Seri!
Selang lima minit, telinganya mendengar derap kasut yang menghampiri mejanya. Dadanya sudah berdetak tidak menentu. Sungguh, dia sudah dapat agak siapa yang berdiri secara senyap itu. Perlahan mukanya diangkat memandang seraut wajah itu. Alamak! Mamat singa cekeding ni dah datang la! Yang dia datang kat meja aku ni apahal? Encik Zaf yang nak jumpa dia, bukan aku! Bukan biasanya mamat ni asal aci redah aje?
Seri menumpukan sepenuh perhatiannya kepada seraut wajah itu. Sepasang anak mata garang milik lelaki itu sedang menikam tajam sepasang anak matanya. Sekali lagi dia meneguk liur sendiri. Singa keding macam nak makan aku aje? Marah lagi pasal aku menjawab dengan dia tadi?
Seri mengukirkan senyuman manis. Harap-harap dia akan lembut hati bila nampak aku senyum macam ni. “Assalamualaikum, Encik Zaim.”
“Weh, kau tahu tak yang aku baru je turun bawah? Tak sampai seminit pun aku duduk, kau dah panggil aku naik atas semula. Apesal tadi kau tak suruh aje aku tunggu kat sini? Kau ni kan memang…”
Mendengar daun pintu bilik Zafril terbuka, kedua-dua mereka mengalihkan pandangan. Seri mengukirkan senyuman sambil melepaskan nafas kelegaan. Zaim turut tersenyum apabila memandang seraut wajah itu.
“Along… ada apa nak jumpa Zaim?”
Seri mencebik sambil tersenyum. Haih, mamat singa cekeding ni boleh pulak tersenyum? Tadi bukan main garang lagi. Sikit lagi nak jadi singa jadian! Sekarang bila nampak muka abang dia, tahu pulak takutnya? Bukan main lembut lagi bercakap!
Zaim menjeling sekilas ke arah PA abangnya. Dia nampak dengan jelas senyuman yang Seri ukirkan. Pantas sahaja anak matanya dikecilkan ke arah gadis itu memberikan silent warning! Takpe! Hari ni hari kau! Tunggulah! Aku dah tak sabar-sabar nak jerkah kau lagi, tahu tak?!
Cepat sahaja Seri mematikan senyumannya. Dia terdiam sekejap sebaik sahaja terpandangkan pandangan yang cukup tajam itu. Mengalahkan mata burung helang!
“Kenapa Zaim tak datang tadi lagi? Lama dah along tunggu Zaim.”
What?” Pantas anak matanya singgah pada seraut wajah Seri. Anak matanya dikecilkan ke arah wanita itu. Kalau bukan kerana perempuan ini yang menghalangnya tadi, mungkin persoalan seperti ini tidak akan muncul daripada seulas bibir abangnya. “Along… ni, PA along ni! Dia yang tak kasi Zaim masuk. Kau ni kan…”
“Tapi Encik Zaf yang cakap…” Cepat sahaja dia memintas sebelum lelaki itu terus menyalahkan dirinya. Namun, ayatnya pula dipintas oleh bosnya.
“Oh, sorry Seri. Saya lupa nak bagitahu awak tadi. Sorry, Zaim… Along yang tak bagitahu Seri awal-awal. Lupa pulak.” Gelakan kecil tercetus daripada seulas bibirnya. Entah bagaimanalah reaksi Zaim sewaktu Seri menghalangnya tadi. Bukannya dia tak tahu perangai dua beradik di hadapannya ini. Sehari kalau tak bergaduh, memang tak sah! Macam anjing bertemu dengan kucing! “So… Zaim dah datang sinilah tadi?” Dia berpura-pura menyoal.
“Ha’ah… Dah datang. Tapi kena halau. Zaim turunlah balik. Baru aje nak letak punggung kat kerusi empuk tu, PA along yang terlebih cute ni call Zaim suruh naik balik. Huh, berasap betul hati Zaim ni!” Dia berterus terang sambil melemparkan jelingan maut kepada wanita yang bergelar PA abangnya itu.
Sorry, Zaim… Salah abang. Dahlah, Jom! Dah dekat pukul empat ni. Karang lambat pulak kita balik. Seri… nanti kalau saya lambat habis perbincangan ni, awak tunggu dulu ya?”
“Hah? Tapi saya kena…”
“Bos dah bagi arahan tu, kau ikut ajelah! Kau nak makan gaji buta ke apa?” Sinis senyuman dihulurkan kepada gadis itu. Padan muka! Tadi kau kenakan aku, kan? Jap lagi aku pulak yang akan kenakan kau! Biar kau balik lambat! “Dia ni memang selalu macam ni ke, Long? Malang betul Along dapat PA macam dia ni.”
Zafril tersenyum. Anak matanya silih berganti pada dua raut wajah itu. Wajah keruh Zaim… Muka cuak Seri… “Along untung sebenarnya… Seri ni baik sangat. Rajin pulak tu. Dahlah, jom masuk. Seri… jangan lupa buatkan air untuk saya dan Zaim.”
Seri hampir sahaja terngadah sendiri. Apa kenalah dengan bos dua beradik ni? Macam pelik aje aku tengok! Lambat-lambat dia mengangguk.
Zafril terus melangkah meninggalkan meja PAnya itu. Zaim masih tegak di situ. Sempat dia menjeling pada Seri. “Weh, dengar sini baik-baik… Kau ada hutang dengan aku! Suatu hari nanti aku akan tuntut balik hutang tu! Ingat tu!” Selesai mengucapkan kata-kata amaran, dia terus melangkahkan meninggalkan Seri yang terkebil-kebil sendiri itu.
“Tapi saya tak…” Belum habis dia menjawab, lelaki itu sudah pergi meninggalkan dia seperti tadi juga.
Sempat Zaim berpaling ke belakang sambil mengenyitkan matanya kepada wanita yang masih memandangnya itu.
Seri mencebik. Nak muntah pulak aku tengok perangai mamat sengal ni! Punggungnya kembali dilabuhkan ke kerusi. Baik buat kerja daripada melayan kerenah lelaki yang langsung tak mendatangkan faedah tu! Sekejap sahaja, dia teringatkan sesuatu. Eh, bukan bos aku suruh buat air ke tadi? Keluhan kecil dilepaskan. Punggung diangkat semula dan kaki dilangkahkan ke pantry.
Pintu bilik diketuk perlahan. “Assalamualaikum, Encik Zaf.”
“Waalaikumussalam. Masuklah, Seri.” Senyuman diukirkan. Dah kenal benar dengan suara yang memberi salam itu. Siapa lagi kalau bukan PA nya yang cantik itu.
Seri melangkah masuk sambil mendulang dua cawan air. Berhati-hati dia meletakkan cawan di atas meja. Senyuman dihulurkan kepada bosnya itu. Kemudian, satu lagi cawan diletakkan penuh cermat di hadapan adik bosnya itu. Senyumannya automatik mati. Langsung anak matanya tidak memandang lelaki itu. Huh, tak kuasa!
Zaim mencebik. Ek, eleh… sombonglah sangat!
Thanks, Seri.”
“Sama-sama.” Seri menghulurkan senyuman sambil meminta diri.
Zaim mengetap bibir perlahan. Anak matanya tidak lepas daripada memandang seraut wajah Seri yang masih tidak memandangnya itu. Sungguh, ada kalanya terdetik perasaan cemburu dengan layanan Seri kepada abangnya itu. Bila dengannya, Seri macam endah tidak endah sahaja. Kenapa, Seri?

**********

SERI tidak senang duduk. Sudah dekat seratus kali anak matanya memandang jam di tangan dan juga di atas meja kerjanya. Bila diorang nak habis meeting ni? Aku tak nak balik lambat sangat. Aku ni bukannya berani drive sorang-sorang malam buta macam ni!
Puas duduk di hadapan komputer, dia mengemaskan fail di belakangnya. Puas mengemaskan fail, dia mengemaskan meja sendiri yang sudah sedia kemas itu. Nak buat kerja, memang dah tak boleh nak tumpukan perhatian. Buat bodoh sudahlah!
“Seri… buat apa?”
“Oh, mak kau!” Teguran itu memeranjatkan dirinya. Jatuh tergolek fail yang sedang dipegangnya. Pantas dia berpaling ke arah suara itu. Senyuman menyeringai cuba dihulurkan. Malu jugak… tiba-tiba boleh melatah macam tu. Terkejut sebenarnya! “Encik Zaf… Terkejut saya.”
Cepat-cepat dia menunduk mengutip fail yang terjatuh berdekatan dengan kaki Encik Zaim. Anak matanya singgah sebentar ke seraut wajah itu. Serba salah untuk mengutip fail yang sangat dekat dengan lelaki itu. Karang kalau dia sepak aku macam mana? Kenapa pulak dia nak sepak aku? Manalah tahu… kot-kot dia tu memang benci sangat dengan aku. Tak mustahil kalau dia betul-betul sepak aku jap lagi. Seri duduk mengutip fail itu.
Seri...
Zaim serba salah. Kesian pulak dekat Seri yang terpaksa menunduk mengutip fail di kakinya. Macam nak sujud dekat aku aje? Dia turut duduk mengutip fail itu.
Belum sempat tangannya singgah pada fail itu, satu tangan sasa terlebih dahulu singgah pada fail itu. Elok sahaja tangannya mendarat di atas tangan lelaki itu. Pantas Seri mengalihkan semula tangannya. Seri mendongakkan wajah. Uih, dia? Ingatkan Encik Zaf tadi!
Satu senyuman sinis dihadiahkan kepada wanita yang menunjukkan wajah terkejut itu. Apa dia ingat Along ke yang nak tolong kutip fail kat kaki aku ni? “Kau ni ada hati dengan abang aku ke?” Pandangannya tajam menikam seraut wajah itu.
Bulat mata Seri memandang seraut wajah itu. Suara perlahan itu cukup untuk menusuk masuk ke corong telinganya. Ingin sahaja dia menjawab kasar soalan itu. Namun bila memikirkan bosnya juga berada dalam situasi itu, cepat sahaja dia bangun setelah merampas fail itu dari tangan Encik Zaim. Pantas anak matanya memandang seraut wajah bosnya. Liurnya ditelan perlahan. Jangan Encik Zafril dengar sudah!
Zafril menghulurkan senyuman untuk PA nya itu. Untung aku dapat PA macam Seri. Tak banyak songeh. Apa yang aku suruh semuanya dia buat. Tengok sekarang… tadi aku suruh tunggu, tunggulah dia. Padahal bukan ada benda penting pun yang aku nak suruh dia buat. “Seri… jom keluar minum dengan kita orang?” Ajaknya perlahan.
“Hah? Er… tak boleh! Dah lewat sangat. Saya nak balik.” Tergagap-gagap dia mahu menjawab. Serba salah untuk menolak. Namun dia memang harus menolak.
“Ala… boleh, lah? Kejap aje. Just minum. Tak makan pun.” Dia masih ingin memujuk wanita itu. Alang-alang Seri dah tunggu sampai lewat macam ni, tak salah dia ajak Seri keluar sebagai tanda ucapan terima kasih.
“Er… sebenarnya…”
“Tak baik tolak perlawaan orang.” Zaim terlebih dahulu memintas sinis apabila melihat bibir comel itu seolah-olah ingin membantah lagi.
Anak matanya singgah pula pada seraut wajah Encik Zaim. Aku… Aku takut nak drive sorang-sorang lewat malam macam ni! Perlahan liurnya diteguk. Anak matanya singgah pula pada seraut wajah bosnya. Lelaki itu seperti terlalu berharap. Hendak tak hendak, akhirnya dia mengangguk perlahan. Tak baik buat orang kecewa.

