BAB 6
Kita
hanya mampu merancang,
tetapi
Allah yang akan menentukan segalanya…
SEJAK
awal jam enam pagi tadi lagi dia sudah turun ke dapur. Bukan main awal lagi,
kan? Mana tidaknya... jam lima setengah mama dah ketuk pintu suruh bangun
solat. Belum azan subuh pun! Dengan sejuta perasaan malas, dia bangun juga.
Sempat anak matanya singgah pada seraut wajah yang lena di atas katil.
Mengingatkan pergaduhannya dengan suaminya malam
tadi, Ain melepaskan keluhan berat. Awak... Kalau boleh, hari-hari saya nak
macam ni. Bila saya buka mata, perkara pertama yang saya nampak adalah muka
awak. Tapi saya tahu. Awak tak akan pernah mengizinkan semua tu.
Malam tadi, dia berkeras untuk tidur di atas katil
bersama suaminya. Tetapi suaminya juga berkeras tidak mahu dia tidur di atas
katil itu. Sudahnya, selamba sahaja suaminya menolak tubuhnya jatuh dari katil.
Mengalah lagi!
Sampai bila kau harus mengalah macam ni, Ain?
Entahlah! Selagi termampu aku akan terus bertahan. Abang... Jangan biar Ain
terus mengalah macam ni. Ain doakan semoga suatu hari nanti, hati abang akan
terbuka juga untuk melihat siapa Ain di mata abang.
“Ain … pergi panggil suami kamu tu.”
Arahan mama memeranjatkan dia daripada lamunan.
Panggil dia? Mampus! Sah-sah kena jerkah lagi nanti. Otak kecilnya masih belum
lupa peristiwa dia mengejutkan suaminya dari tidur pada hari pertama perkahwinan
mereka. Bukan main lagi amarah yang dihemburkan kepadanya.
“Dah! Dah! Yang ni tinggal aje. Nanti mama buatkan.
Pergi panggil Iqram.”
Ain sengih kecil sebelum mengangguk. Kaki
dilangkahkan perlahan ke tingkat atas. Lama dia termenung di hadapan pintu bilik
sambil berfikir panjang. Berfikir sama ada ingin memanggil suaminya turun
ataupun tidak.
Dengan lafaz bismillah, dia memulas tombol pintu.
Anak matanya mengintai ke dalam bilik. Berkerut dahinya apabila melihat
suaminya tiada di atas katil. Daun pintu dilebarkan. Mana dia?
“Kau cari apa?”
Terkejut Ain bukan main lagi apabila suara itu
kedengaran dekat dengan telinganya. Laju kepala ditoleh lalu mengurut dadanya
perlahan. “Awak ni... terkejut saya!”
Iqram sekadar mencebik sebelum membetulkan rambutnya
yang sudah siap disikat rapi. Langsung tidak menghiraukan kehadiran isterinya.
Ain turut mencebik. Ingat handsome ke buat rambut ala-ala K-Pop macam tu? Itu bukan K-Pop
namanya! Tapi kapak! Tak handsome
langsung! “Awak… mama panggil makan.”
Iqram buat-buat tak dengar.
Boleh dia buat-buat tak dengar, ya? Malas mahu
bertekak dengan suaminya, Ain terus melangkahkan kaki untuk turun semula. Aku
dah bagitahu dia supaya turun makan. Lantak dialah kalau dia tak nak turun.
“Ain? Mana Ram? Tak panggil lagi ke?”
“Dah… Tapi dia buat tak tahu aje.” Jujur jawapan
Ain.
“Lah, pergi panggil sekali lagi.”
Malaslah, ma... Kalau Ain yang ajak, mesti dia buat
tak tahu aje. Ain malas nak bercakap dengan tunggul yang tak ada perasaan macam
tu. Dia ingat dia bagus sangatlah buat macam tu? Eee.. geramnya!
Puan Aryana melepaskan keluhan kecil. “Ain... Hidup
berumah tangga ni, seorang isteri kena banyak mengalah. Mama tahu Iqram tu
keras kepala. Tapi mama juga tahu yang Ain boleh jadi air untuk memadamkan api
kemarahkan Iqram. Ain boleh jadi isteri yang boleh melembutkan hati seorang
suami bernama Iqram.”
