Monday, August 26, 2013

CERPEN: Cinta Jangan Pernah Berubah



CERPEN: CINTA JANGAN PERNAH BERUBAH


“LYNA, buat apa tu?”
Lyna menoleh ke sisinya. Seraut wajah itu menyapa anak matanya. Sekejap sahaja dia sudah mengeluh perlahan. Satu jelingan dihadiahkan kepada lelaki itu. “Suka hati akulah. Yang kau nak menyebok kenapa?”
Azam mencebik sambil tersenyum. “Orang tanya aje pun! Yang kau nak marah-marah tu, kenapa? Kau datang bulan ke apa?”
Kali ini giliran Lyna yang mencebik. “Siapa yang marah-marah? Kau tu yang menyebok tak pasal-pasal!”
Azam bersahaja sambil mengambil tempat duduk bersebelahan dengan gadis itu. Dah lebih dua tahun pun! Dia sudah kalis dengan kemarahan kecil gadis itu. “Lyna, ajar aku Business Math?” Malas mahu melanjutkan perbalahan, dia menyuarakan hasratnya.
“Eh, Zam! Aku boleh ajar kau.”
Serentak Azam dan Lyna menoleh ke arah suara yang mencelah di antara mereka itu. Sekejap sahaja mereka saling berpandangan. Lyna sudah mengukirkan senyuman. Azam pula membawa bersama riak kurang selesa.
“Er... kau ada masa ke? Kau kan selalu sebok main basketball?”
Gadis itu mengukirkan senyuman manis. Sepasang anak mata di hadapannya itu dipandang bersama perasaan cinta. Punggungnya turut dilabuhkan di kerusi bersebelahan dengan lelaki itu. “Untuk kau aku akan selalu ada masa, Zam.”
Azam melarikan pandangannya ke arah Lyna, mengharapkan bantuan. Lyna mencebikkan wajah dan membuat muka seperti mahu termuntah dengan sebaris ayat yang baru sahaja meniti di bibir Syika itu. Ada saje ayat yang buat aku geli geleman!
“Er... tapi aku dah janji dengan Lyna.” Dia mencipta alasan.
Pantas Lyna berpaling ke arah Azam sambil menjungkitkan kening. Bila masa pulak dia dah janji dengan aku? Azam terus mengenyitkan matanya sambil membuat muka kesian. Lyna yang faham dengan riak muka itu sekadar mengangguk perlahan. Senyuman kelihatan jelas mekar di bibir Azam dengan persetujuan Lyna itu.
“Lyna... boleh tak kau bagi masa untuk aku dan Zam? Kau selalu ada banyak masa dengan dia. Minggu ni boleh aku luangkan masa dengan Zam?” Syika menyoal Lyna.
Wah, macam boleh main pass aje, kan? Lyna mengerutkan dahinya. Apa kes pulak mintak-mintak izin dengan aku? Mintak la izin dengan tuan punya badan! Si Azam ni pun satu! Yang nak kaitkan aku dengan masalah dia tu, kenapa? Senyuman hambar dihulurkan. “Aku tak ada hal. Kau tanyalah tuan punya badan.”
Azam terkulat-kulat sendiri. Nampaknya Lyna tak nak tolong aku! Sepasang anak mata itu dipandang, mengharapkan pengertian. Lyna, kau tahu kan yang aku hanya sayangkan kau seorang aje? Aku cuma cintakan kau sorang aje, Lyna!
Lyna menelan liur perlahan. Dia faham maksud di sebalik pandangan mata lelaki itu. Sorry, Zam... Aku memang tak boleh nak tolong kau kalau dia dah merayu macam tu. Lyna sekadar menjungkitkan kedua belah bahunya.
“Boleh, Zam?” Sekali lagi Syika bertanya.
Apa pilihan yang dia ada? Takkanlah aku nak cakap tak boleh pulak? Azam sekadar tersenyum hambar sambil mengangguk lambat.
Azlyna




 “ZAM, kau free petang ni?”
Azam
Dia mengangkat muka memandang seraut wajah yang menegurnya itu. Riak wajahnya bertukar masam. Apa kes? Tak pernah-pernah tanya aku free ke tidak? “Ape hal? Nak ajak aku keluat dating ke? Sorry, aku sibuk!” Rajuknya dengan perisiwa dua hari yang lepas masih terasa.
Lyna mengetap bibir perlahan. Azam masih merajuk dengan aku ke? “Zam... kau masih marahkan aku?” soalnya perlahan.
Azam melepaskan keluhan sinis. “Buat apa aku nak marah kat kau? Kau ada buat salah kat aku ke? Cuba kau cakap apa salah yang kau dah buat pada aku sampai aku marahkan kau. Aku bukan siapa-siapa pun pada kau, kan?”
Perlahan liurnya ditelan. Ya, Azam masih marahkan dia. Daripada riak wajah... cara percakapan... jelas menunjukkan yang Azam masih marahkan dia. “Aku minta maaf, Zam. Aku...”
“Untuk apa?” Pantas Azam memintas. “Huh, sudahlah Lyna! Aku tengah sibuk ni. So, faham-faham sendiri la.” Azam menyibukkan diri sendiri dengan membelek buku Statistik. Padahal tak ada satu ilmu pun yang masuk ke kepalanya.
Lyna diam. Sungguh, dia terasa hati apabila Azam buat-buat tak tahu di saat dia memerlukan Azam. Namun dipendamkan sahaja apa yang ada di hatinya. Bimbang rajuk Azam akan terus berpanjangan.




PUAS berjalan ke kiri, dia berpusing semula ke kanan. Saat ini fikirannya terasa sangat berserabut. Azam masih belum menegurnya sejak peristiwa dua minggu yang lepas. Minggu  depan akan diadakan Annual Dinner untuk fakulti. Setiap pelajar dikendaki memilih pasangan masing-masing untuk digandingkan pada hari tersebut. Seperti kebiasaannya, King dan Queen Of The Year akan dipilih dikalangan pelajar pada hari tersebut.
“Zam... jadi patner aku?” Dia sudah tiada pilihan. Mahu atau tidak, dia perlu bertanya juga. Selalunya, setiap tahun Azam yang terlebih dahulu bertanya kepadanya.
Azam tersenyum sinis. “Sorry, aku dah ada patner.”
“Hai, Lyna! Sorry, kau lambat! Zam patner aku.” Tiba-tiba sahaja seraut wajah Syika muncul diantara mereka.
Lyna tersentak. Pantas dia berpaling ke arah Zam dan mengharapkan penjelasan lelaki itu. Namun, Azam diam tanpa sepatah kata. Sekeping hati wanitanya tersentuh. Bukankah pada awalnya Azam yang beria-ria dan berjanji untuk menjadi patnernya? Kenapa, Zam? Takkanlah pasal perkara tu jugak?
“Lyna? Kenapa?”
Satu teguran di belakangnya membuatkan Lyna menoleh. Senyuman hambar dihulurkan kepada lelaki yang menegurnya itu. “Tak ada patner.” Ringkas jawapannya.
Dia mengerutkan dahi. Anak matanya saling berganti memandang dua sahabatnya itu. “Bukan Lyna dengan Zam ke?” Lambat-lambat dia bertanya.. Dia dapat meneka ada sesuatu yang tak kena dengan dua sahabatnya itu.
Lyna dan Zam masing-masing saling memandang antara satu sama lain. Ya, memang itu yang semua orang tahu. Tapi dia hari-hari terakhir lain pula jadinya. Syika pula sudah melemparkan jelingan tajam.
“Zam dengan Syika.”
Zul Azmi tersenyum sendiri. “So... be my patner?” soalnya.
Apa pilihan yang aku ada saat ini? Lyna sekadar senyum dan mengangguk perlahan. Kali ini dia tidak lagi menoleh ke arah Azam. Zam... jika ini yang kau mahu... Ayatnya terhenti di situ.



