Sunday, November 24, 2013

Cerpen: Terima Kasih Cinta




CERPEN: TERIMA KASIH CINTA

Suatu Ketika Dahulu…

DI kerusi itu, dia termenung sendiri. Buku di hadapannya terbuka luas, namun fikirannya entah ke mana. Bukan pada buku itu. Masih memikirkan tentang nasibnya sendiri. Macam mana semua ni boleh jadi sampai macam ni sekali. Kenapa aku? Kenapa aku yang perlu menangung semuanya. Buku itu ditutup. Dia melangkah ke rak buku seterusnya. Ya, masalah peribadi! Namun… pelajaran lebih penting! Itu kata papa!
Dia tercari-cari seraut wajah. Kata Ariz, dia ternampak Qairyna di perpustakaan sekolah. Rasa rindu menyapa dirinya. Selepas habis kelas dia terus melangkahkan kaki ke perpustakaan utama. Puas mencari di tingkat bawah, dia naik ke tingkat atas. Namun masih belum menemui wajah Qairyna. Mana dia?
Di sebalik rak buku yang banyak itu dia mencari Qairyna. Tiba di rak Bahagian Akaun dia menghentikan langkahnya. Dia teringat sesuatu. Tutorial semalam belum buat kan? Dia mengundurkan langkah. Jemarinya membelek satu persatu buku tujukan yang ingin dicarinya.
Sebuah buku dicapainya. Tekun buku itu dibelek dan dibacanya. Yang nilah yang aku cari sangat tu! Bibirnya menguntumkan senyuman. Hampir sahaja dia melompat gembira apabila buku rujukan yang dicarinya berjaya di temui.
Di rak yang bertentangan, Zaarif meneguk liur perlahan. Anak matanya tidak beralih daripada memandang seraut wajah yang terlindung di celah-celah buku yang senget itu. Ada dua benda yang dicarinya. Buku dan Qairyna. Bibirnya menguntumkan senyuman. Akhirnya dua-dua aku dapat cari. Cepat-cepat dia melangkahkan kaki ke rak sebelahnya.
Qaisara mengerutkan dahinya. Apa kena dengan mamat ni? Jelingan tajam dilemparkan kepada lelaki yang sedang tersengih sambil meletakkan tangan kanannya dia atas rak buku menghalang laluannya. Sangat hampir dengan dia yang masih berdiri sambil memegang buku yang dibacanya tadi.
Excuse me!” Dia cuba bersuara. Lelaki itu kelihatan pelik. Memandangnya dengan pandangan menggoda. Siap tersenyum sumbing macam kerang busuk pun ada. Naik seram aku dibuatnya!
“Hai! Awak sorang ke?”
Kura-kura dalam perahu! Dah nampak aku sorang-sorang kat sini, kan? Soalan itu dibiarkan tidak berjawab. Makin bertaut kerutan pada dahinya. Aku kenal dia ke? Dia menyoal hati sendiri.
Keluhan kecil bersama gelakan kecil tercetus di bibirnya. “Awak ni memang sombong, kan? Dari pagi tadi saya cari awak. Sekarang baru saya dapat jumpa awak. Rindunya nak tengok muka awak yang comel ni.”
Siapa mamat ni sebenarnya? Sekali lagi dia menyoal hatinya. Buat seketika dia mula teringatkan sesuatu. Senyuman tersinggung di bibirnya.
Ya Allah… Subahanallah… Indahnya ciptaanMu Yang Masa Esa Lagi Maha Berkuasa. Senyuman dia cantik sangat! Mampu mencairkan setiap mata yang memandangnya.
Yes? Awak nak apa?” Dia cuba permainkan lelaki itu. Weh, mamat sengal! Kau tahu tak yang kau dah salah orang! Kalau kau betul-betul suka kat dia, kau sepatutnya cam dia! Tahu di mana perbezaan dia dan kembar dia! Ya, kami memang sangat seiras. Tapi ada sesuatu yang di wajah mereka yang mampu membeza muka mereka. Allah itu Maha Agong kerana meletakkan perbezaan itu antara kami. Supaya kami tak tertukar.
“Semalam awak ada janji sesuatu dengan saya. Oh, by the way… awak nampak sweet sangat dengan baju kurung ni.”
Alamak! Janji apa pulak ni? Manalah aku tahu! Aku bukannya Qairyna. Dan satu lagi… memang aku dengan Qairyna banyak perbezaannya dari segi pakaian. Seraut wajah itu dipandangnya lama. Oh, patutlah Ryn suka sangat dengan mamat ni. Ya, dia ni memang kacak sangat. Tapi… siapa nama dia? Tak ada pulak Ryn sebut nama dia. Bibirnya menguntumkan senyuman. Niatnya untuk mempermainkan lelaki. Tetapi lelaki itu lebih bijak menembaknya.
“Saya rasa awak dah salah orang. Excuse me! Saya ada kelas. I need to go.” Tidak jadi untuk mengenakan lelaki itu, dia terus meminta diri apabila terpandangkan jam tangan yang sudah menghampiri dua petang.
“Eh, kelas apa? Bukan ke tadi baru habis kelas?” Dia menyoal kepelikan. Dia dengan Qairyna kan sekelas. Untuk semester ni, hanya dua subjek yang tidak sama dengannya. Bahkan dia juga sudah menghafal jadual Qairyna.
Qaisara tersenyum sekejap.
Ya Allah… kenapa senyumannya tak sama dengan senyumannya sebelum ni? Senyumannya kali ni benar-benar membuatkan aku jatuh cinta. Dia meneguk liur perlahan.
“Er… hmm… siapa nama awak?” Dia terpaksa menyoal. Dan dia sedang ingin membetulkan semua salah faham itu.
Zaarif mengerutkan dahinya. Kenapa dengan Qairyna hari ni? Dia nampak lain sangat. Dan satu lagi… apa kes pulak tanya nama aku? Dah dekat setahun aku berkawan dengan dia, kan? “Apa maksud awak, Ryn?”
Qaisara menghentikan langkahnya sambil tersenyum lagi. Kan betul! Dia ingat aku ni Qairyna. Bukan ke kawan-kawan Kak Ryn kebanyakkannya dah tahu yang Kak Ryn ada kembar kat Universiti ni? Cuma fakulti mereka sahaja yang berbeza. Sepasang anak matanya memandang seraut wajah itu. “Untuk pengetahuan awak… hmm… apa nama awak?”
“Zaarif.”
“Oh, Zaarif ya? Untuk pengetahuan awak, saya ni adik kembar Qairyna. Tapi saya hairanlah! Kebanyakan kawan Kak Ryn dah tahu yang Kak Ryn ada kembar seiras yang belajar di Universiti ini. Takkanlah awak tak tahu?” Pelik juga bila lelaki yang bernama Zaarif ini tidak mengetahui perihal kakak kembarnya. Lagi satu! Tak dapat nak bezakan kelainan yang ada pada kami berdua.
“Er… tapi… saya tak pernah tahu pun.” Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik Tapi benar!
Tajam anak matanya menikam seraut wajah itu! “Sebab awak tak pedulikan Kak Ryn, kan?” Kalau mamat ni betul-betul pedulikan Kak Ryn, pastinya dia tahu semua perkara tentang Kak Ryn !
“Tapi… saya dah setahun kawan dengan dia. Dia tak pernah cerita pun.”
“Sebab awak tak pernah tanya!”
Klai ini Zaarif membalas pandangan tajam sepasang anak mata itu. Sedap-sedap dia tuduh aku! “Mana awak tahu yang saya tak pernah tanya?”
Qaisara menepuk dahinya perlahan. Apa punya soalan daa… “Dah kalau dia tak pernah cerita, mestilah awak tak pernah tanya. Sebab tu awak tak tahu.”
Zaarif tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia mengangkat muka. Seraut wajah itu dipandang lama. Mencari kelainan pada seraut wajah itu. Perfect! Semuanya nampak sempurna! Semuanya nampak sama. Sebenarnya apa yang membezakan mereka berdua.
Berkerut dahinya apabila lelaki itu merenung wajahnya. “Apesal dengan awak ni? Kenapa pandang saya macam tu?”
“Awak dan Ryn tak ada beza. Fizikal yang sama. Wajah yang sama.”
Qaisara tergelak perlahan. “Yup! Of course! Sebab saya dan dia lahir pada tarikh yang sama. Mama dan papa kita orang adalah orang yang sama. Tapi kita orang ada perbezaannya. Mungkin sebelum ni awak tak pernah kenal saya. Sebab tu awak tak dapat nak bezakan. Hari ni awak dah jumpa saya. Jadi… saya rasa awak akan nampak perbezaan antara kami berdua.”
Zaarif mengangguk kepala perlahan.
By the way, I am Qaisara. Not Qairyna.” Qaisara memperkenalkan dirinya. Semoga Zaarif tak akan tertukar dia dan kakak kembarnya sekali lagi.

………….

SATU kenangan yang tak akan pernah dia lupakan sampai bila-bila. Sampai saat ini sekalipun, kenangan itu tak sudah-sudah menghantui dirinya. Menimbulkan rasa bersalah yang tak sudah-sudah. Dan sampai sekarang pun rasa bersalah itu masih terasa dalam dirinya.
Kasih sayang yang dihulurkan oleh lelaki itu disalah tafsirkan. Kenapa aku boleh jadi sampai macam tu sekali? Menyesal sungguh! Sampai sekarang pun perasaan bersalah itu masih wujud dalam diri ini. Malu tak payah nak cakaplah! Rasa macam nak menyorok kat bawah tempurung untuk selama-lamanya je! Tapi hidup tetap perlu diteruskan! Dah dua tahun kenangan pahit itu berlalu… namun masih terkesan sehingga sekarang.
Sekali sekala ada juga dia dan Kak Ryn tersebut balik tentang kisah itu. Namun hanya gelakan yang akan tercetus di bibir mereka. Cinta monyet! Kelakar! Orang lain bercinta, kita sibuk nak bercinta! Kan dah termalu sendiri!
Sara... Sara... dahlah! Tak payahlah nak mengungkit perkara yang memalukan itu! Cukup sampai situ aje!

………….

