Sunday, September 22, 2013

Cerpen: Perempuan Bidadari Syurga

CERPEN: PEREMPUAN BIDADARI SYURGA





“AKU terima nikahnya Zulaikha Nur Dania binti Muhammad dengan mas kahwin seribu ringgit tunai.”
Pengantin perempuan langsung tidak menunjukkan sebarang riak. Gembirakah dia? Sedihkah dia? Seraut wajahnya langsung tidak menggambarkan apa-apa perasaan apabila Tok Kadi mengesahkan akad nikah tersebut.
Puan Aminah menitiskan air matanya. Tubuh anak perempuannya itu diraih ke dalam pelukannya. Akhirnya satu-satunya anak perempuan yang dia ada telah sah menjadi isteri orang. Diciumnya anak perempuannya itu dengan penuh rasa kasih dan sayang. Umi akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Dania. “Dah jadi isteri orang anak umi ni. Tahniah, sayang. Semoga puteri kesayangan umi ini akan bahagia di dunia dan di akhirat.”
“Terima kasih, umi.” Sungguh, dia ingin menangis semahunya di bahu ibunya itu. Oh, hati… kuatlah! Sabarlah! Sesungguhnya Allah ada bersama hambaNya yang sabar. Ditahan air matanya daripada menitis jatuh ke pipi.
Dania mengukirkan senyuman hambar. Itu ucapan umi sewaktu majlis akad nikahnya. Umi… abah… Dania akan sentiasa mendoakan semoga roh umi dan abah tenang di alam sana. Air mata yang menitis ke pipi disapunya perlahan. Seminggu selepas perkahwinannya umi dan abah meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Kini… tinggalah dia terkapai-kapai keseorangan di dunia yang nyata ini.
Bibirnya diketap geram sebaik sahaja terpandangkan sekujur tubuh yang sedang termenung di kerusi batu di luar rumah agam itu. Oh, duduk rehat ya? Senang betul hati kau, kan? Apa kau ingat kau duduk sini free ke? Cepat kakinya dilangkahkan ke arah perempuan itu.
“Weh, perempuan!” Telinga di sebalik tudung itu dipiatnya.
“Ma… sakit, ma…” Dia mengaduh kesakitan.
Dania
“Ewah-ewah… best kan duduk sini? Boleh goyang kaki! Apa kau ingat kau tu mem’ besar kat rumah ni?” Makin kuat cubitan pada telinga gadis itu kerana sakit hatinya.
“Ma… jangan buat macam ni ma… Sakit.” Tudungnya yang hampir tertanggal akibat ditarik itu dipegangnya kuat. Janganlah tudung ini tertanggal kat sini. Aku tak nak tanggung dosa lagi!
“Oh, tahu pulak sakit! Yang hati aku sakit tengok kau duduk goyang kaki tu kau tak tahu pulak, kan?” Telinga Dania ditariknya lagi. “Dan satu lagi! Berapa kali aku nak cakap pada kau? Jangan panggil aku mama! Aku bukan mama kau pun! Umi kau tu dah lama mampus dalam tanah! Jadi kau dah tak ada mama! Faham!” Jerkahnya kuat!
Menitis air matanya dengan kata-kata hinaan daripada seulas bibir ibu mertuanya itu. “Nia minta maaf Puan…” Tersedu-sedu dia memohon maaf.
“Maaf! Maaf! Maaf! Itu aje yang kau tahu, kan? Aku dah naik jemu dengan perkataan maaf kau tu! Sekarang kau pergi masak! Aku dah lapar ni! Jap lagi anak-anak aku balik nak makan! Takkanlah itu pun aku nak kena ajar lagi? Tak reti bahasa lagi ke?”
“Ya… Nia tahu…”
“Dah kalau kau tahu, tak reti-reti lagi? Sakit betul hati aku dengan perangai kau ni!” Jerkahnya sambil menolak tubuh itu.
Terdampar tubuh kecilnya di atas tanah. Inikah balasan untuk semuanya? Dosa apakah yang telah aku lakukan sehingga aku dihukum sebegini? Jika dari awal lagi aku tahu… aku tak akan pernah bersetuju dengan perkahwinan ini! Sumpah aku tak berkahwin dengan lelaki itu!
Dalam kesakitan, dia bangun! Dia sendiri tak faham… kenapa ibu mertuanya ini terlalu bencikan dia. Amsyar pun… Kenapa?

**********

DATO’ Aizril memandang pelik ke arah menantunya itu. Setiap kali makan malam… sekalipun dia tak pernah makan semeja dengan mereka semua. “Nia?”
Dania mengangkat muka memandang bapa mertuanya itu. Senyuman cuba dihulurkan. Cuma lelaki ini sahaja yang melayannya dengan baik. Sungguh, dia segan untuk bermasam muka dengan lelaki ini. “Ada apa papa?” Perlahan suaranya. Bimbang jika ibu mertuanya mendengra dia memanggil lelaki itu dengan panggilan papa.
“Kenapa duduk tercegat kat situ? Mari sini! Duduk makan sekali.” Ajaknya lembut.
Bergenang kolam matanya dengan kebaikan bapa mertuanya itu. Sungguh, hatinya benar-benar tersentuh. Bapa mertuanya ini mengingatkan dia kepada arwah bapanya. Dia terlalu rindukan kasih sayang itu. “Papa makanlah. Nia dah makan tadi.”
“Alah, abang… Abang ni tak tahu lagi ke? Puteri kesayangan abang tu bukannya suka makan malam. Diet sangat!” Puan Salina menahan sabar di dalam hatinya. Kalau diikutkan hatinya yang sakit ini memang dah kena hentam budak sorang ni! Nasib baik suami aku ada! Kalau tak memang aku dah kerjakan kau cukup-cukup! Pandangan amaran dihadiahkan kepada Dania.
“Dania ke dapur dulu.” Dia tidak berani untuk berlama-lama di meja makan. Dia tidak mahu merosakkan makan malam itu. Biarlah! Dia sanggup berlapar daripada dimarah dan dimaki hamun.
Sedang dia membasuh pinggan, telinganya menangkap derap langkah kaki seseorang menghampirinya. Dania berpaling ke belakang. Amsyar… Pandangan dihalakan ke arah suaminya itu. “Abang nak apa-apa ke?”
“Buatkan aku milo ais. Bawak naik atas.” Tanpa menunggu jawapan Dania, dia terus membasuh tangan dan melangkah meninggalkan wanita itu. Sedikit pun dia tidak memandang isterinya itu.
Dania mengangguk perlahan. Sabarlah Dania… Bukannya kau tak biasa pun! Teruk daripada itu pun kau pernah kena, kan? Dia cuba memujuk diri sendiri. Sekejap sahaja dia sudah menyediakan minuman sepertimana yang diminta oleh suaminya tadi. Kaki dilangkahkan ke anak tangga pertama.
“Eh, kau nak gi mana ni?”
Dania berpaling ke arah suara itu. Kedengaran perlahan… namun cukup keras menampar telinganya. “Nak bawakkan air ke atas.”
“Untuk siapa?”
“Abang Amsyar.”
Puan Salina menghampiri Dania. Anak matanya jatuh pada gelas yang dipegang oleh Dania. “Air apa ni?”
“Milo ais.”
“Bak sini!” Dia terus merampas gelas di tangan Dania. Sedikit air tertumpah ke lantai. “Kau ni… tak ikhlas, kan? Sampai tumpah kat lantai! Nasib baik tak kena baju aku!”
“Maaf, Nia tak sengaja.” Dia meminta maaf untuk kesalahan yang bukan bermula daripadanya. Ya, itulah yang selalu dilakukannya.
“Dah! Pergi buat air lain untuk Am. Menyampah pulak aku tengok muka kau ni!”
“Sal? Kenapa ni bising-bising ni?” Muncul Dato’ Aizril bersama mereka.
Lambat-lambat Puan Salina berpaling ke belakang. Jangan-jangan… suaminya dengar ke? Dia nampak ke? Dia meneguk liur perlahan. “Tak ada apa, bang. Ni Dania ni… Jalan tak pandang kiri kanan. Tak pasal-pasal terlanggar Sal kat sini. Tumpah air milo yang Sal pegang.”
Dania diam tidak terkata. Perlukah dia berterus terang? Tak perlu kot! Biarlah… biarlah nampak salahnya. Asalkan jangan mama mengamuk lagi. Dia tak sanggup kena pukul lagi. “Nia minta maaf, papa.”
“Hmm… tak apalah. Nia naiklah. Nanti papa minta tolong Mak Som bersihkan.”
“Eh, takpe papa. Nia boleh buat sendiri.” Cepat-cepat dia membantah tanpa memandang sedikit pun ke arah mamanya. Takut sekiranya mama marahkan dia.
“Hah, kalau macam tu bersihkan cepat-cepat. Nanti ada pulak yang terjatuh kalau terpijak.”
“Baik papa.” Kakinya dilangkahkan meninggalkan papa dan mamanya di situ.

