CERPEN: MENCINTAIMU SAMPAI MATI
3 hari yang lepas…
“Ann...
temankan aku jumpa Nuar?”
Dia
berpaling ke arah suara yang menegurnya itu. “Hah? Er... tapi Add Math aku
belum siap lagi la.”
“Ala...
aku pun! Kita kan satu kelas. Malam nanti kita buat la sama-sama.”
“Hmm.”
Akhirnya Ann bersetuju untuk menemani Zya.
Di
bawah pohon rendang itu kelihatan seorang lelaki sedang duduk di atas sebuah
bangku. Di sawah padi inilah Zya dan Nuar declare
sebagai pasangan kekasih. Dan di sini juga hatinya terluka.
Ann
memandang lama seraut wajah lelaki itu. Nuar... kalaulah kau tahu betapa aku
cintakan kau? Tiba-tiba Zya datang menerpa lalu duduk bersebelahan dengan Nuar.
Nuar tersenyum bahagia. Hmm... dia nampak sangat gembira bila bersama Zya. Ann
tersenyum hambar. Dia bukan untuk aku!
“Hai,
Ann! Sihat?” Tegur Nuar.
Ann
senyum. “Kau nampak?” Soalan berbalas soalan.
“Aku
nampak kau makin sihat. Bahagia betul kau, kan? Kau makan nasi beras cap ape,
ek?” Nuar memerli Ann.
Senyuman
dihulurkan sebagai jawapan. Kakinya diatur melangkah ke arah bendang. Batas
bendang dilalui dengan berhati-hati. Saat ini fikirannya dipenuhi dengan
kenangan-kenangan lalu yang tidak pernah sekalipun dilupakan.
3 tahun yang lalu...
“Weh,
budak gemuk! Kau apehal pandang-pandang aku macam tu? Aku tahulah aku ni handsome. Tapi tak payahlah kau tenung
aku sampai nak keluar biji mata kau tu!”
Dia
mencebik. “Perasan! Siapa pandang kau?”
“Huh,
kau jangan buat-buat tak tahu okey? Untuk pengetahuan kau, aku sangat-sangat
bencikan budak gemuk yang perasan comel macam kau ni!” Tempelak lelaki itu
lagi.
Haha!
Ann buat-buat tergelak! “Aku yang perasan comel atau aku dah semulajadi
dianugerahkan muka yang comel? Sebab tu kau cakap aku comel, kan?”
Dia
mengetap bibir geram. “Kau ni kan… manusia yang tak reti nak bersyukur, kan?
Bangga! Riak dengan anugerah Ilahi.”
“Siapa
yang riak? Kau yang cakap aku comel tadi, kan?”
“Mana
ada aku cakap kau comel? Aku cuma cakap kau budak gemuk yang perasan comel!”
Waaa…
Rasa macam nak nangis aje dengan kutukan-kutukan yang macam gitu! Namun
ditabahkan hatinya. Walau apa pun cakap orang, butakan mata dan pekakkan
telinga! Lambat laun, orang pasti akan penat untuk mengata lagi!
3 bulan berlalu...
Bulat
anak matanya memandang kelibat perempuan di hadapannya itu. Berseorangan? Mana
Zya? Kenapa Zya tak ada sekali dengan minah ni? “Ann? Mana Zya?” Dia menyoal
ingin tahu.
“Sorry, Nuar! Zya tak dapat datang. Pagi
tadi mama dia ajak pergi pekan. So,
dia tak balik lagi.”
“Dia
wakilkan kau?” Soalnya mahukan kepastian.
“Hmm.”
Sepatah jawapannya.
“Dia
ada kirim apa-apa?”
“Zya
kirim ni.” Sampul surat bersaiz A4 itu dihulurkan kepada Nuar.
“Apa
ni?” Nuar menyambut dengan wajah tersenyum. Takkanlah Zya tulis surat cinta
pulak? Tak pernah-pernah pun tulis surat?
“Ntah,
Ann tak tahu.”
~ Setiap malam aku
memikirkan tentang dia.