Syika

SEKEJAP kepalanya di toleh ke kiri, sekejap di toleh pula ke kanan. Satu keluhan kecil dilepaskannya. Mana Azam? Kenapa aku tak nampak dia pun sepanjang hari ni? Sepanjang hampir tiga tahun perkenalan mereka, inilah kali pertama Azam merajuk panjang dengannya. Zam… aku tak reti nak pujuk kau.
Zul Azmi
“Mir, kau ada nampak Zam?”
Amir mengerutkan dahinya. “Ai, Zam tak cari kau ke? Selalunya kau orang pertama yang akan dia cari. Tambahan pula pada majlis yang macam ni. Korang berdua ni, kenapa?”
Lyna senyum. “Tak ada apa-apalah. Kalau macam tu aku pergi dulu.”
“Yelah. Kalau aku nampak Azam aku bagitahu dia kau cari dia.”
“Hmm. Thanks, Mir.”
Langkahnya diatur lagi mencari kelibat Azam. Sungguh, hatinya tak tenang selagi tak nampak muka Azam. Zam... kau tahu tak aku rindu kau? Dah berapa minggu kau tak usik aku? Dah berapa minggu kau tak tegur aku? Aku rindu kau sangat-sangat, Zam!
“Lyna... kenapa?”
Lyna berpaling ke arah suara yang menegurnya. Senyuman dihulurkan. “Zul... kau ada nampak Azam?”
“Ada tadi. Dia tengah bergambar dengan Syika.”
Tersentak! Itulah yang dirasakannya saat ini. Azam... kenapa kau langsung dah tak pedulikan aku? Di saat aku mula belajar mencintaimu. Di saat aku mula mengerti apa perasaan rindu!
“Lyna... jom ke depan. Kita dapat title King and Queen Of The Year.”
What? Betul ke?” Suaranya sudah mula ceria. Namun ada kehambaran dalam senyuman itu. Jika tahun lepas dia dan Azam, tahun ini bukan milik mereka lagi. Takpelah... Maybe tahun depan.
Dia sudah tidak senang duduk. Sungguh... saat ini cemburunya bermaharajalela. Kenapa bukan aku? Dan kenapa si Zul tu? Tengok tu! Jelingan tajam dilemparkan ke arah pasangan King dan Queen itu. Bergambar tak ingat! Lyna, kau curang dengan aku!!



SUDAH seminggu dia memikirkan perkara yang sama. Kenapa Azam masih merajuk dengan aku? Kenapa Azam masih belum mahu menegur aku? Bila di kelas, Azam duduk di kerusi yang sangat jauh daripadanya. Kadang-kadang Azam ponteng kelas. Azam... kenapa sampai macam ni? Jangan buat aku rasa bersalah, Zam...
“Hai, Lyna!”
Dia melemparkan jelingan ke arah suara itu. “Kita ni orang Islam, kan? Bagilah salam, Assalamualaikum.”
Lelaki itu tergelak besar. “Waalaikumussalam. Dah macam cerita Salam Cintalah pulak.”
Dia mengetap bibir, geram! Cepat sahaja dia mengemas buku-bukunya dan terus mengatur langkah meninggalkan lelaki itu.
“Lyna... saya suka awak!”
Pantas Lyna berpaling kepada lelaki itu. Dia ni dah gila ke apa? Tengah-tengah orang ramai macam ni dia boleh cakap yang dia suka aku? Kuat pulak tu! Tak malu ke?
“Lagu ini saya tujukan khas buat seorang perempuan yang saya cintai. Terimalah, Azlyna.”

♪ Andainya dirimu sudi menerimaku
Kan ku mahkotakanmu ratu di hatiku
Biarpun berjuta rintangan yang melanda
Rela kukorbankannya untuk memilikimu ♪

♪ Kau Azlyna setinggi gunung harapan
Bukalah pintu hatimu untuk cinta ini
Biar berkurun lama dikau kunantikan
Semoga impian ini kan menjadi nyata
Bersamamu Azlyna ♪

Bulat anak matanya memandang lelaki yang sedang tersenyum sambil menyanyikan lagu Jesnita daripada Kumpulan Exsist yang telah ditukarkan nama Jesnita kenapa Azlyna. Waktu itu... dia adalah orang yang paling bahagia. Kerana ada dia yang sudi mencintai dirinya.
Keluhan kecil dihelakan. Kenangan pada semester empat. Semua itu sudah tinggal kenangan. Zam... kenapa kau masih nak merajuk dengan aku? Apa salah aku? Jam dipergelangan tangan dipandang sekilas. Dah lewat! Langkah kakinya diatur ke kelas. Kelas ganti.
Dia tercari-cari seraut wajah. Kali ini dia hampa lagi. Kenapa Zam ponteng kelas lagi? Bukan sekali ni aje. Tapi dah banyak kali. Selesai sahaja kelas, dia mencari kelibat Amir. “Mir... Zam mana? Dah seminggu dia ponteng kelas ganti. Kau ada nampak dia?”
Amir tersenyum sinis. “Untuk apa kau cari Zam lagi? Sudah-sudahlah sakitkan hati dia!”
Lyna mengerutkan dahinya. Terpinga-pinga sendiri dengan kata-kata yang Amir utarakan kepadanya. “Mir... kenapa kau cakap macam tu?”
Pandangannya ditalakan pada seraut wajah putih bersih itu. Betul kata orang, don’t judge the book by its cover. “Zam merajuk dengan kau, Lyna. Kau mungkir janji. Kenapa kau patner dengan Zul? Kau tahu tak yang Zam cemburu macam nak mati?”
“Tapi Zam yang reject aku. Dia yang pilih Syika.”
“Kau tahu kan yang dia sukakan kau sangat-sangat?”
Lyna mengangguk perlahan. Masakan aku tak tahu? Dia selalu cuba usik aku. Dia selalu cuba dekat dengan aku. Dia selalu suruh aku ajar Business Math dia sedangkan dia ‘pro’ dalam subjek tu. Dia yang buat aku faham apa perasaan C.I.N.T.A.
“Dah tu? Kenapa kau buat dia tertanya-tanya sampai macam tu sekali?”
Amir
Lyna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Akukah? Aku yang buat dia tertanya-tanya? Bukan dia ke yang buat aku? Nafasnya ditarik perlahan. “Aku tak tahu, Mir... Aku keliru. Untuk pengetahuan kau, aku pun sukakan dia. Lebih tepat lagi suka lebih daripada seorang kawan. Macam dia jugak. Tapi... kalau difikirkan secara rasional, kita masih belajar, Mir. Masa depan kita masih panjang. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan kita nanti. Mungkin dia akan jumpa perempuan yang lebih baik daripada aku. Hmm... macam Syika.”
Amir tergelak perlahan. “Kau cemburukan Syika?” Daripada percakapan Lyna... daripada riak wajah Lyna... Jelas menggambarkan yang dia cemburukan Syika.
“Entahlah, Mir!”
“Entahlah tu maksudnya, ya!”
Lyna mengangguk perlahan. Cuba menyuarakan apa yang ada dalam hatinya.
Amir terut mengangguk perlahan. Akhirnya dia mengaku jugak, kan? “Lyna... kau cakaplah denggan dia elok-elok. Kalau sudi cakap sudi. Kalau tak cakap tak. Berbincanglah. InsyaAllah semuanya baik-baik aje.”
Thanks, Mir.”