**********

SELEPAS menunaikan solat Subuh dua rakaat dia mencapai surah Yaasin. Alunan ayat suci Al-Quran itu menceriakan subuhnya. Tenang sungguh hati ini bila dapat menyebut kalimah-kalimah suci Al-Quran.
Sabda Rasulullah s.a.w juga yang membawa maksud: “Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf” (Riwayat al-Tirmidzi).
Dari Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”. Hadis Riwayat Muslim (dengan riwayat yang sahih).
Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan mengalunkan baacan Al-Quran. Ada debaran halus bermain di dalam dadanya. Meremang bulu roma tatkala mendengar ayat suci itu dialunkan dengan penuh syahdu.
Siapa? Takkanlah mama? Bukan ke mama tak pandai mengaji? Semakin berdebar jantungnya apabila suara itu kedengaran merdu sekali di hening subuh itu. Tanpa sedar kakinya dilangkahkan ke arah suara itu. Bilik Amsyar? Isteri Amsyar rupanya. Bibirnya menguntumkan senyuman. Untung Amsyar... dapat isteri pandai mengaji. Belum pernah sekali pun dia melihat wajah isteri Amsyar. Sewaktu majlis perkahwinan Amsyar dia sedang menduduki peperiksaan akhir pengajiannya di Sedney. pagi tadi pun dia sampai di rumah ini jam empat pagi. Malas nak kejutkan semua orang, kakinya terus dilangkahkan ke bilik.
Selepas selesai solat Subuh dan mengaji Al-Quran, Dania cepat-cepat melangkahkan kaki ke dapur. Ya Allah... janganlah mama marah-marah lagi. Hari ini dia terlewat turun ke bawah. Leka mengaji Al-Quran sehingga tidak sedar jarum jam sudah melebihi enam pagi.
Anak matanya memandang sekilas ke arah suaminya yang masih terbongkang di atas katil. Lama matanya menatap seraut wajah yang masih enak dibuai mimpi itu. Bergenang kolam matanya untuk seketika waktu. Amsyar... bila awak nak sedar? Kenapa awak masih tak nak solat? Peristiwa dia dimarahi oleh Amsyar kerana mengejutkan suaminya itu untuk solat Subuh kembali terlayar di ruang matanya.
“Kau ni tak reti bahasa kan? Berapa kali aku nak cakap pada kau? Kalau kau nak solat, kau solatlah! Tak payah nak menyebok kejutkan aku pagi-pagi buta! Kita mati kubur lain-lain, okey! Itu masalah aku dengan Allah. Jadi kau tak payah nak menyebok! Perempuan Bidadari Syurga konon! Kau ingat dengan solat, pakai tudung macam ni kau boleh masuk Syurgalah? Takdenya kau nak berbau Syurga kalau tak dapat restu suami!”
Menitis air matanya ke pipi bila teringatkan peristiwa itu. Sekurang-kurangnya saya tak langgar perintah Allah, Amsyar. Namun, dia tak pernah serik! Sebagai hamba Allah, dia sedaya upaya akan cuba membantu suaminya ke jalan yang benar.
“Abang... bangun solat Subuh.” Perlahan tangannya menyentuh lembut bahu suaminya. Seribu doa dan harapan semoga suaminya itu akan bangun untuk solat Subuh.
Amsyar memekakkan telinganya. Bantal di sisinya dicapai dan dilekapkan ke telinganya.
Dania tersenyum perlahan. “Saya tahu awak dengar... Saya harap awak akan bangun untuk solat Subuh. Saya keluar dulu.”
Amsyar
Amsyar merengus kuat. Minah ni kan... tak pernah nak serik! Konon macam Perempuan Bidadari Syurga! Ee... sakit betul hati aku! Dia mencebik sambil merebahkan semula tubuhnya. Bantal peluk sudah kemas di dalam pelukannya. Akhirnya dia menyambung tidur semula. Si syaitan sudah tergelak besar. Sekali lagi seorang anak Adam yang sama berjaya dipengaruhinya.
Langkah kaki diaturkan ke luar bilik. Bibirnya cuba mengukirkan senyuman walaupun terasa pahit. Sesungguhnya sabar itu adalah suatu kenikmatan.
Perkahwinan yang tercipta itu adalah kerana rasa terhutang budi. Dato’ Aizril merupakan rakan kongsi abah. Kerana ingin membalas budi abah yang pernah membantu membangunkan semula syarikat miliknya, Dato Aizril mencadangkan perkahwinan ini. Selain itu, abah pernah juga cakap yang Dato’ Aizril memang berkenan sangat dengan Dania.
Dania pula bukannya jenis memilih. Itu kata abahnya, itulah kata dia. Bila abah memberitahunya tentang risikan Dato’ Aizril, dia terus bersetuju walaupun tidak mengenali lelaki yang bernama Amsyar itu.
Dua hari selepas perkahwinan di antara dia dan Amsyar, umi dan abah meninggal dalam satu kemalangan. Sebaik sahaja selesai pengebumian umi dan abah, sikap ibu mertua dan suaminya berubah seratus peratus. Ketika itulah dia sedar yang perkahwinan yang tercipta itu tidak mendapat restu ibu mertuanya. Dan suaminya pula bersetuju kerana harta semata-mata.
Abah awal-awal lagi sudah mewasiatkan harta kepada Dania. Selagi umurnya tidak mencapai 30 tahun, selagi itulah harta itu tidak boleh dipindah milik. Jika tidak semua harta itu akan diserahkan seratus peratus kepada badan-badan pertubuhan anak yatim. Disebabkan hal itu jugalah Amsyar masih belum menceraikan dia sehingga ke hari ini.
Kalau diikutkan hatinya, Dania nak aje pindah milik semua harta itu kepada anak-anak yatim. Tapi... bagaimana pula dengan dia? Merempat? Kerana memikirkan itu, Dania cuba bertahan sehingga hari ini.

**********

LANGKAH kaki diaturkan menuruni anak tangga itu. Sekilas anak matanya memandang ke tingkat atas, ke pintu biliknya. Amsyar… saya harap awak akan bangun solat Subuh. Dia masih mengharap. Sekejap sahaja dia sudah memasuki ruang dapur. Terkejut beruk dia apabila melihat sekujur tubuh yang sedang duduk di meja makan di dalam gelap. Siapa? Pencuri ke? Orang jahat ke? Dia sudah berdebar kencang. Apa yang aku nak buat ni? Ambil batang penyapu ke? Anak matanya melilau mencari penyapu. Mana pulak penyapu ni? Dia melangkah perlahan. Terhendap-hendap dia mencari penyapu di tepi peti ais. Ada pun! Batang penyapu itu dicapai. Namun baru sahaja dia ingin menoleh, tiba-tiba sahaja ada suara yang menyapanya.
“Buat apa?”
Arsyad
Terpelanting batang penyapu yang dipegangnya kerana terkejut. “Aaa…” Baru sahaja dia ingin menjerit mulutnya sudah ditutup oleh sepasang tangan itu. Dania memejamkan kelopak matanya. Takut untuk berhadapan dengan kemungkinan dia akan dibunuh oleh penjahat itu. Di dalam hatinya dia sudah mengucap panjang.
Perlahan kelopak matanya dibuka apabila tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh lelaki itu. Seraut wajah itu dipandangnya. Siapa ni? Aku tak kenal dia! Mesti orang jahat! Tapi muka dia… tak nampak macam jahat pun? Kakinya cuba memijak kaki lelaki itu. Namun lelaki itu lebih pantas mengelak. Cuba digigitnya tangan lelaki itu. Juga tidak berjaya.
“Siapa awak ni?”
Berkerut dahinya apabila lelaki itu menyoalnya dengan soalan sebegitu. Aik… apa ke pelik? Sepatutnya aku yang tanya dia siapa, kan? Sebab aku langsung tak kenal dia! Dia cuba untuk bersuara, namun tangan lelaki itu masih terletak elok pada mulutnya.
“Awak ni… ” Dia cuba meneka sesuatu. Senyuman dihulurkan kepada wanita itu. Sekejap sahaja tangannya sudah tidak melekat lagi pada mulut wanita itu. Teringat pula pada alunan bacaan Al-Quran yang didengarinya seawal pagi tadi. “Awak ni isteri Amsyar?”
Makin pelik Dania dibuatnya. Dia kenal aku? Siapa dia? Tubuhnya cuba dijarakkan daripada lelaki itu. Cepat-cepat dia bergerak ke arah suis lampu. Dapur yang tadinya gelap sudah terang berderang. Kali ini dia sudah dapat melihat dengan jelas seraut wajah itu. Eh, ada iras dengan… Jangan-jangan adik dia tak? “Awak ni…”
Arsyad tergelak kecil. “Saya Arsyad. Adik Amsyar. Baru sampai pukul empat pagi tadi. Selamat berkenalan, kakak ipar.”
Dania masih diam tidak berkutik. Anak matanya masih tidak berkelip memandang lelaki itu. Apakah lelaki ini juga seperti Amsyar? Apakah lelaki ini juga akan membencinya seperti Amsyar? Seperti mama Amsyar?
Arsyad kepelikan dengan riak kurang senang gadis itu. Kenapa dengan dia? Ada yang tak kena ke dengan muka aku? “Awak tak nak kenalkan diri awak? Isteri Amsyar, kan?” Dia menyoal lagi inginkan kepastian. Sekejap sahaja anak matanya singgah pada kesan lebam pada dahi gadis bertudung itu. Ada yang tak kena ke? Dia cuba menduga.
Dania mengangguk perlahan. Mengiyakan soalan lelaki itu. “Dania.” Hanya sepatah sahaja jawapannya.
Dia sudah tersenyum lebar. Akhirnya… nak jugak dia bercakap dengan aku. “Awalnya turun? Kenapa tak sambung tidur balik?”
Liurnya diteguk perlahan. Kenapa dia masih nak menyoal aku? Sekejap lagi, pasti dia juga akan berlagak seperti Amsyar. Seperti mamanya. “Maaf, saya minta diri dulu.” Kakinya dilangkahkan ke sinki.
Kenapa dia ni macam pelik aje? Dia gaduh dengan Amsyar ke? Takkanlah… Bukan ke mereka baru kahwin awal bulan lepas? Melihat riak kurang senang gadis itu, Arsyad terus melangkah keluar. Kakinya mendaki anak tangga. Fikirannya masih teringatkan kakak iparnya itu. Mindanya penuh dengan tanda tanya. Sekejap sahaja dia sudah menjungkitkan kedua belah bahunya sendiri. Entahlah! Ini yang buat aku rasa takut nak kahwin ni! Macam-macam boleh jadi lepas kahwin!