 “SARA… petang ni balik lambat sikit ya?”
Qaisara mengerutkan dahinya. Apa lagi kali ni? “Kenapa pulak?”
Dia sudah tersengih-sengih sendiri. “Hmm… petang ni Ryn ada date dengan Rifqi. Kalau Sara balik awal, papa mesti tanya macam-macam. Sara balik lambat sikit, ya? Sara pergilah mana-mana pun. Library ke… Sara tunggu Ryn balik, eh?”
Siapa pulak Rifqi tu? Qairyna memang tak pernah serik! Tak ingat ke macam mana papa marah masa dengan Zaarif dulu? Qaisara menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. “Kak Ryn ni kan… selalu macam ni. Apa kata Kak Ryn berterus terang dengan mama dan papa. Tak payahlah nak sembunyi-sembunyi macam ni. Sara yakin mama dan papa akan faham.”
“Tapi… Ryn tak rasa yang papa akan faham. Kalau mama Ryn percaya. Papa tu tak boleh, Sara. Dia kan selalu pesan… kalau belajar biar betul-betul! Tak ada gunanya bercinta masa belajar. Cinta hanya akan merosakkan pelajaran. Sara ingat lagi kan macam mana papa marah masa kita Diploma dulu? Dengan Zaarif?”
Dia sudah tergelak besar. Mana mungkin dia lupa. Tragis! Tapi… kelakar pun iya jugak! Kalau diingatkan balik memang rasa macam nak gelak seribu tahu aje! Satu persatu pesanan papanya disebut kakaknya itu. Dah hafal pun! Ayat yang sama aje akan keluar daripada mulut papanya. Papa memang macam tu! Pantang larang dia sewaktu kita orang belajar! Nak tak nak, ikut ajelah!
“Kalau macam tu Sara tunggu kat Library. Kalau Kak Ryn dah nak balik, panggil Sara kat Library.”
“Orait! Thanks Sara!”
No hal, lah!”
Tiba-tiba sahaja sebuah Proton Satria Neo melintas laju di sebelah mereka berdua. Air lopak memercik ke arah mereka berdua. Qaisara terkena lebih banyak memandangkan dia berjalan bersebelahan dengan jalanraya. Terdengar jeritan kecil keluar daripada bibir mereka berdua.
“Hah? Habis basah? Kak Ryn pegang buku Sara kejap.” Qaisara kelam kabut menyerahkan buku yang dipegangnya kepada Qairyna. Bajunya yang putih itu terkena lopak air yang kekuningan itu cuba disapunya. Namun sia-sia! Kesan kotor itu jelas kelihatan. Habislah aku! Macam mana nak masuk kelas kalau baju kotor macam ni?
Mereka menghentikan langkah dan terus menghalakan pandang ke arah Proton Satria Neo itu yang menghentikan keretanya di tepi jalan. Mungkin menyedari yang dia telah menyebabkan lopak air itu memercik ke arah dua gadis yang berjalan seiringan.
Kelihatan seorang lelaki berkaca mata gelap melangkah keluar daripada Proton Satria Neo itu. Qairyna menghalakan pandang ke arah lelaki itu. Sedangkan Qaisara masih cuba mengelap kesan air yang melekat pada bajunya. Berkerut dahinya memandang lelaki itu. Macam pernah ku lihat! Tapi di mana ya?
Qaisara yang kepelikan dengan pandangan Qairyna turut menghala pandang ke arah seorang lelaki yang melangkah ke arahnya. Dia melemparkan jelingan tajam. Mamat ni dah buat aku basah macam ni! Siapa mamat ni? Kenapa Kak Ryn tak berkelip pandang dia? Oh, sebab dia handsome ke? Ceh, handsomelah sangat macam tu? Tapi… memang kacak pun!
“Cik… sorry! Saya tak sengaja tadi. Tak nampak pun lopak air tu.”
Qaisara mengetap bibir sambil menjeling tajam. Tak sengaja ke? “Dah tahu kawasan universiti kan? Yang pandu kereta laju-laju tu kenapa?” Dia membebel. Namun perlahan sahaja. Ingat aku berani ke nak berleter macam ni depan orang?
Qairyna tersenyum. “Abang Nadzri, kan?”
Qairyna
Cepat-cepat Qaisara menoleh kepada kakaknya itu. Kak Ryn kenal dia? Kemudian kepalanya ditoleh memandang lelaki itu. Tapi… aku tak kenal lelaki ni pun?
Kelihatan kerutan jelas tergambar pada seraut wajah lelaki itu. Sekejap sahaja dia mula mengukirkan senyuman. “Ryn?” Dia menyoal gadis itu. Anak matanya singgah pula pada gadis di sebelah Qairyna. Masam betul muka dia. Eh, kejap! Sama? Kembar Ryn ke?
Qairyna yang perasankan kepelikan itu sudah tergelak perlahan. Qaisara di sisi diam membatu. Marah lagi tu! “Abang Nadzri … bila Abang Nadzri balik Malaysia? Ryn tak tahu pun.” Ramah dia menyapa lelaki itu. Langsung terlupa Qaisara yang sudah kesejukan itu.
“Minggu lepas. Lepas tu abang diterima mengajar kat sini. So… hari ni abang datang lapor diri.” Dia sudah tersenyum lebar. Lama betul tak jumpa Qairyna. Anak matanya memandang semula ke arah gadis yang mirip Qairyna itu. Dia nampak tangan gadis itu sedikit menggeletar. Mungkin kesejukan apabila bajunya sudah hampir basah keseluruhannya. Pantas dia membuka jaket hitam di badannya. Langkah kaki diatur menghampiri dua gadis itu. Jaket di tangan diletakkan di atas bahu gadis yang masih diam tak terkata itu.
Qaisara tersentak dengan tindakan pantas itu. Langsung tak sempat dia nak mengelak. Qairyna pun! Masing-masing jelas tergamam! Qairyna tersenyum. Gentlemannya Abang Nadzri ni…
“Pakai ni. Sorry sebab kotorkan baju awak. Nanti saya akan ganti balik baju awak.”
Qaisara mencebik. Jaket milik lelaki itu ditarik kemas kebadannya yang sudah kesejukan itu. Apa? Ingat aku tak ada duit nak beli yang lain ke? Nak ganti bagai, konon! “Kak Ryn… Sara nak balik.”
“Hah? Habis tu, kelas?”
“Sara tak nak masuk kelas. Baju dah kotor macam ni. Tak selesalah.” Langsung dia tidak memandang lelaki itu. Sakit betul hatinya! Gara-gara lelaki ini, dia terpaksa ponteng kelas. Dalam hidup aku ni, sekalipun aku tak pernah ponteng kelas. Tapi hari ni…
“Er… tapi… Nanti papa marahkan Ryn.”
Qaisara menggaru kepalanya sekejap. Betul jugak tu! Dulu pun Kak Ryn pernah kena marah sebab tak jaga dia baik-baik. “Kalau macam tu, Sara tunggu Kak Ryn dekat padang.”
“Baju Sara?” Tanya Qhairyna penuh simpati.
Qaisara menghulurkan senyum. Dia bimbang kakaknya akan risaukan dia. Lebih baik dia kawal riak wajah. Kesian pulak tengok muka bersalah Qhairyna itu. “Takpe! Ada jaket Encik ni.” Dia memandang sekilas ke arah lelaki itu. Senyuman dimatikan sambil menjulingkan mata ke atas. “Encik… saya pinjam dulu baju Encik.” Tanpa memandang lelaki itu, dia bersuara. Sungguh, dia rasa sedikit selesa bila dilindungi oleh jaket kulit itu. Mahal ke? Entahlah!
Nadzri diam tanpa kata. Jelas seraut wajah perempuan itu keliharan marah kepadanya. Dia mengukirkan senyum dalam diam. Perempuan ni cantik sangat. Walaupun marah… langsung tak ketara.
“Kak Ryn… dah lewat! Kak Ryn pergilah kelas. Sara tunggu bawah pokok macam biasa, ya?” Senyuman dihulurkan kepada kembarnya.
“Okey. Tapi… Sara tak apa-apa ke?” Dia masih risaukan Qaisara. Nanti apa pulak cakap orang yang lalu lalang bila nampak baju Qaisara.
“Sara tak apa-apalah, Kak Ryn. Dahlah. Meh sini buku Sara. Jumpa petang nanti, ya?” Dia terus tersenyum sambil mengatur langkah. Ditebalkan muka bila ada mata-mata yang memandang. Nasib baik uzur! Kalau tak, tak tahulah nak solat macam mana dalam keadaan macam ni. Dia terus mengatur langkah tanpa berpaling lagi.
Qairyna melemparkan pandang ke arah Abang Nadzri yang masih menanti di situ. “Er… Itu Qaisara. Adik kembar saya.”
“Oh, ini ke dia yang selalu awak cerita dulu tu?”
Qairyna tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
Sorry dengan apa yang jadi hari ni. Saya betul-betul tak tahu jalan kat sini banyak rosak dan berlopak. Jadi… saya tak perlahankan kerata.”
“Takpe! Sara bukan jenis yang suka simpan rasa. Kejap lagi dia okeylah tu.”
Nadzri melepaskan nafas kelegaan. Bimbang juga kalau-kalau Sara ambil hati dengan apa yang terjadi pada hari ini. Dia mengukirkan senyuman. Entah kenapa dia macam terjatuh hati pada pandang pertama! Mengarut betul!

………….