Bila dekat, jantung ini
terasa seperti terhenti berdenyut.
Sungguh... aku cinta
dia!! ~ an_an
Nuar
tersenyum sendiri. Sejak bila pulak Zya
pandai jiwang karat ni? Dah dua tahun bercinta! Tapi dia tak pernah tahu
yang Zya boleh bermadah seperti ini. Nuar baca lagi.
~ Bagai pungguk
rindukan bulan.
Aku sentiasa
merinduimu.
Namun kau jauh di atas
sana.
~ an_an
Baris
ayat itu mengelirukan dia. Jika dibaca dan terus dibaca, bukan Zya yang menulis
bait kata seperti ini. Zya tak pandai bermadah! Dan ini... bukan tulisan Zya.
Siapa an_an? Anak mata dilarikan lagi membaca helaian yang seterusnya.
~ Cinta dia untuk Zya
melebihi segalanya.
Aku cuma mencintai dia
dalam diam.
Nuar... andainya kau
tahu...
Ann <3Anuar
~an_an
Ann
dan Anuar? Apa ke merepeknya? Zya yang bagi semua ni? Penipu! Takkanlah Zya nak
bagi semua ni? Untuk apa Zya bagi semua ni? Jangan-jangan... minah gemuk ni
yang bagi sendiri sebab nak bagitahu yang dia cintakan aku? Sengaja menggunakan
nama Zya untuk menutup salahnya?
Lama
dia memandang seraut wajah itu. Sakit hati… benci… Semuanya bersatu di dalam
hatinya saat ini. Tajam pandangannya seolah-olah ingin menusuk masuk menembusi
jantung wanita di hadapannya itu. “Kenapa kau datang sini?” Serius soalannya.
Ann
berpaling ke belakang sambil mengerutkan dahi sendiri. Kenapa dia tanya soalan
macam tu pulak? Bukan tadi aku dah cakap ke yang Zya minta aku datang sini?
Kenapa muka dia serius sangat tu? Ada yang tak kena ke? Beribu soalan
bermaharajalela di kotak fikiran. “Zya minta Ann datang jumpa Nuar.”
“Huh,
alasan! Maafkan aku, Ann! Aku tak akan pernah sukakan kau! Apatah lagi cintakan
kau!” Dia sudah merengus kasar.
Berkerut
seribu dahinya memandang seraut wajah itu. Tak suka aku? Bukan ke dah lama aku
tahu yang dia tak sukakan aku? Cuma aku yang syok sendiri sukakan dia. Lelaki
ini cuma sukakan Zya seorang sahaja. Dia hanya cintakan Zya. “Apa maksud Nuar?”
Helaian
kertas itu dicampakkan ke muka Ann.
Ann
mengerutkan dahi. Terkejut dengan tindakan drastic itu. Perlahan dia menunduk mengutip helaian kertas
yang bertaburan itu. Satu persatu ayat yang tertera itu dibacanya. Hampir
menitis air matanya apabila membaca bait kata yang terpapar pada helaian kertas
itu. Tulisan aku... Tapi, kenapa ada pada Nuar? Zya bagi pada Nuar? Tapi... Zya
dapat dari mana? Maksudnya... Zya tahu pasal ni?
Perlahan
kepalanya didongakkan memandang seraut wajah yang kelihatan serius, menahan
marah itu. Nuar marahkan aku? “Nuar... aku tak maksudkan...”
“Perempuan
tak sedar diri! Sanggup kau rampas kekasih sahabat baik kau sendiri? Perempuan
jenis apa kau ni? Dah la badan gemuk! Muka cubby! Kau budjet kau cantik sangat
ke? Balik nanti kau cermin diri kau depan cermin! Tanya pada diri kau, sesuai
tak kau dengan aku? Tak padan langsung!” Tanpa sempat Ann membela dirinya, Nuar
terus menghemburkan amarahnya.
“Nuar...
aku...”
“Dah
lah! Aku menyampah tengok muka kau. Lepas ni, aku tak nak jumpa kau lagi!”