LYNA termenung panjang. Saat ini fikirannya benar-benar berserabut. Otak kecilnya asyik memikirkan tentang seorang lelaki. Siapa lagi kalau bukan Azam? Perlu ke aku call dia? Tapi... kalau aku call dia mesti rajuk dia akan jadi lebih panjang. Macam mana dengan kelas? Takkanlah selamanya dia nak ponteng kelas? Aduh... sakit sungguh kepala ini memikirkannya!
Mahu atau tidak, dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Azam. Berdebar sungguh jantungnya menunggu panggilan bersambut!
Talian bersambut. Namun tiada suara yang menjawab di hujung talian. Lyna meneguk liur perlahan. Nafasnya ditarik sebelum memulakan bicara. “Hello Zam…”
“Nak apa?”
Soalan dingin itu membuatkan lidahnya kelu untuk seketika. “Er… Zam… Aku ada benda nak cakap dengan kau.”
“Cakap apa?” Soalnya seperti hendak tidak hendak sahaja.
“Emm… tapi… aku rasa kekoklah nak cakap dalam telefon. Kita jumpa?”
“Tak nak! Aku tak ada masa!”
“Zam… jangan macam tu… Kau buat aku rasa bersalah sangat.”
Huh, tahu pulak nak rasa bersalah? Hati aku sakit Lyna! Sakit dengan sikap endah tak endah kau tu! “Cakap sekarang aje!” Dia masih berkeras.
“Zam…” Sepatah nama itu disebutnya. Liurnya ditelan perlahan. Sungguh sukar rasanya untuk melalui kerongkong sendiri. Nafasnya ditarik perlahan. “Kenapa kau selalu ponteng kuliah ganti? Aku tak suka kau macam tu, Zam. Sebelum ni kau…” Tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila telinganya menangkap gelakan sinis di hujung talian.
“Itu aje yang ku nak cakap, kan? Aku tak nak jawab. Bye!”
“Eh, Zam! Tunggu dulu, Zam!” Cepat-cepat dia menghalang lelaki itu daripada mematikan taliannya.
“Kau nak apa lagi?” Soalnya sedikit lantang.
Hampir luruh jantungnya terkejut dengan suara lantang itu. Mana pernah Zam bersuara lantang macam ni pada dia? Dia mengetap bibir perlahan. Takutnya nak berterus terang! “Er… Zam… aku…” Gagapnya makin menjadi-jadi! Perlukah aku berterus terang?
“Kau nak apa ni? Kalau kau tak nak cakap, aku matikan telefon!” Ugutnya pula.
“Zam, jangan! Tunggu kejap. Aku memang ada benda yang nak dicakapkan pada kau.” Dia menarik nafas panjang. Takut sungguh dengan sikap Azam yang berkeras begini dengannya. Dadanya dipegang sebentar. Ya Allah… lajunya degupan jantung aku! Macam tengah berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati aje!
“Zam… sebenarnya aku… Er… aku…”
“Sebenarnya kau apa?” Jerkahnya sekali lagi. “Kau jangan nak main-main macam ni, Lyna! Aku tak suka! Kalau kau tak nak cakap…”
“Sebenarnya aku sukakan kau, Zam! Aku sukakan kau!” Pantas dia mencantas ayat Zam sebelum lelaki itu mengambil keputusan untuk mematikan talian. Ya, dia perlu berterus terang tentang perasaannya!
Azam terdiam sendiri. Hatinya tersenyum perlahan mendengar ungkapan daripada seulas bibir itu. Menusuk sampai ke lubuk hati yang paling dalam. Tapi… apa maksud dia yang sebenarnya? “Kau merepek apa ni?” Soalnya bersama suara yang garang juga.
“Tak, Zam! Aku tak merepek. Aku sukakan kau. Suka melebihi suka seorang kawan. Aku… aku cintakan kau Zam.”
Beberapa minit berlalu, masing-masing tetap mendiamkan diri. Azam masih terkejut beruk dengan kenyataan yang lahir daripada seulas bibir itu. Maksudnya, dia tidak bertepuk sebelah tangan! Lyna meneguk liur perlahan. Macam tak percaya yang dia akhirnya berjaya meluahkannya pada lelaki itu. Akhirnya… semua yang dipendamkan diluahkan juga.
Betulkah? Betulkah dia cintakan aku? “Kalau macam tu, kahwin dengan aku.”
Hampir terngadah duduknya apabila sebaris ayat itu menusuk masuk ke corong telinganya. “Hah? Kahwin? Tak naklah!” Spontan patah kata itu keluar daripada mulutnya.
“Kalau macam tu tak payah berkawan lebih daripada seorang kawan.” Dia menokhtahkan kata. Sungguh, dia tidak mahu dipermainkan. Dan dia juga tidak tahu bahawa kata-kata itu benar-benar ikhlas ataupun sekadar untuk memujuknya sahaja.
Lyna meneguk liur perlahan. “Zam… aku mintak maaf kalau aku ada sakitkan hati kau. Tapi… aku tak boleh kahwin dengan kau buat masa sekarang. Kita masih belajar, Zam. Kita…”
So? Kita stop sini! Aku tak nak terhegeh-hegeh pada yang tak sudi.” Sekali lagi dia mencantas penjelasan yang cuba disampaikan oleh perempuan itu.
Menggelabah sekejap dirinya apabila Azam membuat keputusan seperti itu.“Zam… masa depan kita masih panjang. Bulan depan kita final exam. Lepas tu, kita akan sambung Degree, kan? Masa tu… mungkin kita akan dapat U yang berbeza. Zam… masa tu mungkin Zam akan jumpa gadis yang lebih baik daripada Lyna.”
Azam tergelak sinis. “Jadi… kau nak cakap yang kau pun kan jumpa lelaki yang lebih baik daripada aku, kan? Kau tak ikhlas, Lyna! Kau tak ikhlas cakap yang kau cintakan aku! Aku benci kau Lyna! Aku benci kau!” Gangang telefon terus diletaknya. Sakit di hati sangat terasa dengan penjelasan daripada seulas bibir itu!