TEKUN dia membaca novel Perempuan Lindungan Kaabah itu. Nasib baik ada bawak novel ni. Kalau tak mesti bosan nak tunggu Kak Ryn. Selepas menyiapkan tutorial dan tugasannya, dia terus mencapai novel itu dan menyandarkan tubuh pada pokok yang rendang itu. Nasib baik pokok tu besar. Boleh jugak dia berlindung.
Dia tercari-cari seraut wajah. Mana perempuan tu? Rasanya dah habis satu padang dia ronda. Langsung tak jumpa apa yang dicarinya. Bukan ke tadi dia cakap nak tunggu kat padang ni? Dia berpaling ke kiri dan kanannya. Juga tak ada. Keluhan kecil dilepaskannya. Bibirnya menguntumkan senyuman hambar. Nampaknya bukan jodoh aku bertemu dengan dia sekali lagi. Dia kembali mengatur langkah berat berkira-kira untuk menghentikan pencariannya.
Dahinya dikerutkan. Anak matanya seolah-olah ternampak cebisan baju berwarna putih di sebalik pokok besar itu. Baju ke kertas? Dia menyoal hatinya. Perlahan langkahnya diatur menghampiri pokok besar itu. Ha’ah… memang baju pun!
Bibirnya mengukirkan senyuman perlahan. Nafas kelegaan dilepaskan. Akhirnya… jumpa jugak dia! Langkahnya diatur menhampiri gadis di sebalik pokok itu. “Assalamualaikum.” Salam dihulurkan. Dia mengerutkan dahinya. Tak jawab? Masih marah pasal pagi tadi ke? Langkah diatur ke hadapan. Bulat anak matanya memandang seraut wajah itu. Akhirnya dia tergelak perlahan.
Seraut wajah mulus itu diperhatikan lama. Comel sungguh muka dia ni kan. Hmm… ada sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan Qairyna. Tahi lalat pada hujung mulutnya sebelah kanan. Kalau tak diperhatikan betul-betul memang tak nampak. Mulus wajahnya tanpa sebutir jerawat yang mencelakan wajah.
Bibirnya mengukirkan senyuman apabila mendengar dengkuran halus terbit di bibir itu. Kenapa aku tak pernah kenal Sara sebelum ni? Wajah yang sama. Namun dia nampak perbezaan sikap yang ketara. Ya, dia sudah lama mengenali Qairyna. Namun Qaisara… baru hari ni. Dia sudah jatuh cinta padah wajah innoncent Qaisara. Sikit pun Qaisara tidak melenting sewaktu bajunya dikotorkan tadi.
Dia mengerutkan dahi. Terasa seperti tidurnya terganggu. Biasanya kalau aku tidur sini tak ada pun yang menganggu. Padang ni terletak di suatu sudut paling hujung. Satu-satunya pokok besar yang sangat ditakuti penghuni fakulti ini. Katanya pokok ini berhantu. Tapi tidak bagi Qaisara. Pokok inilah penemannya selama tiga tahun di universiti ini. Bukan nak bercakap besar, tetapi sekalipun dia tak pernah diganggu oleh benda-benda yang tak sepatutnya sebagaimana yang dikatakan oleh teman-temannya.
Namun hari ni… dia mula rasa seram sejuk. Dalam tidurnya yang lena itu, dia dapat merasakan ada sesuatu yang menganggu tidurnya. Kenapa setelah tiga tahun? Setelah tiga tahun baru benda-benda tu nak ganggu dia? Dia ada buat salah apa-apa ke? Sebab dia uzur ke? Atau sebab bajunya yang kotor? Terasa dadanya berdebar semakin pantas. Di ruang matanya yang terpejam itu, dia dapat melihat bayang-bayang lembaga hitam sedang berada di hadapannya. Ya Allah… aku berlindung daripada segala kejahatan.
Matanya masih dipejamkan rapat. Namun tangannya sudah bergerak mencari beg dan buku-bukunya. Perlahan gerak geri tangannya diatur. Dia sudah berkira sendiri di dalam hatinya. Setelah berjaya mencapai semua barangnya, dia akan membuka mata dan cabut lari dari situ. Dan dia berjanji tidak akan datang lagi ke pokok besar itu.
Nadzri mengerutkan dahi perlahan. Kenapa muka dia berkerut seribu ni? Dia mimpi ngeri ke? Anak matanya memerhatikan tangan Sara yangbergerak satu persatu mencapai beg dan buku-bukunya. Pelik! Mengigau ke? Sedangkan matanya masih lagi terpejam rapat? Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran dia?
Kali ini dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Fail besar setebal dua inci itu digengam erat di tangan kanan. Tangan kirinya sudah mememang buku dan begnya. Kaki dikuatkan ke tanah. Cepat sahaja dia membuka mata sambil menghayunkan fail tebalnya ke arah lembaga yang masih ada di hadapannya itu.
Terperanjat besar Nadzri apabila fail tebal itu kelihatan melayang hampir mengenai mukanya. Pantas dia mengelak sambil tangannya memegang tangan perempuan itu. Niatnya untuk menghentikan hayunan fail tebal itu. Berjaya! Tangan itu sudah berada dalam gengaman tangannya.
Qaisara panik apabila melihat seorang lelaki di hadapannya. Cepat dia menjerit. Harapannya semoga ada orang yang lalu lalang datang menolongnya. “Aaa…”
Nadzri cepat bertindak menutup mulut Qaisara yang cuba menjerit itu. “Sara… jangan jerit. Nanti orang ingat saya nak apa-apakan awak.”
Aik, dia kenal nama aku? Jeritannya automatik terhenti. Perlahan matanya yang dipejam itu dibukanya. Berkerut dahinya mencari seraut wajah itu. Mamat ni? Apa dia buat kat sini? Tangan kirinya melepaskan beg dan buku yang dipegang. Kali ini tangannya itu sudah singgah pada tangan lelaki itu. Cuba meleraikan tangan lelaki itu daripada mulutnya.
Nadzri mengeraskan tangannya. “Janji dulu jangan jerit.”
Qaisara mengangguk perlahan sambil cuba meleraikan tangan itu sekali lagi.
Lelaki itu sudah tersenyum sendiri. Muka semacam aje! Dia ingat aku nak apa-apakan dia ke? Perlahan tangannya dialihkan.
Dia meneguk liur perlahan sambil membetulkan duduknya. Nasib baik tak terselak kain aku, tau? Ni semua gara-gara nak larikan diri daripada lembaga hitam. Ingatkan tempat ni memang betul-betul ada penunggu. Rupanya mamat ni! Buat suspend aje! “Awak buat apa kat sini?”
Nadzri tersenyum sambil tergelak kecil. “Saya cari awak tadi. Tak tahu pulak yang awak sembunyi kat sini. Nasib baik jumpa!”
Makin berkerut dahi dibuatnya. Dia cari aku? Buat apa? “Kenapa awak cari saya?” soalnya berterus terang.
“Saya nak minta maaf dekat awak. Pasal pagi tadi.”
Qaisara melepaskan keluhan kecil. Kalau aku cakap tak maafkan pun nak buat apa? Dia kan dah cakap yang dia tak sengaja tadi. “Saya dah maafkan pun.”
“Hah? Cepatnya awak maafkan saya?” Pelik dengan sebaris ayat itu.
Berkerut dahi Qaisara memandang lelaki yang masih duduk mencangkung di hadapannya itu. “Habis tu? Awak nak saya lambat-lambatkan ke? Maaflah, saya bukannya jenis yang suka simpan dendam. Lagipun awak dah cakap yang awak tak sengaja tadi. Saya faham.”
Nadzri tersenyum dan melepaskan nafas kelegaan. Sejuk betul hatinya memandang seraut wajah ini. Wajah yang sama. Tapi… hati Qaisara sangat ikhlas. Dia dapat mengagak bahawa mereka berdua mempunyai perbezaan sangat ketara. “Awak ni baik, kan?”
Ni apa kes pulak puji-puji aku? Ee… naik seram aku dibuatnya. “Boleh ke tepi sikit? Saya nak bangun ni.” Rasa tidak selesa apabila lelaki itu memandangnya dengan riak yang sukar untuk ditafsirkannya. Kedudukan yang rapat juga semakin membuatkan dia seram sejuk.
Nadzri bangun dan berdiri, memberi ruang kepada gadis itu untuk bangun. Dia tahu Qaisara tidak selesa.
Qaisara berdiri sambil menepuk-nepuk punggungnya. Membuang daun kering yang melekat pada bajunya. Jaket yang besar gedabak milik lelaki di hadapannya ini diperbetulkan di tubuhnya.
“Jom ikut saya?”
Pantas Qaisara mengangkat muka memandang lelaki itu. Kenapa aku rasa mamat ni macam pelik aje? “Kenapa saya mesti nak kena ikut awak? Ke mana?”
Tercetus gelakan kecil di bibirnya dengan kenyataan yang menunjukkan gadis itu meraguinya. “Saya bukan nak buat benda yang tak elok pun. Saya cuma nak bawak awak belikan baju. Tak elok pakai baju kotor macam ni.”
Qaisara mencebik. Dia yang menyebabkan aku kotor macam ni. Mesti sekarang ni aku dah comot gila, kan? “Siapa yang buat jadi kotor macam ni?” Dia berkata perlahan. Namun sempat didengari sepasang telinga itu.
“Saya minta maaf. Saya akan gantikan baju itu.”
“Tak apalah. Saya tak nak.”
Nadzri memandang gadis itu lama. Susah betul dia ni kan. Sekujur tubuh itu dipandangnya lama. Takpe! Kalau dia tak nak ikut aku pun takpe!
Qaisara mengerutkan dahi. Takut pulak bila lelaki ini pandang dia dari atas ke bawah. Dia nak apa sebenarnya? “Awak ni kenapa?”
“Awak tunggu sini kejap ya? Jap lagi saya datang balik.”
“Hah? Er… tapi…” Tak sempat dia berkata apa. Lelaki itu sudah berlari anak meninggalkan dia. Tunggu sini nak buat apa? Jam di pergelangan tangan dipandangnya sekilas. Ya, Allah… lambatnya masa berlalu hari ni! Kenapa baru pukul sebelas? Rasa macam dah lama sangat aku kat sini. Mati aku nak tunggu sampai pukul enam petang. Hari ini Qairyna habis kelas pukul enam petang. Lamanya kena tunggu! Kalaulah baju aku okey boleh aku gi lepak kat Library. Ada juga manfaatnya! Dia mengeluh perlahan sambil melabuhkan duduk semula. Novel Perempuan Lindungan Kaabah diambil semula dari begnya. Bacaannya disambung kembali.
Selang dua puluh minit, dia terdengar derap kaki yang memijak daun kering tidak jauh daripada tempat duduknya. Ada debaran halus yang berirama di dalam hatinya. Siapa? Siapa lagi yang suka ganggu aku kat sini? Dia mengecilkan tubuhnya yang sedia kecil itu. Harapannya semoga tak ada orang yang nampak dia di sebalik pokok besar itu.
“Sara?”
Satu suara menyebut namanya. Oh, maksudnya orang yang mengenali dirinya. Dia melepaskan nafas kelegaan. Kepalanya ditoleh ke belakang. Hah? Dia ni lagi? Kenapa dia datang sini balik? Kali ini barulah dia teringat… Bukan ke lelaki itu dah cakap suruh tunggu kejap. Tapi aku bukan tunggu dia pun! Dah tak ada tempat lain aku nak lepak. Sini aje tempatnya!
“La… saya ingat awak dah lari tadi. Kecik betul awak ni, kan? Saya tak nampak awak pun tadi.” Dia melangkah menghampiri gadis itu.
“Nak apa?” Soalnya malas.
“Nah!” Beg plastik di tangan dihulurkan kepada gadis itu.
Qaisara tidak menyambutnya. Dia memandang pelik ke arah lelaki itu. “Apa?”
“Baju awak.”
Hampir terngadah dia dengan jawapan lelaki itu. Takkanlah dia betul-betul gantikan baju aku? Mana dia tahu saiz aku? Oh, patutlah dia pandang aku macam nak telan aje tadi? Dia tengok saiz aku ke apa? “Tak payahlah awak nak susahkan diri awak. Saya tahu macam mana nak buat walaupun terpaksa duduk kat sini sampai pukul enam.” Dia menolek pemberian itu. Sungguh, dia pelik dengan lelaki ini!
“Takpe! Kalau awak tak nak, saya tinggalkan kat sini. Biar di bawak lari anjing.” Beg plastik itu diletakkan di sebelah beg Qaisara.
Bulat matanya memandang lelaki itu. Gila! Setahu aku, tak pernah pulak anjing datang lalu lalang kat sini sejak dia suka lepak kat sini. “Tapi…”
“Okeylah. Saya dah nak pergi ni. Ada kelas pukul dua belas. Jumpa lagi lain kali. Bye.” Tanpa menunggu patah kata gadis itu, dia terus melangkah pergi bersama senyuman di bibir. Sungguh, dia sudah mula jatuh cinta pada gadis itu.
Qaisara terdiam sendiri. Anak matanya hanya mengekor langkah kaki lelaki itu. Kenapa dia baik sangat ni? Akhirnya dia mencapai beg plastik itu. Alhamdulillah… sekurang-kurangnya aku boleh gi lepak kat Library. Dia tersenyum sendiri.