Sekali lagi dia memotong ucapan Ann. Kali ini langkah kakinya sudah diatur
meninggalkan perempuan gedik yang terhegeh-hegeh itu. Cuma ada satu cinta dalam
hatinya. Hanya Zya! Hanya Zya!
3 tahun berlalu...
“Alhamdulillah...
Nuar dah sedar pun.” Puan Azlina mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga
kepada Ilahi. Sudah seminggu anaknya terlantar di hospital itu setelah
menjalani pemindahan hati. Baru hari ini Nuar mencelikkan matanya.
Nuar
memandang satu persatu wajah di hadapannya. Ya, dia sudah sedar daripada lena
yang panjang! Dia mengucapkan syukur di dalam hatinya. “Ma... siapa yang bagi
hati dia, ma? Nuar nak jumpa dia.”
Puan
Azlina tersenyum hambar. “Nuar… banyakkan bersabar ya? Penderma hati itu
merahsiakan namanya. Mama sendiri pun tak tahu siapa dia.”
Nuar
mengeluh hampa. Tangan kanannya singgah pada dada sendiri. Di dalam ini ada
hati milik seorang penderma yang bermurah hati. Namun, dia tidak dapat
mengenali siapa pemilik hati itu.
“Zya…
Nuar nak mintak tolong Zya. Hakim doktor, kan? Nuar nak mintak pertolongan
Hakim. Boleh kan, Zya?”
Zya
mengangguk perlahan. Ya, suaminya itu memang seorang doktor. Tapi dapatkah
Hakim mencari penderma hati itu sedangkan penderma sendiri menyembunyikan
maklumat dirinya? “InsyaAllah, Nuar. Zya cuba. Tapi… Zya tak janji.”
“Nuar
tak kisah. Asalkan Nuar dapat ucap terima kasih pada dia dah cukup untuk Nuar.”
3 bulan berlalu…
Langkah
kakinya diatur lemah ke arah meja solek. Sekilas, dia memerhatikan diri
sendiri. Seraut wajah yang pucat itu dipandang lama. Ya Allah, pucatnya muka aku?
Perlahan tangannya mencapai bedak compact. Disapunya ke muka perlahan. Secalit
lipstick turut disapukan pada seulas bibir yang kelihatan pucat itu. Lama dia
memerhatikan diri sendiri. Hmm… dah tak nampak pucat! Lebih elok berbanding
tadi.
Walaupun
terasa lemah, digagahkan juga dirinya untuk menapak ke bilik Nuar. Sudah tiga
bulan dia menanti. Hari ini tubuhnya terasa agak sihat berbanding hari
sebelumnya. Keinginan untuk mengetahui keadaan Nuar membuatkan dia gagahkan
kaki untuk melangkah.
Sudah
dua hari Nuar dimasukkan ke wad hospital ini kerana demam yang melarat. Namun
baru hari ini dia terasa sihat untuk bergerak.
“Assalamualaikum.”
Nuar
berpaling ke arah pintu bilik. Melihat seraut wajah itu, hatinya membuak-buak
menahan marah. Kenapa perempuan ini muncul di sini? Pada saat ini? Kenapa bukan
tiga bulan yang lalu? “Kenapa kau datang sini? Kau tahu kan yang aku bencikan
kau sangat-sangat? Aku benci kau, Ann!” Nuar memegang dada sendiri. Tiba-tiba
sahaja dadanya terasa sakit. Ya, Allah… kenapa dengan aku ni?
Peristiwa
di bawah pohon rendang itu menggamit kembali. Selepas pertengkaran dengan Ann,
dia mencari Zya. Zya menjelaskan semuanya kepadanya. Rupanya Ann cintakannya
sejak di bangku sekolah lagi. Tiga bulan berlalu, dia dan Zya masing-masing
memutuskan untuk berpisah kerana tidak serasi. Zya memilih cinta lain dan dia
masih sendiri sehingga kini.
Ann
tersenyum menahan rasa hati. Dia tidak mahu bersedih di hadapan Nuar. Kerana
dia tahu hati dia ada bersama Nuar. Itu sudah memadai baginya. “Nuar… Ann datang
untuk minta maaf.”