CEPAT sahaja dia mengatur langkah keluar daripada dewan peperiksaan. Hari ini merupakan peperiksaan yang terakhir untuk semester ini. Dan juga semester terakhir Diplomanya. Lyna tercari-cari seraut wajah. Ya, dia perlu mencri Azam. Selepas hari ini mungkin mereka akan susah untuk bertemu lagi. Dia perlu menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku di anatara mereka.
Terpandangkan seraut wajah, cepat-cepat dia berlari anak menghampiri lelaki itu. Bibirnya cuba tersenyum. Susah sungguh rasanya untuk mengukirkan senyuman! “Zam… boleh kita berbual sekejap?” Baru lelai itu disentuhnya perlahan.
Azam berpaling sekilas ke arah suara yang menegurnya. Siapa lagi kalau bukan Lyna. Dia kenal pemilik suara itu. Pantas dia berpaling semula ke hadapan. Langkah kakinya diteruskan. “Aku tak ada masa!” Jawabnya tanpa berpaling ke arah Lyna yang mula mengatur langkah menyainginya.
“Zam… Please… Sekejap aje!”
Langkahnya terhenti mengejut. Seraut wajah itu dipandangnya tajam. “Kan aku dah cakap tak ada masa! Kau tak faham Bahasa Melayu ke? Aku ada benda lain yang lebih penting daripada berbual benda yang tidak berfaedah dengan kau!”
Sungguh! Kata-kata lelaki itu benar-benar merobekkan hatinya! Benar-benar menguji kesabarannya! Namun dia tahu… dia harus bertahan dengan kerenah Azam. Hari terakhir! Sungguh, dia bimbang tidak akan bertemu lagi dengan lelaki itu selepas hari ini. “Zam…”
“Zam, jom!”
Serentak Lyna dan Azam menoleh ke arah suara yang baru sahaja muncul diantara mereka. Syika?
Pantas sahaja Lyna mengalihkan pandangannya ke arah seraut wajah Zam. Dia cuba mencari sesuatu pada seraut wajah itu. Jelas kelihatan senyuman Zam! Saat ini… terasa nafasnya seolah-olah terhenti. Langkahnya terhenti dengan sendirinya.
“Jom.”
Suara Azam yang ceria itu menusuk masuk ke corong telinganya. Lyna terkedu sendiri. Anak matanya hanya mampu melihat drama sebabak itu. Oh, jadi… benda yang lebih penting tu Syika, lah? Aku? Tak ada kepentingan dalam hidup dia? Jadi… aku ni orang yang kat tengah-tengah? Perampas mungkin? Tanpa menunggu patah kata seterusnya, Lyna terus berpaling ke belakang dan mengatur langkah satu persatu.
Zam… panggil aku, Zam! Dalam diam, dia masih mengharapkan Azam berpaling ke arahnya dan memanggilnya namanya semula. Namun, semua harapannya hampa! Sedikitpun Azam tidak menoleh ke arahnya. Menitis air matanya satu persatu dengan sikap Azam yang bersahaja itu. Inikah ucapan cinta yang pernah dilafazkan oleh lelaki ini kepadanya? Zam… mudah benar cinta kau beralih arah, kan? Kau sanggup belakangkan aku kerana Syika? Jika ini pilihan kau, aku pasrah Zam! Aku tak akan ganggu hidup kau lagi! Selamat tinggal, Azam!