………….

QAISARA mengeluh perlahan apabila terpandangkan seraut wajah yang memberikan salam itu. Sekejap sahaja anak matanya sudah dijulingkan ke atas. Sejak kebelakangan ini tempat lepaknya diganggu. Siapa lagi kalau bukan Encik Nadzri.
“Awak buat apa kat sini.” Soalnya malas. Kenapalah dia suka sangat kacau aku ni!
Senyuman mekar di bibirnya walaupun gadis itu seolah-olah tidak suka akan kehadirannya di situ. “Datang jumpa awak.”
Anak matanya dikecilkan ke arah lelaki itu. Mamat ni silap orang ke apa? “Saya rasa awak silap orang. Saya Qaisara. Bukan Qairyna.”
Lelaki itu mengangguk perlahan sambil tersenyum mesra. “Tak! Saya memang tak silap orang. Saya memang nak jumpa Qaisara. Bukan Qairyna.” Dia berterus terang.
Qaisara mengetap bibir geram. Kenapa dia nak jumpa aku lagi? Aku tak suka dia datang cari aku! “Awak tahu tak yang saya tak sukakan awak.”
Nadzri tersenyum manis sambil tergelak perlahan. Kemudian kepalanya diangguk lagi. Susah betul nak dekat dengan perempuan ni. Kenapa, ya? “Saya tahu.” Jujur jawapannya.
“Habis tu? Kenapa awak datang sini lagi?”
Sara
Sepasang anak mata itu dipandangnya lama. “Sebab saya sukakan awak.”
Haha! Qaisara tergelak kuat dengan jawapan lelaki itu. Tak munasabah langsung jawapan dia! “Awak jangan nak mengarut okey?”
“Tak! Mana ada saya mengarut. Saya sukakan awak. Sebab tu saya suka datang sini. Suka cari awak kat sini. Kalau sehari saya tak jumpa awak mesti hati saya tak tenang.” Kali ini dia nekad berterus terang tentang perasaannya.
Pandangannya tajam menikam seraut wajah yang membuat muka tak bersalah itu. “Encik Nadzri… awak jangan nak merepek. Sebenarnya awak sukakan Kak Ryn, kan? Sebab tu awak selalu datang sini jumpa saya. Sebab awak rindu nak pandang muka dia. Disebabkan wajah kami seiras sangat-sangat, awak datang sini pandang saya. Betul kan?” Qaisara juga meluahkan apa yang dia rasa. Ya, memang itulah yang dirasakannya selama ini. Sama macam Zaarif dulu! Dia sudah serik.
Teringatkan kembali lelaki yang bernama Zaarif itu, hatinya terasa dicarik-carik. Sikap Zaarif yang mengambil berat dirinya, membuatkan dia jatuh cinta pada kekasih kakak kembarnya itu. Sikap Zaarif yang selalu datang cari dia di perpustakaan, lepak bersama, makan bersama, keluar bersama… membuatkan dia cintakan Zaarif. Padahal lelaki itu mendekatinya kerana kakak kembarnya. Kerana lelaki itu rindukan Qairyna.
Di akhir cerita, dia yang frust sendiri. Hampir sahaja dia bergaduh besar dengan kakak kembarnya itu. Hanya disebabkan oleh seorang lelaki. Cukuplah sekali! Dia tak mahu peristiwa semasa pengajian Diploma itu berulang kembali. Dia tak nak perang dingin berlaku lagi di antara mereka berdua. Kerana seorang lelaki. Akhirnya Qairyna dan Qaisara mengambil keputusan untuk meninggalkan lelaki itu kerana tidak mahu pergaduhan antara dia dan kembarnya berlarutan. Sedangkan mereka berdua sangat rapat. Bila papa masuk campur, kedua-duanya kena marah teruk. Sampaikan mereka berdua jadi serik!
Seraut wajah itu dipandangnya lama. Bukannya dia tidak tahu yang Qairyna sukakan Nadzri. Sejak pertemuan semula Qairyna dan Nadzri, kakak kembarnya itu kerap bercerita pasal lelaki itu. Dan dia tidak mahu dituduh sebagai perampas lagi! Cukuplah sekali!
Pandangannya jatuh tepat di seraut wajah itu. Sepasang anak mata Qaisara dipandangnya lama. Tidak Qaisara! Aku tahu membezakan kamu berdua. Dan aku tahu… aku sukakan kau, Qaisara! Bukan Qairyna!
Nope! Salah!” Ringkas jawapannya.
Qaisara mengerutkan dahinya. Kenapa pulak dengan lelaki ini?
“Saya bukan datang sini untuk melepaskan rindu saya pada Qairyna. Tapi saya datang sini sebab nak ubatkan rindu saya pada Qaisara. Saya cintakan Qaisara. Bukan Qairyna! Awak buat saya jatuh cinta pada awak, Sara.”
Hampir terngadah dia dibuatnya. Mamat ni jatuh cinta pada aku? Merepek! Tak masuk akal betullah! “Saya rasa awak keliru Encik Nadzri. Disebabkan wajah kami serupa, awak tak nampak perbezaan antara kami berdua.”
“Saya tahu awak berdua berbeza, Sara. Sekali pandang saya dah dapat bezakan yang mana Qaisara, yang mana Qairyna. Saya sukakan awak sejak saya percikkan air lompak itu pada awak, Sara.” Dia memandang seraut wajah yang tenang itu. “Saya dah nampak perbezaannya masa tu. Dan saya dapat bezakan peribadi awak dan Qairyna. Saya sukakan awak. Bukan Qairyna.”
Qaisara terpana sekejap. Kali pertama! Ya, kali pertama seorang lelaki meluahkan isi hati, perasaan cinta kepadanya. Dia meneguk liur perlahan. Anak mata itu dipandang lama. Dia nampak keikhlasan pada seraut wajah itu. Sara… jangan berangan! Jangan biarkan perasaan menguasai diri.
Dia mengeluh sambil mencebik perlahan. “Maaflah, saya tak sukakan awak. So, awak dah boleh pergi. Saya tak nak jumpa awak lagi.” Dia meletakkan kata putus. Semakin dia bertemu lelaki ini semakin hatinya akan terluka. Cukuplah sekali dia pernah terluka!
“Awak menghalau saya ke?”
Dia tengadah sekejap. Er… aku tak ada niat nak menghalau dia pun. Dia terasa ke? Aduh… macam mana ni? Rasa bersalah menghantui dirinya. “Mana ada saya halau. Saya cuma suruh awak pergi sebab hari dah lewat. Cuba tengok jam. Dah dekat pukul tujuh, kan?” Dia berlagak selamba. Seperti tak pernah berlaku apa-apa. Seperti tak pernah mengucapkan kata-kata seperti tadi.
Nadzri tersenyum. Kekalutan Qaisara jelas nampak pada seraut wajahnya. Ini satu lagi perbezaan antara Qaisara dan Qairyna. Dia benar-benar sukakan Qaisara yang kalut ini! “Esok saya akan datang ke sini lagi.”
“Maaflah, esok dan hari-hari akan datang saya dah tak nak datang sini lagi.” Beg dan buku-bukunya dicapai. Anak matanya memandang sekilas ke arah pokok di sebelahnya. Maaf ya pokok… esok dan hari-hari akan datang aku tak akan temankan kau lagi. Aku dah tak nak datang sini. Bukan sebab aku tak suka kau. Tapi… sebab aku tak nak jumpa lelaki ni lagi.
Dia terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Membiarkan lelaki itu terpinga-pinga sendiri. Maafkan aku, Nadzri. Aku tak boleh mencintai kau. Sebab aku tahu Kak Ryn sukakan kau. Tangan kirinya memangang dada sendiri. Sakit sungguh perasaannya bila terpaksa menipu seperti ini. Ya, dia tahu! Dia juga sukakan lelaki itu. Tapi… tak mungkin dia akan meluahkan seperti dia meluahkannya kepada Zaarif suatu ketika dulu. Cukuplah sekali!

………….