Tak boleh, mama! Ain dah cuba untuk jadi seorang
isteri yang boleh melembutkan hati dia. Tetapi dia tetap memilih untuk menjadi
seorang suami yang paling keras hatinya! Boleh ke Ain sabar dengan setiap
kekerasan dan kekasaran dia? Boleh ke, mama?
“Ain??”
“Er... Ya, ma! Kejap, Ain pergi panggil dia.”
Sekali lagi kaki dilangkah untuk naik ke tingkat
atas. Nafas dihelakan kasar sebaik sahaja anak matanya menyapa seraut wajah di
atas kerusi ruang tamu. Tanpa salam, dia terus menghemburkan amarahnya.
“Awak… awak ni pekak ke? Mama panggil makan.” Suara
amarahnya cuba dikawal supaya tidak kedengaran sampai ke dapur.
“Kau ke aku yang pekak? Suka-suka hati kau aje cakap
aku pekak.”
“Dah awak tu yang tak dengar. Dah dekat seratus kali
saya panggil. Awak boleh buat dek
aje!”
“Ain? Ram? Kenapa pulak ni? Mama dengar macam kamu
bergaduh aje?”
Pantas Iqram melompat dari sofa dan berdiri di
sebelah isterinya. Sempat dia tersengih ke arah mama yang baru muncul di ruang
tamu itu. “Mana ada, mama. Gaduh-gaduh sayang. Ni… Ain ni… merajuk pulak.”
“Bila masa pulak saya merajuk?” Ain yang masih sakit
hati, terus memprotes. Tangan Iqram yang mula menyentuh pinggangnya ditepis
kasar.
Iqram menyeringai sekejap sambil melemparkan
jelingan maut dalam diam. Dia ni kan… tak reti nak berlakon sikit depan mama!
“Yang tadi tu… awak memang merajuk, kan? Sebab awak panggil saya makan tapi
saya buat tak tahu aje. Hah, sebab tulah awak merajuk.”
Puan Aryana menggelengkan kepalanya sekejap. “Kamu
berdua ni… kamu kan dah kahwin. Apa salahnya bahasakan diri tu baik-baik sikit.
Saya dan awak tu macam panggilan untuk sahabat aje.”
“Er… hmm… Ain ni, ma! Dia tak nak panggil Ram
abang.”
“Saya pulak? Awak tu yang…” Termati kata-katanya.
Takkanlah nak cakap depan mama yang Iqram tak bagi dia guna panggilan ‘abang’?
“Sudah! Sudah! Jom makan.”
“LEPAS
makan nanti mama terus balik, tau? Rasa macam dah lama sangat duduk kat rumah
kamu ni. Mengganggu privasi Ain dan Ram aje.”
“Lah, cepatnya ma? Baru dua hari mama kat sini,
kan?”
“Hmmm, iyalah. Kalau ikutkan rasa tu memang tak
puas. Tengoklah nanti lain kali kalau free
mama datang lagi ke sini. Kamu berdua ni bukan boleh berkira sangat. Karang tak
pasal-pasal bergaduh pulak.”
“Eh, mana ada, mama!” Iqram merapatkan tubuh ke arah
isterinya lalu memeluk pinggang Ain. Senyuman bahagia dihulurkan.
Ain menjeling tajam. Dia ni kan... kalau tak ambil
kesempatan memang tak sah.
Iqram buat-buat tak faham dengan jelingan maut itu. “Kita
orang ni cuma gaduh-gaduh manja aje, mama. Bukan betul-betul bergaduh pun. Kan,
sayang?”
Melihat anak mata mama yang menanti jawapannya, Ain
mengukirkan senyuman kecil sambil mengangguk. “Hmmm, betullah tu. Lagipun Ain
memang suka kalau mama tinggal kat rumah kami. Boleh jugak Ain manja-manja
dengan mama.”
“Manja-manja dengan mama buat apa? Suami kamu kan
ada. Boleh manja-manja dengan suami kamu.”
“Entah, sayang ni! Manja-manja dengan abang
sudahlah.” Sempat bibirnya singgah ke pipi isterinya.