4 TAHUN SELEPASNYA...
“Lyna?”
Dia mengerutkan dahi sendiri? Siapa pulak yang panggil aku dengan nama Lyna ni? Setahu aku masa kat sambung Diploma dulu aje yang orang panggil aku dengan panggilan Lyna. Berdebar sekejap jantungnya. Perlahan dia berpaling ke arah suara yang memanggil namanya.
Terkedu sekejap dirinya apabila terpandangkan seraut wajah. Syika? Senyuman cuba diukirkan walaupun terasa sangat payah. Anak matanya beralih ke arah perut yang memboyot itu. Mungkin sudah menunggu masa untuk bersalin.
Syika dah kahwin ke? Dengan Azam? Kenapa aku tak tahu apa-apa pun? Tak ada seorang pun kawan-kawan yang menjemput aku? Dia cuba tersenyum lagi walaupun urat sarafnya seperti tidak mahu bergerak. Payah sungguh rasa hatinya untuk menutur bicara! Zam… tahukah kau yang aku masih menanti kau? Tahniah, Zam!
“Syika?” Dia melangkah menghampiri ibu muda itu. Senyuman diukirkan manis.
“Hah, betul pun Lyna! Tadi takut jugak tersalah orang!” Syika menghulurkan salam.
“Dah berapa bulan? Comelnya muka tembam kau ni!” Dia memeluk tubuh sahabatnya itu. Terasa hatinya seperti dirobek-robek. Namun dia pasrah! Dia redha dengan Qadaq dan Qadar yang sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.
“Tunggu hari aje ni. Jangkanya minggu depan. Lama tak jumpa kau Lyna. Kau dah kahwin?” Syika bertanyakan khabar sahabatnya itu. Ya, suatu ketika dulu memang dia tidak rapat dengan Lyna. Tapi bila dah lama tak jumpa, rasa rind utu tetap datang menjengah. Lagi pulak, dia masih rasa bersalah kepada Lyna. Sebab peristiwa empat tahun yang lalu. Sehingga Lyna membawa diri ke Sedney, menyambung pelajaran di sana. Kesian, Lyna.
“Er… belum.” Teragak-agak mahu menjawabnya. Kenapa itu soalan pertama yang disoalkan kepadanya?
“Okeylah, Lyna. Aku dah kena pergi. Husband aku tunggu kat kereta. Lain kali kita jumpa lagi. Kau masih pakai nombor telefon lama, kan?”
Lyna mengangguk perlahan sambil tersenyum. “Okey. Kirim salam pada husband kau. Cakap pada dia yang Lyna wish congratulation to you all.”
“Okey. Bye, Lyna.”
Lama anak matanya memandang langkah yang sedang meninggalkannya itu. Entah bila langkah itu menghilang daripada pandangannya, dia pun tak tahu! Yang pasti akal fikirannya berebut-rebut menjengah ke masa lalu. Empat tahun yang lepas… sewaktu pengajiannya pada peringkat Diploma.
Kerana kecewa dengan sikap Azam, dia memohon universiti di Sedney untuk pengajian Ijazahnya. Tak sangka pulak dapat! Diam Azam menyebab dia mengambil keputusan untuk menerima universiti di sana walaupun dia juga terpilih untuk menyambung penganjiannya di UiTM. Empat tahun… jarak memisahkan mereka. Dan Lyna… langsung tidak mengambil tahu perihal rakan-rakannya di Malaysia. Tetapi cintanya… takkan pernah berubah!
Bibirnya menguntum senyuman hambar. Tak sangka… jodoh Azam dengan Syika kekal sampai hari ni. Dah nak jadi ibu dan bapak orang dah! Dan aku… perlu menghentikan penantian aku. Ya… selama empat tahun aku menunggu Azam menghubungi aku semula. Selama empat tahun, aku fikir Azam masih menanti aku! Empat tahun cinta aku tak pernah berubah. Aku alpa dengan arus masa yang bergerak! Aku alpa dalam diri sendiri!
Baru sahaja dia ingin berpusing semula ke belakang, tubuhnya terlanggar seseorang. “Auch!” Aduh, sakitnya bahu aku! Macam nak patah pun ada jugak! Anak matanya terpandangkan satu kasut lelaki. Kepalanya didongakkan mencari seraut wajah. Terkejut beruk jugak apabila terpandangkan seraut wajah yang dikenalinya. “Zul?” Terbit sepatah nama pada bibirnya.
Terpinga-pinga dirinya untuk seketika. Aku kenal perempuan ni! “Lyna?”
“Betullah Zul, kan?” Tersenyum lebar bibirnya apabila lelaki itu betul lelaki yang dikenalinya. Zul dah lain. Sedikit berisi kalau nak dibandingkan empat tahun yang lalu.
“Ha’ah, memang aku pun. Kenapa kau kurus sangat ni, Lyna?” Pelik apabil melihat tubuh yang agak kurus jika dibandingkan empat tahun yang lepas.
“Hah? Er… kurus ke? Aku rasa macam dulu je pun. Lamanya tak jumpa kau Zul. Kau sihat?” Berkaca sekejap kolam matanya apabila bertemu semula dengan sahabat lama. Terasa seperti kenangan-kenangan lalu kembali menggamit diri. Cepat-cepat dia mengawal emosinya.
“Hmm… sihat. Kau macam mana?”
“Alhamdulillah, sihat.” Tiba-tiba dia terpandangkan seraut wajah. Amir? Aik, macam berjanji pulak yang Amir pun akan datang ke sini? Tapi… Zam? Kelibat Azam pula muncul di belakang Amir. Er… diorang ni dah berpakat nak buat reunion ke apa?
Zul menoleh ke arah pandangan pelik Lyna. “Mir? Zam?” Zul terlebih dahulu menegur.
Lyna diam tak terkata. Macam mana mereka boleh bertemu secara serentak di tempat yang sama? Tadi Syika… Dan sekarang mereka bertiga. Anak matanya tidak lepas daripada memandang seraut wajah. Wajah siapa lagi kalau bukan Azam. Seraut wajah yang sangat dirinduinya. Seraut wajah yang dinantikannya selama empat tahun! Azam datang sekali dengan Syika ke?
Senyuman dihulurkan kepada dua sahabatnya itu. Sekilas anak matanya singgah pada Azam di sisinya. Masam betul muka dia? Kenapa? Sebab bertemu dengan Lyna dalam keadaan macam ni? Sekejap sahaja dia memandang semula ke arah seraut wajah Lyna. Gadis itu kelihatan tenang tanpa sebarang riak yang mencurigakan.
“We all macam dah berjanji pulak nak buat reunion kat sini, kan? Dah ada empat orang! Geng sekelas pulak tu! Korang sihat?” Amir memecahkan kesunyian antara mereka.
“Aku sihat aje. Tak sangka pulak boleh terjumpa korang kat sini.” Zul bersapa mesra.
Lyna memilih untuk diam tanpa kata. Anak matanya sekadar memerhatikan manusia ynag lalu lalang di situ. Hatinya kosong! Benar-benar kosong setelah bertemu sahabat-sahabatnya itu.
Azam juga. Diam setelah bertemu dengan Lyna setelah empat tahun masa memisahkan mereka berdua. Dan hari ini, masa menemukan mereka semula. Apakah ini suratan atau satu kebetulan?
“Eh, Zam! Tadi aku terserempak dengan Syika. Dah tunggu masa bersalin dia, kan? Bunting pelamin ke apa?” Soal Zul mahukan kepastian.
Azam diam. Soalan itu dibiarkan tanpa jawapan.
Lyan memandang seraut wajah itu. Dia juga mahukan jawapan yang sama. Zam… klau awak nak tahu, empat tahun saya tunggu awak, Zam. Saya tunggu awak datang cari saya. Macam dulu-dulu. Awak akan selalu cari saya bila saya tak ada depan mata awak. Tapi… saya tak tahu pulak yang cinta awak akan berubah secepat ini. Saya akan doakan kebahagiaan awak, Zam. Hatinya berbicara sendiri.
Azam juga melakukan perkara yang sama. Seraut wajah itu dipandang sedalamnya. Lyna… rupanya ini yang awak pernah cakap dulu, kan? Masa depan kita masih panjang. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang. Bimbang masing-masing akan jumpa pasangan yang lebih baik bila sambung pelajaran lagi. Inikah lelaki terbaik yang kau temui, Lyna? Atau… sejak pengajian Diploma dulu lagi, Lyna?
“Lama betul kan, masing-masing menyepi. Apa kata kita minum-minum dulu? Sembang-sembang dulu?” cadang Zul walaupun dia sudah dapt melihat situasi asing di situ. Dia cuba menceriakan suasana.
“Maaf, Zul. Aku ada hal.” Jawab Azam, mengelak.
Senyuman hambar tergambar di dalam hatinya. Syika dah tunggu kan, Zam? Pergilah! Dia tengah tunggu kau. Hatinya berkata-kata sayu.
“Oh, yeke? Lain kali boleh tak kita berempat jumpa? Ajak Syika sekali.”
“InsyaAllah. Jika diizinkan.” Kali ini Amir pula yang menjawab. Sungguh, dia risaukan tentang dua hati itu. Hati Azam… dan hati Lyna. Masing-masing seperti ada sesuatu yang dipersoalkan di dalam kepala masing-masing.



