Selamat Hari Raya Aidilfitri ...
Kepada semua sahabat yang disayangi
& kepada semua pembaca yang setia
membaca blog ini tanpa jemu ...
Ku hulurkan salam kemaafan
kepada semua umat Islam di dunia
Seandainya terkasar bahasa, tersilap kata
& lain-lain seangkatan dengannya ...
ADAB MENGAKHIRI RAMADHAN DAN MENYAMBUT AIDILFIIRI
ZIARAH KUBUR SEBELUM TERBENAM MATAHARI PADA HARI TERAKHIR
RAMADHAN
Menziarahi kubur pada hari terakhir
Ramadhan sebelum terbernam matahari dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya (dan
bukan menziarahi selepas solat sunat aidilfitri).
PERMULAAN AIDILFITRI
Sejarah hari perayaan sebenarnya
telah bermula sebelum kedatangan Islam. Ketika Madinah Al-Munawarrah bernama
Yathrib, ia sudah menyambut perayaan. Menurut Anas ra, tatkala Rasulullah saw
berhijrah ke Madinah, Baginda telah menukarkan dua perayaan dengan dua perayaan
yang jauh lebih baik, iaitu Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari
Raya Haji atau Korban). Hadis dan riwayat sahabat menceritakan cara Rasulullah
menyambut kedatangan Aidilfitri, antaranya:
1) Membanyakkan bacaan takbir
Sejak malam hari Aidilfitri sehingga
imam datang untuk memulakan solat pada hari raya, umat Islam disunatkan
memperbanyak bacaan takbir, sebagai maksud firman Allah s.w.t:
“Dan
juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu
bersyukur.” (Al-Baqarah: 185)
Menurut Umar ra dan Ibnu Mas’ud r.a
bahawa bacaan takbir yang lazim dibaca Rasulullah adalah:
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu
Akbar, La Ilaha Illalahu Wallahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil-Hamd.
2) Saat akhir zakat fitrah dan sedekah
Zakat fitrah adalah suatu
tanggungjawab sosial yang diwajibkan ke atas setiap umatIslam sekali setahun
pada bulan Ramadan.
‘Rasulullah
telah mewajibkan zakat fitrah, segantang daripada tamar atau segantang daripada
gandum ke atas setiap hamba, lelaki, perempuan, kanak-kanak, dan ke atas orang
tua daripada kaum Muslimin.’ (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim).
Hadis ini secara tersirat mendorong
kita menunaikan zakat sepanjang Ramadan dan sebelum solat Aidilfitri dan
memperbanyak sedekah pada hari raya.
3) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat aidil fitri
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr
berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya
iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
4) Jamah makanan sebelum ke masjid
Ketika Ramadan berlalu dan
Aidilfitri tiba, umat Islam telah kembali dibolehkan makan dan minum pada siang
hari.
“Rasulullah
saw memakan beberapa biji kurma sebelum Baginda berangkat ke tempat solat hari
raya”, menurut Anas ra (Hadis riwayat Bukhari).
Ertinya, usahlah makan terlampau
banyak sehingga menyusahkan diri sendiri, terutama ketika mendirikan solat.
Juga, kita tidak digalakkan memakan makanan yang pedas-pedas.
Dari segi kesihatan, perut kita baru
saja berehat dan tidak perlu disogokkan makanan yang tidak sesuai atau
berlebihan. Mentelah, Rasulullah ada menegur sahabat yang berperut gendut
(buncit atau gemuk).
5) Berpakaian cantik untuk menunaikan solat
Rasulullah s.a.w sentiasa berpakaian
baru, kemas dan indah ketika melaksanakan sembahyang Aidilfitri. Sebelum itu,
Baginda selalu mandi terlebih dahulu dan kemudian memakai sedikit
wangi-wangian, menurut riwayat Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
6) Bersolat hari raya secara berjemaah.
Rasululllah saw sentiasa
melaksanakan solat hari raya secara berjemaah di padang atau lapangan terbuka.
Ini akan memberi kemudahan dan kesempatan kepada kaum wanita yang tidak dapat
menunaikan solat hari raya kerana uzur untuk mendengar pesanan dan nasihat
Rasulullah saw yang disampaikan melalui khutbah hari raya.
Sayidina Jabir bin Abdullah r.a mengisahkan:
“Saya
telah bersama Rasulullah saw dalam majlis solat hari raya. Baginda memulakan
solat sebelum berkhutbah tanpa didahului oleh azan dan iqamat. Setelah selesai
solat, Baginda langsung bangun dengan tiada berpaut kepada Sayidina Bilal lalu
berkhutbah menyeru umatnya takut dan bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan
pelbagai suruhan-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya.
Seterusnya,
Baginda memberi beberapa nasihat dan teguran kepada majlis hari raya itu.
Kemudian, Baginda berjalan ke tempat solat kaum wanita sambil memberi beberapa
nasihat dan teguran.”
7) Pergi dan balik dari tempat solat hari raya melalui jalan yang berbeza
Tatkala pergi dan balik dari tempat
solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang
berlainan, menurut Jabir r.a (Hadis riwayat Bukhari).
Apakah sebab Rasulullah berbuat
demikian?
Tujuan beliau tentulah dapat bertemu
dengan lebih ramai orang yang berbeza. aginda bersalam-salaman, memohon maaf
zahir dan batin.
8) Membawa isteri dan anak-anak ke tempat solat hari raya
Ketika melaksanakan solat hari raya,
Rasulullah saw sentiasa membawa serta isteri dan anak-anaknya. Isterinya, Siti
Aisyah r.a, mengisahkan:
“Kami
disuruh supaya keluar dan begitu juga dengan wanita haid pada kedua-dua hari
raya untuk mendapatkan kebaikan dan doa orang-orang Islam. Walau bagaimanapun,
wanita haid duduk jauh dari tempat sembahyang.” (Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim).
9) Berbalas salam dan mendoakan antara satu sama lain
Apabila bertemu, para sahabat
Rasulullah sentiasa memberi dan menjawab ucapan salam hari raya dengan berkata:
Taqabbalallahu Minna wa Minkum
(Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu). (Hadis
riwayat Ahmad)
No comments:
Post a Comment