**********

DIORANG ni mimum ke bersembang? Kalau macam ni sampai pukul dua belas pun tak habis air dalam gelas tu! Anak matanya beralih memandang jam di pergelangan tangan. Aduh… dah lewat sangat ni! Macam mana aku nak balik nanti?
Zafril memandang sekilas ke arah PA nya itu. Comelnya dia! Muka menggelabah macam nilah yang selalu buat aku tak tidur malam! Seri… Seri… “Seri…? Kenapa diam aje?”
“Hah? Er… Tak ada apa yang nak dicakapkan.” Makin menggelabah dirinya apabila ditegur sebegitu oleh bosnya itu.
“Eh, tak boleh ke kau bercakap tak sebut perkataan ‘hah’ dan ‘er’ tu? Rimas pulak aku mendengarnya!” Pantas Zaim menempelak apabila mendengar patah bicara yang meniti bibir gadis itu.
Seri mencebik. Penyebok! Suka hati akulah! “Siapa suruh Encik Zaim dengar?” Perlahan sahaja dia bersuara. Bimbang juga kalau dimarahi lelaki itu lagi.
“Yang kau nak marah ni, kenapa? Tak betul ke apa yang aku cakap tu?” Kali ini suaranya kedengaran sedikit keras. Sakit hati dengan jawapan selamba wanita itu. Ingat aku tak dengar ke?
Aik, dia dengar ke? Menggelabah Seri sekejap. Namun pantas anak matanya menikam tajam seraut wajah itu. Dia ni kan... sehari tak kenakan aku memang tak sah, kan? “Encik Zaim… awak…”
“Dahlah… Korang berdua ni, asal jumpa aje nak gaduh. Entah apa yang tak kena saya pun tak tahu.” Leternya sambil menggelengkan kepala perlahan.
Seri mula serba salah. Bukan aku yang tak kena. Mamat tu yang selalu tak kena. “Er… sorry Encik Zaf.”
Zafril melemparkan senyuman manis kepada wanita itu. Betul jugak apa yang Zaim cakap tu… Seri memang suka bercakap menggunakan perkataan ‘hah’ dan ‘er’. “Bukan salah awak Seri. Ni… adik saya ni.”
“Ai, kita pulak yang kena?” Soal Zaim tidak berpuas hati.
“Tak habis lagi?” Soalnya kepada adik lelakinya itu.
Zaim diam. Kalau dah memang hati tu kat minah tu, memanglah along selalu nak backup dia! Bebelnya di dalam hati.
“Seri… saya hantar awak ke pejabat? Kereta awak kat sana, kan?”
“Hah, kan betul saya cakap tadi. Sepatutnya saya bawak kereta siap-siap ke sini. Tak adalah nak menyusahkan Encik Zaf kena hantar saya ke pejabat semula.”
Zafril tersenyum manis. “Takpe. Tak ada yang susah pun.”
“Along… Zaim nak ikut along balik ofis. Zaim ada tertinggal barang tadi.” Sekilas, dia menjeling ke arah Seri. Huh, nak biarkan dua orang ni ke pejabat berdua aje? Malam-malam macam ni? Bahaya! Bukan tak percayakan budak berdua ni… tapi memang bahaya! Aku memang tak sanggup!
Seri mengetap bibir perlahan. Berkerut dahinya memandang lelaki yang masih memandangnya itu. Mamat ni apa hal, eh? Macam tak puas hati dengan aku aje lagaknya?
“Pulak dah? Kalau macam tu, jomlah! Kesian pulak Seri kena balik lambat. Seri ni penakut orangnya!” Sempat dia mengusik Seri sambil ketawa kuat.
“Mana aci kutuk saya?” Seri memuncungkan wajah.
Zaim turut tersenyum apabila melihat seraut wajah Seri yang serba tak kena bila diusik begitu oleh abangnya.

**********

“SERI… aku hantar kau!”
Berkerut dahinya memandang lelaki yang tetiba muncul di hadapannya itu. Jatuh dari langit ke? “Apahal pulak? Kan saya bawak kereta sendiri?”
Zaim melangkah menghampiri gadis itu. Comel sungguh dia ni! Marah pun tak nampak macam marah! “Dah malam sangat ni. Tak elok perempuan bawak kereta sorang-sorang malam-malam macam ni. Bahaya.” Entah kenapa, suaranya sekadar bersahaja. Penuh dengan nada kasih sayang.
Hah, kalau cakap baik-baik macam ni kan bagus! Sejuk jugak hati yang mendengarnya. Ini tidak... tiap-tiap hari bercakap macam singa lapar! Seri menyimpan senyum di dalam hati.
Sekejap sahaja, dia sudah menjeling lelaki itu. Tahu pulak bahaya? Yang awak bersembang dengan abang awak sampai tak ingat tu kenapa? Dari pejabat… sampai kedai makan… Memang tak habis-habis perbincangannya. Macamlah dah tak ada hari esok nak berbincang. Akhirnya aku pun terpaksa ikut tersangkut sama! “Saya dah biasalah.”
“Jangan nak bercakap besar sangat, eh? Benda kalau nak jadi, pejam mata sekejap pun boleh jadi.” Kali ini suaranya kembali tegas apabila gadis itu berkeras. Degil! Ya, minah ni memang degil pun!
Bulat matanya memandang lelaki itu. Bibirnya diketap geram. Kenapalah dia boleh muncul kat sini! Menyusahkan betullah! Elok-elok aku tak takut, tiba-tiba jadi seram sejuk! “Awak jangan nak menakut-nakutkan saya pulak!”
“Ya, memang aku sengaja pun! Aku sengaja takut-takutkan kau bersebab! Aku risaukan keselamatan kau! Aku hantar kau.” Tegasnya sekali lagi.
Ek, eleh… macamlah kalau dia hantar tak bahaya. Dia pun lelaki jugak. Apa sahaja boleh jadi. Lagipun dia bukannya suka dengan aku ni! Pejam mata sekejap pun boleh jadi! “Tak nak!” Seri tetap membantah.
“Tak kisahlah. Tapi aku tetap nak hantar kau jugak.”
“Tak nak.”
“Jangan sampai aku paksa kau pulak!”
Terkejut jantungnya dengan suara lantang itu. Dia ni nak suruh aku mati terkejut ke? “Awak ni dah kenapa, eh?” Dia ikut meninggikan suara. Geram betullah!
Keluhan kecil dilepaskan. Kenapalah perampuan ni tak faham-faham? Aku risaukan kaulah! Tak faham lagi ke? “Aku risaukan kau! Kau tak faham ke? Kau tu mana pernah balik lewat-lewat malam macam ni.” Dia memilih untuk berterus terang.
Wah, nampaknya... si Zaim ni ambil berat pasal akulah! Hihi... sukaranya! Sempat Seri syok sendiri. Bila nampak pandangan tajam Encik Zaim, dia memasamkan wajah. Terkebil-kebil dia memandang lelaki itu. Eh, macam mana dia tahu? “Er… mana awak tahu?”
“Suka hati akulah macam mana pun!”

**********

DI dalam kereta masing-masing mendiamkan diri. Melayani fikiran masing-masing.
Hati Zaim berbunga senang. Tak pernah dia keluar berdua-duaan dengan Seri. Ini kali pertama. Dan perasaan itu sangat indah! Walaupun Seri hanya mendiamkan diri sahaja sejak tadi, tetapi dia tetap merasakan kebahagiaan itu.
Seri menjeling sekilas. Tersengih-sengih! Apa hal? Binggung kepalanya dengan perangai si Zaim ini. Pelik! Tapi benar! Lelaki hati batu… Singa lapar… Harimau terlepas ke kota… Tiba-tiba menjadi seekor hamster yang kecil lagi jinak! Kelakar kan? Tetapi itulah realitinya pada hari ini. Zaim yang baik… Zaim yang penuh dengan kasih sayang… Zaim yang gentleman! Seri melepaskan keluhan kecil. Tak sangka sungguh!
“Kenapa mengeluh?” Lembut suara itu menegur, penuh prihatin!
Seri mengukirkan senyuman. Tengok! Betulkan apa yang hati aku cakap tadi? Tak pernah pun Encik Zaim bercakap lembut dengan dia. Tapi hari ni… nada suara dia banyak yang perlahan. Banyak yang lembut dan mendamaikan. Kenapa? Entahlah!
“Encik Zaim…”
“Hm?”
“Kenapa awak suka cari pasal dengan saya?” Dia memilih untuk berterus terang. Sungguh, hatinya benar-benar tertanya-tanya dan ingin tahu.
Zaim terdiam sekejap. Aku suka cari pasal dengan kau, Seri. Sebab... muka menggelabah kau... muka marah kau... buat aku rasa bahagia. “Jangan nak menuduh, eh? Siapa yang cari pasal dengan siapa dulu? Kau tu yang suka sakitkan hati aku. Tengok sekarang! Aku baru nak berbaik dengan kau! Tiba-tiba kau tanya pulak soalan macam ni!”
“Saya pulak yang kena?” Soalnya tidak berpuas hati. Nampaknya Singa dah tunjuk belang dialah! Eh, bukan Singa! Tapi Harimau hidung belang!
“Tak nak mengaku lagi?”
“Bukan tak nak mengaku! Tapi itu memang realiti. Realiti yang Encik Zaim selalu cari pasal dengan saya.” Adoi… Menyesal aku tanya dia tadi! Kan dah gaduh balik!
“Realiti apa? Realiti yang sebenarnya kau sukakan aku, kan?”
Heh, aku sukakan dia? Hampir tersedak Seri dibuatnya! “What? Apa yang Encik Zaim merepek ni?” Menyesal pulak aku setuju dia hantar aku balik. Kalau aku tahu macam nilah jadinya, memang aku tak ikut dialah! Itulah, Seri… Menyesal dahulu pendapatan, sesal kemudian dah tak ada gunanya!
Zaim tersenyum perlahan. “Cuma ada dua benda aje, Seri. Antara kau suka aku, ataupun kau suka Zaf. Zaf tu… aku nampak dia ambil berat sangat pasal kau. Apa kau buat, kat mana kau, dengan siapa kau… semua dia akan tanya, kan? Agaknya… dia pun ada hati dengan kau kot?”
Seri menelan liur perlahan. Kenapa? Betul ke? Kenapa Encik Zaim mengarut sangat ni? Berdebar jantung ni tau?! Kenapa pulak Encik Zaf nak ada hati dengan aku? Aku sedar diri aku siapa! Aku dengan Encik Zaf tu macam langit dan bumi perbezaannya! Dia tu seorang lelaki berpangkat… profesional… kacak… bergaya! Mana mungkin dia sukakan aku yang entah siapa-siapa aje ni. Personal Assistant aje pun!