TELEFON bimbitnya kedengaran menjerit nyaring. Lyna yang baru keluar daripada bilik air, cepat-cepat mencapai telefon bimbitnya. Nombor siapa pulak ni? Slide hijau ditolaknya ke tepi. “Assalamualaikum.” Salam dihulurkan.
“Waalaikumussalam. Lyna… Amir ni.”
Jelas tergambar raut ceria di wajahnya. Langsung tak menyangka yang Amir akan menelefon dia. “Ya, Mir. Kenapa kau call?”
“Aku tak boleh call kau? Ada orang marah ke?”
“Eh, tak adalah. Tapi pelik.”
“Tak ada yang nak dipelikkan, Lyna. Kau dah kahwin Lyna?”
“Hah?” Agak terperanjat dengan soalan yang didengarnya itu. Kenapa pulak tetiba sahaja Amir bertanyakan soal perkahwinan. “Er… belum. Kau?” Soalnya semula.
Amir menguntumkan senyuman dalam diam. “Hmm… baguslah. Aku nak jumpa kau boleh?”
Perlahan liurnya diteguk. Soalan dan jawapan Amir kedengaran agak pelik dipendengarannya. Er… tapi kenapa dia nak jumpa aku pulak? “Bila?” Lain persoalan di hatinya, lain pula yang meniti di bibirnya.
“Sekarang boleh?”
“Hah?” Agak terkejut dengan soalan yang baru diutarakan kepadanya itu.





DI hadapan menara KLCC itu, dia menanti dengan sabar. Persoalan demi persoalan menerja ruang fikirnya.
“Assalamualaikum, Lyna.”
Lyna menoleh ke arah suara yang menegurnya dari arah belakang. Senyuman dihulurkan ke arah lelaki itu. Santai betul pakaian dia. Seluar jean dengan baju t-shirt putih. “Waalaikumussalam.”
Punggungnya dilabuhkan di sebelah gadis itu. “Dah lama tunggu.”
“Baru aje. Ada apa, Mir?”
Keluhan kecil dilepaskan. Sebolehnya dia tidak mahu bertanya. Tetapi fikirannya tetap terganggu sekirang dia terus menerus mendiamkan diri. “Betul ke apa yang aku dan Zam nampak semalam?”
Berkerut dahinya memandang seraut wajah itu. Semalam? Apa maksud Amir? Dia cuba meneka, namun tiada jawapan yang meniti dimindanya. “Maksud kau?”
Sekilas dia mengalihkan pandangan ke arah seraut wajah putih kemerahan itu. “Kau dengan Zul?” Dia memilih untuk berterus terang.
Soalan itu membuatkan dia tersenyum. Senyum yang penuh dengan kepura-puraan. “Kenapa kau tanya? Apa yang kau nak tahu sebenarnya?”
Nafasnya ditarik dalam. Kenapa begitu jawapan yang diterimanya? Sedangkan dia mengharapkan jawapan yang lain. “Jadi betullah selama ni kau bercinta dengan Zul? Atau mungkin sejak dulu lagi?”
Lyna senyum lagi. “Kau pun sama macam Azam kan? Selalu mencurigai aku. Entah-entah sejak dulu pun kau curigakan aku tak?” Duganya.
Amir mengerutkan dahinya. Kenapa pulak minah ni cakap macam tu? “Kenapa kau cakap macam tu?” Soalnya ingin tahu.
“Sebab Zam dan kau sama-sama tak percayakan aku.”
Amir tergelak perlahan. “Aku percayakan kau, Lyna.” Dia berterus terang. Tidak mahu kekeliruan menghantui mereka lagi.
Pantas Lyna menoleh ke sisinya. Senyuman tidak ikhlas kembali meniti bibirnya. “Kalau kau percayakan aku, kau tak akan tanya soalan macam tu.”
“Aku cakap apa yang aku nampak, Lyna.” Ya, apa yang dia nampak semalam. Lyna dan Zul. Malah bukan dia seorang yang melihatnya. Azam juga!
“Tapi kau bercakap tak ada bukti. Main redah aje.”
So, apa jawapan kau?”
Lyna tergelak sinis. Apa yang dia cuba cungkil sebenarnya? Jawapan apa yang Amir nak tahu sebenarnya? Dia menyoal hatinya sendiri. “Apa yang kau nak tahu sebenarnya?”
“Kau dan Zul.”
“Aku dan Zul?” Lyna ketawa perlahan. Cuba menelan maksud di sebalik kata-kata itu.
“Kau tak setia, Lyna. Kau bercinta dengan Zul, kan?” Direct to the point lebih senang daripada bercakap belit-belit!
“Zam pun.” Jawab Lyna pantas. Amir seolah-olah mahu meletakkan kesalahan di bahunya seorang. Bagaimana pula dengan Azam yang sudah berkahwin dengan Syika? Itu setia ke namanya?
“Kau dah salah faham, Lyna.’
Aku salah faham? Aku sorang yang salah faham? Habis tu yang diorang berdua salah faham tu apa bendanya? “Ya, aku sorang yang salah faham! Kau dan Zam tak akan pernah percayakan aku, kan?”
“Ya, sebab apa yang aku nampak semalam.”
“Apa yang kau nampak, Amir?” Kali ini suaranya mendatar. Lelah sungguh mahu bertekak dengan Amir soal dia dan Azam. Amir tidak mahu mengalah. Dia pun! Takkan dia nak mengalah dengan apa yang bukan salahnya?
“Kau dengan Zul! Takkanlah selepas empat tahun?”
“Macam kau dan Zam. Setelah empat tahun aku meninggalkan bumi Malaysia, semalam kali pertama aku terserempak dengan Syika. Kali pertama juga aku terserempak dengan Zul setelah empat tahun. Dan kali pertama juga aku terserempak dengan kau dan Zam. Semuanya secara kebetulan dalam masa yang sama.”
“Aku tak percaya.”
“Ya, kau memang tak pernah percayakan aku. Macam Azam jugak! Sekalipun aku cakap cinta aku pada Azam tak pernah berubah dalam masa empat tahun itu, kau dan Zam tak akan pernah percaya kata-kata aku.”
“Lyna… aku cuma nak cakap yang Zam…”
“Dahlah, Mir. Aku dah malas nak ungkitkan perkara yang dah berlalu. Semua tu dah terkubur sebagai suatu kenangan. Empat tahun aku tunggu dia kembali pada aku. Dan jawapannya Zam sendiri dah berkahwin, kan?”
Amir mengerutkan dahi sendiri. Empat tahun Lyna menanti Zam? Biar betul? Zam pun! Zam dah berkahwin? Apa pulak maksud Lyna? “Aku rasa kau dah salah faham, Lyna.”
“Ya, ku memang selalu salah faham. Aku memang selalu yang tak setia. Dahlah, Mir. Aku nak balik. Lepas ni aku dah tak nak jumpa kau lagi, Amir! Azam juga! Aku dah tak nak jumpa Azam lagi! Selamat tinggal.” Kakinya terus dilangkahkan meninggalkan Amir yang masih terpinga-pinga itu.