“Maaf?
Untuk apa lagi, Ann? Aku pernah cakap pada kau yang aku tak akan pernah
memaafkan kau, kan? Dah lupa?”
Ann
senyum lagi. Mana mungkin dia lupa? “Nuar… saya sukakan awak. Dan sampai
matipun saya tetap cintakan awak. Jawapan yang masih sama seperti dulu. Saya
tahu awak tak pernah suka saya. Tapi… saya bahagia sangat tengok awak sihat
macam ni, Nuar.”
Huh!
Nuar mengeluh berat. “Kau bukan datang sini untuk melihat aku sihat, Ann! Kau
datang sini untuk menyakitkan aku lagi, kan?” Dia memegang dada sendiri yang
terasa sangat sakit dengan kata-katanya itu.
“Terima
kasih, Nuar… Sebab sudi terima saya dalam hati awak.”
Terima
dia? “Apa yang kau merepek ni? Bila masa pulak aku terima kau?”
Ann
senyum. Walaupun awak tak faham apa-apa, saya redha! “Hidup baik-baik, Nuar.
Saya bahagia sangat sebab ada bersama awak.”
“Apa
yang kau merepek ni?”
“Tak
ada apa-apalah. Sekali lagi saya nak minta maaf pada awak.”
“Tak!
Aku dah cakap kan… yang aku tak akan pernah maafkan kau!”
“Tak
apalah. Saya harap suatu hari nanti awak akan sudi maafkan saya supaya saya
dapat pergi dengan tenang. Dan juga… saya akan terus mencintai awak sampai
mati.”
Nuar
buat-buat tergelak mendengar baris ayat itu. Nampaknya dia masih cintakan aku
lagi! “Huh, aku harap kau akan mati dengan mata terbuka kerana kempunan untuk
dapat cinta aku!”
Ann
tersenyum hambar. “Benci betul awak pada saya, kan?”
“Ya,
aku memang bencikan kau! Sampai kau mati sekalipun!”
Sebulan kemudian…
Puas
berdiri, dia duduk kembali. Pening kepalanya memikirkan sesuatu. Kenapa aku
asyik mimpi dia aje? Dah tiga malam berturut-turut pun. Ingatan aku ni… asyik
ingat dia aje! Kenapa ya? Aku rasa macam… aku rindu dia! Kau biar betul Nuar?
Dulu bukan main kau tak sukakan dia! Bencikan dia! Sampai tergamak doakan yang
bukan-bukan pada dia!
Hari
ini rawatan susulannya di hospital itu. Alang-alang tiba di sini, dia berjumpa
Zya untuk mengetahui perkembangan pencariannya. Seraut wajah di hadapannya itu
dipandang lama. “Zya… dah jumpa penderma hati tu?”
Zya
tertunduk sekejap. Tiba-tiba sahaja perasaan sebak mencucuk hatinya. Ann…
Sepatah nama itu tersebut di hatinya. Ann berkeras tak nak Nuar tahu perkara
yang sebenarnya. Kerana berpegang pada janji insan yang sedang menanti hari,
dia tidak berterus terang pada Nuar. “Maaf, Nuar… Masih tak ada jawapan.”
“Tak
apalah, Zya. Allah masih belum tunjuk. InsyaAllah, aku akan jumpa dia jugak
suatu hari nanti.”
Zya
mengangguk perlahan. Nuar… saya tak rasa awak sempat jumpa dia lagi. Sebab dia
sedang menantikan saat terakhir dia. Dia sedang bertarung nyawa, Nuar! Akibat
pemindahan hati itu, hatinya terkena jangkitan kuman yang tak dapat dikesan
sejak awal. Bila tahu, jangkitan itu telah merebak ke lain-lain organ
dalamannya. Banyak organ yang rosak dan tidak dapat diselamatkan lagi.
Panggilan
telefon bimbitnya membuatkan dia cemas. “Maaf, Nuar! Saya dah kena pergi. Lain
kali kita jumpa lagi.” Cepat-cepat Zya beredar dari situ tanpa menunggu jawapan
Nuar.