**********

“SERI…”
Seri mendongakkan wajahnya. Senyuman cuba dihulurkan kepada bosnya itu. Sedikit sebanyak, kata-kata Encik Zaim semalam terkesan juga di hatinya. Jadi segan jugak ni!
Seri… jangan nak perasan sangat boleh tak? Semua tu tak mungkinlah! Cuba kembali semula kea lam realiti. Dan terimalah kenyataannya, Seri! Dia mengingatkan diri sendiri. “Ya, Encik Zaf?”
Zaf senyum. Sepasang anak matanya menatap lama seraut wajah itu. Cantik Seri hari ni. Pink plus hijau! Sama dengan hijau baju kemejanya. Serasi, kan? “Awak tolong buatkan air, ya? Ada tetamu nak datang.”
“Baik, Encik Zaf. Saya buat sekarang.” Menonong dia melangkahkan kaki ke pantry. Sekejap sahaja dia sudah menepuk dahi sendiri. Lah, lupa nak tanya siapa tetamu dia! Kenapa tak ada pun dalam buku catatan aku? Tak apalah. Jap lagilah tanya. Senyuman terukir di bibirnya.
“Buat apa?”
Hampir terpelanting sudu di tangannya kerana terkejut dengan sapaan yang terlalu dekat dengan telinganya itu. Pantas dia berpaling ke belakang. Terkejut apabila terpandangkan seraut wajah. Bibirnya sudah diketap geram. “Awak ni dah kenapa? Terperanjat saya!”
“Tolong buatkan air untuk aku sekali?”
Seri mencebik. Baiknya? Ada apa-apa ke? Meluat pulak aku tengok! Selepas peristiwa selama, dia jadi berdebar untuk berhadapan dengan lelaki itu. Encik Zaim dah buat dia jadi hilang punca! Jadi rasa kekok bila berhadapan dengan Encik Zaf! Seri… dahlah! Jangan asyik berangan aje! Buat kerja!  “Ehem, sorry! Saya ni PA Encik Zafril. Bukan PA awak. Soexcuse me! Buat sendiri.”
Bulat mata Zaim mendengar ucapan itu. Ai, berani betul budak kecik ni naikkan darah aku! “What? Ulang balik apa yang kau cakap tadi?”
“Saya cakap… suruh awak buat sendiri. Awakkan ada tangan dan kaki sendiri. Boleh buat sendiri.” Dia terus melangkah meninggalkan pantry sambil mendulang air di tangan.
Panas sungguh hatinya dengan jawapan Seri tadi. Oh, sekarang dah berani melawan kan? Takpe! Kakinya dilangkahkan ke meja Seri. Senyuman terukir di bibirnya sebelum melabuhkan duduk di atas kerusi Seri. Dia duduk membuang masa sementara menunggu Seri keluar daripada bilik abangnya.
Seri mengerutkan dahi sendiri. Apa hal dengan mamat ni? Anak matanya memandang sekilas ke arah rakan pejabatnya. Nasib baik rakan-rakan pejabatnya dah kalis benar dengan perangai si Zaim ni. Kalau tak, memang akan timbul gossip yang bukan-bukan. Perlahan kakinya dilangkahkan menghampiri meja sendiri.
Tok! Tok! Tok!
Seri mengetuk meja itu tiga kali sebelum berdehem perlahan. “Encik Zaim nak apa sebenarnya?”
“Nak suruh kau buatkan air.” Selamba sahaja jawapannya tanpa memandang Seri.
What? Terlopong sekejap Seri dibuatnya. “Hah? Awak sanggup tunggu kat sini semata-mata nak suruh saya buatkan air untuk awak? Awak ni dah kenapa?”
Zaim senyum sambil menjungkitkan bahunya. “Yup, memang pun! And then, selagi kau tak buatkan air untuk aku, selagi tulah aku dengan senang hatinya akan goyang kaki kat sini.”
Seri mencebik. Eleh, mentang-mentanglah bangunan pejabat ni milik ayah dia, dengan senang hatinya dia boleh mengular? Anak bos konon! Menyampah aku tengok! “Encik Zaim… saya banyak kerja lagi untuk dibuat selain melayan kerenah Encik Zaim yang entah apa-apa tu!”
“Tak kisahlah!”
“Awak… tak elok orang pandang.” Dia bersuara perlahan ke arah lelaki itu. Aduh… macam manalah nak pujuk dia ni?! Aku mana tahu nak pujuk memujuk orang!
Zaim buat-buat tak tahu sambil memusing-musingkan kerusi yang didudukinya itu.
“Awak… Dahlah. Meh ikut saya gi pantry. Saya buatkan air untuk awak.” Akhirnya Seri mengalah. Zaim… Zaim… kenapalah awak selalu macam ni? Awak tahu tak yang awak suka snagat penuhkan otak kecil saya ni dengan nama awak tu?! Tepu otak saya ni!
Cepat sahaja Zaim tersengih sambil mengangguk laju. Kakinya ikut melangkah mengekori langkah Seri. Seri melangkah ke sinki, dia melangkah ke sinki. Seri melangkah ke almari, dia ikut melangkah ke almari. Sengaja mahu menyakitkan hati Seri.
Seri buat tak tahu. Dipekakkan telinga, dibutakan matanya. Anggap sahaja yang Zaim tak ada kat situ. Jap lagi apa pulak yang orang cakap! Perangai dia ni kan… huh, menyakitkan hati betullah!
“Ai, Encik Zaim… Dapat PA extra ke?” Usik Sofea, PA Zaim yang juga berada di pantry.
Zaim menjeling tajam ke arah suara yang menyapanya. Sebok betullah! “Yang awak nak menyebok ni kenapa? Kalau dah tak ada kerja sangat, pergi turun bawah. Buatkan air untuk semua orang dekat pejabat bawah tu.” Arahnya selamba.
Hampir tersedak dia dibuatnya! Bos aku ni jangan dibuat main! Apa yang dia cakap, memang kena buat! Tapi… takkanlah… “What? Encik Zaim jangan nak main-main.”
“Ada awak nampak saya tengah main? Tak ada, kan? Just go!
Sofea mengerutkan dahi sendiri. Apa kena dengan bos aku ni? Serius semacam aje? Dah gila gamaknya? Staf kat bawah tu lebih dua puluh orang kot? Takkanlah aku kena buatkan air untuk semua orang?
“Tak dengar lagi ke? Nak saya ulang sekali lagi?”
“Eh, dah! Dah dengar! Saya turun dulu.” Kelam kabut dia membasuh cawannya. Bimbang akan ada arahan yang lebih merepek selepas ini kalau masih tak ikut arahan lelaki itu. Macam manalah si Seri ni boleh tahan dengan perangai bos aku ni?
Seri menggelengkan kepalanya perlahan. Fuh, nasib baiklah Encik Zamarul dulu pindahkan aku ke pejabat atas ni. Masa tu baru dua hari aku bekerja kat sini. Dan aku beruntung sangat dapat bos yang baik hati macam Encik Zaf. Bukan macam Encik Zaim yang menyakitkan hati tu! Hehe… nasiblah Sofea oi!