**********

PELUH dingin pada dahinya dikesat perlahan. Ya Allah… matilah aku kali ni! Mesti mama akan marah gila kejap lagi. Gara-gara terserempak dengan Arsyad pagi tadi, dia terlewat menyiapkan rutin hariannya. Pagi ini dia cuma menyediakan nasi goreng, telur mata kerbau dan roti sandwich untuk sarapan pagi. Sungguh, dia benar-benar tak sempat.
Derap langkah yang memasuki ruang dapur membuatkan dia berpaling. Senyumannya cuba dihulurkan. Awal pulak dia hari ni? Jangan-jangan dia bangun solat Subuh pagi tadi? “Assalamualaikum, abang.” Dia memberikan salam walaupun dia tahu salamnya pasti tidak berjawab.
“Kau masak apa?” Salam tidak dijawab. Soalan sinis meniti di bibirnya.
“Er… hmm… ” Ya Allah… takutnya! Ini bukan mama lagi ni! Kalau mama… tak tahulah macam mana! Mesti aku kena pukul lagi nanti. “Saya masak nasi goreng.”
Tajam pandangannya singgah pada seraut wajah di hadapannya itu. “Itu aje yang kau masak? Kau tahu tak hari ni ramai orang! Cukup ke kalau setakat nasi goreng? Kau ni kan… takkanlah nak kena ajar semuanya? Dah berapa bulan kau kat sini, hah?”
“Apa? Masak nasi goreng aje?” Nyaring suara itu memenuhi ruang dapur.
Suara itu cukup memeranjatkan dirinya. Terhenjut tubuhnya kerana terkejut. Kepalanya ditoleh ke muka pintu dapur. Entah bila masanya mama muncul, dia sudah tidak tahu. Kot ye pun nak marah, tak payahlah nak jerit sampai macam tu!
“Sini kau!” Seperti biasa, dia akan menarik telinga Dania.
“Auch… sakit! Nia minta maaf. Nia tak sempat tadi.”
“Tak sempat kau cakap? Yang kau memekak mengaji pagi-pagi buta tadi sempat pulak, kan? Kau dengar sini baik-baik, Nia! Hari ni kau tak payah makan nasi! Aku tak izinkan! Balasan sebab kau tak dengar kata! Semalam lagi aku cakap, kan? Masak banyak sikit pagi ni! Kau ni tak dengar ke pekak?” Laju tangannya membelasah Dania dengan batang penyapu. Rasakan!
“Nia minta maaf. Nia janji tak buat lagi.” Laju air matanya menitis jatuh ke pipi. Sakit sungguh tubuhnya apabila dipiat tanpa perasaan seperti itu.
Amsyar yang duduk senang lenang di meja hanya buat-buat tak nampak. Langsung tak ada perasaan belas kasihan melihat isterinya dibelasah teruk oleh mamanya.
“Jangan nak berjanji kalau tak boleh nak tepati! Berlagak sangat macam bidadari syurga! Kalau kau ingkar lagi kali ni, siap kau! Tahulah apa aku nak buat! Dah! Pergi sana! Basuh pinggan! Hah, jangan lupa pulak… Nanti tolong gosokkan baju Arsyad. Dia akan datang kerja kat syarikat Dato’.”
Dania mengangguk laju. Cepat-cepat dia menghampiri sinki dan membasuh saki baki pinggan. Air mata yang masih mahu mengalir disapunya perlahan. Dayus sungguh suami aku, kan? Buat tak tahu aje bila aku kena belasah macam tu. Tak adakah sedikit perasaan belas ihsan di dalam hatinya? Tak ada sedikitkah perasaannya untuk melindungi isterinya ini?
Kakinya diatur ke arah sinki bersama ketawa perlahan. “Macam mana? Suka? Mestilah kau suka, kan? Ini satu lagi balasan kau sebab memekak pagi tadi.” Saki baki nasi goreng di dalam pinggannya ditumpahkan ke lantai dengan sengaja. Biar padan muka dia! Biar dia penat sendiri!
Pantas Dania berpaling memandang suaminya. Dia suami aku… Tapi lihatlah! Lihatlah wahai dunia! Inilah kebaikan seorang suami kepada isterinya. Aku memekak pagi tadi kerana Allah. Bukan kerana dunia semata-mata! Rintihnya di dalam hati.
“Jangan lupa kemaskan, perempuan bidadari syurga!” Sinis ungkapannya sambil merempuh tubuh kecil itu sebelum berlalu keluar daripada dapur.
Hampir sahaja tubuhnya terjatuh kerana rempuhan kuat itu. Mujur dia sempat memegang almari. Ya Allah… jika ini balasanMu untuk hambaMu yang lemah ini, aku redha. Cuma satu doaku kepadaMu, Ya Allah… Bukakanlah pintu hati suamiku untuk melaksanakan perintahMu Ya Allah. Sesungguhnya aku telah mencuba sedaya upayaku. Doanya tidak pernah lekang. Sepanjang hari… setiap masa.

**********

PINTU bilik itu diketuknya perlahan. Sekejap sahaja sudah terjengul seraut wajah. Dia memandang seraut wajah yang sedang tersenyum ke arahnya itu. Kenapa mamat ni suka senyum? Aku tak perlukan pun senyumannya itu!
“Mana baju kerja awak? Biar saya tolong gosokkan.”
“Hah? Er… tak payahlah. Saya boleh gosok sendiri.” Naik segan pula bila kakak iparnya itu menawarkan diri untuk menggosok baju kerjanya.
“Tapi… memang tugas saya.” Kali ini Dania sudah serba tidak kena. Karang mama akan marah lagi kalau dia tak buat apa yang mama suruh. Mamat ni pulak… susah betul nak ikut arahan aku. Aku nak tolong dia dah cukup baik tau!
“Tak payahlah. Seganlah saya macam ni. Bukannya saya tak biasa buat pun.” Dia menolak sekali lagi.
“Saya kena buat jugak. Bawak sini baju awak.” Dia turut berkeras.
Sepasang anak mata itu dipandangnya lama. Mata dia macam… macam baru lepas menangis! Dia menangis ke? Satu lagi kepelikan yang dapat dirasakannya.
“Kalau awak tak bagi, saya akan masuk dalam bilik ni cari baju awak.” Dania… sejak bila pulak kau pandai mengugut tuan rumah ni? Dia meneguk liur perlahan.
“Tak boleh! Saya tak benarkan awak masuk.” Kedua-dua belah tangannya didepakan di muka pintu biliknya, menghalang wanita itu daripada memasuki biliknya.
“Tolonglah Encik Arsyad… bagi saya baju awak.”
“Tak boleh.”
Dania mengeluh perlahan. Dia ni memang suka ke kalau aku kena marah lagi? Tapi… bukan ke dia tak pernah nampak apa yang terjadi? Macam papa. Kalaulah dia tahu apa balasan yang akan aku terima… Seraut wajah lelaki itu dipandangnya mengharapkan simpati. “Saya minta maaf. Tapi saya kena masuk jugak bilik ni.” Dia merempuh tubuh lelaki itu untuk memasuki bilik lelaki itu.
Cepat sahaja tangannya menyambar lengan wanita itu.
“Auch…” Dia menyeringai kesakitan apabila Arsyad memegang pergelangan tangannya yang baru sahaja kena pukul dengan batang penyapu sekejap tadi. Bergenang kolam matanya. Sakitnya Tuhan sahaja yang tahu!
Terperanjat Arsyad dibuatnya. Cepat-cepat dia menyelak lengan gadis itu. Dania yang terkejut dengan perlakuan Arsyad cepat-cepat menarik tangannya walaupun terasa sakit menjalar hingga ke tulang putih. Tubuh yang terlalu dekat dengannya itu ditolak kuat. Langkahnya juga terundur setapak ke belakang.
Berkerut dahinya memandang seraut wajah Dania. Dia sempat terpandangkan kesan lebam kemerahan itu. Sepasang anak mata itu ditatapnya lama. “Kenapa dengan tangan awak.”
“Tak ada apa-apa. Tolonglah Encik Arsyad… saya merayu pada awak. Tolong bawak baju awak kat sini. Biar saya gosokkan.” Tak kisahlah kalau terpaksa merayu sampai macam ni pun. Asalkan aku tak kena pukul sekali lagi.
Tanpa bertanya apa-apa lagi, Arsyad terus masuk ke dalam biliknya dan mengambil baju yang ingin dipakainya. Baju itu dihulurkan kepada gadis itu. Sungguh, kemusykilan bermaharajalela di dalam hatinya.

**********

MENCERLUNG pandangannya memandang seraut wajah itu. Perempuan Bidadari Syurga ni kan… semakin hari semakin menambahkan sakit hati aku! “Sini kau!” Dia menarik kuat pergelangan tangan gadis itu.
“Abang… sakit…”
Semakin Dania merayu, semakin dia mengasari isterinya itu.“Kau ni kan… Tak pernah nak serik kan? Kenapa kau berani tidur atas katil tu?”
“Saya minta maaf. Saya tak sedar pun bila masa saya ada kat atas katil ni. Saya…” Macam mana pulak aku boleh ada atas katil ni? Seingat aku… tadi bukan ke aku duduk tepi peti ais? Sebab penat sangat, aku pejam mata kejap. Macam mana aku boleh ada kat sini pulak? Dia meneguk liur perlahan. Jantungnya terasa terhenti bernafas.
“Kau jangan nak bagi alasan, eh? Mentang-mentanglah mama tak izinkan kau makan nasi hari ni, kau senang lenang boleh baring kat sini? Macam tu?” Merah padam mukanya menahan marah yang membuak-buak.
“Tak. Saya tak ada niat macam tu pun.” Ya, sepanjang dua bulan usia perkahwinannya… sekali pun dia tak pernah terniat untuk menyentuh katil itu sejak suaminya mengharamkan dia menyentuh katil itu pada malam pertama mereka.
“Dahlah! Malam ni kau tidur kat luar! Aku malas nak hadap muka kau! Sakit hati aku!” Tubuh kecil itu ditolaknya kasar ke arah pintu bilik.
“Hah? Tidur luar? Tapi saya…” Takkanlah aku nak tidur kat luar? Rumah ni dahlah bapak punya besar. Ingat aku berani sangat ke? Tambahan pula ada lelaki lain yang tinggal di sini juga. Arsyad… adik iparnya. Macam mana kalau terserempak dengan Arsyad?
“Diam! Aku tak nak dengar sepatah pun suara kau! Dah! Berambus!!” Kali ini dia menolak kuat isterinya sekali lagi. Daun pintu dihempaskan kuat setelah isterinya itu terkeluar daripada pintu bilik. Puas hati aku!
Anak matanya memerhatikan ruang tamu itu. Macam mana ni… takkanlah aku nak tidur sini malam ni? Macam mana kalau mama atau sesiapa nampak? Lagi teruk aku kena marah jap lagi! Papa… mama tak benarkan papa tahu. Habis tu… aku nak tidur mana?