ANAK matanya masih memerhatikan permandanga Tasik Perdana yang sangat cantik itu. Saat ini hatinya kosong. Langsung tidak setenang air di dalam tasik itu.
“Hai, Lyna.”
Siapa pulak? Kepalanya ditoleh ke sisinya apabila seorang lelaki melabuhkan duduk di sebelahnya. Tersentak apabila melihat serut wajah yang cukup dikenalinya. Seraut wajah yang sangat dirinduinya dalam diam. Lama anak matanya singgah pada seraut wajah yang kelihatan tenang itu. Kenapa kau boleh setenang ni, Zam? Aku?? Berhari-hari dilanda kesedihan yang menggunung kerana sikap kau! Kerana cinta yang ada untuk kau!
“Kau sihat, Lyna?”
Soalan itu mematikan segala lamunanya. Segala kenangan yang menjengah raung fikirnya. Tanpa sedar kepalanya diangguk perlahan. “Syika sihat?” Entah bagaimana bibirnya menuturkan sepatah nama itu. Seawal pagi tadi, dia sudah mendapat berita mengenai kelahiran anak Syika yang sulong melalui seorang sahabatnya. Pastinya dia akan bertanyakan tentang Syika.
“Hmm… dia sihat.”
“Baby sihat?”
Azm mengangguk perlahan. “Hmm… baby Syika pun sihat.”
Seraut wajah itu dipandangnya sekejap. “Zam sihat?” Kali ini barulah dia bertanyakan soal lelaki itu.
Azam mengangguk lagi. “Sihat. Cuma terlalu rindukan kau, Lyna.”
Lyna mengerutkan dahinya. Ya, Zam… aku pun! Terlalu tindukan kau. “Kenapa kau datang sini, Zam? Macam mana kau tahu aku kat sini?” Lirih suaranya seperti menahan sebak di dada. Ya, dia terlalu terkesan dengan setiap bait kata yang keluar dari mulut lelaki itu.
“Sebab aku rindukan kau. Sejak minggu lepas lagi… aku cari rumah sewa kau. Dan aku dah temui rumah sewa kau semalam. Dah malam pun. Jadi aku tunggu kau kat bawah dan nak jumpa kau hari ni. Awal-awal pagi lagi aku dah nampak kau keluar. So, aku follow kereta kau sampai sini.”
“Kenapa kau cari aku, Zam?” Kali ini air matanya sudah menitis jatuh ke pipi. Sungguh sebak hatinya dengan pengakuan lelaki itu.
Azam melemparkan senyuman hambar. Terkesan sungguh hatinya melihat air mata yang mengalir di pipi wanita itu. “Lyna… cinta aku untuk kau tak pernah berubah. Aku masih cintakan kau, Lyna.”
“Jangan cakap macam tu, Zam. Kau tak kesiankan Syika? Dia baru lepas bersalin anak kau.” Lyna cuba memujuk sahabatnya itu.
“Kau salah faham, Lyna. Aku tak pernah berkahwin pun. Apatah lagi dengan Syika. Kenapa kau boleh fikir yang aku berkahwin dengan Syika?” Sungguh, dia mahukan kepastian.
“Tapi… aku jumpa Syika. Sebelum aku terjumpa Zul dan sebelum aku terjumpa kau dan Amir.”
“Kau dah tanya dia betul-betul ke? Syika dah kahwin. Tapi bukan dengan aku, Lyna. Dia kahwin dengan calon pilihan dia sendiri.”
Lyna berfikir sejenak. Ya, aku tak pernah tanya dia. Dan dia ada cakap yang suaminya menunggu di kereta. Lantas, bagaimana pula Azam boleh muncul di situ setelah Syika pergi? Aku yang salah faham? Tapi… kenapa Azam tak tegur aku langsung time tu?
“Kenapa kau tak berterus terang dengan aku masa tu?”
Azam tersenyum ceria. Raut wajah gadis di hadapannya ini tidak lagi mneggambarkan kesayuannya. “Mana aku nak tahu yang kau dah fikirkan aku dengan Syika. Time tu aku hanya fikirkan pasal cemburu aku pada kau dan Zul.”
Lyna tergelak perlahan. “Macam mana kau boleh fikir yang aku dengan Zul bercinta?”
“Macam man aku tak fikir bukan-bukan. Last year masa Diploma dulu, kau dengan dia yang dinobatkan King dan Queen of The Year. Masa tu, aku cemburu macam nak mati. Rasa macam nak cekik leher Zul hidup-hidup.”
Bibirnya mencebik perlahan. “Habis tu, siapa yang reject aku? Aku punyalah beria nak jadi couple kau masa tu. Alih-alih kau dah cop Syika. Sakitnya hati aku masa tu Tuhan sahaja yang tahu. Satu lagi!” nak matanya memandang tepat pada seraut wajah itu. Dia perlu rungkaikan segalanya.
Azam menjungkitkan keningnya bertanya.
Time last exam final semester akhir… Kau buat aku frust giler, Zam! Aku ajak kau berbual dengan aku. Tapi kau cakap ada benda yang lebih penting. Dan yang lebih penting tu adalah Syika. Time tu aku dah putus harapan, Zam!”
So, sebab tu kau bawa diri ke Sedney.”
“Ya, memang sebab tu pun. Nasib baik result aku sem akhir tak down. Kalau down, of course aku akan salahkan kau! Kau buat aku tertanya-tanya sorang-sorang.”
“Habis tu, yang kau duk jual mahal sangat tu kenapa? Susah betul aku nak mengayat kau kan? Dah macam-macam cara aku buat nak dekat dengan kau. Alih-alih kau buat tak layan aje. Ynag paling buat aku sakit hati, time kau call aku tu… ”
Lyna mengerutkan dahinya. “Yang pasal kau ajak aku kahwin tu?”
“Ha, ingat pulak kau kan? Time kau cakap yang kita mungkin akan jumpa pasangan yang lebih baik masa sambung Degree nanti. Yang tu memang aku sakit hati giler! Nampak sangat kau memang nak cari orang lain! Nampak sangat yang cuma aku sorang aje terhegeh-hegeh kat kau!”
Tercetus gelak ketawa mereka. Kalau dingatkan semua perkara yang berlaku antara mereka, pastinya akan pecah perut ketawa sorang-sorang. Macam-macam!