Ain ketap bibir sambil menjeling tajam. Suka hati
dia aje cium pipi aku, kan? Aku ni cuma isteri tak dianggap aje. Tak payahlah
nak berlakon lebih-lebih. Ain menolak kasar tubuh Iqram apabila mama pula
melangkah ke dapur.
“Awak ni dah melampau, kan?” Laju sahaja telunjuknya
naik dekat dengan batang hidung suaminya.
Iqram menepis kasar tangan kecil itu. Sedap-sedap
dia aje main tunding jari macam tu. “Kau ni kenapa? Datang bulan, eh?”
“Saya yang datang bulan ke awak yang datang bulan?
Jangan pegang-pegang boleh tak? Saya tak suka awak cium pipi saya macam tadi.”
“Bukan luak pun! Suka hatilah!”
Bibirnya diketap geram. Oh, suka hati ya?! Sipalah
awak! Laju kaki dilangkah ke dapur, membantu mama menghidangkan lauk dan nasi.
Selepas Iqram duduk di atas kerusinya, tangan Ain
mengambil mangkuk yang berisi sambal udang dan petai lalu disudukan ke dalam
pinggan suaminya. “Abang suka makan sambal udang dan petai, kan? Nah, ambil ni!
Makan banyak sikit.” Sengaja dia mengenakan suaminya. Biar padan muka! Balasan
untuk ciuman dengan sengaja tadi.
Puan Aryana mengerutkan dahi. “Bukan Ram tak suka
petai ke? Udang tu…” Bukan ke anak kau alergi dengan udang? Dah okey ke lepas
kahwin? Confident aje Ain letak udang
dalam pinggan Iqram?
Iqram perasankan pandangan pelik mamanya. Sudah! Aku
nak cakap apa ni? Sah-sahlah mama tahu aku alergi dengan udang! Tapi… macam tak
logik pulak kalau isteri tak tahu apa yang suami dia tak boleh makan?
Lantaklah! Apa nak jadi pun jadilah!
Lambat-lambat dia tersengih lalu menyuapkan juga
udang ke dalam mulutnya.
Ain melopong sekejap. Alamak! Kenapa dia makan
jugak? Dia kan… alergi dengan udang? Sebab malu dengan mama? Sebab serba salah
dengan mama? Sudah! Lepas ni… kalau dia gatal-gatal macam mana? Apa aku nak
buat ni? “Abang nak tambah nasi lagi?”
Iqram menggeleng. Kali ini dia sudah terdiam apabila
rasa gatal mula merayap ke tubuhnya. Ini semua Ain punya pasal!
“Laa… tak habis ke nasi ni?” Selamba sahaja dia
mencapai pinggan Iqram lalu mengaut semua nasi dan lauk ke pinggannya. Dia
tahu, Iqram baru makan sikit. Tapi… dia kesian bila melihat ada bintik-bintik
merah di lengan suaminya.
Iqram terpinga-pinga sekejap. Namun dia sekadar
membiarkan Ain mengambil kesemua nasi dan lauknya. Tapi… tak ape ke? Dia makan
bekas aku tu!
“Ram okey ke?” Puan Aryana menyoal apabila melihat seraut
wajah Iqram mula berpeluh-peluh.
“Hah? Okey je! Kenapa mama tanya?”
“Bukan ke Ram tak makan udang?”
“Tu dulu, mama. Lepas kahwin ni Ram makan okey aje.
Kalau gatal pun tak teruk. Kan, Ain?”
“Er… Ya, mama. Ain ada simpan ubat gatal tu. Nanti
Ain tolong sapukan kalau abang rasa gatal.”
SELEPAS
kelibat mama menghilang ke dalam kereta dan kereta mula membelah jalan raya,
Iqram terus menanggalkan bajunya. Kali ini dia sudah tergaru-garu macam Kera
kena belacan. Gatal sangat-sangat!
Selepas kelibat kereta mama menghilang, Ain menutup
pintu lalu mencari kelibat Iqram. Sungguh, dia risau kalau Iqram gatal-gatal
disebabkan udang yang dimakannya tadi.