**********

MALAM ini dia terasa sangat haus. Tidurnya terganggu. Jam di atas meja dipandang sekilas. Baru pukul sebelas malam. Kaki dilangkahkan ke dapur. Niatnya untuk mencari seteguk air. Terkejut bukan kepalang apabila melihat satu lembaga sedang termengguk di atas kerusi. Siapa? Dania ke?
Perlahan kakinya dilangkahkan menghampiri gadis itu. Seraut wajah itu diperhatikannya lama. Sungguh, dia sangat kasihan melihat gadis ini. Walaupun dia masih belum tahu perkara yang sebenarnya, namun dia sudah mula mengagak sesuatu. Kenapa dengan Dania sebenarnya? Apa yang berlaku sebenarnya?
Petang tadi sewaktu balik daripada kerja, dia ternampak Dania terlentok di tepi peti ais dengan wajah pucat. Dia mengambil keputusan untuk mencempung Dania ke biliknya. Langsung Dania tak terjaga. Penat sangat agaknya. Sebaik sahaja meletakkan Dania di atas katil, anak matanya ternampak betis Dania yang terselak kainnya. Ada kesan lebam yang banyak di situ. Kemudian dia teringatkan kesan lebam di pergelangan tangan Dania seawal pagi tadi. Diselaknya sedikit lengan baju Dania. Ya, memang kesan lebam. Kenapa dengan dia? Kenapa badannya dipenuhi dengan lebam-lebam? Siapa punya angkara? Dan Dania… macam takut sangat dengan semua orang dalam rumah ni. Termasuklah suaminya sendiri.
Dan malam ini… sekali lagi dia melihat Dania keseorangan meringkuk tidur di atas kerusi dapur. Apa sebenarnya yang terjadi? Apa sebenarnya yang dia tidak tahu? Pernah juga dia bertanya kepada mamanya, namun amarah mama yang diterimanya. Papa? Papa sikit pun tak tahu apa-apa.
“Dania…”
Terkejut sangat-sangat apabila mendengar suara menyebut namanya. Makin terkejut apabila terpandangkan tubuh di hadapannya. Jangan-jangan… Amsyar datang nak marah aku lagi sebab tidur kat sini? Eh, tapi… bukan Amsyar yang dilihat berdiri di hadapannya itu. Tapi Arsyad! Kenapa lelaki ini boleh ada kat sini?
“Awak nak apa?”
Keluhan kecil dilepaskan. Suara itu kedengaran sangat tidak berpuas hati dengan kewujudannya di sini. “Saya nak awak ceritakan semua yang terjadi. Apa sebenarnya? Dan kenapa dengan awak, Dania?”
Dania meneguk liur perlahan. Jangan-jangan… dia dah tahu ke? Bukan ke mama pernah cakap yang Arsyad tak patut tahu? Sama macam papa! “Apa awak cakap ni? Saya tak fahamlah.”
Seraut wajah itu dipandangnya lama. Ya, Dania seperti sedang menyembunyikan sesuatu! “Tak payah nak berselindung lagi Dania. Pagi tadi saya nampak kesan lebam kat tangan awak. Petang tadi masa saya angkat awak ke atas, saya nampak kesan lebam kat kaki awak. Dan malam ni… awak tidur kat sini. Apa semua ni Dania?”
Bulat matanya memandang seraut wajah itu. Kenapa dia nak baik sangat dengan aku? Kenapa dia nak risaukan aku sangat? Aku tak suka! Aku tak suka dengan semua ni! “Jadi… awak yang angkat saya atas katil petang tadi?” Kali ini dia sudah mengeluh berat. Lelaki bukan muhrimnya telah menyentuh tubuhnya walaupun berlapik. Lelaki bukan muhrimnya telah melihat rambutnya. Jadi… bagaimana lagi untuk aku menjadi perempuan bidadari syurga seperti yang diperkatakan oleh Amsyar?
“Saya tak faham… Saya betul-betul tak faham dengan apa yang dah berlaku dalam rumah ni! Dan Amsyar… saya nampak dia langsung tak hiraukan awak. Awak seolah-olah orang gaji dalam rumah ni.” Dia meluahkan apa yang dirasanya.
Ya Arsyad. Saya memang orang gaji dalam rumah ni. Saya memang isteri yang tak pernah dianggap. Saya bukan siapa-siapa pun dalam rumah ni.
“Dania… saya…”
“Dania!!”
Suara kuat itu benar-benar memeranjatkan dirinya. Suara siapa lagi kalau bukan suara suaminya. Melaung dari tingkat atas. Nak apa agaknya menjerit malam-malam macam ni? Tadi bukan main dia halau aku? Sekilas anak matanya singgah pada seraut wajah Arsyad. “Er… saya naik dulu.” Kakinya terus melangkah tanpa berpaling ke belakang lagi.
Arsyad mengerutkan dahinya. Kenapa Dania macam takut sangat dengan suaminya sendiri? Apa sebenarnya yang mama sembunyikan? Dan Amsyar… Kenapa dia macam berkasar sangat dengan isterinya itu? Aku betul-betul tak faham dengan semua ni!

**********

SEPASANG tangannya lincah menyediakan sarapan pagi. Roti sardin dah siap. Nasi lemak  pun dah siap. Cuma mee goreng masih dalam kuali dan telur mata kerbau baru nak dibuat. Tengok! Banyak betul sarapan pagi yang kena sediakan. Tapi yang nak makan… cuma enam orang. Tak habis pun! Membazir betul, kan? Tapi nak buat macam mana. Satu arahan! Kenalah ikut kalau tak nak kena pukul. Namun dia ikhlas dengan semua itu. Walau sesukar mana pun hatinya tetap ikhlas menyediakan makan minum keluarganya. Dania tersenyum di dalam hati. Syukurlah… aku masih mampu bertahan hingga ke saat ini.
Derap langkah kaki seseorang memasuki ruang dapur membuatkan Dania berpaling ke arah pintu dapur. Senyuman dihulurkan. “Assalamualaikum, abang. Awal abang hari ni?” Dia sekadar bertanya walaupun dia tahu kemungkinan besar soalannya akan dibiarkan sepi tanpa jawapan. Namun, dia tak akan pernah berputus asa.
Ya, salam tidak dijawabnya. Langkah kaki diaturkan menghampiri Dania yang masih menggoreng mee goreng. “Masak apa?” Soalan tanpa perasaan meniti bibirnya.
Dania mengukirkan senyuman. Walaupun dia tahu soalan itu tidak ikhlas, dia tetap tersenyum untuk suaminya itu. “Mee goreng. Dah nak masak ni. Abang duduklah dulu. Nanti Nia hidangkan.” Api di dapur dimatikan.
“Aku tak suka kau rapat sangat dengan Syad.”
Dania menoleh ke arah suara itu. Lelaki di sisinya itu langsung tidak memandangnya. Dahinya dikerutkan sekejap. Apa pulak kena mengena dengan Arsyad? “Hah? Tapi saya tak…”
“Tak apanya? Aku nampak Arsyad tu macam sukakan kau aje? Tak habis-habis nak back up kau! Kau pun sukakan Syad ke? Kau kena ingat Dania… Kau tu isteri aku! Aku berhak haramkan kau berbual dengan Arsyad tu!” Laju dia mencantas ayat yang baru dituturkan oleh Dania itu. Satu pandangan tajam dihalakan ke arah isterinya itu.
Haramkan? Sampai macam tu sekali? “Tapi… takkanlah sampai macam tu sekali. Dia cuma seorang adik bagi saya.”
Huh! Dia mencebik sinis. “Yelah sangat, kan? Kau tu bukannya boleh dipercayakan pun! Silap-silap hari bulan kau sendiri yang masuk bilik Arsyad tu! Serah diri sendiri!”
Terasa seperti nafasnya putus apabila tuduhan sebegitu menghempap dirinya. Daripada seulas bibir suaminya! Senyuman hambar dihulurkan. “Saya tak akan buat perkara macam tu!”
Suara mendatar itu membuatkan dia tergelak sinis. “Ha’ah… terlupa pulakkan? Kau kan Perempuan Bidadari Syurga. So, tak adalah kau nak buat benda-benda macam tu kan?” Dia ketawa besar setelah memerli perempuan itu.
Dania terdiam sekejap. Amin… saya akan mengaminkan setiap doa dan kata-kata awak itu, Amsyar. Semoga saya betul-betul mampu menjadi salah seorang perempuan bidadari syurga kelak.
“Nia? Abang Am? Buat apa tu?” Suara Arsyad muncul di muka pintu dapur.
Dania menelan liur. Jangan-jangan… Arsyad dengar ke perbualan mereka? Amsyar menjeling sekilas ke arah isterinya. Menghantar amaran tanpa suara. Tengok! Kat mana ada isteri aku, kat situlah Arsyad akan datang! Memang boleh menimbulkan syak was sangka, kan?
“Tolong Nia masak.” Amsyar menjeling sekilas ke arah isterinya.
Arsyad tersenyum sambil mengorak langkah menghampiri pasangan suami isteri itu. “Nia masak apa? Bau macam best aje?”
“Hah? Er… mee goreng.” Tergagap-gagap suaranya apabila melihat jelingan tajam suaminya. Sungguh, dia sudah serba salah sendiri! Ya Allah… bantulah hambaMu ini. Sesungguhnya aku tidak mahu menjadi seorang isteri yang derhaka pada suaminya. Tapi… aku juga tak mahu Arsyad mengesyaki apa-apa. Demi aib aku dan suami aku!
“Waa… sedapnya.”
Amsyar panas telinga! Juga panas hati! Kakinya terus dilangkahkan meninggalkan Arsyad dan Dania.
“Eh, abang Am! Nak gi mana? Jomlah makan sekali. Alang-alang abang Am dah awal hari ni. Bolehlah makan sekali. Dania pun… Jomlah makan sekali.” Ajaknya walaupun terasa sedikit kejanggalan. Pasangan suami isteri ni memang pelik!
“Hah? Er… Nia dah makan tadi. Syad makan dengan abang aje.” Cepat-cepat Dania mengelak. Ya Allah Ya Tuhanku… ampunilah segala dosa-dosa aku. Sesungguhnya aku cuba untuk menipu sunat. Menipu demi suamiku…
“Kau makanlah sendiri! Aku dah kenyang.” Kakinya terus dilangkahkan meninggalkan Arsyad dan Dania yang masih terpinga-pinga sendiri itu.