**********

“SERI… masuk bilik saya kejap?”
“Baik Encik Zaf.” Ganggang telefon diletakkannya. Kaki dilangkahkan ke bilik bosnya. “Ada apa Encik Zaf?”
“Boleh tak awak tolong ambilkan fail nombor lima dekat belakang tu?”
Apa ke pelik? Fail tu situ je kot? Panggil aku masuk sini semata-mata nak suruhkan ambil fail yang dekat situ aje? Biasanya bukan dia ambil sendiri aje ke? Tanpa banyak soal, dia terus mencari fail sepertimana yang diarahkan oleh bosnya itu.
“Ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong?”
“Duduk depan tu.” Selamba sahaja arahannya. Ya, dia memang suka pandang muka Seri. Apatah lagi masa tak sihat macam ni. Pandang aje muka Seri, pasti tubuhnya terasa sedikit segar. Seri… Seri… begitu besar penanganmu! Penyejuk di mata, penawar di hati!
Lama Seri duduk. Satu pun tak ada arahan yang dikeluarkan oleh lelaki itu. Cuma sesekali lelaki itu melemparkan pandangan ke arahnya tanpa sedikitpun bersuara. Kenapa dengan Encik Zafril ni? Lain macam aje aku tengok? “Encik Zaf… boleh saya tanya satu soalan?”
“Hmm. Tanyalah.”
Seraut wajah itu dipandangnya sekejap. Muka dia nampak lain macam aje? Merah, macam demam! Dia demam ke? “Encik Zaf, kenapa? Tak sihat ke?”
“Entahlah! Rasa tak sedap badan. Awak ada panadol?”
“Sekejap ya, saya ambilkan.” Seri keluar dan mencari panadol di dalam lacinya. Kemudian kakinya dilangkahkan ke pantry lalu mengambil segelas air kosong. Sekejap sahaja dia sudah muncul semula di dalam bilik bosnya.
“Encik Zaf… saya bawakan panadol dan air.” Tidak sampai hati bila melihat tangan yang terketar-ketar menyambut huluran gelasnya itu, Seri menyuakan gelas itu ke mulut bosnya.
Zafril yang sedang menyandarkan tubuh di kerusi sambil memejamkan mata, membuka perlahan kelopak matanya. Seraut wajah Seri dipandangnya lama. Dia… baik sangat. Dia… buatkan aku rasa bahagia. Dia… menimbulkan rasa cinta dalam hati ini. Dialah perempuan yang aku cari untuk menemani aku sepanjang hidup ini!
Seri yang tidak mengesyaki apa-apa sekadar tersenyum walaupun ada rasa serba salah. “Minumlah.”
Air di dalam gelas itu diteguknya. Namun pandangannya masih pada seraut wajah itu.
Kenapa? Ada yang tak kena ke? Kenapa Encik Zafril pandang aku macam tu? Aku dah terover ke? Tapi… aku cuma nak menolong dia. Takut air tu tertumpah atas kertas kerja dia. “Ada apa-apa lagi yang Encik Zaf perlukan?”
Zafril menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Kalau macam tu, saya keluar dulu. Kalau Encik Zaf perlukan apa-apa intercom saya, ya?”
Kali ini dia sekadar mengangguk. Sungguh, di dalam hatinya dia terlalu ingin berbicara lagi dengan gadis itu. Namun kepalanya berdenyut-denyut. Dan dia tidak mampu berfikir lagi. Dia cuma perlukan rehat.
Seri melangkahkan kaki keluar daripada bilik itu. Daun pintu ditutup rapat. Tidak mahu mana-mana pekerja menganggu bosnya yang sedang berehat. Baru sahaja dia ingin melangkah ke tempatnya, tiba-tiba lengannya ditarik seseorang. Tidak boleh tidak, kakinya dilangkahkan juga mengikuti langkah lelaki itu. Encik Zaim? Apa hal pulak ni? “Encik Zaim ni, kenapa? Sakitlah!”
Tubuh Seri dihempaskan ke dinding batu itu. Sakit sungguh hatinya melihat riak tidak bersalah gadis itu. Pandangan tajam dihalakan pada sepasang anak mata itu. “Kau ni nak goda abang aku ke?”
Berkerut dahinya menahan sakit dihempaskan begitu walaupun cuma perlahan sahaja. “Goda apa pulak ni?” Aku tak faham betullah dengan dia ni! Sikit-sikit nak marah! Tak boleh ke kalau satu hari ni, dia tak marah-marah macam ni?
“Tadi tu! Yang kau berdiri rapat-rapat dengan dia, kenapa? Siap tolong suapkan air bagai? Dia tak ada tangan ke nak suap sendiri?” Suaranya keras menampar gegendang telinga wanita itu.
Terkebil-kebil dia memandang lelaki itu. Berdebar jantungnya bila disergah begitu. Dia nampak ke? “Apa yang Encik Zaim merepek ni? Saya cuma nak tolong dia.”
“Tolong apa sampai rapat macam tu? Memang kau nak goda dia kan? Sebab kau memang ada hati dengan dia!”
Seri melepaskan keluhan kecil. “Encik Zaim… saya cuma nak tolong Encik Zaf aje. Dia tak sihat. Demam. Yang rapat tadi tu, dia macam nak terjatuh. So, saya tolonglah. Pasal suap air tu… tangan dia ketar. Saya takut tertumpah dekat kertas kerja dia. So, saya tolong suapkan. Itu aje. Kalau Encik Zaim tak percaya, Encik Zaim tanyalah Encik Zaf sendiri.”
Sepasang anak mata itu ditatapnya lama. Malu sebenarnya sebab dah tuduh melulu. Tapi… sungguh di dalam hatinya sangat geram melihat situasi mereka berdua tadi. Itu aku yang nampak. Kalau orang lain nampak macam mana? Tak ke mendatangkan fitnah?
Berkerut dahinya memandang lelaki itu. Apesal? Pandang aku macam nak telan aku je? Dah jadi Singa jadian pulak ke? “Kenapa pandang saya macam tu? Boleh tak Encik Zaim lepaskan tangan saya?”
Pantas tangannya melepaskan tangan kecil yang masih dalam pegangannya itu. Langsung dia tak perasan yang dia masih menggengam erat lengan gadis itu. “Suka hati akulah nak pegang ke apa! Yang kau menyebok sangat, kenapa?”
Kenapa, dia cakap? Tangan aku, woi! “Saya bukannya nak menyebok. Tapi tak elok kalau orang tengok! Boleh mendatangkan fitnah! Lagi satu… berdosa!”
“Fitnah konon! Yang tadi tu kau pegang-pegang tangan abang aku tu? Boleh mendatangkan fitnah jugak, kan? Berdosa jugak, kan?”
“Itu tak sengaja. Lagipun berlapik, kan? Dia pakai baju kemeja berlengan panjang!”
“Yang ni pun bukannya aku sengaja.”
Seri senyum. Eleh, nak cover malulah tu! Macamlah aku tak tahu perangai dia. Comel aje dia ni, kan? “Tipulah! Sengajalah tu! Tadi Encik Zaim dengan sedarnya menarik tangan saya sampai sini, kan?”
Zaim mengetap bibir geram. Dia ni kan… ada sahaja ayat pedas dia tu! “Tersengih-sengih! Mana kau tahu sengaja?”
Eh, suka hatilah nak sengih ke apa?! “Sengaja tu ertinya berniat! Tadi tu memang Encik Zaim berniat nak tarik tangan saya sampai ke sini. So, sengajalah tu namanya!”
Zaim mengecilkan kelopak matanya ke arah gadis itu. Seraut wajah itu dipandangnya lama. Mulut dia ni kan… pot pet! Pot pet! Ada yang yang kena cium jap lagi!
Seri menikus sekejap. Takut sebenarnya. Tapi kalau dengan mamat ni, kena buat berani jugak! Jangan sampai dia besar kepala! “Apa pandang-pandang?”
Zaim menahan gelak. Macamlah aku tak tahu yang dia takut. Tapi konon macam berani. Kelakarlah minah ni! “Perasannya? Macamlah aku pandang kau!”
“Habis tu? Pandang mana?”
“Kalau kau nak tahu, kat mata kau tu ada tahi mata! Tak malu!”
“Nak malu buat apa? Tahi mata tu keluar sebab membersihkan mata. Bukannya najis pun.” Cepat-cepat dia mengorek tahi matanya. Tak ada pun? Kali ini tangannya beralih ke mata kiri pula. Tak ada jugak. Takkanlah tak keluar lagi? Kan aku dah korek kuat sikit!
“Ada lagi tak?”
Terasa mahu tergelak sampai tergolek-golek mendengar pertanyaan itu. Percaya jugak rupanya. Seri… Seri… ada sahaja perangai kau yang mencuit hati aku, kan? “Ada.” Bohongnya sekali lagi.
“Kat mana?”
“Sebelah kanan.” Zaim tersenyum kecil. Dia ni kan… mudah sangat percayakan cakap orang. Muka seposen pulak tu! Boleh dia korek tahi mata depan-depan aku? Kalau perempuan lain, sah-sah dah cover bagai.
“Ada lagi?”
“Sebelah kiri pun ada.”
Berkerut dahinya. Dah puas aku korek ni! Takkanlah tak keluar-keluar lagi? Dia mengorek lagi matanya. “Tak ada pun.”
“Ada. Koreklah betul-betul!”
“Tak ada.”
“Ha’ah… memang tak ada pun.” Kali ini dengan muka selambanya dia berterus terang.
What? Takkanlah dia tipu aku? Siap cakap sebelah kanan lagi. Tajam pandangan matanya menikam seraut wajah itu. Bibirnya diketap geram.“Awak tipu saya?”
“Memang pun.” Selamba jawapannya sambil melangkah masuk semula ke dalam ruang pejabat.
“Awak ni kan…” Dia masih ingin menghemburkan amarahnya. Namun lelaki itu lebih pantas meninggalkannya sebelum dia sempat berceramah lebih panjang.
Seri mengetap gigi geram. Dia ni kan… memang menyakitkan hati! Cepat sahaja dia berlari anak ke arah Zaim lalu melesetkan tangannya pada baju Zaim. “Nah, ambik ni! Rasakan! Tipu sangat!”
Bulat mata Zaim memandang tingkah laku Seri yang langsung tak terjangkanya. “Berani kau buat macam tu?  Kau ingat, kau sorang aje ke ada?” Kali ini giliran dia pula yang mengorak matanya dan dengan pantas mengesatnya pada baju Seri.
Melihat riak wajah Seri yang menahan geram dan seolah-olah ingin membalas semula, dia terus lari lintang pukang!
Seri mencebik. Tak kuasa aku nak kejar dia! Macam budak-budak! Setelah kelibat Zaim hilang daripada pandangannya, dia tersenyum sendiri. Kan dah kata… Si Singa hidung belang ni dah hilang taringnya!

***********

BERKERUT dahinya memandang telefon bimbitnya yang sedang berdering. Encik Zaf? Apasal call pulak? Tak pernah-pernah call malam-malam macam ni?  Slide telefon bimbitnya ditolak ke kanan.
“Assalamualaikum, Seri.”
Seri tersenyum. Belum sempat dia memberi salam, bosnua itu sudah menghulurkan salam. “Waalaikumussalam. Encik Zaf? Kenapa call?”
“Saya tak boleh call awak?”
Kepalanya digaru perlahan. Alamak... aku dah tersalah cakap ke? Apesal dia tanya soalan macam tu pulak? “Hah? Er… bukan! Bukan macam tu! Tapi… Er… saya peliklah! Sebelum ni mana ada Encik Zaf call saya hujung minggu macam ni.”
“Esok saya nak jumpa awak, boleh tak Seri?”
Amboi-amboi... cerianya suara? Ada apa-apa ke? Eh, tapi... nak jumpa? Buat apa? “Hah? Jumpa saya? Buat apa?”
“Kat taman Putrajaya, ya.”
“Er… tapi kenapa? Esokkan hari Ahad? Tak boleh tunggu hari Isnin ke?” Lain yang orang tanya, lain yang dia jawab! Nak, ambik! Kan dah banyak soalan ni!
“Saya ada benda penting yang nak dicakapkan pada awak.”
“Cakap sekarang tak boleh?” Takut-takut dia bertanya. Huhu... malas sungguh nak keluar esok! Sudahlah hari Sabtu!
“Kenapa Seri? Awak tak sudi ke? Atau pun… awak dah janji dengan siapa-siapa?”
“Hah? Er… bukan. Okeylah. Pukul berapa?” Adoi... bos aku ni dah kenapa? Tiba-tiba pulak buat suara merajuk! Betul ke merajuk?
“Sepuluh pagi?”
“Hmm... Baiklah.”