Terkejut bukan main apabila melihat belakang tubuh
suaminya sudah dipenuhi dengan bintik-bintik merah. Suaminya pula sedang
mangaru ke sana sini. “Awak… awak okey ke?”
“Okey mendanya? Ni semua kau punya pasal! Kau yang
paksa aku makan udang tadi, kan?” Jerkahnya agak kuat. Sakit hati bila Ain buat
main benda macam ni.
“Saya minta maaf. Habis tu… awak yang main-mainkan
saya dulu tadi. Manalah saya nak ingat yang awak alergi dengan udang. Yang saya
tahu, awak tak makan petai! Niat saya cuma nak bagi petai tu aje.”
“Sudahlah kau! Kau memang suka berniat bukan-bukan”
“Nak pergi klinik tak?”
“Tak nak!”
“Ubat ada tak?”
“Jangan menyibuk boleh tak?”
“Awak… saya cuma nak tolong awak aje! Kalau awak tak
nak saya tolong tak apa. Tapi lepas ni kalau berlaku apa-apa jangan salahkan
saya. Lagi satu… nanti kalau mama tanya, saya cakap…”
“Dalam laci meja tepi katil!” Dia memintas apabila
telinga bingit mendengar leteran isterinya.
Ain tersenyum dalam diam. Tahu pulak nak mengalah.
Haha! Orang cuma nak pancing dia aje tadi! Ain melangkahkan kaki ke tingkat
atas lalu mencari ubat.
Perlahan… lemah lembut dan penuh perihatin dia
menyapu ubat ke seluruh badan suaminya. Segan juga sebenarnya. Tapi… dia perlu
lakukan semua itu. Tidak sampai hati apabila melihat suaminya tergaru-garu
macam tu.
Sempat anak matanya memandang seraut wajah redup yang
sedang menyapu ubat dengan penuh berhati-hati ke seluruh tubuhnya.
Tiba di kawasan muka, jantungnya tiba-tiba terasa
berdebar. Berdebar apabila Ain memandang mukanya satu persatu. Rasa seperti
sedang diperhatikan. Padahal, isterinya cuma ingin menyapu ubat ke mukanya.
Ain menahan perasaan. Jujur, jantung berdebar
seperti ingin luruh. Melihat sepsang anak mata redup yang sedang memandang
matanya, semakin jantungnya berdebar. “Pejam mata awak. Takut ubat ni masuk
mata pulak.”
Iqram sekadar menurut. Sebenarnya dia takut untuk
menentang sepasang anak mata yang sedang memandang mukanya.
Ain tersenyum kecil apabila Iqram menurut sahaja.
Berdebar-debar jantungnya bila jari telunjuknya mula menyetuh pipi suaminya.
Iqram… dia benar-benar sempurna. Sepasang anak mata
coklat cairnya itu benar-benar memukau. Hidung dia… mancung! Pipi dia… bersih!
Tak ada jerawat pun. Bibir dia… terletak elok. Ada belahan kecil pada dagunya.
Ya, kekacakkannya memang sempurna. Sebab itulah Dhiya pun boleh sukakan dia.
Hatinya terasa sesak di saat menyebut sepatah nama
itu. Ya Allah… Kenapa aku selalu rasa sakit apabila menyebut sepatah nama itu.
Iqram… awak betul-betul nak lepaskan saya kerana Dhiya? Awak betul-betul nak
kahwin dengan Dhiya?
“Kat mana lagi?”
Terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba itu. “Apa?”
“Kat mana lagi nak sapu ubat ni?”
“Dah! Tak payah! Tempat lain aku boleh sapu
sendiri.”
Ain tersenyum hambar sebelum mengangkat punggung dan
berkira-kira untuk meninggalkan suaminya.
“Ain…” Iqram memanggil sepatah nama itu. Untuk apa,
dia tidak pasti. Apa yang dia tahu, hati kecilnya tidak mahu Ain meninggalkan
dia saat dan ketika ini.
“Hmm?” Dia menoleh semula.
“Tolong garukan belakang aku jap!”
Ain gelak kecil. Lah, ingatkan apalah tadi! Kaki
dilangkahkan semula menghampiri suaminya. “Nak garu kat mana?”