**********

ANAK matanya mencerlung memandang seraut wajah tanpa riak itu. “Kau ada buat apa-apa yang tak elok ke dengan Arsyad tu? Kau ni kan… memang tak tahu diuntung langsung! Sanggup kau buat maksiat di belakang suami kau?”
Hah? Maksiat? Siapa? Aku ke? Tapi aku tak… “Tak abang! Sumpah, Nia tak buat!”
“Iya, Am! Mama nampak dia masuk bilik Arsyad semalam. Bukan sekejap, lama! Lepas tu mama dengar suara bukan-bukan. Macam tengah ‘ehem-ehem’ aje!” Anak matanya menjeling tajam ke arah Dania yang membuat muka tidak bersalah itu.
Berkerut dahinya memandang ibu mertuanya itu. Kenapa mama sanggup fitnah dia sampai macam tu sekali? Dengan Arsyad pulak tu! Anak kandungnya sendiri! “Mama… Nia tak buat pun.” Dia cuba menafikan. Dia cuba membela dirinya.
Amsyar memandang tajam seraut wajah isterinya itu. Boleh lagi dia menafikannya? Ini ke Perempuan Bidadari Syurga yang selalu aku sebut-sebut tu? “Habis tu? Kenapa kau boleh masuk dalam bilik Arsyad? Kau buat apa Dania?” Lantang suaranya memenuhi ruang rumah agam itu.
Terasa jantungnya seperti ingin keluar daripada badan kerana terkejut dengan suara lantang itu. “Masa Nia masuk… Nia tak tahu pun Arsyad ada kat bilik. Nia cuma nak…” Belum sempat dia menerangkan duduk perkara sebenar, ibu mertuanya sudah menyampuk.
“Am… jangan percayakan Nia. Pintu bilik tertutup rapat. Mama ketuk pintu bilik tu. Bila pintu terbuka, mama nampak Arsyad pakai tuala aje. Dania ada atas katil dia! Tak pakai tudung pulak tu! So, memang patut mama curiga, kan?” Dia menokok tambah cerita. Padan muka kau Dania! Aku harap Amsyar akan ceraikan kau hari ni jugak!
Hah? Atas katil? Tak pakai tudung? Bila masa pulak aku duduk atas katil Arsyad? Dan Arsyad… Ya, dia memang baru sudah mandi masa tu. Tapi… bukan hanya memakai sehelai tuala. Dan siap berpakaian pun masa tu!
Pang! Satu tamparan mengenai pipinya. Terpelanting Dania ke tepi meja. Mujur sahaja dia sempat memegang meja itu. Kalau tidak, pastinya kepalanya yang akan jadi mangsa. “Abang… Nia…” Dia masih ingin bersuara walaupun kepalanya pening sangat! Pedih sungguh pipinya ditambar sebegitu rupa.
“Aku akan ceraikan kau, Dania! Aku akan ceraikan kau! Tapi sebelum tu… aku nak bagitahu sesuatu pada kau! Perempuan jalang macam kau ni tak akan pernah dapat title perempuan bidadari syurga! Faham! Meh sini kau!” Pergelangan tangan Dania ditarik mengikuti langkahnya ke bilik.
“Abang… abang nak buat apa ni?” Terkedu dirinya apabila Amsyar mengucapkan kata-kata seperti itu.
Puan Salina sudah melemparkan senyuman kemenangan. Akhirnya… Akhirnya Amsyar akan menceraikan Dania! Ya, memang itu yang ditunggunya sejak dulu.

**********

DANIA mengalirkan air mata untuk sekian kalinya. Untuk apa lagi ditangisi perkara yang dah berlalu, Dania? Entahlah! Dia sendiri tidak tahu! Namun apabila melihat seraut wajah yang sedang lena di sebelahnya ini, hatinya seperti diguris pilu. Walaupun dia telah redhakan hatinya dengan ketentuan Yang Maha Esa, namun… dia masih lemah! Lemah untuk diduga sekuat ini. Kerana dia tahu… dia cuma seorang perempuan yang lemah. Setiap kali memandang wajah itu juga, setiap kali itulah kenangan duka itu kembali ke fikirannya.
Tangisannya berlagu pilu. Sampai hati Amsyar… Sampai hati Amsyar buat dia macam ni? Macam sampah! Lepas dia dapat apa yang dia nak, dia campak aje aku kat sini. Lepas tu, dengan senang hatinya dia melafazkan talak. Sungguh, hatinya benar-benar terluka. Benar-benar tersiat dengan kekejaman lelaki itu!
Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.” (Al-Baqarah: 156-157)
“Kau curang dengan aku Dania! Aku benci kau! Mulai saat ini… bersaksikan mama aku… aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ini, aku haramkan kau pijak rumah ni! Berambus!!” Lantang suara itu bergema di dalam rumah agam itu.
“Abang jan…” Belum sempat dia bersuara, Amsyar telah melafazkannya. Dia terdiam sendiri. Terkebil-kebil anak matanya memandang lelaki di hadapannya itu. Sekejap sahaja dia sudah tersenyum hambar. Akhirnya…
“Abang betul-betul lafazkannya…” Ayat itu meniti tanpa sendu. Senyuman sinis menyapa seulas bibirnya. Anak matanya menatap lama seraut wajah itu. Untuk terakhir kalinya… “Abang betul-betul bencikan Dania, kan?”
Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Apa sebenarnya yang dah berlaku? Kenapa aku sampai sanggup cakap macam tu kepada Dania? Dia… isteri aku! Dia… perempuan bidadari syurga itu! Seraut wajah itu dipandangnya tanpa berkelip.
“Terima kasih, abang… Sebab lepaskan Dania daripada dunia keseksaan ciptaan abang ini. Halalkan segala makan minum Dania sepanjang Dania di sini. Maafkan semua kesalahan Dania.” Sepasang tangannya cuba mencapai tangan suaminya itu. Eh bukan… bekas suaminya. Kerana lafaz talak telah dilafazkan ke atasnya.
“Aku takkan pernah maafkan kau, Dania!”
Dania senyum lagi. Senyuman yang cukup memilukan setiap mata yang memandang. Sekejap sahaja dia sudah menghampiri bekas ibu mertuanya itu. “Mama… terima kasih. Sebab buat Dania sampai macam ni sekali. Terima kasih kerana melepaskan Dania daripada siksaan dunia kekejaman ini.” Tangan tua itu dicapainya dan dicium lembut.
“Eh, dahlah! Kau tak payah nak berlagak sangat! Perempuan bidadari syurga konon!” Dia menyentap kuat tangannya yang dipegang perempuan itu.
Kakinya dilangkahkan ke dalam bilik. Pakaiannya dimasukkan ke dalam beg besar itu. Dengan hati yang lega, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah agam itu. Akhirnya dia bebas. Akhirnya dia terlepas daripada dunia kekejaman ini.
“Nia? Kenapa ni? Nia nak pergi mana?” Tiba-tiba sahaja Arsyad muncul di hadapan pintu rumah. Seraut wajah Dania yang basah itu diperhatikannya lama. Beg besar itu dipandang dengan seribu kepelikan!
Dania menghulurkan senyuman kepada lelaki itu. “Dia dah lepaskan Dania. Dania dah bebas daripada dunia siksaan dia.” Dia berterus terang walaupun sangat payah untuk mengeluarkan suaranya.
Bulat anak matanya memandang abangnya yang masih berdiri membelakangi pintu rumah. “What?” Kakinya dilangkahkan menghadap wajah Amsyar. “Kau dah gila ke Am? Kenapa kau buat macam ni pada perempuan sebaik Dania? Besar sangat ke salah dia pada kau?”
“Ya! Dia perempuan kotor! Dia perempuan hina! Kau pun! Aku benci kau! Kalau kau nak, kau pun boleh berambus daripada rumah ni! Pergi mampus dengan perempuan kotor ni!” Kakinya terus dilangkahkan untuk meninggalkan ruang tamu itu.
Terkebil-kebil Arsyad memandang abangnya itu. Sekejap sahaja anak matanya beralih pula kepada mamanya. Puan Salina buat tak nampak dan alihkan pandangan ke arah lain.
Sekejap sahaja Arsyad sudah tergelak kuat. Gelak yang tersangat sinis.
Gelakan itu mematikan langkah Amsyar.
“Kau ni buta sangat kan… Sayang betul! Allah anugerahkan mata untuk kau memandang dan melihat! Tapi kau tak nampak permata depan mata kan? Kesian sungguh aku tengok kau ni! Sanggup mempersiakan seorang isteri sebaik Dania.”
“Eh, kalau kau nak sangat perempuan kotor tu kau ambiklah! Aku dah ceraikan dia pun! Tapi kau kena ingat satu benda! Dia tu dah tak suci! Dia tu bekas aku! Faham!” Bergema lantang suara itu menghina bekas isterinya.
Buk! Satu tumbukan singgah pada wajah abangnya. Gila betul lelaki ni kan? Sampai macam tu sekali dia hina bekas isterinya? Padahal bekas isterinya itu adalah sebaik-baik manusia! Memang sesuai sangat dengan panggilan yang diberikan oleh Amsyar itu. Perempuan bidadari syurga! Ya, dia memang layak untuk menjadi bidadari syurga!
Dua tahun masa berlalu… Namun sedikit pun kenangan itu tidak pernah pudar daripada ingatannya. Setiap patah kata… setiap perbuatan Amsyar masih terasa di hati dan ditubuhnya. Juga mama… setiap pukulan mama… setiap hinaan mama… Tak pernah sedikitpun luput dimamah waktu! Semuanya masih segar seolah-olah baru semalam semuanya berlaku. Dan aku… tak akan pernah terdetik di dalam hati untuk melupakan semua itu!