“SARA, panggil kakak kamu. Mama dan papa ada nak bincang sesuatu.”
Sara meneguk liur perlahan. Aduh, masamnya muka mama! Apa lagi salah yang dah Kak Ryn buat kali ni? Perlahan dia mendaki tangga dan memanggil Qairyna.
“Ada apa, mama?”
Anak matanya memandang kedua anak perempuannya satu persatu. “Macam ni. Kamu berdua dah besar panjang. Mama rasa kamu berdua dah boleh kahwin.”
Kahwin? Huhu… tak nak! Qaisara berkata perlahan di dalam hatinya. Sungguh, dia belum bersedia. Dan juga belum ada calon! “Ala ma… kita orang berdua kan nak sambung belajar lagi. Nak ambil Master pulak.”
“Iya. Mama tahu. Tapi tak salah pun kamu berdua kahwin sambil belajar.”
“Tapi… papa kan pernah cakap… Kalau belajar biar betul-betul! Tak ada gunanya bercinta masa belajar. Cinta hanya akan merosakkan pelajaran.” Kali ini giliran Qairyna pula yang mencipta alasan. Ya, dia tahu… Dia dan Qaisara memang satu kepala!
“Itu dulu. Masa tu korang berdua ni masih belajar Diploma kan? Masih muda lagi! Itu yang papa marah sangat tu!”
Ryn
Qaisara dan Qairyna saling berpandangan antara satu sama lain. Lah, macam tu pulak? Masing-masing menjungkitkan bahu masing-masing.
“Macam ni… Mama ada seorang kawan. Kawan mama satu universiti dulu. Ingat tak yang kita pernah jumpa dekat Sogo tu?”
Qairyna mengerutkan dahi sambil menyoal Qaisara dengan bahasa badan. Qaisara menjungkitkan bahu sendiri. Tak ingat pun!
“Tak ingat? Takpe! Biar mama cerita habis dulu. Dia ada seorang anak lelaki. Lepas tu, dia berkenan dengan kamu berdua. Jadi… dia nak kamu jadi menantu dia.”
“Hah? Takkanlah nak kahwin dengan kami berdua serentak!” Soal Qairyna kebingungan. Tak pernah dibuat orang ni! Pelik! Pelik!
Puan Suri menggelengkan kepalanya. Sampai di situ fikiran budak ni? “Bukan macam tu! Cuma salah seorang aje. Antara Ryn atau Sara.”
“Ryn tak nak.” Cepat sahaja Qairyna menolak. Masakan tidak? Dia sendiri dah ada pilhan hati. Takkanlah nak terima sebulatnya cadangan mama tu?
“Sara pun.”
“Kenapa? Kamu berdua dah ada yang punya ke?” Soal Puan Suri sambil memandang anaknya seorang demi seorang.
Qairyna memandang Qaisara sekejap. Qaisara juga. Dia meneguk liur perlahan. Pastinya aku yang kena nanti. Kak Ryn dah ada Nadzri. Aku..? Sudah! Aku pun tak nak kalau macam ni!
“Ryn? Sara? Kenapa diam? Nak juga mama dan papa tahu. Kalau salah seorang dah ada, seorang lagi mesti menerima anak kawan mama.” Putus Tengku Qhai.
Qaisara sudah diam tidak terkata. Kan aku dah cakap… Yang kena mesti aku! Apa aku nak buat sekarang ni! Matilah aku! Qairyna memandang Qaisara. Sebenarnya masing-masing sudah serba salah. Qairyna nak mengaku, tapi… kesian pulak dekat Sara. Macam mana ni?
“Papa tanya tu… kenapa diam aje ni? Ryn? Sara?” Puan Suri juga mahukan kepastian. Tak sabar rasanya nak tengok dua-dua anaknya ini naik pelamin.
“Kami berdua masih tak ada siapa-siapa mama. Tapi…” Qairyna memandang adiknya yang sudah kelihatan serba tak kena itu.
Qaisara pelik. Apa yang cuba Qairyna sampaikan? Nak suruh aku kahwin dengan anak kawan mama? Aku pun tak nak!
“Tapi?” Soal Puan Suri dan Tengku Qhai serentak.
“Tapi… kami nak kahwin serentak. Kalau salah seorang masih tak ada calon, ataupun salah seorang dah ada calonnya… kami berdua kena tunggu kakak atau adik. Kita orang nak kahwin sama-sama.”
Jelas riak wajah Qaisara seolah-olah baru melepaskan nafas kelegaan. Qairyna tersenyum memandang adiknya itu. Dia tahu… Qaisara serba salah. Mereka berdua memang kembar seiras. Tetapi perwatakan mereka berbeza. Qaisara sangat lemah lembut orangnya. Tegas bila perlu sahaja. Sedangkan Qairyna keras kepala orangnya. Berlembut bila perlu sahaja. Sangat ketara perbezaannya. Namun mereka mempunyai persamaan yang ketara juga. Saling menyayangi antara satu sama lain. Saling bersandaran antara satu sama lain. Saling memahami jiwa masing-masing.
“Betul, ma. Sara dan Kak Ryn dah janji. Sebelum kitaorang SPM lagi. Kan Kak Ryn?” Qaisara cuba membela diri.
Qairyna menganggukkan kepalanya. Yang ni memang tak tipu. Tapi… bila  dah tamat pengajian Diploma, mereka dah sepakat untuk melenyapkan janji itu memandangkan Qairyna senang rapat dengan kawan lelaki dan Qaisara susah nak rapat dengan kawan lelaki.
“Okey. Kalau macam tu, mama akan suruh kawan mama tunggu.”
“Hah?” Serentak mereka berdua bersuara! Ada saja idea mama. Padahal mereka dah bagi macam-macam alasan. Susahnya!

………….

DI dalam bilik, masing-masing saling termenung. Macam mana ni… mama ni kan… Langsung tak bagi peluang untuk kami memilih sendiri.
“Kak Ryn… macam mana ni?”
Keluhan kecil dilepaskan. Sebenarnya dia juga bingung dengan keptusan mama itu. “Entahlah. Ryn pun tak tahu dah nak buat macam mana.”
“Kak Ryn dah ada pilihan sendiri. Jadi… Sara yang sepatutnya menerima lamaran kawan mama tu.” Qaisara mengalah.
“Apa yang Sara merepek ni? Ryn tak sukalah! Sara berhak memilih sendiri. Jangan nak berserah aje pada takdir.” Dia mengetap bibir geram. Mana boleh senang-senang nak mengalah! Mengalah bukan prinsip dia!
“Sara tak kisah pun, Kak Ryn. Asalkan mama dan papa bahagia.”
“Macam mana dengan kebahagiaan Sara? Ryn tak suka! Kalau Ryn bahagia, Ryn nak Sara pun bahagia! Kali ni Ryn nak kita janji semula. Ryn takkan kahwin kalau Sara tak kahwin. Kita kahwin serentak.”
Qaisara serba salah. Jika mereka berjanji semula, bermaksud kakak kembarnya itu perlu menunggu. Tak boleh! Kesian Kak Ryn! “Kak Ryn… jangan macam tu! Kak Ryn kan dah ada pilihan. Bukan macam Sara.”
“Ryn tak kira! Lantaklah kali ni! Ryn tak nak Sara terima lamaran kawan mama tu! Entah macam mana orangnya kita tak tahu! Kalau Sara nak, Ryn boleh carikan calon untuk Sara.”
Pulak? Aku tak nak! Aku belum bersedia untuk kahwin! “Tapi… Sara belum bersedia, Kak Ryn. Sara masih muda. Dan Sara pernah cakap pada Kak Ryn, kan? Sara hanya akan menerima orang yang cintakan Sara. Bukan orang yang Sara cintai.”
Diam. Masing-masing saling mendiamkan diri.
“Kak Ryn kahwinlah dulu. Sara tak kisah pun.”
“Tak nak! Ryn nak kahwin serentak dengan Sara.” Qairyna tetap dengan keputusannya.
“Jangan buat Abang Nadzri tertunggu-tunggu, Kak Ryn. Dia dah lama tunggu Kak Ryn. Jangan biarkan dia terlepas peluang sekali lagi.”
Qairyna mengerutkan dahi sendiri. Macam mana pulak boleh timbul pasal Abang Nadzri ni? Oh, takkanlah dia masih ingat apa yang aku cerita pada dia dulu? Huhu… Macam mana ni? Nak cakap ke tidak? “Sara…”
“Hmm?”
“Sara ingat lagi tak pada Zaarif?”
“Ingat. Kenapa?”
“Sara sukakan Zaarif kan?”
Sara ketawa kuat. “Apa Kak Ryn merepek ni? Sara dah lama buang perasaan Sara pada Zaarif. Dulu… time tu Sara masih budak-budak. Tak tahu nak menilai mana yang baik mana yang tak. Sekarang Sara dah besar. Sara dah boleh fikir dengan baik. Dan Sara hanya nak kahwin dengan orang yang cintakan Sara. Bukan dengan orang yang Sara cintai.”
“Macam mana kalau orang tu cintakan Sara dan Sara cintakan orang tu?”
“Kalau yang tu, memang yang Sara nak sangat-sangat. Tapi Sara tak pernah bercinta. Sara tak pernah cintakan seorang lelaki. Jadi… Sara hanya akan terima orang yang mencintai Sara. Yang menyayangi Sara.”
“Zaarif?”
“Kak Ryn… tu cinta monyet. Sara bodoh lagi masa tu. Bila Kak Ryn ada boyfriend, Sara pun nak ada boyfriend. Sara memang bersalah sangat pada Kak Ryn.”
“Betul ke?”
“Ya… mungkin masa tu Sara keliru. Bila Zaarif sukakan Kak Ryn, Sara pun ingat Zaarif sukakan Sara. Itu silap Sara. Akhirnya tak pasal-pasal kita gaduh, kan? Menyesal sungguh Sara, Kak Ryn. Sampai sekarang pun masih terasa kekesalannya.”
“Berbalik kepada cerita kita dengan mama tadi. Habis tu, sekarang ni macam mana? Kalau mama paksa Ryn?”
Qaisara tersenyum. “Kak Ryn percayalah. Mama takkan paksa Kak Ryn. Apa yang penting… Kak Ryn berterus terang dengan mama dan papa yang Kak Ryn dah ada pilihan hati.”
“Macam mana dengan Sara?” Sungguh, hatinya tak sedap. Sanggupkah dia bahagia di atas penderitaan kembarnya itu? Dia kahwin kerana cinta. Sedangkan kembarnya itu kahwin kerana terpaksa!
“Kan Sara dah cakap… Sara redha dengan ketentuan Allah.”
“Itu bukan redha namanya, Sara. Itu pasrah! Redha adalah ikhlas. Dan pasrah adalah terpaksa! Dua perkara yang berbeza.”
Dia menganggukkan kepalanya perlahan. “Ya… jika pasrah adalah ayat yang sesuai, Sara pasrah aje.”
Keluhan kecil dilepaskannya. Setelah berfikir sejenak, dia kembali bersuara. “Ryn akan bincang dengan mama.” Qairyna tetap dengan keras kepalanya.
“Tak payahlah Kak Ryn. Nanti serabut pulak kepala mama. Yang Sara takut, papa akan melenting. Lain pulak jadinya nanti.”
Kali ini Qairyna pula yang mengangguk. Betul tu! Mama tak apa lagi! Tapi papa… sekali mengamuk, boleh runtuh rumah ni! “Macam nilah… apa-apa pun Ryn nak bincang dulu dengan mama. Kalau mama setuju, Ryn akan carikan calon untuk Sara.”
“Merepeklah Kak Ryn ni. Calon Kak Ryn tu, belum tentu Sara setuju.”
“Belum cuba belum tahu!”