**********

RASA kekok! Sangat kekok untuk berhadapan dengan lelaki yang bergelar bosnya itu. Sejak peristiwa semalam, dia benar-benar terasa kekok. Macam mana ni? Aku dah rasa macam nak menyorok kat belakang pokok ni aje?!
Seraut wajah Seri dipandangnya lama. Tiba-tiba sahaja bibirnya sudah menguntumkan senyuman. Ya Allah… comelnya dia ni! Baju pink cair… tudung pink cair… dan seluar slek putih… Makin menambahkan seri wajahnya! Seri… awak tahu tak yang awak dah buat saya gilakan awak?
Seri menjeling sekilas. Pandang… pandang… cucuk mata tu karang! “Kenapa Encik Zaf pandang saya macam tu?”
Zaf senyum. Perasan rupanya! Ingatkan tak perasan. “Saje.”
Seri mencebik di dalam hati. Jawapan apa macam tu? Kalau jawab macam tu, budak darjah satu pun boleh!
Boyfriend awak tak marah ke awak keluar dengan saya?”
“Sebenarnya marah. Tapi dia dah izinkan.” Sengaja Seri menciptakan satu watak. Harapannya semoga bosnya itu tidak cakap perkara yang bukan-bukan dan tidak bersembang lebih lama. Sebenarnya… dia dah naik segan bila bosnya itu kerap mencuri pandang seraut wajahnya. Entah kenapa, dia tidak pasti. Sungguh, dia dah rasa lain macam!
“Orang mana?”
Berkerut dahi Seri dengan soalan itu. Apa yang orang mana? “Siapa?”
Boyfriend awak.”
Seri menyimpan gelak. Oh, percaya rupanya! Erm, best jugak main-mainkan dia! Tak adalah nak serius sangat! Tak rasa kekok sangat! “Orang sini jugak.”
Anak matanya menatap lama seraut wajah itu. Jadi… memang betullah dia dah ada boyfriend? Tapi… aku tak akan mengalah dengan cepat, Seri! “Kalau diberi pilihan antara saya dan dia, mana satu yang awak akan pilih?”
Terpinga-pinga dia sekejap. Apa benda pulak yang Encik Zaf merepek ni? Dia ingat aku cakap betul-betul ke? Orang main-main ajelah! Tapi… bunyi macam serius tu! So… aku kenalah buat serius jugak! Tak mahu bagi dia harapan pulak. “Mestilah dia.”
“Kenapa?”
Seri senyum. “Sebab… dia baik. Sangat baik! Seorang yang penyayang, hormat orang tua, cintai saya sepenuh hatinya, hormatkan saya sebagai seorang perempuan, jaga maruah saya dan keluarga dan…”
“Saya ni tak boleh jadi macam dia ke?” Tiba-tiba sahaja dia pantas menyoal.
Adoi… nampaknya dia memang seriuslah! Sedaya upaya dia cuba mengawal riak mukanya. Senyuman masih belum lekang daripada seulas bibirnya, menunjukkan yang dia benar-benar yakin dengan jawapannya itu.  “Tak boleh. Sebab… awak berdua berbeza sangat.”
“Apa yang bezanya? Saya juga lelaki. Saya jugak seorang yang penyayang, hormat orang tua, hormatkan awak sebagai seorang perempuan. Saya juga mampu mencintai awak sepenuh hati saya, Seri. Dan saya juga akan menjaga maruah awak dan keluarga awak. Tak ada bezanya, kan?”
Seri mengerutkan dahi sendiri. Sebenarnya dah nak buat muka menggelabah. Tapi tak jadi sebab terkejut dan rasa lain macam aje! Kenapa ni? Macam betul-betul serius aje bunyinya? Dia serius ke? Sudah! Parah ni!
Perlahan nafasnya ditarik sebelum bersuara. “Encik Zaf… Cinta itu adalah sesuatu yang sangat unik. Tak boleh dipaksa, tak boleh disuruh. Datangnya suatu cinta itu dengan sendirinya. Walau berkali-kali pun kita menolak, jika sudah ditakdirkan cinta kita untuk dia, dia tetap untuk kita. Walau berkali-kali kita mahukan cinta itu, jika dia bukan milik kita, dia tetap takkan jadi milik kita. Dan bagi seorang perempuan pula… cinta dia hanya satu. Hanya untuk seorang lelaki.”

**********

“SERI… masuk bilik saya kejap.”
Keluhan kecil dilepaskan. Sejak peristiwa di hadapan Tasik Perdana semalam, dia betul-betul jadi kekok untuk berhadapan dengan bosnya itu. Takkanlah Encik zaf ni boleh sukakan aku pulak? Macam mana boleh jadi macam ni? Tak faham betullah! “Baik, Encik Zaf.”
Tok! Tok! Tok!
“Assalamualaikum, Encik Zaf. Ada apa Encik Zaf?” Seperti kebiasaannya, dia akan menyoal soalan yang sama.
Salam hanya dijawabnya di dalam hati. Seraut wajah itu dipandangnya lama.
Kenapa ni? Kenapa dia pandang aku macam tu? Takkanlah tak habis lagi pasal semalam? Tapi… ini kan pejabat? Takkanlah nak bicarakan soal perasaan kat pejabat pulak?
“Betul ke awak sukakan dia lebih daripada saya?”
Alamak! Adoi… kenapa dia terbawa-bawa sampai ke pejabat ni? “Apa ni Encik Zaf? Sekarang kat pejabat. Tak sesuai nak bercakap soal peribadi kat sini.”
“Saya hanya perlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tak’ sahaja.” Sungguh, dia benar-benar risau. Sampai satu kerja pun tak mampu disiapkan. Setiap saat, kata-kata Seri semalam berlegar di ruang fikirannya. Hatinya sakit! Hatinya terluka! Seri… kenapa ada orang lain dalam hati dia? Kenapa bukan aku yang ada dalam hati dia?
Pandangan matanya lama memandang lelaki itu. Nampaknya, dia perlu jelaskan dengan baik. Supaya tidak menimbulkan syak was sangka lelaki itu. Supaya tidak mengguriskan hati lelaki itu. Namun… harus bagaimana untuk aku menjelaskan kepada lelaki ini?
“Ya, saya memang lebih sukakan dia berbanding Encik Zaf. Dia baik. Dan sangat baik! Dia cintakan saya, dan saya pun cintakan dia sangat-sangat. Semalam pun saya dah cakap benda ni pada Encik Zaf, kan? So, apa lagi yang Encik Zaf nak tanya pasal saya dan dia?”
Dia mengeluh panjang. Susah betul nak dapatkan cinta Seri! Kenapa Seri pilih orang lain? Dia tak nampakkah yang selama ini aku cintakan dia? “Kenapa awak tak boleh cintakan saya, Seri? Saya cintakan awak. Terlalu cintakan awak.”
Zaim terkedu sekejap. Pintu bilik yang tidak tertutup rapat itu menyebabkan dia mendengar satu persatu patah kata yang dituturkan oleh seulas bibir abangnya itu.
Seri menarik nafas dalam. Ya Allah Ya Tuhanku…. Sungguh, aku benar-benar tidak tahu tentang perasaannya itu. Sungguh aku benar-benar tidak tahu apa yang dah aku buat sampai dia boleh cintakan aku. “Maaf, Encik Zaf. Saya tak boleh nak tolong awak. Saya tak cintakan awak.”
“Siapa dia? Siapa yang ada dalam hati awak tu?” Dia terus menerus memaksa. Dia ingin tahu kalau Seri sengaja menipunya kerana ingin mengelak!
“Seorang lelaki.”
“Siapa?”
“Hamba Allah. Saya rasa Encik Zaf tak perlu tahu. Dan tak ada kepentingannya pun sama ada Encik Zaf tahu ataupun tidak tahu.”
“Awak tipu, kan? Awak sengaja provoke, kan?”
“Tak.”
“Iya!”
“Tak.”
“Dia tak wujud, kan?”
“Dia wujud. Dan dia ada dekat dengan kita.” Seri ikut bertegas apabila bosnya itu bertegas. Bukan nak melawan, tetapi tak nak keadaan jadi lebih parah. Sorry, bos...
“Siapa?” Kali ini Zafril sudah tidak dapat mengawal perasaan marahnya. Suaranya sudah sedikit meninggi.
Seri yang terkejut terundur ke belakang selangkah. Tak pernah-pernah Encik Zaf macam ni. Tak penah-pernah Encik Zaf meninggikan suaranya pada aku? Kenapa? Marah benarkah dia?
Zaim terus melangkah masuk ke dalam bilik abangnya apabila mendengar nada suara yang tinggi itu. Bimbang jika abangnya akan memarahi Seri. Bimbang jika abangnya itu bertindak diluar kawalan. Dan itu… memang dia tak sanggup untuk mendengarnya. Sesungguhnya dia tidak mahu Seri terasa hati dengan sikap abangnya itu.
“Along… Seri…”
Makin terkejut jadinya bila kelibat Zaim muncul diantara mereka berdua. Seri memandang dua beradik itu silih berganti. Jangan-jangan… Zaim dah dengar semuanya? Sebab tu dia meluru masuk ke sini? Nafas kelegaan dilepaskan.
“Sebenarnya... dia… Encik Zaim.” Entah bagaimana sepatah nama itu muncul di bibirnya, dia tidak pasti. Apa yang pasti, dia perlu menyelesaikan kekusutan yang melanda diri bosnya itu.
Zafril dan Zaim masing-masing saling terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja didengarinya daripada seulas bibir Seri itu. Apa sebenarnya yang berlaku ni? Kenapa sampai jadi macam ni? Dan Seri… kenapa dia perlu menipu sampai macam tu sekali?
Seri mengangguk perlahan. “Ya… saya cuma cintakan seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah Encik Zaim.”
Zaim mengerutkan dahinya. Kenapa dengan Seri ni? Nak melepaskan diri daripada along dan sebut nama aku? Macam tu? Cepat sahaja dia menarik tangan Seri dan dibawa keluar daripada bilik itu sebelum situasi menjadi lebih teruk.
Tiba di tepi tangga, tangan kecil itu dilepaskan kasar. “Apa yang kau merepek ni?”
“Maafkan saya, Encik Zaim. Saya… saya terpaksa. Dan kebetulan yang sama, awak masuk ke bilik tu. Maaf, saya terpaksa gunakan awak.” Terketar-ketar suaranya. Takut dengan riak kemarahan yang jelas tergambar pada seraut wajah itu.
“Kau tipu, kan?”
“Tak. Saya tak tipu.”
“Sebenarnya kau sukakan Abang Zaf ke tak?”
“Tak.”
“Cakap betul-betul sebelum aku paksa kau!”
“Sekarang ni bukan dah paksa ke?” Takut… Tetapi dia perlu memberanikan dirinya. Dan dia akan mempertahankan apa yang dirasakan betul!
“Kau jangan main-main, Seri! Aku tak suka.”
“Mana ada saya main-main? Memang tak.”
“Kenapa hari tu aku nampak kau keluar dating dengan Abang Zaf?”
Seri terdiam sekejap. Bila masa pulak aku keluar dating dengan Encik Zaf? Takkanlah yang semalam tu? Baru satu hari tu je pun! Itupun bukan namanya dating sebab mula-mula aku ingat urusan kerja! “Dating? Bila?”
Zaim senyum  sinis. Terang lagi bersuluh! Dia masih nak menafikan lagi ke? Sudah-sudahlah, Seri!  “Huh, jangan nak buat-buat tak tahu Seri. Aku tak suka! Dan aku sangat benci dengan orang yang suka menipu.”
“Memang saya tak tipu.”
“Kau memang sukakan Zaf!” Gertaknya lagi! Seri perlu dipaksa! Jika tidak, dia tidak akan berterus terang! Hanya dengan cara ini sahaja Seri mungkin akan berterus terang!
“Tak.”
“Iya.”
“Tak!”
“Memang iya!”
“Memang tak!”
“Kau sukakan Zaf, kan?”
“Tak!”
“Kau sukakan aku, kan?”
“Iya.”
“Kau sukakan aku, kan?” Sekali lagi dia menyoal untuk mendapatkan kepastian. Dan jawapan seri tadi…
“Ya.”
Zaim senyum. Aku tak salah dengar, kan? Seraut wajah itu dipandangnya lama. Dia sedar ke apa yang dia cakap? Atau… dia main jawab aje? “Betul Seri?” Soalnya mahukan kepastian.
Seri terpinga-pinga sekejap. Yang aku jawab ya tu kenapa? Aku ni pun dah ikut jadi gila macam dua beradik tu agaknya? “Er… sebenarnya…”
“Kau memang sukakan aku, kan?”
Seri terdiam sendiri. Kelopak matanya terkebil-kebil memandang seraut wajah itu. Bibirnya diketap perlahan. Alamak! Macam mana ni? Aku dah terlepas cakaplah tadi! Depan-depan dia pulak tu!
“Cakap, Seri! Cakap terus terang!” Paksanya lagi.
“Er… kalau saya cakap… awak jangan marah, ya?” Takut-takut dia mahu bertanya. Terasa saat ini seraut wajahnya sudah berubah pucat. Takut kalau kena telan dengan Singa lapar di hadapannya itu. Juga… takut untuk berterus terang!
Angguk. Itu sahaja yang mampu dilakukannya.
“Er… sebenarnya… saya memang sukakan awak, Encik Zaim. Suka yang melebihi…”
Tidak sempat Seri menghabiskan ayatnya, pantas Zaim menarik Seri ke dalam pelukannya. Tak perlu cakap, Seri. Aku dah tahu jawapan seterusnya! “Thanks, Seri. Aku pun sukakan kau sangat-sangat. Suka yang melebihi seorang kawan. Suka yang melebihi suka bos kepada PA nya.” Cepat sahaja dia menyambung ayat Seri yang tergantung tadi. Bibirnya sudah tersenyum lebar. Sungguh, dia benar-benar rasa lega!
Pantas pelukan itu dileraikannya. Tak baik! Berdosa buat macam ni! Kalau dah kahwin takpe! Terkebil-kebil Seri memandang seraut wajah itu. Aku tak salah dengar, kan? “Ulang balik apa yang awak cakap tadi?”
Zaim senyum sambil menatap sepasang anak mata di hadapannya itu. Mesti kau tak percaya, kan? Aku akan jelaskan semuanya, Seri! Aku sanggup ulangnya sekali lagi! “Aku pun. Aku pun sukakan kau, Seri. Aku sukakan kau sangat-sangat! Sebenarnya… sejak kali pertama aku pandang kau lagi. Hari pertama kau masuk kerja.”
Terlopong mulutnya mendengar pengakuan daripada seulas bibir itu. Sejak hari pertama aku masuk kerja lagi? Uih, dah lama tu!
Zaim tersenyum lebar. “Tutup mulut tu, Seri. Masuk lalat nanti.”
“Tapi saya…”
“Aku… aku dah lama sukakan kau Seri. Sebab tu aku asyik cari pasal dengan kau aje. Kau perasan kan semua tu?”
Diam.
“Tak percaya? Tapi aku memang benar-benar dah jatuh cinta dengan kau, Seri. Aku cintakan kau! Zaim cintakan Seri!” Kuat laungannya.
Seri senyum. Malu… tetapi dia benar-benar rasa dihargai. Dia benar-benar rasa gembira dengan pengakuan ikhlas itu. Thanks, Zaim!