**********

“DANIA?”
Dia mengerutkan dahi perlahan. Dania? Siapa yang panggil aku dengan panggilan macam tu? Setahu aku… kat sini orang panggil aku dengan panggilan Zulaikha! Dania berpaling ke arah suara yang menegurnya. Dia terpana sebaik sahaja terpandangkan seraut wajah. Cepat-cepat dia berpaling semula ke depan. Dapat dirasakan mukanya sudah pucat tidak berdarah. Kenapa? Kenapa aku harus terserempak kembali dengan kenangan silam? Kenangan yang mengguris hati? Cepat-cepat dia berlari anak meninggalkan lelaki itu.
“Dania! Tunggu!” Dia cuba mengejar gadis itu. Namun sekejap sahaja Dania sudah menghilang. Puas dia mencari, namun tidak ditemui juga.
Sungguh, dia menyesal dengan apa yang pernah berlaku dua tahun yang lepas. Semuanya gara-gara fitnah yang ditaburkan oleh mama.
“Mama minta maaf, Syad. Semuanya salah mama. Mama yang fitnah Dania! Mama yang cakap pada Am yang Dania pernah curi-curi masuk bilik Syad. Buat maksiat dengan Syad! Maafkan mama, Syad.”
“Mama tak perlu minta maaf pada Syad! Mama kena minta maaf pada Dania! Mama sangat-sangat bersalah pada Dania!”
“Ya, Syad! Mama bersalah! Mama selalu pukul dia walaupun dia tak salah! Mama burukkan dia pada Amsyar.”
Dia mengeluh perlahan. Itu kata-kata mama sebelum mama menghembuskan nafasnya. Kalau bukan disebabkan dia terlantar sebegitu, mama tak akan pernah berterus terang walaupun sudah hampir setahun Dania meninggalkan rumah ini. Begitu juga dengan Amsyar. Sekali pun dia tak pernah berterus terang dengan apa yang berlaku. Sungguh, dia sangat-sangat kesal bila mengingatkan apa yang terjadi kepada perempuan sebaik Dania itu!
Dua tahun dia mencari Dania. Kerana cintanya… kerana perasaan bersalahnya… dan kerana sebuah kemaafan.
Di sebalik dinding batu itu dia sudah terduduk sendiri. Tangisan dihemburkan semahunya. Kenapa? Kenapa aku harus bertemu semula dengan dia? Kenapa aku harus dipalit semula kenangan silam yang sangat mengguris jiwa itu?
“Dania… papa minta maaf, sayang. Papa bersalah sangat pada Dania.”
Dania diam membisu. Hanya sendu yang berlagu pilu.
“Papa… papa minta maaf sebab tak pernah nak ambil tahu pasal Dania. Tak pernah nampak apa yang berlaku antara Dania dan Amsyar. Dan juga antara Dania dan mama. Papa bersalah sangat pada Dania.”
“Papa bersalah pada arwah umi dan abah Dania sebab tak jaga Dania betul-betul. Sampai Dania ditaburi fitnah oleh isteri papa sendiri!”
Setengah jam dia terduduk di tanah itu. Setelah memastikan keadaan selamat dan setelah memastikan lelaki yang ditemuinya tadi tiada lagi di situ, dia mengangkat tubuhnya. Cepat-cepat dia berlari ke apartmentnya.
“Zulaikha? Kenapa ni?”
Pandangannya dihalakan ke arah seraut wajah. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Cepat sahaja dia meluru dan memeluk tubuh gempal itu. “Ikha… Ikha jumpa Syad.” Tersedu-sedu dia menjelaskan duduk perkara sebenarnya.
“Astagfirullahalazim… kat mana Zulaikha jumpa dia? Zulaikha tak apa-apa, kan?”
Dania mengangguk perlahan. Kakak angkatnya yang sangat banyak membantu dirinya sepanjang dia berada di daerah asing ini. “Ikha tak apa-apa, kakak.”
“Dahlah… pergilah berehat. Kakak nampak Zulaikha macam penat sangat. Luangkan banyak masa bersama Allah, Zulaikha. Banyakkan berzikir dan mengaji Al-Quran. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja.”
“Terima kasih, kakak. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kakak pada Ikha.”

**********

SEKEJAP kepalanya ditolah ke kiri, sekejap pula kepalanya ditoleh ke kanan. Sejak peristiwa dia terserempak dengan Arsyad seminggu yang lepas, dia jadi penakut. Terasa seperti gerak gerinya diekori seseorang. Terasa seperti dirinya sedang diperhatikan seseorang. Terasa seperti Amsyar sedang memerhatikan gerak gerinya. Sungguh, dia sangat takut untuk berjalan bersendirian di kawasan itu walaupun sudah dua tahun dia menetap di sini.
Jangan-jangan… Amsyar datang mencari aku di sini kerana mahu merampas anak kecil ini? Sungguh dia sangat takut perkara itu berlaku. Seminggu dia cuba untuk tidak membawa Asyraf Damsyar ke mana-mana selepas terserempak dengan Arsyad. Tetapi hari ini… dia perlu membeli barang keperluan Asyraf Damsyar. Anak lelakinya itu dibawa keluar juga.
Langkah kaki dipercepatkan. Kepalanya tidak berani untuk menoleh ke belakang. Pelukannya pada bayi yang dipegangnya itu semakin kemas. Dia yakin… ada derap langkah yang sedang mengekori langkahnya. Air mata menitis jatuh ke pipi. Dia takut! Sangat takut sekiranya Amsyar akan mengapa-apakan dia! Mengapa-apakan anaknya ini! Kalau seminggu yang lepas dia boleh menyorok di belakang tong kerana dia berseorangan. Kali ini mungkin dia tidak dapat menyorok seperti minggu lepas kerana dia bersama Asyraf Damsyar.
“Dania!”
Ada suara yang melaung namanya. Dania membuka langkah seribu dan melarikan diri sekuat hati. Asyraf Damsyar dipelukannya dipegang kemas. Kali ini Asyraf Damsyar sudah merengek perlahan. Mungkin terkejut… atau mungkin ketakutan.
Tiba di suatu lorong kecil, Dania menyorok di sebalik dinding rumah seseorang. Nafasnya yang tercungap-cungap itu cuba ditahannya. Asyraf Damsyar… Anak kecilnya itu masih merengek perlahan. Dania mengusap perlahan kepala anaknya. “Asyraf kena tolong mama… Asyraf kena diam sayang…” Dia bersuara perlahan ke arah bayi yang masih tidak tahu apa-apa itu. Sekejap sahaja anaknya itu sudah tersengih-sengih dan berhenti merengek. Seolah-olah faham dengan apa yang dituturkan oleh bibir ibunya ini. Dania melepaskan nafas kelegaan.
“Dania… saya tahu awak ada kat kawasan ni. Please Dania… jangan terus melarikan diri macam ni. Saya perlu bercakap dengan awak. Sekejap pun jadilah, Dania.” Dia bersuara sambil mencari-cari seraut wajah yang tidak ditemuinya. Cepat betul dia melarikan diri! Kenapa dia tak nak bersemuka dengan aku?
“Dania… please… Saya perlu minta maaf dengan awak. Dan saya… saya nak jelaskan sesuatu pada awak.”
Arsyad? Ya, dia kenal perbezaan suara Amsyar dan Arsyad. Apa yang didengarinya ini adalah suara Arsyad! Dia menekup mulutnya dengan tangan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu lelaki itu perasankan dia yang bersembunyi di sebalik kotak besar di belakang dinding rumah itu. Tangisannya cuba dikawal supaya tidak kedengaran.
“Saya tahu awak ada kat sini, Dania. Tolonglah… saya nak bercakap dengan awak sekejap sahaja.” Dia masih merayu. Fikirannya teringatkan sesuatu. Anak siapa yang Dania pegang tadi? Anak Dania, kah? Dania dah berkahwin lain? Atau…
Bunyi tangisan bayi yang sedang merengek perlahan membuatkan Arsyad tersentak. Dania? Dania masih ada di sini? Dia cuba menjejak bunyi tangisan bayi yang perlahan itu.
Dania panik! Ya, awal-awal lagi dia dah tahu… Asyraf Damsyar akan merengek lagi. Mungkin penat… atau mungkin lapar! Dia memang tak sempat nak susukan anaknya tadi. Dia bangun daripada duduknya. Kakinya cepat-cepat berlari meninggalkan tempat itu.
Kelibat Dania yang berlari itu dapat dilihatnya. Cepat-cepat Arsyad berlari mengejar wanita itu. “Dania! Tunggu kejap!”
Sekuat mana dia boleh berlari dengan bayi yang didukungnya itu. Usia Asyraf Damsyar sudah menginjak dua tahun. Dan beratnya boleh tahan jugak! Dia tahu… dia tak akan dapat lari jauh. Langkahnya mula perlahan. Kali ini aku pasrah! Apa pun yang bakal terjadi… aku redha!
“Dania!” Kali ini dia sudah berdiri di hadapan perempuan itu. Tercungap-cungap nafasnya. Anak matanya memandang tepat seraut wajah itu. “Dania… Saya perlu bercakap dengan awak.”
“Maaflah, saya tak ada masa.” Dia cuba mengatur langkah kembali, namun langkahnya dihalang. Anak matanya singgah pada seraut wajah itu. Tangisan Asyraf Damsyar semakin menjadi-jadi. Mungkin kerana terkejut apabila dia berlari seperti tadi. Ditepuknya belakang tubuh anaknya itu. “Syhh… jangan nangis sayang… Sorry, mama tak sengaja tadi.”
Menitis air matanya melihat kasih sayang Dania terhadap anak kecil itu. Betapa beruntungnya siapa yang dapat menjadikan Dania sebagai isterinya. Perempuan bidadari syurga yang sangat cantik… yang sangat penyayang… yang sangat baik… Sangat perfect!
“Awak nak cakap apa? Saya tak ada masa. Saya bagi awak masa seminit.”
Arsyad tersenyum sekejap. Air mata di pipinya disapu perlahan. Dania sekarang sangat jauh berbeza dengan Dania yang dikenalinya dua tahun yang lalu. Dania yang di hadapannya ini sangat keras hatinya! Garang pun iya jugak! “Jom… duduk dulu. Saya tahu awak penat.”
“Kan saya dah cakap tadi! Saya tak ada masa! Saya kena susukan anak saya.”
“Berapa umur dia?”
Apesal dengan mamat ni? Yang dia duk tanya umur Asyraf tu kenapa? “Setahun lapan bulan.”
Maksudnya… masa Amsyar ceraikan dia, dia dah mengandung? “Anak Amsyar jugak, kan?” Dia sekadar menduga.
“Kalau awak tak ada apa nak cakap, saya nak balik.”
“Saya ikut.”
“Tak boleh!” Cepat sahaja dia membantah. “Awak… dengan saya… bukan muhrim! Awak tak boleh ikut saya!” Tegasnya!
Arsyad tersenyum perlahan. Dania… sangat-sangat berbeza! Tegas! Keras hati orangnya! Sangat berbeza dengan Dania yang pernah dikenalinya dahulu.
“Awak dah banyak berubah, kan?” Senyuman masih tidak lekang daripada seulas bibirnya.
“Ya, saya memang dah banyak berubah! Pengalaman yang buat saya berubah sampai macam ni!”