………….

“NO! Daripada mama setuju dengan pilihan Ryn tu, lebih baik mama setuju dengan kawan mama. Yang tu mama dah kenal budaknya. Confirm baik punya! Yang Ryn nak carikan tu, mama langsung tak tahu baik atau buruk. Mama tak suka macam tu!”
“Tapi mama…”
“Panggil Sara. Mama nak bercakap sendiri dengan Sara.” Pantas Puan Suri mencantas ayat anaknya itu. Jika tidak, banyak lagi alasannya nanti!
Qairyna tiada pilihan. Mahu atau tidak, dia melangkah ke bilik memanggil Sara. Kali ini dia turun bersama Sara.
“Ryn naik atas. Mama nak bincang dengan Sara aje.”
“Tapi mama… Ryn tak nak…”
No! Mama kata naik! Mama tak nak dengar apa-apa lagi. Kalau Ryn sayangkan mama, naik sekarang! Mama nak bicang dengan Sara aje!” Dia tetap berkeras. Bukannya dia tidak tahu, Qairyna sangat keras kepala. Itu kata dia, itu jugak yang dia mahu. Kali ini dia tak mahu Qairyna masuk campur. Jika tidak, pasti Qaisara tidak bersetuju dengan mudahnya.
Dalam keterpaksaan dia melangkahkan kaki. Sekilas anak matanya singgah pada seraut wajah Sara yang langsung tidak menunjukkan sebarang riak. Sara… Ryn minta maaf. Mama pun dah jadi macam papa. Itu kata dia, maka itulah! Tak ada siapa pun yang boleh halang. Menyesal sungguh dia berterus terang dengan mama. Akhirnya Sara pula yang jadi mangsa.
“Sara… bincang elok-elok. Luahkan apa yang Sara nak luahkan.” Sempat dia berbisik kepada adik kembarnya itu.
Qaisara senyum sambil mengangguk perlahan.

………….

WHAT? Kenapa dengan Sara ni? Kenapa Sara setuju? Sara berhak nak menolak, kan? Ryn tak puas hati kalau macam ni keputusan mama.”
“Dahlah, Kak Ryn… Sara dah malas nak cakap apa. Cuma Sara nak bagitahu Kak Ryn yang Sara dah setuju semuanya.”
Kali pertama Qairyna menitiskan air mata di hadapan adik kembarnya itu. “Ryn tak sanggup tengok Sara tak bahagia.” Dia memeluk adik kembarnya sambil tersedu-sedu.
Qaisara mengusap belakang kakak kembarnya. Sedaya upaya ditahan air matanya daripada menitis jatuh. Sudahlah! Dia tak mahu tengok Qairyna sedih. Juga mama dan papanya. Jadi… dia perlu kuat. Dia perlu sabar dan sabar. “Kak Ryn… cinta boleh dipupuk, kan? Kata orang, cinta akan lebih bahagia bila bermula di alam perkahwinan.”
“Sara ni… banyak sangat baca novel Melayu! Sebab tu Sara selalu fikirkan bahagia. Happy ending! Sara kena ingat… yang dalam novel tu semuanya angan-angan! Dunia fantasi ciptaan penulis semata-mata. Tak akan sama dengan realiti, Sara.”
Dia mengangguk perlahan. Dan dia tahu tentang itu! “Sara tahu… tapi ada juga penulis yang bercerita tentang realiti. Sebab tu Sara percaya pada takdir Allah.”
Lelah sungguh hatinya dengan jawapan Qaisara. Kenapa sampai macam ni jadinya? “Sara tak menyesal?”
“Sara tak akan pernah menyesal bila Sara membuat keputusan yang membahagiakan hati mama dan papa.”
“Ini pasal masa depan Sara. Macam mana kalau dia tu bukan orang yang baik-baik?”
Qaisara melemparkan senyuman. Sebenarnya itulah yang dia takutkan. “Kan Sara pernah cakap yang Sara redha dengan takdir Allah. Eh, bukan! Pasrah!”
“Kalau itu jawapan Sara… Ryn akan pastikan Sara bahagia! Kalau dia macam-macam dengan Sara, Ryn tak akan teragak-agak nak bunuh dia!”
Terkejut betul dia apabila mendengar jawapan kakak kembarnya itu. Sampai tahap membunuh? “Jangan Kak Ryn! Hukum membunuh tu dosa besar!”
“Ya, Ryn tahu! Nanti Ryn tahulah apa yang Ryn nak buat!” Dia membetulkan semula ayatnya.

………….

MAJLIS perkahwinan itu diadakan secara besar-besaran memandangkan pasangan yang berkahwin itu adalah dua pasangan. Qairyna dan Qaisara. Juga merupakan kedua-dua anak perempuan keluarga Tengku Qhai.
Berkerut dahinya memandang seraut wajah. Zaarif? Siapa yang jemput Zaarif? Takkanlah Kak Ryn? Tapi… kenapa si Zaarif ni pakai baju Melayu warna putih pulak? Lagak macam orang nak bernikah aje? Dia sudah tergelak perlahan.
“Hah! Pandang siapa tu!”
Qaisara menoleh ke arah suara yang menyergahnya. Dia menghulurkan senyuman manis. Cantik betul Kak Ryn ni! Agak-agak aku cantik macam tu tak dengan gaun pengantin ni? Haha… dia ketawa di dalam hatinya. “Kak Ryn cantik.” Pujinya ikhlas.
“Sara pun! Cantik sangat! Tapi… macam patung cendana! Kenapa? Ada yang tak kena?”
Qaisara tersenyum. Seraut wajah kembarnya itu melihatan bahagia sangat. Apakah aku pun akan bahagia seperti dia? Ya Allah Ya Tuhan ku… aku memohon perlindungan dan kesejahteraan daripadaMu.
Sewaktu majlis pertunangan, dua-dua calon suami mereka tak datang. Baik pasangan Qaisara ataupun Qairyna. Mama dan papa tak kasi datang! Kenapa? Entahlah! Katanya tak elok kalau calon lelaki datang masa majlis pertunangan. Pelik betul!
Qaisara tersenyum melihat kebahagiaan di wajah kakaknya. Sekurang-kurangnya Qairyna berkahwin dengan pilihan dia. Orang yang dia dah kenal… dah tahu hati budinya. Dan aku… Keluhan kecil dilepaskan. Lambat-lambat dia mengukirkan senyuman lagi. Sekali pun aku tak pernah berjumpa dengan calon suami aku. Entah kacak atau tidak? Entah baik atau tidak? Entah hitam atau putih? Semuanya menjadi tanda tanya sehingga hari ini.
“Kak Ryn…”
“Hmm?”
“Kak Ryn ada jemput Zaarif?”
Qairyna mengerutkan dahinya. Zaarif? Kenapa Qaisara tanya pasal Zaarif pulak ni? “Kenapa Sara tanya macam tu?”
“Tu!” Telunjuknya dihalakan ke arah lelaki yang bernama Zaarif itu. “Zaarif datang. Siap pakai baju Melayu lagi! Macam dia pulak yang nak kahwin!”
Qairyna mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjukkan. Terpana dirinya memandang seraut wajah itu. “Wah, kacaknya Zaarif?” Berdebar-debar hati ini dibuatnya.
Dia pelik. Yang si Kak Ryn ni tersengih-sengih tengok si Zaarif tu kenapa? “Kenapa?” Soalnya ingin tahu.
Handsome betul si Zaarif tu, kan? Beruntung siapa dapat jadi isteri dia.”
“Ai, Kak Ryn? Berkenan ke?” Qaisara tergelak perlahan. Mana tidaknya… dulu konon-konon sanggup lepaskan Zaarif kerana kembarnya!
Qairyna menangguk perlahan. “Hmm.” Ringkas jawapannya.
Bulat mata Qaisara memandang kakak kembarnya. Sempat lagi! Hari perkahwinan sendiri berkenan dekat orang lain pulak! “Mana Abang Nadzri?”
Apesal tanya aku pulak? Dia mengerutkan dahi sambil menjeling sekilas ke arah Qaisara. Dia tahu ke? Kemudian anak matanya kembali dialihkan semula ke arah Zaarif. “Mana Sara tahu?”
Qaisara menggelengkan kepalanya sambil tergelak. “Sudah-sudahlah tu Kak Ryn. Dah nak jadi isteri orang pun! Lagi beberapa minit kot!”
“Seboklah!”
Qaisara sekadar mencebik. Macamlah aku tak tahu yang dia nak kahwin dengan Abang Nadzi! Teringatkan lelaki itu, dia mengeluh perlahan. Kalaulah dulu aku terima lelaki itu… tak adalah aku terpaksa kahwin dengan orang yang aku tak kenal!
Nafasnya dihelakan berat. Sudah-sudahlah tu, Sara! Lagibeberapa minit kot, akad nikah akan dilafazkan! Jangan nak berebut kasih dengan Kak Ryn lagi. Cukuplah sekali itu perkara itu pernah berlaku! Kali ini dia membuka pintu hatinya. Membuka pintu hatinya hanya untuk seorang lelaki. Dan lelaki itu… hanya dia! Hanya suaminya!

………….