**********

HARI ini, majlis pertunangan Seri dan Zaim selamat dijalankan. Alhamdulillah… semuanya berjalan lancar. Tak buat majlis besar pun. Kecil-kecilan dan hanya menjemput saudara mara terdekat sahaja. Nasib baik juga Zaim tu jenis yang tak kisah. Asalkan majlis dapat disempurnakan pun sudah memadai baginya.
“Awak…”
“Hmm?” Soalnya sepatah sambil menoleh ke arah tunangnya itu. Sungguh, hari ini adalah hari yang paling gembira buatnya.
“Macam mana dengan Encik Zaf?”
Seraut wajah itu dipandnagnya lama. Iya… dalam kita bergembira, jangan lupa pada yang sedang berduka! “Maksud awak?”
“Saya risaulah. Bimbang kalau Encik Zaf tak boleh terima saya sebagai adik ipar dia.”
“Jangan risaulah. Along tu baik sangat sebenarnya. Kalau nak bandingkan saya dengan dia… Dia jauh lebih baik daripada saya, Seri.” Sedaya upaya dia cuba menghilangkan kerisauan di hati tunangnya itu.
“Hmm… saya tahu.”
Bulat matanya memandang Seri. Tahu? Apa maksud dia? Jadi… dia nak cakap yang Along tu memang jauh lebih baik daripada aku? “What? I beg your pardon, Seri?”
Seri tersenyum perlahan. Cemburu nampak? “Ala awak ni… saya puji dia sikit pun awak nak jealous.”
“Yup, of course saya jealous. Yang awak puji tu lelaki yang cintakan awak. Then, awak bandingkan saya dengan dia pulak.”
No… bukan saya yang bandingkan. Awak yang mulakan ayat tu. Saya just setuju.”
So… saya ni tak baik bagi awak?”
Seri tergelak sambil menggelengkan kepalanya perlahan. “Risau saya tengok awak ni tau?”
Makin berkerut dahinya! “Kenapa pulak?”
“Ini belum kahwin lagi. Nanti bila dah kahwin, saya buat baik dekat abang ipar saya pun awak nak cemburu, kan?”
Zaim mencebik sambil menjungkitkan kedua-dua belah bahunya. Memanglah! Kalau siapa-siapa pun berada di tempat aku, memanglah cemburu! “Memanglah.”
“Sebenarnya saya nak cakap macam ni tadi…”
“Macam mana?” Pantas Zaim menyoal. Sungguh, dia benar-benar tak sabar nak tahu! Jangan si Seri ni puji Along lagi sudah!
“Dengarlah dulu.”
Zaim mengangguk perlahan.
“Encik Zaf jauh lebih baik daripada awak. Tapi… awak jauh lebih baik berbanding dia dalam hati saya. Saya sayang awak lebuh banyak daripada saya sayang dia. Dan yang paling penting… saya cintakan awak. Dan dia tak dapat cinta saya.”
Thanks, Seri… Awak betul-betul buatkan saya jadi seorang lelaki yang sangat bertuah dalam dunia ni. Awak dah serapkan segunung kasih sayang dalam diri saya. Awak dah banyak ubah hidup saya, Seri.”
“Tak… saya tak mengubah apa-apa. Awak yang dengan sendirinya mahu berubah. Sebab tu saya sayangkan awak.”
“Seri…”
“Hmm?”
“Kita kahwin sekarang?”
Seri tergelak perlahan. “Tak sabar betul tunang saya ni, kan? Janganlah risau… saya kan dah jadi tunang awak. Apa yang penting sekarang, kita kena carikan calon untuk Encik Zaf secepat mungkin. Cepat dia dapat calon, cepatlah kita kahwin. Itu yang mama awak mahu, kan?”
“Hmm… kenapalah mama boleh fikir macam tu, ya? Kalau tak… mesti kita dah kahwin, kan?”
“Awak… Sabar! Sabar tu sebahagian daripada iman. Iman tu membentuk jiwa.”
“Saya tahu.”

**********

♪ Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia ♪

DI bawah pohon rendang itu, dia termenung lesu. Angin petang menyapa lembut ke pipinya. Kepalanya disandarkan pada batang pokok sambil memejamkan kelopak matanya. Sedikit sebanyak, lagu yang sedang berkumandang di earphonenya membuatkan air matanya menitis. Tersentuh sungguh jiwanya.
Seri... saya rindukan awak! Awak bahagia? Awak bahagia dengan Abang Zaf? Semua tu hanya alasan saya untuk awak bahagia. Alasan saya untuk tengok along saya bahagia. Dan perasaan cinta saya... tak akan berubah untuk awak, Seri...
“Tak boleh, Seri! Saya cuma mahukan awak! Saya tak nak orang lain!” Kali ini kuat gengaman tangannya pada lengan gadis itu.
 Tersentap setangkai hatinya mendengar luahan hati abang sulungnya itu. Perlahan tangan kanannya hinggap pada dada sendiri. Sakit… Itulah yang dirasakannya saat ini. Kuat benar perasaan cinta along pada Seri.
 “Encik Zaf… saya tahu awak seorang lelaki yang baik. Dan sangat baik sebenarnya. Saya tak boleh terima awak lebih daripada seorang abang ipar, Encik Zaf. Dan saya harap awak pun mampu sayangkan saya sebai seorang adik ipar. Terimalah takdir Allah dengan hati yang terbuka. Jodoh… pertemuan… ajal… maut… Semuanya ditangan Allah. Mungkin di sebalik kesusahan yang Encik Zaf lalui ini ada kebaikan yang menanti.” Seri menahan rasa takutnya. Debaran di dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu.
“Saya tak boleh, Seri… Dalam hati saya cuma ada awak. Cuma cintakan awak! Hanya awak!”
Tidak sanggup lagi mendengar patah kata yang seterusnya, kakinya terus dilangkahkan menjauhi bilik itu. Mampukah aku terus bahagia dengan kelukaan hati along? Seri… apa yang bakal jadi pada kita? Saya cintakan awak, Seri… Tapi cinta saya ini mampu melukakan hati abang saya. Tegarkah saya dengan semua ini, Seri?
 Perlahan air mata disapu. Kelopak mata dibuka. Pandangan mata dihalakan semula ke arah lautan yang luas membiru di hadapannya. Bibir mengukirkan senyuman apabila melihat seorang gadis yang termenung di tepi pantai itu. Sekali lagi akal fikirannya teringatkan seseorang.
Maafkan saya, Seri…
Esok! Semuanya akan berubah! Seri akan jadi isteri kepada along. Benarkah? Ya, memang itu yang diberitahu kepadanya.
Menitis air matanya apabila mengingatkan patah perkataan itu. Tegarkah untuk aku bahagia di atas penderitaan orang lain? Badannya disandarkan pada pokok besar itu. Satu persatu air matanya jatuh ke pipi. Sanggupkah aku?
Cuma ada dua pilihan, Zaim! Melukakan hati aku dan Seri demi kebahagiaan along atau… melukakan hati along demi kebahagiaan aku dan Seri. Dan aku telah memilih untuk melukakan hati aku dan Seri.
Kata orang, cinta memerlukan pengorbanan. Aku dan Seri saling mencintai antara satu sama lain. Dan kami terpaksa berkorban demi sekeping hati.

**********

GEMPAR! Suasana saat ini benar-benar gempar! Sewaktu sibuk dengan persiapan perkahwinan yang akan dilangsungkan lusa, keluarga Seri digemparkan dengan kehilangan calon pengantin lelaki. Zaim hilang!
Gugur satu persatu air matanya menjatuhi pipinya. Ke mana Zaim? Ke mana bakal suaminya itu? Berkali-kali dia cuba menelefon lelaki itu. Namun tiada jawapan yang diterimanya.
Selang beberapa minit, dia digemparkan lagi dengan sepucuk surat yang lengkap dengan tandatangan bakal suaminya.