**********

ALUNAN bacaan surah Yasin itu kedengaran merdu menghiasi tanah perkuburan itu. Depan kubur bekas suaminya… di sebelah kubur ibu mertuanya. Anak matanya memandang sekilas ke arah suaminya yang sedang mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran itu bersamanya. Senyuman berbalas senyuman.
Selepas menghabiskan bacaan surah Yasin, dia menadahkan kedua belah tangan. Mengaminkan doa yang sedang dibaca oleh suaminya itu. Bibirnya tersenyum lagi. Sejuk hatinya melihat suaminya yang boleh menyebut dan membaca Al-Quran dengan lancar itu. Inilah suami yang aku impi-impikan… Inilah suami yang aku perlukan… Seorang suami yang menjadi pembimbing hidup di dunia dan di akhirat.
Anak matanya masih tepat memandang seraut wajah itu. Abang… Nia sayang abang sangat-sangat. Ya Allah… sesungguhnya aku benar-benar bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaMu. Abang… terima kasih.
“Sayang… Jom!” Tangannya dihulurkan kepada isterinya yang seolah-olah susah untuk berdiri itu. Senyuman manis dihulurkan.
“Terima kasih. Sayang abang sangat-sangat!” Tangan kanannya menyambut huluran tangan suaminya itu.
“Abang pun. Sayang Sayang sangat-sangat!”
“Hmm… doakan kebahagiaan mereka di sana juga.” Dia mengingatkan suaminya.
Kepalanya diangguk perlahan. Isterinya ini tak pernah berhenti menyuruhnya mendoakan mereka yang telah kembali ke rahmatullah. “Hmm… pastinya.”