“ASSALAMUALAIKUM, sayang.”
Pantas kepalanya berpaling ke arah suaminya yang segak berpakaian Baju Melayu. Wah, handsome betul suami aku ni kan? Senyuman manis diukirkan buat suaminya. “Waalaikumussalam, abang. Dah siap?”
“Ha’ah. Dah siap. Cuma tengah tunggu bidadari syurga yang belum nak siap-siap lagi.” Usiknya sambil menghampiri isterinya itu.
“Wow, siapa bidadari syurga tu? Boleh saya tahu?”
“Ni! Yang kat sebelah abang nilah. Dah siap ke belum ni?” Tangannya terus merayap melingkar ke pinggang isterinya itu. Pipi isterinya dikucup penuh syahdu. Tak sangka, bertemu kembali cinta pertamanya dan akhirnya ke jinjang pelamin. Masjid terbina dan warna warni menghiasi rumah tangga mereka. Syukur kepadaNya Yang Satu!
“Dah. Cuma tengah betulkan tudung aje tadi.” Di dalam cermin di hadapannya dia dapat melihat dengan jelas sepasang anak mata suaminya sedang memandangnya dari dalam cermin itu. Dia sudah menggelabah sendiri. Walaupun sudah tiga bulan mendirikan rumah tangga, dia masih malu-malu lagi. Cepat-cepat anak matanya dialihkan dan tangannya konon-konon membetulkan letak kerongsang di bahunya.
Azam sudah ketawa perlahan. “Abang sayang Lyna sangat-sangat.”
Lyan kembali memandang cermin di hadapannya apabila suara romatis suaminya singgah dekat dengan cuping telinganya. Senyuman diukirkan tatkala anak mata mereka bersatu di dalam cermin itu. “Lyan pun. Lyna sayangkan abang sangat-sangat. Dan cinta Lyna tak akan pernah berubah sampai bila-bila pun.”
“Cinta abang pun tak akan pernah berubah sampai ke Syurga Hakiki, Lyna.”
“Terima kasih, abang. Sebab sudi terima Lyna sebagai permaisuri hidup abang. Peneman hidup abang sampai akhir hayat.” Tubuhnya dipusingkan ke belakang. Satu ciuman kasih sayang singgah pada pipi kanan suaminya. Sekejap sahaja, suaminya sudah memandangnya bersama senyuman yang mekar di bibir. Sekali lagi ciumannya dihadiahkan di pipi kiri suaminya. “I love you so much, abang.” 
Ucapan syahdu isterinya itu benar-benar menyentuh tangkai hatinya. “Abang pun. I Love so much, sayang.” Kucupan penuh syahdu singgah di dahi isterinya.
“Thanks to Amir jugak. Sebab dia yang berusaha sunguh-sungguh menyelesaikan sengketa antara kita.”
Azam mengangguk perlahan, mengiyakan kata-kata isterinya itu. Kalau bukan kerana Amir, belum pasti mereka berdua sampai ke tahap ini.
“Ehem. Tak nak pergi ke?” Amir bersuara apabila namanya disebut oleh dua sahabatnya itu.
Serentak Azam dan Lyna berpaling ke arah pintu biliknya. Kedua-duanya serentak memandang antara satu sama lain apabila terjengul seraut wajah Amir di muka pintu biliknya.
Azam sudah membuat muka. “Kau ni kan… tak reti nak ketuk pintu ke? Paling kurang bagilah salam, Assalamualaikum!”
“Hello! Eh, Waalaikumussalam!” Sempat dia menjawab salam Azam tadi sebelum menyambung bicaranya. “Dah nak roboh pintu bilik ni aku ketuk! Sikit pun tak terjawab. Dah pintu tak berkunci. Aku bukaklah. Lain kali kalu dah tahu nak romantis-romantis, kuncilah pintu ni! Tak adalah orang yang nak mengganggu!” Amir sudah ketawa terbahak-bahak.
Choi!! Mulut kau kan… macam longkang aje!” Marah betul dia pada adik iparnya itu. Magic, kan? Tetiba pulak si Amir ni jadi adik ipar aku! Kah kah kah! Macam nak ketawa seribu tahun aje!
Lyna sekadar menjungkitkan kedua belah bahunya melihat telatah abang dan adik ipar itu. Memang tak sangka pun, kan? Sebulan selepas Lyna dan Zam melangsungkan perkahwinan mereka, rombongan keluarga Amir datang meminang adik Azam. Entah bila masanya mereka bercinta, Azam sendiri pun tak tahu. Baru dua minggu yang lepas diorang mendirikan rumah tangga. Dan hari ni… mereka berempat akan menghadiri majlis perkahwinan Zul Azmi pula.
Yang si Zul pulak, lagilah tak sangka. Dia kahwin dengan sepupu dia. Katanya keluarga yang aturkan. Sebenarnya sewaktu belajar Diploma lagi dia dah bertunang dengan sepupunya. Cuma tengah cari waktu untuk suaikan diri masing-masing.
“Sayang… Jom!” Tangan kanannya dihulurkan kepada isterinya.
Dengan senyuman di bibir, Lyna menyambut huluran tangan tersebut.
Amir yang memandang membuat muka meluat.
“Sudahlah, kau! Kalau cemburu pergi masuk bilik sendiri!” Marah Azam apabila melihat muka meluat Amir.
Choi!! Buang karan aje aku nak cemburukan kau. My wife dah cukup perfect bagi aku! Tunggu kat bawah tau! Jangan lambat sangat! Mama dah bising-bising!”
“Mama yang bising ke kau yang bising?” Sempat Azam mengusik adik iparnya.
“Tak kuasa!” Amir terus berlalu meninggalkan pasangan isteri itu.
Lyna dan Azam saling berpandangan antara satu sama lain sebelum masing-masing menjungkitkan bahu sendiri. Mereka sama-sama melangkah meninggalkan bilik yang penuh dengan kenangan manis itu.
“Sayang…” Panggilnya lembut.
“Hmm…” Lyna menjawab ringkas.
“Cinta kita… Jangan pernah berubah, ya?”
“Hmm… pastinya!” Gengaman tangan suaminya dibalas erat. Ya, dia terlalu cintakan suaminya. Dan cinta dia tak akan pernah berubah sampai bila-bila. Begitu juga dengan Azam… Cintanya tak akan pernah berubah!
Percayalah bahawa jodoh sudah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Siapa dia… di mana dia… Dah ditetapkan sejak kita dilahirkan. Cuma bezanya, cepat atau lambat! Ada jodohnya sudah bertemu dengan cepatnya. Ada juga yang jodohnya bertemu sangat lambat. Dan yang telah dijodohkan untuk kita itu adalah yang terbaik daripada yang terbaik. Hargailah mereka yang mencintai kita. Sesungguhnya cinta itu amat berharga dan tiada nilai bandingnya!


~ TAMAT ~