To: Kesayanganku, Seri…

Assalamualaikum, kau yang bernama Seri…
Saya tak mampu membina mahligai bahagia
di atas penderitaan abang saya.
Seri… jika esok saya masih tidak hadir di sini,
sambutlah cinta Abang Zaf…
Saya akan doakan kebahagiaan awak dan along, Seri…
Selamat Pengantin Baru, sayangku Seri…

Yang menyayangimu,
Zaim

Tiada sendu yang berlagu. Saat ini cuma air matanya sahaja yang gugur satu persatu. Zaim… sampai hati awak tinggalkan saya.
“Seri… jangan macam ni, sayang. Jangan menangis lagi. Ingat Allah, sayang.” Pujuk ibunya.
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna Lillahi wa inna ilaihi rajiun” (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali).” Al-Baqarah (155-156)
Seri diam membisu. Zaim... sampai hati awak tinggalkan saya sorang-sorang. Awak... saya cuma cintakan awak. Hanya awak... selamanya!
Encik Zaf tak akan ada dalam hati saya. Saya cuma mampu menerima dia sebagai seorang abang. Lalu... bagaimanakah ini, Zaim? Macam mana..? Kenapa..?
Kenapa awak dengan mudahnya menyerahkan saya kepada orang yang saya tak cintai? Orang yang saya anggap sebagai seorang abang.
Otak kecilnya teringatkan perbualannya dengan orang yang sepatutnya menjadi abang iparnya. Encik Zaf... Adakah kerana perbualan itu? Zaim dengar?
Zaim... saya nak awak!! Hanya awak!!
Tanpa menunggu lebih lama, kakinya terus dilangkahkan keluar daripada bilik pengantin. Bukan sahaja melangkah keluar daripada bilik pengantin, tetapi dengan tidak memakai kasut, dia terus berlari tanpa arah tujuan.
Tangisannya dihemburkan semahunya. Sedar tak sedar, dia sudah berada di pantasi. Sedih hatinya! Ya Allah... kenapa dugaan sebegini berat Engkau hadiahkan untukku? Kuatkanlah hatiku untuk menerima dugaanMu ini. Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah!
“Saya cintakan awak, Zaim!! Hanya awak!!” Kuat jeritannya melawan suara ombak yang menghempas ke pantai. Sudahnya dia terduduk di atas pasir pantai itu. Lelah sungguh hatinya! Siksa sungguh jiwanya mennaggung rindu dendam pada seorang lelaki. Hanya Zaim cintanya! Bukan Zaf!
Pantas Zaim menoleh ke belakang. Terkejut apabila melihat seorang perempuan yang berbaju pengantin sedang terduduk di atas pasir pantai.
Berdebar jantungnya hanya Allah sahaja yang tahu. Seri!! Ya... dia tahu!! Itu memang Seri! Dan Seri sedang melaungkan namanya! Seri… saya juga cintakan awak, Seri. Hanya awak!
Kakinya ingin melangkah dan mendakap tubuh gadis itu, tetapi kakinya tidak mahu berganjak. Hatinya menghalang... Ya Allah... apakah yang mampu aku lakukan saat ini?
Sudahnya dia berpaling semula dan melabuhkan duduk semula di belakang pokok rendang itu. Maafkan saya, Seri... Saya tak mampu untuk bahagia di atas penderitaan Abang Zaf.
Lama dia terduduk di belakang pokok besar itu. Menunggu Seri beredar sebelum dia melangkah pulang.
Terkejut! Pantas dia membuka kelopak matanya apabila terasa ada satu tangan yang menyentuh bahunya. Siapa? Berdebar sungguh jantungnya saat ini. Lambat-lambat dia berpaling ke belakang. Dia??

**********

MAJLIS perkahwinan itu diadakan sungguh meriah. Anak matanya dihalakan ke arah bakal pengantin perempuan. Seri… dia cantik sangat! Beruntung sangat siapa yang memiliki dia. Dan dia… adalah anugerah yang terindah.
Zafril melangkahkan kakinya ke arah bakal pengantin perempuan. “Assalamualaikum, Seri.”
Seri mendongakkan kepala. Senyuman dihulurkan. Anak matanya singgah pada pakaian lelaki itu. Hmm… memang diakui, dia memang segak. Di pejabat pun dia adalah bos yang paling segak. Dan di saat ini… berpakaian baju melayu pun dia kelihatan segak. “Waalaikumussalam. Bila awak sampai?”
“Baru aje. Sekali dengan keluarga saya. Awak okey?”
Seri menganggukkan kepalanya perlahan. Pastinya saya okey. Kerana hari ini adalah hari bahagia saya. Dan… bagaimana pula dengan awak? Seraut wajah itu dipandangnya lama. “Awak…”
“Hmm?”
“Zaim tak…” Ayatnya terhenti di situ. Tidak sampai hati untuk bertanyakan bait kata yang seterusnya. Bimbang hati lelaki ini akan terusik. Bimbang hati lelaki ini akan tersakiti.
Zafril senyum. Dia tahu… Seri pastinya serba salah untuk menuturkan patah kata. Seraut wajah Seri dipandangnya lama. “You look so beautiful, Seri. Sesuai dengan nama awak.”
“Maksud awak?”
“Seri… Ya, muka awak berseri-seri sangat saat ini.”
Seri senyum. Ya, memang ramai yang cakap macam tu. Bukan sahaja hari ini, tetapi juga hari-hari sebelumnya. Benarkah? Seri mengangkat muka memandang seraut wajah itu. Ada sesuatu yang ingin dipersoalkan kepada lelaki itu sebelum majlisnya berlangsung. “Awak…”
Zafril menoleh, memandang seraut wajah yang kelihatan berkaca-kaca pandangannya. Seri… please… jangan sedih. Hati saya akan bertambah sedih kalau tengok awak sedih. “Hm?” Soalnya sepatah bersama senyuman di bibir.
Seraut wajah itu dipandangnya lama. Saat ini, air matanya sudah jatuh ke pipi. Seraut wajah tenang bersahaja itu, membuahkan perasaan bersalah di dalam hatinya. Mampukah aku bahagia di atas penderitaan orang lain? Inikah yang dinamakan bahagiamu deritaku? Ya Allah… kuatkanlah semangat aku. “Awak tak marah?”
“Untuk?”
“Untuk perkahwinan ini?”
Senyuman manis dihulurkan. “Saya gembira. Sangat gembira! Lagipun… tak ada apa yang perlu dimarahkan. Jodoh… pertemuan… ajal… maut… semuanya di tangan Allah, kan? Bila Allah kata ‘ku fayakun’, jadilah! Maka jadilah sesuatu itu. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita tak akan mampu menghalang, kan? Am I right?”
Seri mengangguk perlahan. Sebak sungguh hatinya saat ini. Maafkan saya, Zaf… Saya tak boleh mencintai awak. Hanya seorang lelaki yang saya cinta seumur hidup saya. Dan lelaki itu… hanya dia seorang! Zaim… hanya dia!
“Seri… please, jangan nangis. Saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak. Dan saya harap… awak pun sama. Akan mendoakan kebahagiaan saya. Boleh, kan?”
Dia mengangguk lagi. Air matanya disapu perlahan. Senyuman cuba dihulurkan.
“Tok kadi dah sampai. Saya pergi depan dulu.”

**********

TERPERANJAT apabila terasa bahunya dicuit seseorang. Pantas Seri berpaling. Senyuman dihulurkan kepada wanita yang sudah separuh abad itu. “Umi ni... terkejut orang! Lain kali bagilah salam. Dapat jugak pahala free.”
Puan Sarimah mencebik. “Umi dah panggil tadi. Kamu tu yang tak dengar. Kamu intai siapa? Jangan buat perangai, Seri... Hari ni majlis kamu!”
“Umi ni... orang tahulah. Orang bukannya intai orang lain. Intai pengantin lelaki. Mana dia, Umi? Kenapa tak sampai-sampai?”
Bibirnya menguntum senyuman. Anak dara aku ni... macam tak sabar-sabar aje! “Sabarlah Seri, oi... Tak lari gunung dikejar!”
“Memanglah! Itu gunung... tak ada kaki! Memanglah tak lari! Ini manusia... ada kaki! Boleh lari jauh-jauh!” Rajuknya. Muka yang berseri-seri itu sudah macam mencuka.
Puan Sarimah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Sebenarnya... bukan Seri seorang aje yang risau! Dia pun... bimbang pisang berbuah dua kali.
“Umi... orang risaulah...” Tubuh uminya dipeluk erat. Mengharapkan sedikit kekuatan. Mengharapkan ketenangan hatinya. Setitis air matanya menitis jatuh ke pipi. Sungguh, dia benar-benar risau!
Keluhan kecil dilepaskan. Bahu anak perempuannya itu diusap perlahan. Seri ni… nampak aje tabah. Tapi manjanya… Allah sahaja yang tahu. Sebiji macam perangai aku macam zaman muda. “Nak risau apanya, Seri? Kejap lagi datanglah dia tu! Dahlah, jangan nangis. Nanti habis rosak make up kamu tu.”
“Dah pukul berapa ni, Umi... Mana tak risaunya!” Kali ini esak tangisnya semakin berlagu.
“Ai, Seri... Dah nak kahwin pun masih bermanja dengan Umi kamu lagi?”
Pantas Seri mengangkat kepalanya apabila mendengar suara yang dikenalinya. Air mata di pipi disapu perlahan. “Mama? Mana pengantin lelaki, ma?” Cepat-cepat dia bangun sambil tercari-cari seraut wajah itu.
Berubah air mukanya apabila melihat bosnya menapak menghampirinya. Jangan-jangan... Tak mungkin! Tak mungkin akan berulang sekali lagi!
“Kenapa? Masam aje?”
“Encik Zaf... er... Zaim...”
“Ops... tunggu jap! No Encik Zaf anymore. Saya kan akan...”
“Zaim mana?” Pantas dia memintas. Kali ini dia tak nak dengar apa-apa lagi. Dia cuma nak tahu Zaim di mana. Di cuma nak tengok muka Zaim sahaja!
Zafril tersenyum. Oh, patutlah masam aje! Tungga Zaim tak datang-datang rupanya. Tengok muka menggelabah dia tu, rasa macam nak mengusik pulak! “Kalau Zaim tak datang sekali lagi... awak tak sudi ke kahwin dengan saya.”
Seri terdiam. Kali ini kolam matanya sudah digenangi dengan air mata. Betul? Betul ke perkara itu akan berulang sekali lagi? “Saya akan tunggu sampai Zaim datang.” Ringkas jawapannya bersama nada suara yang tenang.
The power of love! Wah, hebat betul kuasa cinta dia! Sebab tulah aku suka dia. Tapi... tak mengapa. Aku syukur sangat. Sekurang-kurangnya dia akan berkahwin dengan Zaim. Bukan orang lain.
“Umi...” Tubuh uminya dipeluk erat. Setitis air mata jatuh lagi ke pipi. Sedih... risau... bimbang... takut Zaim tidak akan datang untuk majlis ini sekali lagi.
“Seri… jangan nangis macam ni. Tak elok tetamu tengok.”
Zafril muncul dengan riak muka bersalah. Er... tadi nampak tenang aje. Sekarang ni... kenapa dia nangis pulak? Ya Allah... apa kau dah buat ni Zaf? Sungguh, dia cuma berniat untuk mengusik sahaja!
“Seri... kenapa ni?” Tegur Puan Zaharah. Risau pula apabila melihat Seri menangis. Bimbang perkara lama akan berulang lagi. Tak mungkinlah! Bukankah Zaim dah berjanji? Tak mungkin dia akan ingkari sekali lagi. Dia kenal Zaim macam mana orangnya!
“Er... sebenarnya mama... Umi... Zaf yang...”
Belum sempat Zafril berterus terang, satu suara muncul. “Abang Zaf... Seri mana?”
Keempat-empat pasang mata itu pantas menoleh. Puan Sarimah dan Puan Zaharah melepaskan nafas kelegaan. Ada rupanya... Ingatkan hilang sekali lagi! Zaim... Zaim...
“Seri... Encik pengantin dah sampai.” Pujuk Puan Sarimah ke telinga anaknya.
Seri menoleh. Pantas dia meluru ke arah Zaim sambil memeluk tubuh itu erat. “Awak... kenapa awak datang lambat? Awak buat saya saya risau sangat! Saya takut...” Laju tangannya menumbuk dada bidang lelaki itu. Makin laju pula tangisannyya.
Terpinga-pinga Zaim sekejap. Apakah? Kenapakah? Dia hanya menerima pukulan itu.
“Zaim... kamu ni... buat semua orang risau ajelah! Ni kenapa sampai berpeluh-peluh ni? Kamu pergi terjun dalam telaga peluh ke?” Tegur Puan Zaharah.
“Er... sorry, ma. Tadi kereta Zaim buat hal.”
“Itulah... abang suruh datang dengan abang, tak nak! Kan dah bermandi peluh!”
Puan Sarimah ketawa kecil. Sekejap sahaja dia sudah menggelengkan kepalanya. “Hah, memang elok sangatlah! Yang Puan pengantinnya bermandi air mata sebab risau. Yang Encik pengantinnya pula... bermandikan peluh. Memang padan sangatlah!”