**********

PANDANGANNYA dihalakan ke arah lautan yang meluas itu. Agungnya ciptaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.
Begitu cepat masa berlalu. Sudah lebih setahun arwah Amsyar kembali ke rahmatullah. Dan sudah hampir setahun juga dia mendirikan rumah tangga. Rumah tangga yang disinari dengan cahaya kebahagiaan. Yang disinari dengan cahaya keimanan. Terima kasih, Ya Allah… untuk segala kenikmatan yang telah Engkau kurniakan.
Kata orang, di sebalik kesempitan itu akan terbentang satu keindahan. Di sebalik kesusahan itu ada hikmah yang menanti. Dan inilah hikmahnya… Inilah keindahannya…
“Dua tahun saya berusaha cari awak, Dania.”
“Kenapa awak perlu berusaha susah payah untuk cari saya? Saya ni cuma seorang yang tak penting langsung dalam hidup awak. Hanya seorang yang menyusahkan!”
“Awak silap Dania. Awak adalah orang yang paling penting dalam hidup saya.”
“Penting? Saya tak rasa macam tu!”
“Saya cintakan awak, Dania…”
Dania terdiam sendiri. Kelu lidahnya dengan kata-kata lelaki itu. Benarkah? Betulkah? Dia menyoal diri sendiri.
“Saya dah jatuh cinta pada awak, Dania. Saya dah jatuh cinta pada awak sejak saya ternampak wajah polos awak sewaktu awak tertidur kat tepi peti ais hari tu. Sebab tak sampai hati, saya angkat awak ke katil awak.”
“Sebab tu juga saya kena marah teruk dengan lelaki tu.”
“Ya, saya tahu… Sebab tu juga awak kena halau tidur kat luar, kan?”
Dania mengerutkan dahi. Macam mana dia boleh tahu pulak? Dia dengar ke?
“Macam mana saya boleh tahu?” Dia menyoal apabila melihat raut wajah berkerut itu. Pasti persoalan itu yang ada di dalam mindanya. “Abang Amsyar ceritakan pada saya. Bukan sewaktu dua tahun yang lepas. Tetapi selepas dia kemalangan.”
Kemalangan? Amsyar kemalangan? “Macam mana keadaan dia?”
“Sebab tu saya cari awak, Dania. Abang Amsyar hutang kemaafan dengan awak. Sekarang dia terlantar di hospital bertarung nyawa. Dan… hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita.”
Menitis air mata Dania mendengar berita itu. Amsyar… Asyraf belum dapat kenal papanya lagi. Tapi… awak dah nak pergi tinggalkan dia. Saya minta maaf Amsyar… Sebab rahsiakan tentang kelahiran Asyraf Damsyar.
“Dania… saya harap sangat awak dapat datang jumpa dia. Sekurang-kurangnya awak maafkan dia. Mungkin dia boleh pergi dengan hati yang tenang?”
“Tapi… mama macam mana? Mama akan marahkan saya macam dulu! Saya dah tak sanggup Arsyad! Saya dah tak sanggup dihina… dimaki macam dulu! Apatah lagi depan anak saya! Saya tak nak anak saya merasai apa yang saya rasa. Cukuplah hanya saya seorang yang merasakannya!”
Arsyad melepaskan keluhan berat. Bibirnya menguntumkan senyuman hambar. “Mama dah meninggal, Dania.”
Bulat matanya memandang seraut wajah itu. Antara percaya atau tidak… dia masih ragu-ragu dengan kenyataan itu.
“Ya, Dania. Beberapa bulan selepas awak pergi tinggalkan rumah tu, mama jatuh tangga. Lepas tu mama kena stork. Separuh daripada badannya lumpuh. Dua bulan selepas tu mama meninggal. Genap setahun mama meninggal, Amsyar pula yang kemalangan. Dan saya rasa… Amsyar mahukan kemaafan awak, Dania.”
“Tapi saya tak rasa macam tu. Dia bencikan saya sangat-sangat. Sampai dia sanggup tuduh saya curang dengan awak, Arsyad.”
“Ya, saya tahu… Tapi sebenarnya mama yang reka cerita tu. Mama cakap dia nampak awak masuk dalam bilik saya dan buat benda tak elok dengan saya.”
“Ya… sebab tu Amsyar marahkan saya sungguh-sungguh. Sampai sanggup menyakiti tubuh saya. Saya langsung tak sempat nak jelaskan semuanya. Tiba-tiba tuduhan demi tuduhan menimpa saya. Saya sedih sangat bila dia hina saya. Sampai ke hari ni… luka dan parut itu masih terkesan dalam diri saya.”
“Dia dah betul-betul menyesal dengan apa yang pernah dia lakukan pada awak.”
Terungkap sebuah kebenaran. Ya, aku difitnah! Dan orang yang menaburi fitnah itu adalah mama, ibu mertuaku… Ibu kepada suamiku…
“Maafkan… memaafkan seseorang itu adalah sesuatu yang paling indah, Dania. Keindahan yang akan kita bawa seumur hidup kita. Di dunia… dan juga akhirat kelak.”
Hmm… kemaafan adalah suatu anugerah yang terindah. Dua tahun… aku memendam segala kemaafan. Aku memendam segala kebencian dan kemarahan. Aku memendam sebuah dendam yang mendalam.
Dan diakhirnya… segala dendam itu sudah terlerai. Segala kemaafan itu sudah diluahkan. Segala kebencian dan kemarah itu sudah dihapuskan. Ya… kemaafan adalah dendam yang paling indah.
Di dalam lautan yang terbentang luas itu, dia melihat senyuman suaminya. Terima kasih segalanya, suamiku… Kerana menerima dengan seadanya. Kerana memberi dengan seikhlasnya. Kerana menyayangi isteri dan anakmu dengan sepenuh hati… Hanya dia… Arsyad bin Aizril.
Senyuman terukir indah di bibirnya. Melihat isterinya yang sedang termenung itu, ada sahaja ideanya untuk mengusik. Perlahan derap langkahnya diatur mendekati isterinya. Oh, ralit betul duk pandang laut tu kan? Entah apa yang ada dalam laut tu?
“Sayang… buat apa?” Pinggang isterinya diraih dari belakang.
Pantas Dania menoleh ke belakangnya. “Abang!! Terkejut Nia!”
Dia sudah tergelak besar. “Itulah… termenung sangat! Hmm… kat laut tu ada gambar muka abang ke? Abang tengok Sayang macam syok gila pandang laut tu!”
Dania tergelak besar. Ya, abang… Ada gambar abang yang sedang senyum dengan seikhlasnya… “Eee… perasannya mamat ni?”
“Jom duduk situ?” Dia mengajak isterinya duduk di atas sebuah bangku yang menghadap laut. Indah sungguh permandangan ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa ini! Sangat mendamaikan! Sangat menenangkan!
“Abang nak cakap apa?” Dia bersuara sebelum suaminya memulakan baris ayatnya. Seraut wajah itu menggambarkan bahawa suaminya itu seperti ingin meluahkan sesuatu kepadanya. Dania emnghulurkan senyuman.
Dia tergelak kecil. “Ai… macam tahu aje?”
Dania mencebik sambil menjungkitkan kedua belah bahunya. Main agak aje sebenarnya. Padangan kembali dihalakan ke arah lautan yang membiru itu.
“Masa arwah abang cakap yang dia dah ceraikan Sayang tu, abang rasa menyesal sangat Sayang.” Dia meluahkan kekesalannya. Ya, dia sangat menyesal dengan apa yang dah berlaku kepada isterinya itu.
Dania mengerutkan dahi sambil memandang suaminya. Dia yang menyesal? “Kenapa pulak abang yang menyesal?”
Lelaki itu menganggukkan kepalanya perlahan. “Sebab abang rasa rugi sangat… Sangat-sangat rugi bila melepaskan seorang perempuan bidadari syurga seperti sayang.”
Dania tergelak perlahan. Dah lama dia tak dengan panggilan macam tu. Dulu… hanya arwah Amsyar yang memanggilnya dengan panggilan itu. “Kenapa abang masih nak panggil Nia dengan panggilan tu?”
“Sebab abang rasa… Sayang memang layak untuk mendapat gelaran tu. Sebab Sayang adalah sebaik-baik perempuan yang pernah abang temui. Sayang tahu..?” Soalnya sambil memandang isterinya.
“Tahu apa?”
Senyuman dihulurkannya. “Sayang ingat tak hari pertama abang balik dari Sedney tu?”
Dania menganggukkan kepala. “Hmm… kenapa dengan hari tu?”
“Abang sampai rumah mama dalam pukul empat pagi. Lepas tu abang rasa lapar sangat. Abang turun dapur, makan. Dah sudah makan tu abang panjat tangga nak balik ke bilik Di anak tangga terakhir abang dengar suara seorang perempuan mengalunkan bacaan suci Al-Quran. Mula-mula abang pelik sangat!”
Berkerut dahinya memandang suaminya. Tak pelik pun? Ucapnya di dalam hati. “Apa yang pelik?”
“Setahu abang… kat rumah tu tak ada orang perempuan lain selain mama. Dan mama tak pandai baca Al-Quran. Bila abang dengar betul-betul, suara Sayang merdu sangat sampai terkesan dalam lubuk hati yang paling dalam. Bacaan yang sangat lancar. Abang cari dari arah mana suara itu. Bila abang pandang bilik Abang Amsyar, masa tu barulah abang ingat yang Abang Amsyar dah kahwin. Rupa-rupanya isteri Abang Amsyar yang baca Al-Quran di subuh hari.” Bila tersenyum lagi bila mengingatkan tentang peristiwa itu.
“Masa tu… hati abang tenang sangat. Sekurang-kurangnya ada penghuni dalam rumah tu yang menyerikan lagi rumah itu dengan alunan bacaan Al-Quran yang dah lama menyepi. Itulah Sayang!”
Dania mengangguk perlahan. “Abang tahu tak?”
“Tak.” Pantas dia menjawab.
Dania mengetap bibir geram! Orang tak habis cakap lagi! Cepat aje dia menyampuk! “Yelah… Nia nak ceritalah ni!”
Arsyad tergelak perlahan. Seronok sangat dapat mengusik isterinya ini. “Okey, sambung balik cerita tu!”
“Masa tu… Mama marah Nia.”
Kali ini giliran dia yang menganggukkan kepalanya. “Abang tahu… ”
Berkerut dahi Dania memandang suaminya. “Macam mana abang tahu?”
“Papa yang cerita.”
“Jadi… papa tahu yang Nia selalu kena marah?”
Kepalanya diangguk lagi. “Hmm… Mak Som yang bagitahu papa.”
Mak Som? Tapi… Mak Som tak ada pulak cakap apa-apa bila mama marah-marah aku? Bila mama pukul-pukul aku? Mak Som tu pendiam sangat orangnya. Rupa-rupanya… Mak Som tu baik orangnya! “Tapi… kenapa papa tak…”
Arsyad memandang seraut wajah isterinya. “Papa tak boleh nak kata apa-apa Sayang. Sebab papa sendiri pun menumpang kat rumah mama. Kan mama selalu mengungkit pasal perkara tu.”
“Hmm… kesian papa. Tapi… tak apalah. Papa dah ada Mak Som. Dan papa juga dah rasai kebahagiaan macam Nia rasa.” Bibirnya menguntumkan senyuman.
Tak sangka kan? Papa dan Mak Som berkahwin sebulan selepas perkahwinan Dania dan Arsyad. Jarak beza umur papa dan mak Som yang hanya tiga tahun itu langsung tidak membuatkan papa rasa rendah diri. Dan Mak Som pula… sangat-sangat menghormati papa sebagai suaminya walaupun umurnya lebih tua tiga tahun daripada papa. Semoga bahagia milik mereka selamanya…
Arsyad mengangguk perlahan. Alhamdulillah… papa dan bahagia dengan mak Som. “Sayang tahu tak?”
“Tak tahu!” Dania pantas menjawab. Sengaja dia ingin mengenakan suaminya itu. Padan muka!
“Yelah! Kan abang belum cerita lagi!”
Dania tergelak kecil. Hah, tadi buat kat orang macam tu! Rasakan balik! “Okey, sambung cerita.”
“Masa abang terjumpa Sayang dekat dapur tu kan… Jantung abang tak nak berhenti berdegup. Rasa macam nak putus nafas aje bila seorang perempuan cantik macam bidadari muncul depan mata.”
Dania mengangguk perlahan. “Terima kasih, abang… Sebab sudi menerima Nia sebagai isteri abang seadanya. Sebab sudi menelan baik buruk Nia seadanya. Dan sudi menerima Asyraf Damsyar sebagai anak.”
“Hmm… thanks to you too, Sayang. Sebab sudi terima abang sebagai suami Sayang yang sah. Abang sayangkan Asyraf Damsyar sama macam abang sayang Dania. Jangan risau. I love you so much.
I love you too.
Pantas sahaja dia menarik isterinya ke dalam pelukan apabila isterinya mengucapkan sebaris ayat itu. Nia… Nia… Bukan senang nak dengar dia cakap I love you, tau! Pipi mulus itu diciumnya penuh syahdu. “Sayang… dan abang… Akan sentiasa bersama untuk selamanya. Tak akan ada seorang pun yang boleh memisahkan kita berdua! Kecuali Allah s.w.t. Abang akan mencintai Sayang seumur hidup abang. Dan abang doakan kita akan bertemu dan bercinta semula di akhirat kelak.”
Menitis air mata Dania mendengar ucapan ikhlas suaminya itu. Ya… dia tahu Arsyad ikhlas. Sepasang mata suaminya itu jelas menggambarkan keikhlasannya. “Nia pun… Nia akan mendoakan perkara yang sama.” Dipeluk erat sekujur tubuh itu. Semoga bahagia milik kita selamanya.
“Dahlah… jangan nangis lagi. Jom solat sama-sama.”
Dania mengangguk perlahan. Sesungguhnya dia sangat-sangat bersyukur kepada Allah Yang Satu kerana mengurniakan dia seorang lelaki yang mampu membimbing kehidupannya di dunia dan akhirat. Arsyad… dia tak pernah mempersendakan ibadat yang dilakukan sepertimana Amsyar. Dia… adalah Imam aku. Dan dia… adalah pembimbing aku. Hanya dia… Arsyad bin Aizril.

 “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.” [Al-Naml (27) : 19]
“Wahai Tuhan ku, aku tak layak untuk kesyurgamu. Namun tak pula aku sanggup ke  Nerakamu. Kamilah hamba yang mengharap belas kasihan darimu. Ya Allah jadikanlah kami  hamba-hamba Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa-dosa kami... dosa kedua ibubapa kami, dosa sekalian muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.”

Amin Ya Rabbalalamin...

Selepas mengaminkan doa, Arsyad menarik lembut tangan isterinya. Dania mencium tangan suaminya penuh syahdu. Terima kasih Ya Allah… kerana mengurniakan aku seorang perempuan bidadari syurga. Penyejuk di mata, penawar di hati. Di dunia, dialah penyeri… Di syurga menanti, dialah bidadariku… Hanya Zulaikha Nur Dania binti Muhammad!
Dunia ciptaan Yang Maha Berkuasa ini sangat indah. Diciptanya kesusahan sebelum kesenangan. Diciptanya kekecewaan sebelum kegembiraaan. Diciptakan penderitaan sebelum kebahagiaan. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Cuma yang membezakannya hanya cepat atau lambat. Dan setiap hambaNya yang bersabar itu, pasti ada hikmah yang hebat.
“Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.” (Al-Baqarah: 156-157)


~ TAMAT  ~




Sumber:







6 comments:

  1. Wahhh.. Best sngttt! Suka bace novel org yg hebat2!! Act, ana baru je lagi dlm dunia penulisan ni. Mohon tunjuk ajar. anasyaiera.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sy pun masih baru dlm dunia penulisan. Sama2 lah kita tunjuk ajar.
      Act, karya awk lagi hebat berbanding sy. Thanks, sudi baca... =)

      Delete
    2. correct me if i'm wrong. is it sedney or sydney? double check balik ya ;)

      Delete
    3. Nur Illiya Afiqah, terima kasih kerana sudi perbetulkan... =)

      Delete
  2. Wah cerita ni amat menyentuh jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lisanna, terima kasih sudi baca karya saya... =)

      Delete