“AKU terima nikahnya Qairyna Aisya binti Tengku Qhai Azrai dengan mas kahwin seribu ringgit tunai.”
Berdebar jantungnya di saat saksi yang ada mengatakan sahnya perkahwinan mereka. Selepas mengaminkan doa. Upacara membatalkan air sembahyang pula dilakukan. Qairyna memandang suami yang baru dinikahinya bersama senyuman di bibir. Tangan suaminya dicium penuh syahdu. Giliran suaminya pula mencium dahinya penuh syahdu. Alhamdulillah… semua berjalan dengan lancar. Hanya sekali lafaz sahaja.
Anak matanya melemparkan pandang ke arah Qaisara yang sudah tidak senang duduk itu. Senyuman dilebarkan. Sara ni sebenarnya perasan ke tidak? Dia tak tanya apa-apa pun? Mana nak perasan kalau muka asyik menunduk aje? Qairyna menghampiri adik kembarnya itu.
“Dah sedia?”
Tanpa mengangkat wajah, Qaisara mengangguk perlahan. Entahlah Kak Ryn. Sara takut sangat! Sangat-sangat!!
Kali ini giliran akad nikah untuk Qaisara pula.
“Aku terima nikahnya Qaisara Aisya binti Tengku Qhai Azrai dengan mas kahwin seribu ringgit tunai.”
Suara bakal suaminya menusuk masuk ke hatinya. Baru kali pertama dia mendengar suara itu. Wajahnya masih ditundukkan. Ucapan akad itu didengarinya dengan seribu debaran di dada. Seperti masuk dari telinga kanan dan keluar ke telinga kiri. Sedikit pun dia tak dapat mencerna ucapan akad itu. Tiba-tiba sahaja saksi dan wali sudah mengesahkan akad nikahnya.
Dia kalut sekejap bila mama berbisik ke telinganya. “Suami Sara nak datang sarungkan cincin.” Sungguh, dia berdebar sangat untuk melihat seraut wajah itu. Huhu… takutnya.
Anak matanya langsung tak menyapa wajah suaminya. Tangan kanan yang dihulurkan kepadanya disambut perlahan dan tangan sasa itu diciumnya penuh syahdu. Dengan hai yang ikhlas! Menitis air matanya di saat hidungnya menyapa tangan lelaki itu.
Kelopak matanya masih ditundukkan. Giliran suaminya pula yang mencium dahinya penuh syahdu. Makin laju air matanya menitis ke pipi.
Lelaki itu memandang seraut wajah yang sudah basah itu. Dia tak nak pandang muka aku ke? Dia menyoal diri sendiri bila Qaisara masih menundukkan wajahnya. Senyuman mekar di bibirnya. Akhirnya wanita ini sah menjadi isterinya. Dia mengalihkan wajah ke sisi Qaisara. Dekat dengan telinga Qaisara. “Selamat pengantin baru isteriku.”
Qairyna mencuit lengan suaminya. “Tengok tu! Romantiknya! Bukan macam awak.”
Suaminya mencebik. “Eleh, tadi tak sempat. Lepas ni siaplah awak!”
Bulat mata Qairyna memandang suaminya. Tiba-tiba dia merasakan tangan sasa suaminya melingkar di pinggangnya. Dia menoleh sekejap. Pantas lelaki itu mengucup pipinya. “Hisyh… malulah orang tengok!”
“Bukan salah pun! Kita kan dah sah suami isteri.” Usiknya bersama gelakan yang ditahan-tahan.
“Diamlah! Pandang depan tu!” Ditolak pipi suaminya ke hadapan. Kalau nak tahu, suaminya ini memang gatal! Tak menyampat pulak! Malu kalau orang tengok! Pandangan di arahkan ke arah seraut wajah Qaisara. Kenapa dengan Sara? Dia tak suka ke? Seraut wajah yang masih bersama sendu itu membuatkan hatinya keliru. Jangan-jangan aku tersilap tafsir hati Sara? Jangan-jangan Sara tak pernah sukakan lelaki ni pun! Dia mula serba salah.
Qaisara mengangguk perlahan. Tiada ucapan yang mampu diutarakannya. Sungguh, dia tidak berani untuk mendongakkan kepalanya walaupun lelaki ini sudah sah menjadi suaminya. Qaisara… bukankah kau pernah cakap yang kau redha dengan takdir Allah? Bukankah kau dah ikhlaskan hati untuk semua ni? Dia mengingatkan diri sendiri.
Kedua-dua belah tangan suaminya hinggap ke pipi Qaisara. Air mata itu disapunya lembut. Penuh dengan kasih sayang. Jika diiukutkan hati, mahu sahaja dia memeluk tubuh itu dengan penuh kasih sayang dan perasaan cinta.
Dengan lafaz bismillah, Qaisara mendongakkan wajahnya, mencari seraut wajah. Hah? Hampir tengadah dirinya sebaik sahaja memandang seraut wajah suami yang baru dinikahinya itu. Terhenti tangisnya! Tidak berkelip sepasang anak matanya. Biar betul? Aku tak mimpi, kan? Aku tak berangan, kan? Ini bukan khayalan, kan? Ini ke anak kawan mama? Dia meneguk liur perlahan.
“Hai, isteriku?” Dia menyapa isterinya bersama senyuman yang mekar indah pada seulas bibirnya.
“A.. a… awak?” Susah betul perkataan itu mahu keluar daripada mulutnya.
Yes, I am. Are you okey, sayang?”
Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Sungguh, dia terkejut sangat-sangat! Macam mana lelaki ni boleh jadi suaminya. Pantas dia mencari seraut wajah. Wajah mamanya dipandang sedalamnya. Puan Suri menganggukkan kepalanya, mengiakan walaupun dia tidak mendengar sepatah perkataan pun daripada mulut anak bongsunya itu.
Qaisara kembali mencari seraut wajah lagi. Siapa lagi kalau bukan kakak kembarnya. Seraut wajah itu dipandang lama. Macam mana pula dengan Kak Ryn? Bukan ke Kak Ryn cintakan lelaki itu. Seraut wajah itu jelas menggambarkan kegembiraannya. Habis tu, Kak Ryn kahwin dengan siapa? Persoalannya tak pernah sudah. Dia mencari raut wajah seorang lelaki. Lelaki itu sedang memeluk pinggang kakak kembarnya. Suami Qairyna melemparkan senyuman. Sekali lagi dia hampir tengadah! Apa dah jadi? Kenapa sampai jadi macam ni? Kak Ryn tak pernah bagitahu pun? Dan dia… dia berpaling ke arah suaminya. Macam mana pulak lelaki yang dicintai kakaknya boleh berkahwin dengannya pula? Semuanya menjadi suatu kebingungan!

………….

“ABANG…” Panggil Qairyna dari luar balkoni.
“Hmm…” Dia mengangkat muka memandang isterinya. Senyuman dihulurkan. Cantik sungguh isterinya itu. Perlahan langkahnya diatur ke arah isterinya.
“Agak-agak abanglah, Sara boleh terima suaminya ke tak?”
Dia melemparkan senyuman kepada isterinya itu. Dia menghampiri isterinya lalu memeluk isterinya dari belakang. “Bukan ke Sayang cakap Sayang percayakan Sara?”
Kepalanya diangguk perlahan. “Hmm… memang pun! Tapi… Sara macam terkejut gila bila terpandangkan muka suami dia. Terkejut sebab takut ke, terkejut sebab tak percaya ke… Sayang tak tahulah. Risau pulak bila Sayang tengok reaksi dia macam tu.”
“Ha’ah, lah… Tahu tak? Abang terkejut gila bila nampak muka Sara pucat macam tu. Bukan ke Sayang cakap yang dia sukakan Sara? Sejak kali pertama bertemu lagi, kan?” Dia menyoal ingin tahu.
“Iya. Itu Sayang tahu. Tapi… Sayang tak tahu hati Sara. Memang dia pernah cakap yang dia nak kahwin dengan lelaki yang mencintai dia. Walaupun dia tak cintakan lelaki tu. Hati dia tu… memang susah sangat nak diduga. Hati orang lain dia nak jaga. Tapi hati dia… terluka pun tak apa! Kalau abang nak tahu, Sara tu nampak aje lembut! Tapi kalau bab-bab cinta, keras betul hati dia. Kita tak akan dapat agak apa sebenarnya yang ada dalam hati dia.”
“Entahlah. Semuanya dah berlalu. Cuma sekarang… kita perlu mendoakan kebahagiaan mereka. Juga kebahagiaan kita.” Tubuh isterinya dipusingkan ke arahnya. Sepasang anak mata itu di pandang sedalamnya.
Ada debaran halus yang bermain di jiwanya. Anak matanya membalas pandangan suaminya. Senyuman dihulurkan. “Sayang akan sentiasa mendoakan kebahagian mereka. Juga kebahagiaan kita. Selamanya…”
Lelaki itu tersenyum lebar. Dahi isterinya dikucup kudus. “Terima kasih Sayang… Kerana sanggup bersabar dengan kerenah abang. Terima kasih juga kerana sudi menerima abang seadanya.” Kedua-dua belah pipi isterinya menjadi mangsa ciumannya.
Qairyna tertunduk malu. Senyuman mekar menghiasi bibirnya. “Sayang pun nak ucapkan terima kasih untuk abang. Sebab cintakan Sayang sepenuh hati abang. Dan… sanggup menerima cinta Sayang. Sayang sayang abang Sayang.”
“Abang pun. Tak lupa pada mama dan papa. Nasib baik papa tak jatuh pengsan bila nampak keluarga abang datang meminang Sayang. Takut pulak abang bila mama abang ceritakan apa yang dah jadi. Alhamdulillah… semuanya baik-baik belaka.”
Qairyna tergelak perlahan. “Kalau abang nak tahu… papa memang macam tu! Nampak aje tegas dan garang. Tapi sebenarnya hati dia lembut sangat! Suci bersih macam kapas.”
“Macam Sayang, kan? Luaran nampak tegas dan garang. Tapi sebenarnya… Sayang adalah seorang perempuan yang terbaik untuk abang.” Tubuh kecil itu dipeluknya kemas. Sungguh dia bersyukur dengan segala ketentuan Allah. Sebenarnya, di sebalik apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Hanya menunggu masa untuk diketahui hikmahnya. Semoga bahagia milik mereka selamanya.

………….