Nuar
memegang dada sendiri. Sakitnya dada ni. Tadi masa jumpa doktor elok aje!
Kenapa sekarang tiba-tiba sakit pulak? Nuar mencari tempat rehat. Entah
mengapa, dia membatalkan niatnya dan berjalan mengikut kata hatinya.
“Ann…
mengucap, sayang. Ingat Allah!”
Ann
melemparkan senyuman. “Ann gembira sangat, ma. Walaupun Ann akan pergi jauh
daripada dia dan tak akan jumpa dia lagi, hati Ann ada bersama dengan dia.
Bersatu dengan hatinya.”
Nuar
terngadah sendiri. Dadanya dipegang kuat. Baris ayat itu cukup membuatkan dia
tersentak. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan sesuatu. “Terima kasih, Nuar… Sebab
sudi terima saya dalam hati awak.” Sebaris ayat itu terngiang-ngiang di
fikirannya.
“Ann…
terus teranglah dengan dia. Dia nak sangat jumpa pendermanya. Zya takut dia tak
sempat jumpa Ann lagi.”
“Zya…
Ann dah tak cukup masa. Boleh Zya tolong Ann?”
Zya
mengangguk perlahan. Sebak hatinya mendengar nafas Ann yang tersekat-sekat itu.
“Ann
hutang satu kemaafan daripada Nuar. Nuar masih belum maafkan Ann. Dan Ann
mintak tolong Zya cakap pada Nuar… Izinkan hati Ann ada dalam hatinya.”
Menitis
air mata di pipinya apabila mendengar kata-kata Zya. Penderma? Ann, kah? Kenapa
Ann tak pernah bagitahu dia? Kenapa Ann sembunyikannya daripada dia? Nuar
menarik nafas. Dia sudah terlambat. Dan dia perlu perbetulkan semuanya.
Perlahan Nuar menapak masuk ke bilik itu.
Terperanjat!
Terkejut apabila melihat Nuar yang sedang menapak masuk ke bilik serba putih
itu. Kenapa Nuar ada di sini? Dalam keadaannya yang tak sempurna ini? Wajah aku
pasti nampak pucat sangat. Aku dah tak mampu bangun untuk berpura-pura sihat di
hadapan Nuar lagi. Aku hanya mampu memandang langkah dia. Dia menahan air
matanya daripada menitis jatuh ke pipi.
Ann
pura-pura senyum. “Awak dah maafkan saya, Nuar?” Soalan sama masih
dipersoalkan.
“Tak!
Aku tak pernah maafkan kau.”
Ann
senyum lagi. Namun kali ini senyumannya sudah bersama air mata yang mula
menitis ke pipi. “Awak… saya dah nak pergi jauh ni. Tapi takpe! Saya akan
selalu ada bersama awak. Sebab hati saya milik awak.”
“Aku
benci kau, Ann! Kenapa kau tak pernah berterus terang? Kenapa?” Soalnya mahukan
kepastian.
“Sebab
saya cintakan awak, Nuar. Sampai matipun saya akan cintakan awak. Saya minta
maaf, Nuar.” Walaupun nafasnya terasa sempit, namun dia cuba meluahkan apa yang
dipendamnya selama ini. Dan Nuar perlu tahu semuanya.
Nuar
sudah menerpa ke arah Ann. Tangan itu dicapai dan digengamnya erat. “Kenapa kau
perlu berkorban sampai macam ni? Kenapa bagi hati kau pada aku? Aku lebih rela
mati daripada tengok kau macam ni!”
“Sebab
saya tak nak tengok awak mati. Terima kasih pada Zya. Zya selalu cerita yang
awak selalu sakit dada. Hari tu, saya ternampak ujian darah awak dan tahu
penyakit awak. Bila awak perlukan hati yang sesuai, saya mencuba nasib.
Alhamdulillah hati saya sesuai untuk awak.”