**********

Lengan lelaki itu dicuitnya.
Zaf berpaling ke sisinya. “Apa cuit-cuit?”
“Marah ke?”
“Taklah. Sayang.”
“Saya pun.”
“Apa yang saya pun?”
“Sayang awak jugak.”
Tubuh isterinya itu dipeluknya erat. Rupa-rupanya, dalam kesulitan itu Allah telah mengurniakan nikmat yang amat besar. Seorang isteri yang amat menyayangiku… Penyejuk di mata, penawar di hati…
Pada hari majlis perkahwinan Zaim dan Seri, dia ditemukan dengan seorang gadis yang cantik dan sangat manis. Diperkenalkan oleh Seri. Oh, rupa-rupanya mereka berdua dah berpakat nak kenakan aku!
Tapi… it’s okey. Mungkin memang ini jodohku! Dan Alhamdulillah… dan tiga bulan kami berkahwin. Dan kami bahagia sangat-sangat. Semoga Seri dan Zaim juga bahagia hingga hujung nyawa.
Senyuman jelas tergambar pada seulas bibirnya. Sungguh, dia benar-benar bahagia melihat kebahagiaan bosnya itu. Alhamdulillah… Dhiya mampu membahagiakan Abang zaf. Tak sia-sia aku perkenalkan Dhiya dengan Abang Zaf. Rupa-rupanya… memang jodoh mereka berdua.
Seri berpaling sekilas sambil mencuit bahu suaminya yang sedang khusyuk membaca buku di sebelahnya. “Abang… sini kejap.”
Zaim mengerutkan dahi sambil membuat riak muka bertanya.
“Sinilah!”
“Tak nak! Seri nak abang ke… abang yang nak Seri?” Usiknya.
Seri menoleh sambil mencebik. Main-main pulak! “Seri nak abang ke… abang nak Seri.” Ejeknya. “Memanglah Seri nak abang. Abang tak nak Seri ke?”
Zaim senyum. Ece…ce… merajuk nampak? Perlahan kakinya menapak ke arah isterinya. Tubuh kecil itu dirangkulnya dari belakang. “Mestilah abang nak Seri. I love youAlways love youForever love youOnly you… Kau yang bernama Seri.”
Lebar senyumannya mendengar bait kata yang meniti bibir suaminya. Tangannya diletakkan di atas tangan suaminya. “Seri pun.”
“Apa yang Seri pun?”
Love youalwaysforeverOnly you… Kau yang bernama Zaim.”
Kali ini Zaim pula yang tersenyum lebar. Satu ciuman kasih sayang singgah pada pipi kanan isterinya. “Thanks, my sweetheart.”
Thanks to you to.” Anak matanya beralih semula ke arah satu pasangan suami isteri bahagia yang berada tidak jauh daripada mereka berdua. Alhamdulillah… Abang Zaf pun bahagia.
“Sayang… tengok tu…” Muncungnya dihalakan ke arah abang dan kakak iparnya. Bahagia apabila melihat kebahagiaan pasangan suami isteri itu.
Seri senyum. Dari tadi lagi Seri nampak diorang, abang. “Itulah yang Seri panggil abang tadi. Sebenarnya… nak tunjukkan yang tulah.”
“Oh, isteri abang ni mengintip suami orang ke?”
Seri tergelak perlahan. Ada sahaja yang nak diusiknya! “Nonsense! Abang…” Serunya perlahan.
Sejuk hatinya mendengar suara gemersik itu. Indahnya suara Seri, sama indah dengan seraut wajahnya. Sama indah dengan hatinya. “Nak apa sayang…?” Lembut ucapannya ke telinga Seri. Kali ini dahunya dilabuhkan di atas bahu isterinya.
Seri senyum. Nampak berlagak, tapi sebenarnya… dalam hati ada taman. “Seri bahagia tengok Abang Zaf bahagia.”
Angguk. “Thanks to Seri… Sebab temukan diorang berdua. Abang pun tak sangka yang itu sebenarnya memang jodoh mereka.”
“Itulah, abang… Kenapa abang lari masa majlis kita tu?”
Zaim senyum. Hmm… memang menyesal! Kalau tak, pastinya mereka dah ada dua orang anak sekarang ni! “Sebab… abang dengar lagu Hafiz. Bahagiamu deritaku.”
“Jadi?”
“Jadi… abang takut abang akan bahagia atas penderitaan orang lain. Atas penderitaan Abang Zaf.”
“Abang ni… merepek betullah!”
Zaim mengangguk. Kalau fikir balik, memang mengarut! Menyesal sangat-sangat! Tapi takpe… saat ini Seri dah jadi milik aku. Untuk selama-lamanya…
“Habis tu…. Kenapa abang intai Seri di belakang pokok tu?”
Oh, dia ingat lagi pasal tu ke?! “Sebab… kat mana-mana pun abang nampak sayang. Setiap perempuan yang abang pandang, semuanya muka Seri. Sampai abnag rasa tak percaya sayang depan mata abang.”
Bibirnya diketap geram. “Oh, jadi… abang memang pandang perempuan lainlah, ya? Abang ni kan… sampai hati! Seri tunggu abang. Abang pulak pandang perempuan lain!”
Ai, cemburu nampak?! Seri… Seri… Ini yang buat abang sayang Seri snagat-sangat, tau! Zaim tergelak kuat.
Seri yang terkejut, pantas menekup mulut itu dengan tangannya. “Jangan gelak kuat-kuat. Aleesya tengah tidur tu.” Teringat pula kepada anak kecilnya yang sedang tidur di dalam bilik.
“Sayang yang buat abang tergelak kuat.” Tidak jelas kata-katanya apabila terpaksa bercakap dengan tangan Seri yang masih berada di mulutnya.
Seri senyum. Tapak tangan yang berada di mulut suaminya dialihkan lalu dikesatkan ke baju suami. “Tak senonoh! Cakaplah elok-elok.”
What? Sayang kesat kat baju abang.”
“Hah, memanglah! Siapa suruh abang gelak kuat-kuat.”
Dia mengecilkan kelopak matanya. “Sayang abang ni memang nak kena, kan?” pantas dia menghampiri isterinya itu lalu mencempung tubuh itu erat.
Seri yang terkejut terus memaut leher suaminya. Seraut wajah yang dekat dengan mukanya itu dipandang lama. Penuh kasih sayang. Penuh cinta yang mendalam.
Handsome tak muka abang?”
Angguk. Bibirnya menguntumkan senyuman. “Handsome… baik hati… comel sangat!”
Zaim tersenyum lebar. Mukanya didekatkan dengan muka isterinya. Satu kucupan singgah lembut di bibir merah itu. Seribu kasih sayang diluahkan. Sejuta cinta diserahkan. Hanya untuk dia… kau yang bernama Seri.
“Sayang abang pun… baik hati sangat. Cute! Sebab tu abang boleh jatuh cinta pada dia.”
Kali ini Seri mengucup perlahan pipi suaminya. “Terima kasih, abang. Sebab tulah Seri sayang abang. Walaupun dulu abang garang dengan Seri, tapi Seri nampak kasih sayang kat mata abang. Sebab tu Seri jatuh cinta pada abang.”
“Sayang…
“Hmm?”
“Cuba letak tapak tangan sayang kat dada abang.”
Berkerut dahinya sekejap. Namun dia tetap tersenyum sambil meletakkan tapak tangannya pada dada bidang suaminya. Dup dap! Dup dap! Ada degupan pantas sedang berirama di dalamnya. Anak matanya memandang tepat pada sepasang anak mata suaminya.
“Dalam setiap nafas abang, ada nama sayang.”
“Dalam setiap nafas Seri, juga ada nama abang.” Seri menyambung ayat suaminya.
“Dalam setiap udara yang abang hirup… ada cinta sayang… ada kasih sayang, sayang.”
“Dalam setiap udara yang Seri hirup… ada cinta abang… ada kasih sayang abang.”
Zaim senyum. Nakal sungguh isteri aku ni, kan? Tetapi itulah namanya sayang… Itulah kebahagiaan kami. “Cinta abang… hanya untuk sayang. Sampai hujung nyawa abang. Semoga cinta kita berkekalan di dunia dan di akhirat kelak.”
Seri senyum. “Cinta Seri… hanya untuk abang. Sampai hujung nyawa Seri. Semoga cinta kita berkekalan di dunia dan di akhirat kelak.”
Mata bertentang mata. Senyuman berbalas senyum.
Terima kasih, cinta… Terima kasih, Ya Allah… Semoga cinta kami berkekalan hingga hujung nyawa. Semoga cinta kami berkekalan di dunia dan di akhirat kelak.
Ya Allah Ya Tuhanku… Anugerahmu begitu indah. Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan kurniaan dan rahmatMu ini.

Kau yang bernama Seri…

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati
Biarpun hanya seketika
Biarpun bukan selama-lama
Sekali sudi kau menerima
Sejuta kali ku kan setia
Sekali bumi beredar
Mentari terbit di ufuk dunia
Bintang di angkasa
Masih bernafas di dada
Selagi itu kau kucinta

Inilah janjiku
Insan yang mengenal erti
Sepi yang tiada sepi, sepi lagi
Tinggal kau harapan
Satu-satunya sandaran
Jalan ku pulang ke jalan yang terang
Seri.. aku merayu
Pada kau yang bernama Seri
Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati
Darimu Seri
Hanya kau kekasihku
Yang bernama Seri
Seri…

~ TAMAT ~