SERAUT wajah itu dipandangnya lama. Bibirnya menguntumkan senyuman. Sungguh, dia benar-benar tak sangka yang lelaki ini telah sah menjadi suaminya. Tak percaya… tapi ia nyata! Anak matanya meliar ke seraut wajah yang mulus itu. Masih lena memeluk pinggangnya. Matanya yang sepet… tapi memukau. Hidungnya yang mancung… tapi tak boleh lawan hidung Zizan. Bibirnya yang mungil… sangat menggoda. Seraut wajah lembut yang melemahkan imannya. Jari telujuknya bergerak ke kening lelaki itu. Lebat betul kening dia!
“Ryn akan pastikan Sara bahagia.”
Itu sebaris ayat yang diingatnya sampai hari ini. Rupanya Kak Ryn memang keras kepala orangnya. Dalam diam, tanpa pengetahuan papa dan mama, Kak Ryn berjumpa dengan tuning Qaisara dan melontarkan bermacam-macam ugutan demi kebahagiaan dia. Itu kata suaminya semalam. Rupanya, orang yang diugutnya itu adalah orang yang dikenalinya. Lelaki ini…
Qaisara tersenyum lagi. Terima kasih Kak Ryn… sebab dah bagi warning awal-awal pada lelaki ini… Dia melepaskan ketawa di dalam hatinya. Tak dapat nak bayangkan macam bila Kak Ryn tahu bahawa lelaki ini adalah lelkai yang dikenalinya.
Ada sesuatu yang menganggu tidurnya. Kelopak matanya dibuka perlahan apabila terasa seperti dirinya sedang diperhatikan. Qaisara ke? Ya, siapa lagi kalau bukan isterinya itu? Dia tersenyum lebar.
Qaisara tersentak sekejap. Cepat-cepat dia menutup kelopak matanya dan berpura-pura tidur apabila melihat seraut wajah yang sudah tersenyum itu. Jarinya cepat-cepat dialihkan daripada seraut wajah itu.
Lelaki itu sudah tergelak di dalam hatinya. Macamlah kita tak tahu yang dia dah bangun! Malulah tu! Kali ini dia ingin mengusik isterinya. Bibirnya didekatkan ke telinga isterinya. “Sayang…”
Qaisara berdebar-debar. Suara perlahan yang romantik itu benar-benar membuatkan jiwanya kacau. Dia meneguk liur perlahan. Namun masih tetap mengeraskan diri, berpura-pura masih tidur.
Dia tersenyum lebar. “I love you so much, Sayang.” Sekejap sahaja, bibirnya sudah mendarat pada bibir isterinya itu.
Qaisara yang terkedu pantas membuka kelopak matanya. Terkebil-kebil dia memandang suaminya. Namun, sekejap sahaja dia sudah memejamkan kelopak matanya. Menghayati hangatnya sentuhan bibir suaminya itu. “Abang…” Dia bersuara setelah bibirnya dilepaskan. Anak matanya memandang sepasang anak mata galak suaminya.
“Syhh…” Dia meletakkan jari telunjuknya pada bibir isterinya itu. “Kalau abang cakap macam tu, Sayang kena cakap macam ni… I Love you too, abang. So much and much and much!”
Qaisara sudah tergelak perlahan. Oh, kenakan aku ke apa? Seraut wajah suaminya dipandang sedalamnya. “Sara langsung tak sangka abang adalah lelaki yang melafazkan akad nikah semalam. Sara tak cam suara abang pun.”
Lelaki itu sudah tergelak manja. “Abang pun… Bila mama abang cakap nak pinang seorang perempuan, abang langsung tak setuju.”
“Kenapa?”
“Sebab hati abang milik seseorang. Abang dah ada pilihan hati.”
“Siapa?” Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam dirinya. Jangan-jangan… dia mula berfikir bukan-bukan. Seraut wajah kembarnya terlintas di fikiran.
“Seorang perempuan yang sangat cantik. Abang jatuh cinta pada pandangan pertama. Dan abang langsung tak sangka Sayang abang ni dan perempuan tu adalah orang yang sama.” Lingkaran tangannya pada pinggang isterinya dikemaskan. Dahi isterinya dicium penuh syahdu.
Qaisara tersenyum lebar. Lega hatinya bila suaminya mengungkapkan kata-kata seperti itu. Diluar jangkaannya. “Jadi… macam mana abang boleh menurut?”
“Bila mama tunjukkan gambar majlis pertunangan tu.”
Qaisara tersenyum lagi. “Sara pun. Terkejut sangat bila nampak abang depan mata Sara masa kat majlis kita semalam. Rasa macam nak pengsan aje.”
“Sara cintakan abang?”
Dia terpana sekejap dengan soalan itu. Kepalanya diangguk perlahan sambil anak matanya tepat memandang mata suaminya. Hmm… lama! Lama sangat! Sejak abang cakap yang abang sukakan Sara dulu. Dia bersuara di dalam hatinya.
“Kenapa Sara mengelak dari abang? Puas abang cari Sara. Tapi… abang tak tahu Sara tinggal kat mana.”
Qaisara tersenyum lebar. Ingatkan dia dah terus lupakan aku. Rupa-rupanya dia pun cari aku! “Sebab… Sara ingat Kak Ryn sukakan abang.” Dia berterus terang. Takut sebenarnya… tapi dia tahu, dia perlu meluahkannya.
“Ya, abang memang rapat dengan Ryn. Masa Ryn diploma dulu. Masa tu abang jadi MPP universiti sekali dengan Ryn. Ryn banyak ceritakan pasal kembarnya. Dan kebetulan… abang terlanggar lopak air kat depan pagar fakulti. Masa tu kali pertama abang jumpa kembar Qairyna. Dan ketika itu… abang dah jatuh cinta pada dia.”
Qaisara sudah tergelak perlahan apabila mengingatkan kenangan dulu. “Sebab tu abang sanggup cari Sara kat padang yang luas tu?”
“Hmm…” Dia mengangguk perlahan. “Nasib baik jumpa. Kalau tak, memang abang menyesal seumur hidup la jawabnya. Kalau Sara nak tahu, abang dah hampir putus asa. Tapi tiba-tiba abang nampak perca kain. Was-was jugak sebenarnya. Tapi abang mencuba nasib. Dan… itulah Sayang.”
“Macam mana abang tahu perbezaan Sara dan Kak Ryn.”
“Kali pertama pandang Sara, abang dah dapat bezakan. Sangat ketara perbezaannya. Dan abang perhatikan sayang masa sayang tidur menyandar pada pokok besar tu. Masa tu, makin kuat hati abang cakap yang abang sukakan sayang.”
Qaisara sudah tegelak besar. “Abang tahu tak? Masa tu Sara ingat abang ni salah satu daripada lembaga yang orang cakap-cakap tu! Takut Sara! Dahlah Sara sorang-sorang!”
“Jadi… kenapa Sayang tak mengaku yang Sayang pun cintakan abang masa tu?”
Merah padam mukanya sekejap. Ya Allah, malunya… Dia menarik nafas perlahan. “Sara tak nak lukakan hati Kak Ryn sekali lagi. Sara rasa abang dah tahu cerita pasal suami Kak Ryn tu kan?”
“Hmm… Ryn ada ceritakan pasal Zaarif.”
“Hah, sebab tulah Sara tak nak jadi perampas cinta Kak Ryn lagi. Masa abang percikan air lopak tu, Sara ingat abang adalah lelaki yang Kak Ryn selalu cerita tu. Tapi tak sangkalah pulak… Lelaki yang Kak Ryn cerita tu sebenarnya memang Zaarif. Kak Ryn pun tak cerita sepenuhnya pada Sara. Mungkin Kak Ryn takut Sara terasa hati. Padahal Sara tak cintakan Zaarif pun sebenarnya. Sara cuma…” Kata-katanya terhenti di situ apabila bibir suaminya sudah mendarat di bibirnya.
Terkebil-kebil dia memandang suaminya. Debaran kencang menusuk ke jantung. Terus sampai cinta itu hingga ke hati. Melekat indah pada lubuk hati yang paling dalam. Ya, Allah… sesungguhnya aku benar-benar mencintai suamiku ini…
“Abang cintakan Sara. Dulu… kini… dan selamanya.” Ucapkanlah Sara… ucapkanlah cintamu. Sungguh, dia terlalu ingin mendengar kata cinta itu daripada isterinya. Walaupun malam tadi Sara mengucapkannya, namun dia ingin mendengarnya sekali lagi. Dan lagi… dan lagi… hingga hujung nyawa!
Qaisara menelan liur perlahan. Anak mata suaminya itu ditatap lama. Penuh dengan perasaan cinta dan sayang. Dulu… aku terlalu takut untuk mengucapkannya. Kerana bimbang ada hati yang terluka. Tapi kini… aku yakin! Terlalu yakin! “Terima kasih abang… Sebab cintakan Sara.”
Nadzri tersenyum perlahan. Susahnya nak dengar suara dia mengucapkan kata cinta. Walaupun perbuatannya jelas menunjukkan rasa cintanya, namun dia juga ingin mendengarnya.
Qaisara menghampiri suaminya walaupun kedudukan mereka kini sudah terlalu hampir. Satu ciuman dihadiahkan di pipi kanan suaminya. “Hadiah untuk kasih abang pada Sara.” Kemudian dia beralih mencium pipi kiri suaminya. “Hadiah untuk sayang abang pada Sara.” Kali ini dia mencium dahi suaminya. “Hadiah untuk perkahwinan kita.” Sepasang anak mata suaminya yang jelas terkedu itu dipandang bersama senyuman di bibirnya. Kali ini dia menghampiri wajah itu sekali lagi. Bibirnya tepat singgah pada bibir suaminya. Lama… bertaut dengan penuh kasih sayang. “Hadiah untuk cinta abang yang tak terhingga.” Dia bersuara setelah melepaskan ciumannya. “I love you so much, abang. So much and much… and much. Dulu… kini… dan selamanya.”
Mendengar ucapan cinta, kasih dan sayang itu dia terus memeluk isterinya kemas. “Thanks, Sayang. Terima kasih untuk segalanya.” Hampir menitis air matanya. Alhamdulillah… Ya Allah… terima kasih untuk pertemuan antara aku dan dia. Terima kasih keraja jodoh yang telah Engkau tetapkan sejak azali lagi. Sesungguhnya aku amatlah bersyukur kepadaMu, Ya Allah.
Nadzri untuk Qaisara… Zaarif untuk Qairyna…
Terima kasih, Ya Allah... Terima kasih cinta...
Semoga bahagia menemani hidup mereka untuk selama-lamanya.
Kata orang, cinta tak akan berbunyi jika bertepuk sebelah tangan. Maka sesungguhnya cinta itu perlu berbalas. Maka akan hadir bahagia mengiringi cinta itu. Kata orang juga, cinta tak akan nampak dengan sendirinya jika tidak diucapkan. Maka ucapkanlah cinta yang pasti. Semoga cinta itu jelas. Dan kata orang juga, cinta perlukan kesabaran dan kesetiaan.
Cinta… Adalah suatu keajaiban. Tak mengenal siapa… tak mengenal rupa! Ia akan datang sendiri walau kita menolak atau merayunya… Cintailah cinta… kerana cinta itu indah dan sangat indah!

Tidak pernah ku rasa
Perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman
Oh sayang, datanglah
Ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku
Ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan didalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati
Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga
Terima Kasih – iamNEETA


~ TAMAT  ~

p/s: Segala gambar adalah hiasan semata-mata. Tiada kaitan di antara yang hidup ataupun yang mati ~ peace

No comments:

Post a Comment