Iqram tahan ketawa di dalam hati. Dia sengaja
sebenarnya. Bukanlah gatal sangat pun. Kan dah sapu ubat. Tapi dia betul-betul
rasa senang apabila Ain berada di sisinya. Terasa dekat dan… rasa terbawa-bawa
perasaan bahagia.
“Sini ke?” Dia menggaru perlahan kat kawasan yang
kelihatan merah.
“Bawah sikit.”
“Sini?”
“Atas sikit.”
“Sini ke?”
“Hah, kat situ! Garu kuat sikit. Tak rasalah.”
Ain mengerutkan muka sekejap. Rasanya dah kuat ni?
Takkanlah tak rasa lagi? Kulit manusia ke kulit biawak ni? “Macam ni okey ke?”
“Kuat sikit lagi.” Bibirnya sudah tersengih lebar.
Diikutkan hatinya, mahu sahaja dia meledakkan ketawa kuat. Tetapi ditahannya
juga.
Ain mula perasankan sesuatu yang pelik. Dia ni
sengaja main-mainkan aku ke apa? Bibirnya diketap geram sebelum jemarinya
bertindak menggaru belakang tubuh suaminya dengan kuat. Nak kuat sangat, kan?
“Adoi!” Laju Iqram menoleh sambil kedua-dua belah
tangannya menangkap kedua-dua belah pergelangan tangan isterinya. “Kau ni
ikhlas ke tidak? Itu bukan garu namanya. Tapi cakar! Sudahlah kuku tu tajam macam
kuku harimau!”
Anak matanya dikecilkan. Sepasang anak mata di
hadapannya direnung tajam. Kuku harimau ya? Habis tu, kulit awak tu apa? Kulit
biawak? “Kuku harimau ni hanya sesuai untuk menggaru kulit biawak, tahu tak?
Sikit-sikit tak rasa. Buat macam tu baru rasa? Hmm?”
Iqram mencebik kecil. “Tak ikhlas langsung! Macam ni
ke nak jadi isteri mithali?”
“Ya, memang tak ikhlas pun. Ikhlas tu dah terbang
melayang bila orang tu sengaja nak main-main.” Kedua-dua belah tangannya cuba
dirungkaikan daripada gengaman tangan suaminya.
Iqram mengemaskan gengaman tangannya. Tanpa sedar,
kedua-dua belah tangan itu tertarik kuat ke arahnya apabila Ain juga berusaha
keras untuk melepaskan gengaman tangan suaminya.
Ain yang tidak bersedia langsung dengan tindakan
drastik itu terus terdorong rapat ke arah suaminya. Iqram pula, tanpa sedar
memaut erat pinggang isterinya yang seakan-akan ingin terjatuh. Badannya
bersentuhan rapat antara satu sama lain. Muka? Lagi satu inci nak bibir Iqram
akan tercium pipi isterinya.
Kedua-dua pasang anak mata itu saling bersabung
lama. Bertaut erat sehingga dada masing-masing diserang debaran yang menggila
secara tiba-tiba. Tidak pernah! Dan ini adalah kali pertama mereka berdua
berada dalam jarak yang dekat seperti ini.
Ain menelan liurnya
perlahan. Takut! Jujur, hatinya takut. Takut terjatuh cinta dengan pandangan
redup sepasang anak mata yang sedang memanah tepat pada sepasang anak matanya.
#
Ajari Aku Untuk Mencintaimu
amboi, hati mula berbunga cinta nampak. cakap pun dah mula lembut ni ngeee :)
ReplyDelete@rose aleyna ada awak ada fb tak? selalu sy share link AAUM ni. sebab best. ngeee next n3 please. serius best :)
Thanks sudi baca & komen.. =)
DeleteHuhu...AAUM biasa2 saje... Thanks sangat2 sebab sudi share link kat fb...
Tapi, maaf saya tak ada fb... =(
ala, yeke? erm xpelah mcm tu ngeee janji friend kat sini je. heee. nanti tag bila dah update yg baru ya
Delete=)
DeleteInsyaAllah... nanti bila update saya tag... tq
next n3 please...
ReplyDelete=) akan disambung lagi...
Delete