“Kenapa
hilangkan diri, Ann? Tahu tak yang aku selalu fikir pasal kau? Selalu rasa
rindu nak jumpa kau! Tapi kau tak muncul-muncul!”
Ann
senyum. “Sebab saya tak larat, Nuar. Saya dah tak ada masa. Saya nak cintakan
awak sampai mati biarpun saya tak pernah dapat cinta awak, Nuar.”
“Ann…
sebenar-benarnya aku juga sudah lama cintakan kau. Tapi aku pendamkan sebab
segan nak bagitahu kau. Aku pernah tolak cinta kau, kan? Dan aku sangat-sangat
menyesal kerana terlalu lama memendamkannya.”
3 bulan berlalu…
Hari
ini genap tiga bulan Ann kembali ke rahmatullah. Nuar mengukirkan senyuman.
Ann… kalau awak nak tahu, saya gembira sangat! Walaupun awak tak ada di sisi
saya, tapi hati awak ada bersama saya. Ke mana sekalipun saya pergi.
Ann…
awak dengar tak dengupan jantung saya? Rupanya cinta saya untuk awak lebih
banyak berbanding cinta saya untuk Zya. Dulu pun saya pernah sukakan awak. Cuma
waktu tu saya tak pernah sedar. Saya selalu minta Zya bawak awak untuk temankan
dia. Padahal saya suka tengok muka awak yang cubby tu! Kalau tak nampak awak,
mesti saya tak selesa.
Awak
tak kisah, kan kalau saya masih cintakan awak? Walaupun tak dapat bersama di
dunia, InsyaAllah kita akan bersama di akhirat kelak. Saya selalu berdoa kepada
Yang Maha Esa moga hati ini akan bertemu semula pemiliknya di alam bazarkh
kelak. Terima kasih untuk hati ini. Terima kasih untuk cinta ini. Aku akan
terus mencintaimu sampai mati.
Sebulan berlalu…
Di
tanah perkuburan Islam yang masih merah itu, dia mengalunkan bacaan Surah
Yaasin. Semoga roh si mati berada dalam golongan orang-orang yang beriman dan
beramal soleh kepada Allah Yang Esa. Semoga rohnya tenteram di alam sana.
Selesai
mengaminkan doa, Hakim memaut bahu isterinya yang masih menahan sendu. “Zya…
sabarlah. Sesungguhnya yang hidup itu pasti akan kembali kepadaNya. Doakan
semoga rohnya dicucuri rahmat Yang Maha Esa.”
Zya
mengangguk perlahan. Suaminya itu sangat-sangat memahami dirinya. Terima kasih
Hakim, kerana hadir dalam hidup saya. Perlahan tubuhnya diangkat dan melangkah
menghampiri Puan Zalina yang sedang menanti di bawah pohon rendang itu.
Zya
menyapu air matanya yang berebut-rebut ingin jatuh ke pipi lagi apabila
terpandangkan ibu arwah. Sungguh, dia terkejut dengan berita yang baru sahaja
didengarinya itu. “Innalillah… Nuar sakit apa, aunty?”
Puan
Azlina masih menahan air mata. “Aunty tak pasti. Dia meninggal selepas solat
Subuh pagi tadi.” Perlahan tangannya menyapu air mata yang menitis jatuh ke
pipi. “Semalam dia ada cakap yang dia nak jumpa pemilik hatinya.”
Zya
menahan sendu. Betapa cinta sejati akan mencari cintanya semula. Walaupun bukan
di dunia, mungkin di akhirat. Cinta Ann untuk Nuar sangat kuat sehingga mampu
mencintai Nuar sampai ke akhir hayatnya. Dan Nuar pula… sama seperti Ann.
Mencintai Ann sampai ke akhir hayatnya.
“Doakan
semoga roh mereka tenteram di alam sana.” Hakim bersuara sambil memandang
isterinya.
Perlahan
tangannya mencapai tangan suaminya. “Abang… Zya juga akan mencintai abang
hingga hujung nyawa Zya.”
“Abang
pun. Akan mencintai Zya hingga hujung nyawa abang.”
~ TAMAT ~